falsafah

9
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun selepas menjadi salah sebuah negara yang merdeka. Jadi, terdapat banyak perubahan yang telah dilalui sepanjang tempoh selepas itu. Antaranya ialah dari segi visi kerajaan Malaysia yang mana mereka mementingkan pendidikan berkualiti untuk melahirkan insan yangterdidik untuk memimpin negara pada masa akan datang supayanegara aman dan sejahtera. Selari dengan itu, kerajaan juga melancarkan misi yang mahu dicapai oleh mereka iaitu kerajaan ingin melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Oleh itu, di sini, kita dapat melihat bahawa visi dan misi kerajaan saling berkait rapat antara satu sama lain dan perlu disatukan bersama untuk mencapai kehendak serta merealisasikan harapannya. Ekoran daripada senario visi dan misi kerajaan maka lahirlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah satu falsafah yang mana menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kemudian, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) turut diperkenalkan selari dengan FPK iaitu untuk menghasilkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

Upload: muhd-tajuddin

Post on 12-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei falsafah

TRANSCRIPT

Page 1: falsafah

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun selepas menjadi

salah sebuah negara yang merdeka. Jadi, terdapat banyak perubahan yang telah dilalui

sepanjang tempoh selepas itu. Antaranya ialah dari segi visi kerajaan Malaysia yang mana

mereka mementingkan pendidikan berkualiti untuk melahirkan insan yangterdidik untuk

memimpin negara pada masa akan datang supayanegara aman dan sejahtera. Selari

dengan itu, kerajaan juga melancarkan misi yang mahu dicapai oleh mereka iaitu kerajaan

ingin melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu

bagi memenuhi aspirasi negara. Oleh itu, di sini, kita dapat melihat bahawa visi dan misi

kerajaan saling berkait rapat antara satu sama lain dan perlu disatukan bersama untuk

mencapai kehendak serta merealisasikan harapannya.

Ekoran daripada senario visi dan misi kerajaan maka lahirlah Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah satu falsafah yang mana

menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kemudian, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) turut diperkenalkan selari dengan FPK

iaitu untuk menghasilkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin. Di sini, kita dapat melihat kronologi-kronologi

bagaimana falsafah-falsafah ini diperkenalkan.

Pada hari ini, kita dapat melihat 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mahu dilaksanakan berperingkat-

peringkat bermula 2013 hingga 2025 yang mana tujuan pelan ini dilaksanakan adalah untuk

meningkatkan lagi sistem pendidikan negara yang berkualiti bagi melahirkan individu yang

berfikiran kreatif dan kritis serta dapat menyumbang idea yang bernas kepada negara untuk

bersaing diperingkat global. Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang

memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global,

Page 2: falsafah

iaitupengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika

dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Istilah

falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna mencintai) dan

Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan

Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Menurut Russell (1946), falsafah dimaksudkan sebagai sesuatu fahaman atau

pengertian di antara teologi dan sains. Ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi

spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan. Manakala seperti pendekatan

sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan

fahamannya.Oleh itu, Russell memandang falsafah merupakan sebagai sesuatu bidang

kawasan tanpa manusia, didedahkan untuk serangan antara teologi dan sains.Menurut E.D

Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai

usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

Sehubungan ini, falsafahpendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir secara

rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Ringkas kata, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau

pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan

daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan

falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman

untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Pada asasnya, konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep falsafah

dan pendidikan. Secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal

dalam pendidikan, yang berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk

membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian

pengkaji.

Page 3: falsafah

ESEI

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal bertujuan sebagai panduan bagi

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG telah menjelaskan jenis guru

yang diperlukan oleh negara kita. Antara perkara yang terkandung di dalam FPG ialah “guru

yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi

negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Berdasarkan kenyataan diatas, pentingnya guru berusaha kearah merealisasikan FPG. Jika

kita lihat, kewujudan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru

sesuai dengan apa yang terkandung dalam FPG. Hal ini bertujuan bagi mendidik dan

melahirkan anak bangsa yang cemerlang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

FPG banyak memberi impak yang besar dalam usaha melahirkan guru-guru yang

berdaya saing di peringkat global. Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh guru

untuk mendidik generasi muda selaras dengan kemahuan FPG. Antaranya ialah seorang

guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada

murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan

fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat. Ini bermakna seseorang guru mesti

mempunyai nilai sahsiah diri yang baik.Seseorang guru mestilah berbudi bahasa, bersopan,

berdisiplin, bermoral dan sebagainya.

Bak kata pepatah “Guru kencing berdiri, Murid kencing berlari”. Hal ini kerana guru

merupakan rol model kepada murid-murid.Setiap tingkah laku yang dilakukan akan

mencerminkan keperibadian guru itu sendiri.Jika guru tidak menjaga semua nilai ini,pastinya

semua murid akan mengikut jejak perbuatan yang dibuat oleh guru. Sekiranya seseorang

guru tidak menjaga disiplin diri sama ada di sekolah atau luar sekolah ini akan memberi

teladan yang buruk kepada murid-murid seperti merokok di kawasan sekolah,memandu

kereta dengan kelajuan yang tinggi dan lain-lain. Murid-murid akan belajar semua perbuatan

yang dibuat oleh guru dan ini akan menyebabkan pembentukan sahsiah seorang murid

terjejas.Ia juga akan menjejaskan pembangunan sesebuah negara kerana kekurangan insan

yang cemerlang pada masa yang akan datang.

Selain itu, guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan

bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas

yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam

Page 4: falsafah

bidangnya.Dalam zaman perkembangan teknologi yang serba canggih ini, guru seharusnya

mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan

teknologi.Sebagai guru,kita mesti berusaha memajukan diri agar tidak ketinggalan dari segi

profesional.

Seperti pembelajaran masa kini, buku bukan lagi menjadi medium untuk

pengajaran.Peralatan yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar pun sudah

berubah.Seperti pada zaman dahulu,papan hitam merupakan tempat untuk penyampaian

pembelajaran. Selepas itu, ia berkembang kepada penggunaan power point yang mana

penggunaannya lebih menarik, ringkas dan mudah difahami.Namun kini, ia terus

berkembang lagi selaras dengan kemahuan sistem pendidikan abad ke-21.Sebagai

guru,kita mesti tahu perkembangan teknologi dan cara pembelajaran masa kini dari semasa

ke semasa. Tambahan pula, kebanyakan pembelajaran sekarang menggunakan laman

internet.Kemudahan yang disediakan dalam internet akan memudahkan guru untuk mencari

maklumat.Jika seseorang guru tidak tahu melayari internet,pastinya mereka akan

ketinggalan.

Di samping itu, guru seharusnya bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi

dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk

mencapai sesuatu perkara. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen

yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik

generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya

pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu

menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis.

Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti sudah pasti aspirasi negara

tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru inilah yang akan

menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung aspirasi negara Malaysia.

Contohnya, guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik

pelajar dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan

guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di dalam kelas yang sepatutnya

tanpa sebarang alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

Jika kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya

menjunjung hasrat negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang bertindak

untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di Malaysia.

Page 5: falsafah

Seterusnya, negara kita kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru,

kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja dari segi

adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional, permainan

tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua aspek ini perlu

dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya

dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah diwarisi

sejak zaman berzaman. Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai

ini, guru boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan

dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan Malam Kebudayaan dan Warisan di mana

pada malam tersebut setiap kaum yang ada di Malaysia bolehlah menonjolkan keunikan

budaya masing-masing. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan

budaya kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam

memelihara warisan kebudayaan negara.

Guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan

pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri pelajar

supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti. Sekiranya

guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak mustahil penjajah akan kembali

mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula negara kita. Anasir-anasir luar sentiasa

menantikan peluang untuk menjajah semula sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda

yang bakal dilahirkan oleh warga pendidik inilah yang akan berjuang untuk mempertahankan

kemerdekaan dan keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam

menerapkan unsur patriotisme dalam diri para pelajar.

Guru juga berperanan untuk membentuk generasi muda memperkembangkan diri

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas guru bukan sahaja mengajar, malah

perlu memberi sokongan, dorongan, nasihat dan sebagai tempat rujukan murid.Melalui

pendidikanlah potensi individu boleh diperkembangkan dan digilap. Unsur jasmani ialah

unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan

fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang

amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana

memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi

yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula

merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya.

Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan.

Page 6: falsafah

Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana

dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua

unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Perkembangan potensi individu telah membawa kepada

perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

Di samping itu juga, guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin

murid-muridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka

akan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-

anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit,

agama dan kaum. Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan

yang dikendalikannya dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi

antara satu sama lain dan tidak hanya hidup berpuak-puak.Aktiviti-aktiviti pengajaran dan

pembelajaran hendaklah menuju ke arah perkembangan potensi murid secara menyeluruh

dan bersepadu.

Di samping itu, kedua-kedua falsafah ini mempunyai implikasi tersendiri terhadap

sistem pendidikan negara. Dalam FPK, implikasi yang pertama, FPK adalah satu dokumen

rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta

matlamat dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh

kaum pendidik bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Kedua,

para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Dalam hal

tersebut, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang

sains dan teknologi. Ketiga, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan

tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan

kemahiran sahaja. Malahan, pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang

serius.

Seterusnya dalam FPG, pertama, memang tidak dapat dinafikan bahawa FPG

menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan

2020. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa,

masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai

yang berkesan. Kedua, guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid.

Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik umpama pepatah melayu

“bapa borek, anak rintik” yang mana tingkah laku seorang guru mempengaruhi tingkah laku

empat puluh orang murid.

Page 7: falsafah

Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada

FPK dan FPG dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, sudah pasti matlamat

dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian

sahaja. Gurumerupakan tonggak utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam mendidik dan melahirkan anak bangsa

yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.