i tahap penguasaan kemahiran manipulatif dalam … · practical method in science learning is very...

22

Upload: hacong

Post on 29-Aug-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical
Page 2: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical
Page 3: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

i

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS PENDIDIKAN SAINS DI UTM

HAZIRA BINTI HASSAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 4: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan :………………………………………

Nama Penulis : HAZIRA BINTI HASSAN

Tarikh :……………………………………….

Page 5: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

iii

DEDIKASI

ALLAHU YA RABBI

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kehadrat-Mu

Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah milikku

Bahkan hanya suatu ujian dari-Mu

Buat penyeliaku,

En. Meor Ibrahim Kamaruddin

Jasamu kukenang

Hanya Allah saja yang membalasnya

Untukmu ayahbonda tercinta,

Ayahanda Hassan Daud dan Bonda Hamidah Tahir

Segala pengorbanan dan kasih sayang kalian berdua

Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus berjaya

Istimewa buat tunang tersayang,

Mat Irwan Mat Radzi

Segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan

Amat bermakna buatku

Teman sefikrah

Terima kasih atas segalanya

Page 6: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Esa atas segala kurniaan dan inayat-

Nya dapatlah saya menyempurnakan projek sarjana muda ini bagi memenuhi syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains). Kajian ini tidak

akan terhasil tanpa bantuan, sokongan serta galakan daripada banyak pihak. Saya

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Meor Ibrahim Kamaruddin selaku

penyelia yang banyak member bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sehingga

kajian ilmiah ini dapat disiapkan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti

Pendidikan dan rakan-rakan sekuliah serta individu yang banyak memberi kerjasama

dan sokongan sepanjang menyiapkan tesis saya.

Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak

terhingga kepada kedua ibubapa dan tuning yang sentiasa memberikan sokongan dan

galakan kepada saya. Jasa baik kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Page 7: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

v

ABSTRAK

Kaedah amali dalam pembelajaran sains adalah sangat penting bagi membantu

pelajar memahami konsep sains yang dipelajari. Aktiviti amali ini melibatkan

kemahiran manipulatif melalui pendedahan berkaitan pengendalian radas dan bahan

dengan cara yang betul di samping menjadi sebahagian proses mencari fakta secara

penyiasatan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi meninjau tahap penguasaan kemahiran

manipulatif bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 27

orang pelajar tahun akhir kursus pendidikan sains dipilih sebagai responden. Borang

soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan aspek kemahiran manipulatif. Data

yang dianalisis digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan respon

pelajar menjawab item. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai peratus

penguasaan yang tinggi dalam kemahiran manipulative (80.3%). Selain itu, responden

juga menyedari kepentingan kemahiran manipulatif ketika menjalankan amali di

makmal. Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan.

Page 8: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

vi

ABSTRACT

Practical method in science learning is very important to help students

understanding the science concept that has been learned. This practical activity

involved the manipulative skills through exposure which related to the correct apparatus

and material techniques and become a part of facts finding process through

investigation. Hence, this research was carried out to survey mastery level in the

manipulative skills of student teachers in Malaysia University of Technology, Skudai.

A number of 27 final year science education students were selected as the respondents.

A set of questionnaire was distributed to the respondents to collect data. Data obtained

was analyzed and presented as percentages. The result from the research shows that the

mastery level in the manipulative skills is high (80.3%). Several suggestions were

discussed at the end of the report.

Page 9: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

Page 10: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

viii

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Kemahiran Manipulatif 9

1.8.2 Pelajar 9

1.8.3 Tahap Penguasaan 9

1.8.4 Makmal Sains 10

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11

2.0 Pendahuluan 11

2.1 Sains dan Kurikulum Sains 11

2.2 Kemahiran Saintifik 15

2.2.1 Kemahiran Proses Sains 15

2.2.2 Kemahiran Manipulatif 17

2.4 Penutup 22

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.0 Pendahuluan 23

3.1 Reka Bentuk Kajian 24

3.2 Lokasi Kajian 24

3.3 Sampel Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Prosedur Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 28

3.7 Kaedah Analisis Data 29

3.8 Penutup 30

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 31

Page 11: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

ix

4.0 Pendahuluan 31

4.1 Analisis Latar Belakang Responden 32

4.1.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 32

4.1.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 33

4.1.3 Pencapaian Responden Di dalam Peperiksaan 33

SPM

4.1.3.1 Pencapaian Responden Bagi Mata

Pelajaran Fizik 34

4.1.3.2 Pencapaian Responden Bagi Mata

Pelajaran Kimia 35

4.1.3.3 Pencapaian Responden Bagi Mata

Pelajaran Biologi 35

4.1.4 Pencapaian Responden Berdasarkan 36

Kedudukan PNGK

4.2 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 37

Kemahiran Manipulatif

4.2.1 Analisis Kemahiran Manipulatif Secara 38

Keseluruhan

4.2.1.1 Analisis Kemahiran Manipulatif Bagi

Aspek Penggunaan dan Pengendalian

Peralatan dan Bahan Sains 39

4.2.1.2 Analisis Kemahiran Manipulatif Bagi

Aspek Penyimpanan Peralatan dan

Bahan Sains 42

4.2.1.3 Analisis Kemahiran Manipulatif Bagi

Aspek Membersihkan Peralatan Sains 43

4.2.1.4 Analisis Kemahiran Manipulatif Bagi

Page 12: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

x

Aspek Pengendalian Spesimen Sains

Hidup dan Bukan Hidup 45

4.2.1.5 Analisis Kemahiran Manipulatif Bagi

Aspek Lakaran Spesimen 47

4.3 Penutup 49

BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 50

KAJIAN LANJUTAN

5.0 Pendahuluan 50

5.1 Kesimpulan Kajian 50

5.2 Implikasi Kajian 52

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 54

5.4 Penutup 56

RUJUKAN 58

LAMPIRAN 61

Page 13: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kemahiran proses sains asas dan definisi 16

3.1 Taburan item bagi persoalan kajian bahagian B 26

3.2 Skala Likert 27

3.3 Tahap penguasaan kemahiran manipulatif 31

berdasarkan peratus

4.1 Taburan responden mengikut jantina 33

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 33

4.3 Taburan responden mengikut pencapaian peperiksaan

SPM bagi mata pelajaran Fizik 34

4.4 Taburan responden mengikut pencapaian peperiksaan

SPM bagi mata pelajaran Kimia 35

4.5 Taburan responden mengikut pencapaian peperiksaan

SPM bagi mata pelajaran Biologi 36

4.6 Taburan responden berdasarkan Purata Nilai Gred

Keseluruhan (PNGK) 37

4.7 Taburan kekerapan dan peratus keseluruhan bagi lima

aspek kemahiran manipulatif yang dikaji 38

4.8 Taburan kekerapan dan peratus keseluruhan jawapan

responden bagi aspek menggunakan dan mengendalikan

peralatan dan bahan sains 39

Page 14: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

xii

4.9 Taburan kekerapan dan peratus keseluruhan jawapan

responden bagi aspek menyimpan peralatan sains dan

bahan 42

4.10 Taburan kekerapan dan peratus keseluruhan jawapan

responden bagi aspek membersihkan peralatan sains 44

4.11 Taburan kekerapan dan peratus keseluruhan jawapan

responden bagi aspek mengendalikan spesimen sains hidup

dan bukan hidup 45

4.12 Taburan kekerapan dan peratus keseluruhan jawapan

responden bagi aspek melakar spesimen, peralatan dan

bahan sains 47

Page 15: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 61

B Nilai Kebolehpercayaan Alpha Bagi

Kajian Rintis 66

C Jumlah dan purata skor (%) responden 67

D Borang Pengesahan Pakar Bidang 68

Page 16: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pada 28 Febuari 1991, Perdana Menteri kita pada masa itu telah

membentangkan kertas kerja bertajuk “Malaysia – Melangkah Ke Hadapan” yang

mengandungi satu pemikiran dan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju

pada tahun 2020 yang lebih dikenali sebagai “Wawasan 2020”. Ia merupakan satu

tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik di seluruh dunia

yang memberi cabaran hebat kepada negara kita. Wawasan ini menjadi satu langkah

permulaan bagi kita menuju ke hadapan seperti negara-negara maju yang lain.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka akan

menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan

makmur mengikut acuannya sendiri. Antara objektif yang ingin dicapai dalam

menuju Wawasan 2020 yang disebut adalah ingin mewujudkan masyarakat saintifik

dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang

bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan.

Page 17: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

2

Dalam konteks ini, wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting

antaranya adalah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan.

Justeru, kurikulum persekolahan kebangsaan sentiasa melakukan pembaharuan dan

penyemakan bagi mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan

bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Reformasi pendidikan

merupakan segala usaha positif yang terancang dan terarah untuk memperbaiki

kandungan, objektif, bentuk, corak dan amalan pendidikan yang sedang berlaku bagi

memenuhi tuntutan semasa (Abu Hassan, 2003).

Seiring dengan perkembangan pendidikan, kurikulum sains juga mengalami

reformasi bermula dari tahun 1931 sehingga 2003 dalam usaha untuk membentuk

masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sahsiah. Ringkasnya, kurikulum sains merangkumi integrasi tiga elemen penting

iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Dengan ini murid

akan dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana

serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Seterusnya dapat membantu negara mewujudkan masyarakat yang mampu

menguruskan alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab dengan

membentuk warganegara yang bersikap kreatif dan kritis yang mengamalkan

budaya sains dan teknologi.

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap

saintifik dan nilai murni yang merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah

inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru dalam bidang pendidikan, proses

pengajaran dan pembelajaran haruslah berteraskan pembelajaran menerusi

pengalaman sendiri seseorang pelajar. Aktiviti inkuiri dan penemuan akan

melibatkan pelajar mengenalpasti masalah seterusnya merancang dan menjalankan

penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tersebut secara terancang dan bersistem.

Matlamat pendidikan sains akan tercapai dengan memberi peluang kepada pelajar

belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara

inkuiri (Mohd Najib dan Mohd Yusof, 1995).

Page 18: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

3

Penekanan kepada pemupukan kemahiran saintifik di kalangan pelajar

sangat penting bagi menggalakkan pelajar berfikir dan bertindak seperti mana

seorang saintis akan lakukan dalam keadaan tertentu. Ini bertepatan dengan objektif

kurikulum yang antaranya mengkehendaki murid menguasai kemahiran berfikir dan

kemahiran saintifik, mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni tersebut serta

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan

sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan

mengkonsepsikan.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Manakala

kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan

sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti seperti menggunakan dan

mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan

bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara

yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar

spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

1.1 Latar belakang masalah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mata pelajaran

Sains merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Di

dalam bidang ini, rangka konsep yang diwujudkan adalah bagi memperkembangkan

kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan

strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Oleh itu, kita dapat lihat kemahiran

saintifik amat diperlukan dalam mencari, memahami dan menggunakan ilmu

pengetahuan sains.

Page 19: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

4

Pelbagai cadangan aktiviti pembelajaran yang disarankan yang dapat

mendorong pelajar berfikir dan memperkembangkan minda dalam proses

pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan sains dan teknologi. Justeru,

amat penting bagi pelajar menguasai kemahiran saintifik yang dapat dijalankan

melalui kaedah seperti eksperimen atau amali yang dilakukan di dalam makmal.

Pembelajaran sains bukan semata-mata menghafal fakta dan maklumat tetapi perlu

memberi penekanan melakukan amali sains. Ini adalah kerana sains merupakan

satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian dan ujikaji yang

sistematik yang membantu pelajar memperoleh maklumat dan berlakunya

penyiasatan.

Pelajar juga dapat mengaplikasikan kemahiran proses sains seterusnya

kemahiran manipulatif bagi menjayakan penyiasatannya semasa melakukan amali

sains. Menurut Abu Hassan (2003), kemahiran manipulatif lebih menjurus kepada

penggunaan dan pengendalian peralatan sains serta bahan kimia semasa melakukan

sesuatu aktiviti penyiasatan di makmal. Guru sebagai fasilitator dan pembimbing

harus menyiapkan diri mereka dengan kemahiran manipulatif supaya dapat

membimbing para pelajar menguasai kemahiran tersebut.

Kita tahu sejak dahulu lagi eksperimen yang dijalankan oleh ahli-ahli sains

melibatkan langkah-langkah yang teratur dan sistematik. Di samping itu juga

bermacam-macam peralatan perlu digunakan bersesuaian dengan eksperimen yang

dijalankan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang boleh menimbulkan

minat di kalangan pelajar tidak dapat dipisahkan daripada ujikaji-ujikaji serta

pemerhatian yang sistematik. Penyediaan makmal-makmal sains di sekolah adalah

untuk memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti amali mengikut apa yang

terkandung dalam kurikulum.

Keberkesanan penggunaan makmal bergantung kepada faktor pengurusan

makmal, peralatan dan pemerolehan bahan-bahan ujikaji. Sehubungan itu pihak

pengurusan sekolah telah dipertanggungjawabkan agar makmal sains di sekolah

Page 20: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

5

masing-masing digunakan dengan sebaik-baiknya. Satu kajian yang telah dijalankan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), mendapati kadar penggunaan makmal

di sekolah-sekolah bandar lebih tinggi di kalangan pelajar yang berprestasi tinggi

berbanding mereka yang berprestasi sederhana dan rendah. Secara perbandingan

juga, penggunaan makmal di sekolah bandar lebih tinggi daripada mereka yang di

luar bandar.

Bagi mencapai Wawasan 2020 dan memenuhi keperluan sumber tenaga

manusia dalam bidang sains dan teknologi, dasar Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk penyertaan 60:40 (pelajar sains berbanding bukan sains) diwujudkan. Pelbagai

usaha telah dijalankan bagi menggalakkan pelajar memilih elektif sains. Sejajar

dengan matlamat ini, kualiti pendidikan sains perlu dipertingkatkan dengan

memperlengkapkan kemudahan, peralatan dan sokongan pengajaran pembelajaran

sains serta memastikan penggunaan makmal sains dilakukan secara maksimum dan

berkesan. Oleh itu makmal sains dianggap sangat penting dalam pembelajaran sains.

Melalui eksperimen, ujikaji dan pemerhatian fenomena semulajadi, konsep-konsep

sains dapat difahami oleh pelajar dengan lebih mudah.

Namun tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek

kemahiran saintifik terutama kemahiran psikomotor, pelajar tidak dapat melaksanakan

aktiviti penyiasatan dengan berkesan (Abu Hassan, 2003). Ini disokong lagi dengan

kenyataan yang dibuat oleh Zol Azlan (2000) iaitu amali cara demonstrasi oleh guru

adalah disarankan terutamanya apabila eksperimen itu terlalu berbahaya sekiranya

dilakukan oleh pelajar yang tidak mahir dan ini dapat dilakukan oleh guru yang lebih

berkemahiran memanipulasikan peralatan, bahan dan eksperimen secara

keseluruhannya dengan baik dan efektif.

Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2000) mendapati

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan terbukti keberkesanannya

terhadap proses pengajaran pelajar. Namun ia kurang diamalkan oleh guru yang

Page 21: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

6

mengajar mata pelajaran sains di sekolah di mana aktiviti yang memberi penekanan

kepada perkembangan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir pelajar tidak

ditekankan.

Guru juga tidak memberi keutamaan terhadap proses perkembangan

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sains. Menurut KPM lagi, cadangan ini adalah amat penting kerana

melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan pelajar melakukan

eksperimen kerana aktiviti ini dianggap dapat menarik minat atau merangsang

pelajar. Ini dapat dijelaskan lagi melalui kenyataan yang dibuat oleh Zol Azlan

(2000), bahawa melalui amali sains ia membolehkan pelajar meningkatkan

penguasaan konsep sains di samping mengembangkan kemahiran manipulatif.

1.2 Pernyataan masalah

Penguasaan kemahiran manipulatif oleh bakal guru amat penting bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah

kelak. Seorang guru perlu memiliki pengetahuan dan menguasai keseluruhan

kemahiran manipulatif agar dapat membimbing pelajar menjalankan ativiti

penyiasatan mereka dengan efektif dan sistematik. Guru juga perlu mengamalkan

teknik-teknik amali dengan baik seterusnya dapat membimbing pelajar ketika

menjalankan amali.

Persoalannya adakah pelajar-pelajar yang mengambil kursus pendidikan

sains di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menguasai

kemahiran manipulatif seperti yang disarankan. Maka kajian ini dilakukan

bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif dalam

kalangan pelajar tahun akhir bagi kursus pendidikan sains di UTM.

Page 22: i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … · Practical method in science learning is very important to help students understanding the science concept that has practical

7

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam

kemahiran manipulatif.

1.4 Persoalan kajian

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah:

i) Apakah tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran manipulatif ?

1.5 Kepentingan kajian

Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkaitan

tahap penguasaan pelajar tahun akhir iaitu bakal guru yang mengambil kursus

pendidikan sains di UTM. Ini bertujuan membantu para bakal guru membuat

persediaan secukupnya berkaitan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Selain itu, ia juga dapat melatih bakal guru menguasai kemahiran manipulatif

dengan baik sebelum menempuh dunia perguruan yang sebenar. Pembelajaran sains

yang berkesan apabila ia melibatkan inkuiri dan penyiasatan dan ini dapat dilakukan

apabila pelajar melakukan kegiatan amali di dalam makmal. Di sinilah peranan

seorang guru sebagai pembimbing dalam membimbing pelajar menjalankan

penyiasatan mereka. Oleh itu, amat penting bagi seorang guru untuk menguasai

kemahiran saintifik khususnya kemahiran manipulatif.