mohd azhar bin ayob...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan...

26
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR OLEH GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR MOHD AZHAR BIN AYOB Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Upload: others

Post on 09-Aug-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR

OLEH GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA UTM SEMASA MENJALANI

LATIHAN MENGAJAR

MOHD AZHAR BIN AYOB

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

id129640 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 2: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan
Page 3: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan
Page 4: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR

OLEH GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA UTM SEMASA MENJALANI

LATIHAN MENGAJAR

MOHD AZHAR BIN AYOB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

id168156 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 5: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

ii

Page 6: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

iii

Dedikasi

Khas untuk....

Munah Binti Che Ahmad�.Seorang Ibu Yang Amat Ku Sanjungi dan Kasihi,

Ayob Bin Long�.Seorang Bapa Yang Amat Ku Hormati dan Kagumi,

Abang-abang dan Kakak-kakak Yang Ku Sayangi,

Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi,

Budi dan jasa kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayat ini.

Yang Teristimewa�.Khairunnisa Kammed (Annyss),

Seorang Sahabat, Teman dan Kekasih,

Kesabaran, kesetiaan, ketabahan dan doronganmu,

Menjadikan aku terus berusaha untuk berjaya,

Semoga berkekalan jua kita akhirnya.

Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan..�terima kasih kalian,

Akan ku kenang perjuangan kita selama ini,

Ku doakan kita semua berjaya,

Berjaya di dunia dan akhirat.

Page 7: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur saya ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya dapat saya

menyempurnakan penyelidikan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal),

di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Dr. Hajjah Norani Binti Mohd

Nor yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh

penyediaan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah dihargai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada wakil kelas SPA, SPE dan SPJ tahun

empat yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya di dalam penyelidikan ini. Di sini

juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan- rakan

seperjuangan yang banyak memberi bantuan dan pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tahun empat yang

sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) terhadap penyeliaan latihan mengajar oleh

guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan

mengajar di sekolah. Kajian ini mengenai penyeliaan sebelum sesi pengajaran (Pra-

pemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek membuat penilaian

pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas. Seramai 74 orang pelajar

dipilih sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan

maklumat ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS

(Statistical Package for Social Science, Version 12) berdasarkan kepada skor

kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menyatakan

bahawa guru pembimbing dan penyelia UTM menjalankan sesi penyeliaan dengan

sebaiknya terhadap mereka melalui kaedah bimbingan dan perbincangan sebelum sesi

pengajaran (Pra-pemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek

membuat penilaian pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas.

Namun begitu, terdapat segelintir guru pelatih yang kurang dibimbing serta diselia

dalam aspek pembinaan soalan secara sistematik mengikut aras kesukaran.

Walaubagaimanapun, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menambahbaik dan

mengatasi masalah yang wujud dalam menjalani latihan mengajar.

Page 9: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

vi

ABSTRACT

The main objective of this research was to study the perception of fourth year

students whom are pursuing Bachelor�s Degree of Technology With Education

(Civil/Electric/Mechanical Engineering) towards the supervision of advisors and

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) supervisors during teaching intern in school. The

research were made towards the supervision before teaching session (Pre-observation),

after teaching session (Post-observation), aspects in teaching evaluation along with

aspects in controlling and managing class. 74 students were chosen as respondents. The

instrument used for this research was questionnaires. Data was analyzed with SPSS

(Statistical Package for Social Science, Version 12) software based on the frequency

score, percentage and mean. Result showed that practical teachers claimed that advisors

and UTM�s supervisors conducted the supervision well towards those who went

through guide and discussion before teaching session (Pre-observation), after teaching

session (Post-observation), aspects in teaching evaluation along with aspects in

controlling and managing class. However, there were also a few practical teachers who

were less guided and supervised in the aspect of structuring questions systematically by

following the difficulty level. Thus, some recommendations were proposed to improve

and overcome the problems that occur during conducting teaching intern.

Page 10: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS -

PENGESAHAN PENYELIA -

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 8

Page 11: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

viii

1.5 Persoalan kajian 9

1.6 Kepentingan kajian 10

1.7 Skop kajian 11

1.8 Definisi istilah 11

1.9 Kesimpulan 13

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Latihan Mengajar 14

2.3 Guru Pelatih 16

2.4 Guru Pembimbing 17

2.5 Penyelia UTM 19

2.6 Penyeliaan 20

2.7 Penyeliaan Klinikal 22

2.8 Pra-Pemerhatian 24

2.9 Pasca-Pemerhatian 26

2.10 Penilaian Pengajaran 27

2.11 Pengurusan dan Kawalan Kelas 30

2.12 Kesimpulan 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk kajian 33

3.3 Tempat kajian 34

3.4 Populasi dan sampel kajian 34

3.5 Instrumen kajian 36

3.6 Kajian rintis 38

Page 12: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

ix

3.6.1 Kesahan instrumen kajian 38

3.7 Prosedur kajian 39

3.8 Kaedah analisis data 40

3.9 Kesimpulan 42

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 45

4.2.1 Latar belakang responden 45

4.2.1.1 Jantina 45

4.2.1.2 Umur 46

4.2.1.3 Bangsa 46

4.2.1.4 Kursus/Aliran 47

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 48

4.3.1 Persoalan Kajian Satu 48

4.3.2 Persoalan Kajian Dua 53

4.3.3 Persoalan Kajian Tiga 59

4.3.4 Persoalan Kajian Empat 64

4.4 Kesimpulan 68

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 70

5.3 Kesimpulan 71

5.4 Perbincangan 73

5.4.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Satu 74

5.4.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Dua 79

Page 13: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

x

5.4.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Tiga 83

5.4.4 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Empat 87

5.5 Cadangan 91

5.6 Cadangan kajian lanjutan 93

BIBLIOGRAFI 95 - 99

LAMPIRAN

Page 14: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut Pengkhususan 35

3.2 Item soal selidik 36

3.3 Skala Likert 37

3.4 Pengkelasan Skala Pemeringkatan Likert 40

3.5 Pertimbangan yang akan digunakan oleh penyelidik

untuk menjawab persoalan kajian yang berkaitan 41

4.1 Tahap pencapaian berdasarkan Skor Min 44

4.2 Jadual Skala Likert 44

4.3 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut jantina 45

4.4 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut umur 46

4.5 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut bangsa 46

4.6 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut kursus 47

4.7 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian satu 49

4.8 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian dua 54

4.9 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian tiga 59

4.10 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian empat 64

Page 15: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal 23

Page 16: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

STP - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statistical Package for the Science Social, Version 12

% - Peratus

Page 17: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A. Pengesahan Item Soal Selidik

B. Borang Soal Selidik

C. Analisis SPSS Data Kajian

Page 18: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Arus pemodenan masa kini membuatkan perubahan yang berlaku di sekeliling

kita menjadi semakin mencabar. Saban hari, kita sering diingat akan kepentingan

mempertingkatkan kualiti, kemahiran dan pencapaian kerja. Bidang perguruan juga

tidak terkecuali daripada menerima bahang kepesatan pembangunan sebegini. Semua

guru di seluruh negara perlu menghayati dan menerima satu bentuk transformasi yang

sedang dialami oleh setiap lapisan warga di negara kita. Transformasi yang

dimaksudkan ialah pendidikan yang menjadi asas bagi menghala ke arah negara maju

menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 yang diiltizamkan oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamed adalah bagi menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju yang menyeluruh di mana peranan teknologi

maklumat menjadi semakin kritikal. Situasi sebegini merupakan satu cabaran bagi

semua guru dan bakal guru. Mereka perlu berusaha meningkatkan profesionalisme

sebagai seorang guru yang berwibawa bagi membentuk generasi muda untuk

membangunkan negara.

id306671 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 19: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

2

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 � 2010 (PIPP) yang

merupakan pelan pelaksanaan dan telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada

16 Januari 2007. Pelan ini menggariskan enam teras utama bagi menjayakan Misi

Nasional dalam RMK-9. Dalam PIPP ini, enam teras strategik diberi tumpuan iaitu i)

membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah

kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

serta vi) melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang sedia ada. Pelaksanaan

PIPP menggunakan dua pendekatan iaitu i) menyelesaikan tugas yang belum selesai

untuk menyamaratakan medan persaingan; dan ii) melonjakkan kecemerlangan

pendidikan dengan menjana kecemerlangan institusi pendidikan iaitu membangunkan

modal insan seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia kini iaitu

Y.A.B Datuk Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.

�Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu

kemewahan. Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.�

Y.A.B Datuk Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi

(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

Dalam tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini, Kementerian

Pelajaran Malaysia akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan

kepada fokus dan strategi pelaksanaan iaitu i) Menambah baik sistem pemilihan calon

guru, ii) Memantapkan latihan perguruan, dan iii) Memantapkan perancangan dan

pengurusan sumber manusia.

Page 20: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

3

�Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.�

YB Dato� Sri Hishammuddin Tun Hussein

(Perutusan Tahun Baru 2006)

Pemantapan latihan perguruan harus dilihat daripada aspek sedia ada iaitu

pemantapan guru-guru di sekolah dan yang sedang di peringkat latihan iaitu di maktab-

maktab perguruan dan institut-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang

berorientasikan bidang perguruan. Bagi bakal guru, pemantapan latihan perguruan dapat

dilihat daripada aspek kurikulum yang digubal. Latihan mengajar merupakan antara

kandungan penting dalam melahirkan bakal guru masa hadapan.

Dalam pemantapan latihan ini, penilaian daripada kedua-dua belah pihak iaitu

tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri perlu diteliti. Produktiviti yang ingin

ditingkatkan tidak harus dibincangkan hanya di sebelah pihak iaitu di kalangan

pensyarah penilai, tetapi responden yang dinilai juga perlu diberi peluang untuk

menyuarakan maklumbalas dan pandangan masing-masing mengenai penilaian yang

dilakukan terhadap mereka.

Page 21: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

4

1.2 Latar belakang masalah

Latihan mengajar adalah satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu

program latihan perguruan. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan dapat

menunjukkan dan mengamalkan tingkahlaku-tingkahlaku yang diinginkan untuk

mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah didedahkan

kepada mereka semasa mengikuti kursus pendidikan. Disamping itu, latihan mengajar

boleh memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk

menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan

sebenar yang akan ditempuhi nanti. Dalam masa latihan mengajar, guru pelatih itu

menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, teguran dan penilaian formatif

serta sumatif dalam pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaan ke arah pengajaran

yang lebih berkesan.

Penilaian latihan mengajar terhadap guru pelatih dilakukan oleh guru

pembimbing serta penyelia yang dilantik oleh pihak universiti. Segala panduan dan

tunjuk ajar yang disampaikan daripada proses penilaian latihan mengajar berguna dalam

memperbaiki dan meningkatkan kemahiran pengajaran di kalangan guru pelatih.

Walaubagaimanapun, dalam pemantapan kemahiran perguruan di kalangan guru

pelatih, adalah perlu penilaian dan perbincangan secara dua hala di antara guru pelatih

dan penyelia diamalkan. Pandangan serta persepsi daripada guru pelatih itu sendiri perlu

diambil kira hasil daripada penilaian yang telah dilakukan ke atasnya.

Menurut A.Raof dan T.Subahan (1991), dalam kajian mereka mengenai �Isu-isu

Latihan Mengajar� menyatakan bahawa penyeliaan guru pelatih adalah satu bidang yang

terbiar, iaitu tidak mendapat penelitian yang wajar walaupun ia adalah perkara pusat

dalam keseluruhan proses pendidikan guru. Hal ini disebabkan terlalu mementingkan

soal-soal pentadbiran sehinggakan peranan penyeliaan latihan mengajar kurang

Page 22: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

5

diberikan penekanan yang wajar. Pengabaian proses penyeliaan terhadap guru pelatih

mampu memberikan impak yang tidak baik terutamanya dalam melahirkan generasi

pelapis bagi tenaga pendidik masa hadapan.

Dalam menjalani latihan mengajar di sekolah, pelbagai situasi dan keadaan

ditempuhi oleh guru pelatih. Suasana yang dihadapi ini sedikit sebanyak mempengaruhi

serta memberi kesan terhadap perjalanan latihan yang sedang dilalui. Kajian oleh

Hapidah et al. (2002) menyatakan bahawa, kebanyakan guru-guru terlatih di sekolah-

sekolah kurang bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, malah ada

di kalangan mereka kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih

menjalankan tugas pengajaran mereka. Bagi seorang guru pelatih, tindakan sebegini

seolah-olah memperkecilkan kehadiran mereka lalu menjadikan mereka teragak-agak

dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam sesi latihan mengajar.

Menurut Hassan (1995), kebanyakkan guru pelatih masih beranggapan tugas

utama penyelia adalah untuk menilai dan memberi gred terhadap pengajaran mereka;

bukan sebagai seorang �kawan� yang berperanan untuk membantu dan membimbing

mereka membuat perancangan dan menyampaikan pengajaran. Kebiasaanya, guru

pelatih merasa kurang selesa apabila kerap diselia oleh penyelia, malah ada di kalangan

mereka meminta supaya penyelia mengurangkan bilangan penyeliaan.

Penilaian daripada guru pembimbing dan penyelia terhadap guru pelatih

menjadikan ada ketikanya mereka terikat dengan kehendak dan kepuasan diri semasa

mengajar dengan arahan serta kehendak guru pembimbing dan penyelia dalam kaedah

penyampaian pengajaran. Kedengaran juga di kalangan guru pelatih menasihati

kawannya kalau hendak lulus, terima dan ikut sahaja apa yang dikomen oleh penyelia.

(Kamal Hassan, 1989).

Page 23: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

6

Menurut Azizah et al. (2006), dalam kajiannya menyatakan bahawa, penilaian

pengajaran oleh penyelia mencetuskan rasa kebimbangan di kalangan guru pelatih

kerana ada di kalangan mereka yang kurang selesa apabila pengajaran mereka

diperhatikan oleh orang lain. Ini menimbulkan rasa bimbang kerana pengajaran mereka

mungkin lari daripada ekspektasi penyelia yang menjalankan pemerhatian tersebut.

Perasaan sebegini akan memberi kesan terhadap perlaksanaan pengajaran terutamanya

ketika berhadapan dengan penilaian guru pembimbing dan penyelia yang mahukan

kaedah yang disyorkan oleh penilai dituruti sepenuhnya.

Guru pelatih yang mencapai tahap komitmen yang tinggi adalah seseorang yang

dapat merasakan kepuasan kerja yang tinggi, jelas dengan beban kerja guru, berpeluang

mempelajari sesuatu pengetahuan baru, yakin dengan latihan mengajar dapat membantu

proses pengajaran, prospek guru yang terbaik, kestabilan disiplin sekolah, wujudnya

hubungan yang baik dengan rakan sejawat dan pentadbir sekolah, sentiasa memberi

sokongan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesion keguruan.

Sehubungan itu, prestasi pengajaran yang baik dapat dicapai melalui perancangan dan

persediaan mengajar yang sempurna dan kemaskini. Penyampaian guru yang dapat

menimbul minat pelajar dan perkembangan sahsiah adalah guru yang �versatile�.

Justeru, persepsi guru pelatih terhadap penilaian yang dilakukan ke atas mereka perlu

dikaji dalam memastikan hasil penilaian akhir memuaskan hati semua pihak yang

terlibat.

Kajian penyelidikan ini akan cuba memberi penumpuan kepada penyeliaan yang

telah dilakukan oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia

terhadap guru pelatih. Tunjuk ajar dan seliaan adalah penting dalam membentuk

seorang guru yang berkualiti dan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

bukan hanya penyeliaan yang akan melemahkan lagi usaha seseorang guru pelatih itu.

Page 24: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

7

1.3 Pernyataan masalah

Dalam setiap sesi latihan mengajar yang dilalui, guru pelatih akan diselia oleh

guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia di tempat mereka

menjalani latihan mengajar. Penilaian yang dilakukan ke atas setiap guru pelatih sedikit

sebanyak akan dapat membantu mereka bakal guru mempersiapkan diri ke arah seperti

yang dikehendaki berdasarkan item yang diuji.

Namun, apakah tanggapan guru pelatih terhadap penyeliaan yang dilakukan ke

atas mereka? Adakah penyeliaan dilakukan dalam aspek-aspek penting yang perlu

dinilai? Adakah guru pembimbing dan penyelia UTM membimbing guru pelatih

berasaskan pencerapan klinikal, berbincang mengenai kebaikan dan kelemahan

pengajaran semasa sesi pra-pemerhatian, pasca-pemerhatian, membuat penilaian

pengajaran serta dalam aspek kawalan dan pengurusan kelas? Dengan itu,

permasalahannya ialah bagaimana persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan latihan

mengajar oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah.

Page 25: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

8

1.4 Objektif kajian

Kajian yang akan dijalankan ini mempunyai objektif seperti berikut:

i. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing

dan penyelia UTM sebelum sesi pengajaran (Pra-pemerhatian).

ii. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing

dan penyelia UTM selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian).

iii. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing

dan penyelia UTM dalam aspek membuat penilaian pengajaran.

iv. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing

dan penyelia UTM dalam aspek kawalan dan pengurusan kelas.

Page 26: MOHD AZHAR BIN AYOB...membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan

9

1.5 Persoalan kajian

Terdapat empat aspek yang dikaji daripada persepsi guru pelatih terhadap

penyeliaan latihan mengajar ke atas mereka iaitu dari aspek penyeliaan sebelum sesi

pengajaran (Pra-pemerhatian), penyeliaan selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian),

membuat penilaian pengajaran serta aspek kawalan dan pengurusan kelas.

Maka, pengkaji ingin meneliti dari segi:

i. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan penyelia UTM sebelum sesi pengajaran (Pra-

pemerhatian) semasa menjalani latihan mengajar?

ii. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan penyelia UTM selepas sesi pengajaran (Pasca-

pemerhatian) semasa menjalani latihan mengajar?

iii. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan penyelia UTM dalam aspek membuat penilaian

pengajaran semasa menjalani latihan mengajar?

iv. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru

pembimbing dan penyelia UTM dalam aspek kawalan dan pengurusan

kelas semasa menjalani latihan mengajar?