final report ojt

Upload: sheikhazmer

Post on 20-Jul-2015

401 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

A

PANDUAN UMUM MENULIS LAPORAN EKSEKUTIF LATIHAN SAMBIL KERJA (OJT) Susunan dan Kandungan Laporan

1.0

Laporan mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut urutan seperti jadual di bawah : Perkara Muka Hadapan Kertas kosong Tajuk Laporan Pengesahan Laporan (JMTi) Perakuan Laporan (Pelajar) Pengesahan Industri Surat/Testimonial Halaman Penghargaan Halaman Kandungan Halaman Senarai Rajah Halaman Senarai Jadual Halaman Senarai Lampiran Halaman Teks (Semua bab) Komen Dan Saranan Kesimpulan Rujukan Lampiran Status wajib wajib wajib wajib wajib wajib wajib wajib wajib wajib wajib jika ada wajib wajib wajib wajib jika ada wajib jika ada Contoh (Lampiran) A B C D E F G H I J K L Q R R (i) S Catatan Rujuk lampiran Bernombor Roman kecil iaitu i Bernombor Roman kecil iaitu ii Bernombor Roman kecil iaitu iii Bernombor Roman kecil iaitu iv Bernombor Roman kecil iaitu v Bernombor Roman kecil iaitu vi Bernombor Roman kecil iaitu vii Bernombor Roman kecil iaitu x Bernombor Roman kecil iaitu xi Bernombor Roman kecil iaitu xii Bernombor Arab iaitu bermula 1 Bernombor Arab iaitu sambungan Bernombor Arab iaitu sambungan Bernombor Arab iaitu sambungan Bernombor Roman kecil iaitu xiii

1

2.0

Muka Hadapan

Penerangan bagi muka hadapan akan diterangkan di dalam Panduan Menyedia Dan Menjilid Laporan (sila rujuk contoh di lampiran A).

3.0

Tajuk Laporan

Halaman tajuk mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut dan ditulis dengan menggunakan huruf besar serta dihitamkan (bold) (rujuk contoh di lampiran B) : Laporan Latihan Dalam Industri (sebagai permulaan). Nama penuh dan alamat tempat latihan industri dijalankan. Nama Pelajar dan nombor kad pelajar (ditulis di bahagian tengah). Laporan dikemukakan kepada. Nama jabatan dan institut. Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat dan Nama kursus dan Tahun diserahkan.

4.0

Pengesahan Penyelaras dan Ketua Jabatan

Laporan yang hendak diserah untuk tujuan pemeriksaan/penilaian hendaklah mendapat pengesahan Penyelaras dan Ketua Jabatan terlebih dahulu. Sila lihat contoh (contoh di lampiran C).

5.0

Perakuan Pelajar

Merupakan perakuan yang dibuat oleh pelajar terhadap laporan yang dibuat oleh mereka sebagai pengesahan bahawa hasil kerja laporan tersebut merupakan hasil nukilan mereka sendiri. Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian laporan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis/pelajar. (rujuk contoh di lampiran D).

6.0

Pengesahan Industri

Pengesahan laporan latihan dalam industri perlu mendapat tandatangan pengesahan daripada pihak syarikat untuk mengesahkan bahawa setiap maklumat yang disampaikan oleh pelajar di dalam laporan tidak mengandungi segala perkara atau butiran maklumat rahsia yang boleh menjejaskan syarikat atau industri tersebut (rujuk contoh di lampiran E).

2

7.0

Testimonial (Surat Pengesahan)

Surat pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat kepada pelajar berkenaan sebagai tanda pelajar terbabit telah berjaya menamatkan latihan industri di syarikat tersebut dengan jayanya. Selain itu surat pengesahan turut menyatakan tempoh lama mana pelajar telah menjalani latihan industri di tempat tersebut (rujuk contoh di lampiran F).

8.0

Halaman Penghargaan

Halaman ini sebaik-baiknya hendaklah ditulis dalam satu mukasurat sahaja. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan laporan (rujuk contoh di lampiran G).

9.0

Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam laporan, iaitu Kandungan, Perkara, Mukasurat, Bab dan pecahan-pecahan utama daripada bab-bab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi perkara perkara berikut : Pendahuluan/Pengenalan. Latar Belakang Industri. Perkara Yang Berkaitan Sepanjang Menjalani Latihan Dalam Industri. Komen Dan Saranan. Kesimpulan. Rujukan (jika ada) Lampiran. Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah ditulis dengan menggunakan perkataan yang sama seperti yang terdapat dalam laporan (rujuk contoh di lampiran H).

10.0

Halaman Senarai Rajah

Halaman senarai rajah hendaklah dimulakan pada halaman baru. Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Setiap rajah yang terdapat di dalam laporan hendaklah disenaraikan bersama muka surat padanya. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat mengikut bab (rujuk contoh di lampiran I). Contoh kedudukan rajah di dalam teks boleh dirujuk di dalam lampiran O. 11.0 Halaman Senarai Jadual

3

Halaman senarai jadual hendaklah dimulakan pada halaman baru. Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam laporan. Nombor muka surat tempat jadual diletakkan hendaklah dicatatkan dalam senarai ini. Urutan nombor jadual hendaklah dibuat mengikut bab (rujuk contoh di lampiran J). Contoh kedudukan jadual di dalam teks boleh dirujuk di dalam lampiran P.

12.0

Halaman Senarai Lampiran

Halaman senarai lampiran hendaklah dimulakan pada halaman baru. Senarai ini mengandungi semua tajuk lampiran yang dimuatkan dalam laporan. Nombor muka surat roman tempat lampiran diletakkan hendaklah dicatatkan dalam senarai ini. Urutan abjad lampiran hendaklah disusun mengikut kesesuaian cerita di dalam laporan (rujuk contoh di lampiran K). Lampiran mesti diletakkan di bahagian belakang dengan meletakkan mengikut kedudukan jalan cerita di dalam teks (rujuk contoh di lampiran S). Walaubagaimanapun lampiran bukanlah sesuatu yang wajib ada di dalam laporan.

B. 1.0 1.1

PANDUAN MENYEDIA DAN MENJILID LAPORAN EKSEKUTIF Saiz dan Format Kertas dan Saiz

Gunakan kertas simili 80 gram berwarna putih dan bermutu tinggi dan bersaiz A4 (210mm x 297mm). 1.2 Jidar

Pada amnya jidar adalah sama bagi tiap-tiap muka surat, iaitu 4cm di sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 2.5cm di sebelah atas, kanan dan bawah. 1.3 Penomboran Muka Surat

Nomborkan muka surat mengikut urutan seperti yang ditetapkan. Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut bawah bahagian tengah, 1.25cm dari bawah. Penomboran muka surat hendaklah mematuhi syarat berikut : i. Bahagian permulaan laporan, bermula dari halaman tajuk hendaklah dinomborkan dengan angka Roman ( i, ii, iii dsb) ; bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka Arab (1, 2, 3 dsb).

4

ii. iii.

Halaman pertama laporan ialah halaman tajuk, dianggap sebagai muka surat i . Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman 1 .

1.4

Penomboran Bab dan Sub-Judul Dalam Bab

Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan menggunakan angka Arab iaitu BAB 1, BAB 2, BAB 3 dsb dan sub-judul dalam bab menggunakan angka Arab juga. Struktur penomboran (dalam laporan bahagian teks) sub-judul dalam bab tidak diensotkan tetapi disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut : BAB 2 Tahap pertama (Judul Bab) 2.1 Tahap kedua (sub-judul) 2.1.1 Tahap ketiga (sub-sub-judul) 2.1.1.1 Tahap keempat (sub-susb-sub-judul) Jika Judul Bab hingga sub-sub-sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di atas melebihi satu baris, maka langkahnya adalah sama dengan langkau dalam teks. Contoh : 2.1.1 PEMASANGAN BAHAGIAN PENGELUARAN BAGI MPS DEPARTMENT ER-T-GO LAYOUT

Sub-judul seterusnya boleh diberi nombor dengan huruf roman (i) , (ii) , (iii) dsb dan diikuti huruf abjad (a), (b), (c) dsb jika terdapat pecahan kecil lagi. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang simbol-simbol seperti -, , , dsb (rujuk contoh di lampiran N). Setiap selepas sub-judul pertama di dalam setiap bab (pengenalan kepada bab tersebut), penulis hendaklah terlebih dahulu menerangkan atau menceritakan secara umum terlebih dahulu perkara yang terkandung di dalam bab baru yang dibentuk sebelum membentuk sub-judul-sub-judul yang baru di dalam bab itu.

5

1.5

Penaipan

Penaipan laporan hendaklah menggunakan komputer dan ditaip dengan huruf biasa (tidak dibenarkan huruf yang berbunga-bunga). Penulis dinasihatkan supaya menggunakan satu jenis huruf yang tetap dan standard sahaja pada keseluruhan laporan (kecuali yang melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip menggunakan huruf condong). Saiz (tinggi) huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang daripada 0.2cm bagi huruf besar dan 0.15cm bagi huruf kecil. Jika anda menggunakan perisian Words atau versi yang lebih terkini, sila gunakan jenis huruf (font) Times New Roman, bersaiz 12 (bahagian teks dan permulaan) dan 14 bahagian muka hadapan (kulit luar). Jarak di antara baris dalam teks ialah dua langkau (2 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah muka surat sahaja. Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap bab hendaklah dimulakan di atas muka surat yang baru. Bab dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip dengan huruf tebal (bold) dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap perkataan dalam sub-judul hendaklah huruf besar. Laporan tidak dibenarkan sama-sekali mencampurkan bahasa. Penulis hanya dibenarkan untuk menentukan bahasa mana yang hendak digunakan (Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris). 1.6 Jarak dan Format

Penulis dinasihatkan supaya mematuhi panduan menentukan jarak dalam teks : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 2.5cm (rujuk contoh di lampiran L). Jarak di antara nombor bab dengan judul bab dan di antara judul bab dengan sub-judul ialah dua (2)* baris (rujuk contoh di lampiran L). Jarak di antara sub-judul dengan baris teks yang pertama ialah dua (2)* baris (rujuk contoh di lampiran L). Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2)* baris (rujuk contoh di lampiran M). Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah dua (2)* baris (rujuk contoh di lampiran M). Jarak di antara perenggan ialah dua (2)* baris (rujuk contoh di lampiran L). Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri (rujuk contoh di lampiran L). Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.3cm dari jidar kiri (rujuk contoh di lampiran L).

6

ix. x.

xi. xii.

Jarak di antara perkataan dalam barisan tidak semestinya sama oleh itu format Justified diperlukan bermula daripada permulaan laporan dibuat. Mulakan tambahan kepada sub-sub-judul seperti (i) , (ii) , (iii) dsb dari jidar kiri, sebaris dengan huruf perenggan sebelumnya. Setiap teks di dalamnya hendaklah sama susunan atas dan bawah dan tidak perlu di indent kan (rujuk lampiran N dan O). Mulakan tambahan kepada (i) , (ii) , (iii) seperti (a) , (b) , (c) dsb sebaris dengan perkataan pertama di bahagian atas (rujuk lampiran N). Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua (2)* baris (rujuk lampiran O dan P).

* : sebagai dua (2) kali double. 1.7 Penghurufan dan Lukisan/Rajah

Penghurufan dan lukisan/rajah hendaklah jelas dan boleh dibuat salinan dengan memuaskan tanpa kehilangan sebarang maklumat. 1.8 Had Maksimum

Maksimum had panjang laporan yang dibenarkan adalah 50 muka surat dan tidak kurang daripada 30 muka surat. Manakala bagi tajuk Pengenalan Industri hanya dihadkan sebanyak 5 muka surat sahaja. Had maksimum ini tidak termasuk lampiran dan semua muka surat yang ditandakan dengan huruf roman. Penulis yang laporannya akan melebihi had ini, hendaklah memohon kelulusan daripada Penyelia masing-masing. 1.9 Penjilidan, Warna Kulit dan Tulisan

Sebelum dijilid dengan sempurna, pelajar dikehendaki terlebih dahulu menghantar satu salinan (draft) kepada Penyelia masing-masing bagi tujuan pemeriksaan. Semua laporan yang telah lengkap disemak hendaklah dijilid dengan sempurna. Laporan tidak boleh dijilid sementara (spiral binding) bagi tujuan peperiksaan. Selepas pembetulan (jika berkenaan), laporan hendaklah dijilid kekal berkulit keras. Laporan yang hendak diserahkan kepada Jabatan hendaklah yang telah dijilid kekal (penuh) dengan kulit jenis buckram dan bertulis emas dengan saiz minimum 14 poin. Warna kulit (kod warna) laporan telah ditetapkan seperti berikut iaitu Merah Pulasan (Meron)/kod: 567 bagi pelajar Diploma dan Cokelat (Dark Brown)/kod: 537 bagi pelajar Diploma Lanjutan.

7

2.0

Kulit Depan

Pada kulit depan hendaklah ditulis tempat latihan dalam industri, nama penulis, kursus, jabatan dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dengan huruf besar.

2.1

Tulang Belakang

Pada tulang belakang laporan hendaklah ditulis Nombor ID Pelajar dan Tahun Laporan Ditulis. Rujuk lampiran 1.

2.2

Penyerahan Laporan Berjilid

Pelajar wajib menghantar 2 salinan Laporan Berjilid kepada Jabatan bagi kegunaan NOSS Pelajar dan Institut (Pusat Sumber) kecuali atas permintaan Penyelia masing-masing untuk simpanan Penyelia.

8

2.5 cm

Arah Bahagian Hadapan

2.5 cm

i

2.5 cm

4.0 cm

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI AKTY TECHNOLOGIES SDN BHD

2.5 cm

6 kali double

NORFASHA BINTI SULONG E12203040 DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

7 kali double

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTi) 2006

2.5 cm ii

2.5 cm LAPORAN LATIHAN DALAM INDUSTRI 4.0 cm AKTY TECHNOLOGIES SDN BHD PLOT 500,TINGKAT PERUSAHAAN EMPAT, PRAI FREE TRADE ZONE, 13600 PRAI,PULAU PINANG, MALAYSIA.

2.5 cm

5 kali double

NORFASHA BINTI SULONG E12203040

5 kali double

LAPORAN DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTi) SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT KURSUS DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK 2006

i

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA

3 kali double PENGESAHAN LAPORAN LATIHAN DALAM INDUSTRI

3 kali double Nama No.Pelajar : : NORFASHA BINTI SULONG E12203040

3 kali double Dengan ini disahkan bahawa laporan ini telah memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik Perindustrian.

3 kali double Tandatangan Penyelaras Nama Tarikh Disahkan oleh Tandatangan Ketua Jabatan : ___________________________________________ Nama Tarikh : ___________________________________________ : ___________________________________________ : __________________________________________ : __________________________________________ : __________________________________________

ii

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTi)

6 kali double

PERAKUAN LAPORAN LATIHAN DALAM INDUSTRI

6 kali double

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

5 kali double

Tandatangan : Nama Pelajar : No.Pelajar Tarikh : :

_________________________ NORFASHA BINTI SULONG E12203040 _________________________

iii

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTi)

3 kali double PENGESAHAN LAPORAN LATIHAN DALAM INDUSTRI

3 kali double Nama No.Pelajar : : NORFASHA BINTI SULONG E12203040

3 kali double Dengan ini disahkan bahawa laporan ini tidak mengandungi maklumat sulit syarikat yang boleh memberi mudarat terhadap syarikat.

5 kali double

Tandatangan Penyelia Nama Tarikh Cop Syarikat

: : : :

______________________________ ______________________________ ______________________________

iv

TESTIMONIAL

A

KTY Technologies Sdn. Bhd.

(Company No. : 545461-W) Plot 500, Tingkat Perusahaan Empat, Prai Free Trade Zone, 13600 Prai, Penang, Malaysia. Tel: 04-399 3343 Fax:04-399 6703

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAA N

Tuan/Puan, Per: Latihan Praktikal Norfasha Binti Sulong No. KP : 810323-03-5983

Dengan ini disahkan bahawa penama tersebut di atas telah menjalani Latihan Praktikal Industri di syarikat ini mulai 3 januari 2006 hingga 11 mac 2006. Beliau telah menunjukkan sikap yang positif, berdisiplin, menepati masa dan secara sukarela membantu kerja-kerja di Jabatan Pengeluaran. Pihak syarikat merakamkan penghargaan kepada beliau dan menyokong permohonan beliau untuk bekerja dengan mana-mana jabatan atau syarikat di masa depan. Terima kasih. Yang benar, AKTY TECHNOLOGIES SDN. BHD.

TAN POH TENG Pengarah

v

Justified PENGHARGAAN 2 kali Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya akhirnya saya dapat menamatkan latihan praktikal selama dua bulan setengah di AKTY Technologies Sdn Bhd. Pertama kali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan AKTY Technologies Sdn Bhd kerana telah banyak membantu sepanjang tempoh latihan praktikal saya terutama kepada Pengurus En Abu Bakar Omar kerana memberi peluang kepada saya menjalani latihan praktikal di syarikat beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia kami En. Anuar bin Japar selaku jurutera bahagian MPS (Manufacturing Positioning System) di mana saya menjalankan praktikal.Tidak lupa juga kepada warga MPS (Manufacturing Positioning System) kerana telah memberi tunjuk ajar dan juga kepercayaan kepada saya dalam segala kerja yang telah saya lakukan sepanjang latihan saya di sana. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada tenaga pengajar Institut Teknikal Jepun-Malaysia terutamanya kepada semua tenaga pengajar Teknologi Kejuruteraan Elektronik kerana telah memberi peluang kepada saya menjalankan Latihan Industri ini. Akhir kata,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas bantuan tunjuk ajar diberikan. Segala pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang menjalani latihan industri akan saya gunakan sebaik mungkin dalam menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang.

vi

2.5 cm KANDUNGAN 2 kali double 4.0 cm PERKARA 2 kali double TAJUK PENGESAHAN (JMTi) PERAKUAN (PELAJAR) PENGESAHAN (INDUSTRI) TESTIMONIAL PENGHARGAAN KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN 2 kali double BAB 1 1.1 1.2 1.3 PENGENALAN PENGENALAN KEPADA LATIHAN DALAM INDUSTRI OBJEKTIF LATIHAN DALAM INDUSTRI TUJUAN LATIHAN DALAM INDUSTRI 1 2 3 2 kali double BAB 2 2.1 2.2 2.3 AKTY TECHNOLOGIES SDN BHD LATAR BELAKANG SYARIKAT ORGANISASI COMPANYS PROFILE 5 6 7 i ii iii iv v vi vii x xi xii MUKASURAT 2.5 cm

vii

BAB 3 3.1

LEG ASSEMBLY PEMASANGAN PROFILE IC 3.1.1 PERALATAN DAN BAHAN

Bab 3 dan seterusnya, mula menulis berkaitan dengan kerja-kerja OJT 10 10 11

3.1.2 PEMASANGAN CABLE DRUM PADA CABLE WHEEL 3.1.2.1 3.1.2.2 3.2 SPESIFIKASI KAEDAH PEMASANGAN

11 12 11

PEMASANGAN CABLE DRUM PADA CABLE WHEEL

3.3 3.4

CABLE DRUM ASSEMBLY MENUNJUKKAN CARA-CARA MEMASANG CABLE DRUM 3.4.1 3.4.2 3.4.3 CASSETE PLATE ASSEMBLY PROFILE 3 C ASSEMBLY RIVETING

12 13

13 14 15 16 16 17 18 19 20

3.5

PEMASANGAN GEAR EXTRUSION 3.5.1 MEMASANG BRACKET 3.5.2 BRACKET INSERT 2 PLATE

3.6 3.7 3.8

ER-T-GO HANDCRANK MEMASANG BEARING PADA CASSETTE MEMASANG PION GEAR PADA CASSETTE

viii

BAB 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

DRIVE UNIT ASSEMBLY CONTROLLER ASSEMBLY DRIVE UNIT SLAVE ASSEMBLY DRIVE UNIT MASTER DRIVE UNIT 1 STEP LONG ASSEMBLY DRIVE UNIT VL1 ASSEMBLY 21 22 23 25 27

BAB 5 5.1 5.2 5.3

ACCESSORIES ALUMINIUM FOOT INSERT CROSSBAR INSIDE STICKER DRIVE UNIT STICKER 30 32 34

BAB 6 6.1 6.2

PEMBUNGKUSAN PROSES PEMBUNGKUSAN SAFETY EVALUATION 2 kali double 37 39

KOMEN DAN SARANAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Rujukan tidak wajib ditulis tetapi mengikut keperluan dan kehendak jabatan.

40 41 42 xiii

ix

SENARAI RAJAH Bold 2 kali double RAJAH 2 kali double RAJAH 3.1 : GELUNG CABLE DRUM RAJAH 4.1 : CARTA ORGANISASI RAJAH 4.2 : BOTTON CROSSBAR 1000MM BLACK (RAL9005) RAJAH 4.3 : CROSSBAR STICKER RAJAH 5.1 : KEDUDUKAN CABLE 10 15 16 18 20 MUKASURAT

Tidak Bold

x

Bold

SENARAI JADUAL 2 kali double JADUAL 2 kali double JADUAL 3.1 : ER-T-GO PROFESIONAL 1 JADUAL 5.1 : TARGET PROGRESS SHEET JADUAL 6.1 : SAFETY EVALUATION 6 22 38 MUKASURAT

Tidak di Bold

Tidak di Bold

xi

Bold

SENARAI LAMPIRAN 2 kali double LAMPIRAN 2 kali double LAMPIRANA : MODEL (ADJUSTABLE TABLE) LAMPIRAN B : HASIL PRODUK LAMPIRAN C : BOTTON CROSSBAR LAMPIRAN D : TIME STUDY xiii xiv xv xvi MUKASURAT

xii

Nombor Bab BAB 1 Judul Bab

2.5 cm

2 kali double Sub Judul PENGENALAN 2 kali double 1.1 PENGENALAN KEPADA LATIHAN DALAM INDUSTRI 2 kali double

Indent 1.3 cm

Sepanjang tempoh Latihan di AKTY TECHNOLOGY SDN BHD, kami tiada tugasan khusus yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk menjadi panduan bagi pelajar melakukan tugas. Ini adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor semasa dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah dalam pesanan . 2 kali double Kesemua tugas yang pelajar lakukan di syarikat itu adalah bergantung kepada keperluan pelanggan dan mengikut arahan dari pihak atasan pada masa tersebut misalnya bagi pesanan barang yang baru, terpaksa dilakukan dengan segera jika pelanggan memerlukan pesanan mereka dengan lebih cepat. Di samping itu, bagi baikpulih pula, ada masa-masa yang tertentu barang-barang yang siap untuk dihantar terpaksa dibaikpulih semula jika terdapat sebarang masalah dan mengikut kehendak pelanggan. Ini kerana syarikat lebih mementingkan kualiti bagi memastikan mutu barang yang dibuat terjamin dan pelanggan berpuas hati.

Oleh kerana kesemua tugas dilakukan oleh pelatih, maka ia tidak memerlukan pelajar kepada satu jadual yang khusus. Tugas yang dilakukan oleh pelajar ini adalah meliputi hampir keseluruh bahagian.

2.5 cm 1

1.25 cm

Biarpun masa yang diberikan agak pendek dan terhad, sedikit sebanyak dapat juga pelajar mempelajari dan mendapat sesuatu yang berguna. Sekurang-kurangnya melalui program ini, pelajar telah diberikan pendedahan sebenar tentang dunia pekerjaan yang bakal pelajar tempuhi di masa yang akan datang dan ia juga merupakan bekalan yang amat berharga dan berguna kepada pelajar. 2 kali double 1.2 OBJEKTIF LATIHAN DALAM INDUSTRI 2 kali double Latihan amali merupakan latihan yang diberikan gambaran mengenai alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar akan dilatih melakukan tugas-tugas dan aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan alam pekerjaan. Pengetahuan semasa latihan amali akan dijadikan pengalaman yang berguna untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Latihan dan tunjuk ajar dari kakitangan di tempat latihan praktikal akan menghasilkan pelajar yang baik dalam menguruskan kerja di pejabat. Pelajar akan lebih terdedah dengan cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, interaksi yang betul dengan golongan atasan dan cara menguruskan kerja. Kesesuai latihan tersebut dengan bidang pengajian meliputi bidang pengkhususan pelatih, iaitu melibatkan tugasan yang dijalankan sepanjang tempoh praktikal. Pelajar dilatih untuk menjadi seorang pekerja yang bermotivasi, berani dan inginkan tunjuk ajar yang betul dalam menjalankan tugas.

2

Justified Dalam bidang pengajian, pelajar hanya diajar secara teori manakala semasa latihan praktikal, pelajar tersebut akan berhadapan dengan masalah ketika menjalankan tugas. Pelajar juga mesti berani bersuara dan memberikan pendapat dan hujah semasa mesyuarat.

1.3

TUJUAN LATIHAN DALAM INDUSTRI 2 kali double Bagi setiap pelajar di Institut Teknikal Jepun-Malaysia perlu menjalani

latihan praktikal yang perlu dijalankan selama tiga bulan. Ini adalah bagi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada setiap pelajar untuk terampil bagi memperolehi keseluruhan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dari JPK dan JMTi. Adalah sedia maklum setiap arahan atau peraturan perlu dipatuhi sepenuhnya kerana setiap peraturan yang telah ditetapkan adalah mempunyai motif yang tertentu, di antara objektif latihan praktikal ini adalah seperti berikut :2 kali double (i) Untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar-benarnya. (a) Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri pelajar dan menjadikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran. (b) Membolehkan pelajar melihat perkaitan antara pengetahuan dan bebolehan di dalam sesuatu tugasan. (ii) Memberi peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri untuk berhadapan dengan situasi kerja yang bakal dilalui oleh setiap pelajar. Sama aras untuk penulisan teks Sama aras untuk penulisan teks

3

(iii)

Menambahkan ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung meluaskan lagi pengetahuan yang telah sedia ada dalam bidang teknikal dan juga kemahiran pelajar mengenai kursus yang dijalani semasa di institusi.

(iv)

Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, daya usaha, kesungguhan dan sikap pelajar kepada majikan di tempat praktikal.

AKTY Tech adalah berdasarkan pada prinsip perbincangan pada kehendak pelanggan untuk perkhidmatan berkualiti dan penerapan hasil keluaran berterusan dan pembangunan berpanjangan untuk pengetahuan dan kepiawaian AKTY Tech.

Prinsip tersebut diringkaskan dalam moto sebagai Kami ARIF, Kami KENAL, Kami mempunyai TEKAD dan Kami Yakin untuk menempuh cabaran dan berjanji untuk kejayaan abadi.

4

BAB 3

LEG ASSEMBLY

3.1

PEMASANGAN PROFILE IC

Pemasangan profile IC lebih menjurus kepada pemasangan yang dibuat bagi melengkapkan penyambungan litar untuk kegunaan alat. Sub-sub-Judul

3.1.1

PERALATAN DAN BAHAN

(i)

Profile 1C (a) Gulung cable pada cable drum seperti rajah 3.1. 2 kali double

1 kali double Rajah 3.1 : Gulung cable drum 2 kali double (b) Tidak di Bold menggunakan pvc holder. Cengkam cable drum yang telah digulung dengan

10

(ii) (iii)

Profile 2E Center Punch 2 kali double

3.1.2 PEMASANGAN CABLE DRUM PADA CABLE WHEEL 2 kali double Letakkan kotak yang telah siap dilipat di atas conveyor. Masukkan komponen-komponen seperti yang terdapat dalam check list di Jadual 3.1 berikut ke dalam kotak tersebut. 2 kali double Er-T-Go Profesional 1 No. 1 2 3 4 Foot Rear Leg VL1 Top Support (Grey) Hexagon Shaft 530 mm Item QTY 2 2 1 2 1 kali double Jadual 3.1 : Er-T-Go professional 1 Sub-sub-sub-Judul 2 kali double Komponen-komponen ini akan digunakan bagi tujuan pemasangan kepada papan-papan litar yang telah siap dicetak. 2 kali double 3.1.2.1 SPESIFIKASI 2 kali double Setiap peralatan yang digunakan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di lampiran F. Tidak di Bold

11

3.1.2.2

KAEDAH PEMASANGAN 2 kali double Pemasangan penyambungan yang dibuat terhadap litar

mesti mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Standard SOP. Standard tersebut boleh dirujuk di lampiran G.

12

KOMEN DAN SARANAN 2 kali double Latihan Industri ini amat penting kepada pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Dari sinilah titik permulaan bagi mereka untuk menjadi pekerja yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman. Melalui latihan ini jugalah potensi seseorang itu dapat dilihat. Dari latihan dan tunjuk ajar pelajar dapat mempelajari banyak perkara sebagai petunjuk bagi mereka pada masa akan datang. 2 kali double Penyelia latihan industri juga perlu mempertingkatkan beberapa aspek yang penting kepada pelajar. Antaranya adalah tahap keselamatan pelajar semasa menjalani latihan. Ini amat penting sebagai jaminan kepada para pelajar agar keselamatan diri mereka terjaga. Disiplin juga perlu diterapkan kepada para pelajar agar mereka lebih bertanggungjawab di alam pekerjaan yang sebenar.

Institut juga berperanan penting bagi memastikan para pelatih ditempatkan di kilang-kilang yang bersesuaian mengikut kursus mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mengaplikasikan mana-mana latihan yang diperolehi dari institut semasa berada dalam latihan industri. Selain itu juga, pelajar haruslah memberi komitmen yang bagus semasa berada dalam industri. Ini bagi menjaga nama baik institut dan juga para pelajar sendiri. Disiplin perlu diterapkan dalam diri pelajar. Para pelajar juga haruslah memberi kerjasama dan meningkatkan daya kemahiran dalam diri masing-masing.

40

KESIMPULAN 2 kali double Dari latihan industri ini, saya dapat menimba banyak pengalaman dan juga menambah pengetahuan dalam bidang pekerjaan. Melalui latihan ini saya mendapat pendedahan baru dan mempelajari perkara baru yang tidak diperolehi semasa berada di institut. 2 kali double

Dalam tempoh 6 bulan, saya mendapat pengalaman yang amat berharga dan akan saya gunakan di alam pekerjaan yang sebenar nanti. Di sini saya dapat meningkatkan daya kemahiran saya sendiri dan melatih diri agar berkeyakinan lebih tinggi. Selain itu juga,saya juga diajar untuk memberi pendapat,melahirkan ideaidea baru dan mencetuskan idea-idea kreatif untuk mempertingkatkan prestasi kerja.

Apa yang penting adalah, melalui latihan ini saya melatih diri saya sendiri untuk lebih berdisiplin dan mengikut arahan. Komunikasi juga penting untuk melatih para pelatih berkeyakinan untuk berhadapan dengan masalah yang timbul. Di sini juga saya dapat mempelajari kaedah pengurusan dalam industri dari awal pemprosesan produk hinggalah terbentuk produk yang berkualiti.

Dengan itu, saya berharap agar latihan industri ini terus dijalankan dan diwajibkan kepada semua pelajar kerana ianya amat penting untuk masa depan mereka.

41

RUJUKAN 2 kali double [1] American Psychological Association (1983). Publication Manual of the American Psychological Association. 3rd edition. West Consine, USA : George Banta Comp. 2 kali double [2] British Standard Institution (1990). British Standard Recommendations for the Presentation of Theses and Dissertation. London : BS4821.

[3] Mohzani, A.J., (1986), Poligon : A System for Parallel Problem Solving, Technical Report, KSL-86-19, Dept. Of Electrical and Electronic Eng., Universiti Sains Malaysia.

[4] Dewan Bahasa dan Pustaka (1990). Kuala Lumpur : Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

[5] Novertrop, K.C., 2 September 1996. Citing Internet sources URL http://www.eei-alex.com/eye/utw/96aug.html.

42

LAMPIRAN A : MODEL (ADJUSTABLE TABLE) 2 kali double

HASIL PRODUK:

LAMPIRAN B : HASIL PRODUK

xiii

LAMPIRAN B : HASIL PRODUK 2 kali double

xiv