pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan pakaian berdasarkan...

32

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

39 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian
Page 2: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT

Tarikh : 25 APRIL 2008

Page 3: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KURSUS REKAAN

DAN JAHITAN PAKAIAN DI DAERAH MUAR, NEGERI JOHOR

SITI AZIZAH BINTI DISUN

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI AZIZAH BINTI DISUN

Tarikh : 25 APRIL 2008

Page 5: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

iii

DEDIKASI

Allah S.W.T

di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan

untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

Ditujukan Khas Buat

En. Asnul Dahar Bin Minghat

pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu

Ayahanda dan Bonda Tercinta

Disun Bin Kassan dan Manisah Binti Ariffen

yang sentiasa memberi sokongan

untuk ku meneruskan perjuangan ini

Kekanda dan Adinda-Adinda Tersayang

yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

agar menjadi insan cemerlang

rakan- rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat

terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian

Page 6: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia,

taufik dan HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam

untuk junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada

En. Asnul Dahar Bin Minghat yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan

dorongan. Keikhlasan serta dedikasi beliau amat saya kagumi. Buat seluruh

cendekiawan Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih diucapkan atas ilmu yang

dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang sepanjang masa.

Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan

penyelidikan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Wassalam.

Siti Azizah Binti Disun.

Page 7: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat

faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

terdiri daripada 43 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil kursus Rekaan

dan Jahitan Pakaian di dua buah sekolah menengah akademik dalam daerah Muar,

Johor. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai

kebolehpercayaan item soal selidik daripada kajian rintis adalah 0.773. Hasil kajian

ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

Window versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan

kajian menunjukkan faktor kerjaya dengan nilai min 3.80 merupakan faktor yang

paling mempengaruhi pemilihan pelajar, manakala tiga faktor yang lain kurang

mempengaruhi pemilihan pelajar iaitu faktor minat dengan nilai min 3.66, faktor

sikap dengan nilai min 3.64 dan faktor kemudahan bengkel dengan nilai min 3.44.

Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

Page 8: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

vi

ABSTRACT

This study was carried out to determine the factors that influence students’

selection in choosing Design and Sewing Clothes subject based on four factors,

which were interest, workshop facilities, career and attitude. Respondents involved in

this study were 43 form four students in National Secondary School, district of Muar,

Johor. Questionnaire is used as the research instrument for this study. The reliability

of the questionnaire is 0.773. Data obtained was analyzed using Statistical Package

for Social Science (SPSS) Window version 12.0 to find the frequency, percentage

and mean. The result shows that career is the factor which affect the students the

most. The mean value for this factor is 3.80. As for interest, attitude and workshop

facilities, these three factors do not show any significant affect towards the students.

The mean values for these three factors are 3.66, 3.64 and 3.44. From the findings,

several suggestions are proposed for further studies.

Page 9: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PEYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan kajian 10

Page 10: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

viii

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Faktor 12

1.9.2 Pengaruh 13

1.9.3 Pelajar 13

1.9.4 Mata Pelajaran Vokasional 13

1.9.5 Rekaan dan Jahitan Pakaian 14

1.9.6 Minat 14

1.9.7 Kemudahan Bengkel 14

1.9.8 Kerjaya 15

1.9.9 Sikap 15

1.10 Penutup 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.11 Mata Pelajaran Vokasional 17

2.1.2 Mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian 19

2.2 Faktor Minat 20

2.3 Kemudahan Bengkel 22

2.4 Faktor Kerjaya 24

2.5 Faktor Sikap 27

2.6 Penutup 28

Page 11: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

ix

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka bentuk Kajian 29

3.3 Sampel Kajian 30

3.4 Lokasi Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.5.1 Bahagian A 33

3.5.2 Bahagian B 33

3.6 Prosedur Kajian 36

3.7 Kajian Rintis 38

3.7.1 Kesahan Soal Selidik 38

3.7.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 39

3.8 Analisis Data 42

3.9 Penutup 44

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 AnalisisData Bahagaian A 46

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 47

4.2.4 Taburan Pemilihan Kursus 48

4.3 Analisis Data Bahagian B 49

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 51

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 54

Page 12: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

x

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 57

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 60

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 62

4.5 Penutup 63

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Perbincangan Bahagian A 65

5.3 Perbincangan Bahagian B 66

5.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pemilihan Kursus

Rekaan dan Jahitan Pakaian 67

5.3.2 Faktor Kemudahan Bengkel Mempengaruhi

Pemilihan Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian 69

5.3.3 Faktor Kerjaya Mempengaruhi Pemilihan Kursus

Rekaan dan Jahitan Pakaian 71

5.3.4 Faktor Sikap Mempengaruhi Pemilihan Kursus

Rekaan dan Jahitan Pakaian 73

5.4 Rumusan 75

5.5 Cadangan Kajian 76

5.5.1 Sekolah 76

5.5.2 Guru 77

5.5.3 Pelajar 77

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.7 Penutup 78

RUJUKAN 79

Lampiran A - G 88 - 98

Page 13: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1. Statistik Jumlah Sekolah yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional di Negeri Johor, Tahun 2004 – 2008 5

1.2. Statistik Jumlah Pelajar yang Mengambil Kursus

Rekaan Dan Jahitan Pakaian di Negeri Johor, Tahun 2004 - 2008 6

3.1 Taburan Sampel Mengikut Sekolah 31

3.2 Jadual Pembolehubah 34

3.3 Pengkelasan Skala Likert 35

3.4 Pekali Alpha Cronbach Mengikut Persoalan Kajian 41

3.5 Skala Pemeringkatan Lima Mata Dikecilkan Skop Kepada

Tiga Pilihan Jawapan 42

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 43

3.7 Pengiraan Sela Antara Min 43

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

4.3 Taburan Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 47

4.4 Taburan Pemilihan Kursus 48

4.5 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item dan

Jumlah Item 50

4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Minat

Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian 51

Page 14: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

xii

4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kemudahan

Bengkel Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian 54

4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kerjaya

Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian 57

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Sikap

Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian 60

4.10 Taburan Purata Min Dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap

Persoalan Kajian 63

Page 15: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 36

Page 16: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

xiv

SENARAI SINGKATAN

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statistical Package For Social Science

SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Page 17: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 88

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

BPPDP 92

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Jabatan Pelajaran Negeri Johor 94

D Surat Akuan Pelajar 95

E Pengesahan Soal Selidik 96

F Pengesahan Soal Selidik 97

G Pengesahan Menjalankan Kajian Rintis 98

Page 18: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menjelang tahun 2020, Malaysia telah meletakkan matlamat negara untuk

mencapai taraf sebagai sebuah negara maju berasaskan perindustrian dan berupaya

untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat ini,

sumber tenaga manusia perlu dibangunkan dan disediakan terlebih dahulu. Kerajaan

telah melaksanakan pelbagai program bagi mencapai hasrat tersebut untuk

perkembangan sumber manusia. Program tersebut telah disalurkan melalui Kementerian

Pelajaran yang telah memperkenalkan mata pelajaran vokasional di dalam kurikulum di

sekolah-sekolah akademik di beberapa buah sekolah yang terpilih. Kurikulum ini telah

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada awal tahun 2002 (Utusan Malaysia, 31

Oktober 2001).

Sehubungan dengan itu, sebagai negara perindustrian, kita memerlukan tenaga

pekerja yang mahir dan pakar dalam bidang perindustrian. Negara yang pesat

membangun, keperluan tenaga professional dan separa professional amat diperlukan

bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara (Siti dan Nor Azizah, 1995).

Page 19: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

2

“Perhatian yang lebih akan diberikan dalam memastikan sistem

pendidikan selaras dengan perubahan permintaan dan pasaran buruh.

Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem pendidikan dan latihan serta

usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan dilaksanakan untuk

memastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan keperluan

industri”.

(Rancangan Jangka Panjang Kedua; m.s 10)

Peranan untuk melahirkan tenaga kerja mahir ini diletakkan kepada Jabatan

Pendidikan teknikal yang sememangnya bertujuan untuk melahirkan tenaga pekerja

dalam pelbagai bidang pekerjaan. Objektif mata pelajaran vokasional adalah untuk

memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan

teknologi yang terlibat seperti Pembinaan Domestik, Pembuatan Perabot, Servis Alat

Elektrik Domestik, Seni Reka Tanda, Penyajian Makanan, Landskap dan Seni Semaian,

Rekaan dan Jahitan Pakaian dan sebagainya (Berita Harian, 23 April 2003).

Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan

pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang diperolehi dan juga suatu usaha

memupuk minat kepada pelajar untuk memulakan pekerjaan sendiri secara kecil-kecilan.

Mata pelajaran vokasional ini juga akan memberi peluang kepada pelajar yang berminat

meneruskan latihan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ini selaras dengan hasrat

untuk menyusun semula masyarakat yang progresif dan berorientasikan sains dan

teknologi seperti yang termaktub dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Pelajar seharusnya diberi peluang yang sama rata untuk mengikuti kursus

pendidikan yang mempunyai semua unsur teknologi dan keusahawanan (Berita Minggu,

15 Mac 1990). Ini selaras dengan pendapat yang menyatakan wujudnya kombinasi dunia

pekerjaan dengan pendidikan di sekolah adalah perlu (Fatimah, 1984).

Page 20: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

3

Pertumbuhan ekonomi dan penggunaan teknologi moden ini memerlukan

pengurusan sumber tenaga manusia yang mampu melaksanakannya. Kurikulum

pendidikan teknik dan vokasional ini telah diselaraskan dan digubal mengikut kehendak

keperluan pasaran kerja dan perubahan teknologi terkini. Matlamat pendidikan teknik

dan vokasional adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dari segi intelek, rohani,

jasmani dan emosi serta mempunyai sahsiah diri yang mulia. Dengan tercapainya

matlamat ini, maka negara bakal memiliki aset yang paling berharga kepada

perkembangan pembangunan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial (Nur Hafiza,

2003).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam menggerakkan pembangunan bidang perindustrian negara, pendidikan di

semua peringkat perlu menyediakan corak latihan, pengetahuan yang bersifat futuristik

supaya dapat merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

Menurut Brown (1987), sistem pendidikan membantu dalam mengintegrasikan golongan

muda ke dalam sistem ekonomi.

“School and industry are different facets of single society and the

habit of mind which isolates them from each other is a habit to be

overcome”.

(Brown and Bettina.L m.s 24, 1998)

Pelancaran mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik

pada tahun 2002 merupakan satu inovasi besar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Mata pelajaran vokasional adalah satu mata pelajaran yang baru diperkenalkan di

sekolah menengah akademik untuk mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar

Page 21: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

4

yang melanda dunia pendidikan negara kini (Zainon, 2003). Mata pelajaran ini adalah

kesinambungan daripada komponen Kemahiran Hidup Bersepadu yang pernah diikuti

oleh pelajar semasa di tingkatan 1, 2, dan 3 (Berita Harian, 23 April 2003).

Menurut Ainon (1994), sistem pendidikan negara kita memberikan pelbagai

maklumat kepada pelajar. Konsep belajar bererti menerima dan menyampaikan

maklumat tersebut untuk dikeluarkan semula dalam dewan peperiksaan. Kegiatan

belajar di dalam sistem sekarang adalah kegiatan pasif dan reaktif. Oleh itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran vokasional di

sekolah menengah akademik yang bertujuan memastikan pelajar akan menjalani satu

proses pembelajaran yang lebih aktif dan produktif (Sukatan Mata Pelajaran Vokasional

Tingkatan 4 dan 5, 2002).

Mata pelajaran vokasional (MPV) telah ditawarkan secara berperingkat sehingga

dua puluh dua mata pelajaran kemahiran dalam lima bidang usaha yang dilaksanakan

secara berperingkat selama empat fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 (Utusan

Malaysia 31 Oktober 2001). Kurikulum MPV bertujuan untuk melahirkan pelajar

berkemahiran dalam bidang usahawan yang releven dan bermakna untuk membolehkan

mereka mendapat pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang lebih

tinggi. Ini adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada

pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti ‘hands-on’ yang berguna dalam

kehidupan harian dan alam pekerjaan (Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi Tahun

2002 – 2003 PPK, Januari 2003).

Page 22: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

5

Jadual 1.1 di bawah menunjukkan data yang diperolehi dari Jabatan Pelajaran

Negeri Johor berhubung statistik jumlah sekolah menengah akademik yang menawarkan

mata pelajaran vokasional di negeri Johor dari tahun 2004 hingga 2008.

Jadual 1.1: Statistik Jumlah Sekolah yang Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional

di Negeri Johor, Tahun 2004 – 2008

Tahun Jumlah Sekolah

2004 29

2005 39

2006 49

2007 78

2008 80

(Sumber: Unit Maklumat, Jabatan Pelajaran Johor, 2008)

Berdasarkan jadual 1.1 di atas, jelas kelihatan bahawa jumlah sekolah menengah

akademik yang menawarkan mata pelajaran vokasional adalah meningkat dari tahun ke

tahun. Kadar peningkatan ini menunjukkan satu perkembangan yang positif. Senario ini

menunjukkan bahawa mata pelajaran vokasional mendapat sambutan yang baik di

kalangan guru dan pelajar sehingga banyak sekolah yang menyertai program ini.

Jadual 1.2 di bawah menunjukkan data yang direkodkan oleh Jabatan Pelajaran

Negeri Johor berhubung statistik jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran

vokasional di negeri Johor dari tahun 2004 hingga 2008.

Page 23: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

6

Jadual 1.2: Statistik Jumlah Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Vokasional di

Negeri Johor, Tahun 2004 – 2008

(Sumber: Unit Maklumat, Jabatan Pelajaran Johor, 2008)

Jumlah pelajar yang mengikuti mata pelajaran vokasional adalah meningkat dari

tahun ke tahun. Ini berdasarkan kepada jadual 1.2 yang direkodkan oleh Jabatan

Pelajaran Johor bagi tahun 2004 sehingga 2008. Kadar kenaikan mendadak dari tahun

2006 ke 2007 adalah seramai 3309 pelajar dalam masa setahun. Peningkatan ini

menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan dan membanggakan. Senario

ini menunjukkan bahawa mata pelajaran vokasional mendapat sambutan yang baik di

kalangan pelajar.

Walaupun peningkatan ini membanggakan, terdapat juga sesetengah golongan

pelajar masih kurang berkeyakinan terhadap aliran ini. Terdapat segelintir pelajar masih

berpandangan negatif terhadap sekolah dan mata pelajaran aliran vokasional dan

berpendapat bahawa pendidikan teknik dan vokasional adalah pendidikan untuk kelas

kedua dan untuk mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran (Yahya, 1996).

Tahun Jumlah Pelajar

2004 1433

2005 2007

2006 2336

2007 5645

2008 6249

Page 24: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

7

Menurut Shahril (1992) dalam Masria (2006) menyatakan sistem pendidikan

teknik dan vokasional di Malaysia bertujuan untuk menyediakan pelbagai kemudahan

untuk mencapai bidang pembangunan perindustrian sebagai suatu hasrat negara yang

sedang menuju ke arah satu negara maju. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

memberi peluang luas kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dalam

kemahiran bidang tertentu.

Punca atau sumber kefahaman pelajar mengenai pendidikan dan mata pelajaran

teknik dan vokasional agak terbatas. Zakaria (1984) dalam Masria (2006) mendapati

bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan PTV yang diperolehi daripada pelajar

amat terbatas. Beliau merumuskan pelajar lebih mendapat maklumat melalui rakan-

rakan sekolah mereka. Ini menyebabkan wujudnya pelbagai persepsi dikalangan pelajar

terhadap mata pelajaran aliran vokasional.

Menurut Atan Long (1988), sering terdapat mata pelajaran yang diajar oleh guru

bertentangan dengan minat pelajar. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai

minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di

dalam kelas. Oleh yang demikian penyelidik berminat untuk mengkaji minat pelajar

terhadap mata pelajaran vokasional Rekaan dan Jahitan Pakaian.

Kemudahan bengkel turut memainkan peranan dalam menentukan kejayaan

sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali ataupun teori. Kemudahan bengkel

yang baik, sesuai dan teratur akan lebih menggalakkan perubahan sikap yang positif

kepada pelajar. Menurut Braker (1982), makmal atau bengkel juga penting dalam

menentukan kejayaan pembelajaran kerja amali kerana bengkel adalah tempat untik

membina minat, membangunkan kemahiran serta memastikan pelajar dapat belajar

dengan lebih perhatian dan selesa. Kajian Hamimah (2000), mendapati bahawa makmal

Page 25: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

8

atau bengkel di sekolah perlulah disediakan dengan persekitaran yang terancang dan

memberangsangkan minat pelajar untuk kerja-kerja amali.

Di samping faktor-faktor yang dinyatakan di atas, kefahaman pelajar terhadap

fungsi dan kepentingan ilmu yang dipelajari juga penting. Hasil kajian oleh Sabariah

(1999), mendapati bahawa kefahaman pelajar terhadap fungsi pelajaran dan kerja amali

yang dipelajari adalah sangat penting. Sebanyak 85.2 peratus responden bersetuju dan

menyokong penyataan tersebut. Menurut Rahim (1999), seseorang itu hendaklah

mengetahui matlamat dan pemilihan kerjaya yang diinginkan dalam kehidupan mereka

dan kemudian bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini

kerana sesungguhnya peluang keemasan biasanya tidak selalu berulang dan datang

untuk kali kedua. Menurut beliau lagi, seseorang yang berjaya itu adalah orang yang

tahu apa yang dibuatnya.

Maka di sinilah letaknya pokok permasalahan yang bermula dengan pemilihan

kursus dan kefahaman yang secukupnya mengenai bidang pendidikan teknik dan

vokasional sebelum memasuki ke kursus ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk

meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan

Pakaian di kalangan pelajar yang sedang mengikuti kursus ini.

Page 26: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

9

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan statistik jumlah sekolah yang menawarkan mata pelajaran

vokasional dan statistik jumlah pelajar yang mengikuti mata pelajaran vokasional di

sekolah menengah akademik di negeri Johor dari tahun 2004 hingga 2008 menunjukkan

berlakunya peningkatan setiap tahun. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

apakah faktor minat pelajar, kemudahan bengkel di sekolah, penentuan kerjaya pelajar

dan sikap pelajar mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di daerah

Muar, Johor.

1.4 Objektif Kajian

Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian merupakan satu mata pelajaran baru yang

ditawarkan di sekolah menengah akademik yang terpilih untuk melaksanakannya. Oleh

itu, penyelidik ingin membuat tinjauan yang bertujuan untuk;

i. Mengenalpasti pengaruh minat pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan

Pakaian.

ii. Mengenalpasti pengaruh kemudahan bengkel terhadap pelajar dalam memilih

kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian.

iii. Mengenalpasti pengaruh kerjaya terhadap pelajar dalam memilih kursus Rekaan

dan Jahitan Pakaian.

iv. Mengenalpasti pengaruh sikap pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan

Pakaian.

Page 27: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

10

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan dalam memperolehi

maklumat mengenai pelaksanaan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di sekolah

menengah akademik di daerah Muar, Johor. Antara persoalan yang dikemukkan ialah;

i. Apakah faktor minat mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan

Pakaian di Daerah Muar, Johor?

ii. Apakah faktor kemudahan bengkel mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan

Jahitan Pakaian di Daerah Muar, Johor?

iii. Apakah faktor kerjaya mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan

Pakaian di Daerah Muar, Johor?

iv. Apakah faktor sikap mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan

Pakaian di Daerah Muar, Johor?

Page 28: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

11

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan

kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah

akademik di daerah Muar, Johor.

Kepentingan kajian ini adalah;

i. Membantu pihak sekolah merancang aktiviti bagi meningkatkan lagi kemasukan

pelajar ke kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian.

ii. Menyedarkan pihak sekolah bahawa permintaan ke semakin meningkat dari

setahun demi setahun kerana ia mempunyai prospek yang cerah dalam pasaran

kerjaya.

iii. Menjadikan aliran mata pelajaran vokasional sebagai satu aliran yang

menjadikan pilihan tumpuan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah rendah

dan tamat tingkatan tiga.

Page 29: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

12

1.7 Skop Kajian.

Kajian ini hanya menfokuskan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di kalangan pelajar dari aspek minat,

kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar.

1.8 Batasan Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini, penyelidik membataskan kajian dilakukan ke

atas pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Rekaan dan Jahitan

Pakaian di dua buah Sekolah Menengah Akademik dalam daerah Muar, Johor.

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang digunakan oleh penyelidik dalam penyelidikan ini

perlu dijelaskan untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin akan berlaku bagi

memudahkan pembaca memanfaatkan kajian ini. Antaranya ialah:

1.9.1 Faktor

Menurut Kamus Dewan (2000), faktor ialah unsur atau sebab yang

menyumbangkan kepada sesuatu hasil. Manakala “The Oxford English Dictionary

(1970)”, mendefinisikan faktor sebagai suatu elemen yang terdapat dalam komposisi

tertentu yang membuahkan hasil atau agen. Dalam kajian ini, faktor yang dimaksudkan

ialah penyebab yang mempengaruhi pelajar memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian.

Page 30: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

13

1.9.2 Pengaruh

Menurut kamus dewan (1998), mentakrifkan pengaruh sebagai kuasa yang terbit

dari orang lain, kekuatan batin yang meninggalkan kesan kepada orang lain. Pengaruh

yang dimaksudkan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah satu kuasa yang mendorong

pelajar untuk memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian.

1.9.3 Pelajar

Mereka yang menerima pendidikan secara formal di sekolah. Dalam kajian ini,

pelajar ialah mereka yang sedang mengikuti kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di

sekolah menengah akademik di daerah Muar, Johor.

1.9.4 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Mata pelajaran yang berteraskan konsep pengajaran vokasional yang berasaskan

pengajaran kemahiran yang dijalankan di sekolah menengah akademik harian bagi

mengatasi masalah keciciran pelajar. Mata pelajaran vokasional yang dimaksudkan oleh

penyelidik dalam kajian ini ialah mata pelajaran vokasional Rekaan dan Jahitan Pakaian.

Page 31: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

14

1.9.5 Rekaan dan Jahitan Pakaian

Satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran Rekaan dan Jahitan

Pakaian adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di

sekolah menengah rendah. Mata pelajaran ini menjurus kepada penguasaan kemahiran

asas tiga unsur utama iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola, dan

menjahit pakaian. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).

1.9.6 Minat

Menurut Kamus Am (1995) minat bermaksud kesukaan (kecenderungan hati)

kepada sesuatu. Manakala Kamus Dewan (1998) pula, minat bermaksud keinginan

(kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu. Manakala minat yang dimaksudkan oleh

penyelidik ialah keinginan, kecenderungan atau kesukaan pelajar kepada sesuatu

perkara. Dalam konteks kajian yang akan dijalankan ini ialah minat pelajar terhadap

mata pelajaran vokasional Rekaan dan Jahitan Pakaian.

1.9.7 Kemudahan Bengkel

Menurut Mok Soon Seng (1996), kemudahan bengkel ialah kemudahan yang

baik dari segi kerusi, meja, peralatan, ruang pembelajaran yang selesa bagi memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan. Dalam kajian ini,

kemudahan bengkel yang dimaksudkan adalah kemudahan dari segi penyenggaraan

peralatan yang digunakan, suasana persekitaran bengkel untuk proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran vokasional Rekaan dan Jahitan Pakaian.

Page 32: pengesahan - fp.utm.my€¦mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian

15

1.9.8 Kerjaya

Profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah (Kamus

Dewan, 2005). Merujuk kepada kajian ini, kerjaya ialah pekerjaan pelajar selepas

menamatkan pengajian sekolah.

1.9.9 Sikap

Sikap merupakan kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang

individu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Menurut Kartz (1960), sikap ialah

sesuatu yang mempengaruhi dan terhasil dari perasaan, atau pemikiran seseorang

terhadap objek psikologi. Ianya merupakan kecenderungan untuk menilai unsur kognitif

dan efektif seseorang sama ada baik atau buruk. Dalam kajian ini, penyelidik ingin

mengkaji sikap pelajar sekolah menengah harian yang memilih kursus Rekaan dan

Jahitan Pakaian sama ada mereka bersikap positif atau negatif.

1.10 Penutup

Dalam bab ini penyelidik dapat menyatakan serta menghuraikan perkara yang

ingin dikaji. Kajian adalah meliputi pengenalan, latar belakang masalah, penyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi

istilah dan kesimpulan.