isa - final report

44
A.K.D.N (I.S.A) AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (INTERNAL SECURITY ACT 1960) PROGRAM : SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM DENGAN KEPUJIAN KURSUS : KENEGARAAN MUTAKHIR KOD KURSUS : KETUA : MUHAMMAD RIDHWAN BIN KAMARUDIN (DF100038) PENOLONG : MUKHLIS BIN ADAM (DF100080) AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD IKHWAN BIN ZAINUDDIN (DF100018) : MUHAMMAD ZAMIR BIN SAMEON (DF100065) : MUHAMMAD NUH BIN AHMAD ZAIRI (DF100093)

Upload: asyraf

Post on 01-Jul-2015

321 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

A.K.D.N (I.S.A)AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (INTERNAL SECURITY ACT 1960)

PROGRAM : SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM DENGAN KEPUJIAN

KURSUS : KENEGARAAN MUTAKHIR

KOD KURSUS :

KETUA : MUHAMMAD RIDHWAN BIN KAMARUDIN (DF100038)

PENOLONG : MUKHLIS BIN ADAM (DF100080)

AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD IKHWAN BIN ZAINUDDIN (DF100018)

: MUHAMMAD ZAMIR BIN SAMEON (DF100065)

: MUHAMMAD NUH BIN AHMAD ZAIRI (DF100093)

: MUHAMAD ASYRAF BIN AB MALIK (DF100)

: NUREZRYNNA BINTI ZAINAL (DF100)

: NORFADHILAH BINTI SAMRI (DF100)

PENSYARAH : DR. KHAIRUL AZMAN BIN HJ. SUHAIMY

ISI KANDUNGANTAJUK MUKA SURAT

1.0 BAB 1 PENGENALAN1.1 LATAR BELAKANG 31.2 PERNYATAAN MASALAH 41.3 OBJEKTIF 41.4 SKOP 41.5 KEPENTINGAN 5

2.0 BAB 2 SOROTAN KAJIAN2.1 SEJARAH PENUBUHAN ISA 72.2 KUASA PENAHANAN 8

2.2.1 Menteri 82.2.2 Polis 9

2.3 TEMPOH TAHANAN 92.4 JENIS KESALAHAN DI BAWAH 10

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI2.5 TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN 11

3.0 BAB 3 METODOLOGI3.13.2

4.0 BAB 44.14.2

5.0 BAB 55.15.2

1

BAB 1PENGENALAN

2

1.1 LATAR BELAKANG

Rakyat di sesebuah negara mengimpikan keselamatan, perlindungan,

kebebasan daripada sebarang ancaman baik di luar mahupun di dalam negara dan sebuah

kerajaan yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Malaysia sebuah negara yang majmuk

atau dalam istilah sains sosialnya dikenali sebagai ‘plural society’ juga dari impian rakyatnya

tidak mahu sebarang pertelingkahan mahupun kekacauan berlaku kerana bumi keramat ini

didiami oleh tiga kaum utama yakni Melayu, Cina dan India.Terbentuknya Malaysia melalui

satu kontrak sosial yang mantap dan dipersetujui secara bersama telah membentuk satu

Perlembagaan Persekutuan1 yangtelah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan

pada 31 Ogos 1957.Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua

undang-undang yang menjadi sumber bagi memerintah sesebuah negara.

Di dalam Perlembagaan Persekutan terdapat satu artikel yang dinamakan

Perkara 149 yang sering menjadi bahan perbahasan masyarakat khususnya pihak-pihak

yang menentang dan pihak yang mempertahankannya.Sejak 5 dekad lalu perkara ini sering

diorkestrakan sehinggalah ke saat ini kesan pasca Pilihanraya Umum 23 ke-12 negara yang

menyaksikan kerajaan pemerintah Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen

selain kejayaan Pakatan Pembangkang (PP) menawan lima negeri disemenanjung

Malaysia.Keaadaan ini dilihat oleh Pakatan Pembangkang sebagai satu peluang keemasan

bagi mendesak Kerajaan Pemerintah untuk menghapuskan satu akta yang dipanggil Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau Internal Security Act (ISA). Akta yang membolehkan

seseorang yang disyaki terbabit dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan

Negara ‘ ditahan tanpa bicara’ walaupun ia dari semasa ke semasa menjadi isu politik.

Terdapat pandangan supaya akta ini dipinda atau dimansuhkan. Walaupun

Ordinan darurat telah dimansuhkan selepas tamatnya darurat pada 30 Julai 1960 tetapi

‘kuasa menahan tanpa bicara’ masih dikekalkan di bawah Peraturan 17 Ordinan Darurat dan

dimasukkan dalam Bahagian II ISA.Dalam tempoh 48 tahun, ordinan ini sudah pun dipinda

sebanyak 20 kali. Antara pindaan akta ini dikatakan tidak berlaku adil ialah apabila pada

1989 salah satu seksyen dalam akta ini dipinda dan sekaligus menafikan hak tahanan untuk

merujuk kepada mahkamah.

3

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau lebih dikenali sebagai Internal

Security Act 1960 (ISA) telah lama menjadi isu yang sering dibahaskan di dalam negara kita.

Pada pilihanraya umum ke-23, selepas pihak pembangkang mula memenangi banyak kerusi

di parlimen dan ditambah pula kemenangan pembangkang terhadap beberpa negeri, isu

mengenai ISA ini mula diperbesarkan. Terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajan atau

‘Non-Government Organisation’ (NGO) yang menyuarakan pendapat mereka supaya akta ini

dimansuhkan. Ini kerana, mereka mengangap akta ini tidak boleh digunapakai dalam negara

yang mengamalkan sistem demokrasi disebabkan tahanan yang di bawah ISA tidak boleh

mepertahankan haknya atau dalam erti kata lain ‘ditahan tanpa bicara’.

Bagi kerajaan pula mengatakan ISA ini perlu dikekalkan kerana ia menjadi

salah satu langkah pencegahan. Selain itu, akta ini dapat menjaga keselamatan negara kita

daripada pengaruh negatif yang boleh memecah-belahkan perpaduan kaum yang wujud

selama ini. Persoalannya di sini adakah ISA masih relevan dan berguna untuk negara yang

mengamalkan sistem demokrasi khususnya dalam sebuah sebuah negara majmuk seperti

Malaysia yang kaya dengan perbezaan dari segi agama, kebudayaan dan kepercayaan

mengikut sesuatu kaum.

1.3 OBJEKTIF

i. Menjelaskan rasional konsep ISA secara keseluruhan.

ii. Menghuraikan sama ada ISA relevan ataupun tidak di Malaysia ini.

iii. Membincangkan isu ISA mengikut pandangan politik, agama dan masyarakat.

1.4 SKOP

Kajian ini hanya meliputi dan membincangkan topik berkaitan dengan Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act 1960) sahaja.

4

1.5 KEPENTINGAN

Isu mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA)

ini menjadi perbualan hangat masyarat di negara ini. Justeru itu, kepentingan kajian ini

dibuat adalah untuk mengenalpasti sama ada ISA masih lagi relevan dalam sesebuah

negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ramai masyarakat yang menyuarakan

pendapat mereka secara langsung atau tidak langsung mengenai ISA. Bagaimanapun,

kebanyakan daripada mereka seperti pelajar sekolah, mahasiswa dan warga desa tidak

memahami secara keseluruhan tentang konsep ISA itu sendiri.

Oleh itu, kajian ini untuk mengutarakan suara masyarakat mengenai ISA

sama ada ia masih relevan di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti

Malaysia.

5

BAB 2SOROTAN KAJIAN

6

2.1 SEJARAH PENUBUHAN ISA

Pada era kolonial, British memperkenalkan beberapa undang-undang atas

alasan pemberontakan dan mengekang ancaman komunis yang menyerang lombong bijih

timah, ladang getah milik majikan British dan orang awam selain pasukan keselamatan pada

tahun 1948 hingga tahun 1960 yang dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948. Undang-

undang kolonial ini dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya dan dikuatkuasakan oleh

Pesuruhjaya Tinggi Inggeris Sir Edward Gent. Ketika itu, peruntukkan pencegahan yang

terkandung dalam undang-undang kolonial ini dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu

mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi

ancaman bersenjata komunis.

Setelah pengisytiharan darurat kesan daripada pemberontakan komunis

berakhir pada tahun 1960, golongan elit pemerintah yang berada dalam kerajaan Perikatan

iaitu United Malay National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA), dan

Malayan Indian Congress (MIC) merasakan peruntukan undang-undang kolonial tadi perlu

diteruskan dan cuba dipinda mengikut keperluan semasa dan menjadikan ianya undang-

undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 atau lebih dikenali sebagai Internal

Security Act (ISA) 1960 dan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 Ogos 1960 dan

diperluaskan penguatkuasaannya di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Apabila ISA diperkenalkan pada tahun 1960, Perdana Menteri tatkala itu,

Tunku Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak serta Menteri

Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman telah memberi jaminan di Parlimen bahawa akta

tersebut akan digunakan secara bertanggungjawab dan hanya terhadap komunis,

pengganas dan anasir subversif.

Rakyat Malaysia pada masa tersebut pula kurang mengambil tahu

perkembangan hak asasi manusia kecuali hak asasi dan kepentingan kaum-kaum yang

terdapat di Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya walaupun pelbagai

isu-isu yang dikatakan menyangkut hak asasi manusia seperti rusuhan kaum pada 13 Mei

1969 dan Operasi Lalang 1987, iaitu tangkapan Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas

aktivis politik dan badan-badan bukan kerajaan. Dewasa ini, akta ini masih lagi digunakan

dan ia membenarkan kajian semula. ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali sejak

7

kali pertama diperkenalkan dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah

diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang membolehkan beliau menangkap

sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

2.2 KUASA PENAHANAN

2.2.1 Menteri

Berdasarkan kuasa penahanan, menteri mempunyai kuasa untuk

menahan dan membuat sekatan ke atas individu yang menggugat keselamatan

negara. Di dalam Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ada menyebut

bahawa seorang Menteri iaitu Menteri dalam Negeri mempunyai dua bidang kuasa

untuk memerintahkan penahanan atau sekatan seseorang yang disyaki di bawah

akta ini.

Setelah Menteri berkenaan telah berpuas hati bahawa penahanan

mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak

dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana

bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan

ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah yang mengarahkan supaya

orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun. Menteri dalam

Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu:

i. Kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan menurut Seksyen 8(1)

ii. Perintah Sekatan menurut seksyen 8(5)

Untuk menahan lebih dari 60 hari dengan kadar maksima 2 tahun,

Seksyen 8(1) memperuntukkan bahawa Menteri boleh membenarkan Orang Kena

Tuduh (OKT) ditahan selama tempoh tersebut dengan tidak melebihi 2 tahun. Tetapi

akta ini tidak berhenti di sini sahaja. Setelah hampir tamat tempoh 2 tahun tersebut,

seksyen 8(7) membenarkan menteri menyambung lagi tahanan tersebut tidak

melebihi 2 tahun dan tahanan ini boleh jadi atas dasar penahanan yang sama dari

penahanan awal menurut seksyen 8(7)(a), dasar penahanan yang lain dari

penahanan awal menurut seksyen 8(7)(b), atau sebahagian dari dasar penahanan

awal dan sebahagian dari penahanan baru menurut seksyen 8(7)(c).

8

2.1.2 Polis

Anggota polis juga mempunyai kuasa untuk menahan dan

melaksanakan tahanan kepada Orang Kena Tuduh (OKT) seperti yang tertulis di

dalam Seksyen 73 iaitu mana-mana polis, tanpa melihat kepada pangkat, boleh

menahan suspek tanpa memerlukan waran (Seksyen 73(1)) sekiranya dia memenuhi

syarat-syarat berikut seperti ada alasan yang kukuh di bawah seksyen 8. Dengan

kata lain, mereka yang mempunyai kuasa perintah tahanan dan perintah sekatan kini

bukannya terletak pada seorang hakim atau mahkamah sebaliknya terletak pada

seorang eksekutif yang bukannya seorang yang arif tentang tatacara undang-undang

dan maksud undang-undang itu sendiri.

Sekiranya Negara kita menjaga kepentingan pengasingan kuasa

(separation of power) maka kerajaan harus menyedari sekiranya kuasa tidak dibahagi

dan dipantau, ia boleh disalahgunakan. Menurut Sub-seksyen 2, mana-mana

pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu

penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk

memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya

dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak

atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan

Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan

perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

2.3 TEMPOH TAHANAN

Mana-mana orang yang ditangkap di bawah Seksyen 73 ini boleh ditahan

selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat

berkenaan dengannya di bawah seksyen 8 dengan syarat bahawa:

i. Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan

kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi

daripada Inspektor;

9

ii. Dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan

kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi

daripada Penolong Penguasa; dan

iii. Dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai

polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan

Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada

Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis

bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama

kepada Menteri.

Setelah 60 hari, satu laporan akan dibuat dan diberikan kepada menteri.

Menteri kemudian mempunyai kuasa sama ada membebaskan atau melanjutkan Orang

Kena Tahan (OKT) sehingga 2 tahun berdasarkan Seksyen 8(1) dan selepas 2 tahun, boleh

dilanjutkan kepada 2 tahun lagi berdasarkan Seksyen 8(7), dan seterusnya tanpa menyebut

bila kesnya boleh didengar di mahkamah.

2.4 JENIS KESALAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI

Di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri telah menggariskan jenis-jenis

kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang tersebut ditahan tanpa dibicarakan yang

dianggap akan mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Antara kesalahan

tersebut adalah seperti dibawah:

i. Bergiat menceburkan diri di dalam kegiatan-kegiatan prokomunis.

ii. Memiliki senjata api dan bahan letupan.

iii. Memakai pakaian seragam tentera dan menjalani latihan tentera dengan

menggunakan senjata api.

iv. Mencetak dan menerbitkan buku-buku subversif.

v. Menampalkan pelekat-pelekat yang bersifat subversif.

vi. Membuat laporan yang palsu atau kenyataan yang palsu yang mungkin menimbulkan

gangguan awam.

vii. Memiliki dokumen-dokumen subversif.

viii. Membekalkan bahan-bahan makanan kepada pengganas-pengganas komunis.

ix. Menghasut atau mempengaruhi fikiran rakyat untuk menderhaka kepada kerajaan.

x. Mengapikan perasaan perkauman supaya menimbulkan permusuhan di antara

penduduk yang berbilang kaum.

10

xi. Memberi maklumat kepada negara-negara luar atau membocorkan rahsia-rahsia

mengenai hal ehwal Negara Malaysia.

xii. Pelampau-pelampau Agama yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

2.5 TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN

Tempat Tahanan Perlindungan adalah merupakan tempat untuk menahan

orang-orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tempatnya adalah di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. Pengertian Orang Tahanan

ialah orang yang ditahan oleh kerajaan dengan Surat Kuasa `Order of Detention’ dan orang

ini akan ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan dan dikenali dengan panggilan `Orang

Tahanan’. `Order of Detention’ adalah satu Perintah Tahanan yang ditandatangani oleh

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menahan mana-mana orang yang melakukan

kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan suatu akta yang diluluskan oleh

parlimen untuk menjaga keselamatan dalam Negara Malaysia. Akta ini bertujuan untuk

mencegah perbuatan-perbuatan yang menimbulkan huru-hara dalam negara atau

perbuatanperbuatan yang hendak menggulingkan kerajaan atau pemerintah tanpa mengikut

lunas undang-undang yang sah. Ianya dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Seksyen 8 (1) memberi kuasa kepada

Menteri Dalam Negeri untuk menahan mana-mana orang daripada melakukan sesuatu

kegiatan yang boleh mengancam keselamatan dalam negara atau menimbulkan huruhara.

Mereka ini akan ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan dalam tempoh tidak lebih

daripada 2 tahun.

Selain daripada itu, undang-undang ini juga mencegah penuntut bergerak

cergas dalam persatuan dengan secara berkumpulan yang mengandungi 5 orang atau lebih.

Manakala pertubuhan yang mempunyai ahli-ahli lebih daripada 10 orang mestilah mendaftar

namanya di Pejabat Pendaftaran Kesatuan sebelum dibenarkan bertugas atau menjalani

kesatuan itu.

11

BAB 3METODOLOGI

12

3.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan dan membincangkan mengenai perkara yang berkaitan dengan

kaedah dan cara penyelidikan dijalankan. Berdasarkan tajuk dan objektif kajian, terdapat

pelbagai kaedah atau cara yang dikenalpasti boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu

kajian. Dalam bab ini, kami akan menghuraikan perkara-perkara yang berhubung dengan

rekabentuk kajian, tempat kajian, kajian perpustakaan dan soal selidik.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian deskriptif. Kajian ini dijalankan dalm bentuk kajian tinjauan. Dengan

menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik, semua perolehan data akan di analisis dan

terangkan secara deskriptif. Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah

ditetapkan dan ditafsirkan secara kuantitatif. Kajian ini juga akan meumpukan kepada

kaedah analisis data.

3.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan oleh penyelidik adalah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Parit Raja, Johor. Tempat ini dipilih memandangkan kajian yang dijalankan berbentuk lokaliti

dan hanya melibatkan pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn sahaja, adalah kerana

lokasi kajian yang berdekatan dengan penyelidik dan memudahkan penyelidik mengedar

dan mengutip kembali set soal selidik yang diedarkan serta mengurangkan kos perhubungan

dengan responden kajian.

3.4 KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kami telah mendapatkan beberapa sumber sekunder iaitu artikel daripada

majalah dan internet. Artikel majalah yang telah kami dapatkan ialah yang membincangkan

tentang pentingnya ISA untuk melindungi rakyat Malaysia. Artikel internet yang telah kami

13

jumpa pula ialah membincangkan “Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dikekalkan Demi

Menjamin Kesejahteraan Negara”.

Daripada beberapa artikel internet yang telah dijumpai, ia mengatakan

bahawa kerajaan tidak boleh menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu

dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu. Dasar dan pendirian

kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu

diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan.

Tidak menggunakan alasan hak asasi untuk berselindung di sebalik kegiatan

dan hak politik bangkangan yang mereka perjuangkan. Jika mahu memperjuangkan hak

politik, maka nyatakan dengan jelas dan nyata. Kerajaan dan pasukan keselamatan perlu

memperbetulkan persepsi tentang ISA. Jika kerajaan hendak meliberalisasikan ISA, wajarlah

dilaksanakan dahulu penerangan bersepadu kepada rakyat tentang ISA dan potensi

ancaman kepada negara jika ISA tidak dilaksanakan sejak dari dahulu lagi.

Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ISA diperlukan sebagai

undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan

mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara. Pihak yang menganjurkan

perhimpunan haram itu sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan

memorandum kepada kerajaan bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sekiranya didapati pemimpin pembangkang menjadi tulang belakang

kekecohan dalam perhimpunan haram baru-baru ini, tindakan yang tegas perlu diambil

mengikut saluran undang-undang yang ada. Adalah sukar difahami pihak-pihak tertentu di

kalangan masyarakat Cina yang menentang ISA, sedangkan majoriti tahanan ISA adalah

kaum Melayu yang terlibat dengan kegiatan militan dan ekstremis.

Dalam demonstrasi menentang ISA pada 1 Ogos 2009 majoritinya adalah

kaum Melayu dan amat sedikit penyertaan kaum Cina. Ini menunjukkan masyarakat kaum

Cina tidak mempunyai sentimen anti ISA yang kuat melainkan segelintir yang mempunyai

kepentingan dan agenda peribadi atau politik. Semua negara mengamalkan penahanan

tanpa bicara tetapi yang berbeza adalah tempoh tahanan, jadi tempoh tahanan adalah satu

aspek yang akan diteliti dalam kajian semua ISA. Kebanyakan suara yang menggesa

14

supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan

kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana

tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

3.3 SOAL SELIDIK

Pada hari Jumaat, 18 Februari 2011, kami telah menjalankan kaedah soal

selidik bagi mengetahui masih relevankah ISA dalam menjamin keselamatan negara.

Sebanyak 20 borang soal selidik kami telah edarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk memberikan pendapat atau pandangan mereka

terhadap ISA. Hasil daripada kajian soal selidik tersebut kami telah bincangkan dalam bab 4

dan menghuraikan dari pandangan – pandangan yang dikemukakan oleh reponden.

Soalan – soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan dari tinjauan ke atas isu

semasa mengenai ISA. Selain daripada itu, soalan soal selidik juga telah dikeluarkan dari

beberapa persoalan dari pelbagai sumber rujukan seperti buku dan artikel.

15

BAB 4PERBINCANGAN

4.1 PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP ISA

16

Al Quran dan Hadis yang menjadi sumber perundangan umat Islam, tidak

menyebut secara khusus mengenai prosedur jenayah. Al Quran dan hadis, sebaliknya,

banyak menyebut mengenai Kanun Kesiksaan seperti jenayah Hudud, qisas dan takzir.

Namun begitu, prosedur mahkamah Jenayah di sebut di banyak tempat di dalam Al Quran

dan hadis, dan di sini kita akan melihat bagaimana sebenarnya dari aspek tatacara ISA itu

sendiri dari pandangan agama Islam

4.1.1 Sumber Undang-Undang Islam

Terdapat banyak sumber-sumber undang-undang dalam agama Islam.

Adalah suatu yang diketahui bahawa sumber undang-undang Islam ialah Al Quran,

hadis, Ijma’ dan Qiyas ulama.

4.1.2 Keadilan sebagai satu perkara utama

Al Quran banyak menyentuh mengenai keadilan. Malah Islam itu

sendiri sebenarnya membawa maksud keadilan dan itulah yang direncanakan sejak

dahulu lagi. Keadilan ini dijamin oleh Islam sepertimana tertulis di dalam surah

Al Maidah ayat 8:

“Hai  orang-orang yang beriman  hendaklah kamu jadi orang-orang yang

menegakkan (kebenaran)  karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan

janganlah sekali-kali kebencianmu  terhadap satu kaum, mendorong untuk kamu

berbuat tidak adil. Berlaku adillah karena adil itu  lebih dekat kepada  takwa.

Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang

kamu kerjakan”.

4.1.3 Prinsip Perundangan

17

Prinsip ini bermaksud tidak ada sesiapa boleh di jatuhi hukum jenayah

tanpa kehadiran undang-undang yang boleh menghukum pada masa perbuatan

tersebut dilakukan adalah salah satu prinsip perundangan yang terdapat juga di

dalam Islam. Prinsip ini melindungi kita dari penyalahgunaan kuasa oleh para hakim

atau mana-mana pihak yang mempunyai kuasa terhadap undang-undang dan

memberi jaminan keselamatan kepada individu mengenai apa perkara yang boleh

dan tidak boleh dilakukan.

Di dalam Islam, kita tidak didatangkan dengan hadis atau ayat Quran

yang menyebut secara khusus perkara ini. Tetapi, terdapat beberapa ayat yang

menyebut mengenai prinsip ini. Allah berfirman:

“Kita tidak akan menghukum sesuatu kaum sehinggalah kita

mengutuskan seorang rasul” – Al-Qasas 28:59

Allah S.W.T sendiri yang mempunyai pengetahuan melangkaui langit

dan bumi sendiri bersikap adil sehinggakan tidak akan menghukum sesuatu kaum itu

sehingga setelah di hantarkan utusan kepada mereka bagi menyampaikan.

2.1.4 Prinsip Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah

Di dalam undang-undang Hak asasi Manusia antarabangsa disebut:

“Everyone charged with a criminal offence shall have the right to be presumed

innocent until proved guilty according to law.” Prinsip ini bukannya satu prinsip yang

bercanggah dengan Islam, malah sebenarnya ia menjadi satu perkara asas di dalam

perundangan jenayah Islam itu sendiri.

Di dalam Islam, semua manusia di anggap suci dan bersih dari dosa

bila dilahirkan. Dengan ini juga, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga

dibutikan sebaliknya. Konsep ini juga selari dengan konsep istishab yang membawa

maksud bahawa anggapan di dalam undang-undang pembuktian (law of evidence)

bahawa keadaan sesuatu perbuatan yang telah wujud pada masa lampau akan terus

wujud sehingga perubahan telah dibuktikan. Konsep ini membawakan kita kepada

prinsip seterusnya.

2.1.5 Beban pembuktian ke atas pendakwaraya

18

Undang-undang barat meletakkan bahawa seseorang itu tidak

bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya kerana beban pembuktian terletak di atas

bahu pendakwaraya untuk membuktikan tertuduh bersalah dan bukannya terletak

pada tertuduh untuk membuktikan dia tidak bersalah. Prinsip barat terhadap perkara

ini ialah “dia yang menuduh, membuktikan”.

Prinsip Islam juga begitu beban pembuktian adalah ke atas mereka

yang membuat tuduhan, sementara itu sumpah pula kepada mereka yang

menidakkannya. Prinsip undang-undang barat ialah lebih baik membebaskan 10

orang yang bersalah, dari menghukum seorang yang bersalah. Prinsip ini selari

dengan hadis Rasullulah SAW dan pesanan baginda kepada para hakim agar

memberi perhatian kepada kes yang menimbulkan keraguan. Baginda juga sarankan

supaya elakkan menjatuhkan hukuman hudud berdasarkan sangkaan atau keraguan

dan sekiranya tertuduh mempunyai jalan keluar, bebaskan dia. Adalah lebih baik

untuk pemerintah mengampunkan secara tidak sengaja dari menghukum orang yang

tidak bersalah.

4.1.6 Prinsip Tertuduh Berhak Membela Diri

Di dalam Islam, prinsip pembelaan diri tidak disenaraikan secara

khusus sebagai salah satu prinsip prosedur Jenayah, tetapi ia di sebut secara jelas di

dalam Al Quran dan As Sunnah menjadikan ia satu prinsip keadilan yang tidak boleh

dianggap mudah. Salah satu aspek di dalam pembelaan diri ialah hak tertuduh untuk

bercakap atau terus berdiam diri. Ini juga hak yang terdapat di dalam Criminal

Procedure Code Malaysia.

Ini juga merupakan pendapat secara umumnya ulama Islam yang

mana tertuduh tidak diwajibkan bercakap ketika di hadapkan di mahkamah dan

sekiranya dia hendak mengaku bersalah, dia mestilah melakukannya tanpa sebarang

tekanan. Prinsip ini juga di amalkan di Malaysia dimana sebarang pengakuan

mestilah bebas dari unsur ugutan, tekanan dan janji-janji.

4.1.7 Konsep Penahanan Dalam Islam

19

Dalam ilmu Qadha’ dan Politik Islam dibicarakan mengenai hukuman

penahanan, atau penjara. Perlaksanaan penahanan atau penjara secara dasar

diharuskan dalam Islam. Bahkan ulama bersepakat tentang fakta ini, berdasarkan

dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah. Penahanan seseorang individu oleh pihak

berkuasa tidak semestinya disebabkan kesabitan jenayah oleh Mahkamah. Ada juga

penahanan individu kerana langkah berwaspada demi menjaga maslahah umum dan

mengelakkan keburukan. Oleh itu, sarjana Islam membahagikan motif penahanan

kepada dua kategori:

i. Penahanan Untuk Hukuman

Penahanan hukuman ialah perlaksanaan penjara terhadap individu

yang sudah sabit kesalahannya di mahkamah. Ia biasanya berkuatkuasa

selepas mahkamah mensabitkan kesalahan seseorang individu dan

menjatuhkan hukuman takzir penjara terhadapnya. Motif tahanan jenis ini

ialah sebagai hukuman atau balasan kesalahannya supaya diambil

pengajaran oleh dirinya dan masyarakat secara amnya.

ii. Penahanan Untuk Waspada

Penahanan untuk waspada pula ialah penahanan terhadap individu

yang belum disabitkan kesalahannya di mahkamah. Tetapi disebabkan

masalah, dia perlu ditahan sementara waktu. Penahanan jenis ini

dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Antaranya penahanan individu yang

ditohmah melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Tahanan

reman bertujuan agar siasatan dapat dilakukan terhadap suspek secara

menyeluruh. Sungguhpun tahanan reman adalah tahanan terhadap individu

sebelum dibicarakan di mahkamah, ia dibenarkan oleh syarak.

Kerana tahanan jenis ini bermotifkan maslahah yang kuat, iaitu

menjalankan soal siasat terhadap suspek. Rasulullah S.A.W juga pernah

mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang Yahudi yang dituduh

membunuh seorang wanita dengan cara memecahkan kepalanya

menggunakan batu. Selepas diambil pengakuan daripadanya, barulah

dijatuhkan hukuman qisas terhadapnya. Peristiwa ini boleh dijadikan dalil

bahawa perintah tahanan reman ada sandaran daripada syarak.

20

Antara jenis penahanan untuk waspada juga ialah penahanan individu

yang dipercayai membawa ancaman kepada keselamatan awam atau

keamanan negara. Biarpun individu itu tidak boleh didakwa di mahkamah,

tetapi kewujudannya di tengah-tengah masyarakat boleh membawa mudarat

terhadap orang awam dan keselamatan. Jika pemerintah berpendapat

bahawa seseorang individu memberi ancaman keselamatan, tetapi tidak ada

bukti untuk ditohmah, maka pemerintah boleh menahannya sementara waktu

sehingga ke satu tempoh yang sesuai. Tetapi tempoh penahanan mestilah

sekadar keperluan dan tidak dilakukan penganiayaan terhadap tahanan.

Ulama menyebut antara bentuk penahanan tanpa kesabitan kesalahan

ialah jika berlaku pemberontakan oleh satu-satu kumpulan, kerajaan boleh

menahan anak isteri para pemberontak buat sementara waktu supaya mereka

tidak terpengaruh dan bersama-sama mengikut jejak pemberontak. Mereka

tidak melakukan apa-apa kesalahan pun, tetapi demi maslahah yang lebih

besar mereka ditahan. Maka difahami bahawa keizinan dikuatkuasakan

penahanan tanpa bicara mahkamah, adalah kerana maslahah umum. Oleh itu

pihak yang berhak mengeluarkan arahan ini ialah Ketua Negara.

4.1.8 Akta Isa Dari Sudut Syarak

Berdasarkan dari pandangan agama Islam itu sendiri, akta ISA

termasuk dalam kategori penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini di dalam

siasah syar’iyyah adalah di bawah bidang kuasa pemerintah. Maka ia diletakkan di

bawah Kementerian Dalam Negeri. Agak kurang tepat orang yang berpendapat ia

langsung tidak ada dalam Islam atau bercanggah dengan Quran dan Sunnah. Cuma

dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita, didapati ia tidak menepati syarat dan

etika yang digariskan dalam siasah syar’iyyah. Berikut adalah contohnya:

i. Syarak membenarkan penahanan untuk waspada dalam kes-kes yang

memberi ancaman kepada keselamatan, atau keamanan samada individu

tertentu atau masyarakat. Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka yang tidak 

membahayakan keselamatan pun turut menjadi mangsa. Dibimbangi akta ini

hanya menjadi benteng politik pemerintah.

21

ii. Tempoh penahanan yang dibenarkan syarak bagi penahanan untuk waspada

ialah sekadar keperluan, kerana ia bukan satu bentuk hukuman. Maka,

memanjangkan tempoh penahanan ISA sehingga 2 tahun atau lebih adalah

tidak wajar.

iii. Layanan yang sepatutnya diberikan kepada tahanan jenis ini tidak boleh

disamakan dengan layanan banduan-banduan di penjara. Mereka yang

dipenjara kerana sabit kesalahan boleh dilayan dengan sedikit kekerasan.

Tetapi tahanan untuk waspada wajib dilayan sebagai seorang Muslim yang

tidak bersalah. Apa yang diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA, seolah-

olah layanan terhadap mereka lebih teruk daripada layanan banduan yang

merompak dan merogol.

4.2 PANDANGAN POLITIK TERHADAP ISA

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS),

Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan

bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang

telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari

DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan

Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah

mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, pernah

menyatakan pada tahun 1988 “Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan

UMNO, Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mesti diguling.

Abdullah Ahmad Badawi berpendapat Dr Mahathir Mohamad menggunakan

undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan

pengkritiknya. Malah, pada tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan undang-undang

seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden dan perundangan tersebut tidak

berperikemanusiaan. Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau

mengatakan bahawa ISA adalah undang-undang yang perlu, dan mengemukakan

argumentasi “Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum.”

22

Daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), mereka berpendapat ISA perlu di

mansuhkan terus. Mereka yang terdiri lebih kurang 55 ahli termasuk daripada pihak

pembangkang menggesa kerajaan supaya memansuhkan ISA ini. Mereka berpendapat ISA

telah mencabuli hak asasi manusia. Gerakan Mansuhkan ISA bermula pada Oktober 2008

selepas beberapa negeri tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.

Perhimpunan Bersih diadakan di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan dari kalangan

rakyat. Perarakan menghantar memorandum bantahan terhadap PPSMI dilakukan oleh

Gerakan Mansuhkan PPSMI atau singkatnya GMP. Perhimpunan Hindraf di Jalan Ampang

dan Batu Caves pada 2007 juga mendapat sambutan dari kaum India dan ramai

pemimpinnya ditahan di bawah ISA. Pra perlancaran GMI diadakan di Stadium Bandar Baru

Bangi oleh pemimpin kanan PAS iaitu Mohamad Sabu. Pemimpin lain yang turut hadir ialah

Arulchelvam dari PSM, isteri Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain.

4.3 Pandangan Masyarakat Terhadap ISA

Masyarakat Malaysia telah dipisahkan dengan 2 pendapat dan fahaman yang

berbeza mengenai ISA. Kelompok yang pertama telah mengatakan sokongan mereka ke

atas ISA dan kelompok kedua iaitu segelintir masyarakat tidak dapat menerima ISA sebagai

satu akta yang digunakan untuk menangkap ataupun menahan mana – mana individu yang

disabitkan kesalahan dalam mengancam keselamatan negara. Ini kerana akta tersebut tidak

selari dengan prinsip kemanusiaan di mana apabila seseorang individu yang diberkas itu

tidak dibicarakan mahupun disiasat terlebih dahulu. Perihal ini telah menyebabkan segelintir

masyarakat membantah akan akta ini kerana terdapat dari segolongan anggota keluarga

mereka telah ditahan di bawah akta ISA.

Hal yang sedemikian, telah berlanjutan dan ini menyebabkan demontrasi

berlaku bertujuan untuk memansuhkan ISA. Sehubungan dengan itu, perkara ini

menyebabkan tertubuhnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mana gabungan ini adalah

merupakan segelintir masyarakat, badan bukan kerajaan dan pembangkang kerajaan yang

tidak berpuas hati terhadap perlaksanaan sistem ISA di negara Malaysia.

23

PERBINCANGAN SOAL SELIDIK

Rumusan Dari Carta Palang

Menurut carta hasil dapatan kajian, responden telah menyokong dan

tidak menyokong beberapa usul yang dikemukakan pada borang soal selidik dan

majoritinya tidak menyokong bahawa ISA boleh menahan individu tanpa dibicarakan

dan tidak membenarkan individu tersebut mempertahankan haknya. Dalam persoalan

ini, mereka berpendapat bahawa adalah tidak relevan individu tersebut diperlakukan

sedemikian rupa.

24

Rumusan Dari Carta Pai

Berdasarkan carta pandangan individu, majoriti telah mengutarakan

bahawa ISA perlu dikekalkan. Dari sudut lain, terdapat juga pandangan individu yang

mengatakan bahawa ISA perlu dipinda dan dimansuhkan. Pendapat ini tidak dapat

menandingi pendapat mengenai ISA perlu dikekalkan kerana majoriti responden

mengatakan ISA perlu dikekalkan. Pandangan ini adalah paling tertinggi yang dicatat

hasil dari soal selidik yang dikemukakan oleh responden. Masing – masing dari

mereka telah membuahkan hasil pendapat yang berbeza. Antaranya ialah, mereka

mengatakan bahawa ISA perlu dikekalkan untuk mengekalkan kesejahteraan dan

keselamatan dalam negara.

25

BAB 5KESIMPULAN

26

5.1 CADANGAN

Hanya undang-undang tuhan yang sempurna dan setiap undang-undang

ciptaan manusia tetap memiliki kelemahannya. Daripada kajian ini, kami ingin

mengemukakan beberapa cadangan bagi pemperhalusi sistem perlaksanaan Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960 ini. Kami merasakan akta ini perlu dipinda seperti ayat

dibawah:

i. Cadangan pertama

Meminda ayat yang di gunakan dalam seksyen 8(1) akta keselamatan dalam

negeri 1960 dan menambahkan ayat “selepas meneliti hasil siasatan pihak polis”

kedalam ayat tersebut.

“Jika Menteri berpuas hati selepas meneliti hasil siasatan pihak polis bahawa

penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada

bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau

mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya

atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian

daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu

ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.”

Kami berpendapat, jika ayat “selepas meneliti hasil siasatan pihak polis” ini

telah ditambah di dalam akta ini, pihak menteri baru boleh melanjutkan Orang Kena

Tahan (OKT) dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun. Jika tidak, hanya

memadai menahan OKT itu selama 30 hingga 60 hari untuk membuat siasatan.

ii. Cadangan Kedua

Meminda seksyen 73(3) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan

tempoh untuk suspek pengancam keselamatan negara berada dalam tahanan polis

untuk siasatan tanpa kebenaran menteri di bawah seksyen 8 daripada tempoh

maksimum 60 hari kepada 30 hari sahaja. Sebelum cadangan pindaan ini, seksyen

73(3) berbunyi:-

27

“Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama

tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat

berkenaan dengannya di bawah seksyen 8”

iii. Cadangan Ketiga

Penahanan suspek pengancam keselamatan negara di bawah seksyen 73(3)

(b) dan 73(3)(c) oleh polis yang melebihi 48 jam dan tak lebih 30 hari dengan

kebenaran pegawai polis berpangkat lebih tinggi dari penolong penguasa wajar di

pinda oleh parlimen dengan memberi kuasa tersebut kepada majistret.

Kami juga bercadang pindaan kepada seksyen 73(3)(c) yang sebelum

cadangan ini adalah di nyatakan kuasa menteri di pinda kepada kuasa hakim

mahkamah tinggi demi untuk mengelakkan peluang atau anggapan salahguna kuasa

di pihak polis serta menteri dan demi menghormati doktrin pengasingan kuasa antara

eksekutif, perundangan dan kehakiman. Sebelum cadangan pindaan ini, seksyen

tersebut berbunyi seperti berikut :-

“Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan

kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih

tinggi daripada Inspektor;”

“dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan

kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi

daripada Penolong Penguasa; dan”

“dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang

pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada

Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan

penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang

ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah

melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.”

iv. Cadangan Keempat

Di dalam Seksyen 16 akta keselamatan dalam negeri 1960 yang tidak

mewajibkan menteri atau lembaga penasihat daripada mendedahkan fakta yang di

fikirkan bertentangan dengan kepentingan negara. Kami mencadangkan agar fasal ini

perlu mewajibkan pendedahan fakta secara mandatori di hadapan lembaga

28

penasihat dan pendedahan maklumat itu juga hendaklah tertakluk kepada akta rahsia

rasmi. Sebelum cadangan pindaan ini, seksyen 16 akta keselamatan dalam negeri

1960 berbunyi seperti berikut :-

“Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di

bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga

Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau

mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan

kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.”

v. Cadangan Kelima

Untuk menyesuaikan akta ini dengan keadaan semasa adalah berkaitan

dengan kuasa budi bicara Yang Di Pertuan Agung di bawah Perkara 151(2)

Perlembagaan Persekutuan untuk melantik lembaga penasihat akta keselamatan

dalam negeri yang berbunyi seperti berikut :-

“PERKARA 151(2) - Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud

Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah

dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau

yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar

sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong.”

Kami ingin mencadangkan agar dua orang anggota lain lembaga penasihat itu

mengikut budibicara duli paduka tuanku adalah samada daripada wakil suruhanjaya

hak asasi manusia dan/atau wakil daripada majlis mufti-mufti malaysia.

29

5.2 RUMUSAN

Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan perisai negara sejak 50 tahun

yang lalu. Malaysia yang kaumnya terdiri dari pelbagai latarbelakang sosio budaya hidup

aman dan tenteram sehingga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-3 Tun Hussein Onn

mengatakan bahawa hubungan ketiga-tiga kaum ini ibarat konkrit yakni Melayu umpama

pasir, Cina Ibarat simen dan India ibarat air sehingga apabila adunan ini dilakukan menjadi

satu blok konkrit yang mantap. Kemantapan ini kiranya tidak dijagai dan disuburi bakal

mengundang satu malapetaka yang amat dashyat sehingga tidak mampu memberikan

keuntungan kepada mana-mana kaum sekalipun.

Kami berpendapat bahawa ISA ini perlu dikekalkan adalah kerana fungsi ISA

itu sendiri. ISA perlu dilaksanakan adalah untuk kepentingan negara dari aspek keselamatan

bukannya untuk kepentingan politik. Selain itu, ISA diperlukan untuk membendung dan

membantras pelampau – pelampau agama yang boleh menimbulkan isu sentimen

perkauman yang sekaligus akan menimbulkan soal keselamatan negara tergugat. Di sinilah

pentingnya ISA yang masih lagi relevan dalam usaha kerajaan mengekang keganasan

daripada berlaku. ISA bertindak sebagai langkah pencegahan dan ianya jelas terbukti

selama ini walaupun dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kejam tetapi tidak dinafikan

ianya berjasa mengekalkan keamanan negara sehingga ke hari ini.

Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, ISA diperlukan sebagai

undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan

mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara. Dalam demonstrasi

menentang ISA pada 1 Ogos 2009 majoritinya adalah daripada kaum Melayu dan amat

sedikit penyertaan kaum Cina. Ini menunjukkan masyarakat kaum Cina tidak mempunyai

sentimen anti ISA yang kuat melainkan segelintir yang mempunyai kepentingan dan agenda

peribadi atau politik.

Peranan akta ISA dilihat amat relevan memandangkan ancaman dan

sensitiviti kaum pada waktu ini seaakan-akan menjadi satu kegilaan bagi sesetengah ahli

politik yang mendesak bagi mempersoalkan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam

Perlembagaan Malaysia. Perkara-perkara sebegini amat ditakuti dan dibimbangi menjadi api

30

di dalam sekam kiranya langkah-langkah pencegahan awal tidak dilakukkan dengan

menguatkuasakan Akta keselamatan Dalam Negeri.

Pihak berkuasa di Malaysia berjaya menangani isu pengganas dan

keganasan dengan begitu berkesan sekali namun tindakan pihak berkuasa langsung tidak

mendapat reaksi positif, tidak ada sebarang ucapan terima kasih daripada sekumpulan

rakyat yang memang menikmati keamanan tersebut sebaliknya mereka mencemuh kerajaan

sebagai kejam dan zalim mempergunakan ISA. Apa yang difahamkan, golongan seperti ini

memandang ISA dari perspektif negatif tanpa menyoal selidik kebaikan ISA itu sendri.

Kumpulan inilah yang bercadang menggerakkan satu perhimpunan besar-besaran untuk

mendesak kerajaan memansuhkan akta yang dilaung-laungkan oleh mereka sebagai tidak

berperikemanusiaan iaitu ISA pada 1 Ogos 2009.

Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia

merupakan warisan penjajah, namun ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan

semasa. Hakikatnya, kumpulan inilah yang sebenarnya kejam, sanggup mengheret rakyat

yang tidak bersalah demi memenuhi kepentingan peribadi mereka malahan ada pula

pemimpin politik yang cuba menggunakan kesempatan ini untuk menutup masalah peribadi

yang sedang dihadapi dengan mengaitkan Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan

perisai negara sejak 50 tahun yang lalu.

Langkah kerajaan untuk meminda beberapa peruntukan amat dialukan

supaya ISA terus kekal relevan dan berjasa kepada rakyat Malaysia. Memandang ke

belakang dalam sejarah bumi bertuah ini, penggunaan ISA dilihat oleh gologan bangkangan

sebagai satu hambatan yang tidak terperi sakitnya berbanding rakyat biasa yang mencintai

kemakmuran dan keamananan tidak terbeban dengan akta ISA ini.

Kesimpulannya, Akta Keselamatan Dalam Negeri ini tetap relevan bagi

Malaysia kerana kemajmukan masyarakatnya. Segala ruang dan peluang secara bebas

telah diberikan oleh kerajaan pada masyarakatnya sehinggakan kebebasan itu telah

disalahgunakan hingga mengganggu kententeraman orang lain. Kajian keatas akta ini

disokong dan didokong namun objektif utamanya yakni mencegah sebelum sesuatu berlaku

tidak boleh diubah mahupun terus dimansuhkan agar ia kekal relevan.

31

BAB 6RUJUKAN

32

Internet

http//: sanusijunid.blogspot.com200907internal-security-act-isa.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=1998&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_01.htm

http//: www.malaysiapost.com.myarticles44-law47-mengenal-akta-keselamatan-dalam-negeri-1960-isa.htm

Artikel / Jurnal / Buku

Majalah Milenia Muslim April 2009, Artikel “PINDA ATAU MANSUH ISA? Antara Kepentingan Pemerintah dan Hak tahanan” Oleh Dalia Ismail.

Majalah Milenia Muslim April 2009, Artikel “ ISA LINDUNGI 26 JUTA RAKYAT BUKAN UNTUK 39 TAHANAN “ , Temubual eksklusif dengan Dato’ Seri Syed Hamid Albar.

Mohd Radzuan Haji Ibrahim.1995.Polis dalam Sistem Jenayah Malaysia.Perpustakaan Negara Malaysia

Ahmad Atory Hussain.2009.Politik Melayu Di Persimpangan.Satu Analisis Pilihanraya Umum 2008.Penerbit:Utusan Publication

“UNDANG-UNDANG MALAYSIA - AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 “ pindaan hingga 1 Januari 2006 .Diterbitkan Oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 Secara Usaha Sama Dengan Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

33