final report (practical) - bab 12 isi

18
12.2 UJIAN-UJIAN YANG TELAH SAYA LIHAT DAN JALANKAN DI TAPAK PROJEK KEM BUKIT GALING Antara ujian yang telah saya jalankan dan lihat semasa menjalani latihan di tapak projek ini ialah : CBR Test Ujian kekuatan kiub (Cube Test) Ujian Penurunan (Slump Test) Ujian Beban (Load Test) 12.2.1 CBR Test Nisbah Galas California (California Bearing Ratio) Tujuan ujian CBR ini dijalankan ialah untuk mendapat dan mengetahui nilai kekuatan lapisan turapan yang akan menanggung beban lalulintas dalam menyediakan rekabentuk struktur turapan laluan atau jalan raya. Sample-sampel untuk ujian CBR ini di ambil dari tiga tempat/lokasi iaitu : Jalan Kuarters Bujang Kawasan Logistik Jalan ke Stor Peluru Padang Kawad 171

Upload: mustakim-shaary

Post on 26-Jul-2015

350 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

12.2UJIAN-UJIAN YANG TELAH SAYA LIHAT DAN JALANKAN DI TAPAK PROJEK KEM BUKIT GALINGAntara ujian yang telah saya jalankan dan lihat semasa menjalani latihan di tapak projek ini ialah : • • • • CBR Test Ujian kekuatan kiub (Cube Test) Ujian Penurunan (Slump Test) Ujian Beban (Load Test)12.2.1 CBR TestNisbah Galas California (California Bearing Ratio)Tujuan ujian CBR ini dijalankan ialah untuk mendapat dan mengetahui nilai kekuatan lapisan turapan yang akan menanggung beban lalulintas dala

TRANSCRIPT

Page 1: Final Report (Practical) - bab 12 isi

12.2 UJIAN-UJIAN YANG TELAH SAYA LIHAT DAN JALANKAN DI TAPAK

PROJEK KEM BUKIT GALING

Antara ujian yang telah saya jalankan dan lihat semasa menjalani latihan di tapak

projek ini ialah :

CBR Test

Ujian kekuatan kiub (Cube Test)

Ujian Penurunan (Slump Test)

Ujian Beban (Load Test)

12.2.1 CBR Test

Nisbah Galas California (California Bearing Ratio)

Tujuan ujian CBR ini dijalankan ialah untuk mendapat dan mengetahui nilai

kekuatan lapisan turapan yang akan menanggung beban lalulintas dalam menyediakan

rekabentuk struktur turapan laluan atau jalan raya.

Sample-sampel untuk ujian CBR ini di ambil dari tiga tempat/lokasi iaitu :

Jalan Kuarters Bujang

Kawasan Logistik

Jalan ke Stor Peluru

Padang Kawad

Antara alat-alat yang digunakan dalam ujian ini ialah :

Tukul/Pelantak

171

Page 2: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Cangkul

Acuan CBR

Plastic

Rajah 12.2.1 peralatan yang digunakan

Langkah-langkah ujian CBR :

1) Lokasi yang ingin diuji ditanda terlebih dahulu.

2) Kemudian, acuan CBR diletakkan pada tempat tersebut dan di ketuk/

dibenamkan ke dalam tanah dengan menggunakan pelantak seperti yang

ditunjukkan dalam rajah 12.2.1.2

172

Page 3: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Rajah 12.2.1.2 Sampel bagi strata tanah diambil

3) Setelah acuan CBR tersebut terbenam, kerja-kerja menggali semula acuan

dijalankan. Kerja menggali ini dijalankan menggunakan cangkul batu seperti

dalam rajah 12.2.1.3

Rajah 12.2.1.3 kerja menggali semula acuan CBR

173

Page 4: Final Report (Practical) - bab 12 isi

4) Kemudian acuan CBR yang mengandungi sample tanah tersebut dimasukkan

ke dalam plastic kedap untuk dibawa ke makmal. Disinilah kekuatan strsta

tanah diuji.

Rajah 12a

Pengiraan : V = ∏ r2 X 5

Formula yang digunakan : ρdry = Mess After Dry

Vol

Daya yang diperlukan untuk sesuatu penusukan kemudiannya dinyatakan

dalam peratusan daripada daya yang diperlukan untuk mencapai penusukan

yang sama pada suatu sampel piawai

12.2.2 Ujian Kiub (Cube Test)

174

h

r

Page 5: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Tujuan utama ujian kiub dijalankan adalah untuk mendapatkan persampelan

150 mm kiub yang seragam bagi menentukan ketumpatan kekuatan mampatan konkrit

yang di0gunakan di tapak bina. Ujian ini akan dilakukan terhadap kiub-kiub berukuran

150 mm x 150 mm x 150 mm yang dibuat semasa menyediakan campuran konkrit

tersebut sama ada di kilang atau di tapak bina. Kekuatan mampatan akan diuji selepas

7 hari dan 28 hari selepas kiub komkrit dibuat. Spesifikasi kekuatan minimum iaitu

kekuatan rekabentuk bagi konkrit pada hari ke-7 ialah 21 N/mm2 dan pada hari ke-28

ialah 30 N/mm2.

Kekuatan mampatan yang diperoleh akan disbandingkan dengan nilai kekuatan

rekabentuk konkrit. Jika nilai kekuatan kiub yang diuji itu mencapai sekurang-

kurangnya kekuatan cirri bagi sesuatu gredkonkrit, maka konkrit tersebut dianggap

telah lulus atau telah memenuhi spesifikasi rekabentuk. Sebaliknya, jika kekuatan kiub

yang diuji itu kurang daripada nilai kekuatan cirri, maka konkrit tersebut dianggap telah

gagal dan langkah tertentu akan diambil untuk menjamin kekukuhan struktur yang

terlibat.

Antara peralatan yang digunakan dalam ujian ini ialah :

Acuan (besi tuang atau keluli berdimensi 150 mm

Bolt dan nat

Plat tapak

Klip penahan

Bar penghentak

Langkah-langka ujian kiub :

1) Acuan besi dicantumkan dengan plat tapak menggunakan bolt dan nut serta klip

penahan. Pastikan permukaan dalam acuan tersebut disapu dengan minyak

bagi memudahkan kerja-kerja menanggal acuan setelah konkrit mengeras.

175

Page 6: Final Report (Practical) - bab 12 isi

2) Sample diambil 3 kali semasa campuran dituang atau di 5 tempat dari tempat

konkrit diletakkan

3) Kemudian konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak tiga lapisan sehingga

memenuhi permukaan atas kiub tersebut.

4) Konkrit akan dihentak sebanyak 35 kali bagi setiap lapisan yang dibuat

menggunakn bar penghentak. Selain itu, tukul elektrik juga boleh digunakan

untuk menghentak konkrit tersebut. Penggunaan tukul elektrik mungkin lebih

baik dan efektif kerana dapat menghasilkan hentakan yang lebih konsisten jika

dibandingkan dengan bar penghentak.

5) Permukaan atas akan diratakan dan penandaan perlu dilakukan ke atas kiub

tersebut dengan meletakkan kertas di permukaan kiub bagi memudahkan

pengecaman semasa kerja pengujian dilakukan.

6) Kiub tersebut akan ditutup dengan guni atau kain basah dan dibiarkan selama

24 jam.

7) Selepas 24 jam, acuan akan ditanggalkan dan kiub konkrit tersebut akan

dimasukkan ke dalam tangki pengawet.

8) Setelah cukup 7 hari dan 28 hari barulah kiub tersebut dibawa ke makmal untuk

diuji ketumpatan kekuatan mampatan kiub. Jumlah bacaan kekuatan

dipuratakan bagi mewakili kesemua kiub dari jenis atau bancuhan yang sama.

Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa ujian kiub

dilakukan iaitu :

Ambil sample yang mencukupi untuk membuat semua kiub yang

diperlukan.

176

Page 7: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Untuk membuat pencontohan baldi dan penyodok hendaklah disediakan.

Penyodok besar tidak sesuai digunakan kerana akan menyebabkan natu

batu baur besar terjatuh.

Komponen-komponen seperti bolt dan nut serta klip penahan hendaklah

dipasang dengan ketat bagi mengelakkan konkrit keluar daripada celah-

celah bucu acuan terutamanya semasa kerja-kerja menghentak

dilakukan.

Permukaan acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi memudahkan

penanggalan kiub konkrit.

Lebihkan sedikit campuran di atas acuan untuk membolehkan

pemisahan air berlaku.

Acuan hendaklah dibuka sepenuhnya semasa mengeluarkan kiub dari

acuan bagi mengelakkan kerosakan pada kiub tersebut.

Pastikan paras air di dalam tangki pengawetan sentiasa di atas daripada

kiub-kiub yang direndam.

Rekod-rekod bacaan bagi setiap ujian kiub hendaklah diambil dengan

betul.

177

Page 8: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Rajah 12.2.2.1

Rajahb 12.2.2.2 catatan yang dibuat pada kiub bagi memudahkan

pengcaman

12.2.3 Ujian Penurunan (Slump test)

Ujian penurunan adalah ujian yang paling praktikal yamg dijalankan bagi

menyukat taraf kerja untuk semua jenis konkrit. Perubahan nilai penurunan yang

didapati menunjukkan perubahan pada bahan, kandungan air pada kadar bancuhan.

Dengan itu ia amat berguna bagi mengawal kuantiti konkrit yang dihasilkan.

178

Page 9: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Konkrit mestilah diisikan kedalam kon dalam bentuk 4 lapisan dengan purata

tebal yang sama dan pada setiap lapisan mestilah dimampatkan dengan rod pemampat

dengan 25 kali hentakkan. Selepas kerja akhir dimampat, permukaan konkrit perlu

diratakan dengan rod pemampat. Bersihkan sekeliling acuan kon sebelum diangkat

dan ditanggalkan.

Nilai penurunan adalah jarak perbezaan antara tinggi konkrit dengan tinngi

cetak kon. Jika didapati ricih atau mendatar ujian perlu diulangi lagi dengan contoh

yang lain dari konkrit yang sama. Jika didapati ia menghasilkan keputusan yang sama,

ia mestilah direkodkan bersama-sama dengan kesimpulannya.

Jika pengukuran lengkap, ketuk tepi konkrit dengan rod. Jika kejelekitan

bancuhan yang baik, ia akan menampakkan penurunan lagi tetapi jika runtuh,

kejelekitannya tidak dianggap baik.

(Rajah 12b dan 12c menunjukkan alat dan cara mengukur penurunan konkrit)

Rajah 12.2.3.1 konkrit yang telah ditanggalkan daripada

179

Page 10: Final Report (Practical) - bab 12 isi

acuan kon

tempat memijak

Rajah 12b : Kon Turun Piawai

Rajah 12c

Rajah 12c : Cara mengukur penurunan konkrit

180

Page 11: Final Report (Practical) - bab 12 isi

12.2.4 Ujian Beban (Load Test)

12.2.4.1 Pengendalian Ujian Beban

Boleh dikatakan semua bahan binaan struktur yang besar dan tinggi

menggunakan asas dari jenis cerucuk. Bagi memastikan kestabilan sesuatu cerucuk

yang telah di tanam itu, satu ujian beban dimana setiap tambahan atau kurangan pada

beban adalah dibuat tetap samada satu jangka masa yang ditetapkan atau sehingga

kadar pemendapan atau atau daya lonjakan berada kepada satu nilai yang ditentukan.

Semua ujian hendaklah dijalankan dalam satu arahan seorang penyelia yang

berpengalaman dan cekap dari pihak kontraktor yang menggunakan alat ujian yang

diluluskan dan peraturan ujian yang ditentukan selepas daripada itu.

Semua kakitangan kontraktor yang mengendalikan alat-alat ujian hendaklah

terlatih dalam penggunaannya. Ujian hanya boleh dilakukan semasa kehadiran

Penyelia atau Pegawai Penguasa. Ujian beban hendaklah dijalankan dengan

menggunakan pemberat, cerucuk tambatan yang dibina khas sebagai sistem tindak

balas. Sistem tindak balas yang digunakan hendaklah direka bentuk untuk

memindahkan beban maksimum yang dikehendaki untuk ujian kepada cerucuk.

181

Page 12: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Rajah 12.2.4.1 Ujian Beban sedang dijalankan

12.2.4.2 Alat-Alat Ujian Beban

Bagi memastikan jek hidraulik dan alat pengukur beban dipasang diatas kepala

cerucuk, kontraktor seharusnya memastikan keseluruhan sistem stabil sehingga beban

maksimum dikenakan. Jek hidraulik, pam, hos, paip, kupling dan alat-alat lain yang

hendak digunakan dibawah tekanan hidraulik yang berupaya menanggung beban ujian

tekanan 1 1\2 kali ganda bagi ujian maksimum tanpa kebocoran dimana ujian kadar

ketelusan tetap dikehendaki, keupayaan untuk jek hendaklah mencukupi untuk

mengekalkan kadar ketelusan yang dikehendaki.

Had pemanjangan jek hendaklah yang membolehkan cerucuk bergerak

berterusan tanpa menggunakan penyendal pada jarak sekurang-kurangnya 50 mm.

182

Page 13: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Alat pengukur hendaklah dari jenis yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa dan

berupaya mencatatkan beban pada kadar kenaikan tidak melebihi kN.

Jek hidraulik dan alat pengukuran hendaklah ditentukan bersama untuk

kelulusan Pegawai Penguasa sebelum dan selepas setiap ujian, apabila dibuat pada

alat-alat tersebut atau pada tempoh-tempoh yang tertentu untuk jenis alat digunakan.

Sijil-sijil tentu ukuran hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa sekurang-

kurangnya 24 jam sebelum ujian dijalankan.

Rajah 12.2.4.2.1 Pemasangan alat kelengkapan ‘load test’

183

Page 14: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Rajah 12.2.4.2.2 Alat yang digunakan dalam ujian beban (load test)

12.2.4.3 Pengukuran Pemendapan

Rangka penunjuk pemendapan hendaklah didirikan untuk mengukur

pergerakkan pugak cerucuk ujian. Tupang kepada ujian kerangka tersebut hendaklah

ditempatkan pada jarak tidak kurang dari 2 m dari kedudukan cerucuk ujian dan

hendaklah dipasang tegak diatas tanah serta membenamkannya tidak kurang dari 1 m

dalam konkrit keliling.

Selanjutnya kenaikan tupang hendaklah disemak pada batu aras yang tetap.

Semua peralatan pengukuran hendaklah dilindungi daripada hujan, pancaran matahari

dan lain-lain gangguan yang boleh menjejaskan ketepatannya.

Pergerakkan cerucuk diukur dengan menggunakan empat tolok dail yang

dipasang tegak diatas penunjuk mendapan yang terletak diatas permukaan logam yang

diratakan dengan mesin atau permukaan kaca yang bersudut tepat dengan paksi

cerucuk yang dipasang kepada cerucuk atau kepala cerucuk.

184

Page 15: Final Report (Practical) - bab 12 isi

Tolok-tolok dail hendaklah ditempatkan pada posisi yang bertentangan

mengikut diameter yang sama jaraknya dari paksi cerucuk. Tolok-tolok dail hendaklah

berupaya membolehkan bacaan sehingga ketapatan 0.1 mm dan hendaklah mampu

mengukur pergerakkan minimum yang kurang daripada 50 mm.

185