hpw102 kelas 3 (cara menulis esei)

24
CARA MENULIS ESEI HPW102 1) Menyusun hujah atau menunjukkan struktur hujah. 2) Membuat perbincangan secara kritis: kenalpasti falasi tidak formal (informal fallacies) yang terlibat, dan bincang falasi yang terlibat atau berkenaan.

Upload: citybear-hunter

Post on 16-Nov-2015

117 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Cara menulis esei

TRANSCRIPT

  • CARA MENULIS ESEI HPW102Menyusun hujah atau menunjukkan struktur hujah.Membuat perbincangan secara kritis: kenalpasti falasi tidak formal (informal fallacies) yang terlibat, dan bincang falasi yang terlibat atau berkenaan.

  • Struktur hujah1) John memang seorang yang tidak sihat kerana semua orang yang merokok tidak sihat.

    DALAM BENUK SILOGISME (SYLLOGISM)P1) Semua orang yang merokok tidak sihat. P2) John seorang yang merokok. (Premis Tersembunyi atau Hidden Premiss).Jadi John tidak sihat.

    P1 ialah premis major (major premis); P2 ialah premis kecil (minor premis); dan K ialah kesimpulan (conclusion).

    Struktur Hujah di atas: Semua PQ; XP; Jadi XQ (Hujah yang Valid/Sah). Silogisme (Syllogism) mempunyai tiga unsur: P, Q, dan X.

  • Struktur HujahDalam Corak Modus Ponens :

    P1) Kalau John merokok, maka dia seorang yang tidak sihat.P2) Sebenarnya John seorang yang merokok.K) Jadi John mestilah seorang yang tidak sihat.

    P1 ialah premis major (major premiss), P2 ialah premis minor (minor premiss), manakala K islah kesimpulan (conclusion).

    Struktur Hujah: Kalau PQ; Sebenarnya P; Jadi Q.Hujah yang Valid atau Sah. (Tiada tiga unsur lagi).

  • Struktur Hujah.2) Proxima Centauri merupakan sebuah bintang neutron, kerana ia berputar 10,000 kali setiap saat.

    Bentuk Silogisme:P1)Semua bintang yang berputar 10,000 kali setiap saat mesti merupakan bintang neutron. (Premis Tersembunyi)P2)Proxima Centauri ialah sebuah bintang yang berputar 10,000 kali setiap saat.K) Jadi Proxima Centauri mesti merupakan suatu bintang neutron.

    Bentuk Silogisme (Syllogism). SPQ, XP, Jadi XQ.Hujah yang Valid/Sah. (Tiga Unsur: P, Q, dan X)

  • Struktur HujahDalam Bentuk Modus Ponens:

    P1) Jika Proxima Centauri berputar sebanyak 10,000 kali setiap saat, maka ia mesti merupakan sebuah bintang Neutron.P2) Sebenarnya Proxima Centauri berputar 10,000 kali setiap saat.Jadi Proxima Centauri mesti merupakan sebuah bintang Neutron.

    Hujah bercorak Modus PonensBentuknya ialah: Kalau PQ; Sebenarnya P; Jadi Q.Hujah yang Valid atau Sah. (Tiada Tiga Unsur).

  • Struktur Hujah3) Proton XX77 mesti mempunyai bahan antinya (antimatter) kerana ia merupakan sebiji partikel sub-atomik.

    P1) Semua partikel sub-atomik mempunyai bahan antinya (antimatter). [Premis TersembunyaiHidden Premiss]P2) Proton XX77 merupakan sebiji partikel subatomik.Jadi Proton XX77 mesti mempunyai bahan antinya.

    P1 ialah premis major (major premiss). P2 ialah premis minor (minor premiss).K ialah kesimpulan.

    Hujah bercorak Silogisme (Syllogism). Ia Valid atau Sah.

  • Struktur HujahDalam Bentuk Modus Ponens:P1: Jika Proton XX77 merupakan sebiji partikel subatomik, maka ia akan mempunyai bahan antinya (antimattter).P2: Sebenarnya Proton XX77 ialah sebiji partikel subatomik.K: Jadi Proton XX77 akan mempunyai bahan antinya.

    Struktur hujah ini ialah Kalau PQ; Sebenarnya P; Jadi Q.Hujah ini Valid atau Sah. (Ia tidak mempunyai tiga unsur seperti Silogisme).

  • Struktur HujahSejenis bentuk Silogisme (Syllogism):

    P1: Semua P ialah Q.P2: X ialah P.K: Jadi X ialah Q. (Ini merupakan satu jenis bentuk dalam hujah silogisme).

    Bentuk Modus Ponens:

    P1: Kalau P maka Q.P2: Sebenarnya P.K: Jadi Q.

  • Struktur HujahHUJAH KECIL 1P1) Jika pelajar dikehendaki duduk di bilik darjah diam dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang diajar, maka mereka dikawal melalui disiplin ala-kurun 18.P2) Sebenarnya pelajar dikehendaki duduk di bilik darjah diam dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang diajar.K) Maka para pelajar tetap dikawal melalui disiplin ala-kurin 18.

    Corak Modus Ponens. Hujah yang Valid.

    Kalau PQ Kalau PQ HUJAH KECIL 1Sebenarnya P PJadi Q Q

  • Struktur HujahHUJAH KECIL 2P1) Jika para pelajar dikawal melalui disiplin ala-kurun 18, maka mereka akan mengalami kesukaran mengikuti pelajaran mereka.P2) Sebenarnya para pelajar dikawal melalui disiplin ala-kurun 18.K) Jadi para pelajar akan menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran mereka.

    Corak Modus Ponens. Hujah Valid/Sah. Kalau QR HUJAH KECIL 2 Q R

  • Struktur hujahHUJAH KECIL 3P1) Jika pelajar menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran mereka, maka mereka hanya menanti peperiksaan yang dijangka akan mengesahkan ramalan guru dan ibu-bapa, iaitu kegagalan.P2) Sebenarnya pelajar menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran mereka.K) Jadi para pelajar hanya menanti peperiksaan yang dijangka akan mengesahkan ramalan guru dan ibu-bapa, iaitu kegagalan.

    Corak Modus Ponens. Hujah Valid atau Sah.

    Kalau RS HUJAH KECIL 3 R S

  • Struktur HujahHUJAH KECIL 4P1) Jika para pelajar dikawal ketat melalui disiplin ala-kurun 18, maka mereka tidak akan berupaya memahami nilai praktis kebebasan selepas waktu sekolah, atau tamat sekolah.P2) Sebenarnya pelajar dikawal ketat melalui disiplin ala-kurun 18,K) Jadi para pelajar tidak akan memahami nilai praktis kebebasan selepas waktu sekolah, ataupun selepas tamat sekolah.

    Corak Modus Ponens. Hujah Valid/Sah.

    Kalau QT HUJAH KECIL 4 Q T

  • Struktur HujahHUJAH KECIL 5P1) Jika pelajar tidak memahami nilai praktis kebebasan selepas waktu sekolah atau selepas tamat sekolah, maka mereka memang menjadi calon yang sesuai untuk keganasan.P2) Sebenarnya pelajar tidak memahami nilai praktis kebebasan selepas waktu sekolah atau selepas tamat sekolah.K) Jadi para pelajar memang menjadi calon yang sesuai untuk keganasan.

    Corak Modus Ponens. Hujah Valid atau Sah.

    Kalau TU HUJAH KECIL 5 T U

  • Struktur HujahHUJAH KECIL 6P1) Jika pelajar menjadi calon yang sesuai untuk keganasan, maka kita perlu mengubah sistem pengajaran di sekolah.P2) Sebenarnya pelajar menjadi calon yang sesuai untuk keganasan,K) Jadi kita perlu mengubah sistem pengajaran di sekolah.

    Corak Modus Ponens. Hujah valid atau sah.

    Kalau UV Kalau UV HUJAH KECIL 6Sebenarnya U UJadi V V

  • Struktur HujahHUJAH UTAMAP1) Jika kita perlu mengubah sistem pengajaran di sekolah maka suasana kaku yang tradisional perlu digantikan dengan hubungan yang lebih ramah dan yang mungkin dapat melegakan konflik di sekolah. P2) Sebenarnya kita perlu mengubah sistem pengajaran di sekolah.K) Jadi suasana kaku yang tradisional perlu digantikan dengan hubungan yang lebih ramah dan yang mungkin dapat melegakan konflik di sekolah.

    Corak Modus Ponens. Valid atau Sah. HUJAH UTAMA

    Kalau VW V W

  • Struktur HujahHujah Kecil 1 Hujah Kecil 4 Hujah UtamaKalau PQ Kalau QT Kalau Vw P Q V Q T W

    Hujah Kecil 2 Hujah Kecil 5Kalau QR Kalau TU Q T R U

    Hujah Kecil 3 Huajh Kecil 6Kalau RS Kalau UV R U S V

  • Analisis Dan KritikanMasalah yang timbul dalam P1 di Hujah Kecil 2. Pernyataan yang terlibat:P1) Jika para pelajar dikawal ketat melalui disiplin ala-kurun 18, maka mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran mereka.

    1)Falasi Terlibat: Sebab Palsu (False Cause/ Fallacy of False Cause).

    2)Sebab yang disampaikan: Pelajar dikawal ketat melalui disiplin (corak disiplin) abad ke-18.3)Akibat atau Kesannya: Para pelajar menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran mereka (sehingga mereka gagal dalam peperiksaan).

  • Analisis dan KritikanDia gagal peperiksaan HPW102 kerana tidak hadir pada waktu peperiksaan.Sebab: Tidak hadir pada waktu peperiksaan.Akibatnya: Dia gagal. (Boleh jadi sebab yang betul).

    2) John minum racun, dan itulah sebabnya dia mati.Sebab: John minum racun.Akibatnya: John mati. (Boleh jadi sebab yang betul).

    3) John menghidap penyakit kanser kerana selalu makan durian.Sebab: John selalu makan durian.Akibatnya: John menghidap penyakit kanser. (Dari segi perubatan, ini memang suatu sebab yang salah @ ia merupakan sebab palsu).

  • Analisis dan KritikanApakah KAITAN antara kawalan ketat dengan pelajar menghadapi kesukaran dalam pelajaran mereka???????Terdapat pelajar yang menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran kerana kurang kawalan, atau tiada kawalan (misalnya di sekolah rendah, dan juga di tadika) sama ada kawalan guru sekolah ataupun kawalan dari ibu-bapa. [Ini suatu penjelasan yang di terima secara umum].Penulis menyampaikan pula suatu penjelasan (sebab) yang terus bertentangan dengannya! Iaitu kawalan ketat yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dalam pelajarannya. Tetapi apakah kaitan antara dua perkara tersebut?Penulis memerlukan statistik atau kajian untuk membuktikan dakwaan yang luarbiasa itu tetapi beliau tidak menyampaikan sebarang hasil kajian untuk menyokong pendapatnya. (Tiada statistik, hasil kajian, atau hasil penyelidikan untuk membuktikan dakwaan ini). Kemungkinan besar beliau melakukan falasi sebab palsu sahaja.

  • Analisis dan Kritikan1) Masalah yang terdapat dalam P1 di Hujah Kecil 4: Jika para pelajar dikawal ketat melalui disiplin ala-kurun 18, maka mereka tidak akan berupaya memahami nilai praktis kebebasan selepas waktu sekolah, atau selepas tamat sekolah.2) Falasi Terlibat: Sebab Palsu (False Cause) menunjukkan sebab yang salah untuk menjelaskan sesuatu peristiwa atau fenomena. 3) Sebab Terlibat: Kawalan Ketat terhadap para pelajar. Akibatnya: Pelajar tidak berusaha untuk memahami nilai praktis kebebasan selepas waktu sekolah, mahupun selepas tamat sekolah.

  • Analisis dan KritikanPertama sekali, apakah maksud pengarang yang mengatakan bahawa pelajar tidak memahami nilai praktis kebebasan selepas sekolah, ataupun selepas tamat sekolah ?Mungkin maksud pengarang adalah seperti berikut. Di peringkat sekolah, kawalan yang ketat bermaksud semua pilihan (choice) dibuat oleh guru besar dan guru sekolah. Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang pilihan yang penting (contoh-contoh). Ini bermaksud para pelajar sama sekali tidak mempunyai pengalaman (dan pengetahuan) untuk membuat pilihan (choices) yang betul.Oleh itu, pelajar akan membuat pilihan yang salah apabila mereka bebas untuk membuat pilihan sendiri; seperti selepas sekolah, ataupun selepas tamat sekolah. Mereka akan memilih untuk mencuri, merompak, membunuh, melepak, dan lain-lain lagi.Jadi kawalan ketat di sekolah menyebabkan perbuatan jenayah di kalangan pemuda-pemudi. (Begitulah cara penulis mengaitkan dua perkara yang tersebut)

  • Analisis dan Kritikan6) Kita boleh menggunakan satu contoh lawan untuk menentang pendapat (dakwaan) si penulis. 7) Seratus tahun yang lepas (1913), kawalan pelajar di peringkat sekolah adalah jauh lebih ketat daripada sekarang (2013). 8) Tetapi seratus tahun yang lepas (1913), purata dan bilangan pelajar yang terlibat dalam kegiatan jenayah (selepas waktu sekolah ataupun selepas tamat sekolah) adalah jauh lebih rendah daripada sekarang (2012).9) Sekarang (2013) kawalan pelajar di peringkat sekolah adalah lebih longgar (daripada 100 thaun yang lepas, iaitu 1913). Tetapi kini (2013) bilangan dan purata pelajar adalah lebih tinggi daripada 100 tahun yang lepas.10) Jadi kawalan ketat tentu bukan sebab yang mengakibatkan jenayah di kalangan pelajar sekolah. Si penulis telah merujuk kepada suatu sebab palsu (false cause) untuk menjelaskan fenomena jenayah di kalangan pelajar kita.

  • Analisis dan KritikanPernyataan atau tuntutan Pertama:Tamadun manusia muncul dan musnah berdasarkan keadaan moral manusia

    Ini bermaksud (mengimplikasikan) kita boleh membuat ramalan tentang masa depan sesuatu tamadun.Kriteria untuk membuat ramalan ialah keadaan moral di dalam masyarakat berkenaan.Jika kedaan moral masyarakat itu adalah baik, maka kita boleh membuat ramalan bahawa masyarakat itu tentu akan berkembang dan menjadi gemilang.Tetapi, jika kedaan moral dalam masyarakat itu tidak baik atau buruk, maka masyarakat itu tentu akan tumbang, atau musnah.

  • Analisis dan KritikanPernyataan atau tuntutan Kedua:Hari ini kita tidak dapat meramalkan atau menjangka bagaimanakah sejarah akan tercatat kerana keadaan dahulu dengan keadaan hari ini tidak sama lagi.

    Pernyataan di atas mengatakan bahawa kita tidak mempunyai kriteria atau kayu ukur untuk menentukan masa depan sesuatu masyarakat atau negara.Kita tidak boleh membuat ramalan tentang masa depan sesuatu masyarakat kita tidak tahu sama ada ia akan terus berkembang ataupun menjadi musnah.Oleh demikian, pernyataan pertama dan pernyataan kedua adalah berkontradiksi tiada kemungkinan kedua-dua pernyataan ini menjadi benar pada masa yang sama.