fakulti pendidikan dan bahasa mei / 2012 hbsl...

12
NO. MATRIK : 820815115030001 NO KAD PENGENALAN : 820815115030 NO TELEFON : 013-9431771 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : KELANTAN LEARNING CENTRE FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL 1203 PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Upload: hoangdiep

Post on 11-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

NO. MATRIK : 820815115030001

NO KAD PENGENALAN : 820815115030

NO TELEFON : 013-9431771

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : KELANTAN LEARNING CENTRE

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2012

HBSL 1203

PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

PENGENALAN

Allah swt yang maha bijaksana lagi berkuasa telah menciptakan manusia ini berbeza

antara seorang individu dengan individu yang lain, malahan kembar sekalipun. Menurut

Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan ini wujud walaupun di antara dua kembar seuri.

Terdapat perbezaan yang sangat ketara seperti saiz badan, jantina, bangsa, budaya, dan

sebagainya. Di samping itu Kasnani Ab Karim et. al (2006), menyatakan terdapat juga

perbezaan yang tidak ketara seperti ciri-ciri personaliti dan reaksi emosi, latar belakang

keluarga, gaya hidup dan sebagainya.

Borich dan Tombari dalam Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006),

berpendapat perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli

satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan

dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), perbezaan individu boleh

ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan samada

daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain

aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu

Menurut Kasnani Ab Karim et. al (2006), perbezaan individu ialah kelainan-kelainan

yang terdapat pada seseorang individu yang disebabkan warisan dan persekitaran.

Perbezaan individu boleh dirumuskan sebagai, perbezaan yang boleh dilihat pada seseorang

individu atau kumpulan tertentu dari berbagai-bagai aspek, samada dari segi fizikal, mental,

sosial, emosi dan sebagainya lagi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU

Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam menimbulkan perbezaan individu.

Bagaimanapun faktor-faktor tersebut boleh digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu faktor

baka dan faktor persekitaran.

1.) Faktor Baka

Menurut Ee Ah Meng (2005), baka memainkan peranan yang penting dalam

menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna mata, warna rambut, tinggi atau rendah seseorang

itu. Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang

cerdas juga. Perangai seorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh faktor baka. Ibu bapa yang

cepat hilang akal, akan melahirkan anak yang tidak stabil emosinya.

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

Kasnani Ab Karim et. al (2006), pula berpendapat setiap orang akan mewarisi sebahagian

besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa,

gaya hidup, sikap dan minat. Baka diperturunkan oleh ibu bapa melalui percantuman 23

kromosom ibu dan 23 kromosom bapa.

2.) Faktor Persekitaran

Kasnani Ab Karim et. al (2006), berpendapat faktor persekitaran yang mempengaruhi

perbezaan antara individu ialah seperti, kebudayaan, masyarakat, pengalaman, rakan sebaya,

media massa, suasana keluarga, taraf ekonomi keluarga, dan pemakanan.

Ee Ah Meng (2005), pula berpendapat keadaan kelahiran, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu

bapa, rakan sebaya, kebudayaan dan norma, kemudahan-kemudahan pembelajaran, serta

jantina adalah faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perbezaan individu.

Ringkasnya faktor persekitaran adalah perkara-perkara yang bukan genetik yang

mempengaruhi perbezaan individu.

ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Seseorang individu berbeza dari aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani. Bagaimana

individu berbeza dari aspek-aspek tersebut ?

1.) Perbezaan Kognitif atau mental

Seseorang individu mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan mental, keupayaan berfikir,

mengingat, menaakul, kebolehan berbahasa, mengira, berfikiran logis, dan berimaginasi.

Seseorang individu juga berbeza dari segi memproses rangsangan-rangsangan yang diterima

daripada persekitaran dengan cara yang berlainan.

2.) Perbezaan sosial

Kebolehan untuk berinteraksi juga bergantung kepada sifat seseorang individu, sekiranya

seseorang itu bersifat ekstrovert maka individu tersebut lebih mahir bersosialisasi atau

bercampur gaul berbanding dengan seseorang introvert.

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

3.) Perbezaan Fizikal

Seseorang individu itu adalah berbeza dari segi tinggi, berat badan, jantina, warna kulit, paras

rupa, dan sebagainya. Pada amnya seorang lelaki lebih kekuatan fizikalnya berbanding

perempuan.

4.) Perbezaan Emosi

Seseorang individu mempunyai tahap emosi yang berlainan seperti mudah mesra, kawalan

perasaan, ketabahan dan toleransi, rasa marah, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana

seseorang itu berasal dari keluarga yang mempunyai tahap sosio emosi yang berlainan.

5.) Perbezaan Rohani

Biasanya seseorang individu akan mengikut agama ibu bapa mereka dan sesuatu bangsa

mengamalkan kepercayaan beragama yang sama.

Sebenarnya aspek perbezaan individu bukanya terbatas kepada lima aspek yang telah

disenaraikan di atas. Masih terdapat berbagai-bagai aspek yang lain seperti, bangsa, bahasa,

lokasi tempat tinggal, fahaman politik, status ekonomi, aspirasi dan motivasi, kesihatan dan

seumpamanya.

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori Ekologi Bronfenbrenner menyatakan individu berbeza-beza kerana konteks sosial

yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Menurut Teori Ekologi

Bronfenbrenner perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi. Antara

lima sistem yang mempengaruhi teori ekologi adalah seperti berikut:-

1. Sistem mikro

• Individu yang menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarga,

rakan sebaya ( di sekolah dan kawasan persekitaran tempat tinggal )

• Mereka berinteraksi secara langsung dan bertimbal balik dengan orang lain

• Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan penting di dalam

perkembangan kanak-kanak.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

2. Sistem Meso

• Melibatkan perhubungan antara sistem mikro

• Pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah. Contonhya

murid yang dipingirkan keluarga, akan sukar menjalinkan hubungan positif

dengan guru dan rakan sekelas.

• Menurut Bronfenbrenner, kanak-kanak yang diberi peluang berinteraksi dan

berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik

daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.

3. Sistem Ekso

• Pengalaman dalam satu sesi pembelajaran ( murid tidak aktif ) mempengaruhi

pengalaman murid dan guru dalam konteks yang langsung.

• Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan

kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil tersebut memberi

kesan kepada kanak-kanak tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar raya.

Kaedah pengurusan kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan

oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi

perkembangan sosial kanka-kanak tersebut.

4. Sistem Makro

• Melibatkan budaya yang lebih luas, di mana guru dan murid tinggal,

termasuklah nilai dan adat resam masyarakat.

• Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-

norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah

masyarakat, peranan jantina dititikberatkan ( Santrock, 208 ). Di sesetengah

negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi

peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

5. Sistem Krono

• Sosio sejarah perkembangan seseorang murid.

• Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh

masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada

permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada

zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama

lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu

pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Teori Perkembangan Psikososial Erikson ini dipelopori oleh Erik Homburger

Erikson yang dilahirkan di Frankfurt, Jerman pada tahun 1902. Teori tersebut digelar

psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan

individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh

(2006), perkembangan kendiri dan sosial manusia berlaku dalam satu siri perkembangan yang

berperingkat dan setiap peringkat ada matlamat, kebimbangan, perkembangan, pencapaian

dan bahayanya yang tersendiri.

Menurut Ee Ah Meng (2005) pula, Erikson percaya manusia berpotensi untuk

mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesulitan yang

timbul dari semasa ke semasa pada peringkat-peringkat perkembangan yang tertentu.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson berpendapat individu berbeza dalam usaha

mereka mengatasi krisis pada setiap tahap peringkat perkembangan. Terdapat lapan ( 8 )

tahap peringkat perkembangan tersebut.

1. Umur bayi di antara 0 hingga 18 bulan ( peringkat percaya lawan tidak percaya )

• Bayi yang mendapat penjagaan yang baik timbul rasa percaya pada

persekitaran, manakala,

• Bayi yang tidak mendapat penjagaan yang sempurna akan wujud perasaan

tidak percaya pada orang lain.

2. Umur di antara 18 bulan hingga 3 tahun ( autonomi lawan rasa malu atau sangsi )

• Kanak-kanak mula makan sendiri, berpakaian sendiri, dilatih ke tandas sendiri

• Ibu bapa perlu memberi galakan kepada kanak-kanak.

3. Umur di antara 3 hingga 6 tahun ( ainisiatif lawan rasa bersalah )

• Kanak-kanak bereinisiatif meneroka sesuatu untuk memenuhi naluri ingin

tahu.

• Ibu bapa yang selalu mengkritik dan mendenda akan menyebabkn kanak-

kanak mempunyai rasa bersalah.

4. Umur di antara 6 hingga 12 tahun ( industri lawan rasa rendah diri )

• Guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat.

• Berupaya membuat transformasi dan pertalian antara 2 situasi.

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

• Jika selalu dimarahi dan dikritik akan menjadikan kanak-kanak itu rasa rendah

diri.

5. Umur di antara 12 hingga 20 tahun ( identiti lawan kekeliruan peranan )

• Remaja mula mencari identiti diri.

• Jika gagal mereka meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat

6. Umur di antara 20 hingga 40 tahun ( kemesraan lawan pengasingan diri )

• Mula membentuk hubungan yang rapat dengan rakan berlainan jantina.

• Berfikir tentang percintaan dan perkahwinan.

• Jika gagal mereka mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.

7. Umur di antara 40 hingga 60 tahun ( generativiti lawan pemusatan kendiri )

• Mula memikirkan tentang keluarga, mengambil berat tentang orang lain dan

mula memberi sumbangan pada masyarakat.

• Hidup lebih bermakna jika anak-anak berjaya.

8. Umur 60 tahun ke atas ( kesepaduan lawan rasa putus asa )

• Memikirkan apa yang berlaku dalam hidup sebelum ini.

• Jika berjaya dalam tahap sebelum ini akan melahirkan rasa kesepaduan.

• Jika gagal sebelum ini akan menimbulkan rasa putus asa.

Perbezaan individu mempunyai perhubungan yang rapat dengan persekolahan dan

pembelajaran kanak-kanak. Kesan perbezaan individu ke atas kemajuan persekolahan

kanak-kanak dapat dihuraikan seperti di bawah ini.

v Kesediaan untuk belajar

Umur merupakan faktor yang penting dalam menentukan kesediaan untuk kanak-kanak

belajar. Kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan

belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang

keluarga dan juga pengamalan persekolah seperti sekolah rendah.

v Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara kanak-kanak

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

Manusia berbeza dalam kecerdasan dan kebolehan. Berbagai jenis cara dapat dilakukan untuk

mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak boleh diuji dengan menggunakan pengkelasan

Binet. Murid yang bijak boleh dijangka akan mencapai kemajuan yang baik dalam

persekolahannya. Tetapi sikap dan latar belakang keluarga seseorang murid itu tetap

mempengaruhi kemajuannya. Murid yang telah mengetahui akan nilai pendidikan akan lebih

bermotivasi dalam menimba ilmu.

v Kebolehan psikomotor

Kanak-kanak pada sebarang peringkat umur berbeza dalam kebolehan mereka untuk

melaksanakan kegiatan yang melibatkan psikomotor. Pada amnya penyelarasan psikomotor

dan kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan jayanya dengan kemahiran psikomotor yang

lebih kompleks bertambah dengan meningkatnya umur. Peningkatan umur akan membawa

bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan

kawalan dan penentangan kepada kelesuan. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus

menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira.

v Perbezaan jantina

Dalam kebanyakan lapangan belajar, perlakuan kanak-kanak lelaki dan perempuan

menunjukkan sedikit perbezaan kecuali sebagai minat atau peluang individu untuk belajar

yang mungkin mempengaruhi kemajuan persekolahan mereka. Perbezaan pada kebolehan di

antara jantina masih belum lagi dapat dikaji dengan secukupnya untuk merumuskan satu

kesimpulan am yang boleh dikatakan sempurna.

v Perbezaan latar belakang

Kita selalu mendengar bahawa setengah sekolah mendapatkan keputusan peperiksaan umum

yang lebih cemerlang dan lebih baik. Ibu bapa pun mahu menghantarkan anak-anak mereka

ke sekolah yang terkenal itu. Sebenarnya murid-murid di “sekolah terkenal” adalah

bergantung kepada latar belakang keluarga mereka. Kebanyakkan mereka memberikan

tuisyen dan pengajaran tambahan di rumah. Latar belakang yang dialami oleh seseorang

murid boleh didapati yang menolong atau melambatkan pencapaian persekolahan murid.

Minat individu, sikap terhadap sekolah dan terhadap mata pelajaran dan guru yang tertentu

disuburkan hasil dari sikap di rumah, kebolehan atau kesanggupan untuk menumpukan

perhatian kepada pelajaran tetap mempengaruhi kesan persekolahan kanak-kanak.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

v Kemudahan sekolah dan sikap guru

Kajian menunjukkan bahawa kemudahan sekolah dan sikap guru terhadap murid-murid dan

pekerjaannya akan mempengaruhi kesan kemajuan persekolahan kanak-kanak. Kita pernah

mendengar pendapat dan pujian terhadap jasa baik sekolah dan guru daripada bekas murid

dan sebagainya.

KEPENTINGAN MENGUASAI ILMU PERBEZAAN INDIVIDU

Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi

pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah:

1. Memahami perbezaan murid

Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi.

Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang

sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.

2. Memahami tingkah laku murid

Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik

di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan

bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang

berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang

diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.

3. Meramal tingkah laku murid

Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu

situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam

kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar?

Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang

mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat

diandaikan dan dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat

mengesan gaya kognitif dan gaya belajar murid-muridnya yang berbeza¬beza. Ada yang suka

belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global

dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-

bahan pembelajaran yang bersesuaian.

5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran

Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan murid, dalam merangka objektif

pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid.

Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang

berbeza keupayaan, supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak

berasa bosan.

6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,

untuk melayan murid yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana

pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti

secara kumpulan, murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.

7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah

bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan

bahan yang sesetengah murid tidak dapat menggunakannya.

8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan

Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka

mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak

berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid

yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak

bosan pembelajaran.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

9. Merancang Aktiviti Alternatif

Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat

sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa

melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang

digunakan kurang sesuai dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan

menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika

guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan

pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.

10. Sentiasa bertolak ansur

Guru harus memahami bahawa setiap murid itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga

haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para muridnya dalam apa jua keadaan. Misalnya,

guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling

bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun

masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi

ada di kalangan muridnya ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru

melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar

melayani karenah anak muridnya.

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBSL …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBSL1203SMP/18592/8208151150… · perempuan. 4.) Perbezaan Emosi ... perkembangan kendiri dan sosial

RUJUKAN

Prof Dr Mansor Fadzil dan Prof Madya Dr Widad Othman (2010). HBSL1203 Psikologi

Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

Ee Ah Meng (2005). Psikologi Pendidikan I : Psikologi Perkembangan. Shah Alam : Penerbit

Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ee Ah Meng (2005). Ilmu Psikologi : Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam :

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kasnani Ab Karim [et. al.] (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2005). HBEF2103

Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan

Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.