isu etika guru

48
FALSAFAH DAN ETIKA GURU KOD : EDC 2101 AHLI KUMPULAN : 1) ROHAIDA BINTI HUSAIN 2) ROSE ANIZA BINTI ABDULLAH 3) KHAIRUNISA BINTI 4) KARTINI BINTI KASSIM 5) MOHD MARZUAN BIN ABU DISEDIAKAN UNTUK: EN TAN ENG HUAT

Upload: yie

Post on 11-Nov-2015

260 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ETIKA GURU

TRANSCRIPT

FALSAFAH DAN ETIKA GURU KOD : EDC 2101

FALSAFAH DAN ETIKA GURUKOD : EDC 2101AHLI KUMPULAN :ROHAIDA BINTI HUSAIN ROSE ANIZA BINTI ABDULLAHKHAIRUNISA BINTIKARTINI BINTI KASSIMMOHD MARZUAN BIN ABU

DISEDIAKAN UNTUK: EN TAN ENG HUATPenyalahgunaan masaAntara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah: guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluardaripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan sebagainya.Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir.Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak elok seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir.Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid murid. KESAN ISU PENYALAHGUNAAN MASA Merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah.

Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. KESAN ISU PENYALAH PENGGUNAAN MASA KEPADA PROFESION KEGURUANGuru perlu membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu.Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melkukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran.PEMBAZIRAN WAKTUPembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai.MENEPATI WAKTU

CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU MENGGUNAKAN TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. TEORI PILIHANmembincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.

12sambunganGuru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai.Kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. sambunganBagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka.

14sambungan Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.

TERAPI REALITITerapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions), E(evaluation) dan P(planning).

Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi ) guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa.Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Guru hendaklah menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil.

Matlamat-matlamat tersebut ialah:

Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.18Directions ( terarah dan lakukan )pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku.

SambunganEvaluation ( penilaian )Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

Plan (perancangan)Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:

KESIMPULANSecara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga melibatkan hukum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkara-perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian.penyalahgunaan wangContoh penyalahgunaan wang ialah:

memalsukan invois dan pesanan kerajaanmemaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelianMengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsuguru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri,guru tidakmengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku:Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri.Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya.

Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan.Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas batas tatacara pengurusan kejayanya.Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan jugaa dalah lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Selain itu juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir butir perbelanjaan untuk kepentingan diri.

KESAN ISU DAN ETIKA GURU (PENYALAHGUNAAN WANG)Merosotnyaprestasidan profesion sebagai guru Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak anak mereka.Mempunyai sikap tamak dan ingin hidup dan mewahRakan sejawat akan menyisihkan guru yang menyalahgunaan wangNama disenaraikan hitamkanMasalah kenaikan pangkat dan gajiMemalukan institusi keluargaDitukarkan ke kawasan pedalamanDigantung kerja

Merosotnyaprestasidan profesion sebagai guru

Kesan akibat perbuatan penyalahgunaan wang akan menyebabkan profesion dan imej sebagai guru tercalar.Guru merupakan role-model kepada murid-murid dan perlu menunjukkan contoh yang terbaik dan mengamalkan nilai-nilai murni.Jika perkara sebegini berlaku maka murid-murid akan hilang rasa hormat terhadap guru.Dipandang sinis oleh masyarakatMasyarakat merupakan orang sekeliling yang sentiasa menilai kredibiliti guruSeandainya perkara sebegini terjadi masyarakat memandang serong dan kepercayaan terhadap guru sebagai pendidik akan hilang.

Mempunyai sikap tamak dan ingin hidup dan mewah

Guru juga merupakan manusia biasa yang mempunyai pelbagai perasaan dan keinginanNamun terdapat guru yang mempunyai nafsu yang besar terhadap kebendaan atau meterealistikSituasi ini menyebabkan guru lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dan sanggup menyeleweng wang semata-mata untuk memenuhi keinginan diri.Seperti pepatah Melayu orang yang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang

Rakan sejawat akan menyisihkan guru yang menyalahgunaan wang

Kesan penyalahgunaan wang akan memberi implikasi yang besar terhadap sosial guru itu sendiri.Rakan-rakan sejawat akan menyisihkan guru tersebut.

Nama disenaraikan hitamkan

Kesan seterusnya ialah nama guru yang terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan wang akan disenarai hitamkan oleh pihak sekolah, jabatan pelajaran dan direkodkan sebagai jenayah kolar putih oleh pihak polis.Kesan dari kesalahan ini semua perkara berkaitan dengan profesion guru tersebut akan dibatalkan seperti pinjaman bank dan lain-lain.

Masalah kenaikan pangkat dan gaji

Kesan lain ialah masalah kenaikan pangkat dan gaji kerana nama guru yang melakukan kesalahan ini akan disenarai hitamkan.Guru yang bermasalah ini akan mendatangkan implikasi neagtif seperti kesukaran untuk dinaikkan pangkat dan gaji.

Memalukan institusi kekeluargaanKesan dari kesalahan ini bukan hanya pada diri guru itu sahaja namun melibatkan juga ahli keluarga.Contohnya ibu bapa yang mengetahui situasi ini akan merasa malu dengan tindakan anaknya.Atau anak-anak kepada guru tersebut akan terasa disindir oleh rakan-rakan mereka.

Ditukarkan ke kawasan pedalaman

Guru yang bermasalah atau melakukan kesalahan kebiasaannya akan ditukarkan ke kawasan pedalaman untuk diberikan pengajaran.Situasi ini adalah untuk menyedarkan guru tersebut tentang kepentingan kredibiliti, tanggungjawab, peranan dan amanah dalam memikul tugas sebagai seorang guru.

Digantung kerja

Sekiranya kesalahan tersebut terlalu berat tindakan tatatertib akan dikenakan.Contohnya digantung kerja sehinggalah kes perbicaraan selesai.Cadangan mengatasi etika penyalahgunaan wang

Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JatidiriKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang palingampuh untuk membenteras gejala ini. Kekuatan Iman dan jati diridapat menangkis habuan salahguna wang sekali pun tiada sesiapa tangtahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

MemasukkanBahaya SalahgunawangDalam SistemPendidikanBencikepadasalahgunawangakandapatdihayatidalam dirisekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasiyangdididik bencisalahguna wangmembesar menjadiindividu yanglebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanyamembentuk generasi akan datang yang bebas daripada gejala ini.

Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagiagar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah ini jika tidakdibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itumereka akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuahlantaran hukuman berat yang bakal diterima. Memudahkan Urusan Menggunakan ICTProsedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihanICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perludiringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya parapeniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-matauntuk mempercepatkan proses.

KekanganKelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan Arahan yang tidak selaras di antara pihak pentadbir*Seperti arahan daripada Pengetua dan Penolong Pentadbiran dalam kutipan yuran persekolahanCara menguruskan kewangan semasa bertugas

47

Cara menguruskan kewangan diri sendiri & keluarga