kaedah fiqh

22
1 1.0 PENDAHULUAN Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama’ bagi menyelesaikan permasalahan- permasalahan baru yang timbul saban hari. kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang disepakati di kalangan fuqaha. Salah satunya ialah ب ل ج ت ة ق ش م ل ا ر سي ي ت ل ا)kesukaran membawa kemudahan( Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran yang jarang- jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambil kira. Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharian yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.

Upload: cikmelly

Post on 24-May-2015

12.348 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah fiqh

1

1.0 PENDAHULUAN

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.

Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi

pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh

para ulama’ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari.

kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara

kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang disepakati di kalangan fuqaha.

Salah satunya ialah التيسير تجلب )kesukaran membawa kemudahan( المشقة

Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan

berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu

ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang

serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum

berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambil

kira.

Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharian

yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini

tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti

kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.

Page 2: Kaedah fiqh

2

2.0 PENGERTIAN KAEDAH ( التيسير تجلب (المشقة

Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil kira keringanan

dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain

bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan

melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan

kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.

Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah:

سقط اجتنابه عليهم شق منهي وكل به األمر سقط فعله العبد يشق مأمور كل ان

عنه النهي

Maksudnya: “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap

hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya. Dan segala perkara

tegahan membebankan hamba menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.

Konteks lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam itu dapat dilaksanakan oleh

mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat

dan ketika seseorang itu terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Kaedah itu juga

diamalkan dan dipraktikkan oleh Nabi. (Abd. Latif Muda 2000: 139)

Kaedah ini menjelaskan hukum Islam menginginkan kemudahan. Ajaran Islam tidak

membebani seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, menyempitkan atau

sesuatu yang tidak sesuai dengan watak dan tabiat. Allah s.w.t dan Rasul-Nya menginginkan

serta memerintahkan pemeliharaan terhadap kemudahan dan keringanan. (Dedi Rohayana

2008: 225)

Page 3: Kaedah fiqh

3

2.0 DALIL KAEDAH

Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil tersebut daripada al-

Quran dan al-Sunnah, antaranya:

1) Al-Quran

Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran

bagimu”. (Surah al-Baqarah: 185(

Maksudnya: “Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu

keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah al-Hajj: 78)

2) Al-Sunnah

Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah:

معسرين إ تبعثوا ولم ميسرين بعثتم نما

Maksudnya: “Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang memudahkan dan

tidak diutus sebagai orang-orang yang menyulitkan”.

نعسروا وال يسروا

Maksudnya: “Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan”.(Jalaluddin Al-Suyuthi 1999:

165)

Page 4: Kaedah fiqh

4

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a ketika ditanya

tentang apakah (urusan) agama yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t baginda berkata:

الحنيفية السمحة

Maksudnya:“Adalah agama yang cenderung kepada haq, menghindarkan yang batil serta

agama yang mempunyai kelapangan dan toleransi”.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

ان ال��دين يس��ر ولن يش��د ال��دين اح��د األ غلب��ه فس��ددوا وق��اربوا

وأبشروا واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة

Maksudnya:“Sesungguhnya agama ini adalah mudah. Tidak ada seseorang pun yang

memaksakan dirinya melakukan perkara agama di luar kemampuannya melainkan dia

akan dikalahkan (measakan kesukaran dan kesusahan). Oleh itu bersederhanalah dan

hampirilah sikap sederhana dan benar”.

Al hafiz Ibn Hajar berkata, agama ini disifatkan sebagai mudah daripada agama-agama

yang sebelumnya kerana Allah s.w.t telah mengangkat daripada ummat ini bebanan yang

dikenakan terhadap ummat terdahulu. Jelas dalam ayat-ayat dan hadis di atas, bahawa

peringanan dan kelonggaran serta penafian kesempitan menjadi salah satu daripada cirri-ciri

agung syariat Islam. (Anwar Fakhri 1999: 86)

3.0 KEDUDUKAN KAEDAH INI

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang diperakui ketinggian, kedudukan dan

keagungannya di dalam fiqh Islam sebagaimana yang diriwayatkan secara mutawatir daripada

imam. Perkara ini juga telah disepakati oleh kitab-kitab kaedah fiqh. Ia adalah terdiri daripada

kaedah-kaedah asasi dan dasar-dasar utama kepada binaan fiqh Islam.

Page 5: Kaedah fiqh

5

Al-Imam al- Shatibiyy berkata, “Sesungguhnya dalil yang menunjukkan bahawa

segala kesempitan adalah diangkat dan dibuang daripada ummat ini mencapai taraf putus

(qafiyy)”.

Al-Suyuthi dan Imam Nujaym berkata, kesemua kelonggaran (rukhsah) dan

keringanan syarak adalah keluar atau lahir daripada kaedah ini. Perlu dinyatakan juga bahawa

kesukaran yang membawa peringanan ini adalah disyaratkan ia tidak bertentangan dengan

nas. Jika ia bertentangan dengan nas maka kesukaran itu tidak diambil kira tetapi naslah yang

menjadi tempat pergantunggan hukum. (Anwar Fakhri 1999: 87)

4.0 PENJELASAN BERKAITAN MASYAQQAH (المشقة)

Apa yang dimaksudkan dengan al-masyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan. Meletakkan

bebanan menjadi kesukaran terhadap hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah

dihindarkan terhadap mukallaf. Walaupaun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan

seharian manusia mempunyai taklif yang mana ia juga berbentuk masyaqqah atau kesusahan

seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga.

Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau kesusahan kerana

menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi bebanan kepada manusia, bahkan ia pula

merupakan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan

yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk itu kesusahan atau masyaqqah tersebut

tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau rukhsah.

Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia

tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha gigih untuk mencari

rezeki, mereka akan miskin sedangkan rezeki itu adalah wajib hukumnya kemudian barulah

berserah kepada Allah. (Abd. Latif Muda 2000: 143)

4.1 Tujuan Masyaqqah

Tujuan masyaqqah ialah apa yang terkeluar daripada garis kesukaran biasa. Antaranya ialah

kesukaran dan kesusahan yang menyebabkan membawa kemudaratan samada pada diri dan

harta benda atau kesukaran yang mengambil waktu yang panjang. Pada dasarnya, untuk

Page 6: Kaedah fiqh

6

pelaksanaan kaedah ini mempunyai tujuan tertentu dan dengan memenuhi syarat tertentu

iaitu:

1) Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa. Contohnya

tanggungjawab yang dibebankan itu menyusahkan. Di mana ia boleh membawa

kemudaratan kepada diri sendiri, harta dan sebagainya. Oleh itu, kesusahan dan

kesukaran sebegitu dikira terkeluar daripada adat kebiasaan dan perlu kepada

keringanan. Contohnya, orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana dengan

berpuasa tentu membawa kemudaratan kepada badan dan jiwanya.

2) Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebagai sebab untuk

mendapat keringanan atau rukhsah. Iaitu kesusahan yang tidak membawa kepada

kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca

panas, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhasah.

(Abd. Latif Muda 2000: 144)

4.2 Sebab-Sebab Rukhsah

Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa faktor dan sebab kesusahan yang dapat memberi

keringanan terhadap pelaksanaan hukum syarak. Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam

melakukan ibadat dan lainnya ada tujuh perkara:

1) Musafir yang diharuskan Orang bermusafir boleh mengambil ). ( المشروعالسفر

rukhsah, antaranya ialah:

a- Qasar sembahyang.

b- Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.

c- Berbuka puasa.

d- Jama’ atau himpunkan antara dua sembahyang.

2) Sakit Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi sebab hukum.(المرض)

rukhsah serta banyak sekali bentuknya, contohnya ialah:

a- Orang yang mengidap penyakit tertentu dibolehkan bertayammum. Iaitu sekiranya

dengan menggunakan air memudaratkan. Atas nasihat dan pengesahan doktor

pakar.

Page 7: Kaedah fiqh

7

b- Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardu sambil duduk atau berbaring atau

terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan kemampuan.

c- Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati penyakit yang

dialami oleh pesakit.

d- Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang jumaat.

e- Tidak makruh hukumnya meminta tolong orang lain menggosokkan anggota

wuduk dan mencurahkan air.

f- Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.

(Abd. Latif Muda 2000: 145)

3) Terpaksa atau dipaksa (االكرد)Antara lain juga orang yang diugut atau dipaksa

dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak mampu melawan dan tidak mampu

membantah, contohnya:

a- Mengancam nyawa dan hartanya

b- Mereka yang dalam keadaan terpaksa seperti kelaparan yang terancam nyawanya

diharuskan memakan benda haram.(binatang yang mati atau disembelih dengan

tidak mengikut hukum syarak)

Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi hatinya

mesti tetap beriman. (Abd. Latif Muda 2000: 146)

4) Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara terlupa diberi

keringanan dan kemaafan terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya, seseorang

yang makan secara tidak sengaja ketiak berpuasa tidak batal puasanya. Sebagaimana

hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di ama ia makan atau minum hendaklah ia

menyempurnakan puasanya itu. Kerana sesungguhnya Allah member ia makan dan

minum”.

Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari sudut syarak serta

dimaafkan berdasarkan hadis daripada Ibn Umar:

Page 8: Kaedah fiqh

8

“Diangkat (tidak dikira bersalah) dari kalangan umatku kerana tersalah, lupa dan

terpaksa”.

5) Kejahilan(الجهل). Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu

keuzuran yang membawa keringanan. Contohnya, harus difasakhkan perkahwinan

kerana aib pada salah seorang suami atau isteri sedangkan aib itu dsembunyikan salah

seorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak mengetahui kedudukan yang

sebenarnya.( Mohamad Soleh Ahmad 603)

.

6) Kesukaran serta ‘Umum al-Balwa(العسر وعموم البلوى) . Iaitu perkara

kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan. Ia juga membawa maksud kerana

terdesak dalam kesulitan atau bermaksud perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara

contohnya:

a- Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan seseorang pada hari

hujan dimaafkan.

b- Istinjak dengan menggunakan batu.

c- Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang yang tidak

mempunyai darah mengalir seperti belalang.

d- Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.

e- Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan sangat terdesak.

f- Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahyang dalam

keadaan takut dan menghadapi musuh di medan perang.

g- Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul atau penyakit

cacar. (Abd. Latif Muda 2000: 148)

7) Kekurangan(النقص) . Ia menjadi salah satu sebab keringanan dan kemudahan

kerana merupakan satu masyaqqah. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Diangkat kalam dari tiga orang iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila

hinggalah ia siuman dan yang tidur sehingga ia sedar”.

Antara contohnya:

Page 9: Kaedah fiqh

9

a- Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.

b- Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang jumaat.

c- Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.

d- Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera

e- Taklif syarak atau bertanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan

berbanding kaum lelaki.

Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding

orang merdeka. (Abd. Latif Muda 2000: 149)

4.3 Jenis-jenis Keringanan

Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd as-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau

rukhsah ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan

oleh Ibn Nujaym, rukhsah ada tujuh jenis iaitu (Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad: 604):

1) إسقاط) .(تخفيف Keringanan dengan menggugurkan kewajipan. Contohnya

ialah:

a- Tidak wajib gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.

b- Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.

تنقيص) (2 .(تخفيف Keringanan dengan mengurangkan bebanan. Contohnya

ialah:

a- Memendekkan atau qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat.

:Keringanan dengan gantian atau penukaran. Contohya ialah .(تخفيف إبدال) (3

a- Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.

b-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan

membayar fidyah.

:Keringanan dengan mendahulukan, contohnya .(تخفيف تقديم) (4

a- Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.

b- Sembahyang jama’ taqdim.

:Keringanan dengan mengakhirkan, contohnya ialah .(تخفيف تأخير) (5

Page 10: Kaedah fiqh

10

a- Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.

b- Sembahyang jama’ ta’khir.

6) ,Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak dan terpaksa .(تخفيف ترخيص)

contohnya:

a- Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.

b- Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.

7) .Keringanan mengubah atau menukar .(تخفيف تغيير)

a- Seperti menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang

ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.

4.4 Bahagian Rukhsah

Terdapat lima jenis dan bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah iaitu:

1) Rukhsah yang wajib dilakukan:

a- Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan, jika tidak akan

menyebabkan kematian.

b- Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.

2) Rukhsah yang sunat dilakukan:

a- Melihat kepada bakal pengantin atau tunang.

b- Qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan merasa penat dalam perjalanan.

3) Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan:

a- melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.

4) Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan:

Page 11: Kaedah fiqh

11

a- Membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa kesukaran dan

tiada kemudaratan.

5) Rukhsah yang makruh dilakukan:

a- Qasar sembahyang bagi mereka yang musafir kadar jaraknya kurang daripada tiga

marhalah.

5.0 HUKUM FURU’

Di antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

1) Diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit.

2) Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran jika tiada makanan yang lain.

3) Diharuskan jama’ dan qasar sembahyang bagi yang bermusafir dan harus tidak berpuasa.

4) harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.

5) Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh iddah apabila terdesak

untuk bekerja dan mencari sara hidup.

6) Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang terdesak dan tertekan

untuk melunaskan hutang hingga ia kelapangan.

6.0 KAEDAH PECAHAN

Daripada kaedah asas tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah pecahan lain antaranya

(Abd. Latif Muda 2000: 153):

1) Kaedah: إذا ضاق األمر إتسع

Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.

a- Huraian kaedah:

Page 12: Kaedah fiqh

12

Ia berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafi’i. Ia juga selaras dengan apa

yang dijelaskan oleh al-Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam, dimana syariat Islam itu

dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan

luas.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja

dalam masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.

ii. Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan bekas yang

diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk sekiranya tidak ada bekas lain.

2) Kaedah: إذا إتسع األمر ضاق

Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit.

a- Huraian kaedah:

Ia bermaksud apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah, hukum

perlaksanaannya menjadi sempit.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat diharuskan. Namun

tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang kali jika tidak terdesak atau

sebarang keperluan.

ii. Seseorang sembahyang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan sembahyang

di awal waktu serta menepati rukun dan syarat dengan sempurna.

3) Kaedah: ما جزا لعذر بطل بزواله

Page 13: Kaedah fiqh

13

Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilang uzur

tersebut.

a- Huraian kaedah:

Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada

hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air sebelum mendirikan

sembahyang.

ii. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu sembahyang.

4) Kaedah: الحكم يتبع المصلحة الراجحة

Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.

a- Huraian kaedah:

Banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan lain-lain.

Kadangkala ia membawa kerugian tetapi hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat

dan rajih.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Haramnya minum arak dan berjudi.

ii. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia menyebabkan kematian dan kerosakan

tetapi akhirnya Islam telah tersebar ke seluruh dunia.

5) Kaedah: الضرورات تبيح المحظورات

Maksudnya: kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.

Page 14: Kaedah fiqh

14

a- Huraian kaedah:

Merupakan kaedah dan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa

mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa.

b- Hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

i. Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan merawat.

ii. Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa

membunuhnya.

c- Pengecualian daripada kaedah:

Hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan di mana tidak diharuskan sama

sekali melakukannya biarpun terpaksa atau dipaksa:

i. Kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad ataupun mengufuri Allah biarpun

diugut dan akan dibunuh. Ia hanya boleh menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap

beriman kepada Allah.

ii. Berzina. Jika seseorang dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya.

7.0 PENUTUP

Page 15: Kaedah fiqh

15

Sebagai rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam

kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah,

maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah–kaedah yang

dianjurkan dalam syariat Islam.

Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat

seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan memberi kelonggaran dan

kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan

yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.

Seperti mana yang telah Allah jelaskan dalam surah al-Insyirah yang bermaksud:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan

itu ada kemudahan”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa walau apapun kesukaran yang dialami atau bagaimana ia

dihadapi, Allah akan menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-

hambanya yang beriman.

Berdasarkan penjelasan tersebut dapatlah difahami bahawa masyaqqah atau kesukaran itu

tidak dapat dipisahkan daripada hidup manusia. Sekiranya semua keadaan diberikan

keringanan, maka tidak akan bermakna hidup manusia kerana hidup ini memerlukan kepada

perjuangan dan pengorbanan.

RUJUKAN

Page 16: Kaedah fiqh

16

Al-Quran Al-Karim.

Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh, Pustaka

Salam Sdn.Bhd, 2000.

Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah Kaidah-Kaidah Hukum Islam, M.Ag, terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.

Anwar Fakhri bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya dengan Permasalahan Fiqh

Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.

Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Pustaka Haji Abdul Majid.

Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Shafi’I, terbitan Darul Iman, 1999.