faktor pemilihan kerjaya pelajar tingkatan ......kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan...

24
FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BAHAGIAN TAWAU FARIZAH BINTI KASSIM Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • i

    FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT

    KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SEKOLAH

    MENENGAH TEKNIK BAHAGIAN TAWAU

    FARIZAH BINTI KASSIM

    Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan

    (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2008

  • ii

  • iii

    DEDIKASI

    Dedikasi untuk:

    Bondaku

    Fatimah Binti Awang Ali

    Serta Allahyarham Ayahanda Kassim@Siangah Bin Hassan

    Ibu dan Ayah Mertua

    Baba Bin Ali

    Hjh Marhuma Binti Lapacho

    Terima kasih atas pengorbanan dan doa restu kalian

    Istimewa buat suamiku:

    Hakin Bin Baba

    yang banyak memberi dorongan, pengorbanan dan harapan

    dan Anak-Anakku:

    Ainie Nur Syafiqah, Ainie Nur Syahirah, Muhamad Ikhwan

    &

    Keluarga yang disayangi

    serta

    Rakan-Rakan

    Kejayaan ini milik kita bersama

    Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita

    Terima kasih.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan

    hidayah-Nya , penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

    Sekalung penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Prof. Madya Dr. Azizi Bt.

    Hj Yahaya yang banyak membantu dan nasihat. Tanpa beliau maka pincanglah

    penyelidikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana merealisasikan impian ini.

    Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan

    Sabah, Pengetua, guru-guru dan staf Sekolah Menengah Teknik Tawau dan Sekolah

    Menengah Teknik Lahad Datu yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini.

    Kepada rakan-rakan seperjuangan di UTM, terima kasih di atas sokongan dan

    teguran yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan

    projek sarjana muda ini dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi

    manfaat kepada semua kerana usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.

    Penghargaan khas buat bonda tercinta Fatimah Binti Awang Ali yang tanpa jemu

    mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham ayahanda, Kassim Bin. Hassan, dan

    kedua mertua yang amat memahami dan sentiasa menyokong dari segenap penjuru.

    Untuk suamiku, Hakin Bin Baba, anak-anak tersayang Ainie Nur Syafiqah, Ainie

    Nur Syahirah dan Muhamad Ikhwan yang banyak berkorban untuk merealisasikan

    impian menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan

    kasih sayang ikhlas tanpa batas.

    Semoga Allah SWT jua menerima amal ikhlas dan diberikan ganjaran syurga

    yang abadi di akhirat.

  • v

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan mengenalpasti apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah Teknik Bahagian Tawau. Sabah. Responden kajian ini melibatkan 63 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian iaitu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data Ia mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah α=0.7088. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan frekuensi, peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor situasi pekerjaan adalah tinggi dengan min 4.08 dimana ia merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi seseorang pelajar dalam pemilihan kerjayanya, diikuti oleh faktor minat dengan min 3.40, bimbingan kaunseling dan kerjaya dengan min 3.27 serta pengaruh luar iaitu min 3.16 berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan minat, pengaruh luar dan situasi pekerjaan manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan bimbingan kaunseling dan kerjaya

  • vi

    ABSTRACT

    The purpose of this study is to identify the factor which influences the electrical engineering students from form four, on their career decisions. These studies involve form four electric and electrical engineering students who study in Sekolah Menengah Teknik Bahagian Tawau, Sabah. The sample of respondents are 63 students who were chosen at a random. The questionnaire was used as an instrument to the data. It is including 40 items and the Statistical Packages for Social Science 11.5 were used in the data analysis and it is including frequency, percentage, mean, standard deviation and t-test. The finding of this study shows working environment is the main factor which influences the student in choosing their career. The mean for this factor is 4.08. It’s followed by interest factor with the mean 3.16. This finding also shows that there is no identified difference between the gender with the interest factor, external influence and working environment. Meanwhile there are identified differences between genders with counseling career factor.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    HALAMAN JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SIMBOL xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 4

    1.3 Pernyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Hipotesis 8

    1.7 Kepentingan Kajian 9

    1.8 Batasan Kajian 10

  • viii

    1.9 Rasional Kajian 11

    1.10 Definisi Operasional 12

    BAB 2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pendahuluan 16

    2.2 Pengenalan Pemilihan Kerjaya 16

    2.3 Faktor Minat 20

    2.4 Faktor Pengaruh Luar 22

    2.5 Faktor Peranan Bimbingan Kaunseling 25

    Dan Kerjaya Sekolah

    2.6 Faktor Situasi pekerjaan 27

    2.7 Peringkat Keperluan Manusia 29

    2.8 Perangkaan Kerjaya 29

    2.9 Kerangka Kajian 30

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pendahuluan 31

    3.2 Reka bentuk Kajian 32

    3.3 Tatacara Kajian 32

    3.4 Tempat Kajian 33

    3.5 Populasi Kajian 34

    3.6 Sampel Kajian 35

    3.7 Instrumen Kajian 35

    3.7.1 Bahagian A 37

    3.7.2 Bahagian B 37

  • ix

    3.8 Kajian Rintis 39

    3.9 Kesahan Instrumen Kajian 40

    3.10 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 40

    3.11 Analisis Data 41

    3.12 Penutup 42

    BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN

    4.1 Pendahuluan 43

    4.2 Latar Belakang Responden 44

    4.2.1 Jantina 44

    4.2.2 Nama Sekolah 45

    4.2.3 Bangsa 45

    4.2.4 Agama 46

    4.2.5 Gred Matapelajaran Kemahiran Hidup Semasa 46

    Penilaian Menengah Rendah (PMR)

    4.2.6 Pekerjaan Bapa 47

    4.2.7 Pekerjaan Ibu 48

    4.3 Analisis Bahagian B 48

    4.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Proses Pemilihan 49

    Kerjaya Pelajar Tingkatan Empat Kejuruteraan

    Elektrik Dan Elektronik

    4.3.2 Faktor Pengaruh Luar Mempengaruhi Pelajar 51

    Dalam Pemilihan Kerjaya Dibidang Kejuruteraan

    Elektrik Dan Elektronik

    4.3.3 Faktor Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya 54

    Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

    Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

  • x

    4.3.4 Faktor Situasi Pekerjaan Sebagai Jurutera 57

    Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

    Dibidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

    4.3.5 Analisis Tahap dan Min Keseluruhan . Faktor 59

    Pemilihan Kerjaya Pelajar

    4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Antara Jantina 60

    4.4 Penutup 61

    BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 62

    5.2 Rumusan Kajian 62

    5.3 Perbincangan Kajian 63

    5.31 Perbincangan Dapatan Latar Belakang Responden 63

    5.3.2 Perbincangan Dapatan Kajian Minat Mempengaruhi 64

    Pelajar DalamProses Pemilihan Kerjaya di Bidang

    Kejuruteraan Elektrik DanElektronik

    5.3.3 Perbincangan Dapatan Kajian Pengaruh Luar 65

    Mempengaruhi Pelajar Dalam Proses Pemilihan

    Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan

    Elektronik

    5.3.4 Perbincangan Dapatan Kajian Bimbingan 68

    Kaunseling Dan Kerjaya Mempengaruhi Pelajar

    Dalam Pemilihan Kerjaya DiBidang Kejuruteraan

    Elektrik Dan Elektronik

    5.3.5 Perbincangan Dapatan Kajian Situasi Pekerjaan 70

    Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

    Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

  • xi

    5.3.6 Perbincangan Dapatan Kajian Ujian t Bagi Faktor 71

    Minat, Pengaruh Luar, Bimbingan Kaunseling dan

    Kerjaya dan Situasi Pekerjaan Mengikut Jantina

    5.4 Cadangan Dan Tindakan 73

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

    5.6 Penutup 75

    RUJUKAN 76

    LAMPIRAN A-F 82-92

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Senarai Mata Pelajaran Teras, Tambahan Dan Kumpulan 3

    Mata Pelajaran Elektif Di Peringkat Menengah

    3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Mengikut Sekolah 33

    3.2 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item Dan 37

    Jumlah Item

    3.3 Skor Skala Likert 5 mata 37

    3.4 Nilai Alpha Persoalan Kajian 38

    3.5 Nilai Alpha Cronbach 40

    3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan min 41

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

    4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 44

    4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44

    4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 45

    4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Mata Pelajaran 46

    Kemahiran Hidup Semasa PMR.

    4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 46

    4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 47

    4.8 Taburan Respon Mengikut Peratus, Sisihan Piawaidan Min 48

    Bagi Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan

    Kerjaya di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

    4.9 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Minat (n=63) 50

  • xiii

    4.10 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor 50

    Pengaruh Luar Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

    DiBidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

    4.11 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Pengaruh Luar(n=63) 52

    4.12 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor 53

    Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Mempengaruhi Pelajar

    Dalam Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik

    Dan Elektronik

    4.13 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bimbingan 55

    Kaunseling dan Kerjaya (n=63)

    4.14 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor 56

    Situasi Pekerjaan Sebagai Seorang Jurutera Mempengaruhi Pelajar

    Dalam PemilihanKerjaya Di bidang Elektrik Dan Elektronik.

    4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Situasi Pekerjaan 58

    (n=63)

    4.16 Tahap dan Min Keseluruhan Faktor Pemilihan Kerjaya Pelajar

    4.17 Ujian t Bagi Perbezaan Min Faktor Minat, Pengaruh Luar, 59

    Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya dan Situasi Pekerjaan

    Mengikut Jantina (n=63)

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    No. Rajah Tajuk Muka Surat

    2.1 Hierarki keperluan asas manusia 29

    2.2 Teori dalam membina kerangka kerja penyelidikan 30

  • xv

    SENARAI SIMBOL

    PMR - Penilaian Menengah Rendah

    SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

    SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

    SMT - Sekolah Menengah Teknik

    IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

    IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

    PRS - Pembimbing Rakan Sebaya

    PhD - Doktor Falsafah

    RRJP - Rangka Rancangan Jangka Panjang

    EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

    SPSS - Statistical Package for the Social Science

    n - Jumlah Sampel

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    Lampiran Tajuk Muka Surat

    A Borang Soal Selidik

    B Jadual Guna Tenaga Buruh Mengikut Pekerjaan Terpilih 87

    Pada Tahun 2000-2010

    C Surat Pengesahan Tesis 88

    D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD 89

    E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran 90

    Negeri Sabah

    F Surat Taklimat Kemasukan Ke SM Teknik Lahad Datu 91

    Sesi 2008/2009

  • 1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Malaysia akan melangkah ke arah Negara maju. Hanya tinggal 12 tahun saja

    lagi untuk mencapai sasaran tersebut. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Bin

    Mohamad telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai sebuah negara maju dan

    berteknologi tinggi menjelang tahun 2020. Lebih dikenali dengan Wawasan 2020, ianya

    meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras pembangunan

    Malaysia.

    Kemajuan dan perkembangan teknologi Malaysia telah mengubah corak sumber

    tenaga kerja masa kini. Keupayaan mempertahankan kadar produktiviti dan daya saing

    di arena antarabangsa merupakan faktor penentu kepada pertumbuhan ekonomi dan

    industri di Malaysia. Dengan adanya sumber manusia yang bermotivasi tinggi, mahir

    dan berpendidikan memberi kesan kepada daya saingan dan produktiviti industri. Oleh

    yang demikian, harapan kepada generasi pelajar yang mempunyai informasi terkini

    menghasilkan gandingan sumber tenaga manusia dan teknologi dapat mencapai

    matlamat wawasan 2020.

    Demi memenuhi keperluan negara, persediaan yang lebih mantap ke arah

    penyertaan bidang kerjaya selaras dengan kemampuan diri haruslah diberi

    pertimbangan. Pemilihan jurusan diperingkat sekolah biasanya mempengaruhi kerjaya

    pelajar. Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian, pemilihan jurusan akan

  • 2

    menjadi pemangkin kepada kerjaya yang akan diceburi. Dengan itu setiap individu

    perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan perlu menyelesaikan masalah berkaitan

    dengan pemilihan kerjaya. Ini penting kerana kerjaya akan menentukan corak

    kehidupan seseorang pada masa hadapan

    Falsafah Pendidikan Negara adalah landasan pendidikan di Malaysia. Objektif

    utama pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara yang seimbang dari

    segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Setiap pelajar yang menjadi

    warganegara Malaysia perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar

    mempunyai wawasan dan visi yang jauh dalam kehidupannya.

    Pelajar yang membuat perancangan kerjaya yang baik akan mempersiapkan diri

    dengan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM atau SPMV. Sidek

    (1996) dalam Mohd Kamaruzaman (2004) menyarankan bahawa pemilihan kerjaya yang

    baik melibatkan tiga perkara iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan

    memadankan diri dengan pekerjaan. Justeru itu, pendedahan ilmu pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman amatlah diperlukan. Semua itu akan memudahkan pelajar

    membentuk dan merancang kerjaya masing-masing

    Membuat pemilihan kerjaya di peringkat awalan adalah penting kerana apabila

    pelajar telah tamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang

    dan subjek yang diminati. Terdapat beberapa pilihan elektif yang perlu diketahui oleh

    pelajar sebelum membuat keputusan memilih kumpulan elektif yang dikehendaki.

    Semua sekolah-sekolah vokasional telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah

    Teknik. Oleh itu, terdapat aliran teknik dan aliran vokasional dalam Sekolah Menengah

    Teknik (SMT). Ahmad Tajudin (2005) menyatakan aliran teknik bertujuan

    menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan teknologi lepasan menengah ke institusi

    pengajian tinggi. Aliran vokasional pula menawarkan mata pelajaran elektif vokasional

    dan teknologi sebagai mata pelajaran pengkhususan. Pelajar aliran ini akan menduduki

  • 3

    peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) diakhir tingkatan lima.

    Kurikulum sekolah teknik terdiri dari beberapa bidang seperti di jadual 1.1.

    Jadual 1.1: Senarai Mata Pelajaran Teras, Dan Kumpulan Mata Pelajaran Elektif Di Peringkat Menengah Teknik

    Mata pelajaran

    Kumpulan mata pelajaran elektif

    Teras Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

    Kumpulan Vokasional dan Teknologi Prinsip Akaun Ekonomi Asas Perdagangan Sains Pertanian Ekonomi Rumah Tangga Matematik Tambahan Pengajian Kejuruteraan Jentera Pengajian Kejuruteraan Awam Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Lukisan Kerjuruteraan Teknologi Kejuruteraan Sains Komputer

    (Sumber: Jurnal Pendidikan Teknikal)

    Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan

    organisasi yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kemasukan pelajar ke

    sekolah-sekolah teknik di Malaysia. Kemasukan pelajar bergantung kepada keputusan

    peperiksaan PMR.

    Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa SMT merupakan sebuah sekolah

    yang berasaskan kepada bidang teknikal yang merangkumi pekerjaan seperti

    kejuruteraan elektrik, awan, jentera, senibina, usahawan dan sebagainya.

  • 4

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan

    personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang

    individu. “Tidak mengetahui apa yang berlaku di hari esok adalah kuasa Tuhan,

    keupayaan merangka strategi untuk hari esok adalah kekuatan manusia” Eddy (2007)

    Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi dalam memilih pekerjaan

    boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung kerugian atau

    lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup Ahmad Baharuddin (2007).

    Sharp dan Marra (1971) dalam Mansur (1986), menyatakan masalah utama yang

    sering dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk membuat pemilihan kerjaya yang

    menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri

    Menurut Noor Aini (1996) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam

    membuat pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut:-

    i Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat.

    Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak

    mempunyai minat dalam berbagai bidang, minat yang tidak jelas atau

    betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan yang ada

    pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut membuat

    pemilihan kerjayanya.

    ii Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan

    Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan

    ataupun bakat dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak

    setimpal dengan sifat peribadi. Ada pemlihan yang dibuat terlalu tinggi

    dan ada pula yang terlalu rendah berbanding dengan kemampuan dan

    keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri seseorang

    itu.

  • 5

    iii Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan

    Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan

    pelajar, dimana pada peringkat ini pelajar tidak mendapat pendedahan

    dan penerangan yang mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan dan

    jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.

    Menurut Hairunnaja (2005) situasi berkaitan dengan masalah pemilihan kerjaya

    pelajar di masa kini iaitu masalah tentang pelajar yang kehilangan hak untuk memilih

    subjek yang diminati kerana pihak sekolah telah menetapkan subjek kepada pelajar

    untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah yang diusulkan ialah pelajar iaitu

    kemungkinan untuk menghadapi kegagalan sekiranya pelajar memilih bidang yang tidak

    diminati. Rahim Abdullah (1999) menegaskan bahawa seseorang hendaklah mengetahui

    apa yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras untuk sampai

    kepadanya kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang. Tambahnya lagi

    seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di Malaysia telah mula beroperasi di

    awal 70 an dan merupakan industri yang terbesar di Malaysia. Dalam Rangka

    Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2001- 2010), dijangkakan seramai 64,974 orang guna

    tenaga kerja yang bertugas sebagai jurutera elektrik dan elektronik diperlukan.

    Memandangkan kepada perkembangan ini, adalah menjadi satu hakikat bahawa perlu

    dipertingkatkan program latihan selaras dengan perkembangan dari masa ke semasa.

    untuk memenuhi keperluan guna tenaga menjelang Tahun 2010. Program latihan boleh

    diperolehi bermula dari sekolah rendah dalam komponen mata pelajaran kemahiran

    hidup sehingga ke peringkat universiti yang mana pelajar boleh memilih bidang

    kejuruteraan elektrik dan elektronik secara khusus.

  • 6

    Pemilihan aliran elektif akademik pelajar juga mempengaruhi pemilihan kerjaya

    pelajar. Pengagihan kelas adalah bergantung kepada faktor pemilihan aliran elektif yang

    dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang

    diduduki semasa berada di Tingkatan Tiga. Inovasi sistem pendidikan negara untuk

    mencapai nisbah 60:40 bilangan pelajar sains dan teknologi berbanding pelajar sastera

    juga menyebabkan meningkatnya bilangan pelajar yang mengikut bidang kejuruteraan

    elektrik dan elektronik.

    Pencapaian akademik pelajar turut mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.

    Oleh itu pelajar perlu mengetahui kelayakan akademik yang diperolehi sesuai dengan

    bidang kerjaya yang ingin disertai. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar

    tingkatan empat memilih kerjaya kejuruteraan elektrik dan elektronik sangat penting

    kerana pelajar yang kurang berpengetahuan tentang kerjaya akan menyebabkan

    pemilihan kerjaya pelajar tidak sesuai dari segi pencapaian kelayakan akademik,

    pengatahuan dan kemahiran.

    Bidang kerjaya adalah satu siri kejadian kerja yang berkaitan, yang membimbing

    seseorang beransur maju dalam pekerjaan atau profession yang mana setiap pertukaran

    atau perubahan akan menyebabkan kemajuan. Disebabkan ramai pelajar yang

    mengalami masalah dalam membuat pemilihan, maka penyelidik ingin mengkaji serta

    mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan kerjaya

    mereka dan kajian ini adalah pengkhususan terhadap bidang kejuruteraan elektrik dan

    elektronik dikalangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Tawau dan Sekolah

    Menengah Lahad Datu, Sabah. Walaupun terdapat berbagai-bagai faktor yang mungkin

    boleh mempengaruhi pemilihan kerjaya di kalangan pelajar tetapi penyelidik hanya

    mengkaji faktor-faktor dari segi minat, pengaruh luar, bimbingan kaunseling dan kerjaya

    sekolah dan situasi pekerjaan itu sendiri.

  • 7

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian yang ini dijalankan bertujuan mengkaji faktor pemilhan kerjaya di

    kalangan pelajaran aliran elektrik dan elektronik tingkatan empat di Sekolah Menengah

    Teknik Bahagian Tawau, berdasarkan objektif yang telah digariskan dalam menjalankan

    kajian ini iaitu:

    i Mengenal pasti minat merupakan faktor yang dominan dalam pemilihan

    kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan elektronik.

    ii Mengenal pasti pengaruh luar merupakan faktor yang dominan dalam

    pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan

    elektronik

    iii Mengenal pasti bimbingan kaunseling dan kerjaya merupakan faktor

    yang dominan dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat

    kejuruteraan elektrik dan elektronik

    iv Mengenal pasti situasi pekerjaan merupakan faktor yang dominan dalam

    pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan

    elektronik

    v Mengenal pasti sama ada faktor minat, pengaruh luar, bimbingan

    kaunseling dan kerjaya dan situasi pekerjaan merupakan faktor yang

    paling dominan dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat

    kejuruteraan elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah Teknik

    Bahagian Tawau

  • 8

    1.5 Persoalan Kajian

    Kajian ini akan mengupas persoalan berpandukan pernyataan masalah, dan

    objektif kajian. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini telah dibahagikan

    kepada beberapa aspek seperti berikut:-

    i Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di

    bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

    ii Apakah faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

    kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

    iii Apakah faktor bimbingan kaunseling dan kerjaya mempengaruhi pelajar

    dalam pemilihan kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

    iv Apakah faktor situasi pekerjaan mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

    kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

    v Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat, pengaruh

    luar, bimbingan kaunseling dan kerjaya dan situasi pekerjaan

    mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang kejuruteraan

    elektrik dan elektronik dengan jantina?

    ADP12.tmp DEDIKASI PENGHARGAAN

    ADP34.tmpTeras

    ADP48.tmpTeras