eq samubung.docx

26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EQ3311) NAMA CALON : KARTHIKESAN A/L MANIKABASAGAN NO K/P : 931104-07-5951 UNIT : PPISMP- MATEMATIK AMBILAN JUN 2011 SUBJEK : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI NAMA PENSYARAH : ROZMAN BIN ROSELY

Upload: karthikesan-mak

Post on 20-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EQ3311)

NAMA CALON : KARTHIKESAN A/L MANIKABASAGANNO K/P : 931104-07-5951UNIT : PPISMP- MATEMATIK AMBILAN JUN 2011SUBJEK : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSINAMA PENSYARAH : ROZMAN BIN ROSELYTARIKH SERAHAN : 15 SEPTEMBER 2012

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :...

Nama Penulis :KARTHIKESAN A/L MANIKABASAGAN

Tarikh : 14 September 2012

HALAMAN JUDUL

TAJUK TUGASANKOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

NAMA JABATANJABATAN ILMU PENDIDIKAN

NAMA INSTITUSIIPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

Salam sejahtera dan salam perpaduan,Dengan kesykuran Tuhan yang Maha-Esa, saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Dalam kesempatan ini, saya ingin berucap jutaan terima kasih kepada pensyarah kemahiran berfikir kami iaitu Rozman Bin Rosely yang memberikan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Saya amat berbangga dengan pensyarah saya yang memberikan idea dan pengetahuan yang luas untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Beliau juga menerangkan cara membuat kerja kursus ini dengan jelas kepada saya tanpa berasa pilih kasih. Beliau juga sedaya upaya menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang menghulurkan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Saya dapat mencari kandungan kerja kursus ini daripada hasil perbincangan dengan rakan sebaya. Pada hari pertama , apabila saya menerima kerja kursus ini berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dan membelajari tentang pengucapan awam dan dengan penuh semangatnya saya beriltizam untuk menyiapkan tugasan ini. Diharap segala usaha yang telah saya berikan ini akan dijadikan pembelajaran pada masa hadapan dimana semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan. Saya juga mengharapkan kerja kursus ini dapat membina penakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral saya melalui kerja kursus ini.Akhir kata, saya berbesar hati untuk menyampaikan sekalung budi penghargaan saya kepada kesemua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik.SEKIAN, TERIMA KASIH

TAJUK MUKA SURAT

SOALAN TUGASAN PENGHARGAAN SOALAN A SOALAN B SOALAN C SOALAN D SOALAN E REKLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN BORANG KOLOBORASI

Soalan A : Berikan definasi perkataan emosi dan huraikan tiga komponen yang terdapat dalam konsep kecerdasan emosi.

Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi juga dimaksudkan sebagai reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan kerika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu. Istilah emosi menurut Daniel Goleman (1995), seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary memaknai emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan pikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Lebih lanjut ia mengatakan bahwa emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pikiran-pikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis, dan serangkaian kecendrungan untuk bertindak.Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis, motion, dari mouvoir, 'kegembiraan' dari bahasa Latin emovere, dari e- (varian eks-) 'luar' dan movere 'bergerak'. Kebanyakan ahli yakin bahwa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Perasaan intens kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi dengan cukup cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak enak untuk beberapa jam. Menurut English and English emosi adalah A complex feeling state accompanied by characteristic motor and glandular activities , iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat yang luas.

Menurut Chaplin (1989) dalam Dictionary of psychology, emosi adalah sebagai suatu keadaan yang terangsang dari organisme mencakup perubahan-perubahan yang disadari, yang mendalam sifatnya dari perubahan perilaku. Chaplin (1989) membedakan emosi dengan perasaan, parasaan (feelings) adalah pengalaman disadari yang diaktifkan baik oleh perangsang eksternal maupun oleh bermacam-macam keadaan jasmaniah.

Menurut Crow & Crow (1958), emosi adalah "an emotion, is an affective experience that accompanies generalized inner adjustment and mental and physiological stirredup states in the individual, and that shows it self in his evert behaviour". Jadi, emosi adalah warna afektif yang kuat dan ditandai oleh perubahan-perubahan fisik.Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa emosi adalah suatu respons terhadap suatu perangsang yang menyebabkan perubahan fisiologis disertai perasaan yang kuat dan biasanya mengandung kemungkinan untuk meletus.

Senada dengan definisi tersebut, Mayer dan Solovey (Goleman, 1999; Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memadu pikiran dan tindakan.

Berbeda dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih keberhasilan. Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahwa kecerdasan emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-kemampuan yang mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif.

Menurut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence(1997), menyatakan bahawa emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.Terdapat tiga komponen iaitu:Komponen kognitifKomponen ini merupakan peranan utama dalam penjanaan emosi. Komponen kognitif, iaitu memproses, mentafsir dan menyimpan dalam minda.Teori Schachters Cognitive Labelling menyelidik tentang apa itu emosi yang dialami. Misattribution (salah anggap) boleh membawa kepada konflik dan keganasan kerana selalunya masyarakat sering salah anggap terhadap sesuatu emosi. Pemindahan teruja pula menerangkan bagaimana sesuatu emosi itu boleh dipindahkan kepada yang lain. Dalam teori kesan kognitif

Soalan B: Lima Bidang Dalam Kecerdasan Emosi. Jelaskan Dan Memberi Contoh Yang Sesuai Berkaitan Situasi Yang Melibatkan Emosi Dalam Bilik Darjah.Kecerdasan Emosional menurt Daniel Coleman adalah kemampua memotivasi diri sendiri dan bertahan menghadapi frustasi; mengendalikan dorongan hati, dan tidak melebih lebihkan kesenangan, mampu mengatur suasana hati dan menjaga agar beban stres tidak melumpuhkan kemampuan berfikir dan berempati. Goleman (1996) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekaligus membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini yang bermula dengan implikasinya keatas mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semuainteraksi manusia. Beliau pula mengemukan idea bahawa kecerdasan emosi boleh dikenalpasti melalui lima bidang berikut :i. Kebolehan memahami diri sendiri :Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi berupaya menyedari emosinya ketika emosi itu menguasai dirinya. Melalui kesedaran kendiri seseorang itu mengetahui dan memahami emosinya. Kesedaran kendiri tidak bermakna seseorang itu terbawa-bawa dengan emosinya ataupun berlebih-lebih dengan emosi. Sebaliknya kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang itu dapat menyedari emosi yang sedang mempengaruhi mindanya akibat tekanan yang dihadapi seterusnya menguasainya. Dengan adanya kesedaran kendiri ini maka seseorang itu dapat menguasai emosi dan fikiran tentang emosi itu. Ramai orang sedar bahawa emosi sedang menguasainya tetapi sukar untuk mengawalnya atau keluar daripada penguasaan emosi itu. Justeru itu, seseorang yang mempunyaikecerdasan emosi bukan sahaja sedar tetapi juga dapat menguasai emosi.. Sebagai contohnya, seorang guru akan mengajar topik yang susah dan sukar difahami oleh pelajar-pelajar. Sebelum mengajar topik itu, guru tersebut membuat persediaan yang secukupnya untuk memberi penjelasan yang baik. Guru tersebut telah memahami diri sendiri bahawa tidak boleh memberi penjelasan yang baik. Sebab itu, guru tersebut membuat persediaan yang kukuh.

ii. Kebolehan mengurus emosi :Menangani perasaan agar perasaan dapat diungkapkan secara pas. Kecerdasan emosi lebih kepada kemampuan mengawal emosi terutamanya dalam persekitaran sosial. pegangan atau nilai dirinya dan secara tidak langsung membolehkan seseorang itu membuat penilaian yang realistik. Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri. Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh muncul tanpa direncana. Kita boleh menentukan berapa lama emosi itu akan menguasai diri kita. Emosi marah akan menjadi aktif dan bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila ego kita dicabar, keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun dinafikan.. Seseorang yang mampu mengurus emosinya boleh dikira mempunyai sebahagian kecerdasan emosi. Contohnya, apabila murid melakukan kesalah di dalam kelas semasa guru mengajar. Guru perlu tenang dan sabar dalam menangani pelajar tersebut. Guru tersebut perlu mengawal emosi dan tidak cepat marah. Hal ini kerana perhubungan murid dengan guru tidak akan jejas.iii. Kebolehan memotivasi diri.Menjadikan emosi sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah adalah salah satu ciri kecerdasan emosi. Emosi boleh dijadikan alat untuk meningkatkan prestasi minda kognitif dengan cara tertentu. Keadaan minda emosi begini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat merasai bahawa beban yang dihadapi itu satu masalah yang berat, sebaliknya ia dilihat sebagai sesuatu yang mudah diatasi.Selain harapan, keyakinan juga akan menghasilkan satu sikap yang positif yang dapat bertindak sebagai penghalang kepada seseorang itu daripada terjebak di dalam jaringan tekanan apabilamenghadapi masalah. Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Keupayaan untuk memasuki satu keadaan psikologi yang disebut merupakan keadaan mental pada peringkat tinggi, iaitu keadaan apabila kecerdasan emosi berada di dalam keadaan yang terbaik. Di dalam keadaan ini emosi dapat digunakan untuk memudahkan pekerjaan dan pembelajaran. Di dalam keadaan, seseorang itu dapat menghayati sepenuhnya pekerjaan yang diusahakan, memberi tumpuan yang penuh dan menyedari apa yang dilakukan. Untuk mencapai keadaan ini seseorang itu harus melakukan sesuatu yang disukai atau diminati. Pada peringkat ini, emosi dikerahkan menjadi tenaga yang positif dan produktif. Emosi menjadi satu unsur motivasi untuk menghadapi segala gejala seperti kekecewaan, kebimbangan dan ketakutan melalui kemahiran - kemahiran tertentu. Contohnya, seorang guru membuat keputusan bahawa pelajar yang lemah di dalam kelas perlu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tetapi pelajar tersebut tidak dapat keputusan yang baik. Guru tersebut tidak berputus asa dan memotivasi diri dengan menggunakan kaedah lain untuk mengajar pelajar tersebut.iv. Kebolehan membaca emosi orang lain.Empati, kemampuan yang bergantung pada kesadaran diri emosional, merupakan ketrampilan bergaul dasar. Orang yang empatik lebih mampu menangkap sinyal-sinyal sosial tersembunyi yang mengisyaratkan apa-apa yang dibutuhkan dan dikehendaki orang lain. Manusia sering tidak memperlihatkan emosi secara langsung. Sebaliknya mereka memperlihatkan melalui tindakan bukan verbal seperti nadasuara, gerak tangan, ekspresi muka, gerak badan dan sebagainya. Sesungguhnya emosi menggunakan wahana bukan verbal untuk disampaikan. Justeru itu, kemahiran untuk membaca makna daripada unsur-unsur bukan verbal ini sangat penting untuk memahami emosi orang lain. Seseorang yang ingin membaca emosi orang lain itu haruslah berempati. Empati berbeza daripada simpati. Simpati hanya setakat memahami masalah atau perlakuan seseorang. Empati lebih daripada itu. Empati bukan sahaja memahami masalah orang tetapi merasai apa yang dirasai oleh orang itu. Tanpa empati seseorang itu akan membina jarak emosi dan keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal membina persahabatan yang bermakna. Memperlihatkan empati tidak bermakna seseorang itu menyerahkan nilai-nilainya ataupun mengenakan nilai-nilainya kepada orang lain. Sebaliknya seseorang itu dikehendaki mendengar, memahami dan merasainya. Selepas berempati barulah kita dapat membantu dengan cara yang lebih rasional dan positif. Contohnya, seorang guru sedang mengajar di dalam kelas. Di dalam kelas, seorang pelajar bermuka yang sedih dan muram. Guru tersebut dapat mengetahui bahawa pelajar tersebut sedih. Guru memanggil pelajar itu untuk berbincang tentang sebab-sebab bermuka sedih dan cuba menukar perasaan sedih kepada gembira.v. Kebolehan menguruskan hubunganSeseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik. Keupayaan interpersonalini mengizinkan seseorang itu mencorak dan membentuk pertemuan yang berlaku menjadi sesuatu yang positif, memberi ilham kepada orang lain, menghasilkan perhubungan yang akrab, mempengaruhi orang lain dan membantu orang lain mendapatkan kebahagian ataupun ketenangan. Setiap kali kita bertemu dengan seseorang kita sebenarnya menghantar isyarat melalui mimik muka, bahasa badan serta nada suara dan isyarat-isyarat ini memberi kesan kepada orang yang kita temui. Misalnya senyuman yang diberi pada setiap kali pertemuan akan menyebabkan seseorang mudah didekati oleh orang lain. Senyuman adalah isyarat yang membawa mesej, di antaranya orang yang tersenyum itusedia untuk didekati, senang dengan orang yang ditemui dan sedia menghulurkan tali persahabatan.Maka dengan adanya kecerdasan emosi, isyarat-isyarat yang dihasilkan itu mampu membentukperhubungan yang positif. Contohnya, guru memberi tugasan secara kumpulan. Pada masa itu, seorang pelajar tidak puas hati dengan pelajar lain kerana mempunyai pendapat yang berbeza terhadap tugasan tersebut. Guru tersebut dapat mengetahui masalah ini. Guru memanggil kedua-dua pelajar itu dan memberi penjelasan yang baik. Selepas itu, guru juga menerang kebaikan bertolak-ansur dan kerjasama dalam kerja kumpulan. Dengan itu, hubungan satu sama lain dapat dieratkan.

Soalan C : Huraikan suatu contoh situasi yang mencabar. Cadangkan strategi strategi mengurus emosi berdasarkan situasi tersebut.

SITUASI :Saya seorang guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester tiga. Sejak kebelakangan ini, saya menerima banyak tugasan dan kerja kursus. Oleh kerana kesuntukan masa saya mengalami stres. Keadaan sekitar saya menggangu emosi saya. Saya juga menghadapi beberapa masalah seperti kurang jelas tentang pelajaran, tidak mendapat maklumat yang jelas dan sebagainya. Oleh itu, saya berasa tertekan, geram, bimbang, marah, menangis dan sebagainya.

Apabila menerima banyak tugasan dan kerja kursus saya mula rasa tertekan. Saya membuat keputusan untuk mengatasi masalah tersebut. Saya telah mendapatkan nasihat daripada pensyarah saya. Menurut beliau terdapat beberapa strategi untuk mengurus emosi. Antaranya :1. Mengenal pasti tahap tekanan yang saya mengalami. Langkah ini dapat dilakukan dengan cara :i. Memahami proses dan kesan tekanan. Menurut beliau saya memahami proses yang perlu lakukan dalam tugasan tugasan tersebut dengan berbincang dengan rakan sekelas serta mendapatkan penerangan yang selanjutnya daripada pensyarah mata pelajaran tersebut. Selain itu, saya juga mendapat tahu kesan kesan tekanan emosi seperti sakit kepala, gangguan tidur seperti insomania, letih emosi dan kehabisan tenaga.ii. Saya mengenal pasti proses punca punca utama tekanan seperti penerangan yang kurang jelas yang diberi oleh pensyarah, tempoh masa yang singkat, tugasan yang terlalu banyak dan kekurangan sumber rujukan. iii. Mengenali dan mengetahui bila tekanan itu berlaku atau akan berlaku.iv. Membentuk beberapa cara yang sesuai bagi mengatasi tekanan yang kerap dihadapi.v. Melatih diri mengatasi tekanan dengan cara yang ditetapkan terlebih dahulu.vi. Kenali bentuk tekanan yang dapat membantu kita mengembangkan diri.

2. Penilaian Kendiri Satu lagi strategi yang beliau kata untuk berhadapan dengan tekanan adalah menerusi penilaian kendiri. Kaedah ini menghendaki saya menilai secara kognitif tanda tanda perubahan pada tingkah laku dan fisiologi berkaitan dengan tekanan yang dihadapi. Ini dapat membuat dengan cara mencatatkan dalam rekod segala peristiwa, pengalaman, sifat dan tingkah laku seharian saya. Tujuannya adalah untuk mengenali tekanan serta mengetahui cara cara untuk mengelakkan diri daripada tekanan. Dengan ini, saya mengetahui dan sedar bila menghadapi tekanan dan cara yang boleh digunakan untuk mengatasi tekanan emosi.

3. Kaedah Permainan Peranan Strategi kaedah permainan peranan dapat digunaka sebagai langkah mengurus tekanan. Menerusi kaedah ini saya melakonkan beberapa tindak balas yang lazim ke atas rangsangan tekanan yang disediakan. Tindak balas ini boleh dinilai dari segi tingkah laku, cara pertuturan dan lain lain lagi. Ini bertujuan untuk melatih supaya belajar menyesuaikan diri dengan tekanan.

4. Tingkah laku Alternatif Beliau menasihatkan saya supaya mengamalkan tingkah laku alternatif. Cara pertamanya adalah elakkan tingkah laku menyalahkan orang lain. Beliau turut menasihat saya bahawa banyak menggunakan perkataan saya boleh untuk mengelakkan tekanan emosi.

Beberapa kaedah yang lain sebagai strategi mangatasi tekanan adalah meditasi, sembahyang, beribadat dan beryoga. Cara ini dapat memberi ketenangan hidup dan justeru itu mendapat petunjuk yang betul bagi mengatasi tekanan.

Kaedah lain untuk mengurus emosi tertekan

Membaca ayat ayat suci dan bersembahyang

Bersukan dan beriadah

Melancong dan bersiar - siar

Membaca komik atau bahan bacaan yang ringan

Menonton filem, kartun ataupun komik

Mendengar muzik sentimental

Melukis

Soalan D: Seorang Guru Yang Anda Sangat-Sangat Ingat Sehingga Kini.Bagaimana Beliau Menggunakan Kompetensi Personal Emosinya?

Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)Kompetensi kecerdasan emosi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kesedaran emosi diri dengan sempurna. Kompetensi Kecerdasan Emosi ini boleh diklasifikasikan kepada dua komponen kompetensi yang utama iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial. Bagaimana beliau menggunakkan Kompetensi personal emosinya?

Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat menguruskan dirinya sendiri. Kompetensi personal merangkumi dua komponen yang utama, iaitu kesedaran emosi kendiri, pengurusan emosi kendiri. Maksud kesedaran kendiri ialah seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan isyarat dalamannya seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu mengetahui keadaan dirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan sebagainya. Selain itu, pengurusan emosi kendiri bermakna seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri.