final report (practical) - bab 9 isi

10
9.2 ‘SETTING OUT’ Sebelum sesebuah tiang dibuat, kerja-kerja ‘setting out’ mesti dijalankan bagi menentukan kedudukan sebenar tiang berdasarkan pelan. Kebiasaannya alat yang digunakan ialah teodolit. Dengan menggunakan teodolit ini juru ukur dapat menentukan ‘grade line’ dengan tepat. Kemudian penandaan dibuat bagi kedudukan tetulang tiang (reinforcement column). (Rujuk rajah 9a) 130

Upload: mustakim-shaary

Post on 26-Jul-2015

134 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

9.2‘SETTING OUT’ Sebelum sesebuah tiang dibuat, kerja-kerja ‘setting out’ mesti dijalankan bagimenentukan kedudukan sebenar tiang berdasarkan pelan. Kebiasaannya alat yang digunakan ialah teodolit. Dengan menggunakan teodolit ini juru ukur dapat menentukan ‘grade line’ dengan tepat. Kemudian penandaan dibuat bagi kedudukan tetulang tiang (reinforcement column). (Rujuk rajah 9a)Rajah 9.2.1Penandaan bagi kerja ‘setting out’1309.3PEMASANGAN TETULANGTetulang digunakan dalam pembinaa

TRANSCRIPT

Page 1: Final Report (Practical) - bab 9 isi

9.2 ‘SETTING OUT’

Sebelum sesebuah tiang dibuat, kerja-kerja ‘setting out’ mesti dijalankan bagi

menentukan kedudukan sebenar tiang berdasarkan pelan. Kebiasaannya alat yang

digunakan ialah teodolit. Dengan menggunakan teodolit ini juru ukur dapat

menentukan ‘grade line’ dengan tepat. Kemudian penandaan dibuat bagi kedudukan

tetulang tiang (reinforcement column). (Rujuk rajah 9a)

Rajah 9.2.1 Penandaan bagi kerja ‘setting out’

130

Page 2: Final Report (Practical) - bab 9 isi

9.3 PEMASANGAN TETULANG

Tetulang digunakan dalam pembinaan tiang bagi mengukuhkan struktur

bangunan tersebut. Tetulang ini akan dipasang pada ‘stump’ dengan ‘lapping’

mengikut formula yang ditetapkan iaitu 42d. (d merupakan diameter bar tetulang).

Walau bagaimanapun, kebiasaannya ‘lapping bagi tiang yang biasa digunakan ialah

1000mm. Pembinaan tetulang bagi tiang ini mestilah merujuk kepada ‘column

schadule’ dan ‘reinforcement column detail’ supaya semua kerja dapat diselaraskan.

Sebagi contoh : tinggi ‘1st floor’ hingga ‘2nd floor’ ialah 5500mm. Oleh sebab

‘lapping’ bagi tiang yang ditetapkan ialah 1000mm, maka bar tetulang yang akan dibina

tersebut mestilah dipasang setinggi 6500mm. Tujuannya adalah untuk ‘lapping’ yang

seterusyan.

Dalam pembinaan ini terdapat beberapa saiz bar tetulang yang biasa

digunakan iaitu Y25, Y20, dan Y16 dan pengikatnya pula ialah R10 (link). Walau

bagimanapun, saiz dan jarak ‘link’ ini mestilah berpandukan pelan dan mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pada kebiasaannya, tetulang bagi tiang ini akan dibentuk terlebih dahulu

sebelum dipasang. Ikatan link pada bar tetulang mestilah kemas dan tersusun

mengikut jarak yang telah ditetapkan.

131

Page 3: Final Report (Practical) - bab 9 isi

Rajah 9.3.1 Kerja membentuk dan mengikat ‘link’ dilakukan terlebih dahulu sebelum

dipasang pada kedudukan sebenar tiang.

Rajah 9.3.2 Kerja pemasang dan ‘lapping’ dibuat bagi tetuang tiang (reinforcement

bar column)

132

Page 4: Final Report (Practical) - bab 9 isi

9.4 PEMASANGAN KOTAK BENTUK (FORMWORK)

Sebelum kerja-kerja pemasangan kotak bentuk dijalankan, ‘spacer block’ yang

bersaiz 50mm x 50mm x 30mm mesti diikat pada ‘reinforcement bar’. Tujuannya bagi

mengelakkan tetulang rapat pada kotak bentuk yang akan dibina.

Setelah kerja-kerja mendirikan tetulang siap, kotak bentuk mula dipasang

mengikut bentuk, dimensi dan kedudukan di atas garisan grid seperti yang dinyatakan

dalam pelan. Kedudukan ini penting bagi mengelakkan berlaku masalah terutamanya

bagi kerja-kerja mengikat bata dan kedudukan rasuk.

Pemasangan kotak bentuk merupakan salah satu perkara penting dalam

pembinaan struktur tiang. Antara perkara penting yang harus diberi perhatian ialah :

Kotak bentuk yang dipasang perlulah bersih daripada kotoran supaya hasil

konkrit baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Kotak bentuk mestilah kuat untuk menanggung beban kerja dan beban konkrit

yang dituang kedalamnya.

Kotak bentuk mesti dipasang penupang di sekelilingnya bagi menyokong

kedudukan dan menambah kekuatannya. Ini dapat mengelakkan kotak bentuk

daripada pecah semasa penuangan konkrit nanti.

Permukaan dalam kotak bentuk perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu

sebelum penuangan konkrit bagi memudahkan kerja mambuka semula kotak

bentuk tersebut.

133

Page 5: Final Report (Practical) - bab 9 isi

9.5 PEMERIKSAAN (INSPECTION)

Pemeriksaan (inspection) akan dijalankan setelah tetulang dan kotak bentuk

siap dipasang. Kebiasaannya, pihak kontraktor atau wakilnya akan mengawasi kerja-

kerja pemasangan tetulang dan kotak bentuk bagi mengelakkan berlaku kesalah atau

kesilapan. Kemudian, setelah semuanya siap dipasang, pihak ‘consaltant’ akan

dipanggil dan pemeriksaan dibuat bagi mendapatkan kelulusan sebelum kerja-kerja

konkrit dijalankan. Antara perkara yang dititikberatkan ialah :

Kebersihan kotak bentuk dan tetulang

‘spacer block’ bagi tujuan mengelakkan tetulang rapat dengan kotak bentuk.

Cara pamasangan dan kedudukan tiang sama ada betul atau tidak.

Jenis, bilangan, dan saiz tetulang yang digunakan.

Kepugakan dan kelurusan tetulang dan kotak bentuk yang dibina.

134

Page 6: Final Report (Practical) - bab 9 isi

Rajah 9.5.1 ‘inspection’ akan dijalankan setelah kerja-kerja

pemasangan tetulang dan kotak bentuk siap.

9.6 KERJA-KERJA PENUANGAN KONKRIT

Dalam pembinaan ini, konkrit yang biasa digunakan ialah terdiri daripada gred

30 normal (G30N). Bagi memudah dan mempercepat kerja-kerja mengkonkrit tiang,

peranca (scaffolding) akan dipasang bagi kedudukan yang tinggi dan tangga akan

dibuat pada kotak bentuk bagi kedudukan yang rendah. Kerja-kerja mengkonkrit ini

perlu dijalankan dengan cepat dan selamat.

Bagi tiang yang ketinggiannya melebihi 10 kaki, perlulah dibuat ‘opening

ditengahnya supaya konkrit mudah dituang. Di samping itu, ia bertujuan bagi

memudahkan ‘vibrator poker’ dimasaukkan ke dalamnya bagi proses pemadatan.

135

Page 7: Final Report (Practical) - bab 9 isi

Pemadatan mestilah dijalankan dengan sempurna bagi mengelakkan berlakunya

‘honey comp’ setelah kotak bentuk dibuka.

Rajah 9.6.1 ‘honey comp’ yang terbentuk akibat kerja

pemadatan yang tidak sempurna.

Rajah 9.6.2 Kerja penuangan konkrit sedang dijalankan

136

Page 8: Final Report (Practical) - bab 9 isi

9.7 KERJA-KERJA MEMBUKA KOTAK BENTUK

Mengikut spesifikasi dan teori kerja-kerja membuka kotak bentuk ini dijalankan

selepas 7 hari konkrit dituangkn. Namun, dalam pembinaan di sini, kotak bentuk

dibenarkan dibuka selepas 48 jam atau 72 jam selepas dituang. Ini berdasarkan

pengawasan dan persetujuan pihak ‘consaltant’ dan kontraktor yang menjalankan

projek. Dalam pembinaan sebegini telah mengambil kira keadaan persekitaran dan

masa perjalanan projek.

Rajah 9.7.1 tiang konkrit yang telah siap dibuka kotak bentuk

137