final report (practical) - bab 5 isi

8
5.2 ASAS CERUCUK (MICROPILE) Mikropile merupakan salah satu kerja struktur iaitu membina asas bagi sesebuah bangunan. Ia merupakan asas pembinaan terpenting yang menentukan kekuatan dan ketahanan bangunan atau struktur tersebut. Sebelum kerja- kerja menggerudi tanah dan batu dijalankan untuk dijadikan asas, tapak atau kawasan tersebut mesti dikaji terlebih dahulu. Kajian ini dikenali sebagai kajian Geoteknik bertujuan untuk mengetahui jenis strata tanah sama ada sesuai atau tidak menggunakan kaedah ‘micropile’. Kaedah ‘micropile ini sesuai digunakan di kawasan berbatu iaitu apabila kaedah ‘piling’ tidak boleh digunakan. 5.2.1 Fungsi Asas Mengagihkan beban struktur ke tanah di bawahnya dengan berkesan. Menambahkan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam dalam tanah. Mengelakkan daripada berlakunya pengenapan bangunan. 93

Upload: mustakim-shaary

Post on 26-Jul-2015

134 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

5.2ASAS CERUCUK (MICROPILE)Mikropile merupakan salah satu kerja struktur iaitu membina asas bagi sesebuah bangunan. Ia merupakan asas pembinaan terpenting yang menentukan Sebelum kerja- kerja kekuatan dan ketahanan bangunan atau struktur tersebut.menggerudi tanah dan batu dijalankan untuk dijadikan asas, tapak atau kawasan tersebut mesti dikaji terlebih dahulu. Kajian ini dikenali sebagai kajian Geoteknik bertujuan untuk mengetahui jenis strata tanah sama ada sesuai atau tidak menggunakan

TRANSCRIPT

Page 1: Final Report (Practical) - BAB 5 ISI

5.2 ASAS CERUCUK (MICROPILE)

Mikropile merupakan salah satu kerja struktur iaitu membina asas bagi

sesebuah bangunan. Ia merupakan asas pembinaan terpenting yang menentukan

kekuatan dan ketahanan bangunan atau struktur tersebut. Sebelum kerja- kerja

menggerudi tanah dan batu dijalankan untuk dijadikan asas, tapak atau kawasan

tersebut mesti dikaji terlebih dahulu. Kajian ini dikenali sebagai kajian Geoteknik

bertujuan untuk mengetahui jenis strata tanah sama ada sesuai atau tidak

menggunakan kaedah ‘micropile’. Kaedah ‘micropile ini sesuai digunakan di kawasan

berbatu iaitu apabila kaedah ‘piling’ tidak boleh digunakan.

5.2.1 Fungsi Asas

Mengagihkan beban struktur ke tanah di bawahnya dengan berkesan.

Menambahkan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam

dalam tanah.

Mengelakkan daripada berlakunya pengenapan bangunan.

Untuk mendapatkan permukaan rata bagi kerja-kerja binaan.

5.3 CARA KERJA MIKROPILE

Oleh kerana Kem Bukit Galing ini mempunyai kawasan berbatu, kaedah

‘micropile’ ini turut digunakan. Satu satunya kawasan yang menggunakan kaedah ini

93

Page 2: Final Report (Practical) - BAB 5 ISI

ialah tapak ‘Elewated Water Tank’ (E.W.T) iaitu tapak bagi pembinaan Menara Tangki

Utama Kem Bukit Galing.

Antara aktiviti yang terlibat dalam kerja ‘micropile’ ialah :

5.3.1 ‘Setting Out’

‘Setting Out’ ini dibuat bagi menentukan kedudukan lubang (point) yang

akan digerudi. Kedudukan ini dibuat berpandukan pelan yang telah

direkabentuk oleh arkitek yang terlibat dan ia sangat penting bagi mengelakkan

sebarang masalah timbul semasa kerja ‘structure’ dan ‘architecture’ dibuat.

Tapak E.W.T Kem Bukit Galing ini mempunyai 40 point yang dijadikan asas

bagi menampung beban bekalan air kelak.

5.2.2 Kerja- Kerja Menggerudi Tanah Dan Batu

Kerja menggerudi ini dilakukan menggunakan mesin gerudi berkuasa

tinggi. Kuasa angin 1000 psi digunakan untuk kerja penggerudian tersebut.

Bagi memastikan mata gerudi berada dalam keadaan tegak pada ‘point’ yang

akan digerudi, timbang air digunakan. Jentera menggerudi ditunjukkan dalam

gambar rajah 5.2.2.1

94

Page 3: Final Report (Practical) - BAB 5 ISI

Rajah 5.2.2.1 timbang air digunakan bagi memastikan kepugakan

mata gerudi ‘micropile’

Kerja- kerja menggerudi tanah dilakukan sehingga mata gerudi

menjumpai atau tersentuh batu yang akan dijadikan asas. Panjang mata gerudi

yang digunakan ialah 3.4 meter. Kemudian mata gerudi dikeluarkan dan lubang

tersebut dipasang ‘casing’ bagi mengelakan tanah runtuh ke dalam lubang.

Dengan menggunakan mata bersaiz lebih kecil, kerja- kerja menggerudi batu

dilakukan. Mengikut spesifikasi JKR yang diluluskan bagi ‘micropile’ ini,

kedalaman korekan asas ke dalam batu ialah 1.5 meter dari permukaan batu.

Seandainya batu tersebut tembus, korekan diteruskan lagi sehingga menjumpai

batu untuk dijadikan asas. Rajah 5.2.2.2 menunjukkan llakaran ubang dan batu

yang digerudi.

95

Page 4: Final Report (Practical) - BAB 5 ISI

aras tanah

batu asas

Rajah 5.2.2.2

5.2.3 Pemasangan Tetulang

Panjang tetulang yang digunakan adalah berdasarkan kepada

kedalaman lubang yang dikorek. Link yang digunakan berbentuk elips dan

mesti dikimpal. Tujuannya bagi memastikan ikatan ‘link’ dan bar benar-benar

kukuh.

96

Page 5: Final Report (Practical) - BAB 5 ISI

Rajah 5.2.3.1 tetulang yang siap dibentuk dan dikimpal

5.2.4 Kerja-Kerja Mengkonkrit ‘Mikropile’

Kaedah pam digunakan bagi memasukkan konkrit ke dalam lubang

‘pile’. Konkrit dipam dari dasar lubang iaitu dari bawah ke atas. Tujuannya

adalah bagi mengelakkan rongga-rongga terhasil dan melemahkan struktur

‘micropile’ yang dibina.

97

Page 6: Final Report (Practical) - BAB 5 ISI

Rajah 5.2.4.1 kerja mengepam konkrit ke dalam lubang ‘micropile’

5.2.5 ‘Load Test’

Merupakan ujian bagi menguji kekuatan dan beban yang mampu

ditanggung oleh ‘pile’ yang dibina. Penerangan bagi ‘load test’ (ujian beban

ditunjukkan dalam BAB 12

98