faktor pemilihan kerjaya pelajar tingkatan · pdf fileanalisis statistik deskriptif ......

24
FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BAHAGIAN TAWAU FARIZAH BINTI KASSIM Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Upload: ngotram

Post on 30-Jan-2018

263 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

i

FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK BAHAGIAN TAWAU

FARIZAH BINTI KASSIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 2: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

ii

Page 3: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

iii

DEDIKASI

Dedikasi untuk:

Bondaku

Fatimah Binti Awang Ali

Serta Allahyarham Ayahanda Kassim@Siangah Bin Hassan

Ibu dan Ayah Mertua

Baba Bin Ali

Hjh Marhuma Binti Lapacho

Terima kasih atas pengorbanan dan doa restu kalian

Istimewa buat suamiku:

Hakin Bin Baba

yang banyak memberi dorongan, pengorbanan dan harapan

dan Anak-Anakku:

Ainie Nur Syafiqah, Ainie Nur Syahirah, Muhamad Ikhwan

&

Keluarga yang disayangi

serta

Rakan-Rakan

Kejayaan ini milik kita bersama

Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita

Terima kasih.

Page 4: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayah-Nya , penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Sekalung penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Prof. Madya Dr. Azizi Bt.

Hj Yahaya yang banyak membantu dan nasihat. Tanpa beliau maka pincanglah

penyelidikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana merealisasikan impian ini.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan

Sabah, Pengetua, guru-guru dan staf Sekolah Menengah Teknik Tawau dan Sekolah

Menengah Teknik Lahad Datu yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di UTM, terima kasih di atas sokongan dan

teguran yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan

projek sarjana muda ini dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi

manfaat kepada semua kerana usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.

Penghargaan khas buat bonda tercinta Fatimah Binti Awang Ali yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham ayahanda, Kassim Bin. Hassan, dan

kedua mertua yang amat memahami dan sentiasa menyokong dari segenap penjuru.

Untuk suamiku, Hakin Bin Baba, anak-anak tersayang Ainie Nur Syafiqah, Ainie

Nur Syahirah dan Muhamad Ikhwan yang banyak berkorban untuk merealisasikan

impian menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan

kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Semoga Allah SWT jua menerima amal ikhlas dan diberikan ganjaran syurga

yang abadi di akhirat.

Page 5: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah Teknik Bahagian Tawau. Sabah. Responden kajian ini melibatkan 63 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian iaitu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data Ia mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah α=0.7088. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan frekuensi, peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor situasi pekerjaan adalah tinggi dengan min 4.08 dimana ia merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi seseorang pelajar dalam pemilihan kerjayanya, diikuti oleh faktor minat dengan min 3.40, bimbingan kaunseling dan kerjaya dengan min 3.27 serta pengaruh luar iaitu min 3.16 berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan minat, pengaruh luar dan situasi pekerjaan manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan bimbingan kaunseling dan kerjaya

Page 6: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the factor which influences the electrical engineering students from form four, on their career decisions. These studies involve form four electric and electrical engineering students who study in Sekolah Menengah Teknik Bahagian Tawau, Sabah. The sample of respondents are 63 students who were chosen at a random. The questionnaire was used as an instrument to the data. It is including 40 items and the Statistical Packages for Social Science 11.5 were used in the data analysis and it is including frequency, percentage, mean, standard deviation and t-test. The finding of this study shows working environment is the main factor which influences the student in choosing their career. The mean for this factor is 4.08. It’s followed by interest factor with the mean 3.16. This finding also shows that there is no identified difference between the gender with the interest factor, external influence and working environment. Meanwhile there are identified differences between genders with counseling career factor.

Page 7: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

Page 8: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

viii

1.9 Rasional Kajian 11

1.10 Definisi Operasional 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Pengenalan Pemilihan Kerjaya 16

2.3 Faktor Minat 20

2.4 Faktor Pengaruh Luar 22

2.5 Faktor Peranan Bimbingan Kaunseling 25

Dan Kerjaya Sekolah

2.6 Faktor Situasi pekerjaan 27

2.7 Peringkat Keperluan Manusia 29

2.8 Perangkaan Kerjaya 29

2.9 Kerangka Kajian 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Reka bentuk Kajian 32

3.3 Tatacara Kajian 32

3.4 Tempat Kajian 33

3.5 Populasi Kajian 34

3.6 Sampel Kajian 35

3.7 Instrumen Kajian 35

3.7.1 Bahagian A 37

3.7.2 Bahagian B 37

Page 9: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

ix

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Kesahan Instrumen Kajian 40

3.10 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 40

3.11 Analisis Data 41

3.12 Penutup 42

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN

4.1 Pendahuluan 43

4.2 Latar Belakang Responden 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Nama Sekolah 45

4.2.3 Bangsa 45

4.2.4 Agama 46

4.2.5 Gred Matapelajaran Kemahiran Hidup Semasa 46

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

4.2.6 Pekerjaan Bapa 47

4.2.7 Pekerjaan Ibu 48

4.3 Analisis Bahagian B 48

4.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Proses Pemilihan 49

Kerjaya Pelajar Tingkatan Empat Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik

4.3.2 Faktor Pengaruh Luar Mempengaruhi Pelajar 51

Dalam Pemilihan Kerjaya Dibidang Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik

4.3.3 Faktor Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya 54

Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Page 10: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

x

4.3.4 Faktor Situasi Pekerjaan Sebagai Jurutera 57

Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

Dibidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

4.3.5 Analisis Tahap dan Min Keseluruhan . Faktor 59

Pemilihan Kerjaya Pelajar

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Antara Jantina 60

4.4 Penutup 61

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan Kajian 62

5.3 Perbincangan Kajian 63

5.31 Perbincangan Dapatan Latar Belakang Responden 63

5.3.2 Perbincangan Dapatan Kajian Minat Mempengaruhi 64

Pelajar DalamProses Pemilihan Kerjaya di Bidang

Kejuruteraan Elektrik DanElektronik

5.3.3 Perbincangan Dapatan Kajian Pengaruh Luar 65

Mempengaruhi Pelajar Dalam Proses Pemilihan

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan

Elektronik

5.3.4 Perbincangan Dapatan Kajian Bimbingan 68

Kaunseling Dan Kerjaya Mempengaruhi Pelajar

Dalam Pemilihan Kerjaya DiBidang Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik

5.3.5 Perbincangan Dapatan Kajian Situasi Pekerjaan 70

Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Page 11: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

xi

5.3.6 Perbincangan Dapatan Kajian Ujian t Bagi Faktor 71

Minat, Pengaruh Luar, Bimbingan Kaunseling dan

Kerjaya dan Situasi Pekerjaan Mengikut Jantina

5.4 Cadangan Dan Tindakan 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Penutup 75

RUJUKAN 76

LAMPIRAN A-F 82-92

Page 12: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Senarai Mata Pelajaran Teras, Tambahan Dan Kumpulan 3

Mata Pelajaran Elektif Di Peringkat Menengah

3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Mengikut Sekolah 33

3.2 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item Dan 37

Jumlah Item

3.3 Skor Skala Likert 5 mata 37

3.4 Nilai Alpha Persoalan Kajian 38

3.5 Nilai Alpha Cronbach 40

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan min 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 44

4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 45

4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Mata Pelajaran 46

Kemahiran Hidup Semasa PMR.

4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 46

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 47

4.8 Taburan Respon Mengikut Peratus, Sisihan Piawaidan Min 48

Bagi Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan

Kerjaya di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

4.9 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Minat (n=63) 50

Page 13: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

xiii

4.10 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor 50

Pengaruh Luar Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kerjaya

DiBidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

4.11 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Pengaruh Luar(n=63) 52

4.12 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor 53

Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Mempengaruhi Pelajar

Dalam Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik

Dan Elektronik

4.13 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bimbingan 55

Kaunseling dan Kerjaya (n=63)

4.14 Taburan Respon Mengikut Peratus Dan Min Bagi Aspek Faktor 56

Situasi Pekerjaan Sebagai Seorang Jurutera Mempengaruhi Pelajar

Dalam PemilihanKerjaya Di bidang Elektrik Dan Elektronik.

4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Situasi Pekerjaan 58

(n=63)

4.16 Tahap dan Min Keseluruhan Faktor Pemilihan Kerjaya Pelajar

4.17 Ujian t Bagi Perbezaan Min Faktor Minat, Pengaruh Luar, 59

Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya dan Situasi Pekerjaan

Mengikut Jantina (n=63)

Page 14: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

xiv

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

2.1 Hierarki keperluan asas manusia 29

2.2 Teori dalam membina kerangka kerja penyelidikan 30

Page 15: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

xv

SENARAI SIMBOL

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SMT - Sekolah Menengah Teknik

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

PRS - Pembimbing Rakan Sebaya

PhD - Doktor Falsafah

RRJP - Rangka Rancangan Jangka Panjang

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Science

n - Jumlah Sampel

Page 16: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang Soal Selidik

B Jadual Guna Tenaga Buruh Mengikut Pekerjaan Terpilih 87

Pada Tahun 2000-2010

C Surat Pengesahan Tesis 88

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD 89

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pelajaran 90

Negeri Sabah

F Surat Taklimat Kemasukan Ke SM Teknik Lahad Datu 91

Sesi 2008/2009

Page 17: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia akan melangkah ke arah Negara maju. Hanya tinggal 12 tahun saja

lagi untuk mencapai sasaran tersebut. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Bin

Mohamad telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai sebuah negara maju dan

berteknologi tinggi menjelang tahun 2020. Lebih dikenali dengan Wawasan 2020, ianya

meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras pembangunan

Malaysia.

Kemajuan dan perkembangan teknologi Malaysia telah mengubah corak sumber

tenaga kerja masa kini. Keupayaan mempertahankan kadar produktiviti dan daya saing

di arena antarabangsa merupakan faktor penentu kepada pertumbuhan ekonomi dan

industri di Malaysia. Dengan adanya sumber manusia yang bermotivasi tinggi, mahir

dan berpendidikan memberi kesan kepada daya saingan dan produktiviti industri. Oleh

yang demikian, harapan kepada generasi pelajar yang mempunyai informasi terkini

menghasilkan gandingan sumber tenaga manusia dan teknologi dapat mencapai

matlamat wawasan 2020.

Demi memenuhi keperluan negara, persediaan yang lebih mantap ke arah

penyertaan bidang kerjaya selaras dengan kemampuan diri haruslah diberi

pertimbangan. Pemilihan jurusan diperingkat sekolah biasanya mempengaruhi kerjaya

pelajar. Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian, pemilihan jurusan akan

Page 18: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

2

menjadi pemangkin kepada kerjaya yang akan diceburi. Dengan itu setiap individu

perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan perlu menyelesaikan masalah berkaitan

dengan pemilihan kerjaya. Ini penting kerana kerjaya akan menentukan corak

kehidupan seseorang pada masa hadapan

Falsafah Pendidikan Negara adalah landasan pendidikan di Malaysia. Objektif

utama pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Setiap pelajar yang menjadi

warganegara Malaysia perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar

mempunyai wawasan dan visi yang jauh dalam kehidupannya.

Pelajar yang membuat perancangan kerjaya yang baik akan mempersiapkan diri

dengan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM atau SPMV. Sidek

(1996) dalam Mohd Kamaruzaman (2004) menyarankan bahawa pemilihan kerjaya yang

baik melibatkan tiga perkara iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan

memadankan diri dengan pekerjaan. Justeru itu, pendedahan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman amatlah diperlukan. Semua itu akan memudahkan pelajar

membentuk dan merancang kerjaya masing-masing

Membuat pemilihan kerjaya di peringkat awalan adalah penting kerana apabila

pelajar telah tamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang

dan subjek yang diminati. Terdapat beberapa pilihan elektif yang perlu diketahui oleh

pelajar sebelum membuat keputusan memilih kumpulan elektif yang dikehendaki.

Semua sekolah-sekolah vokasional telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah

Teknik. Oleh itu, terdapat aliran teknik dan aliran vokasional dalam Sekolah Menengah

Teknik (SMT). Ahmad Tajudin (2005) menyatakan aliran teknik bertujuan

menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan teknologi lepasan menengah ke institusi

pengajian tinggi. Aliran vokasional pula menawarkan mata pelajaran elektif vokasional

dan teknologi sebagai mata pelajaran pengkhususan. Pelajar aliran ini akan menduduki

Page 19: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

3

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) diakhir tingkatan lima.

Kurikulum sekolah teknik terdiri dari beberapa bidang seperti di jadual 1.1.

Jadual 1.1: Senarai Mata Pelajaran Teras, Dan Kumpulan Mata Pelajaran Elektif Di Peringkat Menengah Teknik

Mata pelajaran

Kumpulan mata pelajaran elektif

Teras Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Kumpulan Vokasional dan Teknologi Prinsip Akaun Ekonomi Asas Perdagangan Sains Pertanian Ekonomi Rumah Tangga Matematik Tambahan Pengajian Kejuruteraan Jentera Pengajian Kejuruteraan Awam Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Lukisan Kerjuruteraan Teknologi Kejuruteraan Sains Komputer

(Sumber: Jurnal Pendidikan Teknikal)

Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan

organisasi yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kemasukan pelajar ke

sekolah-sekolah teknik di Malaysia. Kemasukan pelajar bergantung kepada keputusan

peperiksaan PMR.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa SMT merupakan sebuah sekolah

yang berasaskan kepada bidang teknikal yang merangkumi pekerjaan seperti

kejuruteraan elektrik, awan, jentera, senibina, usahawan dan sebagainya.

Page 20: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan

personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang

individu. “Tidak mengetahui apa yang berlaku di hari esok adalah kuasa Tuhan,

keupayaan merangka strategi untuk hari esok adalah kekuatan manusia” Eddy (2007)

Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi dalam memilih pekerjaan

boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung kerugian atau

lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup Ahmad Baharuddin (2007).

Sharp dan Marra (1971) dalam Mansur (1986), menyatakan masalah utama yang

sering dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk membuat pemilihan kerjaya yang

menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri

Menurut Noor Aini (1996) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam

membuat pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut:-

i Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat.

Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak

mempunyai minat dalam berbagai bidang, minat yang tidak jelas atau

betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan yang ada

pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut membuat

pemilihan kerjayanya.

ii Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan

Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan

ataupun bakat dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak

setimpal dengan sifat peribadi. Ada pemlihan yang dibuat terlalu tinggi

dan ada pula yang terlalu rendah berbanding dengan kemampuan dan

keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri seseorang

itu.

Page 21: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

5

iii Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan

Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan

pelajar, dimana pada peringkat ini pelajar tidak mendapat pendedahan

dan penerangan yang mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan dan

jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.

Menurut Hairunnaja (2005) situasi berkaitan dengan masalah pemilihan kerjaya

pelajar di masa kini iaitu masalah tentang pelajar yang kehilangan hak untuk memilih

subjek yang diminati kerana pihak sekolah telah menetapkan subjek kepada pelajar

untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah yang diusulkan ialah pelajar iaitu

kemungkinan untuk menghadapi kegagalan sekiranya pelajar memilih bidang yang tidak

diminati. Rahim Abdullah (1999) menegaskan bahawa seseorang hendaklah mengetahui

apa yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras untuk sampai

kepadanya kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang. Tambahnya lagi

seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di Malaysia telah mula beroperasi di

awal 70 an dan merupakan industri yang terbesar di Malaysia. Dalam Rangka

Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2001- 2010), dijangkakan seramai 64,974 orang guna

tenaga kerja yang bertugas sebagai jurutera elektrik dan elektronik diperlukan.

Memandangkan kepada perkembangan ini, adalah menjadi satu hakikat bahawa perlu

dipertingkatkan program latihan selaras dengan perkembangan dari masa ke semasa.

untuk memenuhi keperluan guna tenaga menjelang Tahun 2010. Program latihan boleh

diperolehi bermula dari sekolah rendah dalam komponen mata pelajaran kemahiran

hidup sehingga ke peringkat universiti yang mana pelajar boleh memilih bidang

kejuruteraan elektrik dan elektronik secara khusus.

Page 22: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

6

Pemilihan aliran elektif akademik pelajar juga mempengaruhi pemilihan kerjaya

pelajar. Pengagihan kelas adalah bergantung kepada faktor pemilihan aliran elektif yang

dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang

diduduki semasa berada di Tingkatan Tiga. Inovasi sistem pendidikan negara untuk

mencapai nisbah 60:40 bilangan pelajar sains dan teknologi berbanding pelajar sastera

juga menyebabkan meningkatnya bilangan pelajar yang mengikut bidang kejuruteraan

elektrik dan elektronik.

Pencapaian akademik pelajar turut mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.

Oleh itu pelajar perlu mengetahui kelayakan akademik yang diperolehi sesuai dengan

bidang kerjaya yang ingin disertai. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar

tingkatan empat memilih kerjaya kejuruteraan elektrik dan elektronik sangat penting

kerana pelajar yang kurang berpengetahuan tentang kerjaya akan menyebabkan

pemilihan kerjaya pelajar tidak sesuai dari segi pencapaian kelayakan akademik,

pengatahuan dan kemahiran.

Bidang kerjaya adalah satu siri kejadian kerja yang berkaitan, yang membimbing

seseorang beransur maju dalam pekerjaan atau profession yang mana setiap pertukaran

atau perubahan akan menyebabkan kemajuan. Disebabkan ramai pelajar yang

mengalami masalah dalam membuat pemilihan, maka penyelidik ingin mengkaji serta

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan kerjaya

mereka dan kajian ini adalah pengkhususan terhadap bidang kejuruteraan elektrik dan

elektronik dikalangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Tawau dan Sekolah

Menengah Lahad Datu, Sabah. Walaupun terdapat berbagai-bagai faktor yang mungkin

boleh mempengaruhi pemilihan kerjaya di kalangan pelajar tetapi penyelidik hanya

mengkaji faktor-faktor dari segi minat, pengaruh luar, bimbingan kaunseling dan kerjaya

sekolah dan situasi pekerjaan itu sendiri.

Page 23: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang ini dijalankan bertujuan mengkaji faktor pemilhan kerjaya di

kalangan pelajaran aliran elektrik dan elektronik tingkatan empat di Sekolah Menengah

Teknik Bahagian Tawau, berdasarkan objektif yang telah digariskan dalam menjalankan

kajian ini iaitu:

i Mengenal pasti minat merupakan faktor yang dominan dalam pemilihan

kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan elektronik.

ii Mengenal pasti pengaruh luar merupakan faktor yang dominan dalam

pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan

elektronik

iii Mengenal pasti bimbingan kaunseling dan kerjaya merupakan faktor

yang dominan dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat

kejuruteraan elektrik dan elektronik

iv Mengenal pasti situasi pekerjaan merupakan faktor yang dominan dalam

pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan

elektronik

v Mengenal pasti sama ada faktor minat, pengaruh luar, bimbingan

kaunseling dan kerjaya dan situasi pekerjaan merupakan faktor yang

paling dominan dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat

kejuruteraan elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah Teknik

Bahagian Tawau

Page 24: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN · PDF fileAnalisis statistik deskriptif ... peratus min sisihan piawai dan ujian t dengan ... Apabila tamat alam persekolahan dan pengajian,

8

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan mengupas persoalan berpandukan pernyataan masalah, dan

objektif kajian. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini telah dibahagikan

kepada beberapa aspek seperti berikut:-

i Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di

bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

ii Apakah faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

iii Apakah faktor bimbingan kaunseling dan kerjaya mempengaruhi pelajar

dalam pemilihan kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

iv Apakah faktor situasi pekerjaan mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

kerjaya di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik?

v Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat, pengaruh

luar, bimbingan kaunseling dan kerjaya dan situasi pekerjaan

mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang kejuruteraan

elektrik dan elektronik dengan jantina?