essay obesiti 2

15
Muka Surat Depan 1

Upload: nick-m-damit

Post on 25-Oct-2015

303 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penulisan ilmiah mengenai obesiti di Malaysia dan global.

TRANSCRIPT

Page 1: Essay Obesiti 2

Muka Surat Depan

1

Page 2: Essay Obesiti 2

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Muka Surat

Muka Surat Hadapan 1

Senarai Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Apakah Obesiti? 4

3.0 Obesiti dan Kanak – Kanak 5

4.0 Punca Obesiti

4.1 Genetik dan Keturunan

4.2 Pemakanan dan Persekitaran

4.3 Psikologi

4.4 Masalah Metabolisme dan Hormon

5

5

6

6

5.0 Kesan Obesiti

5.1 (a) Kesan Jangka Pendek Obesiti Terhadap Kesihatan

5.1 (b) Kesan Jangka Panjang Obesiti Terhadap Kesihatan

6

7

6.0 Cara Menangani Obesiti

6.1 Pemakanan Berkhasiat

6.2 Meningkatkan Senaman dan Aktiviti Fizikal

6.3 Kasih Sayang Berpada

6.4 Tauladan yang Baik

6.5 Disiplin Pemakanan

6.6 Rutinkan Hari Beriadah

6.7 Buang Tabiat Lama

7

7

8

8

8

9

9

7.0 RUMUSAN 9

SENARAI RUJUKAN 10

2

Page 3: Essay Obesiti 2

1.0 PENGENALAN

Pembangunan perindustrian dan perkambungan yang semakin pesat sejak kebelakangan ini

dengan secara langsung atau tidak langsungnya telah juga membawa perubahan kepada gaya

hidup rakyat Malaysia. Salah satu perubahan yang dapat kelihatan adalah perubahan dari segi

tabiat diet. Oleh itu, ia juga menyebabkan peningkatan obesiti di kalangan masyarakat di seluruh

negara tidak kira tua atau muda. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 2000, obesiti

merupakan faktor yang paling banyak menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti

kencing manis dan sakit jantung.

Kebelakangan ini pula, isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak

sedunia. Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin diambil

perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition Research Priorities in

Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian yang telah dijalankan oleh Ismail,

2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur 6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah

mendapati 10% daripadanya adalah dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung 

Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori lebih berat dan

13.5% dalam kategori obesiti.

Peningkatan masalah lebih berat dan obesiti di kalangan kanak-kanak dapat dilihat dari tahun-

tahun tersebut dan isu ini amat membimbangkan. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO)

menganggarkan pada tahun 2015, lebih kurang 2.3 billion orang di dunia akan mengalami

masalah lebih berat badan dan daripanya kira-kira 700 juta orang pula akan mengalami masalah

obesiti.

3

Page 4: Essay Obesiti 2

2.0 APAKAH OBESITI DAN BERAT BADAN BERLEBIHAN?

Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi. Seseorang dikatakan obes jika: Indeks Jisim Badan (BMI)

melebihi 40 atau 35 beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan,

jantina dan umurnya.

Seseorang dikatakan obes jika: Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan

membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk

taksiran pembahagian lemak dalam badan.    Keliling pinggang sm/in Keliling pinggul sm/in.

Seseorang dikatakan obes jika: WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki

dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR

sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat

bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Manakala berlebihan berat badan pula didefinisikan dengan lebihan berat badan untuk ketinggian

dari lemak, otot, tulang, air atau kombinasi faktor-faktor tersebut. Manakala obesiti didefinisikan

dengan lebihan lemak dalam badan. Berlebihan berat badan dan obesiti berpunca dari

ketidakseimbangan kalori (penggunaan tenaga kurang dari pengambilan tenaga atau kalori) serta

punca keturunan, tingkahlaku dan persekitaran.

4

Page 5: Essay Obesiti 2

3.0 OBESITI DAN KANAK - KANAK

Secara prevalens masalah obesiti di kalangan kanak-kanak meningkat 3 kali ganda sepanjang 30

tahun lepas. 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai berlebihan berat badan

dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi dikalangan kanak-kanak daripada keluarga

berpendapatan rendah. Mengikut statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-

kanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima

suntikan insulin sejak berusia setahun. Fakta tersebut jelas menunjukkan peningkatan kes obesiti

di kalangan kanak – kanak dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

4.0 PUNCA OBESITI

Umumnya terdapat beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan punca berlakunya obesiti,

antaranya adalah genetik atau keturunan, gaya pemakanan keluarga pemakanan, kurang

aktiviti/senaman dan pengambilan ubat-ubatan.

4. 1 Genetik dan Keturunan

Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai

salah satu dari punca obesiti. Iaitu diperturunkan melalui genetik. Namun begitu, tiada bukti

yang betul – betul sahih dalam mengesahkan perkara ini.

4.2 Pemakanan dan persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi

faktor obesiti. Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain

komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti. Keadaan ini umpama

sebuah budaya yang baharu pada masa kini.

5

Page 6: Essay Obesiti 2

4.3 Psikologi

Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan

dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-

kanak yang mengalami masalah kemurungan.

4.4` Masalah metabolisme dan Hormon

Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan

lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di

antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini

kekurangan hormon leptin. Masalah hormon sebegini sememangnya mampu untuk menyumbang

ke arah obesiti.

5.0 KESAN OBESITI

Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan

depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif. Selain itu, berat badan

berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis. Obesiti yang serius juga

meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes , masalah pundi hempedu,

gout, penyakit jantung dan kanser. Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana

hormon insulin kurang sensitive. Masalah jantung, Darah tinggi, Sleep apnea atau tidur dengan

mengalami kekurangan oksigen semasa tidur. Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi

masalah lain.

5.1 Kesan Terhadap Kesihatan

Kesan obesiti ini dapat dilihat dari segi kesan jangka masa pendek dan masa panjangnya.

a. Kesan Jangka Pendek

Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti

tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan 70% individu berumur 5-

17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko.

6

Page 7: Essay Obesiti 2

Remaja obes berisiko mendapat prediabetis atau pra-kencing manis, keadaan di mana

tahap gula darah menunjukkan risiko mendapat kencing manis. Kanak-kanak dan remaja

obes berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan

psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri.

b. Kesan Jangka Masa Panjang

Kanak-kanak dan remaja obes lebih cenderung untuk menjadi obes semasa dewasa.

seterusnya, berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan semasa dewasa seperti penyakit

jantung, kencing manis jenis 2, strok, beberapa jenis kanser dan osteoartritis. kajian

menunjukkan kanak-kanak yang obes seawal usia 2 tahun mempunyai risiko obes yang tinggi

semasa dewasa. Berlebihan berat badan dan obesiti dikaitkan dengan risiko kanser, termasuk

kanser payudara, kolon, endometrium atau rahim, esofagus, buah pinggang, pankreas, pundi

kencing, tiroid, ovari, serviks dan prostat termasuk myeloma dan limfoma Hodgkin's.

6.0 CARA MENANGANI DAN PENCEGAHAN OBESITI

6.1 Pemakanan Berkhasiat

Beberapa langkah yang boleh diambil dalam memastikan pemakanan berkhasiat adalah dengan

memastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan

mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu. Selain pastikan apabila memilih makanan ,

makanan itu hendaklah tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah. Jika anak berumur lebih

dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan.

Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

6.2 Meningkat Senaman dan Aktiviti Fizikal

Dalam usaha meningkatkan senaman dan aktiviti fizikal pula, antara perkara yang boleh

dilakukan adalah dengan mengurangkan menonton televisyen. Memastikan anak – anak bermain

dengan kanak-kanak lain. Memastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal

atau berlari dan anak – anak aktif dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana banyak perilaku

keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang

7

Page 8: Essay Obesiti 2

dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara

yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama

kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara

yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.

6.3 Kasih Sayang Berpada

Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau

betul-betul sayangkan anak - anak, janganlah masak atau membelikan mereka makanan yang

menggemukkan sepanjang masa. Tetapi kasihanilah mereka kerana ia akan menyusahkan

kehidupan mereka sendiri di kemudian hari.

6.4 Tauladan yang baik

Sebagai ibu bapa, guru mahupun masyarakat yang prihatin, bersama – sama bekerjasama dalam

menunjukkan contoh serta tauladan yang baik kepada anak - anak. Jika seseorang individu

tersebut sendiri mengalami masalah berat badan, maka cubalah untuk kurangkan berat badan dan

menjadi contoh yang baik kepada anak - anak.

6.5 Disiplin Pemakanan

Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak itu adalah penting. Kita perlu menetapkan waktu-waktu

makan, contohnya sarapan, makan tengahari dan makan malam sebagai tiga waktu makan yang

terpenting dan harus dipatuhi. Waktu ‘snack time’ adalah dimana makanan ringan dibenarkan

pada waktu riadah. Pastikan kita sendiri juga mempraktikkan jadual makan ini dengan konsisten

bagi tauladan anak – anak. Selain itu, pastikan makanan sepanjang hari Isnin hingga Jumaat

adalah yang sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chip kentang, kek,

kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu atau hari cuti tertentu sahaja.

8

Page 9: Essay Obesiti 2

6.6 Rutinkan Hari Beriadah

Pada zaman teknologi canggih ini, amat penting untuk anak anak   untuk keluar rumah dan

melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan

jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

Masa untuk permainan alam maya seperti permainan komputer, telefon dan sebagainya lagi

hendaklah sentiasa dikawal dan dipantau selalu bagi memastikan kanak – kanak tidak alpa.

6.7 Buang tabiat lama

Dalam usaha menangani masalah obesiti ini, kita hendaklah sentiasa memberi motivasi dan

sokongan yang berterusan bagi mereka membetulkannya. Sehubungan itu sebagai ibu bapa juga,

kita hendaklah membuang tabiat lama yang kurang sihat untuk jangka masa yang panjang.

Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yang

baharu untuk sepanjang hayat.

7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat kita hendaklah mengamalkan gaya

hidup sihat termasuklah pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang aktif. Ini mampu menurunkan

risiko obes dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan.

Selain itu, kerjasama pelbagai pihak dalam usaha menangani masalah ini juga adalah sangat

penting. Pemakanan dan aktiviti fizikal kanak-kanak serta remaja dipengaruhi oleh pelbagai

faktor seperti masyarakat, keluarga, sekolah, pusat jagaan, pusat perubatan, istitusi keagamaan,

agensi kerajaan, media, industri makanan dan minuman serta industri hiburan.

Dari segi peranan pihak sekolah pula adalah penting dalam menyediakan persekitaran selamat

dan sihat dengan pembangunan polisi dan praktikal yang menyokong tingkahlaku sihat.

Sekolah juga menyediakan peluang pembelajaran dan praktis pemakanan sihat dan aktiviti

fizikal. Oleh itu, marilah kita bersama – sama mengemblengkan tenaga dalam usaha menangani

masalah ini.

9

Page 10: Essay Obesiti 2

SENARAI RUJUKAN

Arinah Binti Zaidan (2011), Diperolehi dari http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/julai-2011/788-statistik/990-obesiti-kanak-kanak pada 02 Oktober 2013.

Faktor – Faktor Penjagaan Berat Badan Kanak – Kanak, Dimuat turun dari http://my.theasianparent.com/faktor-faktor-penjagaan-berat-badan-kanak-kanak/#ixzz2hfj7hivI pada 10 Oktober 2013.

Faktor – Faktor Penjagaan Berat Badan Kanak – Kanak, Dimuat turun dari http://my.theasianparent.com/faktor-faktor-penjagaan-berat-badan-kanak-kanak/ pada 10 Oktober 2013.

Garis Panduan Menangani Masalah Obesiti, Dimuat turun dari http://moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/nutri/7-Nutrition_Research_Priorities_Area_5.pdf pada 02 Oktober 2013.

Klinik Dr. Azizah (2011), Masalah Kegemukan Kanak – Kanak. Dimuat turun dari http://klinikdrazizah1.blogspot.com/2011/12/masalah-kegemukan-kanak-kanak.html pada 03 Oktober 2013.

PAMA. Karangkraf.Com, Obesiti di kalangan Kanak – Kanak, Dimuat turun dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-1.167823 pada 10 Oktober 2013.

Siti Nurbaya Binti Shahrir (2012), Dimuat turun dari http://www.poyo.my/index.php?option=com_content&view=article&id=220&Itemid=30 pada 03 Oktober 2013

10