hubungan etnik essay 1

26
Faktor Pencetus Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang telah terpahat dalam sejarah Malaysia akibat daripada ketidaksepaduan masyarakat dan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan faktor segera berlakunya tragedi tersebut. Pada 10 Mei 1969, keputusan pilihanraya telah menunjukkan kurangnya pengaruh daripada Parti Perikatan dalam kalangan rakyat. Kenyataan ini telah membuktikan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mendapat tempat di hati rakyat dan justeru telah berjaya dalam menimbulkan isu perkauman di antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Parti Pecahan undi (%) Jumlah undi (%) Pecaha n Kerusi Jumlah Kerusi Parti Perikatan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 33.67 48.41 51 66 Persatuan Cina Malaysia (MCA) 13.50 13 Kongres India Se- Malaysia (MIC) 1.24 2 Parti Tindakan Demokratik (DAP) 13.73 13

Upload: jesse-owens

Post on 11-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Etnik Essay 1

Faktor Pencetus Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang telah terpahat

dalam sejarah Malaysia akibat daripada ketidaksepaduan masyarakat dan

menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa. Banyak faktor yang menyebabkan

berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan faktor

segera berlakunya tragedi tersebut.

Pada 10 Mei 1969, keputusan pilihanraya telah menunjukkan kurangnya

pengaruh daripada Parti Perikatan dalam kalangan rakyat. Kenyataan ini telah

membuktikan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mendapat tempat di hati

rakyat dan justeru telah berjaya dalam menimbulkan isu perkauman di antara kaum

Melayu dan bukan Melayu.

Parti Pecahan

undi (%)

Jumlah

undi (%)

Pecahan

Kerusi

Jumlah

Kerusi

Parti

Perikatan

Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO)

33.67 48.41 51 66

Persatuan Cina Malaysia

(MCA)

13.50 13

Kongres India Se-Malaysia

(MIC)

1.24 2

Parti Tindakan Demokratik (DAP) 13.73 13

Parti Gerakan Rakyat Maaysia (Gerakan) 8.57 8

Parti Progresif Rakyat (PPP) 3.87 4

Parti Islam SeMalaysia (PMIP) 23.75 12

Parti Rakyat Malaysia (PRM) 1.24 0

Calon Bebas 0.34 0

Jumlah Besar 100.0 103

Jadual : Ringkasan Keputusan Pilihan Raya Umum 1969 (Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_1969)

Page 2: Hubungan Etnik Essay 1

Jadual menunjukkan Parti Perikatan telah kehilangan majoritinya dalam Parlimen

untuk membentuk kerajaan di mana jumlah kerusi yang dimenangi telah menurun

daripada 89 kerusi (tahun 1964) kepada 66 kerusi (tahun 1969). Keputusan Pilihan

Raya Umum 1969 telah menunjukkan kemenangan besar bagi pihak pembangkang

kerana berjaya menyebabkan Parti Perikatan kehilangan dua-pertiga majoritinya dalam

Parlimen. Justeru, pihak pembangkang telah meminta kebenaran daripada pihak polis

untuk mengadakan perarakan bagi meraihkan kemenangan parti tersebut. Pada 12 Mei

1969, perarakan tersebut telah diberi kebenaran dan diketuai oleh Dr. Tan Chee Khoon

(Parti Gerakan).

Perarakan kemenangan pihak pembangkang adalah dari Jalan Campbell dan

Jalan Hale yang menuju ke Kampung Baru telah menyebabkan kesesakan jalan raya

di sekitar Kuala Lumpur di mana Kampung Baru merupakan kawasan kuat UMNO yang

mempunyai lebih daripada 30,000 penduduk kaum Melayu. Lebih kurang 60 orang

penyokong pihak pembangkang (Parti Gerakan) yang menyertai perarakan tersebut

telah mencelah penduduk-penduduk di Kampung Baru untuk keluar daripada kampong

tersebut. Perarakan tersebut telah memperlihatkan ancaman daripada kemenangan

pihak pembangkang.

“Melayu balek kampong”

“Melayu sekarang ta’ ada kuasa lagi”

“Sekarang kita berkuasa”

(Laungan daripada pihak pembangkang kepada kaum Melayu semasa perarakan kemenangan 12hb Mei 1969.)

(Sumber: The May 13 Tragedy, A Report by the National Operations Council, October

1969)

Page 3: Hubungan Etnik Essay 1

Perarakan pihak pembangkang penuh dengan kutukan dan hinaan terhadap

orang-orang Melayu. Semasa perarakan tersebut, telah dikatakan bahawa kemenangan

kaum Cina telah mengikat penyapu pada kenderaan sebagai lambang menyapu bersih

kerusi di Parlimen. Namun, tindakan tersebut telah disalah erti dengan melihat lambang

‘penyapu’ sebagai tindakan untuk menyingkir orang-orang Melayu keluar dari Kuala

Lumpur.

Pada 13 Mei 1969, Presiden parti gerakan, Yeoh Tech Chyes telah memohon

maaf kerana tindakan biadap yang ditunjukkan oleh ahli-ahlinya semasa perarakan

tersebut. Namun, permohonan tersebut telah terlambat kerana UMNO telah

mengadakan perarakan pada pagi 13 Mei 1969 yang juga merupakan kemuncak

kepada tragedi berdarah 13 Mei 1969. Rusuhan di antara kaum Melayu dan bukan

Melayu terjadi dan perintah darurat dikeluarkan. Ramai yang telah terkorban dalam

tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak kiralah sama ada kaum Melayu, Cina ataupun lain-

lain.

Angka Rasmi

Mati Cedera Hilang Ditahan Kenderaan Musnah

196 439 39 9,143 211

Statistik Tidak Rasmi

Melayu Cina Lain-lain

86 orang 342 orang 3 orang

(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei)

Page 4: Hubungan Etnik Essay 1

2.0 Dasar Inggeris di Tanah Melayu

“Wujud-nya keadaan hidup pelbagai kaum di-negara ini sekarang ada-lah

hasil dari dasar ekonomi British sa-belum perang, yang menggalakkan

kemasokan orang² bukan Melayu beramai². …”

(The May 13 Tragedy, A Report by the National Operations Council, October 1969)

Tanah Melayu pada awalnya dijajah oleh Portugis bermula pada 11 September

1509 dan seterusnya perampasan takhta oleh Belanda iaitu pada tahun 1597 dengan

menyerang Kota Portugis dan seterusnya di Johor pada tahun 1606. Namun, British

merupakan bangsa Eropah yang paling lama menjajah di Tanah Melayu iaitu selama

446 tahun.

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu banyak meninggalkan impak yang

mendalam kepada negara kita pada masa kini. Penjajahan Inggeris yang bermula pada

tahun 1511 hingga 1957 telah membawa perubahan yang besar sama ada dari sudut

yang baik mahupun tidak. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu adalah kerana

beberapa faktor. Apabila pihak Inggeris mengalami perkembangan Revolusi

Perindustrian di Eropah, maka faktor tolakan pun terjadi dengan menjajah Tanah

Melayu untuk mendapatkan bahan mentah yang murah dan banyak. Manakala faktor

tarikan pula ada kerana kemunduran kuasa Melayu itu sendiri yang penuh dengan

persaingan, peperangan dan pergolakan di antara satu sama lain.

Banyak desakan yang dihadapi oleh pihak Inggeris sehinggakan mereka banyak

mengamalkan dasar-dasar dalam ekonomi, politik, pendidikan dan sosial untuk

mengukuhkan lagi penguasaan mereka di Tanah Melayu dan seterusnya membawa

kebaikan kepada mereka.

Page 5: Hubungan Etnik Essay 1

2.1 Dasar Ekonomi

Semasa penjajahan pihak Inggeris, mereka banyak mentadbir Tanah Melayu

dengan sistem ‘Pecah dan Perintah’ (Divide and Rule) di mana ianya lebih

menguntungkan kaum imigran dan seterusnya menjauhkan mereka dengan masyarakat

setempat. Pihak Inggeris tidak campur tangan dalam urusan keagamaan kerana tujuan

utama mereka adalah lebih kepada kekayaan dan kuasa. British pada masa itu amat

memerlukan bahan mentah kerana berlakunya Revolusi Industri di England. Oleh itu,

pihak Inggeris telah mengamalkan dasar ekonomi kapitalis iaitu berfokuskan ekonomi

komersil seperti biji timah, kelapa sawit, getah dan lain-lain.

Tahun Nilai (paund sterling)

1929 50 785 000

1930 28 208 000

1931 13 806 000

1932 9 077 000

1933 14 253 000

Page 6: Hubungan Etnik Essay 1

1934 32 557 000

Jadual 1: Jumlah Eksport Getah Tanah Melayu dari tahun 1929-1934 (

Mereka menguasai bidang ekonomi Tanah Melayu dengan mengambil alih

penguasaan ekonomi di Tanah Melayu dan diserahkan kepada pemodal cina serta

syarikat Inggeris. Ramai buruh yang diambil dari luar kerana dikatakan bahawa kaedah

melombong masyarakat setempat sudah tidak sesuai lagi bagi mengeluarkan hasil

yang banyak untuk dieksport dalam jumlah yang besar. Kemasukan buruh dari China

adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan

kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Bagi kemasukan buruh dari India

pula, kemasukan mereka adalah di antara tahun 1857 hingga 1938 melalui sistem

buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Apabila buruh-buruh

asing dibawa masuk ke Tanah Melayu bagi membantu dalam menguruskan ekonomi

komersil, maka kaedah yang diguna oleh masyarakat setempat ditolak kerana sudah

tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran. Justeru, masyarakat setempat

hanya mampu menghasilkan pertanian secara kecil-kecilan yang sememangnya tidak

mendapat perhatian daripada pihak Inggeris dan seterusnya menghalang mereka untuk

menjadi lebih maju

Pihak British hanya berniat untuk mengekalkan taraf kaum Melayu sebagai

golongan petani dan disebabkan itulah mereka memperkenalkan Enakmen Tanah Padi

1917. Enakmen Tanah Padi 1917 telah melarangkan penanaman getah di kawasan

penaman padi kerana ingin mengecilkan jumlah penyertaan pekebun terutamanya dari

kaum Melayu untuk berada dalam sector perusahaan Getah. Dari situ, masyarakat

setempat terpaksa menjalankan ekonomi sara diri seperti mencucuk tanam serta

memungut hasil hutan dan menyebabkan mereka sendiri masih lagi berada di tampuk

kemiskinan bahkan menjadi lebih mundur di tanah sendiri.

Tahun

1931 1934

Page 7: Hubungan Etnik Essay 1

Kegiatan

ekonomi

Melayu

(%)

Cina

(%)

India

(%)

Lain-lain

(%)

Melayu

(%)

Cina

(%)

India

(%)

Lain-lain

(%)

Perikanan 35438

(71.4)

13628

(27.4)

454

(0.9)

128

(0.3)

41429

(69.3)

17646

(29.5)

565

(0.9)

148

(0.3)

Pertanian 589199

(52.5)

295672

(26.4)

220488

(19.7)

15895

(1.4)

646861

(55.4)

332973

(28.5)

178178

(15.3)

19287

(0.9)

Perlombongan

dan Kuari

1380

(1.6)

79395

(90.3)

6672

(7.6)

505

(0.6)

4436

(11.1)

30824

(77.4)

4342

(10.9)

235

(0.6)

Perdagangan

dan

Kewangan

19130

(13.4)

98750

(69.0)

23637

(16.5)

1749

(1.2)

25804

(16.9)

103405

(67.6)

22459

(14.7)

1367

(0.9)

Jadual 2: Komposisi penduduk mengikut kaum yang terlibat dengan perikanan,

pertanian, perlombongan dan kuari, dan kegiatan-kegiatan perdagangan dan

kewangan, tahun1931 dan 1947. (Sumber:

Perikanan Pertanian Perlombongan dan Kuari

Perdagangan dan Kewangan

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

MelayuCinaIndiaLain-lain

Kegiatan Ekonomi Mengikut Kaum Pada Tahun 1931

Pera

tusa

n (%

)

Page 8: Hubungan Etnik Essay 1

Perikanan Pertanian Perlombongan dan Kuari

Perdagangan dan Kewangan

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

MelayuCinaIndiaLain-lain

Kegiatan Ekonomi Mengikut Kaum Pada Tahun 1947

Pera

tusa

n (%

)

2.2 Dasar Politik

Kedatangan British telah membawa pelbagai perubahan yang ketara kepada sistem

politik di Tanah Melayu. British telah bercampur tangan secara rasmi di negeri-negeri

Melayu selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Untuk meleluaskan kuasa,

British telah memperkenalkan sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik

tradisional tempatan. Sistem Residen telah diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang

dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri inilah juga diletakkan sebagai negeri naungan

British. Mengikut Sistem Residen, sultan dikehendaki menerima seorang pegawai

British sebagai penasihat dalam urusan pentadbiran negeri kecuali hal-hal yang

berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Oleh itu, Residen berkuasa

untuk melantik hakim, mengurus kutipan cukai, melantik penghulu dan lain-lain.

Semasa penjajahan British, pihak British bertindak sesuka hati dengan

memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai padi, perahu, atap, senjata,

bayaran permit untuk membalak dan lain-lain. Dalam konteks ini, jelasnya menunjukkan

bahawa kedudukan raja-raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan, tetapi bidang

kuasa mereka telah dikurangkan. Hal ini kerana segala nasihat yang diberikan oleh

Residen sebenarnya merupakan arahan yang dipaksa untuk dilaksanakan, raja dan

Page 9: Hubungan Etnik Essay 1

pembesar tidak berhak untuk menentang. Bukan sahaja itu, tindakan British

menghapuskan amalan perhambaan yang merupakan adat turun-temurun dalam

masyarakat Melayu tradisional dianggap telah melampaui bidang kuasa mereka.

Walau bagaimanapun, sebenarnya British telah bercampur tangan dalam

pentadbiran di negeri Melayu dari awal lagi di mana British menjadikan Melaka, Pulau

Pinang dan Singapura sebagai Negeri-Negeri Selat. Di negeri-negeri ini, British

berkuasa penuh terhadp negeri-negeri tersebut, yang bezanya ianya ditadbir oleh

seorang Gabenor NNS dengan bantuan Residen Konsuler.

Persekutuan 1896 turut merupakan salah satu taktik British untuk menguasai

sistem pentadbiran politik di Tanah Melayu. Menurut Perjanjian Persekutuan yang

ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah

disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Ibu Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu pula terletak di Kuala Lumpur yang juga telah menjadi pusat pentadbiran

kerajaan. Sebenarnya, usaha British untuk membentuk NNMB adalah untuk

mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas

negeri-negeri Melayu. Pembentukan Persekutuan telah menyebabkan kuasa

pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral. Beberapa jabatan seperti Jabatan

Kehakiman, Jabatan Kewangan serta Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awan

telah ditubuhkan oleh kerajaan pusat, tetapi jabatan-jabatan tersebut adalah diketuai

oleh pegawai British dan penglibatan orang Melayu adalah dihadkan. Seperti dalam

Sistem Residen, sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua

urusan kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain

mengambil alih kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri, Residen Jeneral juga

berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.

Page 10: Hubungan Etnik Essay 1

Seterusnya, British meluaskan kuasanya di Negeri-Negeri Melayu Utara melalui

Perjanjian Bangkok 1909. Oleh itu, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu terpaksa

menerima penasihat British. Penasihat British akan memberikan nasihat kepada sultan

dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat

Melayu. Perubahan pentadbiran dan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British

telah mengugat kuasa raja-raja di Negeri-Negeri Melayu Utara. Misalnya, penasihat

British di Kedah, George Maxwell telah menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran

Kedah di mana bahasa Inggeris perlulah digunakan dalam penulisan surat rasmi dan

perundangan. Di Perlis pula, Kapten Meadowe Frost telah menguasai Jabatan

Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Campur tangan British dalam sistem politik Tanah Melayu diteruskan lagi dengan

penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) pada tahun 1909. MPP dibentuk

pada 11 Disember 1909 selepas persetujuan menandatangani perjanjiaan

Perlembagaan Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan Gabenor NNS iaitu john

Anderson. Dalam MMP, kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan, malah taraf

sultan diturunkan sehingga menjadi ahli biasa sahaja. Oleh itu, sultan tidak berhak

untuk mempengerusikan mesyuarat atau membatalkan sebarang usul dalam MMP.

Namun, MMP boleh mengadakan mesyuarat walaupun ketiadaan sultan kerana semua

perkara yang diusulkan akan diluluskan oleh pesuruhjaya tinggi.

2.3 Dasar Pendidikan

Apabila keadaan fizikal (tempat tinggal) ketiga-tiga kaum ini telah dibahagikan

secara jelas mengikut kawasan masing-masing, maka ianya sekali gus memberi kesan

kepada tahap pendidikan mereka yang juga dikawal oleh pihak Inggeris. Sistem

pendidikan yang diperkenalkan semasa penjajahan Inggeris telah mengambil alih

sistem pendidikan tradisional di Tanah Melayu. Pihak Inggeris telah mengamalkan

dasar ‘laiserz-faire’ dan menyebabkan kewujudan sekolah bernakular ataupun empat

aliran sekolah mengikut kaum seperti sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Page 11: Hubungan Etnik Essay 1

Setiap satu aliran sekolah ini mempunyai jenis kurikulum mereka yang tersendiri.

Matlamat pendidikan sekolah Melayu hanya menekankan tiga aspek iaitu membaca,

mengira dan menulis (3M). Ini kerana pihak Inggeris hanya ingin melatih masyarakat

setempat sebagai petani ataupun nelayan iaitu sekadar lebih baik sedikit dari ibu bapa

mereka. Sekolah-sekolah Melayu pula kurang mendapat perhatian dan menyebabkan

masalah dari segi tenaga pengajar dan juga bahan belajar. Sekolah aliran cina telah

dibiayai oleh saudagar-saudagar dari China. Bahasa perantaraan yang digunakan oleh

mereka adalah dialek mereka masing-masing manakala buku, sukatan pelajaran dan

tenaga pengajar adalah dibawa dari China. Bagi sekolah India pula, pihak Inggeris

menyediakan pendidikan Tamil untuk di kawasan bandar manakala sekolah Tamil di

kawasan ladang dibiayai oleh pihak pengurusan ladang. Sekolah Inggeris pula hanya

dibuka kepada kaum Cina dan India yang tinggal di kawasan bandar.

Bilangan Sekolah Rendah Aliran di Tanah Melayu (tahun 1938)

Aliran Sekolah Pelajar Guru

Melayu 788 56904 2810

Inggeris 271 41917 2350

Cina 996 86147 3556

Tamil 607 26271 864

Jadual 3: Bilangan Sekolah Rendah Aliran di tanah Melayu pada tahun 1938 (Sumber:

Justeru, apabila wujudnya empat aliran sekolah yang berbeza, maka tidak ada

berlaku intergrasi kaum kerana telah dibahagikan secara jelas melalui dasar Inggeris.

Diskriminasi pihak Inggeris terhadap kaum Melayu menyebabkan mereka bertanggapan

kurang baik terhadap kaum Cina dan India yang selama ini dianggap sebagai imigran

yang ingin merampas tanah mereka.

Kaum 1938 1947

Eropah dan Serani 944 2954

Melayu 2540 11 233

Cina 7169 37 355

Page 12: Hubungan Etnik Essay 1

India 4507 18 917

Lain-lain 235 1409

Jumlah 15 395 71 868

Jadual 4: Bilangan murid Sekolah-sekolah Inggeris Negeri-negeri Melayu – Mengikut

kaum (Sumber: Cheah Book Kheng, Abu Talib Ahmad, (1990), Kolonialisme di Malaysia

dan Negara-negara Lain, Selangor: Peter Chong Printers Sdn. Bhd.)

2.4 Dasar Sosial

Akibat daripada pengenalan pertanian eksport yang memerlukan tenaga kerja,

maka ramai orang Cina dan India yang diambil dari luar untuk dijadikan sebagai buruh

di lombong bijih dan ladang getah yang banyak dibuka di Tanah Melayu. Buruh asing

yang dibawa masuk oleh pihak Inggeris telah menambahkan jumlah penduduk di Tanah

Melayu pada awal abad ke-20. Kesan kemasukan tenaga buruh ini telah mengurangkan

peratusan penduduk Melayu di Tanah Melayu dari 52 peratus (tahun 1871) ke 41

peratus (tahun 1891) dan seterusnya 25 peratus (tahun 1931) (Sumber: Zulhilmi Paidi,

Rohani Abdul Ghani, (2003), Pendidikan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Percetakan

Cergas (M) Sdn. Bhd.)

Pihak Inggeris telah menempatkan tiga kaum utama di Tanah melayu pada

masa itu mengikut kelas masing-masing di mana orang Cina di kawasan bandar untuk

menguruskan bidang perniagaan, orang India di ladang getah dan orang Melayu

(masyarakat setempat) di kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian kecil-

kecilan.

Jumlah

Penduduk

Peratus (%)

Tahun Cina India Melayu Lain-lain

1911 608,000 65.0 12.9 17.8 4.3

1921 921,000 66.6 13.8 16.0 3.6

1931 1,284,00 65.4 14.8 15.9 3.9

Page 13: Hubungan Etnik Essay 1

1947 2,054,000 68.3 11.4 17.4 2.9

Jadual 6 : Komposisi kaum penduduk bandar semenanjung Tanah Melayu (termasuk

Singapura) 1911-1947 (Sumber: Mardiana Nordin, Hasnah Husiin, (2011), Malaysian

Studies, Selangor: KHL Printing Co Sdn. Bhd.)

Tujuan utama pihak Inggeris menjauhkan jurang di antara ketiga-tiga kaum ini

adalah supaya mereka tidak dapat bersatu dan dengan itu jajahan pihak Inggeris akan

lebih kukuh. Penempatan tempat tinggal setiap kaum mengikut kelas masing-masing

telah memperlihatkan niat pihak Inggeris untuk terus mengekalkan ekonomi dan taraf

hidup orang Melayu di tahap yang rendah dan seterusnya berlaku ketidakseimbangan

dari segi sosio-ekonomi. Disebabkan itulah, tidak ada persefahaman di antara kaum

Melayu, Cina dan India kerana masing-masing hanya berada di kawasan mereka tanpa

mempunyai sebarang hubungan dengan kaum lain. Cara hidup berkelompok yang

diperkenalkan melalui dasar Pecah dan Perintah ini berlanjutan sehingga menyebabkan

masyarakat di Tanah Melayu saling menyimpan perasaan tidak puas hati antara satu

sama lain sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Tahun 1931 1947 1957

Negeri Melayu Cina India Melayu Cina India Melayu Cina IndiaPenang 115,721 176,518 58,020 136,163 247,411 57,356 165,081 327,287 69,031

Melaka 92,038 65,179 23,238 120,334 96,144 19,718 143,252 120,690 23,248

Perak 208,159 325,527 159,152 360,631 444,509 140,755 484,878 539,368 178,480

Selangor 64,436 241,351 155,924 187,334 362,755 147,149 291,393 488,634 201,047

N. Sembilan 80,109 92,371 50,100 110,560 114,411 39,053 151,426 149,911 54,428

Pahang 90,914 52,291 14,820 135,772 97,329 12,744 179,133 108,140 21,832

Johor 113,247 215,076 51,038 323,682 354,788 55,618 444,907 392,425 71,002

Kedah 279,897 78,415 50,824 377,075 115,928 51,471 475,747 143,833 66,986

Kelantan 327,097 17,612 6,752 412,918 22,938 4,982 463,292 28,816 5,642

Terengganu 163,955 13,254 1,371 207,874 15,864 1,761 256,349 18,069 2,742

Perlis 39,716 6,500 966 55,185 11,788 1,684 71,268 15,763 1,547

Page 14: Hubungan Etnik Essay 1

Jumlah

(Peratus)

1,601,009¹

(46.26%)

1,286,777¹

(37.18%)

572,582¹

(16.54%)

2,427,853¹

(50.08%)

1,884,647¹

(38.87%)

535,092¹

(11.03%)

2,726,726¹

(47.37%)

2,332,936¹

(40.53%)

696,165¹

(12.09%)

Jumlah

keseluruhan

3,460,368¹ 4,847,592¹ 5,755,827¹

¹ Termasuk jumlah bilangan penduduk dari lain-lain bangsa/ kaum.

Jadual 7 : Taburan penduduk mengikut kaum, tahun 1931, 1947 dan 1957. (Sumber:

Sidang Pengarang ILBS, ( ), Malaysia Kita, Kuala Lumpur: International Law Book

Services)

1931 1947 19570%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

MelayuCinaIndia

Tahun

Jum

lah

Pera

tusa

n M

engi

kut K

aum

di

Tana

h M

elay

u

2.2 Dasar pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Selain daripada jajahan pihak Inggeris, kesan pendudukan Jepun di Tanah

Melayu juga menyumbang kepada berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Jepun telah

menduduki Tanah Melayu selama 3 tahun 8 bulan iaitu bermula dari 15 Februari 1942

hingga 15 Ogos 1945. Jepun menduduki Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan

keperluan perindustrian dan juga ketenteraan. Bagi membebaskan Tanah Melayu

daripada kuasa British, propaganda “Asia untuk orang Asia” telah digunakan bagi

meningkatkan kesedaran dan juga semangat nasionalisme masyarakat Tanah Melayu.

Jepun telah melancarkan dasarnya yang tersendiri semasa menduduki Tanah Melayu

Page 15: Hubungan Etnik Essay 1

tidak kira sama ada dari aspek politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial, namun

ketegangan hubungan di antara kaum semasa tragedi 13 Mei 1969 banyak dipengaruhi

dari sudut sosial kesan daripada dasar yang diguna oleh Jepun.

2.2.1 Dasar ekonomi

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menukarkan sistem ekonomi bebas

kepada sistem ekonomi kawalan dan seterusnya menyebabkan perdagangan dengan

dunia luar tersekat. Ini kerana Jepun tidak menginginkan urusan perdagangan dengan

pihak luar dan hanya ingin menguasai ekonomi Tanah Melayu sepenuhnya. Jepun

pada dasarnya hanya ingin memonopoli sumber alam Tanah Melayu untuk kepentingan

negaranya sendiri seperti galian besi dan bauksit untuk senjata perang dan kegunaan

industri. Namun, hasrat Jepun tidak tercapai kerana perang yang berlanjutan dan

menghadapi sekatan ekonomi Barat. Selain itu, semasa pengunduran pihak Inggeris,

banyak jalan perhubungan darat yang dimusnahkan melalui dasar bumi hangus. Oleh

itu, taraf hidup masyarakat setempat merosot kerana hubungan dengan pasaran

antarabangsa disekat.

Pada tahun 1943, Jepun telah memperkenalkan catuan beras kerana

pengeluaran barangan makanan yang tidak mencukupi. Oleh itu, masyarakat setempat

perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan

beras di mana setiap bulan satu keluarga hanya boleh mendapatkan dua gantang

beras. Justeru, pihak Jepun telah mengambil tindakan dengan memperkenalkan

rancangan ekonomi pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan beras. Rancangan

ekonomi pertanian yang diperkenalkan adalah rancangan tiga tahun sara diri dan juga

padi dari Taiwan yang mampu membantu dalam penanaman padi dua kali setahun.

Masyarakat setempat terpaksa bercucuk tanam seperti ubi kayu, keledek dan keladi

untuk mengatasi kekurangan makanan.

Page 16: Hubungan Etnik Essay 1

Bagi menambah penggunaan wang baharu, pihak Jepun telah mencetak mata

wang Jepun iaitu Wang Pokok Pisang. Namun, inflasi telah berlaku kerana pihak Jepun

telah mencetak Wang Pokok Pisang tanpa kawalan. Wang sejumlah 65 juta telah

diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta keping wang kertas telah diedarkan

sehingga Februari 1943. Inflasi berlaku kerana barang keperluan utama yang kurang,

harga barangan yang semakin meningkat justeru tidak seimbang dengan pengeluaran

peredaran wang kertas dalam jumlah yang besar dan tidak terkawal.

Contoh Wang Pokok Pisang yang dikeluarkan oleh Jepun.

2.2.2 Dasar Politik

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu corak pentadbiran tentera

yang bercorakkan militer (ketenteraan) telah diperkenalkan dengan pengawasan

seorang Jeneral. Pentadbiran Tanah Melayu pada masa itu telah dibahagikan kepada

dua iaitu Negeri-negeri Selat di mana ianya di bawah pemerintahan seorang Gabenor

manakala ibu pejabatnya pula terletak di Singapura. Singapura pada masa itu pula

telah ditukarkan nama kepada Syonan (cahaya Selatan) dan pemerintahan seorang

Presiden atau Gunseikan di Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, Jepun juga telah

memberi semula kuasa yang diambil alih oleh Inggeris kepada Sultan di Negeri-negeri

Melayu. Namun, pengembalian kuasa tersebut hanya mengehadkan sultan sebagai

ketua negeri dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua agama Islam

dalam negeri masing-masing. Namun, tujuan pihak Jepun mengembalikan kuasa

Page 17: Hubungan Etnik Essay 1

kepada sultan hanya untuk mendapat sokongan daripada kaum Melayu dengan

harapan Jepun mendapat ganjaran di sebalik pengembalian kuasa tersebut.

Dasar politik Jepun di Tanah Melayu sebenanya ingin mengekalkan Tanah

Melayu sebagai tanah jajahan. Pemimpin-pemimpin nasionalis yang telah ditahan oleh

pihak Inggeris telah dibebaskan seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Hj. Muhammad.

Justeru, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan semula oleh pihak Jepun dan

melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin. KMM telah berbertindak secara sulit untuk

meningkatkan lagi fahaman anti-Inggeris dalam kalangan kaum Melayu. Namun, dalam

diam KMM sebenarnya juga bersikap anti-Jepun. KMM telah dibubarkan oleh pihak

Jepun kerana telah mengesan unsur anti-Jepun dalam KMM dan seterusnya

menubuhkan Pembela Tanahair (PETA) di mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada

kaum Melayu serta diberikan latihan ketenteraan.

2.2.3 Dasar Pendidikan

Pihak Jepun pada dasarnya tidak mengubah sistem pendidikan di Tanah Melayu

tetapi hanya menambahkan beberapa unsur. Pihak Jepun meneruskan sistem sekolah

Melayu dan sekolah vernakular India yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris tetapi

ditambahkan lagi unsur Jepun ke dalamnya seperti bahasa Jepun dan pendidikan yang

berorientasikan Jepun. Namun, bagi sekolah-sekolah Cina dan Inggeris, pihak Jepun

telah menggantikan sekolah-sekolah tersebut dengan sekolah Nippon-Go. Di dalam

pengajaran sekolah Nippon-Go, nyanyian lagu rakyat Jepun dan cara hidup masyarakat

Jepun diterapkan di dalam sistem pembelajaran bagi pendidikan sekolah rendah.

Banyak sekolah yang ditutup pada masa itu seperti sekolah menengah yang ditutup

dan digantikan dengan sekolah maktab dan sekolah teknik.

Infrastruktur sekolah di bahagian bandar pula telah dijadikan sebagai tempat

penyimpanan, pusat perniagaan dan ibu pejabat bagi pentadbiran pihak Jepun. Pihak

Page 18: Hubungan Etnik Essay 1

Jepun telah menjalankan pelbagai langkah untuk mengukuhkan pendidikan Jepun di

tanah Melayu. Guru-guru telah diberikan latihan untuk mengajar bahasa Jepun supaya

mereka dapat mengajar bahasa Jepun. Selain itu, pihak Jepun juga telah mengadakan

kelas-kelas Jepun untuk orang-orang dewasa. Surat khabar pada masa itu juga telah

dimasukkan sudut khas untuk pengajaran Bahasa Jepun. Dapat dilihat tindakan Jepun

terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu yang banyak menerapkan unsur Jepun

tidak pernah bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat tetapi lebih kepada

penerapan bahasa dan gaya hidup masyarakat Jepun.

2.2.4 Dasar Sosial

Semasa pendudukan Jepun, kehidupan masyarakat setempat adalah susah dan

kesihatan mereka juga merosot. Ramai yang terpaksa berpindah randah kerana

kehilangan tempat tinggal. Selain itu, tahap pendidikan juga merosot dan seterusnya

menyebabkan banyak sekolah yang ditutup. Masyarakat Cina mendapat kesan yang

hebat sekali kerana sikap anti Jepun mereka. Justeru, Jepun telah mengamalkan dasar

Sook Ching iaitu pembersihan etnik. Tujuan utama Jepun melaksanakan dasar pro-

Melayu adalah supaya mendapat sokongan dan kerjasama daripada kaum Melayu dan

secara tidak langsung menghalang kaum Melayu daripada bekerjasama dengan kaum

Cina untuk menentang pihak Jepun.

Jepun telah memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum semasa

pendudukannya di Tanah Melayu. Kaum Cina mendapat layanan yang terburuk semasa

pendudukan Jepun berbanding dengan kaum Melayu dan India yang mendapat layanan

istimewa dari pihak Jepun. Layanan buruk terhadap kaum Cina di Tanah Melayu adalah

kerana Jepun masih lagi dibayangi peperangan dengan Negara China. Perang China-

Jepun pada tahun 1937 menyebabkan kedua-dua negara ini saling membenci antara

satu sama lain. Pihak Jepun mengambil kesempatan ini untuk memberi layanan yang

kejam dan tanpa belas kasihan terhadap kaum Cina. Justeru, ketidakpuashatian

Page 19: Hubungan Etnik Essay 1

terhadap kaum Cina di Tanah Melayu amat jelas kelihatan dilakukan oleh pihak Jepun

hasil daripada peperangan yang masih lagi terpahat dalam minda mereka.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun banyak melihat

kepentingan setiap kaum kepadanya dan melancarkan dasar pendudukan yang

berbeza mengikut kaum di Tanah Melayu. Kaum Melayu mendapat layanan istimewa

kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan daripada kaum Melayu yang mempunyai

hak ke atas Tanah Melayu. Seterusnya kaum India pula digalakkan untuk berpolitik dan

mendorong mereka dalam menubuhkan Liga Kemerdekaan India. Jepun membantu

kaum India adalah kerana ingin mempergunakan mereka untuk menentang pihak

Inggeris. Namun, bagi kaum Cina pula, mereka berasa tidak puas hati kerana kaum

Melayu dan India diberikan keistimewaan sedangkan mereka (kaum Cina) tidak diberi

peluang untuk mendapat sebarang jawatan semasa pendudukan Jepun.

Kaum Cina sememangnya mendapat layanan yang buruk sepanjang

pendudukan Jepun di Tanah Melayu kesan daripada dendam yang disimpan oleh pihak

Jepun. Selepas kekalahan pihak Inggeris, orang Cina dibunuh oleh tentera Jepun sama

ada mereka bersalah ataupun tidak. Tambahan pula tentera Jepun kebanyakkannya

berada di kawasan bandar dan secara kebetulan pula kaum Cina merupakan penduduk

di kawasan bandar. Oleh kerana itu, kaum Cina terpaksa melarikan diri ke pinggir hutan

kerana gagal mendapatkan pekerjaan dan untuk mengelak daripada kekejaman yang

dilakukan oleh tentera Jepun. Justeru, apabila kaum Cina mula membuka kawasan-

kawasan baru, maka berlakulah pertembungan budaya dengan kaum Melayu yang

berada di kawasan kampung. Pada masa itu juga ramai di antara kaum Cina telah

menganggotai Malaysia People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan berkerjasama

dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila tentera Jepun yang pada masa

itu kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu menyerang MPAJA, maka bertambahlah

ketegangan dan juga perselisihan di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Perasaan

Page 20: Hubungan Etnik Essay 1

benci di antara satu sama lain juga bertambah kerana kaum Cina berpendapat kaum

Melayu bekerjasama dengan Jepun untuk menentang mereka.