konsep kendiri

25
KONSEP KENDIRI Nama Pembentang: 1. Stefaenus 2. Vincent 3. Zulhilmi 4. Razian 5. Hamid 6. Fidauddin 1

Upload: vince-here

Post on 23-Jun-2015

2.083 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Sub tajuk dalam Perkembangan Kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep kendiri

1KONSEP KENDIRINama Pembentang:

1. Stefaenus

2. Vincent

3. Zulhilmi

4. Razian

5. Hamid

6. Fidauddin

Page 2: Konsep kendiri

2

PENGERTIAN

Meliputi keseluruhan perkembangan seseorang individu.

Tanggapan seseorang terhadap diri individu melalui kelebihan dan kelemahan individu tersebut.

Suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di persekiratan (Carl Rogers, 1950).

Page 3: Konsep kendiri

3

JENIS KONSEP KENDIRI

Terbahagi kepada dua iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.

Kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaan yang nyata.

Page 4: Konsep kendiri

4

CIRI KONSEP KENDIRI POSITIF Mempunyai penerimaan kendiri dan

mempunyai kefahaman tentang diri sendiri.

Seseorang yang berkonsep kendiri positif boleh memahami dan menerima pelbagai fakta tentang dirinya.

Individu jenis ini dapat menerima semua fakta tentang dirinya tanpa menjadikan fakta tersebut sebagai ancaman terhadap dirinya.

Page 5: Konsep kendiri

5

Sambungan…

Ciri konsep kendiri yang positif:i. Bebas membuat pilihan dan keputusan.ii. Bertanggungjawabiii. Bangga dengan kejayaan yang dicapaiiv. Menghadapi cabaran dengan penuh

semangat.v. Selalu merasa gembiravi. Boleh bertolak ansur dengan

kekecewaanvii. Boleh mempengaruhi orang lain

Page 6: Konsep kendiri

6Sambungan…

viii. Menghargaiix. Pemurahx. Mudah berkawan

Page 7: Konsep kendiri

7

CIRI KONSEP KENDIRI NEGATIF

Menyebabkan individu tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang dirinya.

Kurang percaya terhadap dirinya dan ragu-ragu dalam menyampaikan pendapat.

Harus dikenal pasti semasa kanak-kanak. Ibu bapa dan guru harus membantu

kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dan mempunyai pandangan yang realistik dan positif terhadap diri mereka.

Page 8: Konsep kendiri

8Sambungan…

Dibahagikan kepada dua iaitu:a) Pandangan individu terhadap dirinyan

yang tidak teratur, tidak mantap serta tidak menampakkan pembinaan diri yang sempurna.

b) Konsep kendiri yang stabil alibat daripada pengaruh persekitaran atau asuhan.

Page 9: Konsep kendiri

9Sambungan…

Antara faktor yang menyebabkan terbentuknya konsep kendiri negatif:

a) Pengaruh iklan yang menunjukkan pengaruh negatif barat.

b) Kemerosotan nilai murnic) Kemerosotan nilai disiplind) Pengaruh daripada persekitaran yang

tidak menunjukkan teladan yang baik.e) Kurang kasih sayang.

Page 10: Konsep kendiri

10Sambungan…

Individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif akan menunjukkan ciri-ciri:

a) Selalu meminta pertolonganb) Selalu memberi kritikan/komen yang

menyinggungc) Selalu berasa tidak puas hatid) Selalu berangan-angan dan risau

tentang pelbagai perkarae) Menagih simpatif) Menyalahkan orang lain

Page 11: Konsep kendiri

11Sambungan…

g) Mementingkan dirih) Keyakinan diri yang rendahi) Bersikap pasifj) Tidak suka cabarank) Murung dan sering tertekanl) Mudah tersinggung dan merajuk

Page 12: Konsep kendiri

12

HELAH BELA DIRI( “DEFENSE MECHANISM”)

Usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada secara sedar atau tidak sedar oleh seseorang bagi mempertahankan ego, ancaman dan kebimbangannya.

Sering digunakan oleh individu yang mengalami kerisauan.

Page 13: Konsep kendiri

13Sambungan…

Sigmund Freud telah membuat kajian tentang helah bela diri dan mengklasifikasikannya seperti yang berikut:

a) Rasionalisasi- Memberi penerangan atau alasan yag

kelihatan munasabah dan logikterhadap sesuatu tingkah laku untuk melindungi atau menyembunyikan motif sebenar dan mempertahankan ego.

Page 14: Konsep kendiri

14

Sambungan…

b) Submilasi- Cara yang digunakan individu untuk

menyalurkan kekecewaannya kepada saluran yang dapat diterima dan memuaskan dari segi sosial.

c) Pemindahan (“displacement”)- Berlaku apabila individu memndahkan

perasaannya kepada orang lain.- Memerlukan individu mencari mangsa

untuk melepaskan perasaannya. Biasanya mangsa terdiri daripada yan ‘inferior’ yang dijangka tidak memberikan tindak balas.

Page 15: Konsep kendiri

15

Sambungan…

d) Projeksi- Satu tindakan yang dilakukan oleh

individu untuk membalikkan konflik yang terdapat pada dirinya kepada orang lain.

- Meletakkan kesalahan atau kegagalan kepada orang lain.

e) Introjeksi- Berlawanan dengan prinsip projeksi.- Seseorang menyerap pengaruh-

pengaruh dan ciri-ciri orang lain dan persekitaran ke dalam dirinya.

Page 16: Konsep kendiri

16

Sambungan…

f) Pembentukan reaksi- Mempertahankan diri daripada sesuatu

ancaman dengan memperlihatkan reaksi yang bertentangan dengan bentuk ancaman tersebut.

g) Kompensasi- Menggunakan suatu aktiviti yang hampir

serupa untuk menggantikan aktiviti yang lain.

Page 17: Konsep kendiri

17

Sambungan…

h) Represi- Tindakan yang digunakan untuk

mengatasi perasaan yang menyakitkan hati atau sedih, iaitu dengan cara mengalihkan perasaan tersebut daripada kesedaran dan mempercayai bahawa perkara itu tidak wujud atau tidak berlaku.

Page 18: Konsep kendiri

18

Sambungan…

i) Regresi- Berlaku apabila seseorang itu kembali

kepada jenis tingkah laku yang menjadi kebiasaan di peringkat perkembangan terdahulu daripada peringkat yang ada sekarang.

j) Fantasi- Seseorang itu cuba mengurangkan

ketegangan dengan cara berkhayal dan membentuk situasi yang lain dalam imaginasinya yang tidak begitu mengancam dan lebih selesa daripada kedaan sebenar.

Page 19: Konsep kendiri

19

Sambungan…

k) Penyangkalan- Menafi dan menolak realiti.- Berlaku apabila individu tidak mahu

menerima kenyataan.l) Identifikasi- Seseorang cuba melindungi dirinya bagi

menutup kelemahan dan kekurangan dengan menyifatkan dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai kuasa.

Page 20: Konsep kendiri

20Sambungan…

m) Keagresifan- Tindakan untuk meluahkan perasaan

secara agresif.

Page 21: Konsep kendiri

21

KONSEP KENDIRI

POSITIF/NEGATIF

Sifat semulajadi- Baka- Persepsi

terhadap diri

Model- Ibu bapa- Rakan sebaya- Orang dewasa

Kepercayaan nilai keperluan:- Keselamatan- Kasih sayang- Penghormatan

diri

Persekitaran- media massa- Budaya- Persepsi

masyarakat

Page 22: Konsep kendiri

22

PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN KENDIRI MURID

Setiap kanak-kanak di sekolah adalah berbeza antara satu sama lain.

Pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran yang diperkenalkan oleh guru.

Oleh itu, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka kebolehan dan menggunakan bakat yang unik yang ada dalam setiap kanak-kanak.

Page 23: Konsep kendiri

23Sambungan…

Guru perlu peka dengan kebolehan dan kemahiran setiap kanak-kanak.

Interaksi yang baik antara guru dengan murid dapat membantu guru untuk mengenalpasti kebolehan murid tersebut.

Apabila kanak-kanak sedar akan kebolehan diri mereka, maka keyakinan diri mereka akan meningkat.

Ini akan menyebabkan mereka boleh menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan orang sekeliling.

Page 24: Konsep kendiri

24Sambungan…

Guru perlu merancang aktiviti yang berpusatkan muridnya.

Guru perlu memberi peluang kepada muridnya untuk menunjukkan kebolehan di dalam bilik darjah dan membimbing murid yang ketinggalan. Ini akan menolong kanak-kanak membina konsep kendiri yang baik.

Aktivti luar bilik darjah juga dapat membantu untuk menanamkan sifat positif dalam diri murid.

Page 25: Konsep kendiri

25

SEKIAN TERIMA KASIH