report uk - final

Upload: ahmad-fahmi-abd-majid

Post on 11-Jul-2015

1.024 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

1.0 PENGHARGAANBismillahirrahmanirahim...Bersyukur kami ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin dan kurniaNya, dapat lah kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya sebagaimana masa yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, kami semua berpuas hati dengan hasil kerja kami. Bermula dari kerja ukur di padang sehingga membuat laporan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kejayaan ini adalah berkat hasil usaha kami bersama yang tak kenal erti penat dan jemu. Terima kasih kepada pensyarah Ukur Kejuruteraan, En. Ami Hasaan kerana memberi pendapat dan tunjuk ajar sepanjang membuat amali ini. Tanpa tunjuk ajar, panduan serta penerangan yang diberikan oleh beliau adalah mustahil untuk kami menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam tugasan kami ini terutama sekali kepada rakan-rakan sekuliah dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang turut memberikan pandangan yang bernas dan membincangkan cara-cara penyelesaian dalam tugasan kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan makmal UKK yang sanggup turun padang untuk memastikan keberkesanan perjalanan amali kami. Kerjasama dan sumbangan mereka amatlah kami hargai. Akhir sekali, kepada ahli-ahli kumpulan, terima kasih diatas segala kerjasama dan komitmen terbaik yang anda semua berikan.

1

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

2.0 PENGENALANUkur kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang asas dalam jurusan Geomatik.Oleh itu, pada Khemah Ukur pada kali ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat kerja padang Ukur Kejuruteraan yang bertempat di Kg. Baharu, Ayer Tawar, Perak. Dalam kerja padang pada ini, kami diminta untuk membuat pengukuran di kawasan yang beranggaran seluas 1000m x 400m bagi satu konsortium. Untuk konsortium kami, kami mendapat kawasan A yang akan ditunjukkan di bahagian lokasi pada topik seterusnya nanti. Ini adalah kali pertama kami semua mendapat kawasan seluas ini unutk diukur. Bagi memudahkan pengukuran kami di kawasan seluas ini, kami membuat perancangan awal dimana kami membahagikan konsortium kami kepada 2 kumpulan manakala kawasan pula dibahagikan kepada 3 kawasan trabas kawalan untuk memudahkan kerja. Selepas kerja-kerja pengutipan data selesai dilakukan, kerja-kerja pemprosesan data sehingga ke peringkat menghasilkan pelan dilakukan. Di sebalik tugasan yang diberikan ini, kami mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan dimana kami melalui situasi kerja pengukuran yang sebenar. Selain itu kami juga dapat mempelajari cara menggunakan total station dengan betul dan cara mengendalikan masalah sewaktu mengukur dengan cara yang lebih effektif. Selain itu juga, kami dapat mempelajari cara baru untuk menentukan datum kerja iaitu melalui teknik pengukuran GPS. Melalui teknik ini, kerja pengukuran akan menjadi lebih cepat. 2.1 Ukur Trabas Ukur trabas dilakukan adalah sebagai kawalan ufuk di mana kawalan ufuk adalah asas kepada kebanyakan pengukuran yang dijalankan. Dalam pengukuran trabas, bearing dan jarak ditentukan dalam penentuan sesuatu kedudukan.

2

Khemah Ukur 2SGU 2010 2.2 Ukur Butiran

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Ukur butiran yang kami jalankan menggunakan kaedah tekimetri dimana stesen trabas kawalan adalah sebagai kawalan kepada kerja-kerja ukur butiran yang akan dijalankan. Butiran-butiran diambil bagi mendapatkan maklumat secara terperinci kawasan yang diukur dan ini akan membantu dalam penghasilan pelan yang baik. Dalam pengambilan butiran kawasan, objek yang diambil butiran mestilah bersesuaian dengan kawasan yang ingin dipelankan dimana ia bersifat kekal dan logik. Antara butiran yang diambil adalah bangunan seperti rumah, jalan raya, tiang lampu dan spot height bagi penghasilan kontur. Butiran yang diambil boleh digambarkan seperi berikut:

a

b

c

Tinggi total station

Tinggi Prism

Formula asas Ukur Tekimetri: c = a tan (b) Di mana, c b = Beza Tinggi = (90 - sudut pugak diukur) = Aras laras stesen + tinggi total station + c tinggi prism

Aras laras

3.0 OBJEKTIF3

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Bagi membantu kami dalam melakukan kerja pengukuran, kami telah mengenalpasti beberapa objektif untuk diikuti, antaranya: i. ii. iii. iv. v. Untuk menubuhkan kawalan mengufuk dan menegak Mengambil butiran yang terdapat dalam kawasan kerja bagi menghasilkan pelan topografi yang lengkap mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Menghasilkan pelan butiran Memastikan setiap ahli kumpulan mengetahui cara menggunakan alat ukur seperti total stesen dan alat aras. Memberi gambaran awal tentang pengukuran sebenar di lapangan.

4.0 LOKASIKawasan A, Kg Baharu, Ayer Tawar, Perak.

5.0

TEMPOH KERJA PENGUKURANTarikh: 19 April 2010 hingga 26 April 2010 Masa : 8.30 a.m 5.00 p.m (Rehat : 1.00 tghari 2.00 petang)

6.0 ALATAN KERJA-UKUR4

Khemah Ukur 2SGU 2010 6.1 Total station(2 unit)

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Menyimpan data-data pengukuran Membuat pengukuran jarak, sudut tegak serta sudut sudut horizontal Menigira koordinat titik yang diukur.

6.2 Prism(2 unit)

Sebagai target kepada titik yang hendak dibaca/dikira. Total station akan melepaskan gelombang kepada prism dan prism menerima serta memantulkan kembali gelombang tersebut. Masa yang diambil oleh gelombang tersebtu untuk kembali ke total station dikira. Rod sebagai penampung kepada prism. Menggunakan prism juga, jarak pugak juga boleh ditentukan.

6.3 Rod(2 units)

6.4 Pita tape (1 unit)

Mengukur tinggi total station.

6.5 Tripod (3 unit)

Memasang alat total station.

5

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

6.6 Beg kerjaluar

Membawa serta parang.

alatan

kerja

ukur

seperti tukul, pita ukur dan piket

6.7 Paku

Ditanam

pada

piket

bagi

mengcenterkan piket supaya alat total station dapat disetup sengan cepat. 6.8 Piket Membuat tanda bagi station yang dipilih.

6.9 Parang

Memudahkan membuat kerja

kerja trabas

dalam seperti

menebas semak yang menghalang bacaan dilakukan sewaktu bacaan pengukuran dibuat. 6

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

6.10 Tukul

Digunakan untuk menanam paku pada piket dan menanam piket pada tanah.

6.11 Borang pembukuan

Membukukan bacaan trabas yang dilakukan.

7.0 LANGKAH KERJA7.1 KALIBRASI ALAT

7

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Sebelum melakukan kerja-kerja mengukur. Kita mestilah memastikan alat-alat untuk mengukur berada dalam keadaan baik dan sempurna. Kita mestilah membuat ujian ini pada masa masa tertentu supaya alat ini sentiasa berada dalam keadaan baik. Ujian dan kalibrasi alat adalah satu prosedur yang perlu dilakukan bagi memastikan keadaan alat berada dalam keadaan yang sempurna, sebelum ia boleh digunakan untuk membuat kerja pengukuran. Alat-alat ukur yang perlu diuji adalah seperti pelarasan alat teodolit, ujian rantai, kaliberasi alat , ujian alat aras dan lain-lain lagi. Alat total station digunakan hampir dalam kesemua kerja-kerja mengukur pada masa kini. Ini kerana alat ini mudah digunakan dan memudahkan kerja-kerja mengukur. Oleh itu, ujian perlu dijalankan untuk memastikan alat total station sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Terdapa peringkat-peringkat dalam melakukan ujian pada alat total station. Pada peringkat pertama, total station perlu menjalani ujian kalibrasi. Ujian ini perlu dilakukan tiga bulan sekali. Ujian ini juga perlu dilakukan di tapak ujian atau garis dasar yang telah disediakan oleh pihak JUPEM. Peringkat kedua, total station perlu menjalani Differential Field Test. Setiap kali melakukan kerja-kerja pengukuran, ujian ini hendaklan dilakukan. Pada peringkat ketiga pula, ujian terhadap total station perlu dilakukan pada setiap hari bekerja. Ujian ini perlu dilakukan dengan mengukur garis terakhir yang diukur sebelumnya. Dalam laporan ukur ini, alat ukur yang di uji ialah Total Station dan alat prisma. Antara Objektif utama ujian alat total station ini dilakukan adalah mengukur selisih sifar alat total station, mempelajari teknik-teknik kaliberasi alat, serta mempelajari punca dan magnitud selisih dalam alat

DIFFERENTIAL FIELD TEST. Ujian ini dilakukan apabila hendak memulakan kerja baru, bagi memastikan alat

8

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

EDM masih berada dalam keadaan yang baik. Ini disebabkan oleh jika terdapat sebarang kerosakan ketika membawa alat dari satu tempat ke tempat yang lain.Ujian ini hendaklah dilakukan di tempat yang lebih kurang rata dan keras serta di kawasan yang lapang. Antara alat-alat yang digunakan untuk ujian ini ialah : Total Station (2 buah) Tripod (3 ) Prisma ( 4 buah )

A

C

B

Jarak AC

Jarak CA

Jarak AB

Langkah kerja Differential Field Test i. Dua titik A dan titik B ditandakan dimana jaraknya hendaklah lebih daripada 50m. 9

Khemah Ukur 2SGU 2010 ii. iii. iv.

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Alat total station didirikan di titik A, dan alat prisma di titik B. Kemudian, jarak AB diukur. Satu lagi titik, C ditandakan, lebih kurang di tengah dan di dalam garisan AB. Kedudukan total station dialihkan ke titik C dan satu lagi alat prisma didirikan di titik A. Kemudian, jarak CA dan CB diukur.

Jarak AB dibandingkan dengan jumlah jarak CA + CB.Jika, terdapat perbezaan pada jarak sebanyak +10mm atau -10mm, maka,alat total station yang diuji itu tidak boleh tidak boleh digunakan, sebaliknya ujian kalibrasi hendaklah dilakukan bagi menentukan samaada ia boleh diguna semula, ataupun perlu diperbaiki. Data Differential Field Test I Tarikh Ujian : 18 April 2010 Tapak Ujian : sekitar Chalet Amir No Alat : 59 No prisma : 59.1 dan 59.2 Titik AB AC CB Jarak diukur (m) 56.719 7.425 49.293

HITUNGAN Pembetulan Jarak : Jarak diukur A-B = 56.719 0.001 = 56.718 Jarak diukur A-C = 7.425 + 0.000 = 7.425 10

Khemah Ukur 2SGU 2010 Jarak diukur C-B = 49.293 + 0.000 = 49.293 Selisih sifar = (7.425+49.293 ) -56.719 = 0.001 Pembetulan = -0.001 Data Differential Field Test II Tarikh Ujian : 18 April 2010 Tapak Ujian : sekitar Chalet Amir No Alat : 60 No prisma : 60.1 dan 60.2 Titik AB AC CB

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Jarak diukur (m) 56.717 7.418 49.293

HITUNGAN Pembetulan Jarak : Jarak diukur A-B = 56.717 0.006 = 56.711 Jarak diukur A-C = 7.425 + 0.000 = 7.425 Jarak diukur C-B = 49.293 + 0.000 = 49.293 Selisih sifar = (7.418+49.293 ) -56.719 = 0.006 Pembetulan = -0.006

ANALISIS Keputusan data yang diperolehi dari ujian Differential field test ini menunjukkan keduadua alat Total Station ini MASIH boleh digunakan kerana ia berada dalam jarak yang dibenarkan. 11

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

UJIAN DUA PIKET Ujian 2 piket ialah pelarasan tetap alat untuk menghilangkan selisih kolimatan (supaya garis kolimatan selari dengan paksi gelembung). Antara alat-alat yang digunakan untuk ujian ini ialah : EDM (1 buah) Tripod (1 ) setaf ( 2 buah )

Langkah kerja ujian 2 piket

i. Tandakan 2 piket A dan B pada kawasan rata dan letak staf di A dan B. ii. Dirisiap alat aras di tengah-tengah antara A dan B. iii. Baca di staf A dan B. Beza tinggi = 1.0559 1.2886 = -0.2327

1.0559

1.2886

12

Khemah Ukur 2SGU 2010 iv. Dirisiap alat aras berhampiran A dan baca staf di A .

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

v. Hitung bacaan yang sepatutnya di B iaitu: 0.9582 + 0.1843= -0.2261 iv. Baca staf di B, jika bacaannya ialah 0.2261, garis kolimatan betul ufuk dan alat telah laras.

0.9582

Data Ujian 2 piket Tarikh Ujian : 18 April 2010 Tapak Ujian : sekitar Chalet Amir Kedudukan alat aras Bacaan setaf A Bacaan setaf B Perbezaan pugak

13

Khemah Ukur 2SGU 2010 Titik C (antara 2 setaf) Titik D ( sebelah setaf) 1.0559 0.9582

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS 1.2886 0.1843 -0.2327 -0.2261

= (-0.2327 + -0.2261)/ 2 = 0.0033m Ujian dan kalibrasi alat total station ini menunjukkan bahawa alat total station yang digunakan berada dalam keadaan baik dan sempurna serta boleh digunakan. Walaubagaimanapun, ujian pada alat ini perlu dilakukan lagi mengikut sela masa yang sesuai untuk memastikan keadaan alat ini sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.

7.2

UKUR TRABAS DAN UKUR BUTIRAN

1. Kami meninjau kawasan kerja untuk mendapatkan gambaran kasar serta sempadan kawasan yang betul. 2. Selain itu, kami juga meninjau kawasan untuk mencari kedudukan yang sesuai untuk membuat stesen terabas kawalan yang terbaik untuk mendapatkan butiran keseluruhan. 3. Pada masa yang sama, 2 orang daripada setiap kumpulan dalam konsortium dihantar untuk melakukan kalibrasi Total Station (TS) dan alat aras. 14

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

4. Syarat-syarat yang dibenarkan bagi pembentukan stesen: i. ii. Saling Nampak antara satu titik ke titik yang bersebelahan. Dikawasan keras, tidak lembut atau berlopak.

5. Sebelum memulakan terabas, kami mencari 2 titik yang sesuai untuk dijadikan baseline (garis dasar). 6. Setelah selesai membuat tinjauan, kami membuat keputusan untuk membahagikan kawasan kerja kami kepada 3 bahagian kecil kerana kawasan kerja kami terlalu besar untuk membuat satu terabas kawalan

TRABAS KAWALAN 1

TRABAS KAWALAN 2

TRABAS KAWALAN 3

7. Kami membahagi kawasan kerja mengikut kemudahan pengukuran butiran iaitu 2 terabas untuk kawasan kampung dan satu terabas untuk kawasan ladang-ladang. 8. Untuk pelaksanaan kerja-kerja pengukuran terabas kawalan dan butiran, kami membahagikan konsortium kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan 1 (Eclass dan CLS class) yang mencerap terabas 1 dan kumpulan 2 (SLK class dan Mclass) mencerap terabas 2. 9. Bagi terabas kawalan, beberapa syarat perlu dipatuhi, antaranya: i. ii. iii. Tikaian Lurus: 1:4000 (kelas kedua) Data cerapan direkodkan kedalam kad memori TS. Data terabas direkodkan kedalam buku kerja luar,

15

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

10. Semasa membuat terabas kawalan, kami juga mencari beberapa stesen yang bertindih dengan terabas kawalan yang lain untuk memudah penyambungan data kawalan kawasan dan plan. 11. Disebabkan terabas 2 lebih kecil dari terabas 1, kumpulan 1 meneruskan pencerapan data butiran pada terabas 2. 12. Antara butiran-butiran yang kami cerap adalah seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Rumah Jalan Tiang lampu Tiang telefon Kontur Garis sempadan Saliran air Pagar dan dll.

13. Kemudian, kumpulan 1 manyambung tugas mereka membuat butiran diterabas 1 dan kumpulan 2 pula membuat cerapan terabas kawalan dikawasan ladang. 14. Semasa pencerapan terabas kawalan dikawasan ladang, kami mengambil beberapa cerapan butiran bagi mempercepatkan proses pengukuran. 15. Setelah semua butiran telah dibuat, kami memindahkan semua data kedalam perisian CDS untuk menyemak semula arah bearing dan jarak setiap garisan dan titik stesen. 16. Setelah semua nilai disahkan betul, kami mengeksport data dari CDS kedalam AutoCAD untuk pemelotan 7.2.1 CARA-CARA UNTUK SETTING OUT TOTAL STATION SEBELUM PENGUKURAN

Option mode

16

Khemah Ukur 2SGU 2010 F3 F4

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

1

Sebelum memulakan sebarang pencerapan, JOB bagi cerapan perlu dibentuk didalam TS dahulu.

2

Selepas TS telah dihidupkan, tekan butang MENU diikuti dengan butang F1 (DATA COLLECTION) untuk memasuki mode pencerapan data.

3

Kemudian, skrin akan memaparkan ruang untuk memasukkan nama file. Jika ingin membuka JOB baru, tekan butang F1 (INPUT) dan masukkan nama file yang ingin dibuat. Jika ingin menyambung kerja sebelum, tekan butang F2 (LIST) untuk mencari nama file yang telah direkodkan.

4

Kemudian tekan butang ESC dan skrin paparan sudut akan keluar. Cerapan boleh dimulakan.

7.2.2 CARA-CARA UNTUK SETTING OUT TOTAL STATION SEMASA PENGUKURAN Pencerapan Nilai Bearing Dan Jarak Stesen

DATA COLLECT F1: OCC.PT#INPUT F2: BACKSIGHT F3: FS/SS 17

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS P2

1

Mula-mula, nama titik station serta tinggi alat dimasukkan. Ini boleh dilakukan dengan menekan butang F1 (OCC.PT#INPUT). PT# = PCODE : R.HT :

m

INPUT SRCH MEAS ALL

2

Jika kod untuk nama data yang ingin digunakan belum ada, tekan butang F1 (INPUT) dan jika nama sudah ada tekan butang F2 (SRCH).

3

Informasi untuk stesen belakang seperti tinggi prism dan nama stesen dimasukkan pada menu Back Sight (BS) dengan menekan butang menu dan F2 (BACKSIGHT).

4

Alat diarahkan kepada stesen belakang dan nilai back-bearing dimasukkan kedalam TS dengan menekan butang F3 (HSET) diikuti dengan butang F4 (SET) untuk mengesahkannya.

5 6

Dalam kes kami ini, kami hanya menggap bearing awal sebagai 00 0. Tekan butang menu dan F3 (FS/SS) untuk mencerap stesen hadapan (yang belum diketahui).

7

Setelah stadia memasuki ruang prism, butang F4 (ALL) ditekan untuk mendapatkan nilai bearing, horizontal distance dan vertical distance.

8

Kemudian, tekan butang F4 (SET) untuk mengesahkan data cerapan dan butang F3 (YES) untuk merekodkan data kedalam kad memori.

9

Kami juga mencatatkan data kami kedalam buku kerja luar bagi memudahkan penyemakan data untuk mencari kesalahan atau masalah pengukuran. 18

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

10 Untuk pengambilan butiran, langkah 1 8 diulang. 11 Untuk kawasan yang terlindung, pengukuran offset boleh dibuat. PT# = PCODE : R.HT :

m

INPUT SRCH MEAS ALL

12 Cara-caranya adalah dengan menekan butang F3 (MEAS) dan skrin akan memaparkan seperti dibawah. PT# = PCODE : R.HT : VD offset untuk sudut atau jarak. OFFSET-MEASUREMENT F1: ANG.OFFSET F2: DIST.OFFSET 14. Seterusnya, ikut langkah yang ditunjukkan pada TS. SD

m NEZ OFSET

13 Tekan butang F4 (OFSET) dan skrin akan minta untuk memilih sama ada ingin membuat

19

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

8.0 ANALISIS DATA Pemprosesan data adalah bertujuan untuk menghasilkan pelan.

8.1 Cara pengiraan ketinggian orthometrik

Melalui proses cerapan daripada GPS, koordinat pada titik pertama RO ialah pada AMR1 dan titik kedua ialah berada di hadapan dewan chalet. Melalui kaedah rapid static menggunakan GPS, kita dapat mengetahui koordinat kedua-dua titik dengan mencerap selama 20 hingga 30 minit dan proses data cerapan tersebut untuk mendapatkan koordinat. Selepas memproses data cerapan tersebut, kita akan mendapat nilai latitude dan longitude serta ketinggian ellipsoid. Salah 20

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

satu cara yang cepat untuk menentukan ketinggian orthometrik ialah dengan mengetahui ketinggian geoid ( boleh didapati daripada JUPEM) manakala ketinggian ellipsoid boleh didapati daripada cerapan GPS. STESEN AMR1 Stesen 2 LATITUDE N 4 17' 55.08261'' N 4 17' 56.02044'' LONGITUDE E 100 40' 13.20573'' E 100 40' 14.74969'' KETINGGIAN ELLIPSOID -6.4627m -6.4299m

Dimana, h= ketinggian ellipsoid (cerapan GPS) N=ketinggian geoid (didapati daripada JUPEM= -8.271) H= ketinggian orthometrik (ki) H= h-N

STESEN AMR1 H = -6.4672 (-8.271) H =1.8038m STESEN 2 H = -6.4299- (-8.271) H = 1.8411m KETINGGIAN ARAS LARAS DARIPADA TBM FKA (setelah membuat ukur aras daripada TBM FKA ke STESEN 2) = 2.068m

21

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Perbezaan antara ketinggian orthometrik menggunakan GPS (stesen 2) dengan ketinggian orthometrik aras laras daripada TBM FKA. = 2.068 1.841 = 0.227m

8.2 Penghantaran data cerapan ke komputerSelepas pencerapan data selesai, data dipindahkan ke dalam computer untuk penggunaan sewaktu pemelotan data ke dalam AutoCAD atau CDS. Untuk memindahkan data, tekan butang ON untuk menghidupkan alat TS.

Kemudian, tekan butang MENU diikuti butang F3 (MEMORY MANAGER).

Dalam menu MEMORY MANAGER, tekan butang F1 (DATA TRANSFER). 22

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Kemudian, paparan pemilihan format file akan terbuka dan pilih format GTS dengan menekan butang F1 (GTS FORMAT).

Skrin akan memaparkan maklumat-maklumat yag berkaitan dengan pemindahan data. Tekan butang F3 (COMM PARAMETER) untuk menetapkan beberapa parameter yang diperlukan untuk memindahkan data kedalam komputer. Setiap parameter yang ditetapkan di dalam TS perlu sama dengan komputer. Antara parameter yang ditetapkan seperti: Job Name Baud Rate Data Format Setelah semua parameter dipastikan sama, tekan butang F1 (SEND DATA) untuk menghantar data ke komputer diikuti butang F3 (YES) untuk mengesahkannya. Pada skrin paparan di komputer, pilih menu ENTRY dan tarik turun menu DATA COLLECTORS.

23

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

Kemudian pilih menu COLLECT RAW DATA FROM DATA COLLECTOR.

24

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

11. Paparan parameter akan keluar dan parameter disetkan sama dengan parameter yang diisi di dalam TS.

8.3 Cara eksport data dari cds ke autocad.Bagi memudahkan kerja penyuntingan data supaya lebih kemas dan teratur, kite perlu mengeksport data daripada perisian CDS kepada perisian AutoCAD. Untuk tujuan tersebut, beberapa langkah perlu diambil untuk mengeksport data daripada CDS ke AutoCAD. 1. Buka fail yang telah siap di muat turun daripada alat total station (fail stadia). File > new (namakan fail tersebut) > .cdsdat > save fail tersebut.

25

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

2. Selepas itu, kita perlu menyimpan data daripada fail dengan; Entry > electronic stadia> paparan window field table selection akan keluar dan beberapa maklumat perlu dimasukkan (browse file) > open existing.

3. Selepas itu beberapa langkah perlu dibuat untuk mengira koordinat. Option > calculate coordinate Option > show coordinate Option > store data in database

26

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

4. Apabila data di stor paparan seperti berikut akan keluar.

5. Untuk langkah mengeksport data ke AutoCAD pula beberapa langkah perlu dijalankan seperti; Fail > plot parameter Maklumat perlu di isi : (dalam bulatan) i) Namakan fail ii) Set skala.

27

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

ii)

Tanda pada data yang ingin diimport daripada CDS ke AutoCAD.

iii)

Resetkan > all

28

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

iv)

Tanda pada semua didalam petak tersebut.

6. Selepas semua selesai, tekan OK. 7. Untuk langkah seterusnya ialah : File > position plot window Sekiranya petak tidak muat untuk semua titik tukar pada file > plot parameter > sheet detail > tukar pada scale.

29

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

File > export DWG. Setelah klik file tersebut paparan window berikut akan keluar untuk bertanyakan terus ke AutoCAD ataupun tidak.

9.0 Diari18th April 2010, Ahad: Pada hari pertama ini, kami diberi tugasan awal iaitu meninjau kawasan cerapan untuk memudahkan perancangan cerapan dijalankan. Sebahagian daripada kumpulan kami diber tugasan untuk membuat kalibrasi alat Total Station (TS) dan alat Aras.sewaktu peninjauan dilakukan, kami merancang beberapa kawasan sesuai untuk meletak atau menanam stesen kami bagi memudahkan pengambilan data butiran. Setiap piket yang ditanam di semburkan dengan cat 30

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

merah bagi memudahkan pengecaman kawasan untuk kegunaan akan datang. Pada malam hari, setelah membuat perbincangan dengan ahli kumpulan, kami bercadang untuk memecahkan consortium kami kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada kumulan 1 (SLK-class dan M-class) dan kumpulan 2 (E-class dan CLS-class). Kami juga memecahkan bahagian kawasan kami kepada 3 polygon kawalan terabas iaitu 2 poligon terabas meliputi kawasan perkampungan dan 1 poligon besar merangkumi kawasan lading kelapa sawit dan ladang getah. 19th April 2010, Isnin: Kami memulakan kerja seawal jam 8.30 pagi. 2 kumpulan yang telah dibentuk diarahkan untuk mengukur 2 kawasan poligon kecil masing-masing terlebih dahulu.semasa pengukuran dibuat, beberapa stesen diletakkan di bahagian pembahagi kawasan bagi memudahkan untuk menyambungkan data cerapan butiran kawasan kami. Kami membuat pengukuran terabas sehingga jam 1 petang. Kemudian, kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zohor untuk yang ISLAM dan bertafakur untuk yang tidak. Kemudian kami menyambung semula kerja pengukuran untuk menghabiskan pengukuran terabas. Pada malam hari, kami membuat pemprosesan data. Namun, kerana masih kekurangan data, kami hanya releks-releks sahaja. 20th April 2010, Selasa: Pada hari ketiga di sebelah pagi, kumpulan gabungan kami menyambung membuat cerapan untuk trabas kawalan yang ketiga serta mencerap butiran di kawasan tersebut. Kami menyambung pada stesen 10 iaitu stesen dimana berada di kawasan ladang kelapa sawit baru. Ini menyukarkan kumpulan kami untuk mencerap kerana dihalang oleh daun pokok kelapa sawit. Setelah cukup mencerap butiran di kawasan tersebut, kami bergerak ke stesen seterusnya iaitu stesen 11. Ketika pergerakan kami dari stesen 10 ke 11, kami dikejutkan olehsekumpulan anjing yang menjaga rumah sekitar kawasan yang tersebut. Sebaik sahaja selesai mencerap butiran pada stesen 11, hujan turun dan menyebabkan kerja-kerja kami tergendala. Kami mencari tempat untuk meneduhkan alat supaya terhindar daripada kerosakan. Kami bernasib baik kerana kwasan kerja kami berada berdekatan dengan kawasan kolam ikan yang baru di siapkan. Kami meminta kebenaran untuk berteduh seketika disitu. Selepas 15 minit menunggu, hujan reda dan kami kembali menyambung kerja cerapan kami pada stesen 12. Kerja-kerja cerapan kami berjalan

31

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

seperti biasa pada stesen 13 hingga ke stesen 16. Kerja kami berakhir pada pukul 1300H pada hari tersebut. Pada sebelah petang pula, kami menyambung kerja-kerja mencerap pada pukul 1430H. Sebahagian daripada ahli kumpulan tidak menyertai kerja mencerap pada sebelah petang kerana terlibat dengan kerja setting untuk hydro pro. Kami mula mencerap di trabas kawalan kedua kerana trabas kawalan ini berada tidak jauh daripada kawasan chalet Amir. Dalam keadaan panas terik. Kami menjalankan kerja-kerja cerapan pada stesen 2 trabas kawalan kedua. Stesen ini berada di sekitar kawasan kampung berdekatan dengan tempat pemprosesan ayam. Selepas itu, kami ingin menyambung cerapan di stesen 3 tetapi terdapat halangan yang membuatkan kami berpatah balik. Terdapat monyet yang mengamuk di tempat tersebut. Oleh itu, kami mengambil langkah yang selamat dengan menyambung cerapan butiran di stesen 19. Stesen 19 berada di kawasan kampung. Kerja kerja mencerap menjadi lambat kerana perlu melayan pertanyaan daripada orang kampung. Satu stesen campakan iaitu stesen 21 di dirikan untuk mengambil butiran yang sukar dicerap daripada stesen trabas kawalan. Kerja-kerja mencerap kumpulan kami berakhir pada 1800H. Sebaik sahaja sampai di chalet Amir, kami terus ke makmal UKK untuk memuat turun data yang telah dicerap pada hari tersebut. Selepas itu, kami menghantar alat yang digunakan. 21st April 2010, Rabu: Kerja mencerap pada pagi ni menjadi lambat kerana sepatutnya konsotium kami perlu menjalankan kerja ukur hidrografi tetapi dibatalkan. Ini disebabkan oleh nenek salah seorang staf kami meniggal dan beliau pulang untuk melawat arwah. Ketiadaan beliau akan menyukarkan pelaksanaan kerja ukur hidrografi kerana encik usmuni tiada pembantu. Pada pagi kami membuat keputusan yang drastik dengan menyambung kerja-kerja mencerap yang ditinggalkan pagi semalam. Kami menyambung kerja mencerap pada stesen 17 trabas kawalan ketiga. Pada pagi tersebut kerja mencerap berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang serius yang berlaku yang boleh menyebabkan pergerakan kerja kami manjadi lambat. Apabila stesen trabas memasuki kawasan kampung, kerja kami sekali lagi menjadi perlahan kerana di ganggu oleh sekumpulan anjing. Selain itu, seperti biasa kami diajukan pelbagai soalan daripada orang kampung. Ketika kerja sudah mencecah tenghari, keadaan menjadi panas dan kami telah kehabisan air. Hasrat kami adalah untuk menyiapkan trabas kawalan ketiga walaupun hari telah 32

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

mencecah jam 1230H. Kami bernasib baik kerana seorang pakcik bernama Pak Abu yang pandai mengubati penyakit batu karang yang serius memberikan kami buah kelapa muda. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada beliau. Rezeki yang mencurah apabila seorang kakak menawarkan kepada kami serumpun tebu. Kami berehat sebentar untuk menikmati hidangan tersebut. Selepas siap segalanya, kami menyambung kerja-kerja mencerap yang hanya tinggal 3 stesen lagi. Dalam keadaan panas terik, kami menyambung kerja-kerja tersebut dengan sabar. Tepat jam 1400H kami berjaya menyiapkan trabas kawalan ketiga tersebut. Kami pulang dengan dijemput oleh Encik Shahrul. Tibanya kami di chalet, kami terus makan tengahari. Setelah makan barulah kami memuat turun data pada pagi tersebut. Pada sebelah petang pula, kami menyambung kerja seperti biasa tetapi di stesen 3 trabas kawalan kedua. Stesen ini merupakan kawasan kolam. Kerja kami menjadi cepat kerana kolam tidak memerlukan cerapan yang banyak. Untuk beralih daripada stesen 6 ke stesen 7, kami mengalami masalah disebabkan titi yang kami bina ketika membuat trabas kawalan telah hanyut. Dengan menggunakan kepandaian ahli kumpulan kami, kami berjaya membetulkan titi tersebut. Air di alur tersebut semakin naik. Kami mempercepatkan kerja mencerap dan kerja tersebut siap pada 1800H. Separuh ahli kumpulan kami terpaksa melalui jalan yang jauh kerana air sudah pasang. Sampi di chalet kami terus memuat turun data yang dicerap pada petang hari tersebut. 24th April 2010, Sabtu: Kerja mecerap kami disambung seperti biasa tetapi pada hari ini kerja bermula pada sebelah petang. Pada sebelah pagi konsortium kami mendengar taklimat tentang cara pemprosesan data daripada kak su dan dr. Tajul Ariffin. Pada petang hari tersebut, kami memulakan kerja mencerap butiran di kawasan ladang. Hanya 6 ahli kumpulan lelaki sahaja mencerap manakala ahli kumpulan perempuan di kerah untuk menyiapkan laporan GPS. Kerja berjalan dengan lancar sekali kerana tiada gangguan serta ahli kumpulan menjalankan kerja dengan tekun sekali. Kerja bermula pada stesen 1 trabas kawalan ketiga. Kerja kami berakhir pada pukul 1800H kerana tidak tahan dengan nyamuk yang sangat banyak. Seperti biasa, sampai sahaja di chalet, kami terus ke makmal UKK untuk memuat turun data. 25th April 2010, Ahad: Pada hari ini juga kami menjalankan kerja mencerap pada sebelah petang kerana pada sebelah paginya kami dijadualkan membuat kerja amal dengan membersihkan kawasan 33

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

perkuburan islam. Sepatutnya pada sebelah petang kami boleh keluar untuk ke bandar lumut tetapi kekangan masa membuatkan kami terpakasa meneruskan kerja mencerap pada petang itu. Dengan semangat yang tinggi, kami meneruskan menyambung trabas kawalan ketiga. Kerja berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang gelap, kami dapat menyiapkan trabas kawalan ketiga sebelum hujan turun. Sebaik sahaja hujan turun, kami sempat berteduh di rumah orang kampung sebelum staf datang menjemput kami. Sebaik sahaja sampai, kami memuat turun data yang dicerap. 26th April 2010, Isnin: Sebahagian ahli kumpulan kami mencerap batu sempadan yang dijumpai untuk mengesahkan sama ada batu sempadan tersebut teranjak atau tidak. Ini adalah untuk mendapatkan koordinat daripada pelan dan menghubungkan dengan pelan butiran yang kami buat. Setelah siap, kami mengira sama ada batu tersebut berada dalam keadaan asal ataupun tidak. Pada sebelah petang kami meneruskan kerja-kerja di dewan dengan menyiapkan laporan serta pemprosesan data yang dicerap.

10.0 data cerapanLihat di lampiran yang disertakan.

10.0 Masalah1) Kawasan yang terlalu besar menyukarkan kami untuk membuat perancangan awal dalam membuat kerja ukur kawalan. Ini kerana, ini adalah kali pertama kami ditugaskan untuk membuat ukur kawalan pada kawasan yang seluas ini. 2) Selain itu, keadaan topografi kawasan yang disurvey berhutan memberi sedikit masalah kepada kami. Namun masalah tersebut dapat dihadapi dengan baik. 34

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

3) Sewaktu melakukan kerja ukur, kami menghadapi masalah dimana diganggu binatang liar yang berkeliaran. Binatang liar yang dimaksudkan adalah anjing yang menjaga kawasan tempat kami melakukan kerja ukur. Ini menyukarkan kami dalam membuat kerja ukur namun kami mengambil alternatif lain dengan membina stesen di kawasan yang dirasakan selamat. 4) Keadaan cuaca yang tidak diduga juga menjejaskan perjalanan kerja ukur kami. Jika cuaca hujan, kami perlu berhenti demi menjaga mengelakkan alat daripada rosak.

11.0 Cadangan1) kami ingin mencadangakan agar diberi kawasan yang tidak terlalu besar untuk pelajar selepas ini membuat kerja survey. 2) Jika ingin memberi kawasan yang luas, maka dicadangkan agar memberi pinjaman alat yang secukupnya. Sebagai contoh, memberi pinjam alat total station 3 unit agar dapat membuat survey dengan lebih cepat dan bersesuaian dengan kawasan dan tempoh kerja yang diberikan. Selain itu, keselamatan pelajar juga akan lebih terjamin. 3) Selain itu, dicadangkan agar diberi bekalan makanan kerana sewaktu melakukan kerja ukur didalam hutan atau ladang, kami susah untuk mencari sumber makanan jika dibandingkan dengan mereka yang mendapat kawasan yang lebih terbuka seperti pekan.

12.0 KesimpulanDaripada kerja ukur kejuruteraan yang telah dilakukan, konsortium Mercedes telah menepati kriteria pengukuran yang ditetapkan. Tugas ukur kejuruteraan yang diberikan meliputi kerja-kerja ukur terabas (Traversing) dan ukur butiran (Detailing). Satu monumen telah ditanam di kawasan kerja kami iaitu Kawasan A sebagai datum dan datum tersebut telah digunakan untuk menghubungkan dua station baru di

35

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

sekeliling kawasan kerja konsortium kami. Monumen tersebut akan digunakan dalam kerja terabas. Oleh kerana kawasan kami agak luas dan terdapat banyak halangan, kami telah melakukan tiga kerja terabas yang berbeza tetapi yang bertutup untuk meliputi kawasan kerja ukur tersebut. Tikaian lurus bagi ketiga-tiga terabas tersebut adalah 1:163000, 1:8900 dan 1;11000 masing-masing. Pengalaman kerja kejuruteraan yang kami perolehi sepanjang masa ini dapat memantapkan lagi pengetahuan kami tentang kerja ukur dan prosesan data. Selain daripada pengedalian alat di padang, kami juaga didedahkan dalam pengedalian perisanperisian ukur seperti perisian CDS, AutoCad. Perisian-perisian ukur ini amat penting dalam menghasilkan pelan butiran dan pelan topografi yang lebih baik. Kami juga dapat menimba pengalaman kerana berpeluang untuk melakukan pengukuran dalam kawasan kerja yang asing bagi kami dan agak luas, kerana ia membolehkan kami dapat cari penyelesaian untuk masalah kerja yang akan dihadapi pada masa yang akan datang. Akhirnya, semua ahli konsortium kami inigin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada En.Ami Hassan dan pembantu-pembantu makmal yang telah banyak membantu dan menunjuk ajar kepada kami, terima kasih atas sokongan dan galakan kalian semua!

11.0rujukan1) Nota kuliah tahun 1 dan tahun 2 2) En. Ami Hassan 3) Staf-Staf makmal UKK.

36

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

37

Khemah Ukur 2SGU 2010

Ukur Kejuruteraa~E-CLASS

LAMPIRAN

38