esei fpm

Upload: nuh321

Post on 07-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FPM

TRANSCRIPT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Latar BelakangKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang kini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu. Selain itu, turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.KSSR diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.Perkataan standard digunakan untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Tambahan pula, untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning), mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran, serta pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.PrinsipKurikulum kebangsaan sentiasa dikaji bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.Seiring dengan peredaran masa, KSSR diperkenalkan. Kurikulum ini digubal berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana berasaskan daripada prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu menekankan kepada pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid, dan pendidikan seumur hidup.Kurikulum KSSR ini tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu KSSR juga berpandukan kepada teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pada dasarnya PIPP ingin membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.Sebelum KSSR diperkenalkan, Kurikulum Sekolah Rendah mengalami beberapa transformasi kurikulum. Transformasi kurikulum ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Kurikulum untuk sekolah rendah diperkenalkan sejak tahun 1983 lagi iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kemudian ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 dan melalui proses semakan pada tahun 2003. Bidang PelajaranMelalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang menggantikan buku teks. Oleh sebab itu, guru-guru masih dalam proses persediaan dan dilatih untuk KSSR. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.KSSR menggariskan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam bidang pelajaran. Contoh standard kandungan dan standard pembelajaran adalah seperti yang berikut:Bahasa MalaysiaSTANDARD KANDUNGAN Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.STANDARD PEMBELAJARANMendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.Bahasa InggerisSTANDARD KANDUNGAN Able to express personal response to literary texts STANDARD PEMBELAJARANAble to respond to:1) Book covers2) Pictures in books3) Characters with guidanceMatematikSTANDARD KANDUNGAN Menama dan menentukan nilai nombor.STANDARD PEMBELAJARAN Menamakan nombor hingga 100:1) Membilang objek dalam kumpulan. 2) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. Strategi Pengajaran&Pembelajaran (P&P)STRATEGI PENGAJARAN

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.Dalam KSSR begitu menekankan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, serta pembelajaran luar bilik darjah. Selain itu, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai beberapa kelebihan yang tertentu. Antara kelebihan yang boleh dikenal pasti ialah membantu murid memahami kemampuan (kecerdasan) mereka sendiri dan kemampuan orang-orang di sekeliling mereka, memberi tunjuk ajar kepada murid tentang menggunakan sepenuhnya kekuatan (kecerdasan) dalam diri mereka dan membaiki kelemahan diri mereka. Seterusnya ialah membina keyakinan diri murid dan menyediakan kepada murid suatu pembelajaran yang sukar dilupakan dan dengan itu juga membantu murid untuk belajar dengan lebih baik.Tambahan pula, KSSR begitu menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini bermaksud, menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.KSSR juga menekankan kepada pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Objektif Kajian Masa Depan ialah supaya murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Di samping itu, berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. Seterusnya, mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan, membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.Di samping itu, KSSR juga menekankan kepada pembelajaran secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Seterusnya ialah dalam KSSR juga pembelajaran secara kontekstual ditekankan. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on. Begitu juga pembelajaran akses kendiri. Pembelajaran ini menggunakan kemudahan akses kendiri dan bahan-bahan yang mudah dikendalikan serta tanpa pengawasan secara langsung oleh guru.KSSR juga amat menekankan kepada Pembelajaran Masteri. Pembelajaran Masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Akhir sekali dalam kandungan strategi P&P, KSSR menekankan kepada belajar cara belajar. Pengertian Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Objektif Belajar Cara Belajar adalah untuk menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan-rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Selain itu, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Di samping itu, membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.Penekanan dalam KurikulumRealitinya, dalam perkembangan pendidikan yang memberi respon kepada keperluan masyarakat, kurikulum yang baru ini (KSSR), akan memberi penekanan kepada aspek bahasa dan komunikasi. Aspek pembinaan kognitif adalah lebih jelas dalam matematik dan sains. Oleh sebab itu. Kedua-dua subjek ini tidak diberi penekanan. Ini ditunjukkan dengan pengurangan waktu pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam seminggu, berbanding dalam pelaksanaan KBSR. Pelaksanaan ini telah pun diwartakan untuk tahap satu bermula 2011.Alasan yang diberikan adalah untuk meningkatkan aspek komunikasi murid (kecerdasan sosial) yang selama ini diabaikan dan diberi penekanan yang terlalu sedikit. Ketidakbolehan murid dalam menguasai 2M, (membaca dan menulis) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima terutama setelah melalui 11 tahun sistem persekolahan. Mata pelajaran lain juga berperanan dalam membina kognitif (daya pemikiran minda) murid, namun tidak bersaintifik dan bersistematik seperti pelajaran matematik dan sains yang melatih daya pemikiran minda..Kemahiran mengira iaitu yang ketiga dalam kurikulum KBSR secara praktikalnya tidak mengalami penambahbaikan. Jadi, suatu keputusan yang ironi apabila dalam KSSR, kemahiran mengira ini ditulis secara tersurat untuk menguatkan unsur 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan tambahan M yang keempat, iaitu menaakul. Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab-akibat. Dalam Taxonomy Bloom sekalipun, kemahiran menaakul berada dalam aras kesusahan sederhana. Kemahiran ini juga, dikategorikan dalam kebolehan menganalisis. Murid seharusnya mampu memahami proses mendapat sesuatu ilmu itu daripada menerima sesuatu ilmu itu dengan seadanya. Kemahiran ini juga penting dalam kehidupan seharian seperti untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita agar kita tidak mudah tertipu dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat.