laporan kemahiran pengurusan maklumat

14
Nama : NUR AISHAH BINTI ABASA Matrik : A146269 Fakulti : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT HHHC : HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Upload: nuraishah91

Post on 14-Apr-2017

185 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

Nama : NUR AISHAH BINTI ABASAMatrik : A146269

Fakulti : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMATHHHC :  HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Page 2: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

TAJUK PROJEK : STRATEGIC PLANNING & TEAM BUILDING (NUMOSS)

PERANAN ANDA DALAM PROJEK : Bendahari Program

PENGENALAN

Program ini telah dijalankan pada 21 Disember 2014 di Dewan Kuliah FTSM, UKM Bangi.

Program ini adalah anjuran Kelab Komuniti Sumber Manusia (KST) atau National University of

Malaysia Open Source Society (NUMOSS) UKM Bangi. Program ini disertai oleh 20 orang AJK

dan 30 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri dan

mengeratkan hubungan silaturahim antara sesame peserta dan ahli kelab NUMOSS.

Melalui program ini saya telah dilantik untuk menjadi bendahari program. Tugas saya sepanjang

program ini berlangsung adalah memastikan sumber kewangan disalurkan kepada AJK yang

memerlukan dan memastikan tiada penyalahgunaan wang tersebut dan sentiasa memastikan

wang tersebut mencukupi sepanjang program ini berjalan.

Sebanyak RM 800 telah diperuntukkan bagi menjalankan program ini dan tidak ada masalah

kewangan yang timbul. Wang tersebut telah dibelanjakan untuk sarapan pagi, makan tengahari,

sijil dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti program.

Selain itu juga, pada hari berlangsungnya program saya telah ditugaskan untuk membantu ahli-

ahli AJK yang lain yang memerlukan bantuan dan menjadi fasilitator sepanjang program

berlangsung. 11

Page 3: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

HASIL DAN IMPLIKASI

Sepanjang menjalankan tugas sebagai bendahari banyak pengalaman yang telah saya dapat

melalui program ini. Antaranya ialah saya dapat mempertingkatkan kemahiran dalam

pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Melalui tugas saya sebagai seorang

bendahari saya belajar untuk menguruskan kewangan dengan baik dan betul. Disamping belajar

untuk menguruskan kewangan, saya juga belajar untuk bersikap jujur dan amanah dalam

mengelola dana yang telah diperuntukkan yang harus saya uruskan dalam program ini.

Selain daripada itu juga, sepanjang penglibatan saya di dalam program ini, saya belajar untuk

lebih berkomunikasi antara sesama ahli dan mengeratkan silaturahim. Saya juga belajar

bagaimana cara untuk membentuk sesbuah kumpulan yang mantap dan dapat menyesuaikan diri

antara satu sama lain. Malahan saya turut belajar bagaimana cara untuk menyelesaikan setiap

permasalahan yang berlaku agar tidak mempengaruhi perkara-perkara lain yang boleh

menjejaskan kelancaran program ini. Dan terakhir, saya banyak menggunakan buku, majalah dan

internet sebagai sumber rujukan sepanjang program ini contohnya mengakses maklumat

mengenai aktiviti-aktiviti berkumpulan, cara mengendalikan program, cara menguruskan

kewangan dan sebagainya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya program ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam mengasah

kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini dapat dilihat apabila

sepanjang berlangsungnya program ini, saya diharuskan untuk berinteraksi sesama ahli dan para

peserta. Dengan pengalaman ini ia telah sedikit sebanyak membantu saya agar lebih

berkeyakinan dalam berkomunikasi antara pelbagai individu dan peringkat umur. Disamping itu

juga, ia turut membantu saya agar lebih peka dan cekap dalam mengatur pertuturan yang menjadi

salah satu kemahiran yang terpenting apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Page 4: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

Akhir sekali emlalui pembelajaran ini saya dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu

kemahiran kerja dan sikap. Saya juga dapat belajar teknik-teknik pembelajaran yang betul serta

diaplikasikannya dlam kehidupan seharian melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal.

Saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang

arahan yang perlu dipatuhi ketika program berlangsung.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan

dan juga mampu memberi nilai dan sumbangan kepada para peserta. Antaranya dapat

mengeratkan hubungan silaturahim antara semua ahli yang terlibat bersama para peserta.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudah terlibat secara langsung atau

tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Page 5: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

1) PENDAFTARAN PESERTA DAN AJK

Page 6: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

2) SENAMROBIK

Page 7: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

3) ICE BREAKING

Page 8: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

4) AKTIVITI 1

Page 9: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

5) AKTIVITI 2

Page 10: Laporan kemahiran pengurusan maklumat

6) AKTIVITI 3

Page 11: Laporan kemahiran pengurusan maklumat