hubungan etnik essay

23
PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK AMAT PERLU DISUBURKAN DALAM KONTEKS NEGARA KITA, UNTUK MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL YANG MERUPAKAN KUNCI KELESTARIAN KEPIMPINAN KELOMPOK DAN BUDAYA TERAS SERTA KELANSUNGAN IDENTITI NEGARA ? BINCANGKAN. PENDAHULUAN Pada umumnya, negara Malaysia terdapat tiga kumpulan kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di samping tiga kumpulan etnik ini, terdapat pula kumpulan minoriti seperti Orang Asli, Punjabi, Serani, Orang Iban, Orang Kadazan dan lain-lain lagi. Kehadiran ketiga-tiga kaum ini dan kaum-kaum lain telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini. Walaupun mereka menetap di sebuah negara yang sama, namun ketiga-tiga kaum ini masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi yang tersendiri. Pada peringkat awal, terdapat beberapa kesulitan untuk membentuk satu budaya dan kefahaman antara kaum-kaum ini. Terdapat juga beberapa masalah yang wujud akibat percanggahan kefahaman. Kerajaan sering menghadapi bagi mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Peristiwa kampung Medan merupakan salah satu masalah yang agak rumit yang dihadapi oleh negara pada 4 Mac 2001 hingga 8 Mac 2001. Peristiwa ini berlaku selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku akibat percanggahan dan tidak ada kefahaman antara kaum Melayu dan kaum Cina. Beberapa nyawa terkorban dan negara mejadi tidak aman. Masyarakat Malaysia menjadi terkejut dengan peristiwa ini. Peristiwa sebegini tidak boleh diulangi lagi. Peristiwa sebegini memberi kesan dan

Upload: shamini-ramadas

Post on 14-Dec-2015

204 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pismp 4

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Etnik Essay

PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK AMAT

PERLU DISUBURKAN DALAM KONTEKS NEGARA KITA, UNTUK MEMPERKUKUHKAN

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL YANG MERUPAKAN KUNCI KELESTARIAN

KEPIMPINAN KELOMPOK DAN BUDAYA TERAS SERTA KELANSUNGAN IDENTITI

NEGARA ? BINCANGKAN.

PENDAHULUAN

Pada umumnya, negara Malaysia terdapat tiga kumpulan kaum utama yang membentuk

masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di samping tiga kumpulan etnik ini, terdapat

pula kumpulan minoriti seperti Orang Asli, Punjabi, Serani, Orang Iban, Orang Kadazan dan

lain-lain lagi. Kehadiran ketiga-tiga kaum ini dan kaum-kaum lain telah mewujudkan masyarakat

majmuk di negara ini. Walaupun mereka menetap di sebuah negara yang sama, namun ketiga-

tiga kaum ini masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi yang

tersendiri. Pada peringkat awal, terdapat beberapa kesulitan untuk membentuk satu budaya

dan kefahaman antara kaum-kaum ini. Terdapat juga beberapa masalah yang wujud akibat

percanggahan kefahaman. Kerajaan sering menghadapi bagi mendapat kerjasama

masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak

dapat dicapai.

Peristiwa kampung Medan merupakan salah satu masalah yang agak rumit yang

dihadapi oleh negara pada 4 Mac 2001 hingga 8 Mac 2001. Peristiwa ini berlaku selama 5 hari.

Peristiwa ini berlaku akibat percanggahan dan tidak ada kefahaman antara kaum Melayu dan

kaum Cina. Beberapa nyawa terkorban dan negara mejadi tidak aman. Masyarakat Malaysia

menjadi terkejut dengan peristiwa ini. Peristiwa sebegini tidak boleh diulangi lagi. Peristiwa

sebegini memberi kesan dan implikasi yang agak banyak kepada masyarakat dan negara kita.

Setiap rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini agar

peristiwa ini tidak akan berulang lagi.

Perpaduan merupakan asset yang amat penting bagi memansurkan masalah-masalah

kaum seperti ini. Perpaduan merupakan satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan negara

dan pentadbirannya. Tanpa perpaduan sesebuah negara akan terdedah kepada berbagai-bagai

masalah dan ancaman. Masalah dan ancaman akan mengakibatkan kedaulatan sesebuah

negara terjejas. Ini disebabkan negara itu tidak berupaya untuk menentang sebarabg

pencerobohan dari luar dan juga rusuhan-rusuhan dalam negara. Oleh itu, perpaduan rakyat

adalah satu isu penting untuk diberi perhatian dan dititikberatkan dalam penyusunan strategi

Page 2: Hubungan Etnik Essay

pembangunan sesebuah negara yang merdeka supaya ia mampu mempertahankan dan

mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Masalah perpaduan tidak menjadi satu beban bagi negara-negara maju kerana

kedudukan ekonomi negara-negara itu tidak akan terjejas apabila berlaku pertelingkahan dan

rusuhan di kalangan rakyat mereka. Bagi negara-negara yang sedang membangun seperti

negara kita, masalah perpaduan merupakan satu beban yang agak berat dan serius kerana

pertikaian dan rusuhan di kalangan rakyat akan mengakibatkan ekonomi negara itu terjejas.

Negara Malaysia mendapat kemerdekaan dengan berasaskan kerjasama dan

persefahaman antar tiga kaum terbesar yang mendiami negara ini. Setiap rakyat Malaysia ini

mendapatkan kebebasan hhidup menerusi kedamaian dan keharmonian. Walaupun penduduk

negara ini menganuti perlbagai agama, adat resam dan bahasa yang berlainan namun mereka

hidup rukun dan damai. Sikap persefahaman dan toleransi merupakan komponen penting untuk

mewujud dan mengekalkan perpaduan.

Oleh itu, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan dasar-dasar

yang dapat membina dan mengekalkan perpaduan yang kukuh di kalangan semua rakyat

Malaysia. Salah satu langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan ialah Budaya dialog antara

kaum/etnik/budaya/peradapan amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk

memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian

kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelansungan identiti negara.

Pengertian Budaya

Budaya merupakan suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh

sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Aspek-aspek seperti agama,

adat istiadat, bahasa, karya seni dan pakaian merupakan budaya. Menurut Edward B. Taylor :-

“budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta

kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat”.

Page 3: Hubungan Etnik Essay

Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit

yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan

akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya”

dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran

manusia.

Budaya juga boleh disama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah

sebahagian daripada budaya. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan

anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain,

seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya.

Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-

bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan

dengan alat-alat yang dihasilkan.

Pengertian Dialog

Perkataan dialog dalam bahasa Inggeris iaitu dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah

perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat dan tanya jawab. Berasaskan

maksud tersebut, dialog boleh diertikan sebagai “suatu percubaan antara dua belah pihak yang

berlainan pendapat, kepercayaan atau pendangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran

pendapat dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan

seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara kedua-dua belah pihak.

Mengikut Kamus Dewan (2005) pula, dialog didefinisikan sebagai satu perbincangan

atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. “Dialog” merupakan ayat

yang berasal dari kata yunani “Dia” yang bermaksud melalui dan “logos” yang bermakna kata-

kata dan makna. Dialog tidak boleh berbentuk perbahasan. Ini kerana perbahasan lebih kepada

aspek penyelesaian sesuatu masalah. Perbahasan pula, lebih menjerumus kepada kegiataan

mengalahkan atau memprotes pendapat seseorang dengan mengutarakan fakta terpenting.

Tetapi, seperti yang telah dihuraikan dialog lebih membincangkan sesuatu isu secara

mendalam dan teliti sama tetapi ia tidak mendasarkan unsur menang dan kalah serta

perbincangannya memberi kebaikan kepada semua orang. Oleh itu, semasa mengadakan

dialog kita tidak boleh mengutarakan sesuatu isu yang memberi kebaikan serta memanfaatkan

Page 4: Hubungan Etnik Essay

diri dan sesuatu kelompok tertentunya sahaja. Dialog perlu dilakukan dalam keadaan yang

menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi.

Pengertian budaya dialog

Menurut Chandra Muzaffar (2003) pula, budaya dialog bermaksud komunikasi dan

persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami budaya

masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang lain.

Budaya dialog dapat difahami sebagai perundingan, interaksi positif antara dua pihak,

komunikasi dua hala atau lebih peradaban yang bertujuan untuk memupuk persefahaman dan

pengetian, berkongsi perspektif dalam menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek,

bertoleran sesama rakan dialog yang berlainan peradaban, kerjasama yang disepakati,

bertukar-tukar pendapat dan fikiran dan sebagainya.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai budaya dan peradaban. Rakyat

Malaysia perlu menganggap kepelbagaian peradaban ini sebagai satu yang unik dan satu

peluang untuk saling kenal-mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain yang akan

melahirkan pengkayaan peradaban.

Budaya dialog juga mempunyai matlamat dan tujuannya yang sendiri. Budaya dialog

bertujuan untuk membincangkan antara dua atau lebih pihak bagi mencari jalan penyelesaian

yang kreatif dan baru di dalam menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh manusia.

Dalam konteks Islam pula, kejadian manusia yang berbagai perbezaan dari segi geografi,

demografi, biologi dan budaya adalah satu anugerah Allah SWT supaya kenal mengenali antara

satu sama lain.

Menurut Osman Bakar (1997) tujuan utama budaya dialog ialah membawa komuniti-

komuniti dari berbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka

untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun

kepercayaan agama, cara kehidupan beragama dan ideology politik yang berbeza.

Budaya dialog juga membolehkan manusia berinteraksi dan berkomunikasi antara dua

pihak atau lebih. Ini membolehkan wujudnya kerjasama antara manusia. Kerjasama manusia

boleh berlangsung dalam pelbagai isu dan aspek. Isu-isun semasa seperti kemiskinan,

Page 5: Hubungan Etnik Essay

kesihatan, kepadatan populasi, ekologi, masalah sosial dapat digembleng bersama dalam

membangunkan sesebuah masyarakat.

Seterusnya, budaya dialog juga bermatlamat mewujudkan saling memahami tentang

nilai-nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti budaya yang wujud. Budaya dialog berpotensi

besar untuk menghindarkan konflik dan komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan

tempatann melalui persefahaman, saling percaya mempercayai dan meletakkan asas kukuh ke

arah langkah penyelesaian yang dipersetujui bersama Laporan Persidangan Antarabangsa

Dialog Peradaban.

Terdapat beberapa jenis dialog :-

a) Dialog kerjasama dalam kehidupan

Dialog kerjasama dalam kehidupan merupakan bentuk yang paling sederhana dari

pertemuan yang dapat dilakukan oleh umat beragama. Para pemeluk agama yang berbeza

saling bertemu dalam menjalani kehidupan harian, bekerjasama dalam pelbagai bidang

kegiatan sosial tanpa memandang identiti agama masing-masing. Perjumpaan antara

orang-orang yang berbeza agama dalam kehidupan seharian dengan penuh keakraban dan

persahabatan sangat menguntungkan dalam proses dialog. Agmana tidak akan menjadi

penghalang dalam dialog kerjasama ini. Dialog kerjasama dalam kehidupan menggalakan

toleransi, hormat-menghormati antara satu sama lain dan dapat menjalinkan kerjasama

antara agama dengan lebih sistematik.

b) Dialog tindakan bersama

Dialog tindakan bersama adalah sesuatu perbincangan yang membolehkan tindakan

boleh diambil secara bersama. Dalam kehidupan seharian, penduduk negara kita yang

berlainan agama sentiasa mengalakkan dialog tindakan bersama. Contohnya, pemimpin-

pemimpin negara yang berlainan agama iaitiu pemimpin Melayu, pemimpin Cina dan

pemimpin India telah ke London untuk mendapatkan kemerdekaan. Ini boleh dikatakan

sebagai dialog tindakan bersama.

Page 6: Hubungan Etnik Essay

c) Dialog melalui wacana intelektual/dialog pengalaman beragama

Dialog melalui wacana intelektual memerlukan perancangan yang baik dan memerlukan

formality dan kemahiran untuk memulakannya. Ini kerana ciri-cirinya boleh dilihat apabila

penganut-penganut agama bersepakat merancang dan melaksanakan tindakan berbentuk

keperluan dan kepentingan bersama serta bertindak seiringan dalam memastikan perkara-

perkara yang bersifat hak-hak kemanusiaan dan masalah sejagat dipelihara bersama.

d) Dialog penyelesaian masalah antara kaum dan etnik

Dialog penyelesaian masalah antara kaum dan etnik bermaksud perbincangan bagi

mengelakkan masalah dan menyelesaikan masalah antara kaum dan etnik. Dialog sebegini

boleh menyelesaikan masalan antara kaum dengan agak mudah tanpa pertumpahan darah.

Masalah antara kaum sangat sensitive ju=ika tidak mengatasinya dengan betul.

e) Dialog tentang nilai sejagat

Dialog tentang nilai sejagat ialah perbincangan yang mempunyai sifat ketinggian (mulia)

yang dilakukan oleh sekumpulan orang/manusia. Dialog tentang nilai sejagat memupuk sifat

hormat-menghormati antara masyarakat.

f) Dialog keamanan dan keganasan

Dialog keamanan dan keganasan bermaksud perbincangan mengenai keamanan

negara tanpa menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah. Contohnya, cara Gandhi

menangani masalah sedemikian bukan menggunakan kekerasan tetapi menerusi

perbincangan keamanan. Namun ia masih memerlukan kerjasama daripada kedua-dua

belah pihak terlibat.

g) Dialog tolerensi antara budaya dan agama

Masyarakat Malaysia bercirikan pelbagai kaum, agama dan budaya. Cabarannya ialah

bagaimana persefahaman dan kebersamaan dapat dipupuk agar perpaduan dan integrasi

antara kaum sentiasa wujud Dialog yang berterusan di kalangan masyarakat adalah salah

satu mekanisme perpaduan Interaksi antara tamadun menerusi dialog, aktiviti

perekonomian dan hubungan diplomatik mewujudkan pengembangan dan permindahan

budaya, ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada negara.

Page 7: Hubungan Etnik Essay

Ciri-ciri Dialog

Menurut Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradapan (2001 :2-3), ciri-ciri dialog

ialah:-

a) Budaya Dialog saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah dan

reality dan kebudayaan yang wujud.

b) Sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yang lain. Ini merujuk terhadap aktiviti

sedia mendengar dari peradaban orang lain.

c) Sikap lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain

dengan akomodasi dalam perspektif diri

Pengertian kelestarian

Kelestarian adalah keperluan untuk hidup serta kesejahteraan hidup sama ada langsung

ataupun tidak langsung. Kelestarian menwujudkan suasana yang harmoni dan produktif.

Kelestarian, membawa maksud yang luas, dapat diaplikasikan dalam pelbagai disiplin

termasuklah pembangunan ekonomi, pengurusan sumber alam dan alam sekitar, pengeluaran

makanan, tenaga dan dimensi sosio budaya serta gaya hidup. Kelestarian bukan sekadar

menyentuh isu alam sekitar, tetapi banyak lagi aspek yang dilestarikan. Kelestarian dalam erti

kata lain juga ialah kebolehan dan keupayaan sesuatu untuk dikekalkan atau pengekalan

sendiri. Dengan kata lain kelestarian ialah kesatuan kehidupan untuk hidup yang bersama yang

rapat dan harmoni. Ianya mengambil kira apa yang kita perlukan untuk hidup pada masa kini

tanpa menjejaskan potensi bagi orang-orang pada masa akan datang bagi memenuhi

keperluan sejagat.

Kepimpinan kelompok

Page 8: Hubungan Etnik Essay

Kepimpinan kelompok bermaksud dua individu atau lebih yang berinteraksi saling

bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Selain itu, kepimpinan

kelompok juga bersifat formal dan informal. Kepimpinan kelompok juga ditetapkan oleh struktur

organisasi, dengan penugasan kerja yang ditunjuk untuk menjalankan tugas-tugas lain dan

diarahkan

Pengertian perpaduan

Perkataan “perpaduan” ini berasal dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal” dan

“padat”. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau

persatuan. Lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan “perpecahan”. Jadi,

perpaduan dilihat adalah sebenarnya tuntutan untuk satu perkara yang baik manakala

perpecahan pula satu perkara yang sangat keji dan tidak baik.

Perpaduan menerapkan sikap ‘penerimaan’ antara kaum dan rakyat Malaysia. Selain itu,

perpaduan juga berasaskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara dan keadilan

sosial. Teras-teras perpaduan ini perlu didokongi oleh nilai-nilai murni sebagai sebahagian dari

budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai hormat-menghormati, Tawaddhu,

kesederhanaan dalam tingkah laku dan tutur kata serta kebijaksanaan dalam sebarang

keputusan dan tindakan.

Pengertian Integrasi

Integrasi bermaksud satu proses sosiobudaya dan sosiaopolitik untuk mewujudkan jati

diri kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat walaupun mereka berbeza dari segi rumpun

bangsa, bahasa, agama dan budaya. Pada asasnya integrasi adalah pembentukan perasaan

taat setia kepada negaranya. Pada juga pihak yang mempunyai kefahaman bahawa asimilasi

dan integrasi adalah sama. Asimilasi bertujuan untuk mengubah jati diri rakyat minoriti dan

mewujudkan jati diri rakyat minoriti manakala integrasi pula bermaksud melahirkan taat setia

kepada negara di kalangan rakyat yang berbilang bangsa melalui penerimaan ke atas beberapa

lambang perpaduan sosiobudaya dan politik yang penting seperti bahasa, perlembagaan,

ideologi negara, bendera kebangsaan, institusi politik dan pentadbiran. Jelasnya integrasi

Page 9: Hubungan Etnik Essay

mengiktiraf kedudukan sosiobudaya masyarakat minoriti yang biasanya dianggap sebagai

budaya sekunder di dalam budaya kebangsaan.

Contohnya, dalam Rancangan Malaysia Kedua, matlamat prinsip integrasi telah diperkenalkan

atas cadangan Majlis Perundingan Negara dari segi memupuk hubungan etnik yang baik dan

mesra. Selain itu, rancangan ini juga bercadang menegakkan amalan demokrasi dan

menegakkan keadilan dalam agihan faedah pembangunan.

Kekuatan budaya dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradapan dalam menwujudkan

perpaduan dan integrasi.

Page 10: Hubungan Etnik Essay

Terdapat banyak kekuatan dialog yang ada di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban :-

a) Pengetahuan

Kajian menunjukan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati

kehidupan agama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan

resepi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya.

Kemunculan tamadun islam yang telah mencapai tahap „Golden agenya‟ (8-14 Masihi)

itu misalnya adalah dipengaruhi oleh rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup

islam bersumberkan risalah wahyu yang digembelingkan dengan penguasaan ilmu

keduniaan yang mantap.

b) Menbentuk masyarakat yang berakhlak mulia

Budaya dialog melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan moral

dan akhlak yang terpuji yang didalamnya terkandung kecintaan kepada ilmu, ketekunan,

kerajinan, semangat berdisiplin dan kekreatifan yang tinggi untuk memperkukuhkan

perpaduan dan integrasi nasional dalam kepimpinan negara.

c) Melahirkan pemimpin yang berkaliber

Budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban mewujudkan nilai-nilai

murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan kepimpinan yang

berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu

membangunkan negara dan tamadun kearah perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi.

Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai

tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam

tamadun India, serta Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali dan juga Ibnu Khaldun dalam

tamadun

d) Jalan penyelesaian yang baik bagi sesuatu masalah

Budaya dialog dapat mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan

bukan mengikut cara perbincangan atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak

yang berjaya mengukuhkan pendapat dan fakta mereka. Sesorang yang melibatkan diri

dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman

yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana

ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Misalnya, semasa

Page 11: Hubungan Etnik Essay

kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India, kaum Melayu melibatkan diri

dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu

yang menjadi kepentingan dan keperluan yang diperlukan kaum mereka sahaja. Sebagai

contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi

ia tidak memberi manfaat secara bersama

Kelemahan budaya dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradapan dalam menwujudkan

perpaduan dan integrasi.

Budaya dialog dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi di negara kita. Walaupun terdapat

banyak kelebihan dalam budaya namun terdapat beberapa kelemahan dalam budaya dialog

ini. Faktor-faktor yang menyebabkan budaya dialog luntur adalah:-

a) Sikap fanatik dan perkauman

Isu bersifat fanatik dan perkauman tidak boleh membincangkan dalam perbincangan

dialog. Ini kerana dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya

menguntungkan segelintir pihak sahaja. Keadaan ini akan mengakibatkan pihak yang tidak

mendapat sebarang keuntungan tidak akan menaruh harap dan tidak akan percaya

Page 12: Hubungan Etnik Essay

terhadap dialog peradaban ini. Ini akan menjadi satu halangan untuk mencapai matlamat

untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memupuk perpaduan. Faktor ini juga boleh

mengakibatkan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh semua kaum

terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan

fanatik dalam diri masyarakat. Seseorang yang hanya menmpunyai sikap minda yang

terbuka, perasaan perkauman yang bersama, sifat sederhana dalam semua perkara kerana

ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara boleh melibatkan diri

dalam perbincangan.

b) Perspektif yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain

Ancaman kepada kepentingan pihak tertentu merupakan perasaan dan tanggapan yang

salah terhadap sesebuah peradaban. Ini kerana dialog peradaban yang dijalankan di antara

dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang

perspektif yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir

bahawa ini merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk

mempengaruhi mereka melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya

tersebut.

Contohnya, pada 21 Januari 1999,berlakunya pergaduhan antara puluhan ribu

penduduk beragama Islam dan Kristian yang menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang

terbunuh di bandar Ambon di Maluku.

Dalam pergaduhan itu, menurut laporan agensi asing Reuters, sekurang-kurangnya 24

orang terbunuh termasuk seorang anggota polis, manakala beratus-ratus yang lain cedera

parah apabila para penduduk Islam dan Kristian bertempur di bandar tersebut dan beberapa

buah desa di sekitarnya.

c) Interaksi yang terhad/halangan interaksi

Kekurangan sumber-sumber untuk menggalakkan dialog peradaban dalam Malaysia

merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penginteraksian menjadi terhad.

Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan

Page 13: Hubungan Etnik Essay

untuk interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam

kalangan masyarakat. Masalah ini juga wujud kerana dasar pecah dan perintah yang

dilaksanakan oleh pihak British semasa menjajah negara kita. Kaum Melayu, Cina dan India

telah dipisahkan demi kepentingan. Perpisahan dari segi kedudukan telah menyebabkan

kefahaman antara kaum adalah berbeza. Kefahaman itu terbawa-bawa sampai ke hari ini di

kalangan rakyat Malaysia. Ini menyebabkan interaksi antara kaum adalah terhad.

d) Kekurangan toleransi/tolak ansur agama

Toleransi merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu

perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya.

Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang menganuti pelbagai

agama dan budaya tersendiri. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau

menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri.

Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan

menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka.

Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan

untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang.

Jika tidak mempunyai amalan menolak fakta serta berkeras untuk tidak mempersetujui

sesuatu perkara yang melibatkan kaum lain, rusuhan serta pertelingkahan antara kaum

boleh berlaku. Misalnya dalam soal agama. Penduduk Malaysia yang mengamalkan

pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek penting kepada pelaksanaan dialog

peradaban. Pastinya dalam berbagai-bagai kaum, terdapat nilai atau ajaran yang serupa

walaupun tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai yangserupa sebagai titik asas untuk

berinteraksi dan berkongsi pandangan dan pendapat,Sebagai contoh nilai-nilai sejagat.

Semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak ansur, berbudi dan lain-

lain lagi.

e) Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan.

Bagi menerangkan faktor ini, kita harus melihat kepada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa

13 Mei 1969 melanda akibat tidak persefahaman antara kaum Melayu dan Cina. Peristiwa

Page 14: Hubungan Etnik Essay

ini juga berlaku akibat perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya dan identiti

bangsa yang timbul di kalangan orang Melayu dan Cina pada amnya antara golongan

bumiputera dan bukan bumiputera.

Perbezaan-perbezaan ini menjadi isu sensitif yang sukar dan tidak boleh dibahaskan

dan hal-hal seperti ini tidak boleh dibincangkanan secara mendalam. Sikap keterbukaan

dan penerimaan yang masih lagi gagal dipupuk dalam kalangan individu menjadi satu

halangan kepada dialog peradaban. Pemupukan sikap fundamental dengan menerima dan

menghormati perbezaannya selain mencari persamaan serta mengambil inisiatif untuk

membincang hal-hal dipersetujui bersama adalah lebih wajar.

f) Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal.

Setiap kaum akan berkelompok di dalam perhubungan dengan kaum lain adalah terhad

dan berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat keperluan dan

kepentingan yang mustahak dan tidak dapat elakkan. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi

kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi

cabaran kepada proses dialog peradaban. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat

dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila

terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Ini merupakan salah satu bentuk hubungan yang

palsu. Apabila perhubungan yang berbentuk palsu ini dijalankan segala usaha untuk

memartabatkan keharmonian antara negara pasti tidak akan dicapai kerana mereka seolah-

olah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap terbuka tetapi sebaliknya mereka hanya

menjalinkan hubungan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka.

g) Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah.

Ketidakfahaman etnik dan jurang antara etnik telah menyebabkan dialog peradaban

yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan mereka berpendapat bahawa ia

hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan kepentingan etnik minoriti tidak

terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Sebagai contoh etnik minoriti seperti

masyarakat Siam di Kelantan, Kedah dan Perlis serta masyarakat Portugis di Melaka perlu

Page 15: Hubungan Etnik Essay

diambilkira nilainya serta berkongsi pendapat dan mempraktikkannya norma-norma dan

nilai kehidupan sebagai nilai-nilai yang diterima umum kerana jurang pemisah yang wujud

boleh menyebabkan perasaan polarisasi dan kewujudan rasa curiga akan kedudukan

mereka yang boleh memberi kesan negatif kepada Negara pada masa akan datang serta

melahirkan prinsip poligami seperti kedusunan, kadazanan di sabah dan Sarawak.

Cadangan memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan dialog antara

kaum/etnik/budaya dan peradaban.

Politik di Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional melalui

sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng,

Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang

mengamalkan demokrasi yang berparlimen adalah galakan British semasa memberi

kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang

dalam penganutan agama oleh kaum- kaum tertentu.”

Dalam kerajaan demokrasi yang berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih

pemerintahnegara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik

yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untuk

mewujudkan perpaduan dalam politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan.

Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan

persetujuan rakyat melalui pilihan raya

Cadangan yang dapat dikemukan di sini ialah seseorang yang melibatkan diri dalam

dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta perasaan

perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua

perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara.

Contohnya, semasa semua kaum-kaum di Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India dan

Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya

mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja

bahkan perlulah menjaga perasaan sesama kaum. Hal ini membolehkan dialog di akhiri

dengan aman dan tenteram tanpa ada perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati

sesama mereka.

Page 16: Hubungan Etnik Essay

Selain itu juga, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk

merapatkan jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban

dapat dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya, apabila kita berinteraksi antara pelbagai

kaum, kita dapat mengembleng tenaga bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau

kekangan isu seperti globalisasi dan isu-isu global yang kompleks seperti dadah dan

pencemaran secara bersama. Melalui interaksi antara pelbagai kaum, kita dapat

meningkatkan pendekatan dan persefahaman di antara pelbagai kaum serta dapat kenal

mengenali dan berkomunikasi untuk menyelesaikan isu-isu yang mementingkan

kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam negara serta masalah-masalah sosial

secara bersama.

Cadangan lain ialah kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara

kaum dalam masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatu padukan seluruh negara

dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni . keadaan ini telah menunjukkan bahawa

betapa pentingnya wujud perpaduan dan integrasi nasional di dalam konteks Malaysia.

Contohnya, adanya program rumah terbuka di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia

dan ia akan dihadiri oleh semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama.

Kesimpulan

Dengan dialog peradaban, konflik dan pertembungan antara peradaban akan dapat di

selesaikan. Oleh kerana itu, langkah-langkah yang sistematik perlu dijalankan pada peringkat

global dan lokal bagi untuk menerapkan nilai-nilai murni menerusi dialog antara peradaban.

Sesungguhnya perbezaan antara peradaban-peradaban bukanlah satu masalah tetapi satu

peluang untuk kita mendekati, mengenali, berinteraksi,persefahaman dan bekerjasama serta

bertoleran membina sebuah masyarakat yang harmoni.

Page 17: Hubungan Etnik Essay