falsafah dan etika guru

20
Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK ISI KANDUNGAN Penghargaan 2 Jawapan (A) 3 Jawapan (B) 6 Jawapan (C) 8 Rujukan 11 Lampiran 12 1

Upload: nur-murniyati-mohamed-yusop

Post on 17-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 2

Jawapan (A) 3

Jawapan (B) 6

Jawapan (C) 8

Rujukan 11

Lampiran 12

1

Page 2: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini bagi

memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Pendidikan Lepasan

Ijazah (Kursus Dalam Cuti) (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), IPG

Kampus Ipoh, Perak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En.

Mustafa Kamal bin Alias, penyelaras Falsafah & Etika Guru dan Tuan Haji

Ahmad bin Ahmad Rusdi selaku tenaga pengajar yang telah banyak

memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan

seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan

bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah

membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi

menyiapkan tugasan projek ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan

yang lebih baik jua. Amin.

2

Page 3: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

(A) Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana

tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui

keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi

pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia.

Untuk merealisasikan aspirasi negara iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, guru perlu

menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara

berkesan dan menyeluruh di sekolah. Selaras dengan slogan yang

dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Mohamad, pada tahun 1981, selepas pelantikannya sebagai Perdana

Menteri keempat, iaitu ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ (Mahathir, 2011), guru

harus menjadi contoh yang baik bagi merealisasikan usaha murni ini.

Falsafah Pendidikan Guru telah digubal bagi menjelaskan ciri-ciri guru

teladan yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan

negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat

yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Mengikut falsafah ini, diharapkan terhasilnya warga pendidik yang berkualiti

daripada segi profesional, peribadi, sosial dan amalan tingkah laku,

menguasai ilmu, kemahiran dan amalan-amalan nilai-nilai keguruan, serta

berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan

wawasan pendidikan dalam abad ke-21 (Noriati, Lee, Zulkufli, Zakiah, 2014).

Menurut Razak, Awang & Azizi (2014), rakyat Malaysia yang berilmu

adalah rakyat yang mendaulatkan ilmu dengan melaksanakannya secara

bersunguh-sungguh. Guru berperanan mencari, meneroka dan menyelidik

apa jua ilmu sebelum mereka mula mengajar anak didik mereka. Guru boleh

menerapkan kepada murid tentang kepentingan menuntut ilmu tanpa

3

Page 4: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

mengira batasan masa dan ruang kerana ilmu bukan sahaja boleh didapati di

kelas-kelas tetapi melalui pemerhatian, pengalaman, perkongsian cerita dan

aktiviti-aktiviti luar kelas. Guru juga boleh menunjukkan contoh yang baik

dengan membudayakan tabiat suka membaca walau di mana pun berada.

Semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP), guru boleh

menambah pengetahuan-pengetahuan baru yang diperoleh daripada

pembacaan atau laman sesawang di dalam matapelajaran yang diajar. Ini

bukan sahaja menarik minat murid tetapi menunjukkan contoh yang baik

kepada murid. Guru juga harus sentiasa mengingatkan murid untuk

membuat islah dalam menuntut ilmu iaitu memastikan ilmu yang diperoleh

ditingkatkan supaya hari esok lebih baik dari hari ini serta berusaha

menyebarkannya bak kata pepatah Arab ‘Ilmu tanpa amal, ibarat pohon

tanpa buah’. Budaya menyebarkan ilmu ini mendidik murid-murid tidak

mementingkan diri sendiri sekaligus menggalakkan mereka supaya berfikiran

luas, jauh dan terbuka (Noriati, Lee, Zulkufli, Zakiah, 2014).

Individu yang mempunyai ketrampilan diri yang hebat seharusnya

memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang sesuai dengan

tugas (Noriati, Lee, Zulkufli, Zakiah, 2014). Semua jerih perih yang dilalui

oleh setiap guru untuk memiliki ikhtisas pendidikan membuktikan mereka

mampu dan layak mendidik anak bangsa dengan ilmu yang diperoleh. Murid

dapat memperoleh kemahiran-kemahiran dan kelayakan-kelayakan tertentu

melalui bimbingan guru di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai

contoh, di dalam badan unit beruniform, Bulan Sabit Merah Malaysia, murid

diajar kemahiran-kemahiran pertolongan cemas dan rawatan sukan yang

boleh diaplikasikan di dalam dan di luar sekolah. Sehubungan dengan itu,

guru dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berfungsi secara maksima

dalam menjalankan tugas masing-masing dengan dedikasi, cekap dan

sempurna melalui pengarahan yang jelas dan teratur.

Akhlak yang mulia menjadi tunjang utama kehidupan bermasyarakat.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia harus mengamalkan perlakuan baik

dan menjauhi perlakuan buruk (Razak, Awang & Azizi, 2014). Nilai-nilai ini

dapat diterapkan melalui peranan guru sebagai ‘role model’ dan teladan bagi

4

Page 5: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

murid. Guru harus sentiasa mempamerkan sahsiah yang baik melalui

perlakuan lisan dan bukan lisan sama ada semasa bertugas atau semasa

berada dalam masyarakat. Justeru, guru harus pandai mengawal tingkah

laku dan emosi kerana semua perlakuan guru sentiasa diperhatikan oleh

murid dan diambil perhatian oleh masyarakat sekeliling. Selain itu, guru

berperanan mempamerkan kasih sayang kepada murid dan dalam hubungan

bermasyarakat seperti mengucapkan salam atau selamat, memberi kata-kata

pujian dan perangsang, atau memeluk murid untuk memberi semangat

apabila diperlukan serta semua ini dilakukan mengikut batasan yang

dibenarkan. Murid akan turut terkesan dengan perlakuan positif ini, sekaligus

menterjemahkannya melalui perlakuan dengan keluarga, rakan taulan dan

masyarakat sekeliling. Guru harus mengelakkan perasaan benci membenci

agar contoh buruk ini tidak ditiru oleh murid.

Mutakhir ini, kerosakan akhlak remaja acapkali menjadi tajuk utama

akhbar-akhbar tempatan. Semua ini berpunca dari sikap kurang

bertanggungjawab remaja itu sendiri terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Guru sebagai salah satu agen perubahan masyarakat berperanan menanam

sikap bertanggungjawab ini di sekolah. Menurut Noriati, Lee & Zulkufli,

Zakiah (2014), rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah individu yang

menyedari tugas dan tanggungjawab ialah amanah dan mesti dilaksanakan

dengan sempurna, menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah,

sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran, mematuhi peraturan dan

undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara. Guru boleh menjayakan hasrat ini

dengan datang awal ke sekolah, memakai tanda nama serta pakaian yang

kemas dan bersesuaian, menepati masa masuk ke kelas dan tegas dalam

memastikan tugasan murid dihantar pada waktunya. Semua ini menjadi

contoh kepada murid agar bertanggungjawab dalam setiap perlakuan

mereka. Guru juga harus menegaskan kepada murid kesan sikap tidak

bertanggungjawab dan sambil lewa contohnya terhadap masa dan tugas

boleh menggangu produktiviti kerja sekaligus memberi kesan buruk kepada

orang sekeliling.

5

Page 6: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

Akal yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat. Oleh yang

demikian, bagi mencapai hasrat melahirkan rakyat Malaysia yang

berkeupayaan menjaga kesejahteraan diri, iaitu berfikiran waras, jiwa tenang,

badan yang sihat, mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi

cabaran hidup dan mewujudkan perhubungan baik, pelbagai program boleh

dilaksanakan di sekolah. Antaranya, aktiviti 1Sukan 1Murid boleh membantu

murid membina tubuh badan yang sihat dan cergas kerana mereka

berpeluang belajar dan bermain sekurang-kurangnya satu jenis sukan di

sekolah. Melalui aktiviti sukan dan permainan, murid belajar menanam

keyakinan diri berhadapan dengan khalayak, mengawal diri secara emosi

atau jasmani melalui tekanan yang dihadapi, serta mewujudkan daya

ketahanan yang kuat apabila berhadapan dengan pihak lawan. Mereka juga

belajar bekerjasama dan sekaligus belajar bertolak ansur sesama rakan

sepasukan.

Kesimpulannya, semua usaha yang disebut di atas jika dilakukan oleh

guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan

kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

(B) Transformasi ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebuah

masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi

semata-mata, tetapi juga perlu berasaskan kemajuan sosial, budaya, intelek

dan rohani. Cabaran besar yang perlu ditangani dalam usaha tersebut ialah

peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya

masyarakat. Kod etika profesional adalah satu ‘alat kawalan’ sosial yang

digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah

yang lebih beretika. Etika kerja mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia

harus difahami, dihayati dan dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip

berikut, iaitu; niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah

kebaikan, memperkotakan apa yang dikata dan berdisiplin serta beradab.

6

Page 7: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

Memegang status penjawat awam, guru perlu mematuhi kod etika

penjawat awam, khususnya kod etika profesion keguruan demi menjaga

imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seorang guru. Di Malaysia,

imej yang dipertontonkan oleh guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak

muridnya supaya imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan dipandang

tinggi. “Tatasusila Profesyen Keguruan” adalah landasan dan garis panduan

untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

“Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan

ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,

taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, menyedari betapa

pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat

yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan

perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara. Dengan menyedari betapa

besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai

kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila

berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan

profesion kami ke taraf kesusilaan yang setingi-tingginya.”

Pertama, kod etika profesion keguruan menggariskan guru

bertanggungjawab sepenuhnya kepada murid-murid mereka. Mereka harus

lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain

lain. Guru tidak boleh lewat masuk ke kelas untuk mengelakkan berlakunya

hal-hal yang tidak diingini seperti kemalangan di dalam atau di luar kelas.

Guru juga harus bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira

faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau

agama. Guru perlu bersikap neutral kepada semua orang murid tanpa

memilih kasih. Hal ini menjadikan guru lebih bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas mulia mereka dan .

Kedua, guru juga bertanggungjawab terhadap ibu bapa kepada murid-

murid mereka. Antara tugas yang boleh dilaksanakan ialah memberikan

maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan

menggunakan maklumat yang diterima daripda ibu bapa secara teliti dan

7

Page 8: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

bijaksana. Guru berpeluang berjumpa ibu bapa untuk berbincang mengenai

prestasi anak mereka dan mendengar sendiri pendapat dari ibu bapa

mengenai sikap dan cara belajar anak-anak mereka agar guru dapat

memaksimumkan maklumat ini dalam membantu murid mencapai

kecemerlangan. Hal ini dapat meningkatkan hubungan baik dan keyakinan

ibu bapa kepada guru sekaligus memberi impak positif kepada guru dalam

hubungan sosial.

Ketiga, dalam tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,

guru harus menghormati masyarakat di tempat berkhidmat dan memenuhi

segala tangungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup

mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Sebagai

sebahagian daripada ahli komuniti masyarakat di sesuatu tempat, guru harus

turut serta dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan seperti

gotong-royong, program motivasi, lawatan ke rumah anak-anak yatim, orang

kelainan upaya atau rumah kebajikan orang-orang tua. Dalam lawatan ini,

contohnya, guru dapat berkongsi kisah suka duka mereka, mendengar

masalah mereka dan memberi semangat serta dilatih menyumbang tenaga,

masa dan wang tanpa mengira penat lelah.

Kesimpulannya, tanggungjawab guru kepada murid, ibu bapa,

masyarakat dan negara jika dilaksanakan dengan amanah dan cemerlang,

dapat membentuk sahsiah guru seterusnya memartabatkan kerjaya guru.

(C) Malaysia sebagai sebuah negara unik, yang mana rakyatnya

berbilang kaum, memerlukan satu gagasan yang jelas, mudah difahami dan

berkesan untuk dihayati oleh setiap rakyatnya. Guru merupakan salah satu

agen perubahan yang memegang tanggungjawab besar ini untuk dijayakan

di sekolah bagi menjaga keharmonian negara. Oleh itu saya sebagai

seorang guru harus proaktif mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu

menjayakan konsep kesedaran diri dan keharmonian kaum di sekolah untuk

anak-anak murid.

8

Page 9: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, sedar membawa maksud tahu

dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf dan mengerti.

Berdasarkan maksud ini konsep kesedaran diri adalah keadaan di mana

seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman

mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti

seseorang mengenali emosi dan kesannya. Keharmonian pula bermaksud

keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian

(Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagi membentuk remaja yang mempunyai

kesedaran diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu

mengekalkan keharmonian kaum, ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh saya di

sekolah ialah mengenali tabiat dan peribadi diri, berupaya menjelaskan

tindakan dan tingkah laku, melakukan penyesuaian yang perlu apabila

berhadapan dengan orang lain dan memberi keprihatinannya kepada

persekitaran.

Ceramah Gagasan 1 Malaysia yang dikendalikan oleh wakil badan-

badan kerajaan boleh diadakan di sekolah saya bagi membina jati diri murid

agar menjadi insan cemerlang dalam menjalani kehidupan seharian.

Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan pada 3 April 2009 oleh Dato’ Seri

Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya

yang berbunyi :

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-

nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

Melalui ceramah ini, murid-murid diberi pendedahan konsep 1Malaysia yang

merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada yang telah

dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi

menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang

lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia

digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi

negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari

rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

9

Page 10: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

Selain itu, saya juga boleh mengadakan program ‘Hari Keharmonian

Kaum’ di sekolah atau melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti luar anjuran

badan-badan kerajaan atau swasta yang bertujuan mengetengahkan konsep

kesedaran diri dan keharmonian kaum. Melalui program-program ini, semua

murid berpeluang melihat, mencuba dan meneroka aktiviti-aktiviti yang

dijalankan dalam program tersebut serta melibatkan pelbagai kaum. Antara

aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan memupuk

kesedaran diri ialah pameran dan demonstrasi makanan serta nilai-nilai

murni dan budaya, pelancaran buku dan logo nilai murni, persembahan

tradisi, pameran baju-baju tradisi pengantin adat perkahwinan pelbagai

budaya dan kenduri rakyat. Murid berpeluang mencuba semua jenis aktiviti

ini dan merasai pengalaman-pengalaman berbeza dan belajar menghargai

perbezaan yang terdapat dalam kalangan rakyat negara ini. Ini membantu

memberi mesej kepada murid betapa pentingnya menghormati budaya kaum

lain dan hidup secara berharmoni tidak kira sama ada bangsa Melayu, Cina,

India, Iban, Kadazan, Serani atau bangsa-bangsa lain di negara ini.

Gambar 1: Contoh-contoh aktiviti kesedaran diri dan keharmonian kaum

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti berkenaan mampu menjayakan konsep

kesedaran diri dan keharmonian kaum dalam kalangan murid. Mereka dapat

belajar hidup berharmoni bersama kaum lain walau di mana sahaja mereka

berada.

10

Page 11: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

RUJUKAN

Abd. Razak bin Abdul Kadir, Awang bin Abdullah, Azizi bin Jaafar (2014).

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn. Bhd.

http://dutanlps.blogspot.com/2010/07/hari-keharmonian-kaum.html

http://peraktoday.com.my/2014/12/festival-kuala-kangsar-pengisian-menarik-

sempena-sambutan-tahun-baru-2015/

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harmoni

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KESEDARAN+DIRI

http://www.scribd.com/doc/14055811/Guru-Merealisasikan-FPK-Cabaran-

Guru-Model-Taba-Dan-Tyler#scribd

http://www.scribd.com/doc/85548682/Apakah-Peranan-Guru-Dalam-

Merealisasikan-Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan#scribd

https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf

Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin

(2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Tun Dr Mahathir Mohamad (2011), A Doctor in The House : The Memoirs of

Tun Dr Mahathir Mohamad, Petaling Jaya: MPH Group Publishing

Sdn Bhd.

11

Page 12: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

LAMPIRAN

a) Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua)

- Model Konseptual Pendidikan Guru

12

Page 13: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

Festival Kuala Kangsar, Pengisian Menarik Sempena Sambutan Tahun Baru 2015 Posted on   Monday, December 15, 2014 4:10 pmDecember 15, 2014    245 views  

IPOH : Sempena ambang tahun baru 2015 yang akan menjelang tidak lama lagi, Kuala Kangsar Bandar Diraja turut mempunyai pengisian tersendiri yang berbentuk ilmiah dan hiburan dalam mempromosikan kesenian yang terdapat di Kuala Kangsar itu sendiri. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Shahrom Datuk Abdul Malik penganjuran Festival Kuala Kangsar dianjurkan khusus bersempena sambutan tahun baru dengan beberapa pengisian menarik bermula 18 Disember ini.

“Pada 18 haribulan ini akan diadakan pertandingan futsal terbuka jawatankuasa penduduk bagi kawasan Kuala Kangsar dan Padang Regas pada pukul 8 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak. Karnival Nilai-nilai Murni Semarak Warisan pula akan diadakan pada 20 Disember bermula 8 pagi hingga 10 malam bertempat di Dataran Sungai Perak Indah, Kuala Kangsar,” katanya. Sementara itu, pertandingan futsal melalui Karnival Ramah Mesra Jawatankuasa Penduduk Parlimen Sungai Siput dijangka berlangsung pada 21 Disember anjuran jawatankuasa Penduduk Zon Parlimen Sungai Siput, di Dewan Belia Sungai Siput.

Acara kemuncak menyambut tahun baru iaitu pada 31 Disember ialah Karnival Aspirasi Seni Warisan Negeri Perak (PILAR), bertempat di Laman Budaya Kuala Kangsar menjanjikan pengisisan yang menarik buat semua. Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohamad Kamil Shafie memberitahu, penganjuran PILARE ini bakal melibatkan 200 penggiat seni daripada pelbagai medium kesenian.“Penglibatan penggiat seni orang tempatan daripada Perak sendiri merangkumi pelbagai bidang dengan mengambil sumber aspirasi daripada bangunan warisan terdapat di Kuala Kangsar,” katanya. Perasminaan PILARE bakal diadakan di Galeri Sultan Azlan Shah pada sebelah paginya manakala pada sebelah malam diadakan persembahan seni dan warisan kebudayaan bertempat di Laman Budaya. Panjuran festival ini melibatkan Kelab Fotografi Perak (ASFON), Persatuan pelukis Perak bersama Perak Heritage Society bakal  menganjurkan pelbagai bengkel fotografi, seramik dan lukisan serta pertandingan ‘Fotografi 1 Kuala’ buat semua pengunjung yang berminat.

Penglibatan pelukis Anak Perak yang terkenal seperti Juhari said dan Jalaini Abu Hassan diharap memberi keunikan tersendiri dalam program yang dirangka ini di tambah pula pengisian berkenaan  seni halus, fotografi, seni visual dan seramik. Sementara itu, menurut Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak, Syahruddin Abdul Hamid penganjuran festival ini mengadaptasi medium seni sebagai medium utuk mempromosikan pelancongan dengan penambahan  elemen ilmu dan info selain hiburan sahaja. “Festival ini bukannya hiburan semata-mata tetapi mengetengahkan konsep rakyat, seni, ketuhanan dan kemasyaraktan,” katanya. Orang ramai dijemput

13

Page 14: Falsafah Dan Etika Guru

Falsafah dan Etika Guru (EDSC2102) DPLI KDC SABK

memeriahkan festival ini termasuklah pegiat seni daripada Perak bagi berkongsi keunikan yang terdapat di Kuala Kangsar kepada mata dunia.

c) Program Festival Kuala Kangsar, anjuran Manjlis Perbandaran Kuala

Kangsar sempena ambang tahun baru 2015

14