falsafah ilmu : ulasan jurnal

7
1.0 TAJUK DAN BIODATA PENULIS Tajuk jurnal yang pengkaji ulaskan ialah Pemikiran Pendidikan Ibnu Sina dan Aplikasinya dalam Perkembangan Pendidikan Islam Di Indonesia. Jurnal ini ditulis oleh Fathor Rachman Utsman Dosen di STIK Annuqayah Guluk-Guluk Sumenepdan diterbitkan pada bulan Jun 2009. Fathor Rachman Utsman merupakan seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Agama Islam (PAI) di Fakulti Tarbiyah Institut Ilmu Keislaman Annuqayah (INSTIKA) Guluk-Guluk Sumenep. Kini beliau melanjutkan pelajar pada peringkat Master Strata Tiga (S3) di Sekolah Pascasarjana UIN Maliki Malang. Jurnal ini ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Malaysia di http://www.teknologipendidikan.net/sistemdan-pendidikan- menurut-Ibnuu-sina.

Upload: fathmalyn-abdullah

Post on 11-Apr-2017

1.031 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal

1.0 TAJUK DAN BIODATA PENULIS

Tajuk jurnal yang pengkaji ulaskan ialah Pemikiran Pendidikan Ibnu Sina dan

Aplikasinya dalam Perkembangan Pendidikan Islam Di Indonesia. Jurnal ini ditulis

oleh Fathor Rachman Utsman Dosen di STIK Annuqayah Guluk-Guluk Sumenepdan

diterbitkan pada bulan Jun 2009. Fathor Rachman Utsman merupakan seorang

pensyarah dalam bidang Pendidikan Agama Islam (PAI) di Fakulti Tarbiyah Institut

Ilmu Keislaman Annuqayah (INSTIKA) Guluk-Guluk Sumenep. Kini beliau

melanjutkan pelajar pada peringkat Master Strata Tiga (S3) di Sekolah Pascasarjana

UIN Maliki Malang. Jurnal ini ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Malaysia di

http://www.teknologipendidikan.net/sistemdan-pendidikan-menurut-Ibnuu-sina.

Page 2: Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal

2.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

Jurnal ini membincangkan tetang aplikasi pemikiran Ibnu Sina terhadap sistem

pendidikan di Indonesia. Ibnu Sina dijadikan role model dalam perkembangan

pendidikan di Indonesia. Pemikiran Ibnu Sina dijadikan alternative untuk

mewujudkan sistem pendidikan berasaskan islam.

Terdapat 5 idea yang diketengahkan oleh Ibnu Sina antaranya kepentingan

pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan

dan seiring dengan berkembangan seorang kanak-kanak. Kanak-kanak akan

mempelajari apa yang ada disekelilingnya dengan ilmu yang diperolehi. Seterusnya,

akan mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk kegunaan masa kini ataupun masa

akan datang.

Seterusnya, pembangunan sahsiah perlu dititkberatkan. Menurut Ibnu Sina,

pembangunan sahsiah merupakan salah satu elemen penting dalam menimba ilmu.

Sahsiah merupakan indicator yang penting dalam bidang pendidikan. Namun begitu,

sistem pendidikan di Indonesia masih tidak menekankan pembentukan sahsiah

seseorang. Isu utama dalam sistem pendidikan Indonesia adalah berkaitan dengan

pembangunan sahsiah individu.

Disamping itu, menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam bidang

pendidikan. Hal ini kerana, Ibnu Sina terkenal dalam bidang perubatan moden kerana

menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama. Di Indonesia, ajaran Al-Quran kurang

diamalkan oleh para pendidik. Mereka menjadikan Al-Quran sebagai satu subjek

utama dan digabungkan dengan hadis dan hanya focus kepada cara membaca dan

menulis ayat Al-Quran.

Selain daripada itu, Ibnu Sina menekankan aspek kerohanian dalam menuntut

ilmu . Hal ini kerana konsep jiwa meliputi kecerdasan, intektual, emosional dan

spiritual. Dengan adanya jiwa yang suci, anak-anak mudah mempelajari sesuatu ilmu

dan akan membentuk peribadi yang baik terhadap seseorang khususnya di Indonesia.

Akhir sekali, pendidikan perlu dibangunkan secara integrasi. Dalam perkara ini,

jasmani, emosi, rohani, intektual dan sahsiah perlulah seimbang agar dapat

melahirkan generasi yang berkualiti dan mempunyai pekerti yang mulia khasnya di

Indonesia.

Page 3: Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal

3.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN JURNAL

Kelebihan

Jurnal ini menekankan kepentingan penggunaan Al-Quran dalam sistem pendidikan

di Indonesia. Selain itu, jurnal mengetengahkan kepentingan pendidikan Islam

melalui tokoh iaitu Ibnu Sina. Disamping itu, pengkaji telah mengklasifikasikan

keperluan-keperluan untuk menuntut ilmu mengikut pandangan Ibnu Sina. Lain

daripada itu, pengkaji turut memberikan beberapa langkah-langkah untuk

meningkatkan lagi mutu pendidikan di Indonesia.

Kekurangan Jurnal

Antara kekurangan jurnal ini ialah jurnal lebih tertumpu kepada masyarakat yang

berada di Indonesia. Selain itu, info mengenai jurnal agak terbatas dan terdapat

banyak kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam jurnal tersebut. Hal ini

menyukarkan pengkaji untuk memahami isi kandungan jurnal. Disamping itu, tokoh

dalam kajian jurnal tidak mencakupi sistem pendidikan di Indonesia. Oleh itu,

pengkaji perlu meletakkan lebih daripada satu tokoh mengembangkan lagi isi jurnal

berkaitan dengan pendidikan Islam.

Page 4: Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal

4.0 METODOLOGI

Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kualitatif. Kajian kualitatif ialah

merupakan suatu bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskankepada cara

interpretasi manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran di

mana mereka tinggal.

Pengaji menggunakan kaedah pengumpulan maklumat dan data daripada sekolah-

sekolah. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah rujukan iaitu merujuk

dengan pengkaji-pengkaji lain mengenai kajian yang dilakukan. Di samping itu,

pengkaji menggunakan kaedah dan pemerhatian di tempat kajian. Hal ini kerana

pengkaji memerhatikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh

para pendidik di Indonesia.

Page 5: Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal

5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, pendidikan awal kanak-kanak perlu diterapkan sejak awal lagidalam kalangan anak-anak agar dapat membina tingkah laku yang baik. Selain itu, para pendidik perlu menjadi role model agar jadi contoh teladan yang baik untuk pelajar. Nilai-nilai murni juga perlu di amalkan. Tugas untuk membentuk sahsiah pelajar bukan tugas guru agama semata-mata malahan tugas semua para pendidik. Para pendidik juga perlu menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan ajaran Islam. Selain itu, ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa bukan sahaja perlu memberkan didikan agama yang secukupnya malah perlu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak. Bagi pihak sekolah pula, Al-Quran perlu dijadikan subjek wajib untuk semua golongan masyarakat. Subjek Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca dan ditulis malah perlu diamalkan segala nilai-nilai murni yang terkandung dalam Al-Quran. Pemikiran Ibn Sina di atas membuktikan bahwa ia adalah seorang tokoh pendidikan Islam, di samping bidang-bidang lain yang dikuasainya. Oleh karena itu di antara pemikirannya patut dianalisis dan perlu dijadikan referensi dalam pengembangan pendidikan Islam saat ini. Dalam hal ini, pemikirannya patut dikembangkan dan diaktualisasikan karena dianggap relevan dengan kondisi pendidikan Islam,

khususnya di Indonesia