contoh esei pa penggal 3 2014

57
 1 TAJUK 1 : Kewujudan K awasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dilaksanakan mulai 2003 banyak mendatangkan kesan positif kepada negara dan masyarakat. Bincangkan. IDEA : 5 kepentingan perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia CONTOH KARANGAN LENGKAP: Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA) telah membuka ruang baharu kepada  pengusaha tempatan dalam meluaskan pasaran. Banyak kesan positif diperoleh daripada perkembangan  baharu perluasan pasaran serantau ini. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka daripada kalangan negara ASEAN akan mempengaruhi pengeluar untuk meningkatkan mutu barangan atau akan meminimumkan kos.  Keadaan ini mendorong syarikat atau pengeluar barangan lain yang ingin bertahan, bertindak dengan cara yang sama untuk menguasai pasaran. Persaingan antara pengeluar dalam negara dengan pengeluar  barangan luar akan menguntungkan masyarakat dengan peningkatan mutu, penurunan harga dan  banyak pilihan barang. Meningkatkan kecekapan pengeluaran  merupakan kesan langsung kepada perjanjian ini. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga  buruh, penggunaan jentera dan keupayaan kilang. Industri besar seperti sektor automotif akan meningkatkan kecekapan bidang, yang seterusnya akan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran. Kemasukan teknologi baharu  merupakan satu kesan positif kepada kewujudan kawasan  perdagangan bebas ini. Dalam usaha mempertahankan pasaran, salah satu langkah yang akan diambil oleh pengusaha adalah dengan mendapatkan teknologi terkini. Kerjasama dengan pengusaha dari negara ASEAN lain sebagai satu langkah mengekalkan pasaran domestic dan menguasai pasaran negara ASEAN lain. Kerjasama ini termasuklah pemindahan teknologi dan kepakaran dari liar. Situasi ini meningkatkan perkembangan ekonomi negara. Perjanjian ini menyebabkan berlaku perluasan pasaran barangan . Gabungan pasaran antara negara ASEAN mewujudkan satu skala pasaran baharu yang cukup besar. Kira-kira 250 juta orang  penduduk Indonesia dan 65 juta orang penduduk Thailand merupakan satu pasaran yang terbuka luas untuk ditakluki oleh pengusaha tempatan. Tiada cukai atau sekatan kemasukan, atau dengan pengenaan kadar cukai maksimum 5% dapat merangsang pengusaha tempatan meningkatkan keupayaan dan kapasiti pengeluaran.

Upload: ahlan888

Post on 13-Oct-2015

5.673 views

Category:

Documents


62 download

TRANSCRIPT

TAJUK 1 :Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dilaksanakan mulai 2003 banyak mendatangkan kesan positif kepada negara dan masyarakat. Bincangkan.

IDEA : 5 kepentingan perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia

CONTOH KARANGAN LENGKAP: Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA) telah membuka ruang baharu kepada pengusaha tempatan dalam meluaskan pasaran. Banyak kesan positif diperoleh daripada perkembangan baharu perluasan pasaran serantau ini.Persaingan menguasai pasaran yang terbuka daripada kalangan negara ASEAN akan mempengaruhi pengeluar untuk meningkatkan mutu barangan atau akan meminimumkan kos. Keadaan ini mendorong syarikat atau pengeluar barangan lain yang ingin bertahan, bertindak dengan cara yang sama untuk menguasai pasaran. Persaingan antara pengeluar dalam negara dengan pengeluar barangan luar akan menguntungkan masyarakat dengan peningkatan mutu, penurunan harga dan banyak pilihan barang.Meningkatkan kecekapan pengeluaran merupakan kesan langsung kepada perjanjian ini. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga buruh, penggunaan jentera dan keupayaan kilang. Industri besar seperti sektor automotif akan meningkatkan kecekapan bidang, yang seterusnya akan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran.Kemasukan teknologi baharu merupakan satu kesan positif kepada kewujudan kawasan perdagangan bebas ini. Dalam usaha mempertahankan pasaran, salah satu langkah yang akan diambil oleh pengusaha adalah dengan mendapatkan teknologi terkini. Kerjasama dengan pengusaha dari negara ASEAN lain sebagai satu langkah mengekalkan pasaran domestic dan menguasai pasaran negara ASEAN lain. Kerjasama ini termasuklah pemindahan teknologi dan kepakaran dari liar. Situasi ini meningkatkan perkembangan ekonomi negara.Perjanjian ini menyebabkan berlaku perluasan pasaran barangan. Gabungan pasaran antara negara ASEAN mewujudkan satu skala pasaran baharu yang cukup besar. Kira-kira 250 juta orang penduduk Indonesia dan 65 juta orang penduduk Thailand merupakan satu pasaran yang terbuka luas untuk ditakluki oleh pengusaha tempatan. Tiada cukai atau sekatan kemasukan, atau dengan pengenaan kadar cukai maksimum 5% dapat merangsang pengusaha tempatan meningkatkan keupayaan dan kapasiti pengeluaran.

Pasaran yang luas merupakan satu tarikan pelaburan. AFTA merupakan satu promosi kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI). Gabungan 10 buah negara ASEAN mewujudkan sejumlah 513 juta orang pengguna merupakan satu kawasan pasaran bersama yang amat besar. Situasi menjadikan AFTA turut mempromosikan wilayah ASEAN sebagai pusat pelaburan antarabangsa yang tentunya menjadi unsur tarikan kepada pelabur asing, yang turut mewujudkan tempias kepada Malaysia. Walaupun pengguna di negar China lebih ramai dengan kos upah yang lebih murah, tetapi daya beli masyarakat ASEAN yang lebih tinggi memberi ruang daya saing dalam menarik pelabur.Kesediaan dan kecekapan meminimumkan kesan negatif dan mengeksploitasi kesan positif daripada kewujudan AFTA akan mendatangkan keuntungan besar kepada negara.

TAJUK 2 : Amerika bersin, dunia turut sama selsema. Satu pernyataan yang jelas tentang saling kebergantungan dan terbukanya sistem dan kedudukan ekonomi sesebuah negara dengan negara kuasa ekonomi dunia. Berdasarkan pernyataan, jelaskan bagaimana kemelesetan ekonomi dunia atau serantau turut memberikan kesan ke atas perkembangan ekonomi Malaysia atau negara jirannya.IDEA : 5 kesanCONTOH KARANGAN LENGKAP:Dalam sistem ekonomi terbuka, pembangunan ekonomi sesebuah negara, khususnya negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka akan menerima kesan kemelesetan apabila berlaku kemelesetan ke atas kuasa ekonomi dunia.Kesan paling besar apabila ekonomi dunia dalam keadaan tidak stabil adalah mengecilkan pasaran eksport. Keadaan ini menyebabkan berlaku penurunan kepada eksport negara. Pada tahun 1999, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat bernilai 21.9% bersamaan RM70.4 bilion. Kesan kelembapan ekonomi dunia menyebabkan penurunan eksport dalam sektor elektrik sahaja sehingga 60%. Kelembapan ekonomi Amerika Syarikat mulai tahun 2007, memberikan kesan besar kepada banyak negara termasuk negara Malaysia. Eksport yang menurun telah menurunkan tingkat pengeluaran firma.Kemelesetan ekonomi dunia juga memberikan kesan terhadap perbelanjaan swasta. Kelembapan ekonomi dunia atau Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia, memberikan kesan besar ke atas perbelanjaan dan modal swasta. Kejatuhan pasaran saham Wall Street turut mendatangkan kesan besar kepada pasaran saham majoriti negara termasuk Bursa Malaysia. Kejatuhan berterusan harga dan pasaran saham akan mengurangkan keyakinan pengguna dan menguncupkan kebolehan sektor korporat menerbitkan aktiviti baharu. Keadaan ini membantutkan perkembangan sektor korporat.Kemasukan pelaburan asing juga akan terjejas. Modal pelaburan yang dibawa masuk dari negara yang mengalami kemelesetan sudah pasti akan berkurangan. Faktor ini disebabkan kadar jualan yang merosot kesan kejatuhan pasaran barangan atau kejatuhan import dari negara lain. Syarikat yang sedia ada juga akan mengurangkan nilai dan modal pelaburan baharu.Kemelesetan ekonomi antarabangsa turut mendatangkan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara termasuk Malaysia. Peningkatan ekonomi Amerika Syarikat turut meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 6%, tetapi sekiranya ekonomi Amerika Syarikat merosot mendadak, pertumbuhan Malaysia hanya sekadar 4%. Pemulihan ekonomi Amerika Syarikat di samping beberapa faktor lain, telah membawa kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi negara kepada 5%.

Kemelesetan juga menggugat pegangan dan rangsangan negara dalam membuat ketetapan dasar ekonomi. Jurang kadar bunga yang tinggi antara dalam negara dengan liar negara akan mempengaruhi penetapan kadar bunga oleh Bank Negara bagi menyempitkan jurang antara kadar faedah asing dengan tempatan. Kemelesetan ekonomi dunia juga akan mengurangkan simpanan pendapatan eksport di luar negara. Rizab asing negara yang menurun, memberikan pengaruh dalam penglibatan aktiviti ekonomi di luar.Persediaan awal negara dalam menghadapi kemelesetan dan tadbir urus ekonomi yang cermat dan berhemah telah mengurangkan kesan kemelesetan ke atas negara Malaysia. Dengan demikian berlakulah pertumbuhan berterusan ke atas ekonomi Malaysia walaupun dengan kadar yang kecil.

TAJUK 3: Serangan dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan merupakan contoh tindakan unipolar Amerika Syarikat. Malaysia menentang keras pendekatan military ini kerana berpendapat banyak cara lagi untuk memerangi keganasan antarabangsa. Jelaskan.IDEA : Kesan pendekatan militari dan 4 cara lain ( 1+4)

CONTOH KARANGAN LENGKAP:Peperangan sering dijadikan alat untuk memerangi keganasan. Peperangan dan pencerobohan ke atas negara lain dihalalkan atas nama memerangi keganasan. Malaysia menentang keras tindakan tidak bertamadun ini. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.Pendekatan militari boleh membawa jalan penyelesaian kepada isu keganasan, namun tindakan ini membawa kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi sesebuah negara. Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akhirnya membawa kehancuran berganda kepada kehidupan rakyat. Kesukaran meneruskan kehidupan akan meningkatkan aktiviti keganasan dalam kalangan rakyat dan timbul konflik antara rakyat tempatan dengan negara yang terlibat dalam tindakan ketenteraan.Oleh itu, pendekatan lain mesti dikedepankan. Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu diberi mandat untuk menangani masalah mengikut kepakaran yang ada. Sebagai contoh, pemeriksaan senjata di negara Iraq yang dijadikan alasan menyerang negara berkenaan tidak sewajarnya berlaku. Pasukan pemeriksaan senjata seharusnya diberi ruang menamatkan tugasan dan berunding serta membuat cadangan penyelesaian. Penyelesaian PBB merupakan satu muafakat yang boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa.Perundingan juga sewajarnya menjadi keutamaan dalam menyelesaikan konflik. Hubungan diplomasi antara negara dengan pihak terlibat, contohnya seperti negara Libya, Iraq dan Afghanistan akan mengelakkan campur tangan secara ketenteraan dalam menangani keganasan. Perundingan dengan pelbagai pendekatan boleh mempengaruhi mereka yang menentang. Sebagai contoh, perundingan dan tawaran kepada Korea Utara telah mengendurkan negara ini daripada tindakan agresif.Perkara paling asas bagi menangani keganasan adalah mencari punca berlakunya keganasan. Mana-mana pihak mudah bertindak ganas sekiranya hak mereka dicabuli dan dicerobohi. Hak negara atau pihak yang lemah mesti dihormati, khususnya oleh negara kuasa besar dunia. Keganasan antarabangsa timbul apabila keinginan menuntut hak bernegara disekat, sebagai contoh Palestin. Rakyat negara berkenaan dinafikan hak mereka. Penafian ini tidak dapat diterima sama ada oleh generasi sekarang mahupun generasi akan datang di negara berkenaan. Penafian ini tidak akan menjadikan hak mereka terpadam.

Langkah mengadakan sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan bagi menangani masalah keganasan. Langkah ini boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara yang terlibat. Dengan ini, akan mengurangkan keupayaan negara tersebut memnuhi keperluan rakyatnya. Sebagai contoh, sekatan ke atas teknologi pengeluaran bahan makanan, sekatan untuk meningkatkan aliran modal. Sekatan kemasukan alat-alat ganti, alat-alat perindustrian dan perubatan. Sekatan ini akan menurunkan taraf hidup. Walaupun mungkin mengambil masa, tetapi keupayaan meningktkan aktiviti keganasan akan terbantut.Keganasan mesti ditentang, namun takrifan kegansan itu sendiri tidak boleh dibiarkan ditafsir oleh sebelah pihak, khususnya oleh negara yang berkepnetingan. Perang menentang keganasan dijadikan muslihat untuk menguasai sesuatu sumber, khususnya pertroleum. Kewujudan PBB hendaklah diberi makna.

TAJUK 4 :Negara Malaysia sering kali Berjaya mendapat sokongan dan undian untuk mengetuai atau menganggotai suatu organisasi antarabangsa. Berdasarkan contoh yang jelas, perihalkan pelantikan dan keanggotaan tersebut.IDEA: 5 perihal tentang penglibatan Malaysia menerusi sokongan antarabangsa.

CONTOH KARANGAN LENGKAP:Malaysia telah berjaya memainkan peranan aktif dalam menyuarakan isu-isu antarabangsa, khususnya melibatkan ketidakadilan dan layanan berat sebelah negara maju terhadap negara membangun. Keaktifan Malaysia ini memberi prestij kepada negara.Malaysia terpilih menduduki jawatankuasa tertinggi pertubuhan antarabangsa. Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), iaitu sebuah badan dunia yang membantu dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan negara anggota. UNESCO menjadi pusat perkongsian dan penyebaran maklumat. Pemillihan Malaysia kali kedua menduduki kerusi tersebut pada persidangan ke-34, bagi tempoh 2008 hingga 2011. Malaysia kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UNESCO, pada mesyuarat Konvensyen Memelihara Kebudayaan dan Warisan Dunia Asli ke-17 di Paris pada akhir tahun 2011.Kejayaan Malaysia juga dapat dinilai dengan kepercayaan mempengerusikan persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia telah terpilih dengan sebulat suara menduduki kerusi Presiden Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Perhimpunan terbesar yang dihadiri wakil semua negara anggota membahaskan semua perkara berkaitan dengan ekonomi, social dan politik dunia yang diadakan setahun sekali. Tan Sri Razali Ismail ( Malaysia) pernah menduduki kerusi Presiden Perhimpunan PBB (UNGA) sesi ke-51 (1996).Wakil Malaysia, iaitu YB Datuk Seri Shafie Apdal telah terpilih sebagai Pengerusi Parlimen Komanwel pada tahun 2011. Pertubuhan Komanwel banyak meberikan manfaat kepada Malaysia sebagai negara anggota, antaranya rakyat Malaysia telah dibantu dari segi kewangan, teknikal dan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pertubuhan ini juga membiayai projek-projek ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, pembiayaan Lebuh Raya Timur-Barat, jambatan serta beberapa institusi pendidikan di Sabah.

Malaysia diberi kepercayaan mempengerusikan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mulai 2003 selama empat tahun setengah sebelum menyerahkan kepada Senegal. Pemilihan Malaysia telah membawa kejayaan kepada OIC. Kejayaan OIC ialah menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara Barat dengan Islam. Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan, khususnya dalam kalangan negara OIC.Malaysia juga dipilih menganggotai badan Hak Asasi Manusia tertinggi dalam PBB. Negara lain yang turut terpilih bersama Malaysia termasuk Sepanyol dan Switzerland. Seramai 14 anggota baharu terpilih menganggotai selama tiga tahun bagi sebuah negara. Majlis Hak Asasi Manusia PBB dianggotai oleh 47 buah negara. Pemillihan Malaysia dalam majlis ini memberikan satu gambaran kepada Malaysia yang sekurang-kurangnya berupaya menjaga hak asasi dalam negara.Pemilihan Malaysia menganggotai banyak pertubuhan antarabangsa sama ada sebagai jawatankuasa mahupun mempengerusikan suatu pertubuhan, menggambarkan kewibawaan Malaysia dalam banyak hal.

TAJUK 5: Malaysia memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Perincikan bentuk-bentuk hubungan yang dijalinkan Malaysia dengan negara lain.IDEA: 5 bentuk hubungan

CONTOH KARANGAN LENGKAPHubungan yang dibentuk Malaysia dengan negara lain telah membawa keuntungan bukan sahaja kepada Malysia, malah kepada negara berkenaan. Hubungan yang dibentuk melalui hubungan diplomatic membawa kepada bentuk hubungan lain.Malaysia banyak mengadakan hubungan dagangan dengan mana-mana negara yang membuka pasarannya kepada Malaysia. Ekonomi Malaysia bersifat terbuka. Dengan wujudnya hubungan dagangan dengan banyak negara, eksport negara meningkat dan situasi ini mengukuhkan ekonomi negara. Untuk meningkatkan lagi hubungan dagangan, Malaysia mengadakan perjanjian dagangan dua hala dengan beberapa buah negara seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Jepun dan Pkistan. Perjanjian dagangan ini telah meningkatkan eksport Malaysia kerana negara berkenaan bersedia membuka pasaran kepada Malaysia.Malaysia juga menjalinkan hubungan dengan mengadakan perkongsian pembangunan wilayah. Pembentukan segi tiga pertumbuhan telah mewujudkan Memorandum Persefahaman Serantau. Persefahaman ini melibatkan Malaysia dengan negara jiran di sebelah utara dan selatan. Di sebelah kawasan selatan, melibatkan Singapura, Indonesia (Batam) dan Malaysia(Johor). Manakala di sebelah kawasan utara, melibatkan selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Sumatera Utara.Perkongsian data, maklumat dan risikan juga merupakan bentuk hubungan yang dijalin Malaysia dengan negara lain. Dalam memerangi keganasan merentasi sempadan, Malaysia menjainkan hubungan dan kerjasama dengan mengadakan perkongsian maklumat dan risikan. Jalinan ini melibatkan negara Indonesia, Australia dan Singapura. Beberapa siri tangkapan dan pendakwaan berjaya dilakukan dengan pertukaran maklumat berkenaan. Pertukaran maklumat ini penting memandangkan semakin meningkatnya jenayah merentasi sempadan.Hubungan yang paling bermakna untuk perkembangan dan kemajuan negara melibatkan hubungan pendidikan. Hubungan Malaysia dibina dengan banyak negara bagi mendapatkan peluang pendidikan untuk rakyatnya. Bidang berkenaan tidak dapat ditawarkan secara meluas dalam negara kerana kekurangan pakar. Malaysia mempunyai hubungan erat dengan Britain, Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa negara lagi tujuan ini.

Malaysia juga menjalinkan hubungan politik dengan banyak negara. Hubungan diplomatik yang terbentuk membolehkan Malaysia menyalurkan bantuan dan meringankan beban negara lain yang ditimpa bencana. Bantuan Malaysia amat disanjungi oleh negara berkenaan. Malaysia menghulurkan bantuan material dan pakar berkenaan semasa bencana tsunami di Acheh dan Jepun, bencana ribut di Myanmar serta banjir di Filipina dan Bangladesh. Malaysia juga menyalurkan bantuan yang besar kepada rakyat Bosnia Herzegovina semasa Perang Balkan. Saluran bantuan ini telah mewujudkan hubungan yang erat antara rakyat dengan kerajaan dua negara.Malaysia menjalin hubungan dengan pelbagai negara tanpa mengira ideologi. Hubungan yang dijalinkan, khususnya hubungan politik telah memberi peluang kepada Malaysia untuk menjalinkan hubungan dagangan.

TAJUK 6: Malaysia berpegang kuat kepada usaha memakmurkan jiran atau mewujudkan situasi menang-menang dengan jiran. Jelaskan kesan positif yang diterima oleh Malaysia.IDEA: 5 kesan positif jiran makmurIdea 1: Hubungan dagangan akan meningkat

Huraian: Kemakmuran mewujudkan kemajuan ekonomi kepada negara jiran Kemajuan ekonomi membawa kepada peningkatan hubungan dagangan termasuk peningkatan eksport ke negara berkenaan. Kemudahan infrastruktur dan komunikasi di negara berkenaan juga akan akan meningkat. Wujud pakej dari luar seperti pelabur yang merancang memasuki pasaran kedua-dua buah negara akan terlaksana yang sebelum ini gagal dilakukan. Keupayaan menyediakan peluang dan potensi pelaburan kepada syarikat Malaysia dengan kemakmuran yang wujud.Idea 2 : Menyekat penghijrahanHuraian: Kemakmuran negara jiran akan mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat sendiri. Rakyat atau sumber tenaga berkenaan lebih diperlukan oleh negara sendiri daripada berhijrah ke luar. Malaysia tidak akan menanggung kehadiran pekerja asing yang ramai dan mewujudkan batasan kepada majikan yang mengutamakan pekerja asing.Idea 3 : Mengurangkan jenayah merentasi sempadanHuraian : Kemakmuran negara jiran mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang baik Jenayah akan menurun termasuk jenayah berat Sebahagian penjebayah yang menyusup masuk ke negara kita kerana lari daripada tindakan undang-undang di negara mereka akan berkurang malah mungkin tidak berlaku. Penyeludupan barangan, khususnya melibatkan barang yang tidak mencukupi di negara jiran kerana ekonomi yang lembap juga dapat dikurangkan.

Idea 4: Melancarkan aliran masuk pelancongHuraian : Kemakmuran negara jiran melancarkan perjalanan pelancong yang dating dengan pakej melibatkan pakej dua atau lebih negara. Demonstrasi jalanan Si Baju Merah di Thailand telah menjejaskan perjalanan pelancong ke Malaysia melalui Thailand. Rusuhan yang berlaku di Thailand menyebabkan banyak tempahan hotel di Kuala Lumpur dibatalkan kerana gangguan atau membatalkan perjalanan yang dibuat dalam bentuk pakejIdea 5: Meningkatkan kesepakatan bersamaHuraian: Kemakmuran negara jiran membawa kepada peningkatan kesepakatan bersama. Kesepakatan dalam pertubuhan negara ASEAN akan menjadi lebih baik dan banyak perancangan bersama dapat diambil. Kesepakatan antara beberapa negara jiran dalam melaksanakan pelbagai projek dapat dijayakan. Contoh persetujuan melaksanakan pembangunan segi tiga antara Malaysia dengan negara jiran di sebelah utara dan selatan seperti segi tiga pertumbuhan melibatkan Thailand-Malaysia- Sumatera Utara.Idea 6: Meningkatkan kerjasama keselamatanHuraian: Kemakmuran jiran meningkatkan persefahaman kerana tidak menghadapi masalah ekonomi dan sosial yang besar. Kawalan sempadan bersama, kaedah pencegahan penyeludupan dan pertukaran maklumat atas kepentingan bersama dapat ditingkatkan Contoh yang jelas, kawalan aktiviti lanundi perairan negara dapat dilakukan bersama dengan Indonesia.

TAJUK 7:Perjalanan dasar luar Malaysia menunjukkan negara ini mempunyai ketegasan dan keberanian dalam membuat pelbagai tuntutan dan seruan pada peringkat antarabangsa. Dengan contoh yang jelas, ulaskan tuntutan-tuntutan yang diperjuangkan oleh Malaysia dalam meningkatkan keadilan dan kesejahteraan sejagat.IDEA: 5 ulasan tentang tuntutan Malaysia

Idea 1: Tuntutan ke atas Antartika Malaysia memegang prinsip Antartika Warisan Bersama. Antartika kaya dengan sumber galian dan mineral termasuk petroleum. Negara-negara maju telah mendominasi kajian dan penyelidikan ke atas sumber hasil berkenaan tanpa perancangan dan prosedur kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Segala penemuan dan pengeluaran hasil tidak boleh dimonopoli oleh negara yang membuat penyelidikan sahaja. Malaysia memnita negara kuasa besar dunia membuka ruang penyelidikan kepada negara-negara lain yang berminat.Idea 2 : Penghapusan rejim aparteid Kewujudan rejim aparteid telah mencemarkan amalan demokrasi, juga nilai keemanusiaan. Warna kulit dan perbezaan lain tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk memberikan layanan berbeza. Malaysia melalui Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Komanwel menentang keras dan menuntut sekatan dan penghapusan terhadap rejim ini daripada menguasai Afrika Selatan.Idea 3: Pendemokrasian PBB Kuasa veto telah menjejaskan kedudukan PBB dari segi ketelusan tindakan ke atas mana-mana negara yang melanggar prinsip kemanusiaan sejagat. Sebarang keputusan Majlis Keselamatan PBB boleh divetokan atau dibatalkan oleh 5 kuasa besar dunia walaupun mendapat persetujuan majoriti ahli. Kewujudan kuasa veto telah meletakkan Majlis Keselamatan PBB tidak demokrasi. Gesaan Malaysia agar kuasa veto ini dihapuskan atau dibuat penambahbaikan.

Idea 4 : Menggerakkan mahkamah jenayah perang antarabangsa Malaysia memperjuangkan slogan Perang ialah Jenayah. Malaysia mendesak agar slogan ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan dengan mengheret mana-mana negara yang menyerang negara lain sebagai melakukan jenayah. Bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen terhadap tuntutan tersebut, Malysia menganjurkan satu perbicaraan jenayah perang berkaitan denag serangan ke atas Iraq. Kesungguhan tuntutan Malaysia dijelmakan melalui penubuhan Mahkamah Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur yang membicarakan dua pemimpin kuasa besar, iaitu pemimpin Amerika dan Britain atas penglibatan melakukan jenayah perang ke atas Iraq.Idea 5: Keadilan untuk Palestin Malaysia amat komited dengan gesaan agar menghormati hak rakyat Palestin dengan memberikan hak kepada mereka untuk hidup sebagaimana rakyat negara lain. Kekejaman ke atas rakyat Palestin mesti ditamatkan. Malaysia telah menganjurkan satu persidangan khas antarabangsa mengenai isu rakyat Palestin dan meminta dunia menghormati segala ketetapan Majlis Keselamatan PBB.Idea 6 : Gerakan kesederhanaa global Dalam menangani isu keganasan antarabangsa dan sikap sesetengah negara yang suka menggunakan kekerasan terhadap negara lain, Malaysia mendukung desakan kesederhanaan dalam semua tindakan. Malaysia menentang keras tindakan military ke atas sesebuah negara. Melancarkan peperangan ke atas negara lain ialah suatu jenayah. Bagi meningkatkan penerimaan terhadap tuntutan Malaysia, satu persidangan melibatkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) telah dianjurkan di Kuala Lumpur pada awal tahun 2012.

TAJUK 8: Malaysia berkongsi kawasan marin yang luas dengan negara jiran. Namun, hidupan di kawasan marin semakin terancam dan ancaman yang serius akan meninggalkan pelbagai kesan terhadap rakyat Malaysia dan rakyat negara jiran. Bincangkan.IDEA: Punca wujudnya ancaman dan kesan kewujudan ancaman ( 3+2/ 2+3)

PUNCA:Idea 1 : Aktiviti domestik dan perkapalan Tumpahan minyak atau bahan kimia toksik akan mencemarkan laut sama ada daripada aktiviti perkapalan, pembuangan enap cemar atau perlanggaran dan karangan kapal. Pelepasan sisa kumbahan domestik sama ada dari kawasan perumahan atau hotel merupakan punca ancaman kepada hidupan marin. Dengan pencemaran yang wujud, kandungan oksigen di dalam air tergugat.Idea 2 : Aktiviti penerokaan sumber marin Aktiviti menyelam dan mengambil hidupan marin seperti batu karang dan hidupan fosil lain Kegiatan nelayan menggunakan pukat yang salah untuk mengeksploitasi sumber marin, malah sesetengahnya menggunakan bom untuk tujuan menangkap ikan. Aktiviti ini menjadi ancaman kepada hidupan marin di kawasan marin yang dikongsi antara Malaysia dengan negara jiran.Idea 3 : Kegiatan tebus guna pantai Penambakan pantai juga menjejaskan dan mengancam hidupan laut sama ada di negara kita atau negara jiran. Aliran semula jadi air bawah laut berubah menjadi deras dan akan menjejaskan kehidupan. Tambakan laut juga memusnahkan habitat. Kemusnahan habitat merupakan ancaman besar kepada hidupan marin.Idea 4 : Perubahan seismologi dasar lautan Kesan gempa bumi, gerakan tanah bawah laut dan letusan gunung berapi membawa perubahan kepada seismologi dasar lautan. Kejadian tsunami merupakan contoh kepada perubahan seismologi dasar lautan. Perubahan ini mengancam hiduapn marin.

Idea 5 : Ujian nuklear Ujian nuklear mewujudkan pencemaran radioaktif. Kegiatan ujian di lautan Pasifik, Pulau Bikini Atol membuktikan hidupan laut di kawasan pulau tersebut terjejas. Walaupun tiada ujian dilakukan di kawasan marin Malaysia dan kejiranan, tetapi pergerakan kehidupan marin boleh membawa kesan radioaktif ke kawasan marin negara.KESAN ANCAMAN YANG SERIUS Idea 6: Kepupusan hidupan dan biologi marin Kemusnahan terumbu karang membawa kepada kemusnahan plankton yang merupakan organism yang menjadi makanan haiwan marin. Kekurangan sumber makanan menjadikan spesies yang dilindungi akan musnah seperti dugong. Kemusnahan terumbu karang juga akan meninggalkan kesan kepada ekosistem laut. Idea 7: Menjejaskan sumber protein dan kesihatan Sumber marin yang tercemar, pemangsa kepada hidupan marin juga boleh terancam dan turut mendatangkan risiko kepada manusia. Makanan daripada hidupan marin membekalkan sumber protein yang tinggi. Kepupusan atau pencemaran menjejaskan sumber makanan manusia. Idea 8 : Pencemaran laut Sisa buangan toksik atau nuklear mengancam kebersihan laut. Tumpahan minyak memberikan kesan kepada keadaan laut yang bersih. Tambakan laut memusnahkan habitat hidupan marin dan mengubah pH air laut.

TAJUK 9 :Perairan Selat Melaka di samping menjadi sebahagian kawasan peraiaraan antarabangsa, selat ini juga merupakan kawasan pengairan yang dikongsi antara Malaysia dengan Indonesia. Namun, wujud ancaman ke atas selat ini dari pelbagai aspek. Jelaskan ancaman tersebut.IDEA : 5 situasi yang mewujudkan ancaman kepada Selat Melaka. ( 5+0)

Idea 1 : Kegiatan perlanunan Berlaku di kawasan perairan antarabangsa. Kegiatan lanun menyerang dan merampas barangan dagangan. Keselamatan kapal dagangan ini terancam dengan gangguan lanun walaupun masih terkawal. Rondaan bersama antara Malaysia dengan jirannya telah mengurangkan masalah ini.Idea 2 : Pembuangan enap cemar Perbuatan ini dilakukan oleh sesetengah kapal yang melalui perairan Selat Melaka. Aktiviti membuang enap cemar daripada kapal merupakan pelupusan yang salah. Aktiviti ini ada kalanya sukar kesan atau dapat dikesan setelah pelakunya telah selesai membuang enap cemar tersebut.Idea 3 : Bencana alam Kejadian tsunami yang berlaku menyebabkan kerosakan yang teruk. Ancaman ribut taufan juga mengancam laluan dagangan antarabangsa ini. Pertembungan arus mewujudkan kekuatan kepada ombak dan mengancam kapal kecil.Idea 4: Laluan perkapalan yang sibuk Kira-kira 50 000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke timur setiap tahun. Hampir 1/5 perdagangan dunia melalui selat ini. Situasi ini mewujudkan risiko perlanggaran kapal yang boleh membawa kepada kebakaran dan tumpahan minyak.Idea 5 : Kesan aktiviti domestik kedua-dua negara Pengaliran air kumbahan ke laut akibat aktiviti perhotelan dan kawasan petempatan Pembuangan sampah dan pengaliran sisa ternakan juga menjadi ancaman.

TAJUK 10 : Malaysia pernah mendapat pengiktirafan sebagai Pemimpin Negara Membangun. Dengan contoh yang jelas, tunjukkan peranan dan usaha yang dilakukan Malaysia bagi meningkatkan kemajuan dalam kalangan negara membangun.IDEA : 5 peranan ( 5+0)

Idea 1 : Menganjurkan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) Untuk mencari pendekatan sesuai untuk membangunkan negara masing- masing. Malaysia turut menawarkan Panel Penasihat Kewangan (FIA) Dialog mewwujudkan kerjasama antara benua, bertukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi. Dialog juga melibatkan pelbagai bidang ekonomi politik, ekonomi dan dialog peradaban kebudayaan. Dialog yang menggalakkan penglibatan sektor awam dan sektor swasta secara bersama. Dialog ini menjadi landasan penting kepada negara membangun untuk menimba pengalaman.Idea 2 : Pemberian biasiswa dan bantuan Pemberian biasiswa kepada pelajar dari negara miskin dan tertindas seperti dari Palestin dan Bosnia. Biasiswa ini membolehkan rakyat dari negara tersebut menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Malaysia. Malaysia juga menaj biasiswa kepada sebilangan pelajar warga Acheh untuk meneruskan pengajian mereka.Idea 3 : Menyuarakan tuntutan hak negara membangun Tuntutan Malaysia disuarkan melalui gelaran yang diwujudkan dalam kalangan negara membangun seperti Suruhanjaya Selatan-selatan dan Negara Membangun Lapan (D8). Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada Suruhanjaya Selatan-selatan telah mencadangkan penubuhan G15 yang telah merangka Mekanisme Kewangan Pembiayaan Perdagangan yang menghapuskan pengenaan cukai berganda antara anggota. G15 juga menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) yang banyak membantu negara membangun mendapatkan maklumat untuk membangunkan negara mereka.

Idea 4: Kemudahan bantuan teknikal Malaysia Mewujudkan Rancangan Kerjasam Teknikal Malaysia (MTCP) bagi membantu menyalurkan kemahiran dan bantuan kepada negara-negara selatan atas kepakaran dan kemahiran yang dimiliki Malaysia. Lebih 20 000 termasuk 700 rakyat Thailand memperoleh manfaat daripada program MTCP yang diperkenalkan pada tahun 1980. Kini, melibatkan 138 buah negara. Kemudahan disediakan Malaysia ini selaras dengan dasar memakmurkan jiran anda yang diamalkan negara.Idea 5 : Pendekatan dalam melindungi alam sekitar Protokol Kyoto merujuk kepada persetujuan 37 buah negara bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 5% menjelang berakhir 2012. Malaysia mencadangkan diwujudkan dana lebih besar bagi membantu negara membangun mengatasi masalah perubahan iklim dunia secara lebih berkesan. Negara maju yang mendapat manfaat daripada pelaburan mereka di negara membangun juga diminta menjadi penyumbang aktif kepada dana bagi meningkatkan perlindungan di negara membangun. Negara maju mesti lebih komited menawarkan pembiayaan dan teknologi kepada negara membangun bagi membentuk satu rejim iklim yang berkesan selepas perjanjian tamat pada tahun 2012.

TAJUK 11: Dalam meningkatkan hubungan dan persahabatan dengan negara jiran, Malaysia mengambil langkah berhemah dalam jalinan hubungan tersebut. Jelaskan pendekatan Malaysia tersebut.IDEA : 5 pendekatan Malaysia ( 5+0)

Idea 1 : Menggunakan saluran undang-undang Dalam menyelesaikan konflik sempadan dan tuntutan bertindih wilayah, Malaysia membawa isu berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Malaysia bersedia menerima keputusan yang dibuat oleh mahkamah berkenaan. Kaedah ini telah menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dengan Singapura dan Malaysia dengan Indonesia.Idea 2 : Kaedah perundingan Isu bilateral melibatkan Malaysia denagn Singapura melalui rundingan. Antara isu ini melibatkan masalah bekalan air dan stesen kereta api Tanjung Pagar. Sebahagian isu melibatkan kedua-dua buah negara ini masih dalam peringkat rundingan.Idea 3: Kerjasam ekonomi Kerjasama segi tiga pertumbuhan ini melibatkan beberapa kawasan iaitu, kawasan selatan Singapura, Indonesia (Batam) dan Malaysia (Johor). Manakala, kawasan utara pula melibatkan selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Sumatera Utara. Kawasan pertumbuhan ASEAN timur pula melibatkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina. Kerjasama ini melibatkan bidang pelancongan, perdagangan dan kemudahan infrastruktur.Idea 4 : Dasar menang-menang Pemetaan semula sebahagian sempadan yang dituntut Malaysia dan Brunei. Kawasan yang dipertikaikan diserah kepada Malaysia untuk diusahakan projek cari gali sumber petroleum mentah di kawasan berkenaan. Brunei mendapat hasil melalui sumber yang dikeluarkan dari negara mereka, manakala Malaysia mendapat hasil daripada kontrak usaha cari gali yang diserahkan kepada Malaysia.Idea 5 : Projek usaha sama Penemuan minyak di kawasan perairan yang dituntut bersama iaitu di kawasan Teluk Siam. Malaysia mengambi pendekatan mengadakan usaha sama dengan Thailand dalam usaha cari gali. Pendekatan ini telah memberikan hasil kepada kedua-dua pihak tanpa perlu melepaskan hak masing-masing.

TAJUK 12 : Masalah penyeludupan merupakan masalah antara Malaysia dengan negara . Jelaskan faktor yang mewujudkan masalah ini dan kesan kepada kedua-dua negara.IDEA : Faktor yang mewujudkan masalah dan kesan kepada kedua-dua negara ( 3+2/ 2+3)

FAKTOR PENYELUDUPANIdea 1 : Perbezaan harga barangan antara dua buah negara Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi harganya. Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa kepada penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia. Begitu juga sebaliknya harga minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia membuatkan berlaku penyeludupan petrol ke Thailand.Idea 2 : Kekurangan sumber di salah sebuah negara Apabila berlaku kekurangan sumber maka harga barangan akan meningkat. Peningkatan harga di 2 buah negara yang berkongsi sempadan darat, memudahkan barangan menyeberangi sempadan secara tidak sah bagi memenuhi kekurangan barangan. Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang keperluan makanan.Idea 3 : Undang-undang berbeza Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses Ada negara jiran yang membenarkan berbuat demikian. Berlaku penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan Malaysia. Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa.Idea 4: Mengelak cukai Harga barangan import meningkat naik kerana kos cukai yang dikenakan oleh kerajaan Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan akan mendapat permintaan yang tinggi. Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk mengelak daripada dijual dengan harga yang tinggi.

Idea 5: Memenuhi pasaran bermusim Semasa musim perayaan, permintaan terhadap barangan akan meningkat. Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi di pasaran. Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan cuba dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia. Begitu juga dengan bekalan rokok dan mercun.Idea 6: Kawalan sempadan Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan laut. Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran Situasi yang menjadikan Malaysia transit penyeludupan barangan dan dadah, malah pemerdagangan orang.KESANIdea 7: Kerugian ekonomi Kadar cukai yang dilepaskan atas suatu barangan Negara kehilangan asset yang diseludup begitu sahaja. Kadar cukai yang diperoleh boleh digunakan untuk merangsang kegiatan ekonomi lain.Idea 8: Imej negara Imej negara yang seolah-olah membenarkan jualan barangan dari negara jiran tanpa izin. Menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah penyeludupan. Penyeludupan juga melibatkan barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan barangan kerana tidak boleh dijual di tempat rasmi.Idea 9: Membawa kepada penyeludupan manusia/dadah Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk menembusi barangan lain. Pengedaran dadah secara sembunyi akan mengambil tempat. Jenayah pemerdagangan juga boleh berlaku apabila sempadan dilihat boleh bolos.Idea 10: Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara Menjejaskan hubungan baik antara dua negara kerana membenarkan harta intelek negara mereka dirompak dan dijual di Malaysia. Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik kerana dijual dengan harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan adalah sama. Situasi ini wujud kerana kemasukan secara berbeza. Protes daripada pengeluar batik mewujudkan keadaan yang tidak baik antara peniaga dua buah negara.

Idea 11 : Penyakit berjangkit Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah menular semula di negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam negara. Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk. Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.Idea 12 : Kemasukan barangan yang tidak bermutu Barangan tidak bermutu sekiranya melibatkan barang untuk kesihatan dan kosmetik berisiko mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia. Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama antara dua buah negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga mendatangkan risiko berlakunya lebihan tenaga yang boleh menyebabkan kebakaran.

TAJUK 13 : Masalah jerebu dan kualiti udara yang merentasi sempadan merupakan antara masalah yang dihadapi antara negara berjiran. Negara kita turut menghadapi masalah yang sama. Jelaskan punca masalah ini dan kesannya kepada Malaysia dan negara lain.IDEA : Punca dan kesan kejadian jerebu ( 3+2/ 2+3)PUNCAIdea 1 : Pembakaran terbuka Pembakaran terbuka di ladang-ladang untuk tujuan membersihkan sisa tanaman semula. Aktiviti sebegini sering dilakukan di Kalimantan kerana teknologi penanaman yang masih rendah. Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah. Teknologi yang rendah menjadikan kaedah pembakaran merupakan kaedah yang terpilih. Asap daripada pembakaran ini merentasi sempadan yang tentunya sukar dikawal.Idea 2 : Kebakaran hutan Kebakaran hutan juga sering berlaku di negara jiran sehingga berminggu-minggu Kebakaran ini berpunca daripada cuaca yang kering yang ada kaitan dengan el Nino. Kebakaran hutan yang luas telah menyebabkan serakan asap yang meiputi kawasan yang luas termasuk Malaysia.Idea 3 : Industri dari negara jiran Peningkatan unsur karbon merentasi sempadan yang berpunca daripada kegiatan industri negara jiran. Industri pengangkutan yang membebaskan asap, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, serta habuk dan jelaga juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. Teknologi yang rendaah dalam mengawal pelepasan asap kilang dan kelemahan pemantau juga merupakan faktor.Idea 4 : Penerokaan hutan negara jiran Penerokaan hutan bukan sahaja mengurangkan agen pembebasan oksigen yang menstabilkan suhu dan membekalkan udara bersih, juga mengurangkan agen untuk menyerap karbon dioksida. Negara membangun masih bergantung kepada sebahagian hutan untuk kegiatan ekonomi mereka.

KESANIdea 5 : Kesihatan /penyakit Menjejaskan sistem pernafasan seperti lelah, radang paru-paru, selsema dan batuk Boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat diambil tindakan Mata menjadi berair dan pedih serta kulit menjadi gatal.Idea 6 : Menjejaskan kehidupan akuatik Menjejaskan hidupan laut yang seterusnya memberikan kesan kepada kegiatan perikanan. Laut biasanya menjadi penghubung antara dua negara. Jerebu menyekat kemasukan cahaya. Kesannya hidupan seni atau plankton yang menjadi makanan ikan mati. Hujan asid juga merosakkan flora dan fauna. Pembiakan yang terjejas akan mengurangkan sumber perolehan protein.Idea 7 : Kesan rumah hijau Partikel terampai di udara akan menyerap haba seterusnya menghalang pembebasan haba ke atmosfera. Suhu akan meningkat kerana haba yang terperangkap terbebas ke udara. Suhu yang terperangkap membentuk zon haba atau pulau haba yang mempengaruhi suhu setempat.Idea 8 : Mengganggu industri pelancongan Semasa jerebu rakyat tidak digalakkan berada di luar rumah. Larangan ini akan menjejaskan industri pelancongan. Semasa dilanda jerebu yang teruk pada tahun 2003, Singapura melarang wartawan membesarkan masalah jerebu kerana menjejaskan industri pelancongan negara itu.Idea 9 : Aktiviti penerbangan Banyak penerbangan terpaksa dibatalkan Kerana habuk dan jerebu menyekat pandangan yang boleh menyebabkan pelanggaran kapal terbang.Idea 10: Menjejaskan sektor pertanian dan perhutanan Proses fotosintesis akan terhalang. Tisu dan daun akan musnah. Kesannya pengeluaran hasil akan terbantut Hutan juga akan kehilangan kesuburan kerana faktor hujan asid dan sekatan kemasukan cahaya.

TAJUK 14 : Pengeluaran minyak sawit Malaysia sering disabotaj oleh Persatuan Pengeluar Minyak Soya Amerika Syarikat. Jelaskan alasan yang digunakan persatuan tersebut dan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangkis dan meningkatkan kemajuan industri sawit negara.IDEA : Alasan yang digunakan dan langkah yang diambil ( 3+2/ 2+3)

Idea 1 : Minyak sawit berkolesterol tinggi Persatuan Pengeluar Minyak Soya Amerika Syarikat menuduh minyak masak daripada kelapa sawit mengandungi kolesterol yang tinggi yang boleh membahayakan kesihatan, khususnya jantung. Minyak ini dikatakan tinggi kandungan lemak tepu yang tidak baik untuk kesihatan krana sukar diproses oleh badan. Mereka mendesak agar minyak ini tidak dibenarkan berada di pasaran.Idea 2: Berlaku penebangan hutan yang besar. Persatuan Pengeluar Minyak Soya Amerika Syarikat juga mendedahkan bahawa banyak hutan telah ditebang untuk ditanam dengan kelapa sawit. Menggunakan minyak sawit bermakna menyokong hutan di Malaysia ditebang. Oleh itu, minyak ini wajar ditolak daripada pasaran.Idea 3 : Menggunakan dana antarabangsa Kelapa sawit juga dikatakan ditanam dengan menggunakan dana antarabangsa. Dana itu seharusnya digunakan untuk membangunkan banyak lagi negara miskin. Oleh itu, minyak kelapa sawit hendaklah ditolak daripada digunakan oleh masyarakat antarabangsa.LANGKAH YANG DIAMBILIdea 4: Ujian makmal di luar negara Ujian dilakukan di makmal negara Amerika sendiri untuk mendapatkan fakta yang jelas bahawa minyak sawit kurang mengandungi kolesterol berbanding minyak bijiran lain. Ujian itu bukan sahaja menafikan tuduhan Persatuan Pengeluar Minyak Soya Amerika Syarikat, malah membuktikan minyak sawit mengandungi kandungan vitamin yang tinggi yang diperlukan oleh badan. Ujian ini berjaya menolak tuduhan Persatuan Pengeluar Minyak Soya Amerika Syarikat.

Idea 5 : Peningkatan teknologi Teknologi dalam pelbagai peringkat pengeluaran digunakan. Penggunaan teknologi meningkatkan kualiti pengeluaran Malaysia membuktikan tanpa membuka kawasan hutan baharu, pengeluaran hasil minyak komoditi ini berjaya ditingkatkan.Idea 6 : Lebih banyak R&D Melalui R&D telah menemui benih yang baik untuk digunakan. R&D juga meningkatakn pengeksploitasian penggunaan komponen pokok kelapa sawit untuk pelbagai kegunaa termasuk penghasilan input kimia, baja dan penghasilan tenaga biomas. R&D menghasilkan prose perahan yang lebih banyak dan minyak yang lebih berkualiti. Negara membuktikan tanpa pembukaan kawasan baharu, hasil dapat ditingkatkan.Idea 7 : Meningkatkan kemajuan industri hiliran Untuk meneruskan memajukan industry sawit Malaysia, kerajaan menekankan penghasilan barangan keluaran peringkat kedua. Dengan kemajuan, Malaysia tidak perlu bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat untuk hasil minyak sawit negara. Kemajuan industri hiliran meningkatkan kemajuan industri kelapa sawit.

TAJUK 15 : Perkembangan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Jelaskan faktor-faktor berkenaanIDEA : 5 faktor yang mempengaruhi perkembangan dasar luar Malaysia.

Idea 1 : Menjaga kepentingan negara Malaysia berusaha mengadakan hubungan politik dengan semua negara tanpa mengira ideologi kecuali dengan negara yang menyerang dan merampas negara lain seperti Israel. Hubungan juga melibatkan pelbagai aspek dari segi politik, kebudayaan, ekonomi dan keselamatan. Hubungan yang dipupuk dapat mengeratkan hubungan dan meningkatkan kerjasama serta membantu menguruskan konflik antara dua negara.Idea 2 : Agama rasmi negara Menjalin hubungan baik dengan semua Islam sebagai memenuhi tuntutan agama rasmi negara menjadi criteria dalam perkembangan dasar luar. Agama mengikat hubungan antara Malaysia dengan negara Islam lain Malaysia pendukung kuat Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan banyak menggerakkan aktiviti pertubuhan ini.Idea 3 : Kedudukan geografi Kedudukan Malaysia dalam persekitaran yang strategik menghubungkan dua lautan dan dua benua. Selat Melaka sebagai laluan strategik antarabangsa dan Malaysia perlu mengeksploitasi kedudukan ini dengan mengadakan hubungan dengan semua negara yang menggunakan Selat Melaka bagi memudahkan hubungan perdagangan. Hubungan diplomatic boleh membawa kepada hubungan dagangan. Pengaruh kedudukan geografi telah diambil kira oleh negara dengan mewujudkan hubungan politik dengan negara berdekatan.Idea 4 : Keadaan politik serantau Malaysia tunjang kepada kekuatan ASEAN, menjaga hubungan yang baik dengan negara jiran bermakna menjaga keselamatan serantau. Keadaan politik serantau mempengaruhi tindakan Malaysia. Hubungan dengan jiran membolehkan semua yang perlu dimuafakatkan boleh dilakukan, hubunagn dengan jiran tidak melibatkan jarak, masa dan tanpa kos tambahan.

Idea 5 : Hubungan antarabangsa Menyertai pelbagai pertubuhan antarabangsa, khususnya PBB. Malaysia menjunjung prinsip pertubuhan yang disertai. Isu yang disepakatkan dalam pertubuhan itu akan turut disokong oleh Malaysia sebagaimana Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin yang direstui PBB dalam Resolusi 1942. Melibatkan diri dengan PBB bagi mengingatkan hubungan Malaysia dengan negara lain.

TAJUK 16 : Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan penglibatan tersebut. Jelaskan. IDEA : 5 idea keuntungan yang diperoleh oleh Malaysia ( 5+0)

Idea 1 : Mewujudkan hubungan dagangan Dengan melibatkan secara aktif dalam sebarang pertubuhan negara-negara membangun melalui G15, D8 dan ASEAN (AFTA), hubungan dagangan meningkat. Pasaran bagi produk negara meningkat. Penglibatan Malaysia merupakan satu langkah mempromosikan produk Malaysia ke luar negara. Ruang kepada syarikat Malaysia melabur dan mendapat ruang perniagaan di negara berkenaan. Melalui G15, pertubuhan ini telah merangka Mekanismae Kewangan Pembiayaan Perdagangan yang menghapuskan pengenaan cukai berganda antara negara anggota. G15 juga menganjurkan forum perniagaan dan pelaburan untuk ahlinya.Idea 2 : Melindungi keselamatan negara Malaysia menyokong kuat PBB bagi mendapt keselamatan selepas mendapat kemerdekaan. Penglibatan Malaysian dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel telah melindungi Malaysia daripada ancaman komunis dan ancaman konfrontasi dengan Indonesia melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya dengan Britain.Idea 3 : Perkongsian maklumat dan data Penglibatan Malaysia, khususnya dalam G15 telah membolehkan pertukaran data dan maklumat antara negara membangun. Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) Dengan pertukaran maklumat dan data, membantu Malaysia meneroka peluang perniagaan dan pelaburan dalam kalangan negara membangun.Idea 4 : Kesepakatan dalam mempertahankan pasaran Melalui Kerjasama Selatan-selatan mewujudkan muafakat bagi mendesak negara utara melakukan penstabilan harga. Penstabilan harga komoditi (getah, bijih timah dan koko) melalui perjanjian antarabangsa dan penubuhan tabung bersama. Kejayaan ini menerusi beberapa siri Dialog Utara-Selatan yang menghasilkan perjanjian komoditi antarabangsa seperti Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa dan Perjanjian Koko Antarabangsa.

Idea 5 : Tajaan biasiswa dan peluang pendidikan Penglibatan aktif dalam Komanwel membolehkan Malaysia menikmati bantuan teknikal dan biasiswa daripada Rancangan Colombo. Rancangan ini juga menyediakan bantuan bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada negara anggota bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Membiayai projek-projek ekonomi negara anggota. Contohnya, pembiayaan Lebuh Raya Timur-Barat, jambatan serta beberapa institusi pendidikan di Sabah.

TAJUK 17 : Malaysia sebuah negara kecil tetapi mempunyai suara yang besar di persada dunia. Huraikan faktor yang mempengaruhi situasi ini.IDEA: 5 idea yang mempengaruhi keberanian Malaysia (5+0)

Idea 1 : Dicontohi dalam tadbir urus yang berkesan Kemudahan infrastruktur bertaraf dunia menggambarkan kemajuan Malaysia, tidak ketinggalan berbanding banyak negara. Keupayaan Malaysia menggembleng kekuatan atau sumber yang ada sehingga muncul dan pernah mendapat gelaran Naga Asia. Negara teratas kedudukan dari segi keselamatan di Asia Tenggara, kedua di Asia dan ke-19 di dunia.Idea 2 : Hubungan ekonomi dengan banyak negara Ekonomi Malaysia walaupun terbuak tetapi tidak bergantung kepada satu sumber. Malaysia walaupun mengimport minyak dan menerima kesan kenaikan harga, tetapi dalam masa yang sama turut mendapt keuntungan dengan jualan petroleum negara. Malaysia terus dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekitar 5% walaupun ekonomi dunia mengalami kemelesetan. Atas kekuatan ekonomi, Malaysia dihormati dan disanjung serta disokong dalam menyuarakan pandangan, khususnya menyentuh isu kemanusiaan sejagat.Idea 3 : Contoh dalam mengurus rakyat pelbagai kaum Kelebihan besar apabila mempunyai rakyat pelbagai etnik. Meskipun pelbagai etnik, Malaysia berjaya menguruskan rakyatnya. Malaysia contoh terbaik sebagai negara yang mempunyai rakyat yang majmuk dengan komposisi kaum yang hampir tidak berbeza, namun alaysia juga menjadi contoh terbaik dalam kejayaan memupuk dan membina perpaduan dalam kalangan rakyat. Kejayaan Malaysia ini mebuktikan Malaysia tidak hanya pandai bercakap, tetapi telah berjaya melakukannya.Idea 4 : Hubungan diplomatik dan dagangan Hubungan diplomatik yang meluas tanpa mengira ideologi Malaysia membentuk hubungan dagang seluasnya dengan banyak negara dan sentiasa meneroka peluang untuk berdagang. Hubungan ini meletakkan Malaysia dikenali dan membina pengaruhnya.

Idea 5 : Hubungan akrab yang dibentuk pemimpin negara. Mempunyai pemimpin yang berani, berprinsip, dihormati dan diiktiraf. Keupayaan bertindak dalam situasi yang terdesak seperti membuat tambatan ringgit kepada dollar semasa kegawatan ekonomi dunia tahun 1997. Keupayaan diplomasi dan artikulasi yang tinggi di pentas dunia sehingga boleh mempengaruhi negara lain.Idea 6 : Keupayaan syarikat Malaysia di luar negara. Syarikat petroleum Malaysia menjadi saingan kepada syarikat negara maju dalam merebut tender cari gali. Keupayaan menguasai teknologi cari gali turut menjadikan Petronas sering memenangi saingan mendapat tender di luar negara.Idea 7 : Dicontohi dalam kemajuan pendidikan dan kesihatan negara Pendidikan diiktiraf oleh UNESCO dan memenuhi enam standard antarabangsa. Malaysia menduduki kedudukan ke-14 dunia dalam penyediaan kualiti pendidikan dan ke-2 di Asia selepas Singapura. Tahap kesihatan rakkyat yang tinggi juga lambing tadbir urus yang baik yang tidak meletakkan Malaysia hanya pandaai bercakap.

TAJUK 18 :Kenaikan harga barangan bukan sahaja dihadapi Malaysia dan negara jirannya, malah merupakan fenomena global. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada fenomena ini.IDEA : 5 faktor yang menyebabkab kenaikan harga barangan. ( 5+0)

Idea 1 : Faktor cuaca Faktor luar kawalan. Cuaca buruk melanda negara pengeluar makanan menyebabkan peningkatan harga barangan termasuk daging, hasil tenusu dan gula. Negara pengeluar makanan seperti Rusia dan Kazakhstan mengalami musim kemarau yang teruk, manakala Australia dan India pula mengalami banjir.Idea 2 : Peningkatan penduduk dunia. Peningkatan penduduk dunia yang lebih tinggi berbanding keupayaan pengeluaran makanan juga menambah konflik ketidakstabilan harga makanan. Peningkatan penduduk dunia sebanyak 4% setahun berbanding kapasiti pengeluaran makanan yang hanya meningkat sebanyak 2%. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, menjelaskan peningkatan harga makanan belum reda pada tahun 2011 dan akan berterusan.Idea 3 : Langkah berjaga-jaga sesetengah negara. Langkah yang diambil oleh sesetengah negara juga mempengaruhi fenomena ini. Rusia pernah menghalang eksport gandum kerana berjaga-jaga dengan faktor cuaca, manakala India juga pernah menghalang penjualan keluar bawang merahnya sehingga menyebabkan harga barang berkenaan naik secara mendadk di seluruh dunia.Idea 4 : Pembelian panik. Sering berlaku di banyak negara yang menyebabkan kenaikan inflasi. Pembeli terpaksa membayar melebihi harga asal apabila berlaku permintaan melebihi pasaran kerana wujud desakan melakukan pembelian panik. FAO pernah meminta kerajaan sesebuah negar mengawal pembelian panik yang dilakukan oleh rakyat mereka

Idea 5 : Kenaikan harga bahan mentah Peningkatan harga minyak dunia membawa kepada kenaikan kos pengangkutan bagi mengangkut barang makan dan keperluan. Pergolakan di Asia Barat dan perberhentian penghantaran minyak oleh Iran ke Britain dan Perancis membuatkan harga bahan mentah petroleum menjadi tidak stabil. Bagi mengelak kesan kenaikan harga petroleum ini, kerajaan Malaysia memberikan subsidi sebanyak RM7.61 bilion setahun.

TAJUK 19 : Muka bumi semakin panas. Dalam tempoh 50 tahun lagi, sekiranya tiada langkah pencegahan serius, planet hijau ini diramal bakal menjadi kawasan tandus. Begitulah antara rumusan tentang fenomena pemanasan global yang dihadapi sekarang. Bincangkan kesan peningkatan suhu bumi atau fenomena pemanasan global ini kepada kehidupan di Malaysia dan jiran serantau.IDEA : 5 kesan pemanasan global (5+0)

Idea 1 : Ancaman kepada kawasan petempatan Proses pencairan yang semakin pantas, paras air laut meningkat dan kemarau terus meluas merupakan akibat daripada pemanasan suhu dunia. Keadaan ini mengancam kawasan petempatan dan kehidupan manusia, khususnya di kawasan garisan lintang Khatulistiwa dan kawasan beraras rendah dari paras laut. Kenaikan suhu dunian boleh menyebabkan kecairan bongkah ais di kutub semakin pantas. Kecairan bongkah ais di Greenland , sekiranya terus berlaku akan meningkatkan paras air laut sebanyak enam meter. Kesan yang ketara, banyak kawasan tepi pantai yang rendah di Malaysia dan jirannya akan tenggelam. Limpahan air laut ketika laut pasang di banyak tempat di Malysia akan akan menjadi lebih buruk.Idea 2 : Kehilangan sumber protein Pemanasan dunia meningkatkan kemusnahan terumbu karang. Terumbu karang merupakan nurseri paling penting kepada hidupan laut. Hayat terumbu karangbergantung kepada alga, yang sensitif kepada perubahan suhu. Ketika fenomena La Nina 1998, banyak kematian terumbu karang dilaporkan. Kes ini turut dilaporkan di perairan negara. Kehilangan terumbu karang akan menyebabkan kehilangan sumber ikan yang menjadi sumber protein utama manusia, sumber makanan akan terjejas.Idea 3 : Gangguan kepada pola iklim sejagat Iklim tidak lagi berubah mengikut perubahan semula jadi. Taburan hujan tidak lagi sekata dan tidak mengikut musim. Cuaca panas keterlaluan, kemarau dan panas kering telah merebak dan meluas ke banyak kawasan dan telah menyebabkan berlaku kebakaran hutan yang ketara. Taburan hujan di pantai timur Semenanjung pada musim monsun timur laut tidak lagi tinggi. Fenomena banjir ketika musim berkenaan tidak berlaku dengan meluas.Idea 4 : Tahap kesihatn terjejas Fenomena sakit mental akan meningkat kerana cuaca panas meningkatkan risiko gangguan emosi. Kes kesihatan mental akan meningkat. Dan fenomena kecelaruan mental telah dilaporkan meningkat di Malysia. Ada individdu yang alah dengan suhu yang tinggi. Kesan pada kulit, mata dan pergerakan menjadi perlahan kerana sejatan air yang tinggi daripada badan.Idea 5 : Meningkatnya bencana alam Terumbu karang merupakan penampan ombak semula jadi bagi kawasan pantai seluruh dunia. Gerakan ombak bawah laut akan dipecahkan dengan kewujudan terumbu karang. Kemusnahan terumbu karang mendatangkan risiko yang tinggi kepada ancaman ombak besar. Buat kali pertama taufan ganas Katrina, Rita dan Wilma terbentuk dalam satu musim dan kesannya telah membawa kemusnahan yang teruk kepada kehidupan di Amerika Syarikat. Tsunami yang pernah melanda Acheh dan kawasan utara Semenanjung yang tidak pernah berlaku sebelum ini, adakah kerana fenomena ini?

TAJUK 20 :Salah satu keutamaan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar ialah mengadakan hubungan dengan negara jiran dan serantau. Ulaskan keperluan tindakan Malaysia ini.IDEA: 5 ulasan tentang tindakan Malysia mengutamakan hubungan serantau ( 5+0)

Idea 1 : Meneruskan hubungan sejarah Hubungan sejarah antara rakyat Malaysia dengan negara jiran membantu dasar luar yang baik terhadap jiran serantau. Ramaai rakyat Malaysia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Indonesia dan Thailand. Hubungan diplomatik melalui dasar luar yang baik akan memudahkan pergerakan rakyat dua buah negara. Idea 2 : Mengekalkan keselamatan Pergerakan antara rakyat perlu dipantau agar sebarang penyusupan anasir negatif dapat ditangani bersama, Keganasan merentasi sempadan sekurang-kurangnya dapat meminimumkan kewujudan hubungan diplomatik yang membolehkan wujud akses bersama maklumat dan risikan. Kewujudan dasar luar yang baik membawa kepada hubungan diplomatic dan seterusnya mewujudkan pintu masuk rasmi antara rakyat dua buah negara.Idea 3 : Melancarkan kerjasama ekonomi Apabila berjiran maka akan wujud kerjasama ekonomi kerana mempunyai sumber bahan mentah yang sama. Kesepakatan dalam mendapatkan pasaran dan mepmpertahankan pasaran pada peringkat antarabangsa perlu dilakukan bersama. Hubungan diplomatik memudahkan urusan dan kerjasama ekonomi. Kewujudan segi tiga pertumbuhan antara Malaysia dengan negara jiran serantau sebagai bukti keperluan dasar luar yang baik antara Malaysia dengan negara jirannya.Idea 4 : Menyelesaikan pertindihan sempadan Hidup berjiran sering melibatkan pertindihan sempadan sama ada sempadan darat atau sempadan laut. Dasar luar yang kukuh dengan hubungan diplomatik yang mantap memudahkan penyelesaian konflik yang timbul akibat daripada pertindihan sempadan. Perundingan yang membawa kepada situasi menang-menang perlu kepada hubungan diplomatik yang mantap.Idea 5 : Memenuhi keperluan rakyat Kehidupan dalam iklim yang sama mewujudkan keprluan yang sama, jenis makanan asasi yang sama dan cara berpakaian yang lebih kurang sama kerana unsur budaya yang ada persamaan. Dengan ini, wujud saling memerlukan antara dua buah negara berjiran apbila berlaku keadaan yang tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan rakyat. Situasi ini memperlihatkan banyak barangan yang sudah dikeluarkan dalam negara yang masih diimport dari Thailand mahupun dari Indonesia bagi memenuhi keperluan yang tidak mencukupi dalam negara.

TAJUK 21 : Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) dipellopori Malaysia membawa banyak kebaikan kepada Malaysia dan negara membangun yang lain. Bincangkan.IDEA : 5 kepentingan dialog ( 5+0)

Idea 1 : Mewujudkan kerjasama Tujuan dialog adalah untuk mencari pendekatan sesuai untuk membangunkan negara masing masing. Malaysia turut menawarkan Panel Penasihat Kewangan (FIA) sebagai perunding kewangan kepada rakan-rakan negara membangun. Dengan menawarkan kepakaran yang ada pada Malaysia dapat meningkatkan hubungan dengan negara membangun lain. Membawa kerjasama yang lebih erat dan memberikan peluang kepada Malaysia memperoleh peluang perniagaan di banyak negara.Idea 2 : Bertukar pandangan Dialog melibatkan bertukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi. Dialog memberi ruang kepada Malaysia mendapat pandangan dan menyuarakan pendapat tentang isu serantau dan globalisasi. Pandangan ini memberi ruang kepada Malaysia menyediakan keupayaan dan mengambil langkah yang mantap dalam mengukuhkan dan kemajuan negara. Ruang kepada Malaysia dalam menjaga keselamatan dan mengelakkan manipulasi terhadaap ekonomi negara.Idea 3 : Pengibatan dalam pelbagai bidang LID melibatkan dialog dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan dialog peradaban dan kebudayaan. LID memberi ruang kepada Malaysia dalam meningkatkan kekuatan pembinaan bangsa. Pengalaman negara lain mewujudkan ruang kepada Malaysia dalam memutuskan dasar terbaik dalam pelbagai bidang terbaik dalam pelbagai bidang untuk negara.Idea 4 : Melibatkan dua sektor penting LID melibatkan sektor awam dan sektor swasta secara bersama Penglibatan ini membantu sektor swasta Malaysia untuk bergerak lebih maju. LID membuka ruang perniagaan yang lebih luas dan terbuka tanpa memerlukan suatu agenda rasmi lain.

Idea 5 : Menimba pengalaman LID memberikan pengalaman berguna kepada Malaysia dalam menilai prestasi dan kedudukan negara dalam pelbagai bidang. LID mendedahkan pengalaman lain kepada Malaysia, mendedahkan kekuatan dan kelemahan negara lain dalam membangunkan negara. LID memberi ruang kepada Malaysia menilai penglibatan sektor swasta dan keupayaan sektor awam sesebuah negara dalam membantu kemajuan negara.

TAJUK 22 : Malaysia sering diberi keprcayaan menjadi penganjur kejohanan dan persidangan besar peringkat antarabangsa sama ada dalam bidang sukan mahupun forum dan persidangan. Huraikan kekuatan yang dimiliki oleh negara sehingga mendapat kepercayaan tersebut.IDEA :5 kekuatan Malaysia ( 5 +0)

Idea 1 : Kestabilan politik Situasi politik di Malaysia adalah aman, tiada permusuhan antara kumpulan rakyat. Ranking terbaik dalam kalangan negara ASEAN dan kedudukan ke-19 daripada 153 buah negara sebagai negara paling selamat (2012). Proses pemilihan dan peralihan pemerintah dan sistem pilihan raya di Malaysia juga berjalan lancar. Keteguhan kerajaan dan kawalan ke atas perjalanan pentadbiran negara dengan cekap telah mewujudkan situasi yang harmoni dan teratur dengan kadar jenayah yang telah menurun. Situasi dalam negara yang teratur membolehkan pengurusan ke atas aktiviti yang dibawa masuk dari luar dapat ditadbir dengan baik dan lancar termasuk kejohanan sukan dan persidangan antarabangsa.Idea 2 : Kekuatan dan daya tadbir negara Tadbir urus negara dilihat menjadi contoh dan dicontohi oleh banyak negara. Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, namun kehidupan setiap terjamin dan saling bertolak ansur. Tanpa daya urus yang cekap ditambah komposisi kaum yang tiada perbezaan yang tinggi antara kaum, pasti hubungan antara kaum akan ada masalah dan pertentangan. Kekuatan tadbir urus ini telah menjadikan Malaysia negara yang tinggi imej dan keupayaan tadbirnya. Disebabkan kekuatan inilah Malaysia sering diberi kepercayaan sebagai penganjur seperti kejohanan Sukan Komanwel dan Forum Pembangunan Laluan Dunia (ROUTER) 2008.

Idea 3 : Imej negara di peringkat antarabangsa Kelantangan suara Malaysia dalam meperjuangkan isu yang melibatkan kebebasan, kedaulatan dan keadilan di peringkat antarabangsa disanjung oleh banyak negara. Contohnya, Malaysia telah menyuarakan keperluan demokrasi dalam PBB. Malaysia juga mempraktikkan apa yang dituntut dengan mengamalkan kesederhanaan dan menghormati urusan dalaman negara. Situasi ini menjadikan negara ini disanjung dan dihormati oleh banyka negara sehingga sering kali menyokong pemilihan dan pencalonan Malaysia dalam hal-hal tertentu seperti menjadi tuan rumah atau mempengerusikan sesuatu organisasi.

Idea 4 : Kewibawaan pemimpin negara Keberanian dan keupayaan pemimpin negara di pentas antarabangsa menimbulkan kekaguman banyak negara. Keupayaan melontarkan idea untuk membaiki kepincangan dan ketidakadilan dunia dilihat cukup bernas dan menyeru kepada tindakan kesederhanaan dalam semua perkara. Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) membuktikan keupayaan pemimpin Malaysia dalam menyumbang idea penyelesaian kepada isu dan masalah antarabangsa. Sering diberi peluang untuk berucap dalam persidangan besar antarabangsa sebagai bukti kewibawaan seorang pemimpin dari negara kecil seperti Malaysia. Keupayaan pemimpin Malaysia dalam diplomasi dan artikulasi meningkatkan kekuatan yang ada pada negara kita.Idea 5 : Kekukuhan ekonomi negara Kekuatan ekonomi negara memberi ruang kepada negara menyediakan segala keperluan dan kemudahan bagi menganjurkan sesuatu kejohanan dan forum bertaraf dunia. Kekuatan ekonomi menyebabkan Malaysia dapat menyediakan segala kemudahan pengangkutan dan perhubungan seperti lapangan terbang, hotel yang mencukupi dan kemudahan memproses kemasukan ahli sukan dan peserta-peserta persidangan.

TAJUK 23 : Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) mempunyai kepentingan kepada banyak negara termasuk Malaysia. Namun, penguatkuasaannya juga mendatangkan masalah. Bincangkan.IDEA: Kepentingan dan masalah ZEE ( 3+2/ 2 +3)

KEPENTINGAN ZEEIdea 1 : Memberikan hak pengeksploitasian kawasan Dengan penguatkuasaan, ZEE meletakkan suatu kawasan perairan itu (meliputu jarak sejauh 320km atau 200 batu nautika dari pantai) di bawah penguasaan sesebuah negara. Dengan ini, memberikan hak kepada sesebuah negara mengekspoitasi suatu kawasan untuk projek cari gali minyak. Contohnya, dengan kewujudan ZEE, Malaysia berjaya meneroka kawasan di luar pesisir pantai Terengganu dalam lingkungan 170 batu nautika sehingga mendapatkan sumber minyak di situ.Idea 2 : Membolehkan pengendalian sumber Segala sumber yang terangkum dalam ZEE ini membolehkan aktiviti perikanan dijalankan di kawasan ini. Sebarang pencerobohan terhadap ZEE, oleh sesebuah negara boleh diambil tindakan oleh negara yang mengawal ZEE berkenaan. Segala sumber di kawasan berkenaan menjadi tanggungjawab dan di bawah penguasaan negara berkenaan.Idea 3 : Mengupayakan kawalan lanun Pelaksanaan ZEE memberi ruang kepada kawalan lanun antarabangsa. Perairan yang luas mewujudkan keupayaan memantau dan memintas kegiatan lanun sebelum mereka melepasi sempdan antarabangsa dan sempadan negara lain.MASALAHIdea 4 : Pertindihan sempadan laut Pelaksanaan ZEE telah mewujudkan pertindihan sempadan laut antara negara. Setiap negara akan mendapat penambahan kawasan kawalan laut yang menjadi kawasan perairan mereka. Peluasan ini mewujudkan pertindihan kawasan pertindihan sempadan seperti pertindihan sempadan Malaysia dengan Indonesia.

Idea 5 : Konfik tuntutan ke atas pulau ZEE telah membawa kepada pertelingkahan antara banyak negara ke atas gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel. Tuntutan Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei berasaskan ZEE. Kepulauan ini juga dituntut oleh China dan Taiwan yang dikatakan mempunyai hubungan sejarah dengan kepulauan berkenaan.Idea 6 : Pertindihan kawasan cari gali dan perikanan. ZEE juga mewujudkan pertindihan kawasan cari gali sebagaimana pertindihan kawasan cari gali antara Malaysia dengan Thailand. Pertembungan nelayan beberapa negara kerana peluasan sempadan negara masing-masing dengan penerimaan ZEE.

TAJUK 24 : Walaupun ASEAN yang turut didukungi Malaysia berjaya mewujudkan keamanan dan keharmonian di rantau ini, tetapi wujud situasi tertentu yang boleh menggugat keharmoniannya. Bincangkan situasi berkenaanIDEA : 5 situasi yang boleh menimbulkan konflik (5+0)

Idea 1 : Wujud tuntutan pertindihan wilayah Singapura dengan Malaysia berhubung tuntutan ke atas Pulau Batu Pitih ( telah dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa) Indonesia dengan Malaysia melibatkan kawasan Pulau Ambalat di Perairan Sulawesi (pertindihan sempadan) Tuntutan ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh mewujudkan konflik dua negara serantau.Idea 2 : Ancaman lanun Ancaman lanun sama ada di Selat Melaka mahupun di Laut China Selatan telah mengheret Amerika Syarikat untuk turut mengawal perairan sempit antarabangsa Selat Melaka. Insurans yang tinggi terpaksa dibayar oleh peniaga bagi penghantaran barangan dagangan dua benua yang melalui Selat Melaka. Kegagalan Malaysia dan Indonesia yang berkongsi selat berkenaan mengawal keselamatannya boleh mengundang kuasa dunia ke rantau ini.Idea 3 : Perluasan pengaruh kuasa besar Amerika yang cuba menyaingi kuasa China menempatkan pengaruhnya di rantau ini. Negara kuasa besar mencari peluang menempatkan kuasa dan penngaruh bagi mengimbangi kuasa dan pengaruh China. Kemudahan pangkalannya di Singapura masih tidak memadai bagi menempatkan kemudahan logistik lain.Idea 4 : Ancaman senjata nuklear Korea Utara Ancaman senjata nuklear Korea Utara telah berlarutan bertahun-tahun dan memuncak semula dengan kematian pemimpin utama negara berkenaan setelah diganti oleh anaknya Pertimbangan yang tidak rasional boleh menggugat kedudukan rantau ini yang tenang sebelum ini. Tekanan ke atas Korea Utara boleh membawa negara berkenaan bertindak melulu.Idea 5 : Konflik dua negara berjiran Konfik dua negara berjiran antara Kemboja dan Thailand berkaitan dengan ke atas sebuah kuil. Isu Kuil Preal Vihar yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan hak penguasaan ke atas Kemboja boleh mencetuskan konflik serantau. Kerajaan Thailand yang masih ingin menguasai kawasan sekitar kuil berkenaan telah menimbulkan kemarahan Kemboja.

TAJUK 24: Malaysia mendukung kuat malah ada kalanya menjadi peneraju kepada pertubuhan ASEAN. Namun, pertubuhan seranntau ini juga menghadapi cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar ASEAN sendiri. Jelaskan cabaran tersebut.IDEA : Cabaran dalaman dan cabaran luaran (3+2/2+3)

CABARAN DARI DALAMIdea 1 : Persaingan dalam pasaran komoditi Dengan iklim dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah yang menjadi komoditi kepa da banyak negara anggota ASEAN. Keadaan ini menjadikan negara anggota berusahan merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa. Tanpa kebijaksanaan pemimpin negara anggota, persaingan ini boleh mengeruhkan hubungan negara anggota.Idea 2 : Sikap bertentangan negara anggota Keputusan Singapura membenarkan kemudahan pangkalan ketenteraan kepada Amerika Syarikat bertentangan dengan dasar promosi ASEAN sebagai Kawasan Aman, Beabs dan Berkecuali. Sokongan Singapura kepada Israel dalam isu Palestin Singapura juga mendapat khidmat pakar ketenteraan Israel dalam mepersiapkan angkatan tenteranya.Idea 3 : Ketidakstabilan politik dalaman sebilangan negara anggota. Selatan Thailand telah lama menjadi onar kepada hubungan antara anggta ASEAN, khususnya dengan Malaysia. Selatan Filipina juga menghadapi masalah yang sama yang boleh mengeruhkan hubungan dengan Malaysia. Pelarian politik kaum Rohingya Myanmar memasuki sempadan Thailand juga mewujudkan ancaman kepada hubungan bernegara.Idea 4 : Faktor pengangguran yang kian meningkat Pengangguran yang tinggi di negara anggota menyebabkan limpahan tenaga kerja yang tidak diundang ke negara anggota lain. Malaysia menghadapi masalah dengan beberapa negara anggota lain berhubung dengan kemasukan pekerja asing yang menganggur di negara sendiri. Faktor ini sering mewujudkan kocakan kepada hubungan baik dua jiran ASEANCABARAN LUAR ASEANIdea 5 : Kemunculan kumpulan ekonomi serantau Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing ke negara itu. Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) merancang skim tarif yang sama. Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup menjadi cabaran kepada memantapkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota.Idea 6 : Kegagalan Perjanjian Am tentang Tarif dan Perdagangan (GATT) Rundingan Pusinga Uruguay yang bertujuan menghapuskan halangan perdagangan antara negara maju dengan negara membangun gagal dimuktamadkan. ASEAN perlu berhadapan dengan sekatan dan tarif yang berterusan ole negara maju. Cabaran mendapatkan pasaran baharu yang lebih kompetitif.Idea 7 : Dasar perlindungan yang diamalkan negara maju Dasar perlindungan berkenaan menyekat persaingan terbuka barangan dari negara membangun termasuk ASEAN. Galakan pasaran ke negara maju yang tidak berlaku akan merendahkan penerimaan oleh negara lain kerana ukuran standard penerimaan yang diletakkan pada penerimaa negara maju. Situasi ini mewujudkan cabaran kepada negara ASEAN untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas di negara maju.

TAJUK 26 : ASEAN yang turut dianggotai Malaysia telah menganjurkan gerakan dan slogan tertentu. Jelaskan usaha yang dilakukan ASEAN untuk meningkatkan tahap keselamatan serantau.IDEA : 5 usaha meningkatkan tahap keselamatan serantau

Idea 1 : Mewujudkan ZOPFAN Cetusan oleh Malaysia melalui Deklarasi Kuala Lumpur 1971. Bermatlamat untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik serantau, menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman. Untuk mengelakkan campur tangan kuasa besar ke atas negara Asia Tenggara dan mengelakkan daripada melibatkan diri dalam pertikaian kuasa besar di samping menyeru pengunduran tentera Amerika dari Teluk Subic dan Pangkalan Clarke di Filipina. Pegangan ASEAN bahawa setiap negara besar atau kecil, akan terus kekal tanpa pengaruh atau campur tangan pihak lain dalam hal ehwal negaranya supaya kebebasan, kedaulatan dan keutuhannya terpelihara.Idea 2 : Mewujudkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) Diterima dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Singapura pada tahun 1987. Berjaya membebaskan Asia Tenggara daripada percaturan politik kuasa besar, mengelak sebarang perlumbaan senjata nuklear dan menjamin keselamatan perairan serantau.Idea 3 : Mengadakan Forum Serantau ASEAN (ARF) Ditubuhkan pada 1994, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi sedia ada dan menyelesaikan konflik bersama. Satu-satunya forum keselamatan pelbagai hala di Asia Pasifik yang diwakili oleh ASEAN, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Kanada, Australia, India, New Zealand, Korea Utara, Papua New Guinea, Pakistan, Timor Leste dan Mongolia. Persidangan di Kuala Lumpur 2006 menekankan tumpuan kepada usaha mempromosikan pendekatan berteraskan rakyat bagi menangani keganasan, bukan sahaja secara fizikal bahkan melalui ruang siber. Setiap negara anggota perlu meningkatkan usaha mempromosikan sikap saling menghormati, persefahaman dan tolak ansur warga dunia. Pendirian tegas menteri liar ASEAN bahawa keganasan tidak patut dikaitkan dengan sebarang anutan agama, budaya, bangsa dan kewarganegaraan.

Idea 4 : Bertukar maklumat dan risikan Pertukaran maklumat dan risikan telah membawa kepada penangkapan anggota pertubuhan yang berkaitan dengan keganasan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Walaupun pendekatan berbeza antara negara dalam menangani keganasan, tetapi maklumat dan risikan membolehkan setiap negara melakukan tindakan sewajarnya. Kesepakatan juga menjadikan gerakan keganasan terbantut.Idea 5 : Mewujudkan Piagam ASEAN Piagam ASEAN akan didaftarkan di Sekretariat PBB apabila disahkan oleh semua negara anggota. Antara prinsip yang disepakati melindungi keselamatan bersama adalah untuk mengekalkandan meningkatkan keamanan dan keselamatan serta memastikan dapat mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak asasi manusia. Bersepakat menghormati kemederkaan, kedaulatan dan integrasi kawasan serta identiti nasional semua negara anggota dan menolak sebarang bentuk agresif atau ancaman dalam sebarang bentuk yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta menggunakan penyelesaian diplomasi untuk sebarang percanggahan.

TAJUK 27:Malaysia sering kali mengimport barangan makanan dari negara jiran apabila berlaku sumber dari dalam tidak mencukupi. Ada kebaikan dalam tindakan ini, namun wujud risiko yang mungkin dihadapi oleh negara. Bincangkan.IDEA : Kepentingan dan risiko (3+2/ 2+3)

KEPENTINGANIdea 1 : Mewujudkan hubungan dagangan dengan negara jiran Dengan mengimport sebahagian keperluan makanan negara mewujudkan hubungan dagangan dengan negara jiran. Pembelian dari negara jiran memenuhi kehendak negara berkenaan. Hubungan dagangan membawa kepada keakraban dalam hubungan lain. Keakraban membolehkan sebarang konflik dapat dirunding dengan lebih mudah dan rasional.Idea 2: Menstabilkan harga sumber tempatan Pembelian barangan dari negara jiran atau dari luar penting untuk menstabilkan harga barang makanan dalam negara. Apabila permintaan barangan dapat ditampung dengan kemasukan barang dari liar, harga barangan tempatan dapat dikawal daripada melambung tinggi. Kos pengangkutan lebih rendah kerana melibatkan pembelian dari negara berdekatan.Idea 3 : Mencukupkan bekalan makanan Perkara paling penting berkait tindakan negara adalah untuk menampung keperluan makanan rakyat. Isu makanan boleh menjejaskan keselamatan negara dan memperlihatkan kelemahan kerajaan yang memerintah. Bekalan dari negara jiran menepati keperluan tempatan kerana iklim dan cuaca yang hampir tiada perbezaan.RISIKOIdea 4 : Makanan tidak berkualiti Risiko bekalan makanan yang tidak berkualiti apabila melakukan pembelian dari luar. Contohnya, banyak kelapa yang bekalannya dari Indonesia telah rosak disebabkan jarak penghantaran yang jauh. Buah-buahan yang diimport dari negara jiran juga ada kalanya tidak sempurna.

Idea 5 : Melemahkan daya pengeluaran teknologi tempatan Sifat pergantungan mewujudkan situasi tidak bergerak Sebarang masalah diselesaikan dengan merujuk pihak luar, maka keupayaan dalaman akan terbantut. Teknologi dalaman akan terbantut: tiada inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.Idea 7: Menurunkan nilai ringgit Kesan ke atas keupayaan ekonomi negara dengan penurunan nilai ringgit akan berlaku. Import yang besar meempengaruhi pengukuhan nilai ringgit, apalagi dalam keadaan ringgit tidak stabil. Penurunan nilai ringgit menjadikan pembelian ke atas barangan lain dari negara jiran akan menjadi mahal.

TAJUK 28: Banyak bidang yang telah disepakati Malaysia dan negara jiran secara kolektif. Jelaskan kesepakatan tersebut.IDEA: 5 kesepakatan (5+0)

Idea 1: Keselamatan dan politik Menaja bersam ZOPFAN. Merupakan cetusan Malaysia melalui Deklarasi Kuala Lumpur 1971. Menaja SEANWFZ. Diterima dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Singapura 1987. Menganjurkan Forum Serantau ASEAN (ARF). Sidang ARF di Kuala Lumpur 2006 menekankanusaha mengambil langkah bersama dalam menangani jenayah merentas sempadan dan jenayah siber.Idea 2 : Kerjasama ekonomi. Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Halangan tarif dan bukan tarif antara anggota dimansuhkan untuk mewujudkan kebebasan dalam perdagangan sesame anggota. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN dengan China, Jepun, Korea, India< Australia dan New Zealand (FTA) juga digerakkan. Projek-projek untuk diusahakan oleh setiap negara ASEAN juga disepakati sebagai contoh Malaysia memfokuskan penghasilan baja urea. Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau (Konsep segi Tiga Pertumbuhan) juga disepakati Malaysia dan jiran-jirannya.Idea 3 : Kesepakatan dalam sektor kewangan Menubuhkan Majlis Perbankan ASEAN bagi menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN. Penubuhan Syarikat Kewangan ASEAN bertujuan memberikan kemudahan pinjaman kepada projek-projek usaha sama ASEAN.Idea 4 : Kesepakatan dalam bidang komunikasi Pemasangan kabel bawah laut untuk menghubungi semua negara anggota. Pengasasan skim pertukaran berita televisyen. Mengiktiraf lesen memandu dalam kalangan negara anggota.Idea 5: Kesepakatan dalam sektor makanan dan pertanian Penubuhan satu Stok Simpanan Makanan Keselamatan ASEAN 1981. Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data masalah pertanian. Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institute di Serdang. Penubuhan ASEAN Centre for Development of Agricultural Cooperative di Indonesia.TAJUK 29: Isu yang berbangkit antara Malaysia dengan negara-negara jiran sekelilingnya boleh menjejaskan hubungan erat antara kedua-dua negara jika tidak diselesaikan dengan baik. Dengan merujuk kepada situasi semasa, jelaskan isu-isu yang melibatkan Malaysia dengan setiap negara jirannya.IDEA: 5 isu yang berkaitan dengan hubungan Malaysia dengan negara-negar jirannya. (5+0)

Idea 1 : Malaysia dengan Singapura Isu Pualu Batu Putih ( dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan diputuskan di bawah kedaulatan Singapura) Isu penambakan laut oleh Singapura (Pulau Tekong) Jambatan Indah menggantikan Tambak Johor Bekalan air mentah ke Singapura dan tempoh semakan kadar bekalan Pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin. Pengeluaran wang KWSP pekerja Malaysia di Singapura.Idea 2 : Malaysia dengan Filipina Pulau Terumbu Peninjau dan Terumbu Siput menjadi tuntutan bertindih oleh dua negara Tuntutan Filipina ke atas Sabah Masalah pendatang asing tanpa izin Filipina di Sabah dan tuntutan kemerdekaan pejuang di selatan Filipina.Idea 3 : Malaysia dengan Indonesia Kawasan Pulau Ambat di Perairan Sulawesi (pertindihan sempadan). Rondaan oleh kedua-dua negara hampir menyebabkan pertembungan kapal tentera antara dua negara. Pendatang tanpa izin Indonesia yang begitu besar jumlahnya di Malaysia Isu amah (penderaan) dan tuntutan gaji minimum melibatkan amah. Isu kebudayaan lain yang dikatakan berlaku peniruan oleh Malaysia.Idea 4 : Malaysia dengan Vietnam Tuntutan ke atas Kepulauan Spratly yang juga dituntut oleh China. Boleh mewujudkan pertembungan pendapat antara dua negara yang boleh menjejaskan usaha dan kerjasama ekonomi. Kepulauan Spratly menjadi rebutan antara China, Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia. Isu pendatang Filipina di Sabah

Idea 5 : Malaysia dengan Myanmar Pekerja tanpa izin Myanmar yang sentiasa menanti peluang menyusup masuk ke Malaysia. Kegagalan demokrasi di Myanmar, ASEAN cuba ditekan kuasa besar dunia.Idea 6 : Malaysia dengan Brunei Isu sempadan Limbang Isu kawasan perairan laut (dikenali blok 18), pertindihan kawasan cari gali.Idea 7: Malaysia dengan Thailand Pekerja tanpa izin Isu pergolakan di selatan Thailand melibatkan rakyat Thailand beragama Islam. Sempadan perairan negara, kawasan pengairan teluk Siam.

TAJUK 30 : Banyak kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia. Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keberkesanan PBB. Jelaskan.IDEA: Kelemahan dan cadangan ( 3+2/ 2+3)

KELEMAHANIdea 1 : Kewujudan kuasa veto Kuasa mutlak negara yang memilikinya sama ada menerima atau menolak keputusan majority yang dibuat Majlis Keselamatan PBB. Kuasa pembatal ini membolehkan sebarang kritikan terhadap sesuatu isu diketepikan. Majlis Keselamatn sebagai majlis paling berkuasa PBB dipergunakan oleh kuasa besar dunia. Kegagalan Majlis Keselamatan menghalang kuasa besar melakukan suatu tindakan tanpa restu PBB seperti serangan Amerika terhadap Iraq. Gagal menghalang sikap suka campur tangan kuasa besar ke atas negara kecil.Idea 2 : Masalah kewangan. Hutang PBB yang besar sedangkan operasinya memerlukan belanja yang besar. Kegagalan negara anggota membayar sumbangan kepada badan berkenaan seperti Amerika yang melibatkan tunggakan hutang yang besar. Kos pengurusan yang tinggi bagi mengendalikan pejabat yang terletak di seluruh dunia serta operasi ynag berbangkit. PBB dilihat mengikut telunjuk kuasa besar, ada negara yang tidak berminat menyumbang.Idea 3 : Kelemahan pasukan tentera pengaman PBB Bertindak mengikut kepentingan Amerika kerana kebanyakan tentera pengaman merupakan tentera bersekutu dengan Amerika. Tindakan kejam Israel di Palestin dan Serbia di Bosnia-Herzegovina gagal dihalng oleh PBB Hilang keyakinan terhadap keupayaan PBB.CADANGAN MALAYSIAIdea 4 : Menambahkan bilangan anggota tetap Majlis Keselamtan Penambahan ini bagi mengimbangi kedudukan negara anggota yang tidak seimbang antara benua. Cadangan memasukkan Jepun dan Jerman sebagai anggota tetap bagi mewakili semua benua. Dapat mengimbangi kecenderungan dan keupayaan mempengaruhi anggota lain dalam membuat ketetapanIdea 5: Menghapuskan kuasa veto Kuasa veto ialah lambang kelemahan dan kerendahan tahap demokrasi PBB. Menjadi penghalang menegakkan suara majoriti Barat yang mendukung demokrasi seharusnya tidak mengekalkan kuasa veto dalam PBB yang melambangkan double standard mereka.Idea 6 : Menyusun semula struktur PBB Perkecilkan organisasi PBB dapat menjimatkan kos operasi. Perkecilkan pasukan pengaman dengan membuat tambahan dan perubahan dari semasa ke semasa. Menggabungkan unit dan organisasi PBB yang memperlihatkan pertindihan atau kurang perlu mengikut perkembangan semasa.Idea 7 : Mengeksploitasi kewujudan kuasa veto Kuasa veto boleh dieksploitasi sebagai sumber ekonomi Setipa negara kuasa veto perlu memberikan sumbangan yang lebih berbanding negara anggota lain. Mengehadkan penggunaan sekiranya tidak dapat dimansuhkan.

1