esei reflektif tugasan pengalaman berdasarkan sekolah

16
Esei Reflektif Tugasan Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) 1. Konsep Fitrah Manusia Manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi yang baik boleh diibaratkan sebagai kain putih. Menurut Roger (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik. Oleh itu, setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri di samping bebas untuk mengawal dan mengembangkan diri. Manusia mempunyai kualiti yang membezakannya daripada binatang, terutama sekali dari segi kehendak dan kemahuannya untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Mengikut Kamus Dewan (1998), perkataan fitrah berasal daripada Bahasa Arab yang membawa erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan. As Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah. Ini bererti fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Fitrah juga bererti suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal. Maka, fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan. Sifat semula jadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia untuk mencapai kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya. 1.1 Fitrah Kejadian Manusia dan kaitannya dengan potensi Fitrah kejadian manusia mempunyai kaitan dengan potensi. Setiap individu dilahirkan berpotensi untuk berjaya ataupun gagal. Ini terpulang kepada faktor-faktor yang mempengaruhi potensi individu itu. Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan. Menurut Kamus Dewan (1989), istilah potensi membawa maksud kemampuan mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju. Justeru itu, potensi seseorang individu berkembang sejak manusia itu dilahirkan. Persekitaran keluarga dan masyarakat turut menyumbang kepada perkembangan potensi seseorang individu. Ini bererti potensi berkaitan dengan fungsi hidup

Upload: eunice-liu

Post on 14-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Reflektif

TRANSCRIPT

Esei Reflektif Tugasan Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS)1. Konsep Fitrah ManusiaManusia dilahirkan dengan sifat semula jadi yang baik boleh diibaratkan sebagai kain putih. Menurut Roger (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik. Oleh itu, setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri di samping bebas untuk mengawal dan mengembangkan diri. Manusia mempunyai kualiti yang membezakannya daripada binatang, terutama sekali dari segi kehendak dan kemahuannya untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Mengikut Kamus Dewan (1998), perkataan fitrah berasal daripada Bahasa Arab yang membawa erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan. As Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah. Ini bererti fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Fitrah juga bererti suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal. Maka, fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan. Sifat semula jadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia untuk mencapai kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.1.1Fitrah Kejadian Manusia dan kaitannya dengan potensiFitrah kejadian manusia mempunyai kaitan dengan potensi. Setiap individu dilahirkan berpotensi untuk berjaya ataupun gagal. Ini terpulang kepada faktor-faktor yang mempengaruhi potensi individu itu. Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan. Menurut Kamus Dewan (1989), istilah potensi membawa maksud kemampuan mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju. Justeru itu, potensi seseorang individu berkembang sejak manusia itu dilahirkan. Persekitaran keluarga dan masyarakat turut menyumbang kepada perkembangan potensi seseorang individu. Ini bererti potensi berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di muka bumi ini dan ia juga merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan dengan itu, manusia perlu mengoptimumkan potensi yang ada dalam dirinya dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Tuhan agar manusia memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Potensi manusia boleh dihuraikan berdasarkan lima aspek iaitu perkembangan intelek, perkembangan rohani, perkembangan sosial, perkembangan emosi dan perkembangan jasmani. Potensi intelek individu boleh dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta dan kebolehan menaakul. Dalam aspek perkembangan rohani, ia merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu. Individu yang mempunyai pegangan agama, nilai, dan moral yang baik akan membentuk tenaga penggerak dalam jiwa dan perasaan dalaman yang akan melahirkan perilaku manusia yang baik. Aspek perkembangan sosial merujuk kepada hubungan individu dengan orang lain. Ini bermakna budi pekerti yang baik dan tingkah laku yang sopan membolehkan individu tersebut diterima oleh orang lain. Ini akan meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan individu lain dalam masyarakat sekitarnya. Perkembangan emosi individu dilihat sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan ini, manusia berkeupayaan untuk mencapai kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Perkembangan jasmani pula merujuk kepada kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk kemahiran psikomotor dalam aktiviti permainan dan bersukan. 1.2Fitrah Kejadian Manusia dari perspektif agama Fitrah kejadian manusia ditinjau daripada dua perspektif. Salah satunya ialah dari perspektif agama. Manusia adalah sebaik-baik yang dicipta oleh Tuhan di muka bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan, membezakan kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini. Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran. Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi manusia untuk hidup bersama dan bersosial. Menurut Ragib Al Isfahami (dalam Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptanya. Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971) yang mengatakan, setiap insan wajib mengenali Allah swt yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Al-Ghazaili turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad. Ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut fitrah kejadiannya, iaitu kehidupan beragama dan manusia sebagai khalifah Allah.1.3Fitrah Kejadian Manusia dari Perspektif BiologiMerujuk dari perspektif biologi, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikkan tersendiri, anugerah yang tidak ternilai daripada Pencipta-Nya. Keunikkan manusia meliputi seluruh bidang kehidupan, iaitu dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya dan sebagainya. Ini bermakna manusia berkemampuan untuk menyumbangkan potensi yang ada dalam diri mereka ke tahap yang maksima. Fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti naka dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang. Ini sekaligus membawa kepada pembentukan personaliti dan tingkah laku seseorang. Fitrah kejadian manusia adalah berbeza. Ini merujuk kepada ketidaksamaan yang dimiliki oelh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek mental, iaitu tahap kecerdasan seseorang; fizikal, seperti warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya; dan emosi, iaitu temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran. Persekitaran juga menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia dari aspek-aspek latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, serta guru dan sekolah. Dari aspek later belakang keluarga, ia merupakan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan magasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi membantu perkembangan tumbesan yang sempurna. Ini termasuk suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta makanan yang berzat dan seimbang. Dari aspek pengaruh rakan sebaya, ia turut menyumbang kepada perkembangan intelek dan potensi diri individu. Ini kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan dapat membantu membentuk keperibadian positif. Aspek kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ia turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat, anggotanya menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, kuat agama dan mempunyai pegangan nilai kerohanian yang tinggi. Sumber teknologi turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ia merujuk kepada maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan seperti surat khabar, majalah,televisyen, radio dan internet. Selain itu, guru dan sekolah turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ini kerana guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.1.4Implikasi Fitrah Kejadian Manusia dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai peluanguntuk memperkembangkan segala potensi yang ada dalam diri seseorangindividu atau pelajar. Persekitaran pembelajaran yang berkesan akanmempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balasdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan dalammembantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifatyang ada dalam diri kanak-kanak seperti ingin tahu, keterbukaan, daya ciptadan kebolehan menyelesaikan masalah perlulah ditingkatkan kerana ia dapatmembantu kanak-kanak menyedari kebolehan dan potensi diri sendiri.Dengan mengetahui dan memahami fitrah kejadian manusia, ia dapatmembantu guru menyediakan pelbagai aktiiviti kognitif (perkembangan) yangdapat mengilap potensi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak yang dilahirkandengan mempunyai sifat dan fitrah keterbukaan akan menyebabkan murid-murid mudah menerima segala bentuk idea dan pengajaran yangdisampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, fitrah ini sendiri akan membantumurid memperbaiki diri. Contohnya, pengajaran dan pembelajaran dalammenyelesaikan masalah matematik Tahun Satu yang mengandungikemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensipelajar untuk berfikir secara logik.Selain itu, guru akan dapat mengembangkan potensi dari segi bakat danemosi melalui aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini juga hasil daripada konsepkefahaman tentang fitrah kejadian manusia. Khususnya kanak-kanak. Inikerana, setiap kanak-kanak mempuyai fitrah dan bakat yang agak istimewadan membezakan diantara satu denan yang lain. Atau mudah difahamisebagai serupa tapi tak sama. Pelajar juga mempunyai sahsiah yang berbezaiaitu dari segi kepintaran komunikasi dan kecekapan menjalankan aktiviti.Misalnya, sifat tolak ansur dan tolong menolongdapat dipupuk menerusiaktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara berkumpulan. Di samping itu, ia turut membantu murid untuk meningkatkan keyakinan seterusnya melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin.Pemahaman terhadap fitrah kejadian manusia juga akan dapat membantuguru menyediakan bahan mengajar dan set induksi untuk mengwujudkan satuproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan tahapkecerdasan pelajar serta minat dan naluri pelajar di dalam kelas, suasanapembelajaran akan lebih mudah untuk dirancang. Guru perlu berusahameransang pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran denganlebih ceria dan kondusif. Contohnya, guru boleh menyediakan P&P dalambentuk reakreasi dan permainan untuk menarik minat murid-murid. Ini kerana,fitrah kejadian manusiayang suka akan hiburan, kebebasan dankeseronokan.Sebagai seorang guru, kita mestilah berjaya meningkatkan semangat kendiridan motivasi kepada pelajar. Ini berdasarkan sikap kesediaan dankesungguhan murid yag akan membawa murid melaksanakan tugas ataumenjawab soalan. Fitrah ingin tahu yang wujud dalam jiwa merekamembuatkan mereka sentiasa akan ingin meneroka sesuatu.untukmeningkatkan motivasi pelajar, guru haruslah tidak membesarkan kelemahanyang terdapat pada murid. Setiap komitmen yang diberi oleh murid haruslahdihargai kerana ia mampu meransang mereka untuk terus belajar danberusaha.Kepentingan fitrah kejadian manusia yang seterusnya ialah dapat membantuguru membimbing dan memperkembangkan potensi Jasmani mereka. Aspekjasmani yang dibekalkan dalam diri kanak-kanak telah melahirkan satuaspirasi di sekolah yang menekankan kepada kecemerlangan sukan. Inibermakna murid-murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotordalam diri mereka dan memperkembangkan lagi keupayaan dalam dirimereka. Misalnya dalam permainan tennis atau badminton. Murid-murid akanberupaya untuk melakukan servis, memulangkan bola dengan tepat danmengawal permainan di gelangang.Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi-potensi murid-murid adalahberbeza antara satu sama lain. Guru yang peka terhadap perbezaanpotensi yang ada dalam diri murid membolehkan murid-murid berkembangmencapai kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikanmemainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia, jikapendidikan yang diterima berkesan, maka potensi manusia akan terusmeningkat dan berkembang. Oleh itu, program pendidikan perlulah dirancangdengan teliti dan berkesan untuk menghasilkan masyarakat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.2. Konsep Asas Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakan orang menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya, makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan.2.1Konsep PerkembanganPerkembangan merupakan proses yang berterusan dari lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Ia berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban). 2.2Definisi Perkembangan Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Menurut Crow & Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl G. Garrison, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S Wright & Ann Taylor mentafsirkan perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat. Atan Long menyatakan perkembangan merupakan perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayatorganisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organismake peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Menurut Charls Darwin (pengasas teori evolusi), jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama. Merujuk kepada Beltes, Reese & Nesselroade (1977), perkembangan bermaksud dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mohd Nazar (1990) pula menjelaskan perkembangan merupakan perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.2.3Ciri-ciri PerkembanganPerkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.2.4Konsep PertumbuhanPertumbuhan boleh diertikan sebagai perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Pertumbuhan melibatkan perubahan dari segi kuantiti yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Perubahan kuantitatif tersebut, misalnya, perubahan berat badan, tinggi dan luas bidang badan. Pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan. Dalam hidup seseorang individu terdapat perubahan yang progresif pada struktur tulang otot, saraf dan kelenjar. Tiap-tiap organisma mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan.Daripada faktor-faktor di atas dapat dinyatakan pertumbuhan dipengaruhi oleh faktor dalaman individu seperti baka dan keturunan dan faktor luaran seperti pemahaman serta kemudahan perubatan dan kesihatan. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti serta kualiti boleh melambatkan proses kematangan.Kekurangan pemakanan boleh mengganggu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral, dan protien. Faktor pewarisan atau baka boleh juga mempengaruhi pertumbuhan. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tinggi mungkin menjadi tinggi atau melebihi ketinggian ibu bapa mereka.2.5Definisi PertumbuhanMenurut Karl E. Garrison, perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long mendefinisikan pertumbuhan ialah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. Merujuk kepada D.S Wright dan Ann Taylor, pertumbuhan merupakan pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).2.6Ciri-ciri PertumbuhanPertumbuhan merupakan suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu berterusan dan berkuanliti. Ia boleh diukur dan diperhatikan dengan jelas. Ia juga merupakan suatu proses yang lengkap dan sempurna. Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas. Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses kematangan yang dialami.Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman. Struktur mendahului fungsi: struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan. 2.7Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembanganKita boleh melihat perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek mental, jasmani, sosial dan emosi. Dari aspek mental, proses pertumbuhan merangkumi pertambahan pertumbuhan fizikal otak. Hal ini membolehkan keupayaan memikirkan tentang banyak perkara. Manakala proses perkembangan melibatkan perkembangan kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan dan ingatan. Individu boleh membuat pertimbangan dan logik. Dari aspek jasmani pula, proses pertumbuhan melibatkan ketinggian, saiz serta berat badan, pertambahan bilangan gigi dan tulang semakin kukuh. Dalam proses perkembangan, kemahiran menggunakan anggota seperti berjalan, berlari dan melompat bertambah. Di samping itu, individu boleh melakukan aktiviti dengan cekap. Individu dalam proses pertumbuhan dari aspek sosial mula berinteraksi dengan ahli bukan keluarga seperti jiran, rakan serta guru. Manakala, individu menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan, kepentingan disiplin, kumpulan serta penyesuai dengan rakan sebaya dalam proses perkembangan. Dari aspek emosi, perasaan suka, sedih, marah, saying dan sebagainya timbul dalam proses pertumbuhan malahan keupayaan menguasai dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu tumbuh dalam proses perkembangan.

3. Prinsip-prinsip Asas Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada peringkat sudah lahir iaitu arah kepala ke kaki (cephalocaudal) dan arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya. Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.Susunannya adalah serupa bagi semua ahli, iaitu ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya, duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Ia berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. Selain itu, ia juga berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dankematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputiperubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif; dan memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.4. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. 4.1BakaBaka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.4.2PersekitaranMenurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti pemakanan. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit. Kesihatan ibu juga merupakan faktornya. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta. Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental. Emosi Ibu juga merupakan salah satu faktornya. Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang daripada pelbagai penyakit.Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan.Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaranakan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun1988.Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan.Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.Faktor persekitaran yang lain ialah persekitaran dunia. Oleh sebab berita peperangan, banjir, nahas, tanah runtuh dan lain-lain mudah tersebar keseluruhan dunia, telah timbul kesedaran kita untuk mewujudkan keamanan di seluruh dunia. Hasil kesedaran ini, individu dan rakan sebayanya berusaha mengutip derma untuk mangsa perang Bosnia dan Afghanistan, bantuan untuk mangsa banjir dan lain-lain. Ini bermakna nilai moral individu telah beralih ke tahap beralih ke tahap yang lebih tinggi dalam skala penaakulan moral Kohlberg.