cbbr4103 my final project report

Upload: showmecc

Post on 17-Jul-2015

280 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SISTEM MAKLUMAT JUALAN KERETA TERPAKAI

FAIZUL HASLIZI BIN RAMLI

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

JANUARY 2008

PENGAKUAN PELAJAR

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

_______________________________ Tanda tangan Pelajar (FAIZUL HASLIZI BIN RAMLI)

_______________________________ Tarikh

PENGESAHAN PENYELIA

Saya mengesahkan laporan ilmiah pelajar yang bertanda tangan di atas adalah menepati keperluan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Open University Malaysia.

_______________________________ Tanda tangan Penyelia (PUAN SURIYANI BINTI SULAIMAN)

_______________________________ Tarikh

i

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Puan Suriyani Binti Sulaiman atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Kerjasama daripada Encik Shahrul Bin Ismail, Syarikat PitStop Motorsport amatlah dihargai.

Khas untuk Sziyusni Binti Ya, isteri tersayang dan anak-anakku, Danish Haiqal, Danisa Hanna dan Danial Haffi yang banyak berkorban dan memahami situasi pembelajaran sepanjang hayatku ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek Teknologi Maklumat ini.

ii

ABSTRAK

Pengurusan maklumat yang cekap dan efektif boleh dicapai melalui penggunaan teknologi maklumat. Sistem Maklumat Pengurusan dan Sistem Pemprosesan Transaksi adalah antara sistem berkomputer yang dapat membantu meningkatkan pengurusan maklumat organisasi secara lebih efektif dan tepat. Kajian projek ini ialah untuk membangunkan Sistem Jualan Kereta Terpakai untuk Syarikat PitStop Motorsport berasaskan komputer untuk menggantikan sistem secara manual yang digunakan oleh syarikat. Sistem ini akan dibangunkan mengguna Microsoft Access 2003 dan membolehkan pengguna sistem

memasukkan data pekerja, pelanggan, senarai kenderaan, senarai aksesori, rekod servis, menjana invois serta menjana laporan. Sistem ini menyediakan kemudahan dimana data dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data. Ini menjamin agar keselamatan data tidak hilang dan data pula dapat disimpan secara kekal didalam sistem pangkalan data yang dibina. Secara keseluruhannya, sistem maklumat yang dibangunkan ini dapat mempercepatkan proses merekodkan maklumat dan meningkatkan kecekapan dan ketepatan untuk menjana laporan yang diperlukan oleh pihak pengurusan dalam proses pembuatan keputusan.

iii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

Pengesahan Projek Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah

i ii iii iv v vi vii

1

PENGENALAN PROJEK 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pendahuluan Latar Belakang Projek Pernyataan Masalah Objektif Kajian Projek Skop dan Kekangan Kajian Kepentingan Kajian Projek 1 2 3 3 4 5

2

KAJIAN LITERATUR 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Pendahuluan Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS) Metodologi Pembangunan Sistem Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) Rasional Penggunaan Konsep Pangkalan Data Sistem Pengurusan Pangkalan Data 2.6.1 2.7 Ciri-Ciri Unik MS-Access 6 6 9 9 10 10 11 12

Kesimpulan

iv

BAB

PERKARA

HALAMAN

3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian dan Prosedur 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 Fasa Pertama: Penyiasatan Awal Fasa Kedua: Analisis Keperluan Sistem Fasa Ketiga: Reka Bentuk Sistem Fasa Keempat: Pembangunan dan Implementasi Sistem 3.1.5 3.2 3.3 3.4 Fasa Kelima: Sokongan dan Operasi 16 16 18 18 13 14 14 15 15

Rangkakerja Operasi Sumber Data Andaian dan Kekangan

4

REKA BENTUK SISTEM 4.1 4.2 4.3 Pendahuluan Rajah Aliran Data (DFD) Rajah Hubungan Entiti (ERD) 4.3.1 4.3.2 Storan Data Struktur dan Jadual Pangkalan Data Di Dalam MS-Access. 4.3.3 4.4 Takrifan Hubungan dan Referential Integrity 31 33 34 36 20 21 26 27 27

Logik Persembahan 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Rajah Menu Hierarki Antara muka Borang Lakaran Paparan Borang-borang Yang Akan Digunakan

36 41 41 42 43

4.5

Logik Capaian Data 4.5.1 Panduan Rekabentuk Laporan

4.6 RUJUKAN

Kesimpulan

v

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

HALAMAN

2.1 2.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Fungsi Utama Sistem Pemprosesan Transaksi Contoh Dokumen Dan Laporan Yang Dijana Oleh TPS Jadual Maklumat Pekerja Jadual Maklumat Pelanggan Jadual Maklumat Kenderaan Jadual Maklumat Invois Jualan Jadual Pilihan Aksesori Jadual Maklumat Aksesori Jadual Rekod Servis

7 8 28 28 29 30 30 30 31

vi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

HALAMAN

1.1 2.1 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15

Logo Syarikat Kitaran Pemprosesan Transaksi Kitar Hayat Pembangunan Sistem Rajah Dekomposisi Sistem Jualan Kereta Terpakai Rajah Konteks Sistem Jualan Kereta Terpakai Rajah 0 Sistem Jualan Kereta Terpakai Rajah 1 Sistem Jualan Kereta Terpakai Rajah 2 Sistem Jualan Kereta Terpakai Rajah Hubungan Entiti (ERD) Rajah Hubungan untuk MS-Access Lakaran Menu Hierarki Antara Muka Lakaran Paparan Switchboard Lakaran Borang Maklumat Pekerja Lakaran Borang Maklumat Pelanggan Lakaran Borang Maklumat Kenderaan Lakaran Borang Maklumat Jualan Lakaran Borang Maklumat Aksesori Lakaran Borang Rekod Servis

2 7 14 22 23 24 25 25 26 32 34 35 37 37 38 39 40 40

vii

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1

Pendahuluan

Maklumat merupakan salah satu daripada sumber organisasi yang penting dan perlu diuruskan dengan baik. Bentuk perniagaan yang semakin kompleks dan peningkatan kemahiran komputer merupakan faktor penggalak kepada pengurusan maklumat.

Bagi sesebuah organisasi, maklumat merupakan suatu aset yang sangat penting sehingga menjadi salah satu faktor bagi sesebuah organisasi dalam mencapai kelebihan bersaing. Oleh itu, pengurusan maklumat penting bagi memastikan organisasi boleh memperolehi dan berinteraksi dengan maklumat yang tepat dan terkini.

Di dalam Zaman Teknologi Maklumat ini, boleh dikatakan hampir semua bidang, termasuk pendidikan, perkilangan, penyelidikan, sukan, hiburan, dan perniagaan, menggunakan sistem maklumat sebagai satu keperluan.

Satu sistem ialah satu kumpulan aktiviti dan elemen yang disusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Sistem maklumat pula adalah merupakan kombinasi perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang dapat menyokong operasi perniagaan, meningkatkan produktiviti di samping membantu pengurus membuat keputusan.

Di zaman ini, kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada sistem maklumat. Kini banyak organisasi menggunakan sistem maklumat untuk

menawarkan perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pengguna, mencapai maklumat yang lebih luas, menangani perubahan perniagaan yang cepat dan

1

meningkatkan produktiviti pekerja. Menurut beberapa kajian sistem maklumat yang efektif mestilah dapat menampung harapan pelanggan dan keperluan perniagaan.

1.2

Latar Belakang Projek

Syarikat PitStop Motorsport adalah syarikat yang menjual kereta terpakai serta mempunyai bengkel servis untuk membaiki kereta. Syarikat PitStop Motorsport asalnya adalah sebuah bengkel servis dan membaiki kereta. Dengan modal yang sedia ada, pemilik syarikat telah mengembangkan perniagaannya dengan menceburi perniagaan kereta terpakai. Syarikat PitStop Motorsport juga menjual kereta baru atas permintaan pelanggan terutama jika pelanggan ingin menjual kereta terpakai kepada syarikat dan ingin menukar kepada kereta baru. Syarikat PitStop Motorsport telah berjaya mengembangkan perniagaannya dan secara purata berjaya menjual antara 5 hingga 10 biji kereta dalam masa seminggu.

Rajah 1.1 : Logo Syarikat

Untuk memastikan operasi perniagaan boleh dilaksanakan dan berjalan lancar, pihak syarikat PitStop Motorsport memerlukan satu sistem maklumat komputer yang teratur dan kemaskini. Sebuah sistem yang cekap, berkesan dan memenuhi semua keperluan dan kehendak perniagaan sudah semestinya akan menyumbang kepada keuntungan syarikat. Projek Teknologi Maklumat ini akan membantu syarikat PitStop Motorsport untuk membina sebuah sistem pangkalan data berkomputer yang akan merekodkan aktiviti perniagaan syarikat serta menjana laporan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan untuk membuat sebarang keputusan.

2

1.3

Pernyataan Masalah

Hasil penyiasatan awal ke atas aktiviti perniagaan PitStop Motorsport mendapati keseluruhan rekod urusan penjualan dan servis kereta dilakukan secara manual dan disimpan di dalam fail. Pemilik syarikat terpaksa mengumpulkan segala rekod-rekod manual untuk mendaparkan laporan penuh berkaitan inventori kereta serta aktiviti jualan dan servis syarikat. Ianya memakan masa dan terdapat kemungkinan ada data yang tercicir semasa persediaan laporan dilakukan.

Sistem penyimpanan rekod secara manual ini mewujudkan beberapa permasalahan, antaranya:

i.

Kesukaran dan memerlukan masa yang panjang untuk mencari fail dan maklumat yang disimpan secara manual.

ii.

Memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan fail dan mungkin melibatkan kos tambahan untuk menyediakan tempat penyimpanan rekod terutama apabila aktiviti syarikat semakin berkembang.

iii.

Penyimpanan maklumat secara manual terdedah kepada kehilangan, kecurian dan kerosakan.

iv.

Sukar untuk mendapatkan laporan aktiviti syarikat dengan cepat dan tepat kerana rekod-rekod perlu dikumpulkan dan dianalisa sebelum laporan dapat disediakan.

1.4

Objektif Kajian Projek

Secara umumnya, objektif projek ini adalah untuk membangunkan sebuah sistem pangkalan data urusan penjualan dan servis kereta untuk syarikat PitStop Motorsport untuk menggantikan sistem penyimpanan rekod secara manual.

Jenis sistem maklumat yang bakal dibangunkan untuk syarikat ini adalah Sistem Pemprosesan Transaksi (Transaction Processing System). Sistem

Pemprosesan Transaksi ialah sistem maklumat berasaskan komputer yang digunakan di peringkat operasi dalam sesebuah organisasi. Sistem ini akan memproses data-data yang diperolehi hasil daripada transaksi bisnes. Seterusnya

3

fail-fail dan pangkalan data dikemaskini untuk menghasilkan pelbagai maklumat untuk tujuan kegunaan dalaman dan luaran.

Secara khusus, projek kajian ini bertujuan:

i.

Memasukan

maklumat

transaksi

secara

berkomputer

untuk

mempercepatkan proses kemasukan data dan mengurangkan penggunaan borang secara manual. ii. Menyimpan rekod transaksi jualan kereta serta servis kereta didalam pangkalan data komputer. iii. Menjana invois jualan kepada pelanggan menggunakan sistem komputer. iv. Memaparkan laporan berkaitan kepada pihak pengurusan seperti laporan inventori kenderaan, senarai pekerja atau pelanggan, rekod jualan dan rekod servis.

1.5

Skop dan Kekangan Kajian

Sistem pangkalan data didalam projek ini akan dibina menggunakan perisian Microsoft Access 2003 iaitu sebahagian daripada pakej perisian Microsoft Office Edisi Profesional 2003. Perisian Microsoft dipilih memandangkan 90~95% daripada komputer peribadi sekarang menggunakan operasi sistem Windows dan ini membolehkan sistem pangkalan data ini dipasang dikebanyakkan komputer.

Sistem pangkalan data ini akan merekodkan urusan penjualan serta servis kereta sahaja iaitu aktiviti utama syarikat PitStop Motorsport. Aktiviti ini akan melibatkan penyimpanan data berkaitan inventori kenderaan yang hendak dijual, maklumat pekerja atau jurujual syarikat, maklumat pelanggan, invois jualan serta rekod servis. Sistem pangkalan data tidak akan melibatkan urusan perakaunan atau kewangan yang terlibat semasa urusan penjualan dan pembelian kereta. Segala urusan berkaitan rekod perakaunan atau kewangan akan dijalankan secara manual dan rekod kewangan akan dilakukan oleh kerani akaun. Bagaimanapun, sistem ini boleh dikembangkan untuk melibatkan aktiviti berkaitan kewangan jika syarikat telah bersedia untuk merekodkan segala urusan berkaitan kewangan menggunakan sistem maklumat sepenuhnya.

4

1.6

Kepentingan Kajian Projek

Pengurusan maklumat yang cekap dan efektif boleh dicapai melalui beberapa cara dan medium. Di antara unsur pengurusan yang penting ialah komputer diikuti oleh sistem maklumat, teknologi maklumat, maklumat dan pengurus serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan sistem maklumat. Kajian projek ini untuk membangunkan sistem maklumat berkomputer untuk Syarikat PitStop Motorsport dapat membantu meningkatkan pengurusan maklumat organisasi secara lebih efektif.

Secara khususnya, jenis sistem maklumat yang akan dibangunkan ialah sistem pemprosesan transaksi. Sistem pemprosesan transaksi ini merupakan sistem maklumat yang penting kepada organisasi. Sistem ini diperlukan untuk memproses segala data transaksi organisasi dengan cekap. Organisasi boleh mendapatkan kelebihan kompetitif dengan menyediakan sistem pemprosesan transaksi yang cekap dan berkesan. Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung bakal mempercepatkan aktiviti transaksi di antara organisasi dengan pelanggan dan pembekal.

5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Di dalam bab ini, jenis sistem maklumat yang akan dibangunkan serta teknik pembangunan sistem akan dibincangkan. Terdapat pelbagai jenis sistem dan teknik pembangunan sistem yang mungkin lebih sesuai namun pilihan akhir bergantung kepada kekangan dan tujuan projek ini dijalankan. Kajian literatur yang dijalankan ini merupakan asas kepada pembagunan sistem untuk projek teknologi maklumat ini.

2.2

Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS)

Sistem

Pemprosesan Transaksi ialah sistem

maklumat

berasaskan

komputer yang digunakan di peringkat operasi dalam sesebuah organisasi. Sistem pemprosesan transaksi melakukan tiga fungsi utama, iaitu simpan kira, penjanaan dokumen, dan penyediaan laporan kawalan. Fungsi-fungsi ini diterangkan secara ringkas pada Jadual 2.1 di muka seterusnya.

6

Fungsi Simpan kira

Keterangan Menyimpan rekod-rekod transaksi organisasi dengan tepat.

Penjanaan Dokumen

Mengeluarkan dokumen-dokumen seperti invois, cek pembayaran, penyata

bulanan, resit belian, dan sebagainya Lapora Kawalan Laporan yang dikeluarkan hasil daripada operasi pemprosesan transaksi . Bertujuan untuk mengawal operasi transaksi organisasi.

Jadual 2.1 : Fungsi Utama Sistem Pemprosesan Transaksi

Sistem pemprosesan transaksi melibatkan lima langkah, iaitu : kemasukan data, pemprosesan transaksi, pemprosesan fail dan pangkalan data, penjanaan dokumen dan laporan, dan pemprosesan pertanyaan. Kitaran pemprosesan transaksi ini ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1 : Kitaran Pemprosesan Transaksi

7

Langkah yang pertama dalam kitaran pemprosesan transaksi ialah proses kemasukan data. Dalam proses ini, ia melibatkan proses mengumpul, merekod dan menyunting data transaksi. Data-data terlebih dahulu perlu ditukarkan ke dalam bentuk yang boleh dimasukkan ke dalam sistem komputer. Langkah seterusnya ialah pemprosesan transaksi. Selepas data dibaca, transaksi akan diproses. Sistem pemprosesan transaksi memproses data dalam dua cara, iaitu secara berkelompok atau atas talian.

Pemprosesan data transaksi secara tidak langsung akan mengubah kandungan data yang disimpan dalam fail-fail. Maka langkah seterusnya ialah menyelenggara fail-fail yang terdapat dalam pangkalan data organisasi. Fail-fail perlu dikemaskini apabila berlakunya pemprosesan transaksi. Data transaksi yang disimpan dalam pangkalan data boleh dicapai semula untuk tujuan penjanaan dokumen dan laporan. Penjanaan dokumen dan laporan merupakan bukti bahawa sesuatu transaksi telah berlaku. Antara dokumen dan laporan yang dijanakanadalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2.2.

Dokumen Dokumen tindakan dokumen yang memulakan satu indakan atau transaksi apabila dokumen ini diterima oleh pelanggan. Contoh: pesanan elian dan cek pembayaran. Dokumen maklumat dokumen yang mengesahkan bahawa satu transaksi telah berlaku. Contoh: resit jualan, invois pelanggan. Dokumen pusing balik dokumen yang direka bentuk untuk mempunyai bahagian atau salinan yang perlu diceraikan daripada salian asal. Mengabungkan fungsi dokumen tindakan, dan dokumen maklumat.

Laporan Senarai kawalan laporan terperinci yang menerangkan setiap transaksi yang berlaku dalam satu masa. Juga dipanggil log transaksi.

Laporan edit laporan yang menerangkan ralat-ralat yang dikesan ketika pemprosesan transaksi.

Penyata perakaunan laporan yang mendokumenkan prestasi kewangan atau status perniagaan. Contoh: lejar am, penyata pendapatan.

Jadual 2.2: Contoh Dokumen Dan Laporan Yang Dijana Oleh TPS

8

2.3

Metodologi Pembangunan Sistem

Suatu sistem maklumat yang hendak dibangunkan biasanya khusus untuk satu-satu organisasi. Sukar untuk memperolehi satu sistem yang berada di pasaran yang dapat memenuhi spesifikasi sesuatu organisasi. Keperluan pembangunan sistem secara tersusun amat diperlukan untuk mengatasi kegagalan sistem. Antara metodologi atau kaedah yang digunakan untuk pembangunan sistem adalah:

i.

Kitar hayat pembangunan sistem (System Development Life Cycle, SDLC).

ii.

Metodologi Methodology).

kejuruteran

maklumat

(Information

Engineering

iii.

Metodologi Analisis dan Rekabentuk Sistem Berstruktur (Structured System Analysis and Design Method, SSADM). SSADM adalah satu kaedah pembangunan sistem yang banyak digunakan di United Kingdom dan Eropah.

Untuk projek Teknologi Maklumat ini, metodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem akan digunakan untuk membangunkan sistem pangkalan data.

2.4

Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)

Kitar hayat pembangunan sistem adalah teknik analisa berstruktur untuk merancang dan menguruskan proses pembangunan sistem. Kitar hayat

pembangunan sistem adalah satu proses lengkap pembangunan sesebuah sistem maklumat yang bermula dengan fasa penyiasatan awal dan berakhir dengan fasa operasi dan sokongan.

Terdapat lima fasa di dalam kitar hayat pembangunan sistem ini:

I. II. III. IV. V.

Fasa Pertama: Penyiasatan Awal. Fasa Kedua: Analisis Keperluan Sistem. Fasa Ketiga: Reka Bentuk Sistem. Fasa Keempat: Pembangunan dan Implementasi Sistem. Fasa Kelima: Sokongan dan Operasi.

9

2.5

Rasional Penggunaan Konsep Pangkalan Data

Menurut Kendall & Kendall (2002), data yang disimpan dalam pangkalan data merupakan aset yang berharga kepada sesuatu organisasi. Ekoran daripada itu, sistem yang berkonsepkan pangkalan data merupakan peneyelesaian terbaik dalam membangunakan sistem yang memerlukan penyimpanan dan capaian ke atas rekod di pangkalan data. Selain daripada itu, berikut merupakan kebaikan memiliki pangkalan data:

i.

Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakkan data disimpan di satu lokasi.

ii. iii.

Ekonomikal dari segi tenaga manusia, storan dan kos. Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan pengendalian data terpusat.

iv.

Integriti data, baikpulih, sokongan dan keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan, penyulitan serta penambahan kawalan serentak.

v.

Lebih maklumat dapat dijana hasil daripada data yang sama.

2.6

Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Pangkalan data merujuk kepada satu koleksi fail-fail yang mengandungi data-data yang disusun bagi membolehkan capaian, paparan dan penggunaan ke atas data tersebut. Sistem pengurusan pangkalan data pula membenarkan pengguna menggunakan komputer untuk:

mencipta pangkalan data; menambah, menukar dan menghapus data dalam pangkalan data; mengisih data dalam pangkalan data; mencapai data dari pangkalan data; dan mencipta borang dan laporan menggunakan data dalam pangkalan data tersebut.

Salah satu dari Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) berasaskan komputer peribadi yang terdapat di pasaran ialah Microsoft Access. Antara fungsi

10

Microsoft Access adalah menyimpan, mengisih dan mendapatkan data untuk berbagai aplikasi. Perisian ini dilengkapi dengan alat untuk mencipta pangkalan data, jadual, borang, laporan dan queri. Microsoft Access boleh digunakan secara standalone atau sistem berbilang pengguna melalui rangkaian.

Projek

ini

akan

menggunakan

perisian

Microsoft

Access

untuk

pembangunan sistem pangkalan data. Perisian Microsoft Access dipilih kerana ia merupakan satu perisian pengurusan pangkalan data yang cukup berkuasa. Ia berfungsi dalam persekitaran Windows dan terdapat dalam kebanyakkan komputer peribadi.

2.6.1

Ciri-Ciri Unik MS-Access

Perisian Microsoft Access juga dipilih kerana beberapa ciri-ciri unik Access, antaranya: 1. Kemasukan dan pengubahsuaian data Access menyediakan satu mekanisma yang mudah untuk

penambahan data, pengubahsuaian data dan penghapusan data, termasuklah keupayaan untuk membuat perubahan yang besar hanya dengan satu operasi sahaja. 2. Queri Dengan Access, adalah cukup mudah untuk pengguna mengajukan soalan yang kompleks berkaitan data-data di dalam pangkalan data. Jawapan diberikan dalam masa yang singkat. 3. Borang Pengguna boleh menghasilkan borang yang menarik dan berguna bagi memapar dan mengemaskini data. 4. Laporan Access menyediakan satu ciri yang membenarkan pengguna untuk menghasilkan bentuk laporan yang sofistikated bagi

mempersembahkan data, dengan cara yang cukup mudah.

11

5. Sokongan Web Access membenarkan pengguna menyimpan objek (laporan, jadual) dalam format HTML, supaya objek ini boleh dipaparkan

menggunakan pelayar. Pengguna juga boleh mencipta laman capaian data bagi membenarkan capaian secara masa-nyata ke atas pangkalan data menggunakan Internet.

2.7

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penggunaan metodologi pembangunan sistem Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) serta implementasi sistem pangkalan data menggunakan perisian Microsoft Access dapat membantu projek pembangunan sistem maklumat berkomputer didalam kajian projek ini secara sistematik, efisien dan tepat.

12

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Rekabentuk Kajian dan Prosedur

Untuk projek Teknologi Maklumat ini, metodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) akan digunakan untuk membangunkan sistem pangkalan data.

Analisa berstruktur menggunakan teknik yang dipanggil kitar hayat pembangunan sistem untuk merancang dan menguruskan proses pembangunan sistem. Kitar hayat pembangunan sistem adalah satu proses lengkap pembangunan sesebuah sistem maklumat yang bermula dengan fasa penyiasatan awal dan berakhir dengan fasa operasi dan sokongan.

Kitar hayat pembangunan sistem ini bermula sama ada dengan permintaan untuk mewujudkan sebuah sistem baru atau mempertingkatkan keupayaan sistem yang sedia ada bagi memenuhi keperluan sistem semasa. Pada hakikatnya, proses pembangunan sistem ini bersifat dinamik dan perubahan sering kali berlaku pada setiap fasa untuk mendapatkan maklum balas yang lengkap, terutamanya daripada pengguna.

Mengikut Kendall & Kendall (2002), metodologi kitar hayat pembangunan boleh dibahagikan kepada lima fasa utama. Fasa ini boleh bertindih di antara satu sama lain dan fasa berikutnya boleh bermula walaupun fasa sebelumnya masih diteruskan.

Secara

keseluruhannya,

kelima-lima

fasa

yang

terlibat

di

dalam

pembangunan sistem maklumat boleh digambarkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 dimuka seterusnya:

13

Rajah 3.1 : Kitar Hayat Pembangunan Sistem

3.1.1

Fasa Pertama: Penyiasatan Awal

Objektif utama fasa ini adalah mengenal pasti masalah atau keperluan maklumat. Fasa penyiasatan awal ini juga akan mengenal pasti skop, sempadan masalah dan strategi rancangan pembangunan sistem maklumat yang baru. Penilaian kebolehlaksanaan merupakan aktiviti utama di dalam fasa ini.

3.1.2

Fasa Kedua: Analisis Keperluan Sistem

Objektif utama fasa ini adalah memahami keperluan perniagaan dan membangunkan satu model logikal bagi sistem baru. Menurut Dennis & Wixom (2000), langkah-langkah yang dijalankan dalam fasa kedua ini adalah:

Langkah pertama: membangunkan model keperluan dimana proses perniagaan dijelaskan dan dihuraikan. Maklumat untuk

membangunkan model ini boleh diperolehi melalui teknik pencarian maklumat seperti temu ramah, menjalankan kajian dan pemerhatian.

14

Langkah

kedua:

membangunkan

satu

model

logikal

proses

perniagaan yang merangkumi model data, model proses dan model objek di mana sistem yang hendak dibangunkan itu mesti dapat menyokong proses yang dihuraikan.

3.1.3

Fasa Ketiga: Reka Bentuk Sistem

Objektif utama fasa ini ialah mereka bentuk sistem baru. Dalam fasa ketiga ini, semua output, input, antara muka dan proses akan dikenal pasti. Disamping itu, semua reka bentuk kawalan sama ada kawalan dalaman dan luaran termasuk kawalan melalui komputer atau secara manual dibina. Ini adalah untuk memastikan sistem yang akan dibina boleh dipercayai, tepat, senang untuk diselenggarakan dan selamat digunakan.

Rekabentuk ini akan dinyatakan dalam bahagian Spesifikasi Reka Bentuk Sistem. Laporan ini akan dipersembahkan kepada pemilik dan kakitangan syarikat serta penyelia projek untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan. Penglibatan pengguna dan penyelia projek ini adalah kritikal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai apa yang boleh dilaksanakan oleh sistem baru, bagaimana untuk melaksanakannya dan berapakah kos yang terlibat.

3.1.4

Fasa Keempat: Pembangunan dan Implementasi Sistem

Objektif utama fasa ini ialah membangunkan, memperolehi dan menguji perkakasan dan perisian baru. Fasa ini tidak akan dilaksanakan dalam kursus CBBR4103 Projek Kepujian IT I ini, tetapi akan dijalankan dalam dalam kursus CBBR4203 Projek Kepujian II yang akan diambil pada semester seterusnya.

Sistem baru ini akan dipasang dan disesuaikan pada persekitaran pengguna. Dalam fasa ini, satu sistem yang berfungsi dengan jayanya dan didokumenkan sebagai satu sistem maklumat yang lengkap akan disediakan. Fasa ini juga melibatkan penulisan atur cara, menguji, mendokumentasi dan akhirnya

15

apabila sistem berjaya dibangunkan, sistem ini akan diletakkan pada lokasi pengguna.

Hasil daripada fasa yang keempat ini adalah:

satu sistem yang dihasilkan dan boleh digunakan. membuat persediaan akhir untuk memindahkan sistem ke lokasi pengguna, melatih pengguna dan peralihan ke sistem baru.

melakukan penilaian sistem untuk memastikan sistem baru dapat beroperasi dengan sempurna.

memastikan kos serta faedah sistem yang dihasilkan adalah dalam jangkaan.

3.1.5

Fasa Kelima: Sokongan dan Operasi

Objektif utama fasa ini ialah menyelanggara dan menilai sistem. Fasa ini akan melibatkan pengemaskinian sama ada pembetulan ralat sekiranya ada dan melakukan perubahan supaya ia sesuai dengan persekitaran di lokasi ianya digunakan. Aktiviti menambah nilai kepada sistem yang dihasilkan juga akan dilakukan seperti menambah ciri-ciri atau faedah baru.

3.2

Rangkakerja Operasi

Rangkakerja operasi yang akan digunakan ialah dengan permodelan proses. Model proses adalah kaedah formal untuk menerangkan bagaimana sistem beroperasi. Ia menunjukkan proses, aktiviti atau fungsi perniagaan dan aliran data di antaranya. Model proses boleh digunakan untuk mendokumenkan sistem semasa atau sistem cadangan.

Walaupun terdapat beberapa teknik permodelan proses, projek ini akan menggunakan teknik Rajah Aliran Data (Data Flow Diagram - DFD). DFD adalah teknik popular yang menggambarkan proses perniagaan dan aliran data di antaranya. Rajah Aliran Data (DFD) menerangkan keseluruhan sistem dalam

16

bentuk grafik dan mudah difahami. DFD menunjukkan komponen utama sistem dengan perwakilan proses, aliran data, storan data dan entiti luaran.

DFD mempunyai beberapa notasi yang berlainan tetapi setiap notasi ini mempunyai tujuan dan perwakilan yang sama. Projek ini akan menggunakan notasi DFD popular yang dikenali sebagai Gane dan Sarson. DFD menggunakan empat simbol yang ditakrifkan di bawah: 1. Proses Proses adalah aktiviti, fungsi atau tugas yang dilakukan untuk mencapai objektif organisasi sama ada secara langsung ataupun tidak. Proses merangkumi manual dan berkomputer. 2. Aliran Data Aliran data adalah data yang sedang bergerak atau mengalir sebagai input kepada proses atau sebagai output daripada proses. 3. Storan Data Storan data digunakan menunjukkan keadaan di mana data disimpan untuk digunakan oleh proses di dalam sistem apabila diperlukan. 4. Entiti Luaran Entiti luaran merupakan individu, institusi, unit, jabatan, organisasi atau sistem maklumat yang berada di luar sistem tetapi berinteraksi dengan memberi input atau menerima output daripada sistem.

Gambaran kasar sistem boleh dilihat melalui Rajah Konteks paras tertinggi DFD. Perincian sistem ditunjukkan oleh DFD pada paras yang lebih rendah, bermula dengan Rajah 0, diikuti oleh Rajah 1, 2 dan seterusnya hinggalah ke Rajah Primitif DFD yang mengandungi semua proses mudah yang tidak boleh diperincikan lagi. DFD yang dilukis perlu mengambilkira konsep perincian dan keseimbangan untuk memastikan ianya betul.

17

3.3

Sumber Data

Maklumat yang digunakan dalam pembangunan sistem maklumat untuk Syarikat PitStop Motorsport ini diperolehi melalui kaedah-kaedah yang disenaraikan di bawah:

i. Temubual dengan pemilik syarikat. ii. Borang-borang sedia-ada yang digunakan. iii. Pemetaan proses (process mapping) urusniaga yang ingin dimasukkan ke dalam sistem berkomputer.

Berdasarkan sumber-sumber data yang diperolehi ini, pemodelan proses menggunakan gambarajah DFD telah dilakukan dan akan dibincangkan di dalam Bab 4 nanti.

3.4

Andaian dan Kekangan

Metodologi kajian yang digunakan di dalam projek pembangunan sistem maklumat ini adalah untuk mengenal pasti keperluan perniagaan dan membuat keputusan cara untuk memenuhi kehendak dan keperluan perniagaan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa andaian dan kekangan yang mempengaruhi keputusan seni bina teknikal serta cara proses bagi sistem yang akan diuruskan.

Andaian yang telah dibuat semasa pembangunan sistem maklumat ini ialah:

1. Pemilik dan pekerja syarikat yang akan menggunakan sistem ini diandaikan biasa dengan persekitaran perisian Windows dan mempunyai pengetahuan asas penggunaan komputer.

2. Pemilik mempunyai perisian Microsoft Access yang sah untuk kegunaan perniagaan. Microsoft Access akan digunakan dalam pembangunan sistem maklumat ini.

18

Disamping beberapa andaian yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa kekangan yang telah dikenal pasti semasa membuat keputusan seni bina teknikal. Antara kekangan untuk projek ini ialah:

1. Pengurusan dan jangka masa projek ini perlu disiapkan dalam tempoh lebih kurang 20 minggu iaitu dalam masa satu semester.

2. Projek pembangunan sistem maklumat ini dibangunkan secara individu dimana terdapat kekangan dari segi kemahiran projek serta pengalaman dalam pembangunan sistem.

3. Projek ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access sepenuhnya dan ini memberi kekangan kepada syarikat kerana perlu memiliki perisian Microsoft Access untuk menggunakan sistem ini. Pembangunan sistem menggunakan program Visual Basic dilihat mempunyai kelebihan kerana sistem yang dibina menggunakan Visual Basic tidak memerlukan pemilik syarikat untuk mempunyai perisian tambahan. Bagaimanapun, penulis tidak mempunyai pengetahuan pengaturcaraan Visual Basic dan subjek pengaturcaraan Visual Basic ini juga tidak dimasukkan didalam struktur pengajian untuk program BITM (Bachelor in Information Technology and Management).

19

BAB 4

REKA BENTUK SISTEM

4.1

Pendahuluan

Reka bentuk sistem maklumat melibatkan semua fungsi dan tugas yang tertumpu kepada spesifikasi terperinci berasaskan penyelesaian masalah

berbantukan komputer. Reka bentuk sistem maklumat turut dipanggil sebagai rekabentuk fizikal sistem di mana ia tertumpu ke arah aspek teknikal dan pelaksanaan sesebuah sistem.

Secara asasnya, tugas yang dilaksanakan oleh sebarang sistem aplikasi boleh dibahagikan kepada empat fungsi utama iaitu: 1. Logik Aplikasi.

Logik aplikasi boleh menjadi mudah atau kompleks bergantung kepada aplikasi. Dalam projek ini, rajah aliran data DFD adalah logik aplikasi yang akan didokumenkan.

2. Storan Data.

Kebanyakkan program aplikasi memerlukan data disimpan dan dicapai, sama ada data dalam fail yang bersaiz kecil atau data dalam pangkalan data yang besar. Dalam projek ini, data-data akan disimpan didalam bentuk jadual-jadual di dalam Microsoft Access.

20

3. Logik Persembahan.

Logik persembahan merupakan persembahan maklumat kepada pengguna dan penerimaan arahan daripada pengguna melalui antaramuka pengguna. Di dalam projek ini, borang-borang akan dicipta di dalam Microsoft Access sebagai antaramuka sistem dengan pengguna. Cotoh-contoh rekabentuk borang-borang yang bakal digunakan didalam sistem maklumat ini akan ditunjukkan. 4. Logik Capaian Data.

Logik capaian data ialah proses yang diperlukan untuk mencapai data yang bermakna. Di dalam projek ini, arahan SQL (Structured Query Language) akan digunakan di dalam Microsoft Access untuk memberi arahan permintaan data yang bermakna dari pangkalan data. Laporan-laporan dari sistem maklumat ini akan dijana setelah logik capaian data ini dijalankan.

4.2.

Rajah Aliran Data (DFD)

Rajah Aliran Data (DFD) adalah merupakan logik aplikasi yang akan didokumenkan. Untuk melihat sistem secara keseluruhan, pemecahan proses dilakukan bermula dari gambaran kasar hingga ke peringkat yang paling mudah. Teknik pemecahan proses yang dikenali sebagai dekomposisi akan digunakan untuk membina DFD pada paras yang paling tinggi (Rajah Konteks) sehingga DFD paras yang paling rendah (Rajah Primitif).

21

Rajah 4.1: Rajah Dekomposisi Sistem Jualan Kereta Terpakai

22

Berdasarkan rajah dekomposisi sistem, hubungan antara proses dan subproses sistem dapat ditakrifkan. Untuk melukis DFD, pendekatan atas-bawah akan digunakan. Pendekatan atas-bawah ialah dimana Rajah Konteks dilukis terlebih dahulu, diikuti oleh Rajah 0, Rajah 1 dan sehingga ke Rajah Primitif.

Rajah-rajah seterusnya merupakan rajah-rajah DFD yang mewakili proses dan sub-proses yang terdapat dalam sistem maklumat yang akan dibangunkan nanti.

Rajah 4.2: Rajah Konteks Sistem Jualan Kereta Terpakai

23

Rajah 4.3: Rajah 0 Sistem Jualan Kereta Terpakai

24

Rajah 4.4: Rajah 1 Sistem Jualan Kereta Terpakai

Rajah 4.5: Rajah 2 Sistem Jualan Kereta Terpakai

25

4.3

Rajah Hubungan Entiti (ERD)

Rajah Hubungan Entiti (ERD) mengambarkan bagaimana entiti-entiti yang berada di dalam sistem ini saling berkaitan. ERD ini akan digunakan untuk membina jadual-jadual di dalam MS-Access yang akan mewakili data storan yang ditakrifkan di dalam rajah-rajah DFD sebelum ini. ERD ini juga akan memberikan gambaran bagaimana maklumat-maklumat bagi setiap entiti saling berkaitan dan dapat mengelakkan pertindihan data di dalam sistem yang bakal dibangunkan. Rajah Hubungan Entiti di bawah dapat menerangkan bagaimana entiti-entiti ini dihubungkan diantara satu sama lain.

Rajah 4.6 : Rajah Hubungan Entiti (ERD)

26

4.3.1

Storan Data

Storan data merujuk kepada pangkalan data yang akan digunakan. Pangkalan data ialah satu koleksi fail-fail yang mengandungi data-data yang disusun bagi membolehkan capaian, paparan dan penggunaan ke atas data tersebut. Sistem pengurusan pangkalan data seperti Access membenarkan pengguna menggunakan komputer untuk:

i. ii. iii. iv. v.

mencipta pangkalan data; menambah, menukar dan menghapus data dalam pangkalan data; mengisih data dalam pangkalan data; mencapai data dari pangkalan data; dan mencipta borang dan laporan menggunakan data dalam pangkalan data tersebut.

4.3.2

Struktur dan Jadual Pangkalan Data Di Dalam MS-Access.

Dalam Access, pangkalan data mengandungi koleksi jadual. Jadual ini adalah hasil daripada pemetaan Rajah Hubungan Entiti atau model ER. Terdapat 7 jadual yang akan digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan ini seperti dinyatakan di bawah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Jadual Maklumat Pekerja Jadual Maklumat Pelanggan Jadual Maklumat Kenderaan Jadual Maklumat Jualan Jadual Pilihan Aksesori Jadual Maklumat Aksesori Jadual Rekod Servis

27

Struktur (atribut dan domain) yang digunakan untuk setiap jadual yang dihasilkan adalah seperti ditunjukkan di dalam rajah-rajah seterusnya. Dalam Access, atribut dipanggil medan (field) dan domain dipanggil jenis (type).

Nama Medan NoPekerja NamaPekerja Jawatan

Jenis Data Text Text Text

Keterangan No Pekerja Nama Pekerja Jawatan Pekerja

Jadual 4.1 : Jadual Maklumat Pekerja

Nama Medan NoIC_Pelanggan NamaPelanggan AlamatPelanggan Bandar Negeri Poskod NoPhonePelanggan

Jenis Data Text Text Text Text Text Text Text

Keterangan No IC Pelanggan Nama Pelanggan Alamat Pelanggan Alamat, Bandar Alamat, Negeri Alamat, Poskod No Talifon Pelanggan

Jadual 4.2 : Jadual Maklumat Pelanggan

28

Nama Medan NomborPlate Jenama Model Tahun Warna HargaAsas HargaAksesori HargaJualan DibeliDari NoBelian TarikhBelian

Jenis Data Text Text Text Text Text Currency Currency Currency Text Text Date/Time

Keterangan No plate kenderaan Jenama kereta Model kereta Tahun kereta dibuat Warna cat kereta Harga belian kereta Harga tambahan aksesori Harga jualan kereta Dari mana kereta dibeli No resit belian Tarikh kereta dibeli

Jadual 4.3 : Jadual Maklumat Kenderaan

29

Nama Medan NoInvois TarikhInvois NoPekerja NoIC_Pelanggan NomborPlate NoPlateTradeIn HargaTradeIn HargaJualan InsuranKereta InsuranPemandu Windscreen KemalanganDiri

Jenis Data Text Date/Time Text Text Text Text Currency Currency Yes/No Yes/No Yes/No Yes/No

Keterangan Nombor invois jualan Tarikh jualan Nombor pekerja No IC Pelanggan No plate kenderaan No plate trade-in Harga trade-in Harga jualan bersih Pilihan insuran kereta Pilihan insuran pemandu Pilihan insuran cermin Pilihan insuran kemalangan peribadi

Jadual 4.4 : Jadual Maklumat Invois Jualan

Nama Medan NomborPlate KodAksesori

Jenis Data Text Text

Keterangan No plate kenderaan Kod setiap aksesori

Jadual 4.5 : Jadual Pilihan Aksesori

Nama Medan KodAksesori MaklumatAksesori HargaAksesori

Jenis Data Text Text Currency

Keterangan Kod setiap aksesori Keterangan kod Harga jualan aksesori

Jadual 4.6 : Jadual Maklumat Aksesori

30

Nama Medan NoServis TarikhServis NoPekerja NoIC_Pelanggan NomborPlate KosServis

Jenis Data Text Date/Time Text Text Text Currency

Keterangan Nombor invois servis Tarikh di servis Nombor pekerja No IC Pelanggan No plate kenderaan Kos caj servis

Jadual 4.7 : Jadual Rekod Servis

4.3.3

Takrifan Hubungan dan Referential Integrity

Data-data yang disimpan di dalam jadual yang dinyatakan sebelum ini mungkin saling berkaitan. Oleh itu, SPPD seharusnya boleh menghubungkan maklumat dalam jadual-jadual berbeza. Untuk menghubungkan jadual yang berbeza, hubungan di antara jadual perlu diwujudkan. Apabila hubungan telah diwujudkan di antara jadual, kita perlu tentukan sama ada referential integrity ditetapkan atau tidak. Referential integrity adalah kekangan ke atas hubungan yang menentukan kekonsistenan antara jadual yang berhubungan. Referential integrity menghasilkan pautan di antara jadual bapa dan jadual anak menerusi medan yang wujud dalam kedua-dua jadual.

31

Di bawah ini di tunjukkan rajah hubungan (Relationship Diagram) yang dapat menerangkan bagaimana jadual-jadual yang telah dicipta akan dihubungkan diantara satu sama lain.

Rajah 4.7 : Rajah Hubungan untuk MS-Access

32

4.4

Logik Persembahan

Logik persembahan merupakan persembahan antara muka sistem kepada pengguna. Objektif reka bentuk antara muka ini adalah untuk menjadikan antara muka seronok dipandang, mudah digunakan, di samping meminimumkan usaha pengguna untuk menyelesaikan tugas mereka.

Reka bentuk antara muka yang baik adalah berasaskan kombinasi daripada: i. Ergonomik Bagaimana orang bekerja, belajar dan berinteraksi dengan komputer. ii. Estetik Bagaimana antara muka dapat berinteraktif dan mudah digunakan.

iii.

Teknologi antara muka Keperluan operasi, keperluan struktur untuk menyediakan tujuan antara muka.

Antara muka sistem merupakan satu perkara yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah sistem di mana rekabentuk logikal dan rekabentuk fizikal dibincangkan secara lebih terperinci dan mendalam. Sistem ini memberi gambaran secara tidak langsung apa akan terjadi dalam pembangunan sistem yang dibina.

Rekabentuk

logikal

menumpukan

kepada

cara

sistem

beroperasi.

Rekabentuk ini menerangkan bagaimana sistem akan dipaparkan kepada pengguna. Ia merangkumi bentuk data input dan output, antamuka pengguna dan dialog yang akan digunakan di dalam sistem.

Rekebentuk fizikal menakrifkan semua ciri-ciri trknologi untuk pembangunan sistem. Ini meliputi pangkalan data, keselamatan komputer, rangkaian data, kawalan, dan audit sistem, pengaturcaraan dan persekitaran pembangunan.

33

4.4.1

Rajah Menu Hierarki Antara muka

Rajah 4.8 : Lakaran Menu Hierarki Antara muka

34

Rajah menu hierarki antara muka ini akan digunakan untuk membentuk Siwtchboard. Switchboard merupakan sejenis borang yang agak istimewa dan akan dipaparkan sebagai paparan antara muka yang utama apabila program pangkalan data MS-Access ini dijalankan. Ianya mengandungi butang yang boleh diklik bagi melaksanakan operasi-operasi yang tertentu. Butang pada switchboard utama akan membawa kepada switchboard yang lain. Butang pada switchboard boleh digunakan untuk membuka jadual atau borang, memaparkan laporan dalam mod paparan atau mencetak laporan.

Draf lakaran switch board yang dicipta berdasarkan menu-menu hierarki antara muka ditunjukkan pada rajah di bawah:

Rajah 4.9 : Lakaran Paparan Switchboard

35

4.4.2

Borang

Borang menyediakan satu antara muka pengguna kepada data di dalam satu-satu aplikasi pangkalan data. Borang membenarkan pembangun pangkalan data menyatakan secara terperinci penampilan dan kelakuan data pada skrin komputer. Dengan kata mudah, borang digunakan untuk memudahkan kemasukan data ke dalam jadual yang telah dibina. Seperti queri, borang tidak mengandungi sebarang data. Ia cuma menyediakan satu tetingkap yang mana jadual dan queri boleh dipaparkan melaluinya.

4.4.3

Lakaran Paparan Borang-borang Yang Akan Digunakan

Beberapa lakaran kasar dibuat untuk bentuk antaramuka borang akan digunakan. Susun atur borang amat penting untuk memudahkan pengguna memasukkan data-data yang diperlukan secara teratur dan tepat. Senarai borangborang yang akan digunakan adalah seperti di bawah:

I.

Borang Maklumat Pekerja.

II. Borang Maklumat Pelanggan. III. Borang Maklumat Kenderaan. IV. Borang Maklumat Jualan. V. Borang Maklumat Aksesori. VI. Borang Rekod Servis.

Selepas beberapa lakaran kasar borang-borang yang akan digunakan, lakaran akhir rekabentuk borang yang akan digunakan adalah seperti yang ditunjukkan.

36

Rajah 4.10 : Lakaran Borang Maklumat Pekerja

Rajah 4.11 : Lakaran Borang Maklumat Pelanggan

37

Rajah 4.12 : Lakaran Borang Maklumat Kenderaan

38

Rajah 4.13 : Lakaran Borang Maklumat Jualan

39

Rajah 4.14 : Lakaran Borang Maklumat Aksesori

Rajah 4.15 : Lakaran Borang Rekod Servis

40

4.5

Logik Capaian Data.

Logik capaian data ialah proses yang diperlukan untuk mencapai data yang bermakna. Di dalam projek ini, laporan-laporan yang diperlukan akan dijana hasil daripada logik capaian data yang dilakukan.

Laporan dihasilkan hampir sama seperti borang dengan menggunakan konsep dan alat yang sama. Perbezaannya adalah laporan bertujuan untuk mempersembahkan kandungan pangkalan data dalam bentuk ringkasan. Dengan sebab itu, laporan mempunyai kawalan kiraan yang mengira fungsi agregat. Borang juga selalunya dicetak dan tidak digunakan secara interaktif.

Didalam Sistem Maklumat Jualan Kereta Terpakai ini, tujuh jenis laporan akan disediakan seperti yang telah dinyatakan di dalam rajah menu hierarki antara muka. Tujuh jenis laporan tersebut ialah:

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Rekod/Log servis. Laporan inventori kenderaan. Senarai pelanggan bagi setiap pekerja. Rekod servis setiap model kenderaan. Purata belanja aksesori. Invois jualan. Laporan jualan bulanan.

4.5.1

Panduan Rekabentuk Laporan

Dalam merekabentuk dan mencipta laporan, panduan-panduan berikut akan diberi pertimbangan:

1. Tujuan laporan dibuat adalah untuk memberikan maklumat yang spesifik. Dalam merekabentuk laporan, tanya diri anda adakah laporan tersebut memberikan maklumat yang diminta? Adakah maksud setiap baris dan lajur dalam laporan tersebut jelas? Adakah nama setiap lajur mudah difahami?

41

2. Wujudkan ruang kosong antara kumpulan. Sekiranya ruang yang ada tidak mencukupi, besarkan ruang Group footer.

3. Penggunaan fon yang berbeza dan dari pelbagai saiz adalah dibenarkan, asalkan ianya bersesuaian. Penggunaan fon yang terlalu pelbagai akan menjadikan rekabentuk laporan tidak menarik.

4. Rekabentuk kesemua laporan perlu konsisten atau seragam.

4.6

Kesimpulan

Rekabentuk pangkalan data berasaskan kepada aliran data antara entiti, proses-proses dan pangkalan data yang terlibat. Setiap menu yang dibangunkan mempunyai fungsi masing-masing selaras dengan aliran data yang direka bentuk manakala rekabentuk antara muka merupakan proses menakrif bagaimana pengguna berinteraksi dengan sistem. Rekabentuk pengguna yang baik berasaskan kombinasi ergonomik, estetik dan teknologi antara muka.

42

Rujukan

Abdullah Embong. (2000). Sistem Pangkalan Data. Tradisi Ilmu Sdn. Bhd.

Atzeni

et.al,

(2000).

Database

Systems:

Concepts,

Languages

and

Architectures. England: McGraw-Hill.

Clegg, D. and Barker, R. (1994). Case Method Fast-Track: A RAD Approach. England: Addison Wesley.

Connolly and Begg. (2001). Database Systems: A Practical Approach to Design, Implementation, and Management. Second Edition. England: AddisonWesley.

Ensor, D. & Stevenson, I. (1997). Oracle Design. New Jersey: Prentice-Hall.

Gupta, Yash P. (1988). Industrial Management and Data System: Direction of Structured Approaches in System Development. London: Elsevier. Hoffer, J.A, George, J.F. & Valacich, J.S (2002). System Analysis and Design. 3rd Edition. New Jersey: Prentice-Hall. Kendall, K.E & Kendall, J.E (2002). System Analysis and Design. 5th Edition. New Jersey: Prentice-Hall.

Salha Abdullah dan Nazlia Omar. (2000). Sistem Pangkalan Data. Kuala Lumpur: Sprint Print, Prentice Hall.

Silberschatz, A., Korth, H.F and Sudarshan, S. (1997). Database System Concept. Third Edition. England: McGraw-Hill

Zaini Md. Jana (1991). Panduan Analisis dan Rekabentuk Sistem. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

43

Rujukan (Website) http://www.databaseanswers.org/approach2db_design.htm

http://www.databaseanswers.org/data_models/car_sales/method.htm

http://www.frick-cpa.com/ss7/Theory_Models.asp#Hierarchy (Hierarchical Database Model).

http://www.frick-cpa.com/ss7/Theory_Models.asp#Relational (Relational Database Model)

44