etika guru

8
5.1 Perbincangan Berkaitan Kod Etika Keguruan Dan Akauntibiliti Guru Bersama Pemimpin Etika dalam erti kata lain bermaksud sistem tingkah laku manusia atau sesebuah organisasi. Dalam konsep masyarakat, masyarakat menaganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dalam konteks perguruan pula, guru perlu menjaga etika kerjanya bagi menjaga status, akhlak dan maruah diri sendiri. Kerjaya sebagai seorang guru banyak dijadikan contoh dalam kalangan masyarakat. Jadi, etika seorang guru menggambarkan peribadinya yang tersendiri. Konsep akauntabiliti keguruan pula ialah tanggungjawab kepada seseorang ataupun sesuatu. Dalam konteks perguruan, seorang guru bertanggungjawab kepada profesion perguruan yang diceburinya. Leslie Kaplan dan William Owings (2001) mengatakan bahawa akauntabiliti guru sebagai kualiti guru dan kualiti pengajaran seorang guru. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti guru merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri sendiri, sekolah, masyarakat dan negara serta profesion perguruan itu sendiri. Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, konsep kod etika keguruan dan akauntabiliti keguruan ini dapat saya lihat

Upload: ahmad-adam

Post on 22-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Guru

5.1 Perbincangan Berkaitan Kod Etika Keguruan Dan Akauntibiliti Guru Bersama

Pemimpin

Etika dalam erti kata lain bermaksud sistem tingkah laku manusia atau sesebuah

organisasi. Dalam konsep masyarakat, masyarakat menaganalisis, menilai, sama ada

mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dalam konteks perguruan pula, guru perlu

menjaga etika kerjanya bagi menjaga status, akhlak dan maruah diri sendiri. Kerjaya

sebagai seorang guru banyak dijadikan contoh dalam kalangan masyarakat. Jadi, etika

seorang guru menggambarkan peribadinya yang tersendiri.

Konsep akauntabiliti keguruan pula ialah tanggungjawab kepada seseorang

ataupun sesuatu. Dalam konteks perguruan, seorang guru bertanggungjawab kepada

profesion perguruan yang diceburinya. Leslie Kaplan dan William Owings (2001)

mengatakan bahawa akauntabiliti guru sebagai kualiti guru dan kualiti pengajaran

seorang guru. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami

dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti

guru merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri sendiri, sekolah, masyarakat

dan negara serta profesion perguruan itu sendiri.

Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, konsep kod etika keguruan

dan akauntabiliti keguruan ini dapat saya lihat dalam kerjaya seorang guru. Puan Zaidar

bte Shokri atau lebih selesa dipanggil Cikgu Zaidar telah berdepan dengan pelbagai

masalah dan situasi yang memerlukan beliau bertindak dan mengambil keputusan

sebagai seorang guru yang memahami profesion perguruannya. Apabila berdepan

dengan sebarang masalah ataupun situasi, sudah pasti seorang guru akan mengambil

suatu tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Cara guru itu mengatasi masalahnya

akan menentukan sama ada guru tesebut masih mengekalkan kod etika keguruannya

ataupun tidak. Sebagai seorang guru yang boleh dikira sebagai guru yang

beepnegalaman, guru seharusnya sedar akan tanggungjawabnya terhadap sebarang

klien ataupun masalh yang diahadapinya.

Page 2: Etika Guru

Pertama sekali, berkaitan dengan soalan kenangan pahit yang pernah dihadapi

oleh Cikgu Zaidar sepanjang beliau bertugas sebagai guru di sekolah rendah. Beliau

menceritakan situasi yang mana bapa seorang pelajar telah menyerangnya di sekolah

kerana anaknya mengadu tentang keburukan gurunya sendiri. Anaknya mengatakan

bahawa Cikgu Zaidar sering memukul anaknya sehingga lebam-lebam yang

menyebabkan berlakunya ketidakpuashatian. Apabila Cikgu Zaidar menceritakan

semula, peristiwa ini, saya tertanya-tanya, bagaimana situasi genting seperti ini dapat

diselesaikan. Jikalau saya yang berada di situasi seperti ini, dengan pengalaman yang

tidak mencukupi, pasti agak gugup untuk berdepan ibu-bapa tersebut. Biarpun

dinasihati rakan-rakannya yang mengatakan supaya Cikgu Zaidar tidak turun untuk

berjumpan dengan bapa pelajar tersebut, namun Cikgu Zaidar sendiri begitu

bermotivasi untuk berdepan secara dua hala dengan bapa murid tersebut.

Situasi ini menunjukkan Cikgu Zaidar memegang prinsip bahawa beliau

bertanggungjawab terhadap pelajarnya serta ibu bapa pelajarnya. Dengan bersemuka,

barulah beliau dapat berbincang dan menjelaskan sebarang kekusutan yang berlaku.

Tanggungjawab seorang guru turut merangkumi tanggungjawab kepada ibu-bapa

pelajar. Jadi, dengan tidak mengelak daripada berjumpa dengan ibu-bapa pelajar

tersebut, Cikgu Zaidar telah membuat keputusan yang tepat. Sebagai guru subjek

Bahasa Melayu, beliau menjelaskan sikap murid tersebut secara satu-persatu supaya

jelas difahami oleh bapa murid tersebut.tentang masalah yang melibatkan anaknya.

Selain daripada menjelaskan kepadanya, Cikgu Zaidar turut membawa bukti iaitu buku

latihan murid yang lain serta beberapa orang saksi. Penjelasan sahaja tidak akan

memuaskan hati serta membuat seseorang individu itu untuk mudah percaya tentang

apa yang diperkatakan, jadi, dengan membawa bukti dan saksi, pasti penerangan yang

diberikan akan menjadi lebih kuat. Masalah dapat diatasi dengan cara yang sebegini

rupa. Akhirnya, bapa tersebut menerima kesalahan anaknya dan meminta maaf atas

sikap dirinya sendiri.

Dalam berdepan dengan situasi seperti ini, seorang guru seharusnya tidak panic

dan sentiasa bersedia dengan apa yang akan berlaku. Jika kita lihat, Cikgu Zaidar

Page 3: Etika Guru

sudah bersiap sedia dengan segala bukti dan saksi untuk mengukuhkan penjelasannya

kepada bapa pelajar tesebut. Dengan penjelasan serta bukti, sudah pasti masalh dapat

diselesaikan dengan baik. Cikgu Zaidar memgang prinsip kod etika keguruan yang

mana tanggungjawab seorang guru kepada ibu bapa pelajar untuk memberikan

maklumat kepada ibu-bapa pelajar demi kepentingan anak-anak mereka sendiri.

Selain daripada menghadapi masalah seperti di atas, Cikgu Zaidar turut

berdepan pelbagai konflik melibatkan pusat sumber yang mana beliau menjadi ketua.

Tugasan selain daripada mengajar di sekolah bagi Cikgu Zaidar ialah beliau merupakan

ketua unit perpusatakaan. Beliau telah dilantik sejak tahun lalu sebagai Ketua Pusat

Sumber. Sebelum ini, Cikgu Zaidar memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa

Melayu.

Semasa temu bual dijalankan, Cikgu Zaidar menyatakan bahawa beliau

menghadapi masalah pada mulanya untuk mentadbir Pusat Sumber Sekolah berikutan

beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman yang melibatkan pusat sumber sekolah.

Beliau dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah pada tahun lalu selepas beberapa tahun

memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu. Menurut Cikgu Zaidar lagi,

pada tahun ini tiada kursus khas Pusat Sumber yang dijalankan oleh PPD yang

sekaligus memberatkan lagi tugas semua ahli jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.

Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Zaidar memanggil semua guru-guru dalam

jawatankuasa beliau dan bermesyuarat membincangkan hala tuju Pusat Sumber

Sekolah. Dengan bermesyuarat, mengikut pendapat Cikgu Zaidar, segala

permasalahan dapat diselesaikan. Apabila semua ahli jawatankuasa berkumpul dan

berbincang, setiap pandangan ahli mesyuarat dapat diambil kira dan keputusan sebulat

suara dapat diambil. Selain daripada bermesyuarat, Cikgu Zaidar turut mengambil

pendekatan untuk berguru bersama-sama dengan guru yang mempunyai pengalaman

dalam bidang pentadbiran pusat sumber. Banyak nasihat-nasihat dan tunjuk ajar

diberikan oleh rakan sejawatnya yang membuatkan beliau lebih yakin untuk memgang

tugas yang ditanggungjawabkan kepadanya.

Page 4: Etika Guru

Sekiranya diteliti tanggungjawab yang diberikan kepada Cikgu Zaidar, ini

merupakan tugas baru kepada dirinya. Biarpun tidak biasa dengan tugasan barunya,

namun semangat Cikgu Zaidar tidak pernah luntur. Beliau mengambil pelbagai langkah

untuk mengatasi masalah ceteknya pengalaman dirinya dalam bidang pentadbiran

pusat sumber. Walaupun tidak disediakan apa-apa kursus seperti yang sepatutnya

dihadiri oleh guru pusat sumber namun Cikgu Zaidar mengambil alternative lain untuk

mengatasi masalah tersebut. Beliau mengambil beberapa pendekatan seperti

bermesyuarat dan meminta pertolongan rakan sejawat untuk membantunya mengetuai

unit perpustakaan sekolah.

Menerusi kod etika keguruan, di bawah tanggungjawab terhadap rakan sejawat

dan profesion, seorang guru perlulah berusaha menunaikan tanggungjawab yang

diberikan kepadanya dan sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion

perguruan. Bertepatan dengan konsep etika keguruan ini, Cikgu Zaidar menerima

tanggungjawab baru yang diberikan kepadanya dengan positif. Beliau menerimanya

sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. Biarpun berdepan pelbagai halangan,

beliau tetap berusaha untuk menimba ilmu dalam bidang yang baharu tersebut. Berkat

usahanya, beliau dapat mengetuai pusat sumber sekolah dengan baik dan banyak

kejayaan dan projek yang dapat mereka perolehi menerusi unit perpustakaan. Beliau

juga berjaya membawa pembaharuan dalam anugerah nilam sekolah dengan

mengilhamkan habuan diberikan kepada setiap kelas berbanding kepada setiap tahap

pada sebelum-sebelum ini. Dengan pembaharuan itu, murid lebih bersemangat untuk

menimba ilmu dan membaca buku.

Di samping itu, seorang guru bertanggungjawab untuk sentiasa membantu rakan

yang baru dalam profesion perguruan. Biarpun kenyataan tersebut menyatakan

mengenai guru yang baru dalam profesion perguruan, namun kenyataan tersebut turut

mengambil kira guru yang baru dalam sesuatu bidang. Contohnya, seperti mengetuai

unit perpustakaan. Guru-guru yang lebih berpengalaman sebelum ini turut tanpa lokek

membantu mencurahkan ilmu kepada Cikgu Zaidar dan membantu beliau sekiranya

Cikgu Zaidar berdepan sebarang masalah. Cikgu-cikgu yang terlibat dalam

Page 5: Etika Guru

jawatankuasa pusat sumber juga turut memberikan kerjasama yang baik sehinggakan

segala kerja-kerja melibatkan pusat sumber sekolah berjalan dengan lancar dan

jayanya.ini menunjukkan seorang guru bukan sahaja seharusnya bertanggungjawab

kepada pelajar dan ibu bapa, namun turut perlu bertanggungjawab terhadap rakan

sejawat dan profesionnnya.

Untuk mengetuai pusat sumber, seorang ketua perlu menyelia dan memantau

segala aktiviti yang melibatkan pusat sumber baik dari segi guru dan murid. Ini

bermaksud guru-guru yang lain turut membantu dalam memastikan keberkesanan

pusat sumber sekolah. Menurut Cikgu Zaidar, beliau turut mengahadapi masalah

dengan rakan-rakan sejawat lebih-lebih lagi melalui kerjasama daripada mereka.

Apabila ditanyakan soalan lebih lanjut, Cikgu Zaidar memilih untuk tidak memberikan

kenyataan lanjut. Saya menghormati keputusan yang diberikan oleh beliau. Seterusnya,

saya lanjutkan soalan bagaimana beliau mengatasi masalah tersebut. Cikgu Zaidar

menyatakan masalah sebegini rupa memerlukan campur tangan daripada pihak

pentadbiran sekolah.

Masalah seperti ini biasanya berlaku di setiap sekolah, khususnya melibatkan

sikap segelintir guru yang tidak memberikan kerjasama dalam pelbagai bidang

contohnya seperti pengurusan dan penyeliaan pusat sumber. Untuk mengatasi masalah

ini, saya bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Cikgu Zaidar dengan

mengusulkan masalah untuk diselesaikan oleh pihak pentadbir. Dengan perjumpaan

dan teguran bersama guru yang bermasalah ini, diharap dapat mengatasi segala

masalah kerjasama di kalangan guru di sekolah.

Akauntabiliti seorang guru turut melibatkan akauntabiliti terhadap diri sendiri

ataupun perlakuan diri sendiri. Pengurusan disiplin seorang guru merupakan aspek

penting kerana guru menjadi tauladan kepada murid-murid. Sekiranya sikap guru

kurang sesuai, pasti akan memburukkan profesioan keguruan itu sendiri. Saya

berpendapat untuk mengatasi masalah sikap dan perlakuan seorang guru ini, guru yang

senior seharusnya menasihati guru yang bermasalah tersebut. Biasanya, guru akan

Page 6: Etika Guru

mendengar pandangan dan nasihat daripada guru senior. Sekiranya masalah tidak

dapat diselesaikan barulah dilanjutkan kepada piahk atasan untuk tindakan lanjut.