(c) falsafah tradisional & moden

27
1 BBE 1012 FALSAFAH PENDIDIKAN OLEH : MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA

Upload: wananip

Post on 14-Nov-2014

3.945 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: (C) falsafah tradisional & moden

1

BBE 1012

FALSAFAH PENDIDIKAN

OLEH : MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA

Page 2: (C) falsafah tradisional & moden

2

SILABUS / KANDUNGAN

1. Pengenalan Falsafah2. Cabang Falsafah : Konsep & Fungsi3. Aliran Fahaman Falsafah Tradisional 4. Aliran Fahaman Falsafah Moden5. Falsafah Pendidikan Barat6. Falsafah Pendidikan Islam7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan8. Falsafah Pendidikan Guru

Page 3: (C) falsafah tradisional & moden

3

3.0 FALSAFAH UMUM

Tujuan memahami beberapa falsafah umum ialah untuk kita melihat beberapa falsafah ini yang telah melahirkan beberapa aliran fahaman, mazhab atau falsafah pendidikan yang akan dibincangkan nanti.

Terdapat 4 falsafah umum yang utama akan dibincangkan iaitu:

Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme

Idealisem & Realisem merupakan 2 aliran fahaman yang terdahulu berkembang di barat dan saling bertentangan antara satu sama lain.

Page 4: (C) falsafah tradisional & moden

4

Diikuti oleh Pragmatisme yang membawa pemikiran baru dalam bidang falsafah barat. Ketiga2 falsafah ini mempunyai sistem yang lengkap dimana ia membincangkan panjang lebar setiap cabang2 falsafah – metafizik, epistimologi dan aksiologi (Van Scottes, Kraft & Haas, 1979).

Eksistensialisme ialah falsafah yang baru muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama.

Falsafah umum ini mempunyai beberapa aliran pemikiran lain yang berkaitan dengannya. Misalnya falsafah pragmatisme juga dikenali dengan aliran fahaman eksperimentalisme, fungsionalisme, empirisisme dan instrumentalisme. Begitu juga dengan falsafah realisme yang dikenali dengan materialisme dan naturalisme.

Stone & Schinder (1971), telah membahagikan falsafah2 umum ini kepada dua iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden. Dimana idealisme dan realisme sebagai falsafah tradisional manakala pragmatisme dan eksistensialisme di katogerikan sabagai falsafah moden.

Page 5: (C) falsafah tradisional & moden

5

Perbezaan asas diantara falsafah2 tradisional (idealisme dan realisme) dan falsafah2 moden (pragmatisme dan eksistensialisme) ialah perhubungan di antara cara dan matlamat.

Bagi falsafah2 tradisional, matlamat telah ditentukan terlebih dahulu oleh autoriti di luar dan manusia hanya mempunyai suara dalam mencapai matlamat tersebut.

Manakala bagi falsafah2 moden manusia mempunyai suara dalam menentukan kedua2 cara dan matlamat yang hendak dicapai.

Page 6: (C) falsafah tradisional & moden

6

3.1 IDEALISME

Merupakan falsafah yang tertua sekali di dunia. Ia dapat dikesan sejak zaman India purba di Timur dan zaman Plato di Barat.

Diantara ahli2 falsafah yang tergolong dalam mazhab falasafah ini ialah Plato, Rene’ Descartes, Baruch Spinoza, George Berkeley, Immanuel Kant, George Wilhelm Friedrich Hagel dan Samuel Taylor Coleridge.

Ahli2 falsafah ini sering bertentangan pendapat dalam banyak perkara. Walau bagaimanapun, mereka bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia adalah penting sekali dalam kehidupan dan alam jagat ini. Ia merupakan satu sistem yang memberikan penekanan terhadap peri mustahaknya fikiran, jiwa dan kerohanian.

Dalam menjawab persoalan METAFIZIK, iaitu “Apakah kewujudan atau realiti? Idealisme menganggap bahawa asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal atau dalam bentuk fikiran bukan dalam bentuk metarial

Page 7: (C) falsafah tradisional & moden

7

Idealis sebenarnya tidak menafikan tentang kewujudan alam fizikal di sekeliling kita seperti bulan, bintang, rumah, bukit dan sebagainya. Tetapi mereka tetap menganggap bahawa walaupun kesemua benda tersebut wujud dengan nyata. Kesemua benda tersebut hanyalah satu anggapan atau satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja yang nyata atau benar. Oleh itu kesemua benda tersebut dapat diperturunkan kepada fikiran atau kerohanian.

Menurut Deley (1966), idealis mempercayai bahawa semua perkara yang dialami oleh fikiran adalah hasil kepintaran yang dialami oleh fikiran adalah hasil kepintaran mutlak.

Johnson (1969), pula menyatakan bahawa fungsi akal manusia ialah berfikir mengenai sesuatu perkara.

Menurut Van Scotters, Kraft dan Haas (1979), oleh kerana idealis mempercayai tentang kepentingan akal dan ideal, maka tumpuan dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea.

Idealis menyatakan pendidikan mestilah memberi perhatian dalam melatih akal dan pendidikan mestilah memberi perhatian terhadap roh atau jiwa.

Page 8: (C) falsafah tradisional & moden

8

Idealis juga mempercayai bahawa kanak2 adalah sebahagian daripada alam kerohanian yang mutlak. Dalam hal ini pendidikan mestilah berusaha memupuk dengan lebih dekat lagi keakraban diantara pelajar dan unsur2 kerohanian tabii serta memberi penekanan kepada keharmonian diantara manusia dan alam jagat. Mereka mestilah melihat alam jagat ini sebagai sesuatu yang mempunyai makna dan tujuan (Kneller, 1971).

Idealis juga percaya bahawa kebebasan dan rasionaliti adalah dua konsep yang penting dan berkaitan diantara satu dengan lain.

Dimaksudkan dengan kebebasan ialah seseorang itu mengamalkan kebebasan kehendak dalam membuat keputusan sendiri. (mesti ada sikap tanggungjawab).

Rasionaliti pula adalah bermaksud proses mencari dan mengeluarkan idea. Idealis menganggap bahawa idea sebagai satu kemungkinan yang terdapat dalam diri kanak2 yang perlu dibentuk dan bukan sebagai satu perinsip di luar diri kanak-kanak. Kedua2 konsep tersebut, kebebasan dan rasionaliti, menunjukkan keadaan pengajaran Socrates.

Page 9: (C) falsafah tradisional & moden

9

Mengenai persoalan EPISTIMOLOGI, idealis mempersoalkan tentang pengetahuan, idealis mempercayai bahawa seseorang itu boleh memperolehi pengatahuan melalui cara selain daripada kaedah saintifik. Mereka menganggap bahawa keimanan, keautoritarian, taakulan(kebolehan berfikir dgn. logik) dan intuisi(mengetahui & merasai) boleh digunakan sebagai alat untuk mendapat pengetahuan.

Bagi Plato, pengetahuan sebenar adalah hasil taakulan sahaja, beliau juga berpendapat bahawa idea adalah saripati(isi atau pokok) dan wujud bebas.

Beliau juga bersependapat dengan Kant dan Socrates iaitu pengetahuan adalah lebih baik dikeluarkan daripada pelajar2 disebalik mencurahkan kepada mereka.

Berkeley, seorang idealis yang subjektif, berpendapat bahawa manusia dapat mengetahui hanya perkara2 yang boleh dilihat, dirasai dan diertikan oleh manusia itu sendiri. Disamping itu pengetahuan manusia adalah setakat fikiran mereka sahaja.

Page 10: (C) falsafah tradisional & moden

10

Hagel pula berpendapat pengetahuan hanyalah sah dan benar apabila ia terbentuk menjadi satu sistem (Teori Kesepaduan).

Tujuan pengajaran bukanlah semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi tetapi juga membantu mereka untuk memberi makna dan susunan ke atas maklumat tersebut.

Menjawab persoalan AKSIOLOGI, iaitu apakah nilai?, ahli2 falsafah idealisme menganggap nilai dan etika adalah mutlak. Apa yang dikatakan sebagai baik, benar dan cantik secara asasnya tidak berubah daripada dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Menurut Daley (1966), nilai adalah hakiki; Tuhan merupakan sumber kepada semua nilai. Kesemua nilai adalah tetap dan merupakan idea2 hakiki Tuhan. Nilai yang tidak berubah bagi Tuhan ialah kebenaran, kebaikan dan kecantikan. Semua nilai ini wujud dalam realiti. Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai, maka manusia hanyalah bermoral apabila mereka hidup mengikut kehendak Tuhan.

Page 11: (C) falsafah tradisional & moden

11

Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), oleh kerana idealis menganggap nilai sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah persekolahan mestilah menggambarkan dan memperkembangkan nilai2 tradisi yang dianggap oleh masyarakat dan orang2 ternama sebagai berguna dan berharga.

Menurut Kneller (1971), dengan mengajar nilai2 yang tetap ini, manusia dapat hidup dengan lebih harmoni.

Page 12: (C) falsafah tradisional & moden

12

3.2REALISME Mazhab ini juga dipanggil materialisme atau naturalisme.

Dalam banyak perkara mazhab ini banyak bertentangan dengan mazhab idelisme.

Jika idealisme memandang alam kerohanian sebagai realiti, realisme sebaliknya memandang alam kebendaan sebagai realiti.

Bagi realisme, keseluruhan realiti ialah alam fizikal dan apa juga di luar alam fizikal seperti apa yang terdapat dalam fikiran tidak dianggap sebagai realiti (Daley, 1966).

Idealisme biasanya dikaitkan dengan Plato manakala realisme pula telah diasaskan oleh Aristotle. Diantara jurucakap2 utama mazhab ini ialah Betrrand Russel, Francis Bacon, Alfred North Whitehead dan St. Thomas Aquinas.

Page 13: (C) falsafah tradisional & moden

13

Apakah realiti? Golongan pertama menganggap hanya kebendaan

sahaja yang nyata. Golongan ke2 menganggap realiti adalah

kebendaan dan kerohanian. Golongan ke3 pula menganggap semua benda

termasuk fikiran dan kerohanian sebagai realiti.

Mereka bersetuju bahawa alam kebendaan adalah realiti (Power, 1982).

Disebabkan perbezaan tersebut ia telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan;

Realisme Rasional (terbahagi kepada 2) Realisme Keagamaan Realisme Klasikal

Realisme Natuaral / Saintifik

Page 14: (C) falsafah tradisional & moden

14

Bentuk utama realisme keagamaan ialah skolastisisme (falsafah rasmi Gereja Katolik Romawi). Kedua-duanya berasaskan kepada falsafah Aristotle. Bezanya ialah realisme klasikal berpegang terus kepada falsafah Aristotle, manakala skolatisme berasaskan kepada falsafah St. Thomas Aquinas.

Aquinas mencipta satu falsafah Kristian yang baru dan kemudianya dikenali Thomisme, ia agak berlawanan dengan Platonisme.

Ahli realisme klasikal dan realisme keagamaan bersetuju bahawa alam kebendaan adalah nyata dan wujud diluar akal orang melihatnya. Ahli Thomisme tetap menganggap bahawa kebendaan dan kerohanian telah dicipta oleh Tuhan.

Ahli2 Thomisme juga menyatakan bahawa manusia merupakan cantuman kebendaan dan kerohanian dimana jasad dan roh menjadi satu.

Mereka juga berpendapat manusia merupakan makluk yang abadi dan ditempatkan diatas muka bumi ini untuk mentaati dan mencintai Penciptanya.

Page 15: (C) falsafah tradisional & moden

15

Realisme natural / saintifik muncul bersama kebangkitan sains di Eropah dalam abad ke 15 dan ke 16. Diantara jurucakapnya ialah Francis Bacon, John Locke, David Hume dan John Stuart Mill. Dalam abad ini termasuklah Ralph Barton Perry, Alfred Noth Whitehead & Bertrand Russel.

Bersifat ragu & ingin mencuba, rlisme natural menganggap bahawa falsafah mesti cuba mengikut ketegasan dan kobjektifan sains.

Ahli2 realisme natural menafikan kewujudan alam kerohian kerana ia tidak dapat dibuktikan oleh itu ia tidak mempunyai kepentingan falsafah.

Ia juga berpendapat manusia sebagai organisme biologi mempunyai sistem saraf tinggi ciptaannya, oleh itu tidak perlu menganggap pencapaian manusia disebabkan oleh dua perkara yang berasingan iaitu akal dan roh.

Page 16: (C) falsafah tradisional & moden

16

Bagi ahli realisme keagamaan, pelajar2 mestilah belajar mengenai hasil-hasil ciptaan tuhan di muka bumi ini, pandangan mereka tujuan pendidikan ialah menyediakan pelajar untuk kehidupan akhirat.

Bagi realisme klasik pula ialah untuk membolehkan pelajar menjadi seorang yang seimbang dari segi intelaktualnya.

Mengenai pengetahuan, ahli2 realisme mempunyai pandangan yang berbeza drp. ahli2 idealisme. Mereka menolak pandangan ahli idealisme yang menyatakan bahawa setiap perkara yang diperolehi adalah berlandaskan kepada fikiran semata-mata. Bagi mereka apa yang kita amati bukanlah sesuatu yang dibentuk semula oleh akal tetapi ia wujud dengan sendiri.

Ahli2 realisme juga menganggap bahawa fikiran manusia kosong semasa dilahirkan. Manusia akan belajar melalui pengalaman menggunakan deria mereka dan ia akan disimpan dalam otak.

Bagi realisme, inisiatif pendidikan terletak pada guru. Guru akan menentukan perkara2 yang akan dipelajari oleh murid. Bagi mereka matlamat pendidikan ialah untuk mengajar pengetahuan2 yang dipilih.

Page 17: (C) falsafah tradisional & moden

17

Mengenai nilai (aksiologi), ahli2 relisme besetuju dgn. ahli idealime iaitu asas nilai pada dasarnya adalah tetapi mereka bertentangan pendapat sesama sendiri. Bagi mereka nilai telah ditentukan drp. tabii.

Menurut Kneller (1971), ahli2 realisme klasikal bersetuju dgn. Aristotle iaitu terdapatnya hukum moral sejagat yang boleh ditaakul dan yang telah menyatukan manusia sebagai makluk yang rasional.

Ahli2 realisme keagamaan juga bersetuju dgn. pendapat ini tetapi mereka tetap menyatakan bahawa hukum tersebut telah dibentuk oleh Tuhan yang telah diberikan akal untuk memikirkanya.

Ahli2 idealisme menganggap manusia sebagai makluk yang sempurna, manakala ahli2 realisme saintifik manganggap sebaliknya.

Ahli realisme berpendapat guru berperanan menyampaikan sesuatu nilai yang benar2 jelas kepada pelajar2nya.

Page 18: (C) falsafah tradisional & moden

18

Bagi ahli realisme klasik pula, mereka berpendapat bahawa selain memberi tumpuan kepada kandungan pelajaran, sekolah juga bertanggungjawab menghasilkan pelajar yang menyeluruh dan sederhana dalam segenap hal.

Ahli2 realisme keagamaan berpendapat hukum2 semula jadi tidak mencukupi. Ia perlu disertai dgn hukum2 ciptaan Tuhan. Oleh itu sekolah bagi mereka mestilah mengajar kepada pelajar hukum2 tersebut supaya mereka dapat mengabdikan diri mereka kepada Tuhan.

Ahli2 realisme saintifik sebaliknya menganggap bahawa pengajaran tentang kebaikan dan keburukan sepatutnya datang dari pemahaman manusia mengenai tabii dan bukanya dari prisip2 agama.

Bagi mereka penyakit dianggap keburukan dan kesihatan dianggap kebaikan.

Page 19: (C) falsafah tradisional & moden

19

3.3 PRAGMATISME Dibentuk oleh ahli2 falsafah Amerika Syarikat. Diantara

pengasas2nya ialah Chales Sanders Peirce (ahli fizik & matematik), William James (psikologi & teologi) dan John Dewey (sains sosial & biologi).

Selain pragmatisme, falsafah ini juga dikenali sebagai ekperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan fungsionalisme. Kunci perkataan yang dipegang oleh ahli falsafah ini ialah pengalaman dan penyelesaian masalah. Mereka mempercayai bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti.

Mazhab falsafah ini juga diakatakan lahir bersama2 dgn kebangkitan sains dan kaedah saintifik, teruatam sekali drp hasil usaha Charles Darwin dgn teori evolusinya dan Albert Eistein dgn teori relatifnya. Mazhab ini lebih memberi tumpuan kepada cabang2 epistimologi dan aksiologi dan sedikit kepada cabang metafizik.

Page 20: (C) falsafah tradisional & moden

20

Menurut ahli pragmatisme, oleh kerana realiti dicipta melalui interaksi individu dengan alam sekelilingnya, makapelajar mestilah belajar mengenai alam ini apabila mendatangkan kesan kpd dirinya. Sekolah dikatakan tidak dapat dipisahkan drp kehidupan seperti mana pelajar tidak diangap terpisah drp alam seselilingnya.

Dari segi epistemologi, ahli2 pragmatisme mempercayai bahawa manusia dapat mengetahui hanya melalui pengalaman (Daley, 1966). Oleh itu pengetahuan adalah hasil daripada interaksi manusia dengan alam sekeliling, dan segala kebenaran yang diperolehi hasil interaksi tersebut merupakan sumber pengetahuan.

Menurut ahli2 pragmatisme, keseluruhan pengalaman bukan hanya cara tetapi juga matlamat kepada individu. Mereka berpendapat idea hanya bermakna akibat drp pengalaman, pengalaman secara asasinya adalah berbentuk sosial dan manusia mengharapkan dalam hidup dengan mengkaji secara eksperimen keseragaman dalam pengalaman.

Ahli2 ini juga menyatakan bahawa kaedah kepintaran merupakan cara unggul untuk mendapatkan pengetahuan. Seseorang itu juga dapat memahai sesuatu dengan mengenali masalah dan selesaikan masalah tersebut.

Page 21: (C) falsafah tradisional & moden

21

Menurut Daley (1966), kaedah saintifik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ialah:

Mengenali masalah tersebut Mengumpul maklumat Membentuk hipotesisi Mencuba hipotesis Mentafsikan keputusan

Apa yang diutamakan oleh ahli2 ini ialah kanak2 mestilah belajar drp sifat ingin tahu yang ada pada dirinya, manakala guru pula mestilah menggalakan sifat igin tahu dikalangan pelajar2nya mengenai perkara2 yang mendatangkan faedah sepenuhnya kepada mereka.

Mengenai aksiologi ahli2 falsafah mazhab ini mempercayai bahawa nilai adalah relatif dan berubah apabila kebudayaan dan masyarakat berubah. Disamping itu nilai yang diamalkan oleh masyarakat adalah berbeza dari satu masyarakat dengan masyarakat lain.

Page 22: (C) falsafah tradisional & moden

22

3.4 EKSISTENSIALISME Muncul di Eropah selepas perang dua ke 2. Soren

Kierkegaard (Denmark), telah menyediakan asas bagi falsafah ini.

Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1976), falsafah ini terlalu individualistik dan terlalu bergantung kpd faktor2 subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan.

Diantara jururucakap utama falsafah ini ialah Albert Camus, Jean Paul Sartre, Martin Heideigger & Mauirice Merlean Ponty. Asas falsafah ini ialah manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas daripada norma-norma kumpulan.

Terdapat percangahan, satu kumpulan memberi penekanan kepada individualime dan satu kumpulan memberi peneanan kepada perhubungan individu dengan masyarakatnya.

Page 23: (C) falsafah tradisional & moden

23

Mengenai realiti (metafizi), ahli2 falsafah ini menganggaprealiti didefinasikan oleh individu. Mereka menyatakan manusia dilahirkan, memasuki alam kewujudan, membesar dan seterusnya menyedari tentang kewujudannya, keadaan dirinya dan penghidupannya. Seseorang itu menentukan apakah dia akan jadi, iaitu bebas memilih arah tujuan dirinya sendiri.

Menurut ahli eksistensialisme, kewujudan seseorang itu merupakan nilai asas bagi dirinya. Mereka mempercayai bahawa manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadap sistem nilainya sendiri.

Bagi mereka seseorang itu mestilah jangan mengikuti dan mematuhi norma nilai sesuatu masyarakat semata-mata. Jika masyarakat dibenarkan memaksa sesuatu nilai, maka manusia akan hilang sifat ketulenan dan kemanusiaanya.

Guru mazhab ini perlu menilai dan menghargai kebebasannya dan juga menghormati kebebasan orang lain, samada pelajar, rakan sejawatnya ataupun pentadbir.

Page 24: (C) falsafah tradisional & moden

24

Pandangan Eksistensialisme dari sudut Epistemologi ( ilmu )

Pendapat mereka iaitu manusia mengetahui melalui pengalaman.

Tahap pengalaman yang tinggi: bila mereka sedar mengenai wujudnya benda dan manusia itu sendiri.

Tidak ada kriteria atau oobjektif yang boleh menentukan samada pemahaman seseorang itu betul atau salah. Dari itu kebenaran sentiasa relatif ikut pertimbangan seseorang.

Page 25: (C) falsafah tradisional & moden

25

Pandangan Ekksistensialisme dari sudut Aksiologi ( nilai )

Wujud seseorang itu merupakan nilai asas dirinya.

Manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadapp sistem nilainya sendiri.

Daley ( 1966): manusia bertanggungjawab terhadap tindakannya. Mungkin tindakan individu ada mengganggu orang lain.

Bagi ahli falsafah ini: Nilai adalah perkara yang peribadi dan individu.

Pertumbuhan dan perhubungan aantara manusia selalu membawa kepada kegembiraan dan tragedi, pengharapan dan kehampaan.

Kaedah pendidikan yang sesuai dengan dasar ahli falsafah ini adalah seperti dialog, penyiasatan dan merenung ke dalam..

Page 26: (C) falsafah tradisional & moden

26

Ringakasan Idealisme

Idea Kerohanian

Realisme Tabii Materialistik

Pragmatisme Pengalaman Penyelesaian masalah

Eksistensialisme Individualisme Pengalaman

Page 27: (C) falsafah tradisional & moden

27

Sekian .Terima kasih