falsafah kualiti deming.docx

6
Terdapat 3 asas dalam falsafah kualiti Deming: 1. Ketekunan mencapai matlamat 2. Pembaikan berterusan 3. Pengetahuan yang mendalam (Profound Knowledge) Asas 1 dan 2 banyak disentuh dalam Prinsip 14 perkara sementara asas 3 lebih merupakan orientasi yang perlu diterapkan oleh pihak pengurusan. Pengetahuan, menurut Deming, boleh dibahagikan kepada 4 komponen iaitu: 1. Penghargaan kepada sesuatu sistem 2. Teori variasi (theory of variation) 3. Teori ilmu 4. Psikologi Komponen-komponen pengetahuan di atas tidak dapat dipisahkan kerana setiap satunya saling menyokong antara satu sama lain. Langkah pertama ialah meletakkan keyakinan kepada sesuatu sistem. Seterusnya pengamal hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan di dalam teori variasi iaitu: 1. kesilapan, kerosakan dan variasi akan sentiasa berlaku 2. Bila sesuatu kesilapan berlaku, ia berlaku disebabkan oleh random variation (variasi yang berlaku secara rawak). Variasi ini biasanya diperbetulkan dengan menggunakan kaedah pembaikan yang tidak tepat. Deming melihat pengetahuan sebagai ramalan yang boleh membuahkan kejayaan. Dia percaya pengetahuan itu datang dari teori dan tanpa teori pembelajaran tidak akan berlaku. Tanpa teori pengetahuan yang bersandarkan kepada pengalaman, organisasi tidak dapat belajar dari pengalaman organisasi lain. Satu organisasi tidak boleh menyalin kejayaan organisasi lain untuk diamalkan di dalam organisasinya sendiri. Setiap organisasi mesti mereka cipta rencana atau pelan kualitinya sendiri.

Upload: anitasaad87

Post on 18-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Terdapat 3 asas dalam falsafah kualiti Deming:1. Ketekunan mencapai matlamat2. Pembaikan berterusan3. Pengetahuan yang mendalam (Profound Knowledge)Asas 1 dan 2 banyak disentuh dalam Prinsip 14 perkara sementara asas 3 lebih merupakan orientasi yang perlu diterapkan oleh pihak pengurusan. Pengetahuan, menurut Deming, boleh dibahagikan kepada 4 komponen iaitu:1. Penghargaan kepada sesuatu sistem2. Teori variasi (theory of variation)3. Teori ilmu4. PsikologiKomponen-komponen pengetahuan di atas tidak dapat dipisahkan kerana setiap satunya saling menyokong antara satu sama lain. Langkah pertama ialah meletakkan keyakinan kepada sesuatu sistem. Seterusnya pengamal hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan di dalam teori variasi iaitu:1. kesilapan, kerosakan dan variasi akan sentiasa berlaku2. Bila sesuatu kesilapan berlaku, ia berlaku disebabkan oleh random variation (variasi yang berlaku secara rawak). Variasi ini biasanya diperbetulkan dengan menggunakan kaedah pembaikan yang tidak tepat.Deming melihat pengetahuan sebagai ramalan yang boleh membuahkan kejayaan. Dia percaya pengetahuan itu datang dari teori dan tanpa teori pembelajaran tidak akan berlaku. Tanpa teori pengetahuan yang bersandarkan kepada pengalaman, organisasi tidak dapat belajar dari pengalaman organisasi lain. Satu organisasi tidak boleh menyalin kejayaan organisasi lain untuk diamalkan di dalam organisasinya sendiri. Setiap organisasi mesti mereka cipta rencana atau pelan kualitinya sendiri.Psikologi ialah satu komponen penting. Deming percaya bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk belajar dan menjadi inovatif. Cuma, pengurusanlah yang kerap kali menghalang keupayaan pekerja. Pekerja yang dilatih untuk mengukur sesuatu akan berusaha untuk mengatasi standard ukuran yang mereka tetapkan. Organisasi juga hendaklah mengakui hakikat bahawa setiap individu mempelajari sesuatu pada kadar yang tidak sama dan menggunakan berbagai cara.PRINSIP 14 PERKARA1. Wujudkan ketekunan dalam mencapai matlamat untuk pembaikan produk dan perkhidmatan.Deming berpendapat organisasi perlu menumpukan perhatian kepada aspek-aspek pembaikan yang berterusan, kepuasan pelanggan, penyelidikan dan pembangunan dan pembangunan diri anggota kerja yang disandarkan kepada matlamat organisasi. Organisasi perlu menghindarkan diri dari mencari penyelesaian mudah untuk mendapat keuntungan jangka masa pendek. Organisasi perlu berubah mengikut perubahan selera pelanggan. Matlamat utama bukanlah mendapat keuntungan kewangan tetapi lebih dari itu.2. Menghayati falsafah baru.Falsafah kualiti Deming merupakan satu bentuk anjakan paradigma dalam pengurusan. Menghayati falsafah Deming bemaksud menerima secara keseluruhan, bukannya menerima aspek-aspek terpilih yang difikirkan mudah dilaksanakan. Ini melibatkan komitmen untuk melakukan sesuatu dengan cara baru yang berlainan dengan amalan yang biasa dilakukan.3. Hentikan pergantungan kepada pemeriksaan secara besar-besaran.Deming menganjurkan supaya anggota kerja diberi bimbingan dalam setiap peringkat kerja untuk memperbaiki proses. Ini adalah berlainan dengan amalan biasa yang hanya memeriksa selepas sesuatu kerja dijalankan atau produk dihasilkan. Deming mencadangkan supaya petugas pemeriksaan dihapuskan dan berikan ganjaran kepada anggota kerja kerana dapat mengesani kesilapan dan seterusnya berusaha membaiki proses dan kualiti kerja.4. Hentikan amalan memberikan kontrak perniagaan berdasarkan tanda harga semata-mata.Deming berpendapat bahawa organisasi perlu membina perhubungan jangka masa panjang dengan pembekal. Ini ialah kerana sekiranya kita memilih tawaran paling rendah, selalunya bermakna kualiti yang paling rendah. Pembekal perlu dipandang sebagai rakan perniagaan dan bina rasa saling hormat menghormati, percaya mempercayai dan tanggungjawab. Membina perhubungan strategik dengan pembekal yang dapat menghasilkan kerja yang cemerlang adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi.5. Memperbaiki sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan dan sepanjang masa.Kualiti memerlukan kepada komitmen yang tidak pernah kunjung padam demi untuk melakukan pembaikan secara berterusan. Pengurusan dapat mencapai tahap ini dengan cara memberi ganjaran ke atas kreativiti dan inisiatif yang ditunjukkan oleh anggota kerja yang mencuba perkara-perkara baru.6. Menginstitusikan latihan.Deming menekankan bahawa banyak dari masalah berlaku berikutan dari program orientasi dan latihan kerja. Pihak pengurusan perlu menetapkan standard untuk anggota kerja dan menunjukkan bagaimana anggota kerja boleh berjaya di dalam tugas mereka.7. Menginstitusikan kepimpinan.Pemimpin perlu membantu pekerja untuk mencapai potensi yang maksimum dan memainkan peranan sebagai jurulatih, mentor dan pemberi semangat. Tugas pemimpin bukan hanya menguruskan sumber berbentuk kewangan dan peralatan, tetapi juga untuk membangunkan manusia. Apa yang perlu dibuat oleh seorang pemimpin ialah mencipta satu persekitaran yang membolehkan seluruh anggota kerja dapat memberikan sumbangan terbaik mereka yang seterusnya menghasilkan organisasi yang produktif dan berjaya.8. Menghilangkan budaya takut.Deming berkata organisasi yang menanamkan budaya takut yang menghalang anggota kerja dari bertanyakan soalan akan menempa kerugian dan ketinggalan ke belakang. Anggota kerja yang takut untuk bertanya adalah tidak bebas untuk mencipta.9. Buang halangan yang wujud di antara anggota kerja.Deming berpendapat bahawa setiap bahagian, jabatan atau unit dalam sesuatu organisasi perlu berkomunikasi dan bekerja secara rapat antara satu sama lain. Pembahagian kawasan kerja yang terpisah antara satu sama lain akan menghalang kelancaran proses komunikasi.10. Hapuskan slogan-slogan yang indah khabar dari rupa.Deming menolak sasaran yang tidak berpijak di bumi nyata dan tidak bermakna. Sasaran sepatutnya berfokuskan kepada perlaksanaan dan bukannya slogan semata-mata.11. Hapuskan quota-quota berbentuk numerikal.Mencapai sesuatu target berbentuk numerikal tidak bermakna mencapai tahap kualiti yang tinggi. Sasaran berbentuk numerikal ini hanya mengakibatkan anggota kerja berusaha apa saja untuk mencapai angka yang dikehendaki.12. Hapuskan penghalang ke arah kecemerlangan kerja.Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk mendengar dari anggota kerja untuk mengenal pasti halangan-halangan yang masih wujud. Deming memberikan penekanan besar ke atas tanggungjawab pengurusan untuk menyediakan persekitaran yang membolehkan anggota kerja bekerja dengan cemerlang. Antara perkara-perkara yang diperlukan ialah latihan, teknologi dan peralatan yang membantu pencapaian hasil yang cemerlang dan menginstitusikan amalan dan prosedur yang membantu kesungguhan dan pencapaian anggota kerja.13. Menginstitusikan program latihan dan latihan semula.Mengadaptasikan program kualiti ini ialah bukan perkara yang senang. Seluruh organisasi perlu dibimbing dengan falsafah dan cara baru, termasuk pembinaan pasukan kerja dan teknik-teknik statistik.14. Bertindak untuk menyempurnakan transformasi.Pasukan pengurusan atasan mesti dibentuk untuk menjalankan misi kualiti. Kualiti Menyeluruh (Total Quality) ialah satu proses yang menganggap keseluruhan organisasi sebagai satu sistem, ini termasuklah pelanggan, pembekal dan pesaing.TUJUH PENYAKIT MERBAHAYA(DEMING'S SEVEN DEADLY DISEASES)1. Tidak tekun dalam mencapai matlamat. Tiada ketekunan akan menyebabkan anggota-anggota organisasi kehilangan arah.2. Mengutamakan keuntungan jangka masa pendek.3. Penilaian berasaskan performance, merit rating atau annual review performance menyebabkan wujud ketakutan, persaingan dalaman, kemarahan dan menurunnya semangat untuk bekerja.4. Mobiliti Pengurusan. Selalu berpindah kerja kerana tidak berpuas hati dengan tempat kerja.5. Menguruskan syarikat berdasarkan angka-angka sahaja.6. Kos untuk kemudahan perubatan pekerja yang tinggi yang meningkatkan kos akhir barangan dan perkhidmatan. Sepatutnya program berbentuk pencegahan diutamakan dan ini akan menjimatkan wang syarikat.7. Kosjaminan(warranty) yang terlalu tinggi. Kos dapat dijimatkan melalui pembaikan secara berterusan sebelum sesuatu barangan dihasilkan.

RUJUKANGabor, A (1990).The Man Who Discovered Quality. New York: Times Book.Morehouse, D.L (1996).Essentials of TQM. Hampshire: Gower.http://azamri.tripod.com/zt2313/14points.htmGabor, A (1990).The Man Who Discovered Quality. New York: Times Book.Morehouse, D.L (1996).Essentials of TQM. Hampshire: Gower.Oakland, J.S.(1989).Total Quality Management. Oxford: Butterworth-Heinemann.