falsafah

12
Bab 2 Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia: Selepas Merdeka

Upload: siaw-zhen-liew

Post on 18-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Bab 2 Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia: Selepas Merdeka

Penyata Rahman Talib (1960)Pada Jun 1960, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaan telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib,Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini bertanggungjawab:menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Penyata Razak;memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.Jawatankuasa ini menghasilkan 1 laporan iaitu Penyata Rahman Talib (Akta Pelajaran 1961)mencadangkan menghapuskan semua sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda dan digantikan dgn sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaanbertujuan mencapai perpaduan nasional.

Implikasi Cadangan Penyata Rahman Talib Bahasa Melayu menjadi bahsa pengantar utama selain menjadi syarat lulus bagi calon-calon sekolah menengah dan latihan perguruan

Pemberian insentif dicadangkan untuk guru-guru sebagai ganjaran berusaha bersungguh-sungguh memperoleh kelulusan yang baik dalam Bahasa Melayu

Cadangan-cadangan Penyata Rahman Talib Lain

pendidikan secara percuma di sekolah rendahsistem kenaikan darjah secara automatik sehingga tingkatan 3peperiksaan penilaian darjah 5 diwujudkanpendidikan moral dititikberatkanpendidikan teknikal dan vokasional dipertingkatkanpelajaran agama islam diajar jika terdpt sekurang-kurangnya 15 muridkawalan mutu pelajaran ditingkatkan di sekolah rendah oleh jemaah nazirprogram latihan perguruan diberi penekanan

Akta Pelajaran (1961)Akta ini boleh diringkaskan seperti:

3.Dasar pendidikan Persekutuan bertujuan untuk menubuhkan sistem pendidikan kebangsaanyang akan memupuk perkembangan kebudayaan,ekonomi dan politik negara ini, di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

AspekHuraian

Tahap pendidikan*Pendidikan tahap rendah*Pendidikan tahap menengah rendah*Pendidikan tahap menengah atas*Pendidikan di institusi pendidikan, contoh: kolej, maktab perguruanPendidikan rendah*Wajib bagi semua kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan*Diberi secara percuma*Ditawarkan di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolahjenis kebangsaan

Jadual Akta Pelajaran 1961

PendidikanMenengahDitawarkan di sekolah:*menengah rendah biasa*menengah atas biasa*menengah atas trade*menengah atas teknik*menengah atas vokasional*menengah yang diluluskan oleh Menteri PelajaranPendidikan IslamDitawarkan jika terdapat 15 orang atau lebih yang beragama IslamDiajar oleh guru-guru agama yang terlatihDiadakan sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu pada waktu persekolahan

Jadual Akta Pelajaran 1961

Laporan Hussein Onn (1971)Jawatankuasa Laporan Hussein Onn diketuai Hussein Onn sebagai menteri pelajaran Bertujuan menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur persekolahanRasional sebalik dasar: Ini di atas rasa kesedaran bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahsa ini boleh mempertingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi, perdagangan dan juga hal-ehwal antarabangsa. Peringkat penguansaan Bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sisitem pendidikan.Ringkasnya, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, namun Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa diiktiraf dan dijadikan bahasa kedua

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979(Penyata Mahathir)Tujuan utama : Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

Persamaannya dengan tujuan Akta Pendidikan 1961 dan Laporan Hussein Onn ialah untuk menyatupadukan rakyat

Cadangan-cadangan laporan:Tumpuan diberi kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengiraKedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkanFokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diinginiPendidikan menengah atas dibahagi kepada 2 jurusan iaitu akademik dan vokasionalPeluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahunKurikulum ala Malaysia ditegaskanSemakan semula ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa Malaysia. Secara keseluruhannya, didapati bahawa walaupun pada dasarnya laporan tersebut menekankan unsur perpaduan, ia juga bertujuan memantapkan sistem pendidikan dari pelbagai aspek seperti yang disenaraikan di atas

Rumusan Sistem Pendidikan Selepas MerdekaTahunLaporan/Akta/Dasar PendidikanHuraian Ringkas1960 LaporanRahman TalibBahasaMelayu sebagai bahasa pengantar utamaPersekolahan sekolah menengah adalah percumaPeningkatan secara automatik ke Tingkatan 3Penubuhan sekolah teknik dan vokasionalPenekanan kepada pendidikan agama dan moral1961 Akta Pelajaran Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961

Rumusan Sistem Pendidikan Selepas Merdeka1963 Akta BahasaKebangsaan(National Language Act)Pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan.1963-1974Rukunegara Dan DasarEkonomi Baru (DEB)Agihan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi bandar dan luar bandar.1976 Akta pelajaran 1961Berkuatkuasa bagi negeri Sabah danSarawak.1979 Laporan JawatankuasaKabinet Mengkaji SemulaPelaksanaan Dasar Pelajaran KebangsaanPenekanan kepada perpaduan negaraTumpuan kepada sumber manusia yangberkemahiran demi kemajuan danpembangunan negaraPendemokrasian pendidikanPembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan berdisiplin