book selangorkini 5 – 12 ogos 2016

23
BAYARAN INSENTIF MENINGKAT KE RM1.1 JUTA KITA JUARA! Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my “Insentif kemenangan kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-�� ditambah kepada RM�, ��� bagi pemenang pingat emas individu, manakala RM�, ��� hingga RM�, ��� untuk berkumpulan” Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar BERITA PENUH MUKA �, � & BERITA LANJUT MUKA �, � & 6 11 Bon Odori miliki sejarah 6�� tahun 14 Smart Selangor pacu pentadbiran bersepadu MESYUARAT KE-2 PERSIDANGAN DEWAN NEGERI SELANGOR PENGGAL KE-4 MESYUARAT KE-2 PERSIDANGAN DEWAN NEGERI SELANGOR PENGGAL KE-4 l Rizab negeri cecah RM�. � bilion l �,8�� rumah terbengkalai diselamatkan sejak ���8 l Smart Selangor Food Stamp bantu �,6�� keluarga miskin #SmartSelangor PERCUMA 5 - 12 Ogos 2016, 2 - 9 Zulkaedah 1437H

Upload: nguyendung

Post on 31-Dec-2016

308 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

Page 1: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

BAYARAN INSENTIF

MENINGKAT KE RM1.1 JUTA

KITA JUARA!Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

“Insentif kemenangan kontinjen Selangor padaSukan Malaysia (Sukma) ke-�� ditambah kepada RM�,��� bagi pemenang pingat emas individu,

manakala RM�,��� hingga RM�,��� untuk berkumpulan”Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar BERITA PENUH MUKA �, �� & ��

BERITA LANJUT MUKA �,� & 6

11

Bon Odori miliki sejarah 6�� tahun

14

Smart Selangor pacu pentadbiran bersepadu MESYUARAT KE-2 PERSIDANGAN

DEWAN NEGERI SELANGOR PENGGAL KE-4MESYUARAT KE-2 PERSIDANGAN

DEWAN NEGERI SELANGOR PENGGAL KE-4l Rizab negeri cecah

RM�.�� bilion

l ��,8�� rumahterbengkalaidiselamatkan sejak ���8

l Smart Selangor FoodStamp bantu �,6��keluarga miskin

#SmartSelangorPERCUMA 5 - 12 Ogos 2016, 2 - 9 Zulkaedah 1437H

Page 2: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Utama2 SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Dedah skandal 1MDB

KEADILAN dan Mantan TPM gerak kerjasama

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA - KEADILAN men-jalinkan kerjasama bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin mengge-rakkan program jelajah seluruh negara berhubung skandal ke-wangan 1 Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata keputusan itu dibuat se-bagai inisiatif memberi pemaha-man menyeluruh kepada rakyat khususnya masyarakat di luar bandar terhadap krisis dalam pentadbiran negara.

“Rakyat menjadi mangsa ke-bobrokkan pentadbiran di Pu-trajaya yang gagal menangani krisis penyelewengan negara.

“Seluruh negara dan dunia sudah mengetahui identiti Ma-laysian Official 1MDB. Namun Putrajaya hanya menafikan penglibatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Timba-lan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, dan bekas Timbalan Perdana Men-teri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Hotel Empire Subang, pada 30 Julai lalu.

Hadir sama beberapa pimpi-nan tertinggi KEADILAN, terma-suk Naib Presidennya, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara itu, Muhyiddin menganggap kerjasama terse-but diadakan demi kepentingan rakyat.

Agenda Reformasi diteruskan, fokus selamatkan MalaysiaSUBANG JAYA - KEADILAN kon-sisten memastikan agenda Refor-masi diteruskan demi kestabilan dan pentadbiran negara lebih bersih dan telus.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata negara perlu diselamatkan dan ditadbir kerajaan telus tanpa wu-judnya amalan korupsi dan bu-daya rasuah.

“KEADILAN sudah mendepani kemelut salahguna kuasa yang membelenggu negara dari da-hulu lagi.

“Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar dengan kebebasan beliau akibat

kelantangan bersuara terhadap salah guna kuasa, penyelewe-ngan rasuah, skandal 1MDB.

“Bagi KEADILAN, selagi agen-da reformasi termasuk reformasi parlimen, reformasi kehakiman, reformasi sistem pilihan raya malah juga dasar pemisahan kuasa belum tercapai, selagi itu-lah kami akan bangkit dan lawan kezaliman yang menghalang ke-majuan rakyat,” katanya.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, pentad-biran kuku besi Umno-Barisan Nasional kini semakin terdesak apabila terus memberi tekanan kepada individu yang tidak se-

haluan dengan kerajaan.Beliau merujuk beberapa kes

termasuklah penyingkiran pega-wai tertinggi kerajaan termasuk pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Timbalan Per-dana Menteri.

“KEADILAN merasai keperitan dan kekeliruan semua lapisan masyarakat apabila pegawai kerajaan yang lantang serta pro-fesional dan berkecuali dimang-sakan secara sistematik.

“Justeru, kami mengajak rak-yat untuk bersama, menyebar maklumat dan menyertai satu ge-rakan massa demi masa de-pan negara lebih baik,” katanya.

Switzerland, Luxembourg dijangka dedah skandal �MDBBUKIT BERUNTUNG - Se-lain Amerika Syarikat, be-berapa negara lain dijangka akan membuat pendedahan berhubung penggubahan wang haram berkaitan skan-dal 1MDB di negara masing-masing.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berka-ta antara ne-gara terbabit adalah Swit-zerland dan Luxebourg.

“Saya baca laporan, bukan Amerika saha-ja. Di negara lain yang wang 1MDB mengalir seperti Swit-zerland nak dedahkan begitu juga di Luxemborg.

“Di Singapura sudah terdedah separuh. Semua-nya membabitkan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sen-

tosa, pada 30 Julai lalu.Jelas Muhyiddin, beliau

mengetahui perkara itu selepas menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk meneliti laporan 1MDB sep-erti yang Peguam Negara Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Selain pendedahan ke-curangan be-berapa indi-vidu dalam 1MDB oleh Jabatan Ke-adilan Ameri-ka Syarikat

(DOJ), Muhyiddin turut men-jangkakan beberapa pende-dahan lain bakal dibuat se-dikit masa lagi.

Katanya, perkara itu boleh dilaksanakan ekoran kawalan wang keluar yang dikuatkua-sakan kebanyakan negara, sekali gus membolehkan pi-hak berkuasa di negara terb-abit mengesan punca wang berkenaan.

Katanya, ia ekoran pentadbir-an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus mence-markan imej negara di pering-

kat antarabangsa susulan ko-rupsi kewangan skandal 1MDB.

“Jelajah ini sebagai insiaitf memaklumkan kepada rakyat khususnya di luar bandar ten-tang skandal terbesar di dunia yang berlaku di Malaysia meli-batkan Perdana Menteri.

“Pendirian saya secara peri-badi sejak awal memang mera-sakan ini sesuatu perbuatan memalukan dan jenayah besar Kerajaan Malaysia.

“Oleh sebab itu, ia perlu disebar luaskan kepada umum agar rakyat mengetahui situa-

si sebenar bagaimana sebuah syarikat ditaja Perdana Men-teri menanggung liabiliti besar dalam tempoh singkat,” katanya.

Ini merupakan inisiatif lan-jutan Pakatan bersama bekas pimpinan Umno untuk terus mendesak pengunduran Per-dana Menteri, selepas pengan-juran Deklarasi Selamatkan Ma-laysia.

Pada masa sama, KEADILAN mengambil pendirian terbuka menyambut baik mana-mana organisasi atau parti politik me-nyertai jelajah penerangan skan-

dal 1MDB ke seluruh negara.Mohamed Azmin berkata,

keterbukaan itu menjurus ke-pada komitmen masyarakat sivil menyelamatkan Malaysia dan bukannya menjurus kepada sen-timen parti politik.

“Kita bekerjasama dengan semua parti politik, individu, badan bukan kerajaan yang memberi komitmen untuk ini-siatif ini.

“Keperluannya adalah untuk menyelamatkan ekonomi dan negara kita,” katanya.

Page 3: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Utama3SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Cipta kejayaan berharga

Insentif kemenangan SUKMA naik RM�.� jutaOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Insentif kemenang-an kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 ditambah kepada RM5,000 bagi pemenang pingat emas individu dan RM2,000 hingga RM3,000 bagi pemenang pingat emas berpasukan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata insentif tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan RM1.1 juta.

“Sebagai kerajaan yang peduli, kejayaan kontinjen Sukma 2016 Selangor wajar mendapat pengik-tirafan daripada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Selangor bersetuju meningkatkan pembayaran in-sentif kemenangan Sukma dari RM958,000 kepada RM1.1 juta,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13, di sini, pada 1 Ogos lalu.

Mohamed Azmin berkata, ke-jayaan negeri terkaya itu merang-kul juara turut didorong ke-berangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah ke

Sarawak bagi memberi sokongan."Kehadiran beberapa pegawai

tinggi pentadbiran Kerajaan Ne-geri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya menambah lagi semangat kontinjen Selangor," katanya.

Pada masa sama, beliau berka-ta, kontinjen Sukma Selangor di-raikan pada Majlis Sambutan Aidil-fitri bersama warga perkhidmatan awam Selangor di Dataran Bangun- an Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pada 3 Ogos ini.

Tingkat ilmu realisasi Smart State SHAH ALAM - Hasrat Kerajaaan Negeri merealisasikan gagasan ‘Smart Selangor’ perlu didukung dengan amalan pemba-caan dalam kalangan rakyat di seluruh negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali, berkata elemen diterapkan dalam pembikinan gagasan itu mencakupi aspek pemahaman ilmu pengetahuan dan ama-lan membaca.

“Gagasan Smart Selangor yang kita im-bau perlu didukung dengan usaha men-yemarakkan ilmu, membudayakan amalan membaca dan pencerahan.

“Kerajaan Negeri melihat kegiatan ini secara holistik dan tidak hanya terbatas ke-pada pengeluaran bersifat fizikal,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kejayaan ga-gasan Smart Selangor terhadap penum-puan bidang pemahaman ilmu mampu mengangkat identiti masyarakat Selangor yang lebih berdaya saing.

Beliau berkata, tumpuan gagasan itu bu-kan menjurus kepada aspek pengukuhan ekonomi negeri sahaja, namun penekanan terhadap isu keilmuan dan pengetahuan tetap menjadi fokus utama.

“Industri pembacaan perlu menyahut cabaran ini dengan meningkat dan melu-askan cakupan penerbitan di Selangor.

“Justeru, untuk memastikan komitmen ini dilaksanakan, PPAS bertangungjawab di bawah projek keilmuan termasuk prospek penterjemahan dan pembacaan,” katanya.

Kejar misi pusat pembudayaan ilmu serantauSHAH ALAM - Kerajaan Negeri ber-hasrat merealisasikan Selangor se-bagai pusat pembudayaan kece-merlangan ilmu serantau dengan memberi tumpuan kepada aspek pendidikan, sains dan teknologi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata keperluan itu seiring gagasan Smart Selangor yang memberi penekanan terhadap inisiatif menyemarakkan ilmu dalam kalangan masyarakat.

“Perspektif ekonomi khususnya dalam aspek ‘soft-sector’ bidang pengeluaran, pemindahan ilmu, produk budaya, hiburan dan sukan menjadi fokus kegiatan ekonomi yang

perlu dibudayakan Kerajaan Negeri.“Kapasiti itu menjadi iltizam Kera-

jaan Negeri membangunkan Sela-ngor sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, pembangunan sains, teknologi dan inovasi serta bidang penerbitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pe-rasmian Pesta Buku Selangor 2016 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Pusat Kon-vensyen Shah Alam (SACC), di sini, pada 28 Julai lalu.

Sebelum ini, DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Kerajaan Negeri le- bih bersedia terhadap sebarang

cabaran menjadikan Selangor seb-agai hab pendidikan berkualiti.

Menyambut baik titah baginda, Mohamed Azmin berkata, usaha terbabit digerakkan menerusi pe-rancangan ekonomi jingga dan pelan pendidikan membabitkan kedua institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri itu.

“Selangor memberi dimensi baru dalam ekonomi menerusi penekan-an terhadap keperluan merangsang ekonomi jingga yang dalamnya me-ngandungi pelbagai industri buku dan kreatif,” katanya.

Tidak terhenti setakat itu, Mo-hamed Azmin berkata, Kerajaan Ne-geri juga terus konsisten memastikan prasarana pendidikan terus diper- tingkatkan demi manfaat jangka panjang rakyat Selangor.

Katanya, ia termasuk inisiatif me-nyediakan pelbagai bahan bacaan bermula di peringkat kanak-kanak dan dewasa di perpustakaan dan pesta buku.

“Saya yakin insiatif ini berperanan besar untuk memupuk semangat membaca, merangsang naluri cin-takan buku yang membawa kepada peningkatan ilmu.

“Pelaksanaan program ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Ne-geri melahirkan generasi ‘smart’ di Selangor,” katanya.

Kerajaan Selangor bersetuju meningkatkan pembayaran insentif kemenangan Sukma daripada RM958,000 kepada RM1.1 juta

MOHAMED AZMINMenteri Besar

Warga asing tiada hak milik penempatanSHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak akan memberi hak milik penempatan kepada warga asing walaupun ada dalam kalangan mereka lebih 20 tahun menetap di negeri itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ber-kata walaupun diakui sumbangan tenaga pekerja asing diperlukan terhadap ekonomi negara dan neg-eri, namun kerajaan bersikap selektif dan menumpu-kan kepada kemajuan teknologi semasa.

“Kita tidak akan beri hak milik kepada warga asing yang menetap di beberapa daerah di Selangor.

“Jika mereka ini masuk ke dalam negara, sudah tentu memerlukan dokumen sah yang diperlukan undang-undang tetapi jika tidak, saya percaya pihak polis dan imigresen akan mengambil tindakan sewa-jarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan isu penempatan warga asing di beberapa daerah di Selangor ketika Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Incorporated (MBI), pada 29 Julai lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin, berkata Kera-jaan Negeri mengambil langkah untuk meluaskan kecanggihan teknologi dan inovasi dalam pelaburan asing.

Justeru, katanya, Kerajaan Negeri harus menyiap-kan tenaga kerja dan modal insan mahir dan mempu-nyai ilmu bagi merealisasikan hasrat itu.

“Kita akan mengurangkan tenaga kerja ramai ke-pada meluaskan penggunaan teknologi tinggi dan industri berintensif modal.

Page 4: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Mesyuarat Kedua, Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke - ��Laporan oleh: Nazli Ibrahim, Lizawati Madfa, Norhayati Umor dan Ermizi MuhamadFoto Oleh : Asri Sapfie & Shuaib Ayob

4

RUNDINGAN penstrukturan air antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Pengelu-ar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih belum dimuktamadkan.

Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Az-min Ali, berkata rundingan terbabit ma-sih berjalan bagi memperincikan bebe-rapa perkara supaya tidak membebankan rakyat.

“Rundingan ini masih berjalan dan bertepatan dengan tempoh ditetapkan.

Ada beberapa perkara sedang diteliti dan terma komersial yang tidak membeban-kan rakyat.

“Rundingan bersama Kerajaan Perseku-tuan juga dilakukan supaya Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mampu mengam-bil alih,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Per-matang) pada sidang Dewan Negeri Se-langor (DNS), di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, run-

dingan terbabit masih mengikut perjan-jian utama digariskan dan perlu disele-saikan pada Oktober ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri mem-beri layanan istimewa kepada syarikat itu berkenaan rundingan penstrukturan air.

Rundingan antara Kerajaan Negeri dan SPLASH bermula awal tahun lalu dengan tawaran RM250 juta, namun jumlah itu di-tolak syarikat berkenaan.

RM5 JUTA diperuntukkan bagi menjayakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Balak di Kajang, kata Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, tender projek daripada peruntukan caruman parit itu dijangka akan mula diiklankan pada Ogos ini.

“Kita juga giat menaik taraf Sungai Jernih dengan kerja awalan cuci gali sungai sudah dijalankan pada Januari dan Februari lalu.

“Kejadian banjir baru-baru ini ekoran paras air Sungai Langat yang tinggi serta Projek Pembi-naan Depo-MRT Kajang masih dalam pelaksanaan.

“Struktur tapak pembinaan Depo Kajang tinggi daripada paras Sungai Jernih,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KEADI-

Penstrukturan industri air

Rundingan belum muktamad

RM� juta jayakan Projek Tebatan Banjir Sungai Balak

PARAS Empangan Sungai Tinggi dan Sungai Selangor berada pada kedudukan terkawal dan tidak terjejas walaupun musim panas melanda tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Kemu-

dahan Awam, Permodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, kedua empa-ngan itu mendapat bekalan air mentah tambahan melalui pro-jek HORAS 600.

HORAS 6�� tambah bekalan air musim panas

Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat.

Mengulas lanjut, Zaidy ber-kata, Sungai Langat kini sedang dalam proses naik taraf di bawah projek Kerajaan Persekutuan

LAN-Kajang) semasa sidang De-wan Negeri Selangor (DNS).

Wan Azizah turut berta-nyakan cadangan menaik taraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Merbau,

dengan kos RM1.7 juta.“Dua sebut harga kini

dalam pelaksanaan, manakala tiga lagi se-but harga dalam pro-ses penyediaan,” ka-tanya.

Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Da-mansara) semasa si-dang Dewan Ne- geri Selangor (DNS).

HORAS 600 dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya membekal dan menyalurkan air mentah tambahan 300 JLH bagi tujuan menambah kapasiti LRA SSP1 dan 3.

Terdapat dua fasa pemba-

Tender projek daripada peruntukan caruman parit itu dijangka akan mula diiklankan pada Ogos ini

ZAIDY ABDUL TALIBExco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani

Rundingan ini masih berjalan dan bertepatan dengan tempoh ditetap-kan. Ada beberapa perkara sedang diteliti dan terma komersial yang tidak membeban-kan rakyat.

ngunan terbabit dalam pro-jek HORAS 600 terdiri daripada kerja pengorekan kolam utama oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kerja membina ce-run kolam, pembinaan kolam Hang Tuah dan pembinaan rumah pam.

Katanya, walaupun projek terbabit belum siap sepenuh-nya, namun HORAS 600 berjaya membekalkan air mentah 160 juta liter sehari (JLH) untuk di-alirkan ke Sungai Selangor.

“Kedudukan paras kedua empangan setakat 15 Julai lalu adalah terkawal jika dibanding-kan dengan 2013 dan 2014 wa-laupun musim panas melanda.

“Paras simpanan empangan Sungai Selangor kini 66.63 pera-tus dan Sungai Tinggi 73.07 pe-ratus,” katanya menjawab soalan

Page 5: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Mesyuarat Kedua, Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke - ��Laporan oleh: Nazli Ibrahim, Lizawati Madfa, Norhayati Umor dan Ermizi MuhamadFoto Oleh : Asri Sapfie & Shuaib Ayob

5

Kedudukan kewangan stabil

Rizab negeri cecah RM�.�� bilion

SEBANYAK 64 projek terbeng-kalai membabitkan 29,811 unit kediaman berjaya diselamatkan Kerajaan Negeri dari Mac 2008 hingga Jun lalu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato Iskandar Abdul Samad, ber-kata projek diselesaikan itu adalah

masalah ditinggalkan Barisan Nasional (BN)

sebelum ini.Katanya, Kera-

jaan Negeri juga tidak mengeluar-

kan hak milik baru untuk projek ter-bengkalai sehingga kini.

��,8�� rumah terbengkalai diselamatkan sejak ���8

LEMBAGA Perumahan Dan Har-tanah Selangor (LPHS) membuat permohonan kepada Bank Nega-ra Malaysia (BNM) untuk melong-garkan syarat senarai hitam pe-minjam perumahan di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato Iskandar Abdul Samad, berkata hal itu kerana lebih sepa-ruh daripada peminjam peruma-han ditolak permohonan selepas disenarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Na-sional (PTPTN).

Katanya, ia menjadi masalah kepada sesiapa yang ingin mem-beli rumah, terutama membabit-kan Rumah Selangorku.

“Dalam satu projek, 60 pera-tus daripada permohonan pinja-man ditolak dengan sebahagian disenarai hitam kerana pinjaman PTPTN.

“Justeru, kita mahu menca-dangkan supaya (senarai hitam PTPTN) jangan dimasukkan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menjawab soalan Dr Xavier Jayakumar (KEADILAN-Andalas) berkenaan masalah pinjaman bank yang tidak diluluskan se-hingga hari ini.

Pada masa sama, Iskandar ber-kata, pihaknya akan mencadang-kan kertas Majlis Mesyuarat Kera-jaan Negeri (MMKN) berkenaan tindakan kepada pemaju ingkar membina Rumah Selangorku wa-laupun sudah diberi kelulusan.

Katanya, 14 projek diluluskan di bawah insentif pembinaan Rumah Selangorku merangkumi 20,008 unit kediaman dengan satu projek siap dibina.

“Manakala 11 projek masih dalam pembinaan dan dua lagi projek belum dibina,” katanya.

RM2.1 JUTA diperuntukkan menerusi Program Smart Sela-ngor Food Stamp untuk mem-bantu 5,600 keluarga miskin ta-hun ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluar-ga, Dr Daroyah Alwi, berkata RM156,800 turut dibelanjakan sebagai kos pengurusan me-rangkumi logistik, penghanta-ran dan pekerja.

“Nilai barangan dibekalkan ke-pada penerima tidak ditolak kos pengurusan dikendalikan Hijrah Selangor.

“Kita sedar rakyat berhak menerima nilai bantuan ditetap-kan secara penuh tanpa kos

tersembunyi bagi mengelakkan perkara luar jangkaan,” katanya semasa sidang Dewan Negeri Se-langor (DNS), pada 2 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saari Sungib (Amanah-Hulu Kelang) berke-naan perkembangan terkini pro-gram terbabit.

Mengulas lanjut, Daroyah ber-kata, setiap keluarga menerima bantuan RM50 merangkumi enam barangan makanan asas.

“Mereka menerima seunit be-ras (lima peratus) 10 kilogram (kg), minyak masak 2 kg, gula pa-sir 1 kg, tepung gandum 1 kg, bi-hun 400 gram dan dua unit susu pekat manis 500 gram,” katanya.

RM�.� juta jayakan Smart Selangor Food Stamp

BNM disaran longgar syarat pinjaman rumah

“Bagaimanapun, yang berlaku adalah pindah milik daripada pe-milik asal kepada pemaju penyela-mat sama ada dengan persetujuan pemilik tanah asal atau diputuskan mahkamah bagi kes pemaju asal digulungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian men-jawab pertanyaan Tiew Way Keng (DAP-Teratai) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), 2 Ogos lalu.

Pada masa sama, Iskandar ber-kata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengenakan tindakan penguat-kuasaan bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah me-reka terjamin.

Katanya, tindakan rampasan tanah boleh dibuat jika wujud

pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 kanun sama.

“Kita membantu pembeli me-nubuhkan jawatankuasa bertin-dak supaya tindakan diambil se-laras dengan pihak berkuasa dan sekurang-kurangnya 85 peratus persetujuan daripada pembeli diperlukan.

“LPHS juga mengeluarkan surat pengesahan projek ter-bengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan bank men-strukturkan semula atau pengu-rangan bayaran bulanan daripa-da pembiaya atau bank,” katanya.

RIZAB kewangan negeri terus mencatatkan kedudukan stabil dengan nilai RM3.95 bilion, se-takat ini.

Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata rizab semasa menunjukkan pening-katan 21.24 peratus berbanding RM3.258 bilion, pada 31 Disem-ber 2015.

“Sehingga 15 Julai lalu, Kera-jaan Negeri membelanjakan RM756.45 juta dalam perbelan-jaan operasi, 52 peratus daripada Belanjawan Selangor 2016,” ka-tanya menjawab pertanyaan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada sidang Dewan Negeri Se-langor (DNS), 1 Ogos lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, rizab Selangor menunjukkan peningkatan keta-ra bermula 2010 sehingga kini.

Katanya, RM1.6 bilion di-catatkan pada 2010, RM1.9 bil-ion (2011), RM2.6 bilion (2012), RM2.9 bilion (2013), RM3.2 bilion (2014) dan RM3.3 bilion (2015).

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri turut membayar RM15.74 juta Cukai Barang dan Perkhid-matan (GST) sejak dilaksanakan hingga 31 Disember tahun lalu.

“Manakala dari 1 hingga 30 Jun lalu, Kerajaan Negeri mem-bayar RM10.2 juta untuk GST,” kata-nya.

Page 6: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Mesyuarat Kedua, Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke - ��Laporan oleh: Nazli Ibrahim, Lizawati Madfa, Norhayati Umor dan Ermizi MuhamadFoto Oleh : Asri Sapfie & Shuaib Ayob

6

SUMBANGAN sektor perkhid-matan kepada ekonomi Sela-ngor pada 2015 meningkat 111.5 peratus berbanding 2009, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Beliau berkata, sektor perkh-idmatan menyumbang RM67.8 juta kepada ekonomi Selangor dan jumlah itu meningkat kepa-

da RM143.3 juta pada 2015.“Merujuk Laporan Ekonomi

Negeri Selangor 2014/2015, 59.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Se-langor disumbang sektor perkh-idmatan.

“Ini sekali gus menunjukkan sumbangan besar sektor perkh-idmatan termasuk industri pelan-congan kepada Selangor pada

2015,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 2 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya) berkenaan sektor pelancongan di negeri itu.

Elizabeth berkata, sektor perkhidmatan dinilai meneru-si perkhidmatan utiliti, pe- ngangkutan, penyimpanan dan

komunikasi, perdaga-ngan borong dan runcit serta penginapan dan restoran.

“Jenis aktiviti ini menunjukkan perkhid-matan di dalam ekonomi industri pelancongan yang berkait rapat memacu per-tumbuhan ekonomi dan pendapatan negeri,” katanya.

Sumbang RM67.8 juta kepada ekonomi

Sektor perkhidmatan naik ���.�%

SEJUMLAH RM1.5 juta diperuntukkan bagi membiayai 'Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor' (PROGRESS) yang mula dilak-sanakan, pada 1 Januari lalu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Mod-al Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program dalam Bahasa Inggeris itu mensasarkan 100 gra-duan untuk dilatih dalam tempoh tujuh bulan.

Katanya, satu bulan khusus untuk pem-belajaran dalam kelas, manakala enam bu-lan selebihnya adalah program latihan.

“Projek perintis ini bertujuan menye-diakan graduan terpilih dengan pengala-man dan ‘soft skills’.

“Kedua aspek ini diyakini mampu mem-bantu kebolehpasaran graduan mendapat pekerjaan,” katanya di Dewan Negeri Se-langor (DNS), pada 2 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian menjawab so-alan lisan daripada Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) berkenaan perkem-bangan terkini program PROGRESS.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, seramai 37 peserta berjaya memperoleh pekerjaan setakat Julai lalu, sementara 56 peserta masih menjalani latihan lapangan di syarikat terpilih.

“Enam peserta pula dalam proses pe-nempatan latihan lapangan, manakala seorang lagi melan-jutkan pelajaran,” katanya.

SEMUA premis hiburan yang ditutup di Selangor tidak lagi berpeluang membuat permohonan lesen baru, kata Exco Kera-jaan tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata, hal itu masih dipe-ringkat cadangan dan akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius isu premis hiburan dan pusat judi dengan mengambil tindakan bersepadu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, pengawalan kedai judi haram yang lebih efektif adalah me-lalui kerjasama polis untuk mengambil

tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Mengikut rekod polis, jumlah terkini kedai mesin judi di negeri ini adalah 21 premis berlesen,” katanya menjawab per-tanyaan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Se-menyih) di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pada masa sama, Hian Wah berkata, se-ramai 1,293 pengusaha premis judi dikena-kan tindakan sehingga Jun lalu, manakala seorang pengusaha dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Bagi tahun lalu, seramai 4,541 pe-ngusaha dikenakan tindakan antaranya Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Enakmen hiburan dan tempat hi-

buran 1995 negeri dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Pen-jagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan,” katanya.

PROGRESS latih graduan dapat kerja

�,��� belia terima manfaat Insentif Perkahwinan

Tiada kelulusan lesen baru premis hiburan ditutup

SERAMAI 6,180 belia di Selangor mene-rima manfaat Program Insentif Perkah-winan Belia sehingga April lalu dengan peruntukan RM3.09 juta.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata dari-pada jumlah itu, 3,802 daripadanya ber-agama Islam sementara 2,378 lagi bukan

Islam.“Insentif kepada golongan belia ini

selari dengan matlamat Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli.

“Ia juga adalah inisiatif mensejahte-rakan rumah tangga dan keluarga di Se-langor,” katanya di Dewan Negeri Sela-ngor (DNS), pada 2 Ogos lalu.

Amirudin berkata, sejak diperkenal-

kan pada 2013, RM11.3 juta dibelan-jakan bagi menjayakannya dengan lebih 26,000 belia menerima manfaat.

"Pada 2013, seramai 5,952 peserta menerima manfaat itu dengan peruntu-kan RM1.19 juta, 2014 meningkat kepa-da 6,451 peserta (RM3.2 juta) dan 2015 seramai 7,555 peserta (RM3.7 juta)," ka-tanya.

Page 7: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Utama7SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berke-nan mencemar duli menyempurnakan is-tiadat sempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri.

Majlis penuh istiadat itu diadakan di perkarangan Tugu Peringatan Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan Speaker De-wan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh.

Istiadat turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri (ADN), pegawai tertinggi dan penjawat awam negeri.

Baginda turut berkenan menyempur-nakan istiadat pemeriksaan Kawalan Ke-hormat Utama Tentera Laut Di Raja Malay-sia (TLDM).

Istiadat turut diserikan dengan bacaan sajak ‘Pahlawanku’, tiupan ‘Last Post’ dan ‘Rouse’ sebagai simbolik kepada istiadat penghormatan.

Baginda turut berkenan berang-kat membalas tabik hormat diraja serta menurunkan tanda tangan buku pelawat sebelum istiadat tamat.

Sambutan Hari Pahlawan diadakan se-tiap tahun bagi memperingati perjuang-an pejuang negara dalam menuntut ke-merdekaan daripada penjajah.

DYMM Sultan Selangor cemar duli hadir istiadat

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menjadi peneraju kepada penghasilan Produksi Buku Audio yang bakal memberi manfaat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan di seluruh ne-geri.

Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, berkata iniasitif tersebut di-laksanakan bagi memastikan golo-ngan berkenaan tidak terlepas daripada mendapat askes pembacaan ilmu.

“Dalam konteks OKU penglihatan, inisiatif ini tentu sekali mengembirakan mereka,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pelaksa-naan sistem tersebut akan dilancarkan dalam tempoh terdekat selepas proses peralihan dan transkripsi kandungan pembacaan siap sepenuhnya.

“Kita memulakan inisiatif ini dalam Belanjawan Selangor yang lepas dan peluang ini digunakan untuk melakukan proses penterjemahan yang bermula se-belum ini.

“Saya percaya proses ini akan mem-beri kesan dan manfaat yang baik kepada golongan sasar pada masa depan,” kata-nya.

Mohamed Azmin ketika membentang-kan Belanjawan Negeri tahun ini mefokus-kan usaha terhadap pelaksanaan program tersebut dengan memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan penghasilannya.

Antara penterjemahan yang giat di-lakukan termasuk peralihan audio bagi karya Melayu klasik moden bertujuan membantu golongan OKU penglihatan berkongsi maklumat.

Selangor hasil Buku Audio mesra OKU

Semua bangsa dipeduliSHAH ALAM - Prinsip kesamarata-an tanpa perbandingan kaum men-jadi pegangan Kerajaan Selangor dalam aspek pembangunan belia dan kebajikan di seluruh negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari, berkata ketetapan itu diambil bagi memastikan rakyat Selangor menikmati hasil negeri secara adil.

“Kita tidak mengamalkan aspek perkauman khusus, namun setiap program dianjurkan mengambil kira segala aspek antaranya pro-gram gerak belia tempatan yang membabitkan semua golongan.

“Kerajaan Negeri juga terbuka mengambil maklum sebarang cadangan untuk diketengahkan dan sesuai dengan kehendak ma-syarakat yang diwakili mereka,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan kema-juan aspek kebajikan belia khusus-

nya dalam kalangan kaum India di seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Amirudin per-caya aspek pembangunan kaum India tetap menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dengan me-ngambil kira peranan digalas Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau.

“Program pembangunan dan pendidikan kaum India yang di-gerakkan beliau mampu mening-katkan taraf hidup dan sosial mo-biliti masyarakat India di Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri konsisten memastikan aspek pem-bangunan masyarakat India terus terjamin menerusi beberapa in-sentif dan manfaat jangka panjang kepada kaum itu.

Ia termasuk Skim Pembangun-an Usahawan Masyarakat India, Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah, bantuan perladangan dan pembangunan sekolah SRJK Tamil.

Hari Pahlawan Negeri

Page 8: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Utama8 SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Fokus pembangunan lestari

Pemangkin teknologi hijauOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Selangor menjadi penera-ju utama di Malaysia meneruskan komit-men pembangunan negeri berasaskan teknologi hijau.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali, berkata inisiatif itu digerakkan menerusi pelan tindakan teknologi hijau 2016-2018 terhadap penggunaan ken-deraan elektrik di seluruh negeri.

“Kita mahu memastikan teknologi hi-jau diperluaskan dan usaha mengurang-kan penggunaan karbon diberi tumpuan.

“Apa yang dilakukan ini adalah satu permulaan baik ke arah inisiatif meng-galakkan penggunaan teknologi terkini,” katanya pada Majlis Pelancaran Pelan Tin-dakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018 dan Pengecas Kenderaan Elek-trik (ChargEV) di perkarangan Bangunan Annex, pada 2 Ogos lalu.

Terdahulu, pelan tindakan itu dilak-sanakan untuk terus memastikan keseim-bangan pembangunan insan dan fizikal berasaskan pembangunan lestari diwu-judkan di negeri.

Usaha itu, sekali gus meletakkan Se-langor sebagai satu-satunya negeri yang menerapkan penggunakan kende- raan elektrik dengan penyediaan 53 unit pengecas kenderaan.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berka-ta, penggunaan teknologi hijau di Sela-ngor terus diperhebatkan.

Ia termasuk inisiatif penggunaan bas elektrik membabitkan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.

Fokus pembangunan Selangor Cyber ValleySHAH ALAM - Selangor Industrial Corpora-tion (SIC) terus fokus dalam merancakkan program pembangunan bernilai RM200 juta di Selangor Cyber Valley di Cyberjaya.

Pengarah Urusannya, Ir Zulkefli Khalid, berkata pihaknya kini menjalinkan kerjasa-ma dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk meningkatkan ke-mudahan fasiliti di kawasan pinggir bandar.

“Pembangunan Selangor Cyber Valley di bawah PKNS dimajukan menerusi projek pembangunan industri di kawasan itu de-ngan menyediakan bangunan perusahaan berteknologi terkini.

“Kemudahan ini dipergiat bagi menarik pelabur dari luar untuk datang ke Selangor menggunakan kemudahan dan prasarana terbaik disediakan SIC.

“Sehingga kini, perbelanjaan dengan penilaian harga tanah di Selangor Cyber Valley dianggarkan bernilai RM200 juta,” katanya pada Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Baru SIC di Vista Alam, Seksyen 14, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Pada masa sama, Zulkefli menyifatkan kompleks baru SIC lebih komprehensif un-tuk memainkan peranannya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri.

Terletak di Pusat Bandar Shah Alam, be-liau berkata, kompleks itu menyediakan kemudahan dan fasiliti kepada tenaga ker-janya.

“Ini bukan sekadar perpindahan biasa kerana penghijarahan ini menjadikan kami lebih fokus membantu Kerajaan Negeri merealisasikan dasar ekonomi,” katanya.

Tiada pengezonan Paya Indah WetlandsSHAH ALAM - Tiada sebarang penge-zonan kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974 milik Paya Indah Wetlands dilakukan sehingga kini, kata Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Beliau berkata, tanah berkeluasan 450.76 ekar itu diwartakan Jabatan Per-hilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998.

Katanya, satu Memorandum Persefa-haman (MoU) di antara Kerajaan Perseku-tan dan Kerajaan Negeri berkenaan pen-gurusan serta pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands turut ditandata-ngani pada 1 Ogos 2007.

“Sejak MoU ditandatangani, tiada se-barang permohonan menukar kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974.

“Lot selain daripada dua lot yang dise-but ini bukan Paya Indah Wetlands tetapi milikan persendirian,” katanya dalam si-dang media di Lobi Dewan Negeri Sela-ngor (DNS), pada 2 Ogos lalu.

Elizabeth berkata, Paya Indah Wetlands juga tidak tersenarai dalam Konvensyen Ramsyar.

“Kerajaan Negeri amat prihatin men-jaga status Paya Indah Wetlands kerana mempunyai daya tarikan 'eco-tourism' yang kuat,” katanya.

Kita mahu memastikan teknologi hijau diperluaskan dan usaha mengurangkan penggunaan karbon diberi tumpuan

MOHAMED AZMINMenteri Besar

Page 9: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Nasional9SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

PELAWAAN MEMBERI CADANGAN (RFP)PENYEDIA SERVIS PENGEDARAN AKHBAR UNTUK

COMMUNICATION CORPORATION SDN. BHD.

Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB) telah ditubuhkan pada 18 Februari 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat sepenuhnya Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI). CCSB berperanan sebagai media kepada kerajaan Negeri Selangor di samping menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor. Terdapat tiga produk utama syarikat iaitu Akhbar Selangor Kini, Portal Selangor Kini (Online) dan Web TV Selangor.

CCSB mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam proses Pelawaan Memberi Cadangan (RFP) sebagai penyedia servis pengedaran Akhbar Selangor Kini keluaran kerajaan negeri Selangor.

1. Proses RFP dibuka kepada pemohon-pemohon berdasarkan kriteria-kriteria berikut:- a. Pemohon-pemohon dengan modal saham berbayar berjumlah sekurang-kurangnya RM100 ribu ke atas. b. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan pengedaran akhbar sekurang-kurangnya 1 tahun (minima) secara kumulatif.

Set dokumen RFP yang lengkap dan ditandatangani oleh pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan dihantar ke alamat seperti di bawah sebelum 15 Ogos 2016:-

COMMUNICATION CORPORATION SDN BHDAras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites,No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13,

40100 Shah Alam, Selangor.

Tolak Akta 672

Inisiatif pintar selesai masalah sampahOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Projek perintis pengurusan sisa pepejal di Klang diyakini mampu membawa Se-langor selangkah keluar daripada belenggu masalah sampah.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah, berkata peng-gunaan 'alat pengesan' di kom-paktor dan penyelia di lapangan membolehkan proses pemantau-an dilakukan dengan lebih ketat.

Katanya, penduduk juga bo-leh menggunakan aplikasi iClean Selangor untuk membuat aduan atau menghubuni 'Command Centre' KDEB Waste Manage-

ment Sdn Bhd (KDEBWM)."Kita tidak memerlukan RM2.2

bilion untuk menguruskan ma-salah sampah di Selangor.

"Apa yang kita lakukan adalah memberdaya pihak berkaitan dan kita yakin keadaan akan bertam-bah baik dengan model baru ini.

"Kita ada solusi tersendiri," ka-tanya membidas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Terdahulu, Menteri Kesejahte-raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendak-wa kedegilan Selangor menggu-napakai Akta 672 membuatnya terlepas peruntukan tahunan berjumlah RM2.2 bilion.

Beliau berkata, masalah sam-pah Selangor juga berpunca dari-pada keengganan meneruskan perkhidmatan syarikat konsesi Alam Flora.

"Kita sudah bersabar dengan Alam Flora sejak 2008 sehingga 2011 dan ia ternyata tidak ber-baloi untuk negeri," bidas Fahmi.

Akta 672 merujuk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 bertu-juan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pem-bersihan awam.

Ia bermaksud menyenggara-kan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara bersampingan dengannya.

iClean selesai ��� aduan sampah sebulanSHAH ALAM - Hampir 900 aduan diselesaikan KDEB Waste Manage-ment Sdn Bhd (KDEBWM) dalam tempoh kurang sebulan meneru-si aplikasi iClean Selangor yang memudahkan penduduk mem-buat laporan berkenaan kutipan sisa pepejal.

Timbalan Pengarah Smart Sela-ngor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah, berkata penduduk berpuas hati terhadap pelaksanaan aplikasi itu, terutama dikemukakan berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat.

"Sehingga kini, 850 aduan diteri-ma dan semuanya berjaya disele-saikan dengan pengadu membuat

laporan lokasi sampah tidak dikutip menggunakan telefon pintar.

“Hanya rakam gambar foto sam-pah tidak dikutip dan aduan itu akan dikemukakan kepada pusat kawalan syarikat KDEB untuk men-yelesaikannya," katanya.

Fahmi berkata, aduan diterima akan diperiksa secara terperinci dan diselesaikan paling lama dalam tempoh empat hari.

Katanya, tempoh itu diletakkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) memandangkan KDEBWM masih kekurangan kemudahan pengangkutan.

"Semua lori diperuntukkan

untuk iClean Selangor akan siap menjelang pertengahan Ogos dan diyakini tempoh aduan dapat di-selesaikan kurang empat hari,” ka-tanya.

KDEB mula mengambil alih perkhidmatan pungutan sisa pe-pejal sejak 1 Julai, manakala aplikasi iClean Selangor diwujudkan, pada 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, aplikasi yang dimuat turun menggunakan An-droid Play Store hanya boleh di-gunapakai penduduk di kawasan Klang dan akan dilanjutkan ke ka-wasan lain secara berperingkat.

Pameran Smart Selangor dedah inisiatif pintarSHAH ALAM - Pelbagai produk dan aplikasi berteras teknologi pintar dipamerkan dalam pa-meran Smart Selangor anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di ruang legar bangunan SUK, di sini, bermula 1 hingga 3 Ogos lalu.

Pameran selama tiga hari itu mempamerkan sistem yang canggih ke arah persediaan Se-langor menjadi 'Smart State' yang pertama di Malaysia, bah-kan pangajuran itu membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri mengangkat gagasan Smart Se-langor ke arah inovatif dan ber-daya saing.

Ia adalah penganjuran kali kedua sempena Mesyuarat Persi-dangan Dewan Negeri Selangor selepas pertama kali diadakan di lokasi sama, pada 30 Mac hingga

1 April lalu. Inisiatif itu juga dilaksanakan

bagi membolehkan semua Ahli Dewan Negeri memperoleh mak-lumat lebih jelas berhubung hala tuju dan pembangunan produk berkonsepkan Smart Selangor.

Antara yang terlibat dalam pameran itu adalah empat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Ban-daraya Petaling Jaya, Majlis Per-bandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang memperlihatkan inisiatif pintar yang giat dibangunkan.

Selain itu, MBI, Universiti Se-langor, Celcom dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) tu-rut mempamerkan produk ma-sing-masing sempena pameran berkenaan.

Page 10: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

10Nasional

SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Halang pelaksanaan Akta MKN

Anwar fail permohonanOLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR - Penasihat Eko-nomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permoho-nan menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa, pada 1 Ogos lalu.

Permohonan dibuat menerusi peguam, N Surendran yang me-wakili Ketua Umum KEADILAN itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lum-pur, pada 2 Ogos lalu.

Surendran dalam sidang me-dia di Lobi Kompleks Mahkamah berkata, Anwar selaku plaintif menamakan Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatam Negara (MKN) sebagai defendan.

“Semalam (1 Ogos) adalah hari gelap buat Malaysia apabila ia mula dilaksanakan tetapi hari

ini (2 Ogos), Anwar tampil untuk menegakkan kembali demokrasi dalam negara,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pembang-kang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Lem-bah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Wan Azizah berkata, tindakan Anwar jelas membuktikan beliau adalah pemimpin yang mahu menegakkan demokrasi berlan-daskan Perlembagaan.

“Katakanlah mana-mana tem-pat diisytiharkan darurat tetapi tidak mendapat persetujuan atau pengetahuan Majlis Raja-Raja, ia menunjukkan sesuatu tidak kena.

“Dalam Perlembagaan, kita memerlukan Raja Berperlem-bagaan yang penting untuk ne-gara,” katanya.

Perhalusi saranan Majlis Raja-RajaSHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa menangguhkan pelaksanaan Akta Majlis Kesela-matan Negara (MKN) yang berkuatkuasa pada 1 Ogos lalu dan menyemak semula saranan Majlis Raja-Raja supaya ia diperhalusi.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam ke-nyataan bersama, berkata pelaksanaan akta itu hanya membawa Malaysia menuju ‘negara polis’ dan bersifat kuku besi.

Katanya, akta itu juga dipercayai merampas kuasa darurat Yang Dipertuan Agong menggam-barkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat terdesak.

"Ia memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan 'kawasan ke- selamatan' iaitu perintah berkurung kepada se-sebuah kawasan tanpa perlu mendapat perke-nan Agong.

“Akta MKN ini mencabul struktur asas Perlem-bagaan Persekutuan Malaysia dan jelas melang-kaui hak istimewa dan kuasa eksekutif Raja-raja Melayu,” kata kenyataan itu.

Selain itu, MKN juga menjadikan Perdana Menteri berkuasa penuh terhadap badan kera-jaan termasuk semua kementerian dan agensi termasuk pasukan tentera serta polis.

Akibat pemusatan kuasa Perdana Menteri ke atas ketenteraan, kawalan dan kawasan daru-rat, Akta MKN menimbulkan keraguan dalam pemisahan kuasa badan Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.

"Ia mampu menyebabkan wujudnya perlang-garan hak sewenang-wenangnya termasuk pe-nangkapan tanpa waran, penggeledahan, pe-nyitaan.

“Kebebasan rakyat untuk mendapatkan hak sivil mereka hanya terletak atas belas ihsan seorang Perdana Menteri – Najib Razak," katanya.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Pre-siden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Jangan biar ‘penjahat’ berkuasaBUKIT BERUNTUNG - Pengundi dige-sa menggunakan kuasa yang ada bagi menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hal ekoran mengekalkan BN menerajui Putrajaya menyebabkan pihak yang melakukan penyelewengan terus kekal berkuasa.

“Kamu ada kuasa. Kamu yang letak dia di atas. Kalau kamu tak suka, boleh turunkan dia ke bawah. Sampai pilihan raya nanti jangan pilih dia lagi. Jangan pilih Barisan (Nasional) lagi.

“Dah sampai masa lupakan Umno tak mengapa. Tak ada dosanya atau hu-kum wajib menjadi ahli Umno. Nak jadi (sertai) Parti Keadilan Rakyat (KEADI-LAN) boleh, atau sertai parti baru bila saya tubuhkan dengan Tun Mahathir (Mohamad) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru-cap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sentosa, pada 30 Julai lalu.

Muhyiddin berkata, kenyataan dalam ucapannya semasa berkem-pen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor juga sudah tidak re-

levan pada masa ini.“Dulu, di sini juga semasa saya

berkempen untuk P Kamalanathan, bila jumpa orang Melayu saya kata, mesti sokong kerana Umno menjadi teras. Kalau Umno kalah, hancur-lah masa depan orang Melayu. Saya berkata begitu kerana mahu Umno menang.

“Sekarang saya tidak boleh kem-pen untuk Umno kerana kalau Umno menang, kekallah ‘orang jahat’ itu di situ. Kita tak nak dia di situ, bukan dia sahaja tetapi parti dia juga kita dah tak nak,” katanya.

Wujudkan Kementerian Kepenggunaan berasingan - FOMCASHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOM-CA) menggesa Kerajaan Persekutuan mewujudkan Kementerian Kepeng-gunaan berasingan bagi mengelak-kan konflik kepentingan di antara peniaga dan pengguna.

Timbalan Presidennya, Mohd Yu-sof Abdul Rahman, berkata langkah itu bagi menjaga kepentingan peng-guna berbanding kepentingan pe-niaga dan perlindungan pengguna dirangkum dalam kemen-terian sama.

“Selain itu, kera-jaan hendaklah m e n g e k a l k a n Akta Kawalan Har-ga dan Antipenca-tutan 2011.

“Ia juga perlu diper-

kukuh bagi meningkatkan perlin-dungan pengguna daripada pe- niaga yang mengambil keuntungan secara berlebihan,” katanya dalam kenyataan.

Kedua resolusi berkenaan adalah antara 11 resolusi dipersetujui Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Gabungan FOMCA dalam Mesyuarat Persida-ngan Perwakilan FOMCA kali ke-40, baru-baru ini.

Persidangan turut menyaksikan Datuk Dr Marimuthu Na-

dason mengekalkan kedudukannya se-

bagai Presiden, Yusof (Timbalan Presiden) dan

Dato’ Paul Selva Raj (Setiausaha Agung).Yusof berkata, Akta

Persaingan 2010 juga perlu dikuat-kuasakan secara lebih agresif dan menyeluruh.

“Langkah ini mampu mewujud-kan pasaran bebas daripada tindakan manipulasi harga oleh peniaga.

“Ia seterusnya meningkatkan per-lindungan dan kesejahteraan peng-guna,” katanya.

Page 11: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

11SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Ekonomi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Gagasan Smart Se-langor diyakini mampu memba-wa negeri terkaya itu ke arah pen-tadbiran dan pengurusan lebih bersepadu serta menyeluruh.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA), Shah-rin Ahmad, berkata pembangu-nan berorientasikan ‘internet of things’ itu tidak terhad di kawasan bandar raya dan perbandaran sa-haja.

“Menariknya, cadangan pem-bangunan itu turut mengambil kira penduduk dan kawasan luar bandar.

“Jadi, kita di sini berkongsi pel-bagai maklumat dalam memban-tu mengemas kini apa yang diper-lukan untuk menjadikan Selangor sebagai Smart City,” katanya kepa-da SelangorKini.

Beliau ditemui ketika meng-

Gagasan Smart Selangor

Ke arah pentadbiran dan pengurusan bersepadu

Lab Fasa � tamat, idea peserta ditelitiSHAH ALAM - Lab Smart Sela-ngor Fasa 2 melabuhkan tirainya pada 28 Julai lalu sebelum bers-ambung dua minggu lagi meli-batkan syarikat swasta.

Ketua Jabatan Pengurusan Program di Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI), Mohamad Su-haimi Mohamad Tahir, berkata segala rumusan dan inisiatif Smart Selangor akan dibentang untuk penelitian pihak swasta.

“Kita akan lihat apa yang me-reka boleh tawarkan bersesuaian dengan keperluan Selangor menuju ‘Smart City’.

“Langkah ini penting sebelum kita merangka bajet dan perkara lain yang mungkin diperlukan Kerajaan Negeri sebelum proses memuktamadkan peruntukan bagi menjayakan inisiatif Smart Selangor pada 2017,” katanya ke-pada Selangor Kini.

Pada 27 Jun lalu, seramai 80

wakil agensi kerajaan menyertai Lab Smart Selangor Fasa 1 meli-batkan empat ‘domain’ Smart Selangor iaitu ‘Smart Waste Man-agement’, ‘Smart Governance’, ‘Smart Development’ dan ‘Smart Digital Infrastructure’.

Sementara Fasa 2 pula dimu-lakan pada 25 Julai lalu dengan penglibatan ketua jabatan dan agensi berkaitan Kerajaan Negeri.

Suhaimi berkata, setiap peser-ta memberikan kerjasama dan komitmen sangat baik sepanjang lab berlangsung.

“Terima kasih kepada peserta yang sangat responsif dan agresif memberi idea serta pandangan untuk Smart Selangor.

“Kami harap semangat ini berterusan kerana kami masih memerlukan ‘engagement’ mere-ka yang arif mengenai keperluan dan kekangan di peringkat akar umbi,” katanya.

hadiri Lab Smart Selangor Fasa Dua – ‘Smart Governance’ pada 27 Julai lalu.

Pada masa sama, Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Ne- geri (SUK), Fazlina Hashim, berkata pangkalan data menyeluruh perlu dipertimbangkan bagi melicinkan tadbir urus data.

“Seperti sekarang, ramai keliru fungsi antara Pejabat Tanah dan

Daerah serta pihak berkuasa tem-patan (PBT).

“Kalau boleh, perkara sebegini perlu bersifat ‘centralised’ untuk mempercepatkan sebarang uru-san,” katanya yang pernah bertu-gas di peringkat Kerajaan Perse-kutuan.

Pengarah Khidmat Penguru-san Majlis Perbandaran Klang (MPK), Helmey Abd Rashid, pula berkata ‘Smart Selangor’ beru-paya mewujudkan jaringan per-hubungan lebih interaktif di antara kerajaan tempatan dan komuniti.

“Kita mahu satu sumber yang boleh diakses untuk sama me-mantau ‘performance’ masing-masing.

“Penjawat awam juga harus lebih mesra dan jangan jadi ‘little Napoleon’ menggunakan kuasa menekan orang ramai yang ada-kala mempunyai persepsi salah berkenaan kerajaan,” katanya.

Shahrin Ahmad

Page 12: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

Album12 SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Album13SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menyampaikan sumbangan kepada orang asal di Kampung Air Kuning

ADN Kinrara, Ng Sze Han

menyampai-kan bantuan Food Stamp

kepada penduduk

memerlukan di DUN beliau

ADN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bhajan 2016

ADN Cempaka, Dato’ Iskandar Samad merasmikan Dewan Jkkk Kampung Pandan baru untuk kemudahan

ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei di jamuan hari raya anjuran Persatuan Penduduk Taman Impian Sutera 3

ADN Jeram, Amiruddin Setro

menyampaikan sumbangan

kepada anak yatim di Sekolah

Kebangsaan Jeram Batu 20

ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas kepada keluarga waris di DUN beliau

ADN Morib, Hasnul Baharuddin menyampaikan bantuan Skim mesra usia emas fasa 1 di DUN beliauADN Tmn Medan, Haniza Talha menziarahi pesakit tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Page 13: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

14Rencana

SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Sambut roh nenek moyang dari langit

Bon Odori miliki sejarah 6�� tahunOLEH SYASYA SUFIAN

Mengikut kepercayaan rakyat Jepun, Fes-tival Bon Odori adalah sambutan

tarian rakyat diadakan untuk menyambut roh nenek mo- yang mereka yang kononnya turun dari langit untuk mela-wat alam dunia pada perte-ngahan tahun.

Ia selalu disertai dengan nyanyian dan tarian serta ira-ma pukulan gendang, gong juga tiupan seruling serta memi-liki sejarah 600 tahun yang berasal daripada upacara Buddhis ‘Urabone’ iaitu menari untuk menyambut mendi-ang leluhur kembali.

Terdapat dua jenis Bon Odori iaitu ta- rian tradisional dilakukan selama ber-abad dan tarian rakyat yang berkembang selepas perang.

Tarian tradisional memiliki hubungan yang mendalam dengan adat etnik se-tempat. Bergantung pada daerah, mereka menari lagu, dram, seruling tradisional, Shamisen atau kombinasi keduanya.

Tarian rakyat pula lebih umum dan sering dilakukan dengan cara menari dalam lingkaran di sekitar Menara Yagu-ra selain gabungan muzik Ondo, bahkan ia juga dilakukan di taman dan halaman seperti yang sering kita lihat ketika festi-val yang diadakan di Malaysia, yang lebih fokus kepada hiburan serta tarian tradisi.

Malaysia antara negara yang menyam-butnya secara besar-besaran daripada kebanyakan masyarakat tidak kira kaum, bangsa dan agama.

Ia dianjurkan Tourism Selangor Sdn Bhd bersama Kelab Jepun Kuala Lumpur, Seko-

lah Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Je-pun dengan kerjasama Alumni Masyarakat Dasar Pandang ke Timur, Persatuan Gradu-an Jepun dari Malaysia dan Dewan Perda-gangan dan Industri Jepun di Malaysia.

Di Selangor, buat julung kalinya DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli merasmikan Festival Bon Odori yang gilang-gemilang untuk acara kali ke-40 yang turut dihadiri Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Pengurus Jawatankuasa Program, Akia Nishimura; Pengurus Besar Kelab Jepun Kuala Lumpur, Kenji Ohta; M&M Consoli-dated Resources Sdn Bhd, Mokoto Suzuki; Japanese Ambassador, Dr Makio Miya-gawa; Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan Pengurus Besar Tour-ism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Setiap tahun, festival itu mendapat sambutan yang hangat apabila meneri-ma lebih 45,000 pengunjung walaupun dalam keadaan hujan dan tahun ini ia di-laksanakan di Pusat Sukan Negara, Sek-

syen 21, Shah Alam.Kehadiran Sultan Selangor disambut

meriah pengunjung yang hadir. Sebagai simbolik perasmian, Sultan Sharafuddin mengetuk gendang bersama Kenji Ohta di-iringi Mohamed Azmin.

Perkukuh hubunganSelangor-Jepun

Elizabeth Wong berkata, festival itu di-adakan di Malaysia sebagai usaha untuk mempromosi selain mengukuhkan hubu-ngan budaya antara Malaysia dan Jepun dengan memberi peluang kepada pen-duduk tempatan merasai sendiri kepel-bagaian makanan, minuman, seni dan ta-rian negara matahari terbit itu.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usahasama dari Jepun apabila melibatkan pembangunan memandangkan di Sela-ngor sendiri terdapat banyak pelabur dari negera itu.

“Lihat saja kilang dan jenama di sini ba-

nyak dari Jepun kerana kita tahu teknolo-gi dan kemajuan negara itu menjadi satu inspirasi selain kebudayaan mereka yang menarik minat masyarakat kita tidak kira kaum,” katanya.

Beliau juga berharap kerjasama itu dapat dikekalkan dan ditambah baik bagi penduduk negeri itu untuk melihat pemba-ngunan yang mungkin dapat dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Jepun.

Sementara itu, Akia Nishimura men-zahirkan rasa bangga dengan sambutan hebat rakyat Malaysia terhadap acara itu dengan kehadiran ribuan penonton ke kompleks berkenaan.

“Kita gembira dan berbangga dengan kejayaan festival ini dengan kehadiran ra-mai penonton tidak hanya orang Jepun tetapi juga Malaysia untuk bersama me-nikmati kesenian dan muzik Jepun.

“Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan dengan bertukar seni budaya antara dua negara.

Pengunjung, Aya Yamashita, 34, berkata beliau tidak menyangka sambutan di Ma-laysia sangat meriah berbanding di nega-ranya sendiri.

“Ini kali pertama saya menyambut Bon Odori di Malaysia bersama rakan sekerja yang kebanyakannya berbangsa Melayu dan mereka sudi memakai pakai tradi-sional kami.

“Sebagai rakyat Jepun, saya juga amat berbesar hati apabila kebudayaan kami diterima masyarakat di sini,” katanya.

Bagi Said Hafizin, 24, festival itu juga pengalaman pertama beliau menyertai Bon Odori.

“Ini adalah satu peluang untuk kita mengenali budaya masyarakat Jepun de-ngan lebih dekat.

“Ini juga pertama kali saya memakai pakaian kimono semata-mata untuk tampil bertema di festival ini,” katanya.

Page 14: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

15SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Rencana

Di dalam Seminar Nasion-al Maqasid al-Shari’ah 2016 pada 28 Mei 2016 yang bertemakan ‘Fiqh

Demokrasi’ oleh Sheikh Prof Dr Abdul Rahman al-Kailani bertajuk ‘Kedaulatan Ilahi dan Permasala-han dalam Pelaksanaan dari Pers-pektif Maqasid al- Shari’ah’. Fokus utama kertas kerja itu ialah men-jawab beberapa persoalan pokok seperti apakah tujuan menerusi pelaksanakan perintah Allah?, adakah melaksanakan perintah Allah (dalam hal ehwal kenegara-an) bertembung dengan hak ma-nusia dalam legislatif dan perun-dangan?” dan lain-lain persoalan berkaitan.

Sheikh Prof Dr Abdul Rahman al-Kailani menyebut bahawa tu-juan utama kertas kerja beliau itu ialah untuk merawat persoa-lan bagaimana berinteraksi de-ngan isu ‘Kedaulatan Ilahi’ (atau lebih sinonim dengan sebutan al-Hakimiyyah di sisi Islamis) se-cara rasional dan menurut Maqa-sid Syariah. Salah faham akhirnya membawa kepada kesalahan dalam pelaksanaan sebagaimana terlihat pada sebahagian gerakan ekstremis Muslim. Demikian juga beliau menyatakan bahawa ker-tas kerja itu juga berhasrat menja- wab tuduhan sebahagian seku-laris yang mengukuhkan pan-dangan ekstremis Muslim apabila mereka berpandangan bertitik to-lak daripada kefahaman tentang kedaulatan Ilahi bahawa konsep negara menurut Islam itu ialah teokratik sebagaimana dalam se-jarah Eropah zaman pertengahan.

Berdasarkan tujuan pokok itu-

Perspektif Maqasid Syariah

Permasalahan dalam pelaksanaan

lah beliau telah menerangkan dalam kertas kerja dan ucapan beliau tentang sifat-sifat utama shari’ah dan tujuan-tujuan yang mahu dicapai menerusi kon-sep pemerintahan menurut Is-lam. Sebagai contoh, beliau me-negaskan aspek ‘melaksanakan maslahah dan menolak mafsadah’ sebagaimana terdapat erat dalam Maqasid Syariah. Menurutnya pemerintahan berdasarkan Islam itu bersifat maslahah dan hidayah bukannya kediktatoran dan pen-deritaan. Sifat maslahah dan hi-dayah itu berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan sebagaimana dijelaskan oleh banyak dalil.

Islam bersifat taghyir

Seterusnya beliau menerang-kan bahawa Islam itu bukan sema-ta-mata mengubah semua yang terdapat dalam masyarakat dan tamadun lain termasuk kebaikan menerusi nilai, pemikiran, adat dan sebagainya. Sebaliknya Islam itu bersifat taghyir. Taghyir yakni mengubah keburukan dan kero-sakan masyarakat dan mengekal-kan apa-apa kebaikan dari mana-mana bangsa dan tamadun. Inilah yang harus disedari oleh Muslim supaya mereka tidak sentiasa me-

nolak kebaikan dari mana-mana tamadun.

Selepas itu, beliau menegas-kan bahawa pelaksanaan syariah haruslah bersifat beransur-ansur (tadarruj) dan tidak mendadak sekali gus. Setelah mendatangkan pelbagai dalil yang menyokong hujah-hujahnya, beliau kemudi-annya menyebut tentang kepen- tingan memahami waqie atau re-aliti sebelum melaksanakan perin-tah-perintah syariah. Kefahaman yang baik terhadap realiti semasa juga perlu seiring dengan keba-rangkalian implikasi yang diper-oleh jika sesuatu dasar atau polisi dilaksanakan. Kefahaman tadarruj ini boleh mengelakkan pelaksa-naan yang semberono dan ber-dasarkan semangat semata-mata.

Seterusnya beliau juga me-nyebut bahawa pemerintahan menurut Islam tidak merampas hak manusia dalam mentadbir dan menggubal undang-undang. Bagi menjelaskan hal ini, beliau melakukan kritikan terhadap salah faham sebahagian Islamis berhubung hak-hak tuhan dan hak-hak manusia dalam pelak-sanaannya. Beliau memberikan contoh apabila Islam mening-galkan banyak isu kepada ijtihad manusia. Oleh itu, syari’ah me-

nyebut dan menegaskan prin-sip umum dan kaedah universal, namun pelaksanaannya terserah pada kreativiti dan kebijaksanaan manusia. Sebagai contoh konsep syura yang disebut umum, tetapi pelaksanaannya secara terperinci bersifat fleksibel demi maslahah manusia.

Sebelum menamatkan perbin-cangan, Sheikh Prof Dr Abdul Rahman al-Kailani menjelaskan kekaburan antara konsep al-Ha-kimiyyah (Kedaulatan Ilahi) dan Teokrasi. Menurutnya konsep te-okrasi sebagaimana difahami se-bahagian pihak bercanggah de-

ngan Islam. Hal tersebut kerana manusia bukan tuhan, tidak bersi-fat dengan sifat-sifat tuhan dan bukan pula jurucakap tuhan. Se-baliknya menurut Islam, manusia itu pelaksana kepada perintah Tu-han. Umatlah yang menjadi asas dalam pelaksanaan syariah.

Demikianlah ringkasan un-tuk buah-buah fikiran asas yang terdapat di dalam kertas kerja dan ucapan Sheikh Prof Dr Ab-dul Rahman al-Kailani di dalam Seminar Nasional Maqasid al-Shari’ah 2016 tersebut. Beliau menutup perbincangan dengan mencadangkan istilah lain untuk perkataan hakimiyyatullah ke-pada hakimiyyah al-insan fi zhill al-Shari’ah (Pentadbiran Manusia Menurut Perspektif Syariah) iaitu sebuah perbincangan tentang manusia dalam praktik-praktik berkaitan politik dan pentadbi-ran dari pelbagai dimensi ber-dasarkan rujukan syariah.

Ringkasan ucaptama oleh Sheikh Prof Dr Abdul Rahman al-Kailani ketika Seminar Nasional Maqa-sid al-Shari‘ah 2016 pada 28 Mei 2016. Ringkasan dibuat Penyelidik Pusat Kajian Maqasid Syariah Ins-titut Darul Ehsan (IDE), Marwan Bukhari Ab Hamid.

Islam itu bukan semata-mata mengubah semua yang terdapat dalam masyarakat dan tamadun laintermasuk kebaikan menerusi nilai, pemikiran, adat dan sebagainya. Sebaliknya Islam itu bersifat taghyir

Beliau melakukan kritikan terhadapsalah faham se-bahagian Islamis berhubung hak-hak tuhan dan hak-hak manusia dalam pelaksanaannya

Page 15: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

16Rencana

SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

‘Biarkan’ Rajnikanth membawa dimensi pemikiran penonton melihat bagaimana getirnya perjuangan masyarakat India

memperjuangkan hak kaum itu.Sengaja penulis menggunakan istilah

‘biarkan’ di awalnya kerana dialog berba-hasa Melayu itulah diungkapkan teraju utamanya, Rajinikanth atau nama sebenar-nya, Shivaji Rao Gaekwad dalam filem ini.

‘Biarkan’ menjadi semiotik dan perlam-bangan jelas bagaimana tenangnya teraju utama Kabali menyusun agenda dan per-caturan memastikan hak kaum India dibela.

Sesuatu yang bukan kelazimannya apa-bila stigma masyarakat terus menganggap kaum India menjadi sebagai bangsa lemah ketika zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Namun, tafsiran mengenainya diubah apabila penonton dipaparkan daripada sisi berbeza mengenai cabaran dan ge-tirnya transisi kaum India untuk tidak di-ketepikan.

Filem Tamil arahan PA Ranjith dengan produksi besar dari India ini mengangkat tema sosial yang sarat dengan kritikan ma-syarakat terhadap kaum itu.

Ia bukan sekadar deretan penceritaan kosong, namun Kabali bijak membawa emosi penonton tentang hubungan keke-luargaan yang jauh terpisah, sejak 25 ta-hun lalu.

Perpisahan itu berpunca daripada sabi-tan dakwaan kongsi gelap dan jenayah samseng melibatkan beberapa pertubu-han dan kumpulan gangster yang berkait dengannya.

Ketika kejadian masa lampau itu ber-laku, tragedi berlaku apabila isterinya

Kupas kritikan sosial kaum India

‘Biarkan’ Rajinikanth tampilkan magis Kabali

‘mati’ ditembak musuh-nya yang menyebabkan bayi dalam kandungan si isteri turut terkorban.

Plot penceritaan berubah apabila watak yang disangka ‘tiada’ akhirnya muncul dan menyatukan sebuah ke-luarga yang terpisah la-manya.

Tertumpu kepada loka-si pengambaran 90 pera-tus sepenuhnya di sekitar Kuala Lumpur dan Sela-ngor, filem ini selayaknya dijulang sebagai ‘rempah’ rakyat Malaysia.

Bercirikan latar belakang kehidupan masyarakat Ma-laysia, Kabali tidak betah menampakkan komposisi kehidupan rakyat Malaysia berbilang kaum ditambah penyertaan pelakon Malay-sia, Rosyam Nor dan Nor-man Hakim.

Namun, berlaku sedikit kecelaruan yang mengun-dang kritikan kaum India di Malaysia seolah-olah filem ini menampakkan transisi negatif kaum itu.

Misalnya berkait ‘yang kejam layak di-bunuh,’ dan ‘mati balasannya mati’. Na-mun, tafsiran terbabit seharusnya tidak diperbesarkan kerana masyarakat sewa-jarnya perlu lebih terbuka.

Bagaimanapun, kredit perlu diberikan kepada pengarahnya yang cukup berhati-hati menyusun setiap babak supaya kon-teks penceritaan tidak mengelirukan.

Walaupun wujud sedikit keluhan dari-

pada penonton kerana terpaksa berpanas punggung memahami penceritaannya yang terlalu berat untuk difahami, namun setidaknya penonton terus berfikir untuk lanjutan adegan seterusnya.

Elemen dialog kepelbagaian bangsa melibatkan kaum Melayu, Cina dan In-dia yang diterapkan dalam filem ini wajar dipuji.

Misalnya, masyarakat Cina tetap utuh menggunakan bahasa Mandarin dalam

bait dialog yang digunakan Winston Chao dan penggunaan dialog bahasa Melayu oleh pelakon tempatan.

Walaupun dialognya tidak sehebat filem lakonan Rajnikanth seperti filem Baashha, Sivaji The Boss dan juga Muth, namun rem-pah Kabali masih terasa pedasnya.

Kepelbagaian dialog inilah khususnya ungkapan ‘Magizhchi’ yang membawa maksud kegembiraan menjadi aspirasi penggerak keharmonian dan keunikan yang ditampilkan dalam filem berproduksi besar dari India ini.

Tidak dilupakan, elemen semiotik ‘ber-baju kot’ dan fizikal kemas watak Kabali menjadi perlambangan cukup jelas ba-hawa kaum India tidak selayaknya diukur mengikut kasta dan kedudukan.

Sememangnya, aura pelakon berusia 65 tahun ini menjadi ‘idola’ dan cerminan ke-pada kaum India yang cukup kaya dengan sentuhan magisnya.

Ditambah gaya dan personaliti Rajini-kanth dalam setiap filem lakonannya me-nonjolkan lagi persona pelakon paling ber-pengaruh dalam industri perfileman Tamil.

Tetapi sedikit membantutkan di peng-akhiran cerita apabila adegan akhir me-ranapkan sedikit kemahuan penonton untuk melihat penyudah kepada ‘happy ending’.

Kesimpulannya, filem ini layak diton-ton dan rasakanlah magisnya Rajinikanth dalam Kabali.

Gam

bar ihsan FB Kabali

Exco Pembangunan Generasi Muda, Amirudin Shari menyaksikan tayangan filem Ka-bali bersama komuniti Belia India Selangor di Summit USJ, pada 27 Julai lalu

Page 16: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

17SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Seni

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (PA-DAT) giat mendapatkan hak esklusif sembilan kelopak Bunga Tanjung mewakili identiti daerah di seluruh negeri.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata keperluan tersebut diambil bagi mengembalikan simbolik kepada identiti negeri.

“PADAT sedang berusaha mendapatkan hak esklusif corak Bunga Tanjung sembilan kelopak melalui permohonan kepada Per-badanan Harta Intelek Malaysia.

“Inisiatif ini dijalankan supaya simbol perlambangan ini dapat diaplikasi dalam produk kraftan-gan selain fabrik dan tekstil bagi membentuk identiti Selangor,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media ‘Tekat Gubah Bunga Tan-jung Terpanjang’ di Muzium Sul-tan Alam Shah, pada 28 Julai lalu.

Bunga Tanjung merupakan bunga rasmi negeri yang digu-nakan sejak zaman Kesultanan Selangor dan menjadi identiti rasmi golongan istana dan bang-sawan sejak dulu.

Bagaimanapun, simbolik ke-pada pengunaan tersebut sema-kin dilupakan dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya

golongan muda ekoran penga-ruh budaya luar khususnya.

Yunus berkata, identiti asal negeri sewajarnya diterapkan dalam kalangan muda menerusi pelbagai insiatif jangka panjang bagi memartabatkan industri warisan dan kesenian negeri.

“Untuk mencari sembilan kelopak bunga tanjung ketika ini agak sukar dan atas faktor itulah identiti ini perlu dikekal-kan sebagai elemen keseniaan negeri.

“Justeru kita mengharapkan identiti warisan keseniaan Se-langor menjadi nadi kepada simbolik warisan negeri dan ti-dak hanyut ditelan kemajuan zaman teknologi kini,” katanya.

SHAH ALAM - Lebih 20 kumpulan etnik orang asal dari tujuh negara akan menyertai Festival Orang Asal Antarabangsa Selangor 2016 kali kedua di Taman Botani Shah Alam, pada 6 dan 7 Ogos ini.

Pengurus Besar Tourism Selan-gor, Noorul Ashikin Mohd Din, ber-kata festival itu bertujuan mem-promosikan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan berteraskan kebudayaan dan ke-seniaan serta memperkenalkan suku kaum orang asal di negeri itu.

“Mungkin masih ramai di luar sana yang belum tahu bahawa Selangor sendiri mempunyai pel-bagai bilangan kaum orang asal yang sememangnya terkenal dengan budaya dan cara hidup masing-masing.

“Kami yakin ia mampu men-arik perhatian orang ramai un-tuk datang dan melihat sendiri

acara serta pengisian yang cuba disampaikan sepanjang acara itu berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media “Back To The Roots” Selangor International Indigenous Arts Festival 2016 di Taman Botani Shah Alam, pada 28 Julai lalu.

Pada masa sama, Noorul Ashi-kin berkata, festival itu akan membawa masyarakat mendeka-ti keindahan alam semula jadi se-lain didedahkan keunikan buda-ya masyarakat orang asal.

“Acara ini diharap dapat meny-erlahkan budaya dan cara hidup kehidupan mereka di samping mempelajari cara menjaga alam sekitar.

“Warisan, adat, seni dan buda-ya perlu dipelihara dan dihargai kerana semua itu adalah jati diri melambangkan identiti unik,” ka-tanya.

Hak esklusif 9 kelopak Bunga Tanjung

Lambang identiti Selangor

MBR iktiraf Tekat Gubah Bunga Tanjung Selangor

mampu meningkatkan lagi in-dustri kraftangan negeri.

“Catatan rekod ini merupakan usaha dan inisiatif PADAT mem-perkenalkan seni kraftangan dan warisan Melayu yang semakin di-lupakan khususnya warga muda.

“Ia adalah langkah awal bagi penganjuran Festival Kerajinan Tangan Negeri Selangor yang bakal diadakan pada masa de-pan,” katanya.

Berukuran sembilan meter panjang dengan tiga kali lebar (9X3), Tekat Gubah tersebut akan dipamerkan di AEON Mall Shah Alam bermula 26-31 Ogos depan.

Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali dijangka ha-dir menandatangani sijil Malay-sia Book Of Record bagi tujuan pengiktirafan tersebut.

Tekat Gubah merupakan se-jenis tekatan yang tidak meng-gunakan mempulur atau kertas dengan sulamannya menggu-nakan benang emas yang diikat dengan benang sutera merah un-tuk menghasilkan motif sulaman.

Penghasilannya melibatkan 31 individu dengan proses pembua-tannya bermula sejak 21 Mei lalu.

SHAH ALAM - Tekat Gubah Bun-ga Tanjung Selangor diiktiraf Ma-laysia Book Of Records (MBR) se-bagai Tekat Gubah Terpanjang di Malaysia.

Inisiatif pembuatan tersebut digerakkan Perbadanan Adat Me-layu dan Warisan Negeri (PADAT) menerusi usahama Persatuan Pa-kar Pembuatan Kraf dan Sulam Tangan Kuala Lumpur dan Selan-gor (SCHEME).

Menyambut baik usaha terse-but, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata inisiatif tersebut

Catatan rekod ini merupakan usaha dan inisiatif PADAT memperkenalkan seni kraftangan dan warisan Melayu yang semakin dilupakan khususnya warga muda

Sarat elemen budaya, dekati alam semulajadi

Page 17: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

18PBT

SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - PJ City Skuad menerima lima motosikal berkuasa elektrik sebagai jen-tera ronda barunya selaras agen-da bandar raya mampan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zin, berkata motosikal berkuasa elektrik yang mampu mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer (km) itu akan di-gunakan untuk mengawal lalu lintas di beberapa kawasan pen-tadbiran MBPJ.

Katanya, antara kegunaan lain adalah rondaan penguat-kuasaan, kawalan dan bantuan awal jika berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di ja-lan.

“Ia juga bertujuan melak-sanakan tugasan ‘multitasking’ seperti pemantauan iklan tanpa kebenaran, melaporkan aduan

kerosakan jalan dan membantu polis dengan melaporkan ke-jadian jenayah, kecurian atau ra-gut,” katanya.

Azizi berkata, kawasan yang akan diberikan tumpuan adalah Pusat Bandar Seksyen 52, Jalan Templer, Jalan Gasing, Jalan Se-langor, Jalan Persiaran Timur, Ja-lan Persiaran Barat dan Seksyen 8.

Pada masa sama, katanya, MBPJ akan menambah 20 unit motosikal elektrik terbabit ber-mula tahun depan.

“Tahun ini kita menggu-napakai peruntukan sedia ada untuk membeli lima unit mo-tosikal dengan RM18,000 seunit dan akan ditambah dari masa ke masa.

"Pelaksanaan inisiatif itu san-gat tepat melalui aplikasi sains alam sekitar yang amat diperlu-kan pada masa kini bagi menan-gani isu fenomena global," kat-anya.

Jentera ronda PJ City Skuad

Realisasi teknologi hijau Petaling Jaya

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Sela-ngor (MDKS) sedia menawarkan premis per-niagaan baru kepada peniaga tempatan, R Jayesury yang diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada projek pelebaran ja-lan di atas tapak perniagaannya.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan, ber-kata keputusan itu dibuat selaras keprihati-nan MDKS berkenaan status orang kelainan upaya (OKU) yang dimiliki suami beliau.

“MDKS pernah memberikan permit ba-ngunan sementara berukuran 10×10 kaki dan lesen perniagaan kepada R Jayesury un-tuk menjalankan perniagaan, pada 2010.

“Apabila kawasan itu diperlukan bagi kepentingan awam, maka pendudukan ta-nah kerajaan itu perlu dihentikan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, R Jayesury hadir menyerah-

kan memorandum kepada Pejabat Setiausa-ha Kerajaan Negeri membantah keputusan perpindahan itu.

R Jayesury memulakan perniagaannya di atas tapak bangunan laluan persekutuan B 54, Jalan Kuala Selangor sejak 2010 meneru-si permit lesen MDKS.

Bagaimanapun, Noraini berkata, permit itu dibatalkan selepas Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor menghantar notis perpindahan.

“Pembatalan permit bangunan semen-tara tertakluk di dalam syarat permohonan iaitu MDKS berhak menarik balik permit pe-niaga.

“Malah, MDKS juga berhak untuk mem-batalkan kelulusan permit bangunan se-mentara pada bila-bila masa tanpa seba-rang pembayaran ganti rugi,” katanya.

MDKS prihatin status OKU

SUBANG JAYA - Orang ramai disaran menggunakan kutipan bayaran mudah alih (mPOS) bagi melunaskan kompaun trafik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan cepat dan mudah.

Yang Dipertua MPSJ, Dato' Nor Hish-am Ahmad Dahlan, berkata walaupun ia diperkenalkan sejak tahun lalu, namun orang ramai masih tidak memanfaatkan-nya.

“Kaedah ini untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran kompaun trafik secara terus kepada penguatkuasa MPSJ yang bertugas di lapangan.

“Apabila seseorang dikenakan kom-paun trafik, mereka boleh membuat bayaran secara kad kredit atau kad debit terus kepada anggota penguatkuasa,” ka-tanya selepas mesyuarat penuh MPSJ, di

ibu pejabatnya, pada 27 Julai lalu.Hisham berkata, pelanggan juga boleh

mendapat bayaran pengurangan seperti dalam tempoh satu hingga 14 hari den-gan jumlah bayaran RM20.

“Pelanggan juga tidak perlu risau, bayaran secara mPOS adalah selamat dan akan diberikan resit sebagai bukti pem-bayaran.

“Saya menyarankan orang ramai me-manfaatkan perkhidmatan ini tanpa perlu ke kaunter ibu pejabat kerana ia lebih memudah dan menjimatkan masa,” katanya.

Terdapat empat kawasan komersial yang melaksanakan perkhidmatan itu, antaranya di Subang Jaya (USJ 9 dan 10), SS 15, Bandar Puteri Puchong dan Bandar Puchong Jaya.

Manfaat perkhidmatan mPOS

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan penu-runan kes demam denggi sebanyak 5,977 kes setakat minggu epid ke-28 ber-banding 6,666 kes pada tempoh sama, tahun lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata bagaimana-pun ketika ini kes demam denggi menunjukkan se-dikit peningkatan berban-ding epid ke-27 sebanyak 147 kes dan meningkat 176 kes pada epid ke-28.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

menjangkakan trend kes akan mening-kat pada epid berikutnya dengan pe-

rubahan cuaca panas dan lembab,” katanya pada si-dang mesyuarat penuh MPSJ yang lalu.

Nor Hisham berkata, Pe-jabat Daerah Petaling (PKD) juga akan membuat pe-nyusunan jadual kawalan mengikut keutamaan lokaliti hotspot.

“PKD juga akan melantik lima operator swasta bagi menambah bilangan kawalan di kawasan seliaan MPSJ," katanya.

Subang catat penurunan kes denggi

Page 18: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

19SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Bulatan 100 yang cukup sinonim dengan warga Klang menerima wajah baru setelah dijadikan kawasan an-gkat Gamuda GM Klang, baru-baru ini.

Inisiatif terbaru itu dicapai menerusi Majlis Menandata-ngani Penyerahan Bulatan 100 yang ditandatangani an-

tara Yang Dipertua Majlis Per-bandaran Klang (MPK), Dato' Mohamad Yasid Bidin dan Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok.

Yasid berkata, MPK sentia-sa terbuka memberi kerjasa-ma kepada mana-mana pihak yang berminat menaikkan imej Klang ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, pihak Majlis juga memberi kepercayaan penuh kepada GM Klang dalam melaksanakan inisiatif ter-babit.

“MPK memuji usaha GM Klang dan memberi keper-cayaan penuh kepada me-reka untuk menaikkan imej bulatan sekali gus kawasan sekitar,” katanya di Rumah Ter-buka Aidilfitri GM Klang, pada

30 Julai lalu.Pada masa sama, Yasid tu-

rut berharap kerjasama dari-pada pihak swasta lain un-tuk turut serta menyumbang bakti mencantikkan bandar Diraja itu.

“Jika usaha ini berjaya, saya berharap ada pihak lain yang turut serta menyumbang bakti bagi mencantikkan ban-dar ini,” katanya.

Wajah baru

Bulatan ��� Klang dinaik taraf

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) akan menjalankan Kempen Tembak Gagak 2016 selama dua minggu setiap Sabtu dan Ahad bermula Ogos ini.

Timbalan Datuk Bandarnya, Johary Anuar, berkata operasi bermula jam 6.30 pagi hingga 7.30 malam itu adalah sebaha-gian daripada usaha MBPJ me-ngurangkan populasi gagak.

Katanya, MBPJ menerima pelbagai aduan kacau ganggu gagak oleh orang awam setiap tahun termasuk masalah kesi-hatan dan pelbagai kekotoran di kawasan rumah, perniagaan dan kenderaan.

“Sebanyak 22 aduan diterima pada 2012, 28 aduan (2013), 33

aduan (2014), 30 aduan (2015) dan 12 aduan dari Januari hingga bulan ini.

“Masalah yang sering ditim-bulkan burung gagak ini adalah merosakkan bungkusan sampah, mengotorkan kawasan perseki-taran dan membawa kacau gang-gu kepada pengunjung tempat awam seperti taman permainan, taman rekreasi dan pasar malam,” katanya dalam sidang media, pada 27 Julai lalu.

Johary berkata, 5,162 gagak berjaya ditembak dan MBPJ membayar RM25,810 kepada 32 penembak, tahun lalu.

“Menerusi kempen itu, setiap ekor gagak dibayar RM5 oleh Ja-batan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ dan sera-

mai 38 peserta akan menyertai operasi kempen gagak itu nanti.

“Hanya peserta yang mempu-nyai lesen senjata api dan syarat tambahan memburu sahaja dibenarkan untuk menyertai ope-rasi ini seperti ditetapkan Ibu Pe-jabat Polis Kontinjen Selangor," ka-tanya.

Beliau berkata, peserta diingat-kan untuk tidak melepaskan tem-bakan di tempat awam seperti sekolah, masjid, gereja, kuil dan hospital.

“Ketika operasi berlangsung, akan berlaku gangguan bising ekoran bunyi tembakan sena-pang yang digunakan dan MBPJ berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dalam men-jayakan program ini,” katanya.

Tembak seekor gagak dapat RM�

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka dan Veteran 2016, di samping membantu golongan fakir miskin.

Yang Dipertua MPSJ, Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kejohanan sambil beramal itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan pentad-biran MPSJ dengan kerjasama Program Ke-miskinan Masyarakat Bandar (PKMB) dan Ja-batan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Peserta bagi ketegori terbuka akan dike-nakan yuran RM50 serta dua kampit beras, manakala kategori veteran juga RM50 untuk yuran penyertaan serta satu kampit beras berharga RM30.

“Ia adalah untuk program Amal PKMB, Home Help Service dan anak yatim,” kata-nya.

Program akan berlangsung di Kompleks 3K, SS13, di sini, pada 13 dan 14 Ogos ini.

Hisham berkata, penganjuran kejohanan itu juga bagi menggalakkan amalan hidup sihat, di samping memberi peluang dalam kalangan remaja, belia dan veteran melibat-kan diri dengan kegiatan sukan.

Sukan sambil beramal

Peserta bagi ketegori terbuka akan dikenakan yuran RM50 serta dua kampit beras, manakala kategori veteran juga RM50 untuk yuran penyertaan serta satu kampit beras berharga RM30

NOR HISHAM Yang Dipertua MPSJ

Page 19: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

20Pendidikan

SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri meneru-si Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan pinjaman pendidikan jangka panjang kepada anak negeri itu bagi sesi kedua 2016.

Pinjaman terbuka bagi lanjutan pe-ringkat pengajian sijil hingga ijazah per-tama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan diiktiraf kerajaan.

Tawaran juga terbuka kepada pemo-hon yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sijil di Politeknik atau Kolej Ko-muniti dengan kadar pinjaman RM4,000 hingga RM7,000 setahun.

Bagi pengajian ijazah pertama, pemo-hon mesti memperoleh kelayakan sijil tahun asas/ pra ijazah/ matrikulasi/ diplo-ma dengan kelulusan CGPA 2.5 ke atas.

Pemohon juga perlu memperoleh empat Gred C dalam Sijil Tinggi Pela-jaran Malaysia (STPM) atau lima kelu-lusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi

Agama Malaysia (STAM).Sementara pemohon pengajian diplo-

ma mesti mendapat lima kepujian di pe-ringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan sijil dengan kelulusan CGPA 2.5 ke atas.

Kelayakan di peringkat sijil (IPTA) pula menetapkan pemohon mesti mendapat empat kepujian di peringkat SPM dan tiga kepujian di peringkat SPM bagi pe-ngajian Sijil (IPTS).

Syarat lain, pemohon belum meneri-ma sebarang penajaan daripada penaja lain, tidak bekerja dan mengikuti penga-jian sepenuh masa.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang TKWBNS, http://tkwbns.selangor.gov.my, sebelum 30 Ogos ini.

Hanya permohonan berjaya akan di-panggil untuk sesi temu duga dan di-tawarkan pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri Selangor jika layak.

Panggilan sesi temu duga dan keputu-san permohonan boleh disemak meneru-si http://tkwbns.selangor.gov.my.

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)

Tawar pinjaman pendidikan

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGORSesi Kedua Tahun 2016

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2016 bermula 1 Ogos (Isnin)

SYARAT - SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

PERKARA KETERANGAN

KELAHIRAN

PERINGKAT PENGAJIAN

PENAJAAN

PENCAPAIAN AKADEMIK

TAHUN PENGAJIAN

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik

Ijazah Pertama

Diploma

Sijil (IPTA)

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIANTawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti/ IPTS tempatan (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan)

KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKANKadar Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan

PROSEDUR PERMOHONANPermohonan adalah secara online sahaja. Sila layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

- Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.- Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor- Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui web rasmi Pinjaman

Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos 2016 (Selasa)

lPEMOHON lahir di Negeri Selangor; atau lIBU atau BAPA lahir di Negeri Selangor; atau lPemohon telah BERMASTAUTIN lebih dari lima (5) tahun di Negeri

Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

lPemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil - sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)

lPemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja

lPemohon TIDAK BEKERJA dan tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap

lPemohon yang memperolehi PENCAPAIAN AKADEMIK yang baik akan diberi keutamaan.

lPemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.

lMemperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

lMemperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

lMemperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

lMemperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

lMemperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

lMemperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

lMemperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;

Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun)Ijazah Perubatan RM7,000Ijazah (Lain-lain) RM6,500Diploma RM4,900Sijil RM4,000

Di sini lahirnya Da’i, Ulama dan UmaraSHAH ALAM -Sejajar dengan iltizam menjunjung tradisi kecemerlangan ilmu dan mendokong agenda pendidikan Is-lam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) komited mencapai ga-gasan sebuah universiti lengkap dengan program pengajian akademik berteras-kan tauhid bersesuai keperlu-an fizikal dan zaman.

Timbalan Pendaf-tarnya, Halim Mohtar, ber-kata misi besar KUIS itu didokong saf pensyarah dan warga kerja ber-jiwa mudarris, mu`allim, muaddib dan murabbi yang mengutamakan kon-sep penguasaan ilmu sebagai prinsip asas di dalam pendidikannya.

"KUIS tetap mengekalkan objektif awal penubuhan melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat, membangun-kan dan mengembangkan ilmu pengeta-huan Islam.

"Selain itu, KUIS juga berperanan me-nyediakan alternatif lanjutan pengajian ke peringkat tinggi untuk pelajar lulusan SPM, STAM, STPM dan diploma," katanya dalam kenyataan kepada SelangorKini.

KUIS kini mempunyai 9,350 maha-siswa merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunika-si, dan teknologi maklumat yang berdaya

saing menyelusuri dunia globalisasi. Sebanyak 51 program pengajian di-

tawarkan di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah yang memenuhi perakuan Agen-si Kelayakan Malaysia (MQA).

Dengan kemudahan pengajiannya kondusif, KUIS turut mengutama-

kan program pembangu-nan sahsiah holistik, prinsip persekitaran (bi’ah) solehah, dan program khidmat um-mah ke arah melahirkan war-ga KUIS berakhlak terpuji demi pembentukan negara Baldatun Tayyibatul Wa Rab-

bul Ghaffor."KUIS secara tuntas meletak-

kan mahasiswa sebagai 'agent of change' menjadi aset berharga negara dan pela-pis generasi pemimpin masa depan.

"Justeru, mahasiswa dibekalkan de-ngan ilmu dan kemahiran dalam mela-hirkan mahasiswa dinamik, berdaya sa-ing dan berjiwa besar," katanya.

Pada 13 Ogos ini, KUIS akan merai-kan Da’i, Ulama dan Umara kelahirannya dalam Majlis Konvokesyen KUIS ke-19 dengan 1,006 graduan akan menerima ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma.

Kini, KUIS melahirkan seramai 15,179 alumni yang berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara di peringkat nasional juga antarabangsa.

Page 20: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

21SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Agama

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Ancaman mili-tan Islamic State (IS) memer-lukan penguatkuasaan dan perhatian ketat di peringkat Kerajaan Persekutuan ekoran membabitkan keselamatan negara.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pem-bangunan Desa dan Kampung

Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri bagaimanapun tetap mengam-bil langkah tertentu menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

“Kita memandang serius isu ini dan sebab itu usaha mem-perkukuhkan ajaran Ahli Sun-nah Wal Jamaah (ASWJ) serta membanteras ajaran sesat ter-

us ditingkatkan.“Kerajaan Negeri juga menge-

luarkan fatwa pada Februari lalu mengharamkan kumpulan mili-tan itu,” katanya menjawab soa-lan lisan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) semasa sidang Dewan Negeri Selangor, pada 1 Ogos lalu.

Ahmad Yunus berkata, kon-sep jihad sebenar turut di-perjelas menerusi siri khutbah

Jumaat di seluruh negeri bagi mengelak kekeliruan dalam ka-langan rakyat.

“Kita juga jelaskan berke-naan fatwa termasuk peng-haraman kumpulan militan ini di masjid dan surau seluruh Se-langor.

“Kita harap usaha ini dapat meningkatkan kesedaran se-terusnya mengelak rakyat dari-pada kegiatan itu,” katanya.

Ancam keselamatan negara

IS perlu kawalan ketat

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi peluang ke-pada orang awam menyertai kursus pra perkahwinan dan kekeluargaan, pada 27 dan 28 Ogos ini.

Kursus anjuran Pejabat Agama Is-lam Daerah dan Bahagian Perundan-gan Keluarga itu dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepa-da bakal suami dan isteri, sebelum mendirikan rumah tangga.

Program itu juga diwujudkan bagi memberi panduan kepada pasangan muda menikmati alam perkahwinan mengikut tuntutan syarak.

Inisiatif terbabit digerakkan seb-agai usaha mengurangkan isu rumah tangga membabitkan pasangan muda di Selangor.

Kursus itu mengikut Modul Berse-padu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) disediakan Jabatan Kema-juan Islam Malaysia (JAKIM) dan ter-buka kepada masyarakat seluruh neg-eri.

Orang awam yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman se-sawang JAIS atau terus ke Tingkat 4

Rebut peluang sertai kursus pra perkahwinan JAIS

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Se-langor (LZS) menghulurkan ban-tuan segera RM500 kepada mang-sa kebakaran di Lorong Bidara 5, Saujana Utama, pada 28 Julai lalu.

Sejurus menerima berita, LZS bersama Penghulu Mukim Api-Api, Ijok, Husain Idris hadir me-nyampaikan bantuan.

“Bantuan segera itu dihulur-

kan bagi meringankan beban mangsa dan baki bantuan akan diproses selepas ini,” katanya menerusi laman Facebook LZS.

Kejadian kebakaran dilaporkan berpunca daripada litar pintas.

Bagaimanapun, semasa keba-karan, anak-anak mangsa sempat berlari keluar menyelamatkan diri.

LZS pantas bantu mangsa kebakaran

Pengajian sijil Masjid Negeri tangguh seminggu SHAH ALAM - Pengajian per-ingkat sijil dan kelas ilmu di Masjid Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah ditangguhkan untuk tempoh seminggu.

Penangguhan dibuat susu-lan kejadian kebakaran di se-buah bilik kuliah Masjid Negeri itu, pada 29 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan masjid ke-tika dihubungi SelangorKini

menerusi Facebook, sebentar tadi.

"Pengajian bersijil cuti buat sementara waktu. Jika ada penambahan cuti, pihak mas-jid akan memaklumkan perka-ra itu kemudian," katanya.

Pada masa sama, pihaknya memaklumkan tempat penga-jian baru masih belum diputus-kan pengurusan Masjid Negeri.

Sebelum ini, bilik kuliah

berkeluasan 54 meter per-segi di tingkat bawah masjid hangus dijilat api sebaik saha-ja jemaah selesai menunaikan solat jumaat di masjid berke-naan.

Dalam kejadian itu, tiada ke-malangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta nilai kerugian kejadian masih dalam siasatan.

Menara Selatan, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS dengan yuran pendaftaran RM80 setiap seorang.

Sebarang pertanyaan, sila hubun-

gi 03-55143470 (Puan Shahadah) / 03-55143473 (Encik Nurul Hisam) / 03-55143595 (Puan Latifah/ Puan Ha-num).

WAKTU SOLAT SELANGOR5 -12 Ogos 2016

2 -9 Zulkaedah 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

05 Jumaat 5.42 5:52 7.11 1:22 4:42 7:29 8:4106 Sabtu 5.42 5:52 7.11 1:22 4:41 7:29 8:4107 Ahad 5.42 5:52 7.11 1:22 4:41 7:29 8:4108 Isnin 5.42 5:52 7.11 1:22 4:40 7:28 8:4009 Selasa 5.42 5:52 7.11 1:21 4:40 7:28 8:4010 Rabu 5.42 5:52 7.11 1:21 4:40 7:28 8:4011 Khamis 5.43 5:53 7.11 1:21 4:39 7:28 8:3912 Jumaat 5.43 5:53 7.11 1:21 4:38 7:27 8:39

05 Jumaat 5.44 5:54 7:14 1:24 4:44 7:31 8:4306 Sabtu 5.44 5:54 7:14 1:24 4:43 7:31 8:4307 Ahad 5.44 5:54 7:14 1:24 4:43 7:31 8:4308 Isnin 5.44 5:54 7:14 1:24 4:42 7:30 8:4209 Selasa 5.44 5:54 7:14 1:23 4:42 7:30 8:4210 Rabu 5.44 5:54 7:14 1:23 4:41 7:30 8:4211 Khamis 5.44 5:54 7:14 1:23 4:41 7:30 8:4112 Jumaat 5.45 5:55 7:13 1:23 4:40 7:29 8:41

Kita memandang serius isu ini dan sebab itu usaha memperkukuhkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) serta membanteras ajaran sesat terus ditingkatkan

DR AHMAD YUNUSExco Hal Ehwal Agama

Page 21: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

22Wanita

SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

KENYATAAN TENDER

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 03 hb Ogos 2016 hingga 23 hb Ogos 2016 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 23 hb Ogos 2016.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN

BIDANG

HARGA DOKUMEN

1. MP Sepang 400-10/12-58/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sebahagian Jalan Persiapan APEC, Cyberjaya Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

CIDB, SPKK,G4 CE21 &

(UPEN)RM150.00

2. MP Sepang 400-10/12-59/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan PP2/1, PP2/3, PP2/4 DAN PP2/5 Dan Lorong Belakang Serta Tepi, Taman Putra Prima, Puchong Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

3. MP Sepang 400-10/12-60/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Industri Mas 2, 4, 5, 6, 7, 8, 9 Dan Lorong Belakang Serta Tepi Jalan Industri Mas 2, Taman Industri Mas, Puchong Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

4. MP Sepang 400-10/12-61/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sebahagian Jalan Persiaran Multimedia, Cyberjaya Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

5. MP Sepang 400-10/12-62/2016 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Desaria, Pulau Meranti, Puchong Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

CIDB, SPKK,G3 CE21 &

(UPEN)

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi kerja-kerja berikut :

Fast Track terbukti berkesanJAKESS proaktif tangani kes cerai

OLEH FADHLINA SIDDIQ

Mutakhir ini, Jabatan Ke-hakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) mem-

perkenalkan sistem dan kaedah perceraian yang sangat proaktif dalam menangani isu perceraian dalam kalangan umat Islam di Se-langor.

Perceraian secara Fast Track

dalam tempoh enam jam adalah di antara medium yang diperke-nalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses per-ceraian dengan syarat kedua-dua belah pihak bersetuju untuk bercerai secara baik. Sistem ini diperkenalkan bagi memboleh-kan pihak yang bersetuju untuk bercerai secara baik dapat mem-percepatkan proses perceraian

masing-masing untuk mengelak-kan kemudharatan yang lebih panjang.

Tidak terhenti setakat Fast Track sahaja, perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Kleuarga Islam Negeri Selangor 2003 juga mengambil pendekatan pelantikan wakil di Jawatankuasa Pendamai untuk pelantikan wakil pihak-pihak bagi membincangkan proses mengis-lahkan perkahwinan pihak-pihak melalui proses di Jabatan Agama Islam daerah.

Jika masih gagal didamaikan, pihak-pihak boleh meneruskan permohonan untuk penyelesa-ian menerusi Kaedah Hakam. Pelantikan wakil hakam pihak-pihak adalah proses yang sangat efektif kerana di peringkat ini pi-hak-pihak bersetuju untuk meny-erahkan kuasa cerai kepada wakil hakam amsing-masing. Ini ber-makna sekiranya hakam suami bersetuju untuk menceraikan is-teri, maka lafaz cerai akan dibuat oleh hakam suami. Sebaliknya jika kedua-dua hakam bersetuju perceraian dibuat menerusi te-bus talak, maka hakam isteri akan

membuat tawaran tebus talak terbabit.

Pelaksanaan kaedah per-ceraian secara Fast Track, pelan-tikan wakil Jawatankuasa Penda-mai dan Kaedah Hakam ternyata sangat baik dan lebih efektif khu-susnya dalam menangani kes ter-tangguh dan penyelesaian bagi wanita yang mengadu mereka digantung tidak bertali. Prosiding ini adalah paling ringkas, efisyen, menjimatkan masa dan tenaga serta kos pihak-pihak. Berban-ding dengan lain-lain tuntutan seperti fasakh dan taklik yang mengambil masa agak lama un-tuk tempoh perbicaraan.

Namun demikian, Helwa ABIM mendapati bahawa tahap literasi undang-undang syariah dalam kalangan orang awam khusus-nya wanita di Selangor ini ma-sih rendah. Masih ramai wanita tidak tahu tentang kaedah yang disebutkan di atas. Maklumat ini adalah berdasarkan respon awam ketika program literasi

Program PWB tiada hadSHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak mengehadkan sebarang bentuk pro-gram pembangunan wanita yang dilak-sanakan di setiap DUN menerusi gerak kerja Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, ber-kata penyelia PWB diberi tanggung-jawab menguruskan perbelanjaan program PWB di setiap DUN.

“Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM30,000 kepada 56 Dun di Se-langor dengan peruntukan keseluruhan RM1.6 juta kepada PWB untuk program pembangunan wanita.

“Namun, kita tidak mengehadkan ke-pada penyelia PWB di setiap DUN untuk laksanakan program pembedayaan yang memberi tumpuan kepada golongan ini.

“Bagaimanapun, kita mengehadkan penggunaan maksima RM2,500 untuk

program PWB di setiap DUN kerana ia berskala kecil,” katanya.

Daroyah berkata, PWB memberi tum-puan kepada model pembangunan

wanita seluruh DUN sebagai inisiatif Kerajaan Negeri

memastikan golongan wanita terus berdaya saing.

“Program ini ter-tumpu kepada seki-

tar 30 hingga 50 wani-ta supaya kita boleh

fokus kepada usaha untuk merancakkan program wanita

di peringkat DUN,” katanya.PWB adalah landasan atau pengan-

juran aktiviti berkaitan pendidikan sosial kepada golongan wanita meningkatkan kemahiran dan jati diri.

Sebelum ini, salah satu komponen terpenting gagasan Smart Selangor diu-mumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali antaranya untuk terus merancakkan lagi inisiatif pembangunan wanita di seluruh negeri.

undang-undang syariah yang di-laksanakan Helwa ABIM di daerah sekitar Selangor.

Helwa ABIM sangat komited melaksanakan program yang bersifat literasi undang-undang syariah bagi tujuan mendidik ma-syarakat berkaitan hak mereka di Mahkamah Syariah. Program ke-sedaran dan pencerahan tentang undang-undang syariah dalam kalangan masyarakat mesti terus dilaksanakan bagi memastikan undang-undang syariah dimarta-batkan dan keadilan untuk pihak-pihak ditegakkan dengan sewa-jarnya mengikut undang-undang dan syariat.

*Fadhlina Siddiq adalah Naib Pre-siden ABIM merangkap aktivis un-dang-undang syariah

Pelaksanaan kaedah perceraian secara Fast Track, pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai dan Kaedah Hakam ternyata sangat baik dan lebih efektif khususnya dalam menangani kes tertangguh dan penyelesaian bagi wanita yang mengadu mereka digantung tidak bertali

Page 22: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

23SelangorKini 5 - 12 Ogos 2016

Sukan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kejayaan manis atlet Selangor pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) men-jadi titik permulaan kepada at-let untuk bergerak maju sekali gus memperoleh kejayaan lebih besar.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Shara-fuddin Idris Shah bertitah, atlet muda perlu terus konsisten dan berdisplin dalam menjalani lati-han ditetapkan.

“Beta ucapkan tahniah atas usaha gigih yang anda lakukan, kamu melakukannya dengan cukup baik. Beta berbangga de-ngan penglibatan semua atlet dan pegawai.

“Namun, kejayaan ini hanya permulaan kerana dengan usia masih muda, teruslah memberi tumpuan dan mengekalkan di-siplin untuk menjadikan kamu lebih hebat,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda tu-rut menitahkan supaya atlet ti-dak berputus asa dan optimis menonjolkan prestasi persem-bahan terbaik dalam setiap kejo-hanan disertai.

“Jangan mudah berputus asa kerana apa yang membeza-kan seorang atlet dengan juara adalah kemampuan individu itu untuk terus mempamerkan ke-mampuan diri.

“Beta berharap dengan ke-johanan SUKMA ini, setiap atlet akan lebih terbuka mengenali kenalan baru untuk lebih ber-daya saing dalam sukan yang diceburi.

“Semoga kamu terus menik-mati kejayaan ini pada masa akan datang,” titah baginda.

Kontinjen Selangor menamatkan misi #TEKADJUARA kejo-hanan Sukma apabi-la muncul juara dengan mem-bawa pulang 59 emas, 73 perak dan 62 gangsa.

P e r s e m -bahan terbaik kontinjen Selangor di-catatkan menerusi su-kan renang dengan kutipan 20 pingat emas.

KUCHING - Konsep 2I yang menekankan pelan pembangu-nan sukan untuk tempoh lima tahun bakal meletakkan Selan-gor sebagai peneraju kecemerla-ngan sukan di negara ini.

Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata pro-gram dijalankan melalui Majlis

Sukan Negeri Selangor (MSNS) itu se-

j a j a r

KUCHING - Kecemerlangan dicatat dalam kebanyakan acara memberi kele-bihan buat kontinjen Selangor sehingga berjaya muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 2016, kali ini.

Kontinjen Merah Kuning berjaya men-gumpul 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa dalam edisi sukan dwi tahunan itu untuk meraih kejuaraan buat kali kesembilan.

Catatan 59 emas adalah yang terbaik di luar Selangor sejak kejohanan ini ber-mula pada 1986 dengan pungutan 80 emas pernah dicapai ketika bertindak se-laku tuan rumah pada 1998.

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) meletakkan sasaran 48 emas dan meny-enaraikan 432 atlet dalam penyertaan 24 acara dipertandingkan pada temasya ber-langsung, pada 22 hingga 31 Julai lalu.

Sasaran terbabit dilihat realistik dan

tidak mendatangkan beban kepada atlet apabila kejayaan melepasinya dengan angka tinggi membanggakan semua dalam kontinjen berkenaan.

Beberapa acara menepati sasaran se-lain mengatasi pencapaian pada edisi se-belumnya seperti renang, olahraga, tenis, pencak silat, badminton dan angkat berat.

Renang mengetuai kutipan dengan 20 emas turut mencipta tujuh rekod baru Sukma di mana lima daripadanya meme-cahkan rekod sendiri diikuti memanah (dua).

Memanah dan menembak juga me-nyamai satu rekod lama dalam acara ma-sing-masing.

Slogan pasukan “Smart Selangor Tekad Juara” juga memainkan peranan ke arah meniup semangat pegawai dan atlet dalam kejohanan berkenaan.

KUANTAN - Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan sekadar melambai ta-ngan dan melemparkan senyuman se-bagai reaksi kepada petugas media yang menantinya sejurus perlawanan an-tara Pahang dan Selangor tamat, pada 30 Julai lalu.

Beliau terus beredar mening-galkan perkarangan stadium bersama kumpulan pemain dan petugas menaiki bas ke ho-tel tanpa mengulas prestasi anak buahnya yang tewas buat pertama kali dalam aksi peringkat Kumpulan B, TM Piala Malaysia.

Ketua Pasukan The Red Giants, Mohd Razman Roslan yang ditemui Selangor-Kini sejurus tamat perlawanan mengakui kecewa dengan kekalahan itu dan me-nyeru rakan sepasukan bangkit mem-perbaiki kelemahan.

“Pemain perlu fokus dan tahu tang-gungjawab untuk pasukan kerana bukan mudah bermain untuk Selangor.

“Kita perlu beraksi lebih baik dan memperbetulkan kesilapan dalam

perlawanan seterusnya,” kata-nya.

Katanya, Selangor perlu bangkit segera untuk perla-wanan seterusnya selain be-

ranggapan jadual padat adalah perkara kedua kerana semua pa-

sukan berhadapan situasi sama.Dalam aksi di Stadium Darul Makmur,

Pahang berjaya menewaskan Selangor 1-0 menerusi jaringan tunggal Matthew Thomas Davies pada minit ke-31.

Perlawanan seterusnya, Selangor bakal berkunjung ke Kuala Terengganu bagi berdepan saingan Terengganu T-Team dalam aksi Liga Super.

Konsisten jalani latihan

Tingkat prestasi atlet - Raja Muda

Cemerlang dan konsisten kunci kejayaan Selangor

‘�I’ peneraju kecemerlangan sukan Selangor

Red Giants perlu baiki kesilapan

kemahuan Kerajaan Negeri un-tuk menjadikan Selangor seb-agai ‘Smart State’ dalam bidang sukan.

“Berpandukan konsep ini, MSNS akan mengaktifkan Maj-lis Sukan Daerah (MSD) dengan meluaskan pembangunan su-kan secara menyeluruh ke setiap daerah dalam Selangor,” katanya selepas majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 2016 di Stadium Sarawak, di sini, 31 Julai lalu.

Pelan pembangunan sukan bagi 2016 hingga 2020 dengan konsep 2I itu adalah   Incorpo-rate And Integrate iaitu memak-simumkan sumber dengan kos

efektif ke arah satu objektif, Se-langor peneraju kecemerlangan sukan serta   Incorporating The Stakeholders And Intergrating Programs .

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk me-

naik taraf kemudahan sukan bagi memberi keselesaan antaranya pusat latihan gimnastik artistik, boling padang, memanah, la-wan pedang, gimrama dan sukan tempur.

Katanya, sebuah gimnasium latihan renang (dry gym) di Pusat Akuatik Darul Ehsan juga akan di-bina sebagai imbuhan khas kepa-da pasukan renang yang berjaya membawa 20 emas, 15 perak dan sembilan gangsa.

“Pembangunan sukan ti-dak hanya tertumpu kepada Sukma sahaja, malah MSNS men-gambil insiatif membangunkan sukan popular negara iaitu bola sepak dengan menubuhkan aka-demik bola sepak.

“Buat masa ini, MSNS sedang berbincang dengan beberapa kelab bola sepak luar negara un-tuk menjalin kolaborasi supaya pendekatan akademik ini dapat dijalankan secara professional,” katanya.

Page 23: BOOK Selangorkini 5 – 12 Ogos 2016

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Kontinjen JumlahE P G

Selangor 59 73 62 194

Sarawak 57 40 57 154

Terengganu 45 40 40 125

W.Persekutuan 39 42 40 121

Pahang 29 24 21 74

P. Pinang 25 11 28 64

Sabah 21 37 28 96

Johor 18 25 29 72

Melaka 18 11 28 57

N.Sembilan 17 10 29 56

Kedah 14 10 22 46

Perak 11 25 23 69

Kelantan 9 10 12 31

Perlis 9 7 14 30

Brunei 0 1 3 4

PUNGUTAN PINGAT SUKMA XVIII SARAWAK 2016

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING - Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 2016 di sini, den-gan kutipan pingat 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Dalam temasya sukan itu, kon-tinjen Merah Kuning berjaya men-gatasi tuan rumah, Sarawak, di tempat kedua hasil pungutan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa ser-ta Terengganu (ketiga) (47 emas, 42 perak, 44 gangsa).

Ketua Kontinjen, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh, berkata kejay-aan Selangor meraih pungutan pingat dengan jumlah tinggi me-lepasi sasaran adalah hasil kerja keras semua pihak dalam mereal-isasikannya.

“Dalam sukan ini sama ada kita muncul juara atau mendapat emas dan saya bersyukur kita ber-jaya mendapat 59 emas dengan mengatasi 48 emas disasarkan.

“Kita berjaya mencapai kejay-aan ini adalah hasil kerjasama semua serta sesi latihan dijalani atlet dipraktikkan dengan baik,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, semangat ke-

sukanan tinggi dipamerkan at-let amat membanggakan dan ia adalah kunci terhadap kejayaan kontinjen berkenaan.

Katanya, beberapa acara san-daran seperti renang dan akuatik, menembak, berbasikal dan gim-nastik berjaya mencapai sasaran.

“Namun, ada acara sukan kita tidak mendapat emas tetapi acara lain menutup kegagalan ini dan ada juga tidak mendapat pingat langsung.

“Kita akan membuat analisis untuk perkara ini bagi merancang masa lebih baik,” katanya.

Mohd Yassin seterusnya ber-kata, kerjasama dan semangat an-tara atlet dalam kontinjen dipuji kerana wujud sikap kekitaan an-tara mereka dengan tidak sekadar menumpukan kepada sukan mas-ing-masing.

“Bila (acara mereka) dah habis, mereka akan pergi memberi so-kongan kepada acara lain,” katanya.

Seramai 432 atlet Selangor mengambil bahagian dalam 24 acara slogan pasukan “Smart Se-langor Tekad Juara” dalam Sukma Sarawak bermula 22 hingga 31 Julai.

SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan uca-pan tahniah atas kejayaan kontinjen Se-langor selepas muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Malaysia (SUK-MA) 2016.

Kejayaan terbabit sekali gus menga-tasi sasaran awal Majlis Sukan Negeri (MSN) sebelum ini yang mensasarkan 48 emas dalam kejohanan berprestij itu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah buat kontinjen SUKMA Selangor atas ke-jayaan sebagai juara keseluruhan den-gan pungutan 59 emas, 73 perak dan 62 gangsa,” tulis Mohamed Azmin di Twitter.

Sementara itu, Timbalan Pengarah MSN, Najwan Halimi berkata, kejayaan manis itu didorong semangat dan usaha gigih kontinjen Selangor sepanjang ke-johanan berlangsung.

“Usaha dan kegigihan para atlet Se-langor dlm mengharumkan nama neg-eri di persada sukan kebangsaan amat membanggakan,” katanya.

Persembahan terbaik kontinjen Selan-gor dicatatkan menerusi sukan renang dengan kutipan 20 pingat emas.

Tahniah Selangor - MB

Tingkat prestasi atlet - Raja MudaTingkat prestasi atlet - Raja Muda

SELANGOR UNGGULI SUKMA KE-�8