esei eq (3)

1
Akhir sekali ialah kepimpinan berinspirasi. Kepimpinan berinspirasi ialah kemahiran untuk memimpin dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya. Dalam konteks keguruan, seorang pendidik harus mampu memimpin dan menjadi suri teladan kepada pelajar dan rakan sejawatnya. Bagi menjadi pemimpin yang disegani, guru dikehendaki mengikuti kursus-kursus kepimpinan seperti program kepimpinan yang dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan. Melalui program-program seperti ini, para guru dapat mengembangkan asas pengetahuan mereka serta melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran professional sejajar dengan tuntutan semasa. Guru juga akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan. Mereka akan disemai dengan nilai-nilai integriti, positif serta membina semangat kerja berpasukan dan kolaborasi. Secara keseluruhannya, kompetensi kecerdasan emosi amat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Tahap kecerdasan emosi dari aspek sosial yang tinggi dapat membantu melahirkan pendidik yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik serta bersedia menjunjung aspirasi negara. 1

Upload: nong-photiwong

Post on 26-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

eq

TRANSCRIPT

Akhir sekali ialah kepimpinan berinspirasi. Kepimpinan berinspirasi ialah kemahiran untuk memimpin dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya. Dalam konteks keguruan, seorang pendidik harus mampu memimpin dan menjadi suri teladan kepada pelajar dan rakan sejawatnya. Bagi menjadi pemimpin yang disegani, guru dikehendaki mengikuti kursus-kursus kepimpinan seperti program kepimpinan yang dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan. Melalui program-program seperti ini, para guru dapat mengembangkan asas pengetahuan mereka serta melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran professional sejajar dengan tuntutan semasa. Guru juga akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan. Mereka akan disemai dengan nilai-nilai integriti, positif serta membina semangat kerja berpasukan dan kolaborasi.Secara keseluruhannya, kompetensi kecerdasan emosi amat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Tahap kecerdasan emosi dari aspek sosial yang tinggi dapat membantu melahirkan pendidik yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik serta bersedia menjunjung aspirasi negara.

1