usaha-usaha pemilihan kerjaya di kalangan remaja … · sulit (mengandungi maklumat yang berdarjah...

27
USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA MELAYU DI FELDA DAERAH JERANTUT, PAHANG RAMLAN BIN ABDUL WAHAB UNIVERISITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: tranliem

Post on 07-Jun-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA MELAYU DI FELDA DAERAH JERANTUT,

PAHANG

RAMLAN BIN ABDUL WAHAB

UNIVERISITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

PSZ 19: 16(Pind. 1/97)

LNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS "

JUDUL : Usaha-Usaha Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja

Melayu Di FELDA Daerah Jerantut.

SESI PENGAJIAN : 200712008

Saya RAMLAN BIN ABDUL WAHAB 74n0601-06-5613 (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSWSarjanaIDoktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengaj ian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olc organisasihadan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK T E k A D Disahkan Oleh

I / -

J

(TANDATANGAN PENULIS) PENY ELIA)

Alamat Tetap : NO. 305 FELDA SUNGAI TEKAM UTARA, PROF DR RASHID 27060 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SUL*IT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

I, Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Prolek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)."

Tandatangan

Nama Penyelia : PROFDRHJ AMMAD RASHID B. RAJUDDIN

Tarikh

Page 4: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

i

USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA MELAYU DI FELDA DAERAH JERANTUT , PAHANG

RAMLAN BIN ABDUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya."

Tanda tangan ............ +--= .............. : .....................

Nama Penulis RAMLAN BIN ABDUL WAHAB

Tarikh APRIL 2008

Page 6: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan seribu kesyukuran kepada Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya maka dapat menyiapkan kajian penyelidikan

ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu

Profesor Dr. Haji Muhammad Rashid Rajuddin. Ini kerana, beliau begitu banyak

memberi tunjuk ajar, nasihat ikhlas serta jujur dan meletakkan kepercayaan kepada

saya menyiapkan kajian penyelidikan ini. Tanpa beliau, sudah tentu tugasan ini tidak

berjalan seperti yang telah dirancang.

Kepada pihak FELDA, pengurus-pengurus FELDA terbabit dan rakan-rakan

seperjuangan sama ada secara langsung dan tidak langsung yang memberi pandangan

dan kritikan bernas, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Sesungguhnya saya sentiasa terbuka menerima pandangan dan kritikan. Jasa baik

kalian semua akan saya kenang sampai bila-bila.

Maaf dipinta kepada semua pihak sekiranya sepanjang saya menyiapkan

tugasan ini berlaku kesilapan. Saya hanya mampu merancang dan berusaha, Allah

jua yang menentukan segala-galanya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Page 7: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

v

ABSTRAK

Pada masa ini sebahagian remaja di tanah-tanah rancangan FELDA juga

terlibat dengan masalah sosial yang semakin serius seperti penyalahgunaan dadah,

lumba haram, mencuri dan sebagainya. Salah satu punca masalah ini kerana mereka

menganggur dan kurang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka perlu

berusaha membuat pilihan pekerjaan yang sesuai dan terbaik pada masa hadapan.

Namun sejauh manakah tahap usaha-usaha remaja ini dalam pemilihan kerjaya

mereka telah dilaksanakan. Justeru itu kajian yang dilaksanakan ini adalah

ditumpukan untuk mengenal pasti pelaksanaan usaha-usaha pemilihan kerjaya di

kalangan remaja Melayu FELDA di Daerah Jerantut, Pahang. Responden kajian

terdiri remaja yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun seramai 125 orang.

Penyelidik telah menjalankan kajian deskriptif secara tinjauan. Seterusnya,

instrumen kajian adalah berdasarkan soal selidik yang digubal oleh pengkaji setelah

dijalankan kajian rintis. Penyelidikan dilaksanakan menggunakan borang soal

selidik berdasarkan Skala Likert. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan

Perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 13.0). Keputusan

kajian yang diperoleh menunjukkan majoriti responden telah berusaha untuk

mengumpul maklumat kerjaya, meningkatkan tahap akademik, kesedaran diri dan

merancang kerjaya pada masa hadapan.

Page 8: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

vi

ABSTRACT

Some of the youth at FELDA today are involved in social ills which are

getting more serious earch day such as drugs, racing, stealing and many more. One of

the cause for this problem is because they are unemployed and take very less effort to

get a job. They should work hard to choose the most suitable and best job for their

future. Unfortunately, they don’t really take this matter seriously as no effort is taken

by them. Therefore, this research was conducted to determine the efforts taken in

choosing the right carrier among Malay teenagers at FELDA Jerantut, Pahang.

Respondents for this research were aged between 14-25 years old, and a total of 125

respondents were chosen randomly. Descriptive methodology was used in this

research. Researcher used the questionnaire as the research instrument after pilot

study was carried out. Research was carried out using questionnaire according to

Likert Scale. The results was processed using SPSS software. Results shows that

majority respondents has worked hard to collect information about carrier, increase

academic achievement, self realization and did career planning for future

Page 9: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Terminologi Kajian 10

1.10 Penutup 15

Page 10: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

viii

BAB

2

PERKARA

SOROTAN PENULISAN

HALAMAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Mengumpul maklumat kerjaya. 17

2.3 Meningkatkan tahap pendidikan kerjaya 19

2.4 Meningkatkan tahap kesedaran diri 24

2.5 Membuat perancangan kerjaya 26

2.6 Penutup 28

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka bentuk Kajian 30

3.3 Populasi dan sampel kajian 30

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A

3.4.2 Bahagian B

31

32

32

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Penutup 38

Page 11: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

ix

PERKARA

ANALISIS DATA

HALAMAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden)

4.2.1 Jantina Responden

4.2.2 Umur Remaja

4.2.3 Kelulusan Akademik

4.2.4 Status Diri

4.2.5 Bidang Kerja Yang Diminati

40

40

40

41

42

42

4.3 Bahagian B

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1

Apakah usaha mengumpul maklumat di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya?

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2

Apakah usaha meningkatkan tahap pendidikan di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3

Apakah usaha meningkatkan tahap kesedaran diri di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya?

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4

Apakah usaha merancang kerjaya remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya?

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5

Apakah perbezaan bidang kerjaya yang diminati antara jantina di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut?

43

45

48

51

54

56

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 57

BAB

4

4.5 Penutup 59

Page 12: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

x

PERKARA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

HALAMAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan

5.2.1 Rumusan Kajian

5.2.2 Rumusan Dapatan Kajian

5.2.2.1 Latar belakang responden

5.2.2.2 Rumusan persoalan kajian

61

61

63

63

64

BAB

5

5.3 Perbincangan

5.3.1 Usaha-usaha mengumpul maklumat di

kalangan remaja Melayu di FELDA

daerah Jerantut apabila membuat

pemilihan kerjaya.

5.3.2 Usaha-usaha meningkatkan tahap

pendidikan di kalangan remaja Melayu

di FELDA daerah Jerantut apabila

membuat pemilihan kerjaya.

5.3.3 Usaha-usaha meningkatkan tahap

kesedaran diri di kalangan remaja

Melayu di FELDA daerah Jerantut

apabila membuat pemilihan kerjaya.

5.3.4 Usaha-usaha merancang kerjaya remaja

Melayu di FELDA daerah Jerantut

apabila membuat pemilihan kerjaya

5.3.5 Perkaitan antara remaja lelaki dengan

remaja perempuan Melayu di FELDA

daerah Jerantut apabila membuat

pemilihan kerjaya

66

67

72

74

78

82

Page 13: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

xi

PERKARA HALAMAN

5.4

Cadangan-cadangan

5.4.1 Pihak FELDA

5.4.2 Pihak MARA

5.4.3 Pihak Kementerian Lain

5.4.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

5.4.3.2 Kementerian Sumber Manusia

5.4.3.2 Kementerian Belia & Sukan

83

83

86

88

88

89

91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 93

BAB

5.6 Penutup 94

BIBLIOGRAFI 95

LAMPIRAN A-C 101-110

Page 14: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Analisis Pencapaian PMR 2007 23

2.2 Profil Tenaga Kerja Dan Struktur Pendidikan 1990-

2010(’00 Orang)

25

3.1 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item Dan

Jumlah Item.

33

3.2 Skor Skala Likert 5 Mata 34

3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Persoalan Kajian Yang

Digunakan

38

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur Remaja 40

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 41

4.4 Taburan Responden Mengikut Status Diri 42

4.5 Taburan Responden Mengikut Bidang Kerja Yang Diminati 42

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha

Mengumpul Maklumat Apabila Membuat Pemilihan

Kerjaya.

45

Page 15: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

xiii

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha

Meningkatkan Tahap Pendidikan Apabila Membuat

Pemilihan Kerjaya.

48

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha

Meningkatkan Tahap Kesedaran Diri Apabila Membuat

Pemilihan Kerjaya.

51

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha

Merancang Kerjaya Apabila Membuat Pemilihan Kerjaya.

54

4.10 Taburan Responden Berdasarkan Crosstabulation Jantina

Dan Bidang Kerjaya Yang Diminati

56

4.11 Taburan Peratus Dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap

Persoalan

57

Page 16: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

iii

Dedikasi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Buat isteri tercinta , SAMANI BINTI MOHD DAUD

Pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran mu ku ucapkan terima kasih

Buat anak-anak tersayang MUHAMMAD AFIQ JAZIMIN & MUHAMMAD AMIR HAZIQ

Kehadiran kalian menguji kesabaran dan kekuatan ayah mu

Ayahan anda dan bonda

Dorongan dan pengorbanan kalian pembakar semangat ku

Ayah dan ibu mertua serta keluarga

Terima kasih kerana cuba memahami tugas ku

Pensyarah-pensyarah

Tunjuk ajar mu amatlah berguna

Teman-teman perjuangan

Sokongan dan Kenangan bersama mu akan ku kenang selamanya

Terima kasih semua

Page 17: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Prosedur Pengendalian Kajian 35

4.1 Taburan Peratus Keseluruhan Bagi Setiap

Persoalan Kajian.

58

5.1 Model Pemilihan Kerjaya 69

5.2 Carta Alir Perancangan Kerjaya Pelajar 79

Page 18: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

FELDA -

-

Federal Land Development Authority

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

MARA - Majlis Amanah Rakyat

ILP - Institut Latihan Perindustrian

SPSS - Statistical Package For Social Science

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SRP - Sijil Rendah Pelajaran

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPM(U) - Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

Bil - Bilangan

% - Peratus

Page 19: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Pengesahan Pelajar 101

B Borang Soal Selidik 102

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Pengarah Besar FELDA

110

Page 20: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Idea penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang

diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1954. Idea beliau ini adalah

bertepatan dengan cadangan Bank Dunia supaya Tanah Melayu pada masa itu

memberikan perhatian kepada pembangunan tanah untuk meningkatkan hasil

pengeluaran pertanian (Zainal, 2007).

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development

Authority( FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah

1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan. Ia ditubuhkan untuk menjadi

sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. Selain itu, tujuan utama

FELDA ditubuhkan ialah untuk membantu masyakat luar bandar dengan melaksanakan

pembangunan kawasan secara terancang. Agensi ini akan membantu masyarakat luar

bandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka (FELDA, 2007).

Page 21: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

2

Semasa awal penubuhan FELDA hanya berperanan sebagai sebuah lembaga

yang mengurus, melaksana dan menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh negeri-

negeri di Malaysia. Selain itu, ia bertindak untuk menyelaraskan pembangunan tanah

dan perpindahan penduduk di negeri-negeri Tanah Melayu. Pada tahun 1961 peranan

FELDA terus berkembang sebagai lembaga yang diberi tanggung jawab untuk mengurus

dan melaksana sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan

penempatan di Malaysia (FELDA, 2007).

FELDA ketika penubuhannya merupakan institusi tunggal yang membuka

peluang sekumpulan masyarakat Melayu untuk membina kehidupan baru di penempatan

terancang bagi menangani masalah kemiskinan. Aspirasi Perdana Menteri Kedua,

Allahyarham Tun Abdul Razak mahu melihat masyarakat Melayu keluar dari

kepompong kemiskinan dengan mengerjakan tanah ladang melalui program yang

dirancang di bawah FELDA. Ternyata usia tersebut memberi nafas baru kepada 1.2 juta

masyarakat peneroka seluruh negara yang kini hidup selesa di 317 tanah rancangan

(Zunaidah, 2008).

Menurut Sulong (1985), matlamat-matlamat penubuhan FELDA adalah selari

dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). FELDA telah membangunkan komuniti desa baru

yang mempunyai hubungan dengan matlamat DEB dengan lebih meluas, iaitu

membasmi kemiskinan dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi

ekonomi.

Pada masa ini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480

buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang merangkumi kawasan

pertanian, perladangan dan penempatan di seluruh negara. Manakala seramai 112,635

orang peneroka telah dipilih dari masyarakat luar bandar untuk membangunkan tanah –

tanah rancangan FELDA ini. Semua usaha ini telah membantu perkembangan

pembangunan ekonomi dan sosial serta mewujudkan kestabilan politik sehingga kini.

(FELDA 2007).

Page 22: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

3

Kini FELDA melangkah jauh ke hadapan dalam era pemodenan bersepadu

menerusi beberapa projek masa depan yang dirancang dengan teliti demi kepentingan

masyarakat peneroka di seluruh negara. Penyenaraian FELDA di Bursa Saham Kuala

Lumpur (BSKL) akan memberi faedah kepada kumpulan syarikat FELDA, peneroka dan

koperasi serta kerajaan negeri yang telah memberi tanah untuk dibangunkan sebagai

ladang FELDA (Dr. Mustafa, 2003).

Pada masa ini FELDA telah berjaya membangunkan masyarakat luar bandar dari

segi fizikal, sosial dan ekonomi. Masyarakat FELDA kini telah mendapat pelbagai

kemudahan fizikal yang terbaik dan moden seperti air, elektrik, jalan raya berturap,

dewan orang ramai, masjid, perpustakaan awam, khidmat pos, telekomunikasi,

perkhidmatan bas, sekolah, balai polis, balai bomba, pusat kesihatan dan lain-lain lagi.

Manakala dari segi sosial pula masyarakat FELDA telah bersatu padu menjadi

contoh masyarakat luar bandar yang berjaya meningkatkan taraf hidup dan membasmi

kemiskinan khususnya di kalangan orang Melayu sendiri. Selain itu, masyarakat FELDA

juga boleh berbangga memperoleh pendapatan yang lebih baik melalui pembangunan

tanah seperti penanaman kelapa sawit, getah dan koko. Ini semua jelas menunjukkan

masyarakat FELDA telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Selain itu, generasi muda peneroka pada masa ini banyak diberi peluang oleh

FELDA untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka. Penubuhan Kelab FELDA

membolehkan anak peneroka yang berada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

berusaha dan membantu ke arah meningkatkan pendidikan kepada generasi peneroka. Ia

juga turut memperkenalkan gagasan Wawasan Pembangunan Sosial yang bertujuan

melahirkan generasi kedua FELDA yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Selain

itu, ia telah berjaya melaksanakan skim Tuisyen FELDA yang membantu anak peneroka

mendapat kelas-kelas tambahan percuma untuk menghadapi peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Page 23: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

4

Ringkasnya FELDA telah terbukti berjaya mengubah masyarakat Melayu untuk

menjadi masyarakat yang berdaya saing di negara ini. Masyarakat FELDA kini diiktiraf

oleh kerajaan sebagai komponen utama dalam pembangunan negara khususnya

pertanian berasaskan pengeluaran kelapa sawit dan getah. Oleh sebab itu, FELDA perlu

lebih bersifat pragmatik dan melakukan evolusi bukan sahaja di peringkat nasional tetapi

di peringkat antarabangsa.

1.2 Latar belakang masalah

Menurut Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dalam teks ucapannya pada Anugerah Belia

FELDA Malaysia (ABFM) 2006 ;

“Kita mengimpikan agar belia FELDA lebih ramai menerajui pelbagai bidang; belia FELDA lebih berilmu dan mahir melalui pelbagai program pendidikan dan kemahiran; belia FELDA lebih bersaing dalam dunia keusahawanan. Kita mengimpikan agar kawasan rancangan bebas daripada belia yang terjerumus dalam gejala sosial; kawasan rancangan penuh dengan pelbagai aktiviti belia berunsur kerohanian, pendidikan, kemahiran, khidmat masyarakat, kesukarelaan, sukan, kebudayaan dan sosial ekonomi.”

Menurut Dr. Mustafa (2003), FELDA perlu berusaha untuk menghadapi cabaran

dan strategi pada alaf baru ini. Cabaran utamanya ialah untuk meningkatkan produktiviti

pengeluaran dan menjamin kualiti tanaman terutamanya kelapa sawit. Selain itu, ia perlu

terus kekal sebagai agensi pengeksport produk tanaman terulung di rantau Asia

Tenggara, meningkatkan taraf hidup dan menjamin pendapatan lumayan kepada para

peneroka.

Page 24: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

5

FELDA perlu menghadapi apa jua cabaran terhadap usaha-usaha meningkatkan

lagi kualiti ekonomi dan sosial masyarakat peneroka. Penekanan juga perlu diberikan

kepada generasi muda FELDA kerana mereka merupakan pewaris atau penyambung

untuk memajukan lagi masyarakat peneroka. FELDA perlu memberi peluang kepada

anak-anak peneroka ini untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi membantu

mereka memperoleh pendapatan yang tetap dan mengelakkan pengangguran.

Seterusnya, penyediaan peluang pekerjaan ini akan membantu mereka untuk terus

bekerja di tanah-tanah rancangan FELDA dan meningkatkan taraf sosial ekonomi

mereka.

Laporan Ekonomi 2007/2008 menyatakan pasaran buruh dijangka terus

menggalakkan sejajar dengan aktiviti ekonomi domestik yang rancak tahun ini. Guna

tenaga berkembang 2.1 peratus dengan kekosongan pekerjaan bertambah 379, 945

dalam tempoh enam bulan. Kadar kumpulan tenaga kerja aktif berumur 15 hingga64

tahun dijangka terus tinggi pada 67 peratus tahun ini. Namun, kumpulan tenaga kerja 15

hingga 24 tahun berkurangan kepada 24.6 peratus berbanding 24.8 peratus pada tahun

2006.

Namun pada masa kini peluang pekerjaan di luar bandar khususnya di kawasan

FELDA adalah terbatas. Ini kerana kadar pertumbuhan ekonomi di FELDA adalah

terhad dan bertumpu dalam sektor pertanian sahaja. Ini menyebabkan ramai golongan

remaja FELDA berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan

sesuai dengan mereka. Remaja yang tinggal di FELDA pula terpaksa bersaing dengan

pekerja-pekerja asing untuk mendapat peluang pekerjaan. Ini akan menimbulkan

masalah kepada remaja FELDA untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Yahya (1995), ke atas remaja FELDA mendapati

bahawa mereka mudah terlibat dengan masalah sosial. Kebanyakan diri remaja yang

tinggal di kawasan tanah rancangan FELDA mempunyai peluang pekerjaan yang terhad

dan tidak mempunyai pendidikan tinggi dan kurang berkemahiran.

Page 25: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

6

Remaja di kawasan FELDA juga mempunyai masalah sosial yang berterusan dan

sukar dikawal. Ini jelas, apabila banyak berita pada surat khabar dan majalah-majalah

menyiarkan tentang kebanyakan remaja FELDA di hadapkan di mahkamah berusia 15

hingga 25 tahun. Semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap masalah sosial

remaja ini seperti gejala budaya lepak, lumba haram, dadah, sumbang mahram, mencuri

dan menyamun. Kesemua masalah sosial ini menjadi duri dalam daging kepada

masyarakat peneroka yang ingin berdaya maju dan bersaing di peringkat global.

Kawasan FELDA di daerah Jerantut juga mengalami masalah sosial remajanya.

Ini mungkin disebabkan pelbagai faktor pendorong permasalahan ini. Salah satu punca

masalah sosial remaja di kawasan ini ialah pengangguran yang tinggi di kalangan

generasi mudanya. Selain itu, masalah sosial ini juga berlaku kerana segelintir generasi

mudanya mempunyai kes penyalahgunaan dadah yang serius dan berterusan. Apabila

segelintir remaja ini tidak bekerja, ruang waktu mereka digunakan dengan menagih

dadah. Seterusnya, remaja ini memerlukan banyak wang untuk membeli dadah dan

akibatnya terpaksa mencuri dan melakukan jenayah untuk mendapatkan wang.

Persoalannya sekarang adakah remaja FELDA ini yang terlibat dengan gejala

sosial ini kurang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan diri

mereka. Adakah mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak

berfaedah dan terjerumus ke arah perlakuan jenayah. Sebaliknya, pihak kerajaan dan

swasta berusaha menyediakan peluang-peluang pendidikan seperti kursus-kursus dan

latihan-latihan teknik dan vokasional kepada mereka. Malahan, terdapat banyak peluang

kerja disediakan oleh pihak FELDA untuk membantu anak-anak peneroka bagi

mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka.

Page 26: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

7

1.3 Pernyataan masalah

Pemilihan kerjaya merupakan satu proses yang sangat kompleks. Walaupun

terdapat berbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi, namun bagi golongan remaja atau

lepasan sekolah yang mempunyai pengetahuan dan maklumat serta perhubungan yang

sangat terbatas tentang dunia pekerjaan sememangnya memerlukan bimbingan. Remaja

ini memerlukan maklumat, bimbingan dan motivasi yang cukup agar dapat membantu

mereka memilih kerjaya yang sesuai dan memberi kepuasan diri pada mereka. Oleh

yang demikian penyelidik ingin mengetahui usaha-usaha pemilihan kerjaya di kalangan

remaja Melayu iaitu usaha mengumpul maklumat, usaha meningkatkan tahap

pendidikan, usaha meningkatkan kesedaran diri dan usaha merancang kerjaya.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapat kepastian mengenai beberapa persoalan

seperti berikut :

i. Apakah usaha mengumpul maklumat di kalangan remaja Melayu di

FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?

ii. Apakah usaha meningkatkan tahap pendidikan di kalangan remaja Melayu di

FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?

iii. Apakah usaha meningkatkan tahap kesedaran diri di kalangan remaja

Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?

Page 27: USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA … · SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

8

iv. Apakah usaha merancang kerjaya remaja Melayu di FELDA daerah

Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?

v. Apakah perbezaan bidang kerjaya yang diminati antara jantina di kalangan

remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut ?