fantastic four: bab 4 : pengurusan maklumat dan...

Download fantastic four: BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT DAN …fantasticfourzt.blogspot.com/2011/12/pengurusan-maklumat...2011-12-052011-12-05 · Pengurusan maklumat dan ... Pengurusan pengetahuan

If you can't read please download the document

Upload: lythien

Post on 10-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

fantastic four: BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

fantastic four

Monday, 19 December 2011

BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

NOMBOR MATRIK : A136281

Pengenalan

Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi masyarakat.Perkara ini tidak hanya melibatkan proses pembelajaran tetapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang adalah benar dan mantap.Sesungguhnya perkara ini merupakan suatu proses untuk memperkayakan modal intelek sekaligus bertujuan membentuk masyarakat agar memiliki kualiti kehidupan yang lebih baik.

Kepentingan Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayatperingkat indivdu,dapat membantu seseorang merancang teknik untuk mendapatkan pengetahuan bagi meningkatkan kerjaya mereka. peringkat organisasi pula,dapat membantu organisasi bagi keberkesanan dan kecekapan,memperbaiki kedudukan pasaran dan komunikasi antara pekerja sekaligus meningkatkan sinergi antara pekerja.pembelajaran sepanjang hayat dapat mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan. memotivasikan dan membolehkan mereka mengusai,menghayati agar pelbagai cabaran hidup dapat ditangani dengan yakin.

PENGURUSAN MAKLUMAT

Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan maklumat.Definisi bagi maklumat adalah data,bahan dan pengetahuan di mana maklumat tersebut mestilah relevan ,boleh dipercayai,boleh difahami dan membantu mengurangkan ketidakpastian.Dari segi istilah,literasi maklumat adalah keupayaan mencari atau mengguanakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepangjang hayat.Individu yang celik maklumat ini adalah yang tahu bagaimana pengetahuan dicari,disusun dan digunakan agar masalah dapat diselesaikan dan orang ramai dapat memahaminya.

Konsep Literasi Maklumat adalah seperti berikut:

perkembangan kemahiran maklumatkelancaran maklumatlatihan penggunakecekapan maklumatorientasi perpustakaanpendidikan bergunapengajaran bibliografi

Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses membangun,memanfaat dan menggunakan pengetahuan yang terdiri daripada 3 komponen.Proses ini dapat meningkatkan daya saing organisasi yang mana pengetahuan yang dikongsi dapat menjana idea yang kreatif serta sesungguhnya pengetahuan hanya akan bertambah nilai apabila dikongsi bersama individu lain.Dalam konteks organisasi,pegurusan ini dapat membantu ahli mencari,meilih dan menyebarkan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah selain dapat mengawal penciptaan,penyebaran dan penyuntingan pengetahuan.Terdapat 4 proses utama dalam hal ini iaitu penciptaan,penyimpanan dan pemerolehan semula,pemindahan dan aplikasi.

Setiap maklumat yang diperoleh itu perlulah disahkan akan kesahihannya sebagai usaha menangkis sebarang fakta salah dan palsu dan dapat diterima melalui teknik berikut :

membentuk sikap positif untuk mengurus maklumatmelakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulanmencari mentor atau pembimbingberkongsi pengetahuanmenerap pengetahuan dalam menyelesaikan masalah.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

Definisi tajuk di atas adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa sejak dari kecil hingga menjangkau usia puluhan secara sukarela dan atas motivasi sendiri.Pembelajaran ini terdiri daripada latihan ,pembangunan diri,dan pembelajaran di mana dapat melengkapakan diri dengan ilmu yang kental bagi menghadapi cabaran-cabaran semasa akan datang.PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep :

home schooling/tidak formalpendidikan formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijilpendidikan lanjutan formal di institusi pengajian tinggilatihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalismepembelajaran maya menggunakan alat multimedia

Pendidikan Jarak Jauh merupakan salah satu kaedah pendidikan sepanjang hayat yang direalisasikan melalui konsep e-pembelajaran atau juga dikenali sebagai mobile learning yang mana berlaku secara formal secara maya dikendalikan oleh pihak institusi dan universiti.E-learning merupakan dasar baru dari perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan e-learning,pelajar tidak perlu berada di dalam kuliah untuk mendengar kuliah secara langsung. E-learning juga dapat menjimatkan waktu pengajian.Kemudahan ini membolehkan seseorang memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran menerusi internet.

Pembelajaran Sepanjang Hayat merangkumi 4 asas utama iaitu :

kesedaran diri-mengenali diri sendiri dan mampu mengenal pasti identiti diriperancangan untuk belajar-menetapkan ibjektif/perancangan bagi mencapai matlamat itumemahami cara belajar-mengetahui kaedah belajarpenilaian berterusan-pemantauan tentang hasil pembelajaran sendiri

UlasanSebagai ulasan,kemahiran pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat mampu membolehkan individu menguasai pelbagai kaedah komunikasi dan menganalisis maklumat.Kebolehan ini dapat megekalkan tradisi keilmuannya serta mempraktikkan kebenaran sekaligus membawa diri kepada kejayaan sebenar.Kemahiran ini sudah pasti sangat memberi manfaat ketika memsuki alam pekerjaan nanti.Walaupun banyak cabaran harus ditempuh terutamanya bagi yang ingin mengikuti pengajian jarak jauh,tapi itu semua bukanlah penghalang bagi kita semua untuk terus belajar dan belajar sehingga ke liang lahad kerana ilmu pengetahuan sangat bernilai dan mampu menjadikan diri kita individu yang dihormati masyarakat.

Sumber rujukan :

1) Modul Pembangunan Diri, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.

2) http://id.wikipedia.org/wiki/Pembelajaran_elektronik

3) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan_rekod

Posted by

FantasticFour

at05:49

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

waktu solat

clock

jom borak kosong

Topik Menarik

2011

(12)

December

(12)BAB 3:Pemimpin yang dikagumi sepanjang zaman. (A13...BAB 3 : Kepimpinan dan kerja berpasukan (Tugasan B...Islam,Sains dan Teknologi (A135860)BAB 2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan P...Bab 2: Pemikiran Kritis, Penyelesaian masalah dan ... Bab 2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan...BAB 1 : KOMUNIKASI BERKESAN (A136570)Bab 1: Kemahiran Komunikasi (A136635)BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPAN...Terbentuknya kumpulan 'Fantastic 4'....KOMUNIKASI BERKESAN : Tugasan Berkumpulan (Video)A136570 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

pengikut setia

cicak

Zee 02 by *alannahILY on deviantART

View my complete profile