contoh esei untuk pengajian am (sem 3)
TRANSCRIPT
GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu
unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah
negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan
ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh
pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan
ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang
lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik
bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang
asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita
telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat
yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi
menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan
dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di
samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan
globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga
jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat
nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan
forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor
Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam
menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.
Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang
melanda dunia.
Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan
lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan,
mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani
manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap
individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu
Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu
membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat
Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral
kewarganegaraan yang baik.
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini.
Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu
dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan
Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh
mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk
kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti
sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti
pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya
kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu
dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat
memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan
tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan
ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut.
Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri
daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan
memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian
pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan
pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan
konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak
boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan
menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak
harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang
tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas
pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang
sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk
menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan
tertentu.
Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu
dilakukan supaya menjadi sekolah pilihanrakyat. Sekolah merupakan tapak
semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat
integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sekolah
kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan
aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia
menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang
pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran
juga perlu ditingkatkan.
Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf
antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak
majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus
dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut
piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti
tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa
dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi
pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar
dengan keperluan semasa
Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan
kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat
dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan
dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang
berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam,
menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan
penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih
teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga
akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa
sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya
kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan
membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus
globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada
masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan
yang di sediakan.
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata
ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia
global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan.
Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik,
menyeluruh dan bersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap
agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai
barisan negara maju menjelang 2020.
KESAN GLOBALISASI TERHADAP BIDANG PENDIDKAN DI MY
Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan
saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu
lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan
tidak terkecuali.
Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi
terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan
cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil
oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan
membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu
persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih
belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang
besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja
mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi
pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga,
IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya
membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil.
Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat
melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya
dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan
bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa
kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa
Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli
korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat
dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal
pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti
pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk
pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri
daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan
pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan
lain-lain lagi.
Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep
pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan
sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus
sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS
keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara
golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang
kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin
dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin
melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin
terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa
menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau
demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang
cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya,
kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif
seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia
dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada
menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita
perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena
globalisasi ini.
Lima cabaran era globalisasi KUALA LUMPUR 28 Mei – Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Al-Mohamad Al-Ahmad Al Sabah
menggariskan lima cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Islam dalam era globalisasi.
Lima cabaran itu menurut beliau, ialah kemiskinan, pendidikan, politik, hubungan umat Islam dengan
dunia lain dan pentadbiran moden.
Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, kemiskinan antara lain disebabkan ketiadaan peluang
pekerjaan, pertambahan bilangan penduduk dan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.
“Usaha membasmi kemiskinan merupakan isu utama yang cuba ditangani oleh pemerintah di negara
Islam kerana ia juga menyebabkan ketidakseimbangan piramid penduduk,” katanya ketika berucap
pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari
ini.
Sheikh Al-Mohamad berkata, usaha untuk membasmi kemiskinan dunia Islam menuntut tiga tindakan
iaitu daripada masyarakat, pihak kerajaan dan kerjasama antara negara Islam itu sendiri.
Bagaimanapun katanya, usaha tersebut perlu mendapat sokongan kuat dan kerjasama daripada
sektor swasta sama ada dari segi pelaburan atau pertukaran bahan makanan.
“Bagaimanapun, kemiskinan paling teruk ialah kemiskinan minda,” katanya.
Mengenai bidang pendidikan pula, menu ru t beliau, ia melibatkan cabaran untuk membuat pelaburan
termasuk dalam bidang latihan dan penyelidikan saintifik, bidang yang penting untuk pembangunan
modal insan.
Katanya, ada sesetengah negara Islam maju dalam bidang pendidikan, latihan dan penyelidikan
saintifik, tetapi masih banyak yang ketinggalan.
Negara Islam jelas beliau, akan terus tercicir daripada arus pembangunan perdana masa kini jika
mereka terus gagal menyelesaikan cabaran kedua tersebut, kerana pendidikan merupakan ̀ aset’
kepada kemajuan teknologi, komunikasi dan penyelidikan saintifik serta penjana kemajuan.
Dalam politik pula, beliau berpendapat, ia berkait rapat dengan soal demokrasi dan masih terdapat
kesukaran untuk melaksanakannya di kebanyakan negara Islam terutama di kalangan negara Arab.
“Selain itu, ia juga berkait rapat dengan soal integriti dan rasuah yang perlu dijauhi oleh pemerintah
bagi memastikan kesinambungan serta kelangsungan pembangunan negara dan rakyat. Cabaran yang
kita hadapi ialah bagaimana untuk melaksanakan demokrasi itu,” katanya.
Mengulas cabaran hubungan umat Islam dengan dunia lain pula, Sheikh Al-Mohamad berkata, dunia
sekarang semakin menjadi kecil dan pertukaran idea serta dialog perlu diwujudkan memandangkan
umat Islam sering dikaitkan dengan keganasan dan diskriminasi ekoran tragedi 11 September 2001.
Sementara cabaran pentadbiran moden pula katanya, ada hubungkait dengan pemulihan semula
modal insan, tetapi sering diabaikan walaupun negara Islam tidak miskin sumber.
Beliau turut membangkitkan isu birokrasi dalam mendapatkan kelulusan dan lesen untuk
mengendalikan kilang pakaian, sedangkan perkara tersebut telah pun dimansuhkan di kebanyakan
negara bukan Islam.
CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA REMAJA
DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang
dapat menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa
ini adalah "kekeliruann dan "kepalsuan".
Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam
suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam
kekaburan dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di
suatu waktu golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan
kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim
dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.
Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti
kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin
kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot
dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama
pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan
golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan
individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran
bebas.
Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa
panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak
disanggah, akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus
dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal.
Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi
akibat dari sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima.
Di zaman ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari
dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak
awam melainkan Globalisasi.
Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena
globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah
sebenarnya globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan
waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang.
Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses
penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang
dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah
satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan
bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya
jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan
bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi
yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang
diseragamkan di seluruh dunia.
Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi.
Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari
sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap
yang kritikal terhadap proses ini.
Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya
dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi
asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak
lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang
harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.
Murni
Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses
penyeragaman dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua".
Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar
lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-
nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan
pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak
berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.
Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu
disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan
nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang
dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil
perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat
perhubungan antarabangsa.
Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-
badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka
kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua.
Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan
keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi
hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.
Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir
jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi
dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.
Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai
satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak
boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik
untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di
atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka
mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk
idealisme yang perlu diterima oleh semua negara.
Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh
perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi
rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-
kuasa barat.
Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya
akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi
kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa
sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas
untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang
mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan
merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui
globalisasi sebagai satu kemestian.
Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin
sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna,
ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting.
Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri
untuk menjadi lebih global.
Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira
semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi
yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin
ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok
kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh
itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah
yang kini menjadi agenda barat.
Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke
atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu
penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena
ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa
besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan
konglomerat teknologi.
Cabaran
Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling
atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan
yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu
kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk
menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses
globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi
dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat
multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila
sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai
tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.
Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana
anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa
dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang
ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya
kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat.
Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan
golongan belia.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan
dengan insiden-insiden dan trend berikut:
Pakaian jenama barat.
Makanan segera keluaran barat.
Minuman global yang ditaja oleh barat.
Hiburan yang menonjolkan budaya barat.
Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.
Rekreasi yang meniru ala barat.
Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat
Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.
Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati
diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin
terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh
dari budaya hidup timur.
Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari
implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda
seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri
kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai
keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan
dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian
diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan
golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan
palsu.
Bencana globalisasi - Pegangan ekonomi rakyat tempatan akan terjejas
MUKADIMAH Walaupun selalu disebut oleh para pemimpin negara dan dibincangkan melalui media massa, tidak ramai yang memahami kesan sebenar globalisasi terhadap kehidupan mereka.
Globalisasi tidak terhad kepada sektor ekonomi sahaja, kerana ia kemudiannya akan mempengaruhi segenap aspek kehidupan masyarakat di negara ini dan dunia secara keseluruhannya.
Proses globalisasi semasa dikatakan tidak seimbang kerana dasar globalisasi kerap didominasi oleh negara-negara maju yang akan mengaut keuntungan paling besar jika globalisasi dilaksanakan sepenuhnya.
Negara-negara membangun pula tidak bersatu untuk memperjuangkan kepentingan masing-masing di bawah globalisasi dan ia menimbulkan kebimbangan proses ini akan menyebabkan perbezaan jurang yang lebih ketara antara golongan kaya dan miskin dan antara negara maju dan membangun.
Wartawan Asuki Abas menemuramah pengarah Third World Network, Martin Khor di Kuala Lumpur Jumaat lalu untuk membincangkan isu-isu globalisasi. Khor adalah ahli ekonomi yang disegani di Malaysia dan kerap menyuarakan pandangan negara-negara membangun mengenai globalisasi di forum-forum antarabangsa.
Berusia 50 tahun, beliau merupakan ahli ekonomi lulusan Universiti Cambridge dan pernah menjadi pensyarah ekonomi di Universiti Sains Malaysia.
Khor sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Kumpulan Pakar Hak Asasi berkenaan Hak untuk Membangun dan menjadi penasihat beberapa kajian ilmiah yang dijalankan oleh PBB.
MINGGUAN: Globalisasi membawa makna yang berbeza kepada orang yang berlainan. Apakah
makna globalisasi yang saudara fahami?
KHOR: Terdapat banyak pengertian mengenai globalisasi yang berbeza antara seorang individu
dengan individu yang lain.
Kuasa globalisasi yang paling asas ialah dari segi ekonomi, kerana apabila kita bercakap tentang
globa-lisasi kita merujuk kepada globalisasi ekonomi dan bagaimana ia boleh mempengaruhi
budaya, politik dan lain-lain.
Makna sebenar globalisasi ialah penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan
negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan.
Halangan perdagangan ini dibentuk oleh kebanyakan negara membangun selepas merdeka
termasuk Malaysia melalui pengenalan dasar-dasar bagi meningkatkan ekonomi, syarikat dan
institusi kewangan tempatan.
Dari segi pelaburan dan kewangan, sebahagian besar kerajaan termasuk di negara-negara kaya
memiliki dasar yang mengawal pengaliran mata wang keluar atau masuk dan sama ada mata wang
tempatan boleh diperdagangkan di luar negara.
Ia adalah sistem yang digunakan selepas Perang Dunia Kedua dahulu yang menetapkan mata
wang dan bank pusat menentukan sama ada wang boleh keluar atau tidak. Ia adalah kawalan
modal dan satu perkara biasa.
Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek tadi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi
tempatan semakin longgar.
Pada masa sekarang, sebahagian besar dasar-dasar ekonomi sesebuah negara dipengaruhi dengan
cepat oleh apa yang berlaku di negara lain.
Bilakah globalisasi ini bermula dan sejauh mana ia akan pergi?
KHOR: Sebahagian daripada proses globalisasi berlaku akibat perubahan teknologi. Sebagai
contoh teknologi komputer yang membolehkan wang dipindahkan, mata wang diniagakan atau saham dibeli dengan mudah.
Selain perkembangan teknologi yang pesat, faktor kedua yang mengembangkan globalisasi ke
seluruh dunia ialah keruntuhan sistem Bretton Woods yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua.
Pada tahun 1972 sistem ini runtuh menyebabkan mata wang dunia boleh diapungkan antara satu
sama lain. Ia kemudiannya membawa kepada penghapusan kawalan modal dan liberalisasi
kewangan.
Pada tahap ini, pasaran saham pula turut diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh
membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran.
Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal yang terbuka, spekulasi mula
muncul dan seterusnya manipulasi mata wang dan saham.
Ia kemudian membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan
globalisasi ke seluruh dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Institusi-institusi ini membantu menurunkan hala-ngan ekonomi dan membentuk dasar-dasar
yang membuka negara-negara membangun kepada ekonomi global, terutamanya dalam 20 tahun terakhir ini.
Adakah benar globalisasi hanya memberi faedah kepada rakyat di negara-negara maju?
KHOR: Bagi syarikat-syarikat di negara kaya, glo-balisasi buat masa sekarang adalah baik untuk
mereka. Sebab itu mereka bersama-sama melobi kerajaan masing-masing supaya menentukan
dasar-dasar ekonomi dan kewangan di negara membangun.
Syarikat-syarikat ini yang amat besar dan kaya akan sentiasa bertambah besar dan kaya kerana
mereka terus bergabung dan mengambil alih syarikat lain.
Sekarang, kerana keuntungan di negara mereka adalah terhad, mereka mahu datang ke negara-
negara membangun dan menjual barangan mereka, melabur atau menubuhkan syarikat di negara
membangun.
Mereka sebenarnya telah mempengaruhi kerajaan mereka supaya membentuk dasar IMF bagi
membuka ekonomi kita supaya mereka memperoleh lebih banyak keuntungan di negara kita.
Selain itu, mereka turut mempengaruhi kerajaan mereka supaya membentuk dasar WTO,
memecahkan halangan ekonomi di negara membangun yang melindungi syarikat dan ekonomi
tempatan.
Sebagai contoh, krisis kewangan yang berlaku lebih tiga tahun lalu sebahagian besarnya adalah
akibat dasar liberalisasi kewangan yang saya katakan tadi.
Kita dapat lihat bahawa ada aspek dalam globalisasi ekonomi yang bergantung kepada monopoli
sumber kewangan atau pasaran seperti yang dilakukan oleh dana lindung nilai di Thailand.
Ia meninggalkan kesan buruk kepada negara yang dimanipulasi tetapi memberi faedah kepada
mereka yang membuat keuntungan.
Jadi untuk menjawab soalan anda, saya tidak boleh katakan globalisasi menguntungkan rakyat negara kaya secara keseluruhannya kerana di AS pun turut diketahui bahawa gaji sebenar pekerja
biasa di negara itu tidak meningkat sejak beberapa tahun lepas tetapi pemilik syarikat kewangan
dan spekulator kewangan membuat keuntungan besar.
Berdasarkan teori Barat, globalisasi akan membawa kepada kemakmuran dan tahap kehidupan
yang lebih tinggi, adakah ini benar?
KHOR: Saya rasa ia bergantung kepada keadaan. Masalah teori ini ialah ia biasanya mengatakan
jika anda menyertai globalisasi maka anda mesti mendapat faedah. Ia adalah tidak benar kerana ia
bergantung kepada sesebuah negara, sama ada negara itu boleh berdagang atau tidak.
Kita ambil Malaysia sebagai contoh. dari aspek perdagangan kita telah memperoleh faedah
daripada globalisasi tetapi kita juga menerima akibat buruk. Dari satu segi, bila kita mengeksport
komoditi kadang-kadang harganya jatuh amat rendah seperti pada masa sekarang.
Tetapi pada masa yang sama, ia juga pernah memuncak pada satu masa dahulu. Minyak sawit pernah mencecah RM2,500 (setiap tan) dahulu walaupun sekarang ia mungkin RM800 atau
RM900.
Kita memperoleh faedah kerana kita adalah sebuah negara perdagangan. Sekarang kita juga
berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan
rakyat. Jadi dari satu segi anda boleh kata globalisasi dari sudut liberalisasi perdagangan membawa faedah kepada negara seperti Malaysia.
Tetapi kepada negara lain terutama negara-negara miskin di Afrika, keadaan mungkin berbeza.
Industri mereka masih lemah dan eksport utama mereka hanyalah komoditi.
Jika tarif diturunkan dan barangan import yang murah dibawa masuk, mereka mungkin
mendapat faedah dari segi harga pengguna yang rendah, tetapi ia boleh mengakibatkan syarikat
tempatan gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan barangan import yang lebih murah
dan rakyat negara itu kehilangan pekerjaan.
Kebanyakan negara Afrika tidak boleh mengeksport ke-rana eksport utama mereka hanyalah komoditi yang harganya terus-menerus menurun.
Globalisasi bagi negara-negara seperti itu membawa kesan buruk yang lebih banyak kerana
mereka akan mengumpulkan hutang akibat import yang masuk de -ngan banyak sedangkan
eksport tidak boleh keluar. Lebih buruk lagi jika IMF masuk untuk menyelamatkan mereka
dengan dasar-dasar yang tidak sesuai dan membawa bencana ke atas negara membangun.
Secara ringkas, globalisasi ini jika kita melakukannya dengan betul, ia akan memberi keuntungan
tetapi jika tidak dilakukan dengan betul, ia akan membawa kerugian.
Malaysia bernasib baik dari segi perdagangan kerana kita bukan sahaja boleh mengeksport
komoditi tetapi juga barangan elektronik, tekstil dan lain-lain lagi kerana pelabur asing masuk ke
Malaysia selepas hala-ngan diturunkan.
Bagaimanapun kita tidak begitu beruntung dari segi kewangan, mungkin kerana kita
membukanya terlalu luas sehingga ringgit dibenarkan dijual di Singapura, London, Eropah dan tempat lain, membolehkan mata wang kita itu dispekulasi dan dimanipulasi.
Bila kerajaan mengenakan dasar kewangan (kawalan mata wang dan modal terpilih) pada
September 1998, apa yang baik ialah ia menghalang mata wang kita daripada diperdagangkan dan
dimanipulasi di luar negara.
Jadi saya rasa kita telah membuat langkah yang bijak pada masa itu.
Tetapi bukankah dasar itu dikritik oleh orang asing?
KHOR: Ia dikritik kerana dasar dominan IMF dipengaruhi oleh AS dan kehendak AS ialah untuk
menyaksikan semua negara menghapuskan semua halangan kewangan supaya institusi kewangan
AS dapat membuat keuntungan yang banyak.
Jika kerajaan gagal mempertahankan mata wang kita pada tahun 1998, apakah yang mungkin terjadi?
KHOR: Saya rasa dana kita akan mengalir keluar dalam jumlah yang besar seperti yang berlaku
di Indonesia dan kita akan menghadapi krisis kewangan yang jauh lebih serius.
Kerajaan mungkin terpaksa meminta pertolongan IMF dan merana kerana polisi institusi itu amat
tidak sesuai hinggakan AS sendiri sekarang ini mengakui dasar-dasar IMF yang dikenakan
terhadap negara Asia terutamanya Indonesia adalah amat buruk.
Ada pengkritik mendakwa keadaan ekonomi kita ketinggalan berbanding Thailand dan Korea
kerana dasar mata wang kita ketat?
KHOR: Tetapi keadaan ekonomi kita tidak menjadi bertambah buruk selepas dasar mata wang itu
diketatkan.
Sebenarnya selepas Malaysia melaksanakan dasar itu, IMF membenarkan negara-negara di
bawahnya melaksanakan sebahagian daripada dasar-dasar tersebut kerana IMF tidak mahu ada
perbandingan yang tidak baik jika ekonomi Malaysia pulih tetapi ekonomi negara seliaannya tidak pulih.
Dari satu segi, seperti yang dianalisis oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam
laporannya, dasar Malaysia secara tidak langsung telah membantu pemulihan ekonomi negara-
negara di bawah IMF. Lagipun, sebenarnya ada perbezaan yang besar kerana negara di bawah
IMF ini (Thailand, Indonesia dan Korea) terpaksa membuka kepentingan bank dan syarikat mereka kepada orang asing untuk dibeli pada harga yang murah.
Apa salahnya membenarkan orang asing masuk dan membeli syarikat tempatan?
KHOR: Saya rasa tidak ada salahnya jika kita sendiri membuat dasar itu. Lagipun kita juga
mempunyai bank asing dan saya tidak katakan kita tidak boleh membiarkan orang asing memiliki
saham langsung.
Masalahnya jika kita ada objektif pembangunan sosial dan ekonomi tertentu, kerajaan harus
berupaya mengawal dasar mengenai berapa banyak kita mahu buka, dalam sektor apa dan jenis pelaburan apa yang kita mahu.
Dalam sebuah negara pelbagai etnik seperti Malaysia, isu ini menjadi lebih se nsitif. Isu pemilikan
asing berbanding pemilikan tempatan adalah sensitif di mana-mana negara pun, hatta di AS
sekalipun apabila rakyatnya menyuarakan kebimbangan apabila syarikat-syarikat Jepun mula
membeli saham syarikat-syarikat AS pada tahun 80-an.
Satu contoh lain ialah Thailand. Bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr. Suppachai
Panitchpakdi pernah menyatakan bahawa antara sebab utama kerajaannya kalah dalam pilihan
raya lalu ialah kerana rakyat Thai tidak senang melihat aset-aset negara itu dibeli pada harga
murah oleh orang asing.
Yang keduanya masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah amat sensitif dengan isu pegangan
saham. Kita mesti boleh mengawal ekonomi kita sendiri, bukan sahaja dari sudut pandangan sosial
tetapi juga dari sudut pandangan ekonomi.
Sebagai contoh, industri perbankan di Malaysia mencatat keuntungan sehingga RM10 bilion
setahun.
Jika pegangan perbankan dikuasai oleh orang asing, maka mereka berhak membawa keluar semua
keuntungan RM10 bilion itu keluar negara.
Bahagian orang tempatan akan berkurangan dan ekonomi negara tidak boleh tumbuh kerana
keuntungan itu tidak boleh dilaburkan semula ke dalam ekonomi domestik.
Adakah saudara rasa rakyat Malaysia faham mengenai isu globalisasi ini?
KHOR: Saya rasa mereka faham. Selepas kemerdekaan terutamanya selepas tahun 1970, terdapat dasar yang menggalakkan pegangan saham tempatan dan kaum tertentu di bawah Dasar Ekonomi
Baru (DEB).
Walaupun perlaksanaan dasar itu boleh dan masih diperdebatkan, tidak ada sesiapa yang
mempertikaikan kenyataan bahawa kita memerlukan satu dasar sosial yang boleh mengimbangi
pemilikan antara orang asing dan tempatan, antara kaum dan antara golongan miskin dan kaya.
Mungkin ia menguntungkan negara dan kita tidak menyedarinya. Mungkin kita hanya akan sedar
kebaikan dasar itu apabila kita sudah hilang kuasa untuk menentukan dasar seperti yang berlaku
di Thailand.
Adakah saudara lihat sebarang tekanan dikenakan terhadap Malaysia dalam isu globalisasi ini?
KHOR: Saya rasa ada, tetapi bukan terhadap Malaysia sahaja. Tekanan terhadap Indonesia,
Thailand dan Korea adalah lebih berat lagi kerana mereka berada di bawah IMF.
Tetapi kita boleh melawan tekanan itu dan dasar kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan
sekarang merupakan salah satu cara kita menentangnya.
Adakah globalisasi akan mempengaruhi senario politik tempatan?
KHOR: Saya rasa politik tempatan boleh dipengaruhi dari segi pengaliran maklumat melalui
internet dan lain-lain. Secara ringkasnya, dunia menjadi lebih dekat dan kita boleh mendapatkan
lebih banyak pengetahuan.
Tetapi aspek negatifnya ialah kita akan mempunyai terlalu banyak maklumat sehingga kita tidak
tahu yang mana satu maklumat betul dan yang mana satu salah.
Satu lagi masalah ialah kita hanya menerima maklumat, dan tidak menyebarkan maklumat
kepada dunia. Keseimbangan tidak ada dalam globalisasi ke-rana pandangan kita tidak boleh
meninggalkan kesan terhadap negara maju tetapi pandangan mereka boleh memberi kesan kepada kita.
KESAN GLOBALISASI DI MY
secara relatifnya, negara berjaya melalui pelbagai ujian baik dari segi politik, ekonomi dan
sosial sejak 50 tahun lalu biarpun terpaksa melalui rencam halangan serta dugaan semasa
yang sangat mencabar. Prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia tetap berada dalam keadaan
memberangsangkan walaupun perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan
pasaran saham agak kurang stabil sejak kebelakangan ini. Realiti ini adalah bersifat global dan
bukan Malaysia sahaja yang merasainya bahkan merangkumi negara-negara maju dan
membangun lain termasuklah Amerika Syarikat (AS) sendiri.
Sungguhpun begitu, ekonomi global diramal terus berkembang perlahan pada kadar 3.9 peratus
pada 2009 berbanding 4.1 pada 2008 berikutan ketidaktentuan prospek pertumbuhan ekonomi
AS berikutan krisis gadai janji subprima dan pasaran perumahan yang lemah di sana yang masih
membelenggu dan memarahkan lagi keadaan fundamental ekonominya. Ini diburukkan lagi
dengan pengumuman bankrap terhadap Lehman Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika
Syarikat (AS), ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah strategik
mengukuhkan pasaran kewangan.
Pengumuman kerugian besar syarikat kewangan terkemuka seperti Merill Lynch dan American
International Group Inc (AIG) menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap pasaran
kewangan AS, sekali gus mempengaruhi sentimen di pasaran kewangan global. Dalam
perkembangan berkaitan, usaha Bank of America membeli bank pelaburan Merril Lynch bernilai
AS$50 bilion dalam satu urus niaga yang mewujudkan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar
dunia. Susulan pembelian itu, Bank of America akan memiliki pembrokeran terbesar di dunia
dengan kira-kira 20,000 penasihat dan aset pelanggan bernilai AS$2.5 trilion. Di sini, apa yang
berlaku di AS boleh memberi kesan dan tempiasan kepada ekonomi Malaysia memandangkan
hubungan perdagangan sangat penting wujud sejak sekian lama.
Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada Malaysia biarpun secara amnya ekonomi
Malaysia mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) meningkat 6.7 peratus dalam tempoh separuh pertama 2008. Pertumbuhan itu disokong
kecergasan penggunaan awam dan swasta serta permintaan luar yang kukuh. Bagaimanapun,
pertumbuhan ini dijangka perlahan bagi tempoh separuh kedua tahun ini berikutan persekitaran
luar yang tidak menentu termasuklah harga minyak mentah yang masih tidak menentu dijangka
memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan eksport, terutama bagi produk elektrik dan
elektronik (E&E).
Dari sudut ekonomi domestik, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah sebelum ini
dan peningkatan harga makanan dijangka memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna dan
pelaburan dari mask e semasa. Meskipun berdepan cabaran ini, ekonomi negara diharapkan
masih mampu terus memperoleh manfaat berikutan harga komoditi yang teguh serta
pertumbuhan kukuh negara membangun dan negara ekonomi sedang berkembang pesat, justeru
dapat mengurangkan kesan ekonomi global yang agak perlahan. Sehubungan itu, sektor
perkhidmatan yang berpotensi tinggi untuk diterokai seperti kewangan, profesional dan
perniagaan, pembinaan, pendidikan dan latihan serta pelancongan perlulah diperkemas serta
dimantapkan lagi sewajarnya. Selain itu, perkhidmatan kesihatan, logistik dan perkhidmatan
teknologi maklumat merupakan sektor yang dilihat dapat menyediakan peluang besar kepada
syarikat-syarikat tempatan.
Ini adalah kerana, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berdaya maju membuka peluang besar
kepada keuntungan syarikat meningkat, sekali gus meningkatkan perolehan kerajaan kerana
melalui keuntungan tersebut, kerajaan mendapat hasil cukai yang lebih tinggi. Daripada
perolehan cukai yang semakin tinggi ini, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk rakyat, menyediakan kemudahan awam, membasmi kemiskinan dan
sebaginya. Oleh yang demikian, sektor industri terutamanya perlulah diperkasakan lagi
memandangkan ianya menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan
dalam usaha mengeluarkan hasil lebih tinggi dan bahan digunakan juga bertambah.
Hasil keluaran komoditi utama negara juga perlu dipertingkatkan seperti jumlah keluaran minyak
sawit mentah dan getah yang harganya kini melonjak tinggi dan memberi pulangan lumayan
kepada penanam serta penoreh sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Di samping itu, industri pelancaongan negara juga wajar dipertingkatkan kerana ianya turut
menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pada tahun 2007, menyaksikan kedatangan lebih 20
juta pelancong asing ke Malaysia dengan meraih hasil bernilai RM46.7 bilion sempena Tahun
Melawat Malaysia 2007 dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sektor
perkhidmatan negara termasuk perhotelan, kraftangan, seni halus, perniagaan runcit, restoran,
kewangan dan sebagainya.
Pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), koridor ekonomi dan
sistem penyampaian mestilah diperbaiki dan dipertingkatkan agar dapat memberi kesan positif
jangka panjang kepada ekonomi negara. Tahap keyakinan pelabur asing ke negara kita
hendaklah berada pada tahap yang tinggi biarpun terpaksa berhadapan dengan tekanan politik
dalaman dan dalam hal ini pelabur tidak akan mengambil risiko kewangan untuk melabur
sekiranya mereka tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan wujudnya ketidakstabilan politik.
Oleh itu, usaha dan tindakan pantas menarik serta meningkatkan keyakinan pelabur perlu
dipergiatkan lagi dari masa ke semasa. Setakat ini negara juga berdepan dengan kelebihan negara
membangun lain seperti China, Vietnam, India, Thailand, Indonesia dan sebagainya yang dilihat
saingan utama kepada negara.
Menurut Tan Sri G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Wesports bahawa selepas mengalami
pembangunan kira-kira 50 tahun, kita boleh menyatakan bahawa negara ini memiliki salah satu
infrastruktur yang terbaik di dunia di segi jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan malah
Koridor Raya Multimedia. Kerajaan telah melakukan banyak usaha agar setiap rakyat memiliki
sebuah rumah, setiap murid mempunyai mejanya sendiri di sekolah, setiap pesakit di hospital
mempunyai katilnya sendiri dan malah negara ini menyediakan pekerjaan bagi setiap 2.5 juta
pekerja asing di samping pendapatan negara diagihkan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan
peluang pekerjaan, kemudahan awam yang lebih baik termasuklah pendidikan, kesihatan,
perumahan dan sebagainya.
.
Sambil ekonomi negara telah berkembang sejak 50 tahun lepas pada kadar 6.0 hingga 8.0 peratus
setahun, pemberian upah di negara ini dikatakan tidak sepadan dengan pertumbuhan sedemikian
memandangkan kebanyakan syarikat sektor swasta di sini masih lagi membayar upah kepada
pekerja yang bertaraf dunia ketiga. Sejak 50 tahun lepas, pembayaran upah di Singapura telah
meningkat 7.5 kali daripada upah di Malaysia dan secara perbandingannya, pendapatan rakyat di
Hong Kong lebih tinggi dari di Singapura dan rakyat Jepun menerima pendapatan lebih dari
rakyat Hong Kong. Ini penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana melibatkan
prestasi dan produktiviti pekerja di negara kita.
Adalah diharapkan pelan dan formula peralihan kuasa yang mungkin akan dipercepatkan di
antara Perdana Menteri dan timbalannya seperti mana yang telah dipersetujui dan pertukaran
portfolio yang melihatkan perlantikan Menteri Kewangan 1 yang baru serta penurunan harga
minyak yang dijangka bakal dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri ini diharapkan mampu
merangsang dan memacu ekonomi negara di landasan yang betul. Rakyat menaruh kepercayaan
yang tinggi serta berharap agar kerajaan dapat melakukan sesuatu agar kestabilan ekonomi,
politik dan sosial di dalam negara kekal berada pada tahap yang terbaik dan kukuh pada masa
hadapan.
PERTUBUHAN EKONOMI
Transcript of ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN NEGARA
1) ANTARA AGIHAN DAN PERTUMBUHAN
- Di Malaysia, isu ekonomi berkait rapat dengan isu sosial dan agihan kekayaan.
- Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang contohnya antara pantai barat & pantai
timur, dan antara bandar & desa serta agihan kekayaan tidak seimbang antara kelas sosial dan
kelompok etnik.
- Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat di lihat dari dua sudut:
(1) Antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atas, menengah dan kelas bawah
(2) Antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.
ANTARA AGIHAN DAN PERTUMBUHAN
- Kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional.
- Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [ 2004-2005] secara purata sesebuah isi rumah di
bandar memerlukan RM2, 503 sebulan manakala angka untuk Luar Bandar adalah RM1, 209.
- Usaha membasmi kemiskinan:
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk yang menganggur
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memberikan peluang peningkatan kerjaya bagi pekerja sektor rendah daya pengeluaran kepada
sektor yang lebih lumayan.
Mengurangkan jurang pendapatan antara kelompok etnik, bandar, dan luar bandar dan antara
wilayah..
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
infrastruktur dan lain-lain.
KEMISKINAN
KENAIKAN HARGA MINYAK
Harga minyak mentah dunia, berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate
(WTI), meningkat kerana:
- Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007), terutama
daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang
mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia;
- Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti Iran
dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah; dan
- Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading).
PENGURANGAN SUBSIDI BARANG
Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya
pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi
ditarik balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat.
Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan
jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi
menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan
(supply chain) akan menaikkan harga.
KEMASUKAN PEKARJA ASING
negara kita menanggung kerugian lebih daripada RM4 bilion melalui aliran keluar mata wang
secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka. Hal ini
menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara.
Manakala dari segi putaran modal pula, negara mengalami kerugian kerana kebanyakan wang
yang dikeluarkan dalam bentuk gaji tidak digunakan untuk dibelanjakan di negara ini. Pihak
hospital juga turut menanggung kerugian kerana ramai antara pekerja asing tidak melunaskan bil
tuntutan yang dikenakan ke atas mereka. Sebagai contoh, pada 2006, pihak hospital di seluruh
negara mengalami kerugian sebanyak RM6.75 juta bil hospital yang belum dibayar oleh pekerja
asing. Manakala pada 2007, jumlahnya semakin meningkat kepada RM7.17 juta.
KESAMARATAAN DAN HAK KEISTIMEWAAN
PERKARA 8(1): Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan sama rata di sisi undang-undang.
Isu: Digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus
diperjuangkan dan dicapai di Malaysia.
Mereka menuntut Perkara 153 PP yang berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera perlu ditinjau semula.
Penerangan: Isu tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah
Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Perkara8(2) iaitu:
" Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada
pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan @ tempat
lahir @ jantina dalam mana-mana undang-undang @ dalam pekerjaan.
KARANGAN KEGANASAN ANTARABANGSA
Pengenalan
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan
penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan
oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa
sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.
Kesan – kesan
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat
melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya.
Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang
menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan.
Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.
2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan
yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di
sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi
Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi
dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (W TC) di Amerika Syarikat
menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.
3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.Ø perbuatan merampas kapal terbang akan
mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara.
Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya
sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang
melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk
terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan
mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.
4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut.
Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk
terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa
melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang
tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana
terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak
yang dapat menjamin keselamatan seseorang.
Langkah – langkah/cara mengatasi
1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.Ø pihak polis dan tentera harus
bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian
kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan
rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-
undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia
mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara
terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan
keamanan negara dapat dikekalkan.
2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus
menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam
mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan
tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat
mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan
negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.
3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.Ø semua negara perlu
bekerjasamauntuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara -
negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang
terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia
juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.
Faktor – faktor
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.Ø perasaan marah yang sememangnya
dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan
membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan
benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup
besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah
individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan
peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah
tamadun.
2. Sikap tamak yang menguasai diri.Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk
menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara
untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku
dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan
membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk.
Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.
3. Lambang kemegahan.Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang
yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup
membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang
memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah
tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan
meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
ISU PERDAGANGAN MANUSIA
ISU pemerdagangan manusia merupakan antara perkara yang diberi perhatian berat di dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan Malaysia memandang serius perkara ini, demikian ulasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut Mustapa, Malaysia akan memberi keutamaan kepada isu pemerdagangan manusia sebelum menandatangani TPP memandangkan rundingan perjanjian itu masih berjalan.
“Kita (Malaysia) memang memberi keutamaan melibatkan isu pemerdagangan manusia dan akan lakukan sebaik mungkin dengan menggunakan beberapa petunjuk untuk menyiasat isu ini.
“Bagi TPP pula rundingan masih berjalan dan bila keputusannya masih belum diketahui,” katanya ketika
sidang akhbar pengumuman prestasi pelaburan Malaysia bagi suku pertama 2015, di Kuala Lumpur, semalam.
Mustapa, pada April lalu menyatakan Malaysia tidak teragak-agak untuk menarik diri daripada TPP jika pembentukan perjanjian itu tidak memberi faedah sepenuhnya kepada negara, meskipun setelah ditandatangani.
Selain Malaysia, rundingan TPP turut melibatkan 11 negara lain seperti Australia, Brunei, Kanada, Chi le, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Pada majlis sama, Mustapa mengumumkan Malaysia mencatat peningkatan 18.8 peratus pelaburan diluluskan bagi sektor utama, perkhidmatan dan pembuatan pada suku pertama 2015 bernilai RM57.4 bilion.
Punca-Punca Berlakunya Pemerdagangan Orang Like
sehyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinasikan pemerdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan,
perlindungan, penyediaan, atau penerimaan seseorang bagi maksud ekploitasi. Pemerdagangan manusia merujuk aktiviti pemerdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi menusia secara haram
sama ada untuk menjadi buruh yang sah atau buruh paksa. Masalah ini semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca.
Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya keguatan
pemerdagangan manusia. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa
berusa mengubah taraf hidup. Antara cara yang boleh diambil oleh mereka
adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai
peluang pekerjaan. Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju, mereka
perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama,
terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan.
Agensi ini membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi
buruh paksa atau pelacur.
Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara mendorong
berlakunya kegiatan pemerdagangan orang. Pihak sindiket pemerdagangan
orang mengambil kesempatan ini dengan membekalkan buruh untuk
mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar sebagai agensi
pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksploitasi
buruh-buruh tersebut akibat kelemahan dalam sistem perundangan. Apakah
sampai dinegara yang dijanjikan, buruh-buruh tersebut akan dipaksa
bekerja dengan upah tidak setimpal. Hal ini juga menunjukkan bahawa hak
asasi mereka sebagai manusia telah dirampas.
Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong
kegiatan ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket
hilang peri kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang
memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar
atau pelacur. Pulangan yang lumayan menjadikan mereka gelap mata dan
seterusnya mengabaikan hak asasi dan martabat mangsa. Dengan
mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak
manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan adil.
Justeru, masalh ini wajar dipandang serius kerana dapat menimbulkan
trauma kepada mangsa.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan
ini semakin berleluasa. Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada
sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada kegitan ini. Selain itu,
hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada pihak yang mengambil
pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang ini. Ketiadaan hukuman
yang berat membuatkan dalang sindiket berani untuk menjalankan kegiatan
jenayah pemerdagangan orang. Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan
yang lemah menjadi punca jenayah ini semakin berleluasa.
Sindiket pemerdagangan orang biasanya mempunyai rangkaian domestik
dan antarabangsa. Hal ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti
mereka dengan mudah kerana tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Misalnya, mereka berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk
menguruskan pelbagai dokumen tentang mangsa. Oleh itu, pihak berkuasa
sukar untuk mengesan kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh
mereka. Hal ini menjadi punca jenayah ini terus menular di negara kita.
Tuntasnya, kegiatan pemerdagangan orang semakin berlelusa. Oleh itu,
semua pihak harus seia sekata dan berganding bahu untuk mengatasi
masalah ini, jalan penyelesaian untuk mengatasi masalh ini perlu dirancang
dengan teliti.
ISU PERMERDAGANGAN MANUSIA
Sejak akhir-akhir ini, kes pemerdagangan manusia
merupakan masalah global atau isu antarabangsa yang
kian meningkat jumlah statistiknya. Mengikut laporan
Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja
dianggarkan 700,000 orang diperdagang setiap tahun
bagi tujuan seks. Bagaimanapun, amat malang sekali
kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh
sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan
aktiviti mereka. Pemerdagangan manusia ini telah
menjejaskan reputasi negara dan usaha telah
dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menjaga imej
negara. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula
menganggarkan kira-kira 150,000 orang, majoriti
daripadanya adalah kanak-kanak, diseludup dari
kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi penyelidik
membuat jangkaan angka ini mungkin tiga kali ganda
berikutan keuntungan yang dijana industri itu kira-
kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun.
Sebenarnya, kesedaran masyarakat Malaysia tentang
isu pemerdagangan manusia ini masih lagi rendah malah
masih ramai yang tidak memahami definisi sebenar yang
dimaksudkan dengan pemerdagangan orang. Pemerdagangan
manusia bermaksud perekrutan, pengangkutan,
pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan
seseorang bagi maksud eksploitasi (Seksyen 2 AAO). Di
mana modus operandi termasuklah, penggunaan ancaman
atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan,
penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan
berisiko atau rawan, dan memberi atau menerima
pembayaran. Pengeksploitan pemerdagangan manusia
termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau
bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau
amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-
kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran,
pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah,
perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak
sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau
untuk tujuan kegiatan keagamaan.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada
berlakunya masalah perdagangan manusia ini adalah
penguatkuasaan undang- undang yang lemah, kurang
pendedahan mengenai jenayah pemerdagangan
manusia, kemiskinan atau kesempitan hidup,
terpengaruh tawaran kerja, kurang didikan moral atau
agama, materialistik dan sebagainya.
Jenayah pemerdagangan manusia ini banyak memberi
kesan buruk kepada negara. Langkah berkesan amat
perlu untuk membendung masalah ini. Antara kesan
buruknya adalah meningkatkan kes berlakunya jenayah
dalam negara, menyebabkan imej negara tercemar di
peringkat dunia, masalah sosial meningkat, penyakit
berjangkit merebak dan banyak berlakunya penindasan.
Walau bagaimanapun Kerajaan telah melaksanakan
pelbagai langkah dan usaha bagi membendung isu
pemerdagangan manusia ini. Kerajaan mengambil
tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan
hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan
membanteras gejala pemerdagangan orang.
Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang
2007 telah dipinda bagi memasukkan kesalahan
penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang
kini dikenali sebagai Akta Anti Pemerdagangan Orang
dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang
dikuatkuasakan. Kerjasama maksimum daripada orang
awam dan agensi penguatkuasa juga
dipertingkatkan. Pengarah Jabatan siasatan Jenayah
Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi jaminan
polis akan mengambil langkah berterusan memerangi
pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak
operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket.
Ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan
panas sindiket itu seperti di perairan negara di
Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal
pasti sebagai laluan masuk utama sindiket itu sebelum
mangsa diperdagangkan ke negara destinasi.
Kesimpulannya, Ditelan mati emak, diluah mati
bapa, Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan
agar segala penyelesaian dapat diambil secara
bijaksana. Aktiviti pemerdagangan orang ini mempunyai
jaringan dan sindiket profesional yang harus dilihat
secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat
mungkin kerana ianya boleh menjejaskan imej, prestasi
dan nama baik negara di mata dunia terutama imej
Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.