esei kumpulan edu

17
TUGASAN 1 : ESEI KUMPULAN 1

Upload: mohd-shafiq

Post on 29-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Kumpulan Edu

TUGASAN 1 :

ESEI KUMPULAN

1

Page 2: Esei Kumpulan Edu

PENGENALAN

2

Page 3: Esei Kumpulan Edu

3

Page 4: Esei Kumpulan Edu

ESEI

4

Page 5: Esei Kumpulan Edu

Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik

darjah tadi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di luar bilik

darjah juga boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid sekolah

kebangsaan agama ini.

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) ini telah diperkenalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi

lebih bermakna dan lebih berbentuk konteksual. Perkara ini selaras dengan saranan

UNESCO supaya mengamalkan ‘Four Pillars of Education : Learning to Know,

Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be’. Bagi memastikan

PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)

telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005)

bagi membantu guru menjalankan PLBD.

Menurut Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005),

Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik

darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan

untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Aktiviti ini juga

merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Aktiviti ini juga merupakan

antara kaedah yang efektif untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada murid-murid

kerana pembelajran luar bilik darjah memberi fokus mengenai perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek.

Antara aktiviti pembelajaran luar bilik darjah yang boleh memupuk semangat

perpaduan dalam jiwa anak-anak murid ialah program anak angkat. Program anak

angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi

kebaikan pelajar. Program ini berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang

tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain, menuju ke arah

perpaduan. Pihak sekolah boleh menjalankan program anak angkat ini misalnya di

kampung-kampung terdekat atau di mana-mana tempat yang sesuai agar seseorang

pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan masyarakat sesuatu

tempat tersebut. Dengan ini akan wujud persefahaman dan perpaduan di antara

pelajar dan penduduk sesuatu tempat tersebut. Aktiviti ini juga akan membantu

5

Page 6: Esei Kumpulan Edu

menjurus kepada tercapainya integrasi nasional dan memupuk semangat perpaduan

dalam jiwa murid-murid sekolah.

Guru boleh memilih mana-mana tempat yang sesuai bagi murid-murid untuk

menjalankan program anak angkat ini. Misalnya di kampung-kampung yang terdekat

ataupun felda tetapi faktor yang penting untuk memilih tempat ialah tempat tersebut

mesti mempunyai penduduk yang berlatar belakangkan pelbagai kaum. Guru juga

boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk

diserahkan kepada setiap keluarga angkat mengikut jumlah keluarga angkat yang

sudi menyertai program tersebut. Jika terdapat ramai keluarga angkat yang sudi

menawarkan diri untuk menyertai program anak angkat, guru boleh menyerahkan

satu murid ke setiap keluarga angkat.

Pemilihan keluarga angkat perlu dilakukan secara teliti dan terperinci agar

murid-murid mendapat keluarga angkat yang berlainan kaum. Hal ini akan

membantu murid-murid mengenali lebih mendalam tentang adat resam, budaya,

pantang larang dan kepercayaan yang diamalkan oleh keluarga dan kaum tersebut.

Misalnya, dalam sekolah agama, murid-muridnya terdiri daripada satu kaum, iaitu

kaum Melayu. Jadi, bagi mendedahkan kepada mereka lebih tentang kaum lain

serta memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka, murid-murid tersebut perlu

ditempatkan dalam keluarga angkat yang berlainan kaum. Sebagai contoh, murid-

murid Melayu yang dibahagikan kepada dua atau tiga dalam satu kumpulan kecil,

boleh bertinggal sama-sama dengan keluarga kaum Cina ataupun keluarga kaum

India. Murid-murid ini akan bergaul dengan anak-anak dan ahli dalam keluarga

angkat dan secara tidak langsung akan mejadi rapat.

Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan lebih memahami tentang

bagaimana keluarga tersebut atau kaum tersebut menjalankan kehidupan seharian

dan perkara-perkara yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Misalnya, cara

pemakanan kaum lain. Kaum India akan menggunakan tangan semasa makan,

sama seperti kaum Melayu manakala kaum Cina pula akan menggunakan menyepit

untuk makan. Selain itu, murid-murid juga boleh mengenali tradisi pemakanan yang

diamalkan oleh kaum lain seperti jenis makanan yang dimakan atau dimasak dan

pantang larang dalam pemakanan.

6

Page 7: Esei Kumpulan Edu

Sebagai contoh, kaum India tidak dibenarkan makan daging dan kaum Melayu

tidak dibenarkan makan daging babi tetapi boleh makan daging manakala kaum

Cina pula akan makan daging babi. Apabila kaum-kaum lain ini tinggal bersama,

mereka akan mengamalkan perkara-perkara yang umum tanpa mengabaikan

pantang larang kaum masing-masing. Jadi, apabila ketiga-tiga kaum bertinggal di

bawah satu bumbung yang sama mereka akan saling memahami antara satu sama

lain. Hal ini akan membentukkan satu semangat kejiranan dan akan meningkatkan

lagi semangat perpaduan.

Selain aspek pemakanan, cara pemakaian kaum lain juga boleh diketahui.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang tinggal bersama ini boleh berkongsi pakaian

tradisional kaum masing-masing. Kaum Melayu boleh berkongsi baju kurung, baju

kebaya dan baju melayu manakala kaum Cina boleh berkongsi cheongsam dan

samfoo dan kaum India pula boleh berkongsi saree, dhoti dan ‘pavadai’. Cara ini

juga membantu mewujudkan silaturahim antara ketiga-tiga kaum ini.

Program ini juga membuka ruang untuk mengenali perayaan-perayaan yang

disambutkan oleh kaum-kaum utama di Malaysia. Misalnya, kanak-kanak ini boleh

menyambut Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Raya menjelang perayaan

masing-masing dengan kawan-kawan kaum lain. Murid-murid ini juga boleh

mengunjungi keluarga-keluarga angkat menjelang perayaan tersebut. Keluarga

angkat juga boleh mengunjungi anak angkat mereka menjelang perayaan.

Menurut kata pemimpin Barisan Nasional (Bernama, 24 Disember 2009),

perayaan di negara ini telah menjadi alat berkesan dalam memupuk perpaduan,

persefahaman dan perasaan hormat menghormati dalam kalangan rakyat di bawah

gagasan 1Malaysia. Beliau juga bertambah bahawa keunikannya dalam perayaan

adalah rakyat akan mengenepikan sebarang perbezaan dan tinggal bersama

sebagai 1Malaysia. Selain itu, Datuk Rohani Karim, Timbalan Menteri Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sarawak berkata bahawa

dengan berkunjung ke rumah terbuka kaum lain kita dapat memahami, menghormati

agama, kebudayaan serta adat resam kaum terbabit dan sekali gus hubungan

sesame kaum dapat diperkukuhkan (Utusan Borneo, 12 Februari 2013). Beliau juga

memberitahu bahawa kerajaan amat menggalakkan budaya ini diteruskan dan

7

Page 8: Esei Kumpulan Edu

dikekalkan demi memperkukuhkan integrasi nasional kalangan rakyat berbilang

kaum di negara ini.

Jadi, boleh dikatakan bahawa program anak angkat adalah salah satu aktiviti

luar bilik darjah yang mampu boleh memupuk perpaduan antara kaum-kaum dalam

negara ini. Banyak kebaikan boleh diperolehi daripada program sebegini. Anggota

Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk Surady Kayong juga berpendapat

bahawa program anak angkat akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang

kepentingan pendidikan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan

mereka dengan manstarakat setempat. Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara Dan

Integrasi Nasional (JPNIN) juga telah menganjurkan satu program integrasi budaya

martabat bahasa 1 Malaysia dengan kerjasama IPG Kampus Keningau, Sabah, IPG

Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Jabatan Penerangan Daerah Bera dan KRT

Dato’ Sri Hamzah, Kemayan, Bera, Pahang. Salah satu aktiviti yang telah diadakan

dalam program tersebut adalah program keluarga angkat.

Tujuan utama program ini telah diadakan adalah untuk memupuk semangat

muhibah dan perpaduan dalam kalangan pelajar dan warga KRT yang terlibat,

memupuk jati diri warga Malaysia berasaskan budaya dan norma hidup masyarakat

timur yang sopan dan bertatasusila, memperkukuhkan integrasi nasional dan

mempertingkatkan lagi persefahaman serta semangat perpaduan antara masyarakat

Malaysia tanpa batasan atau sempadan geografi dan budaya. Jadi, terbuktinya

program anak angkat ini juga boleh meningkatkan hubungan perpaduan yang

menjadi nadi kelangsungan serta asas kepada pembentukan sebuah negara maju

sekali gus berdaya saing dalam pelbagai bidang dalam jiwa generasi muda ini yang

akan menjadi bakal pemimpin.

8

Page 9: Esei Kumpulan Edu

RUMUSAN

9

Page 10: Esei Kumpulan Edu

Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam

pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin

keamanan dan meningkatkan ekonomi, politik dan sosial negara. Langkah-langkah

proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya dapat

melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang teguh, bersatu

padu dan berdaya saing. Kepelbagaian budaya seharusnya tidak menimbulkan

masalah perkauman atau jurang kepada perpaduan dan integrasi nasional.

Sehubungan dengan itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu

melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi

rakyat seantero Malaysia diperlukan. Dalam konteks sekolah, guru-guru mempunyai

tanggungjawab yang besar dalam memupuk semangat perpaduan dalam jiwa anak-

anak murid. Guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-

menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dalam pengajaran serta boleh

menjadikannya sebagai rutin supaya murid-murid dapat mempraktikkan. Selain itu,

guru juga boleh memberi pendedahan melalui pengajaran tentang kaum-kaum di

Malaysia supaya murid-murid dapat mengenali mereka. Disebabkan murid-murid

meluangkan lebih banyak masa di sekolah, guru-guru perlu menjadi suri teladan

yang baik kepada anak-anak muridnya dengan mengamalkan perpaduan.

Sementelahan itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan program-program

atau aktiviti yang akan melibatkan pelbagai kaum. Hal ini secara tidak langsung akan

memupuk semangat kesatuan dalam jiwa murid-murid. Masyarakat setempat dan

ibu bapa pula perlu memberi sokongan dan dorongan kepada program-program

yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan boleh menyertai bersama-sama anak-anak

mereka. Hal ini akan memudahkan lagi usaha untuk membentukkan generasi muda

yang berjiwa bangsa 1Malaysia. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni

dalam jiwa anak-anak mereka supaya mereka dapat mengamalkan perpaduan. Hal

ini demikian, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

10

Page 11: Esei Kumpulan Edu

Sebagai intihanya, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung

kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia

sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata

pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan

kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak

langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara

yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang

berbilang kaum demi visi Wawasan 2020.

Tuntasnya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan

dalam negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran.

Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat

dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan

Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu

teguh, bercerai roboh”.

11

Page 12: Esei Kumpulan Edu

RUJUKAN

KUMPULAN

12

Page 13: Esei Kumpulan Edu

___________. (2009, Disember 24). Perayaan Dapat Pupuk Perpaduan Dan

Toleransi – Pemimpin BN. Bernama. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=464275

Ahmad Shahrul Nizam Muhammad. (2013, Februari 14). Perayaan Pupuk

Perpaduan. My Metro. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perayaanpupukperpaduan/Article/index_html

___________. (2013, Februari 12). Amalan Kunjung-mengunjung Memupuk

Semangat Perpaduan. Borneo Post Online. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.theborneopost.com/2013/02/12/amalan-kunjung-mengunjung-memupuk-semangat-perpaduan/

Rozzalin Hashim. (n.d.). Pembangunan Pesat Negara Bergantung Kepada Tahap

Perpaduan Rakyat : Surady. New Sabah Times. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/63516

__________. (2013). Program Integrasi Budaya Martabat Bahasa 1Malaysia. Portal

Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Diakses pada 3 Mac 2014 daripada http://www.jpnin.gov.my/arkib_bp_2013/-/asset_publisher/ue0Z/content/program-integrasi-budaya-martabat-bahasa-1-malaysia;jsessionid=0FD2F0617F8E8BFF1BAD861C9117ECF9?redirect=http%3A%2F%2Fwww.jpnin.gov.my%2Farkib_bp_2013%3Bjsessionid%3D0FD2F0617F8E8BFF1BAD861C9117ECF9%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ue0Z%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-5%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2

13