etika profesion keguruan dan akauntablilti

32
Etika Profesion Keguruan dan Akauntablilti Maksud Etika 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). 3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Upload: zain72

Post on 24-May-2015

15.978 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

Etika Profesion Keguruan dan Akauntablilti

Maksud Etika

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &

Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan

ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin

dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan

dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam

masyarakat.

Skop Etika Profesional

1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar

peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam

keseluruhan hidupnya.

3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod

etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion

perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap

pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang

tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan

perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika

Page 2: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.

– Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh

dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam

putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang

luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan

etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,

serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam

organisasi

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan

sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap

profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya

maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi

semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa

dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku

murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak

kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,

keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan

membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya

cipta dan lain-lain.

Page 3: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid

tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh

membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,

masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka

dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan

keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'

kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau

pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan

bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran

persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap

muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli

masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan

kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya

untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan

prinsip-prinsip berikut:-

Niat yang betul

Perlakuan yang baik

Pengerak ke arah kebaikan

Memperkotakan apa yang dikatakan

Page 4: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

Berdisiplin dan beradab

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika

Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:

Amanah

Benar

Bijaksana

Bersyukur

Dedikasi

Ihklas

Penyayang

Akauntabiliti keguruan

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika

dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan

melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala

pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala

keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau

tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran

dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab

kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,

konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat

jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan

Page 5: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu

keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh

seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab

seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri

guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk

mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,

kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang

bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,

agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru

hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang

bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah

kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses

pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa

dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi

model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh

pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka

tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

3.2 Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan

tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan

juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu

tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan

bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru

Page 6: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh

menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di

sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang

berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan

aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan

fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab

terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam

sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan

sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas

yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG,

panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran

sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan

matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru

hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang

bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat

Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan

ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala

aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk

memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan

ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang

bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai

dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,

bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan

agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut

berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu

Page 7: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan

tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata

pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata

pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang

dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan

merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif

pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar

murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya

yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut

membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan

penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi

akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan

dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang

tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf

profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan

bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap

kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,

akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan

akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di

jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan

negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang

tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan

Page 8: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

NOTA EDU3108

BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan;

- Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.- Pakar dalam bidang pekerjaan .- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.- Mementingkan mutu perkhidmatan.- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.- Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;

- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:a) penguasaan ilmu yang mendalamb) kecekapan dan kepakaran dalam bidangc) kod etikad) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

- Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)- Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL

Page 9: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

Guru Profesional;

- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.- Guru adalah pakar dalam pendidikan.- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional;

- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.- Autonomi guru adalah terhad.- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika.- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

- Bersikap profesional- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori- Berilmu- Patuh dengan Kod Etika.- Bermoral- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran- Prihatin terhadap murid dan ibubapa- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.- Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah.- Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.- Mempertahankan martabat profesionnya.- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

- Dorongan oleh misi dan passionate- Positif dan benar- Guru sebagai pemimpin- With-it-ness

Page 10: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Gaya- Kepakaran dalam motivasi- Keberkesanan pengajaran- Pembelajaran kandungan- Pintar- Celik minda

8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah• Bertaqwa• Berakhlak• Berperibadi mulia• Komitmen• Bersopan• Positif• Berkepimpinan• Budaya ilmu

Ketrampilan• Merancang & mengurus p & p• Memilih strategi• Kemahiran teknologi• Kemahiran generik• Kemahiran kaunseling• Menilai p & p

Ilmu• Isi kandungan• Pedagogi• Bahan• Kaedah• Teknologi

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

- Kaedah mengajar- Kawalan sosial di sekolah- Kawalan disiplin murid- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid- GERKO- Pembimbing kepada murid

Page 11: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

-

10) Refleksi

- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

1.Konsep Etika

- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.- nilai moral yang baik / buruk- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan.- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.

2) Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap pelajar- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar- bersikap adil terhadap pelajar- merahsiakan maklumat ikhtisas- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

Tanggungjawab terhadap ibu bapa- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat

Page 12: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.- Berusaha menunaikan tanggungjawab.- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3) Akauntabiliti Guru;

Konsep- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu- Tanggungjawab kepada profesion perguruan- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;● kualiti guru● kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.- Kemahiran interpersonal.- Membentuk soalan penilaian.- Pengurusan bilik darjah- Memotivasikan pelajar- Pengurusan disiplin

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.- Bersikap adil dengan setiap murid.- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.Akauntabiliti terhadap profesion- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.- Membantu rakan sejawat

Page 13: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.

4) Integriti Guru

- Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik

5) Refleksi Kendiri

- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan berintegriti.

BAB 3 ISU ETIKA GURU

Maksud etika :-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru :- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :

Page 14: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.- Guru dikawal oleh etika perguruan.

Fokus Etika Guru :- Kesantunan guru- Kepedulian guru- Penampilan guru- Berniaga di sekolah- Pengurusan masa- Kerjaya sambilan- Kerjaya sambilan- Pengurusan kewangan

1.0 ISU KESANTUNAN GURU- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.- Fokus kesantunan guru ialah :a) Perlakuan dalam percakapan- Kawalan suara- Memonopoli sidang perbualan- Cakap banyak- Puji diri secara langsung dan tidakb) Tatacara berkomunikasi- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

2.0 ISU KEPEDULIAN GURU- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. - Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995)- Guru perlu :a) Sedar atas perubahanb) Minat pada perubahanc) Mengenali pembawa perubahand) Mengurus perubahane) Menilai kesan perubahanf) Bekerjasama dengan rakang) Membuat penambahbaikan

Page 15: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri: urus hal kehidupan seharian: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

- Kepedulian terhadp tugas pengajaran: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

- Kepedulian terhadap impak pengajaran: yakin terhadap kebolehan pelajar: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

Cadangan :- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURUTeori Keprihatinan (Fuller 1969)- Peringkat Keprihatinan Diri- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas- Peringkat Impak

Prihatin Diri : - Apakah pelajar suka saya?- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak : - Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru- Peringkat novis- Peringkat novis lanjutan- Peringkat cekap- Peringkat mahir- Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative

Page 16: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru- Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :- Ada kecekapan pada tahap minimum- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir- Terbaik dalam bidang- Menjadi teladan profesionalisme- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar- Menyerlahkan diri secara profesionalisme- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan

Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem pendidikan kearah kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia.

Guru Cekap

Menjadi guru cekap :- Kecekapan profesionalisme- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip- Keutuhan peribadi- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri

Page 17: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh- Berkongsi visi yang sama- Bakti disemai bukti dituai- Penambahbaikan berterusan- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Ciri guru berkesan :- Profesional- Mempamer kekuatan teori- Kaya ilmu- Bertindak atas landasan etika kerja- Morality yang teguh- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian- Professional dengan PNP di sekolah- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.Guru Mahir- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)Guru mahir perlulah :- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik- Dapat memberikan motivasi yang berkesan- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.

Page 18: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

Kesimpulan :Kemahiran guru yang perlu ada :- Kemahiran penyampaian- Kemahiran penilaian- Kemahiran merangsang- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru PakarDefinisi Guru Pakar :- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :- Sahsiah terpuji- Berketrampilan- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar- ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran- Menjadi pakar rujuk PNP- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.

Potensi :- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan

1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university

Page 19: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

Fokus isu :- Guru baru sering menghadapi masalah :: guru besar dan guru: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :- Kurang mahir urus Koku- Kurang mahir urus aktiviti sukan- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah- Kurang teori dan amalan latihan- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber- Kurang kemahiran sosial

BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

1) Peranan Guru• Pengamal Ilmu dan Kemahiran• Pembimbing• Pengamal Reflektif• Penyelidik• Agen Sosial• Agen Perubahan• Pengganti Ibu Bapa• Pembentuk Tingkah Laku• Pengurus Pembelajaran

2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran

- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.- Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru.

3) Pembimbing

Page 20: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.

4) Pengamal Reflektif

- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.- Meningkatkan tahap profesional guru.- Menambahbaik aktiviti P&P.- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.

5) Penyelidik

- Dapat meningkatkan kualiti P&P.- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.

6) Agen Sosial

- Guru agen sosialisasi.- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

7) Agen Perubahan

- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi- Menggunakan strategi pemusatan murid- Mengawal sikap penyayang- Bersikap proaktif - Bersedia menghadapi perubahan

Page 21: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

8) Pengganti Ibu BapA

- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi.

9) Pembentuk Tingkah Laku

- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

10) Pengurus Pembelajaran

- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. - Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

VISI DAN MISI KPM

1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.- Misi KPM: ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara

2) carta organisasi(http://www.moe.gov.my/?id=143)

Page 22: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran- PK2 – bertanggungjawab dlm HEM- PK3 – menguruskan hal-hal kokurikulum

4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;

- Menyebarkan ilmu- Pengamal dan pelaksana ilmu- Pengamal TMK- Role model- Penerap nilai- Educare/educere- Pakar rujuk- Pemimpin- Mentor- Penyelidik- Agen sosialisasi- Agen perubahan- Pembina Negara Bangsa

5) Jangkaan Guru;

- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan

4 bentuk jangkaan:

- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti – e.g merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah- Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan

Page 23: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1) Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.

2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Bengkel- Seminar- kursus-kursus pendek- budaya membaca- penyelidikan- lawatan ke sekolah- penandaarasan- projek-projek komuniti- aktif dlm persatuan akademik

3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.

4) Pembelajaran Peribadi

- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.

5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahuSebagai contoh- Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”.- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,

Page 24: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

6) Budaya Membaca;

- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan.- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.7) Mengapa dan bagaimana?

Budaya MenyelidikKajian Tindakan- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia.- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan.- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan.- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri.

8) Amalan Reflektif;

Antaranya amalan refleksi melalui :- Penulisan reflektif/jurnal- Portfolio pengajaran- Penyelidikann tindakan,- Perkembangan professional on-line- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru- As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).

9) Kolaborasi dan Musyawarah

- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil

10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?Elemen-elemen kolaborasi:

- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.- Bekerja bersama-sama secara sukarela.- Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu.- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat

Page 25: Etika profesion keguruan dan akauntablilti

11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan – KDP)Fokus kepada:

- Peningkatan ilmu- Kemahiran guru dalam pengurusan- Pembestarian sekolah - Teknologi maklumat dan komunikasi - Pengurusan kokurikulum- Transformasi kurikulum- Pentaksiran dan penilaian- Pedagogi terkini

12) Pembelajaran Autentik

- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber

- Program Adobe- Program ERIC - E-Pembelajaran- E-Perpustakaan- E-Buku- E-Jurnal

Soalan Refleksi

- Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa anda telah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dalam profession keguruan

Page 26: Etika profesion keguruan dan akauntablilti