kajian eq a. hamid

24
Cadangan Penilaian Baru Terhadap Pensyarah Dari Perspektif Pelajar Oleh Hj. Abdul Hamid Kamarudin (Ketua), Datin Ruhani Ibrahim & Puan Lim Heng Moh Fakulti Sains Kesihatan, UiTM : Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi (EQ) pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan UiTM Jalan Othman Petaling Jaya, Selangor. Seramai 280 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan setiap pelajar menilai lima orang pensyarah mereka. Soal selidik Bar-On EQ 360 digunakan bagi menilai EQ pensyarah semen tara pencapaian akademik pelajar di ambil dari keputusan semester pelajar. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara EQ pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar . Kajian ini juga menunjukkan bahawa antara lima belas sub-kategori kompetensi EQ, hubungan interpersonal yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Pengenalan: Pada masa ini penilaian terhadap pensyarah dibuat oleh pelajar pada setiap akhir semester bagi pengetahui kekesanan pengajaran para pensyarah. Dari kertas penilaian di buat (Lampiran 1) kebanyakan soalan yang dinilai pelajar terhadap pensyarah adalah bersifat ekstrinsik dan tidak banyak menyentuh sifat intrinsik pesyarah seperti kecerdasan emosi , sifat asertif, tanggung jawab sosial,hubungan interpersonal, kawalan stress dan impuls oleh pensyarah terhadap pelajar semosa dalam dan luar pengajaran. Cadangan penilaian baru ini ( Lampiran 2) melihat aspek intrinsik dan ekstrinsik para pensyarah supaya gambaran penilaian pensyarah dapat dikenal pasti dan kelemahan yang bertaku boleh dipertingkatkan dengan beberapa program yang boleh di anjurkan oleh ILQAM, Pusat latihan UiTM. Jabatan Kaunseling UiTM. Rasional : Cadangan penilaian baru kepada para pensyarah UiTM ada/ah berdasarkan keputusan mesyuarat Dekan dan Ketua Program dengan Naib Canselor UiTM untuk membuat satu kaedah penilaian baru terhadap pensyarah.Cadangan penilaian baru ini juga boleh mengenalpasti beberapa kekurangan yang ada bagi mempertingkatkan prestosi pensyarah sejajor mencapat mat/amat UiTM sebagoi universiti bertaraf dunia. Penilaian baru in; disamping penilaian pensyarah sendiri dan dari ketua program boleh dijodikon asas untuk pertimbangon kemajuan diri dan kenaikan pangkat pensyorah. Diskripsi penilaian baru : Penilaian baru ini menilai lima emosi pensyarah iaitu kemahiran intra-personal, din, stres dan 'mood' pensyarah. Setiap kompetensl mempunyal beberapa lagi dan keseluruhannya sub-kompetensi adalah sebanyak lima bel9s yang perlu d1nllal oleh pelajar. Kesemua soalan penilaian sebanyak 88 dan boleh d1Jawab dalam masa 10 minit sahaja . Potens; kegunaan: Satu kaedah penilaian yang lebih menyeluruh untuk membolehkan pentadbiran dan pensyarah mengetahui nitai ekstrinsik dan intrinsik pensyarah supaya pembaikan dapat dilaksanakan. COPYRIGHT @ UiTM

Upload: siti

Post on 03-Feb-2016

278 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian eQ berkaitan pensyarah dan pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Eq a. Hamid

Cadangan Penilaian Baru Terhadap Pensyarah Dari Perspektif Pelajar Oleh

Hj. Abdul Hamid Kamarudin (Ketua), Datin Ruhani Ibrahim & Puan Lim Heng Moh Fakulti Sains Kesihatan, UiTM

Abst~ak : Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi (EQ) pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan UiTM Jalan Othman Petaling Jaya, Selangor. Seramai 280 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan setiap pelajar menilai lima orang pensyarah mereka. Soal selidik Bar-On EQ 360 digunakan bagi menilai EQ pensyarah semen tara pencapaian akademik pelajar di ambil dari keputusan semester pelajar. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara EQ pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar . Kajian ini juga menunjukkan bahawa antara lima belas sub-kategori kompetensi EQ, hubungan interpersonal yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.

Pengenalan: Pada masa ini penilaian terhadap pensyarah dibuat oleh pelajar pada setiap akhir semester bagi pengetahui kekesanan pengajaran para pensyarah. Dari kertas penilaian di buat (Lampiran 1) kebanyakan soalan yang dinilai pelajar terhadap pensyarah adalah bersifat ekstrinsik dan tidak banyak menyentuh sifat intrinsik pesyarah seperti kecerdasan emosi , sifat asertif, tanggung jawab sosial,hubungan interpersonal, kawalan stress dan impuls oleh pensyarah terhadap pelajar semosa dalam dan luar pengajaran. Cadangan penilaian baru ini ( Lampiran 2) melihat aspek intrinsik dan ekstrinsik para pensyarah supaya gambaran penilaian pensyarah dapat dikenal pasti dan kelemahan yang bertaku boleh dipertingkatkan dengan beberapa program yang boleh di anjurkan oleh ILQAM, Pusat latihan UiTM. Jabatan Kaunseling UiTM.

Rasional : Cadangan penilaian baru kepada para pensyarah UiTM ada/ah berdasarkan keputusan mesyuarat Dekan dan Ketua Program dengan Naib Canselor UiTM untuk membuat satu kaedah penilaian baru terhadap pensyarah.Cadangan penilaian baru ini juga boleh mengenalpasti beberapa kekurangan yang ada bagi mempertingkatkan prestosi pensyarah sejajor mencapat mat/amat UiTM sebagoi universiti bertaraf dunia. Penilaian baru in; disamping penilaian pensyarah sendiri dan dari ketua program boleh dijodikon asas untuk pertimbangon kemajuan diri dan kenaikan pangkat pensyorah.

Diskripsi penilaian baru : Penilaian baru ini menilai lima kompeten~i kec~.rdosan emosi pensyarah iaitu kemahiran intra-personal, inter~personal, p~nyesualan din, pengurusa~ stres dan 'mood' pensyarah. Setiap kompetensl mempunyal beberapa sub-kompe!e.ns~ lagi dan keseluruhannya sub-kompetensi adalah sebanyak lima bel9s yang perlu d1nllal oleh pelajar. Kesemua soalan penilaian sebanyak 88 dan boleh d1Jawab dalam masa 10 minit sahaja .

Potens; kegunaan: Satu kaedah penilaian yang lebih menyeluruh untuk membolehkan pentadbiran dan pensyarah mengetahui nitai ekstrinsik dan intrinsik pensyarah supaya pembaikan dapat dilaksanakan.

COPYRIGHT @ UiTM

Page 2: Kajian Eq a. Hamid

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP EQ PENSY ARAH DAN KAITAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

OLEH HJ. ABDUL HAMID KAMARUDIN, P JK (KETUA)

DATIN RUHANI IBRAHIM PUAN LIM HENG MOH

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi (EQ) pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar Fakulti Sa ins Kesihatan dan Perubatan UiTM Jalan Othman Petaling Jaya, Selangor. Seramai 280 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan setiap pelajar menilai lima orang pensyarah mereka. Soal selidik Bar-On EQ 360 digunakan bagi menilai EQ pensyarah sementara pencapaian akademik pelajar di ambil dari keputusan semester pelajar. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara EQ pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar . Kajian ini juga menunjukkan bahawa antara lima belas sub-kategori kompetensi EQ, hubungan interpersonal yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.

ABSTRACT

The main objective of this research is to study the relationship between the student's perception of lecturers' emotional quotient (EQ) in the Faculty of Medicine and Health Sciences, UiTM, and the student's academic performance. There are 280 students involved in this study and each student has to evaluate five of their lecturers. The Bar-On EQ 360 questionnaires had been used to measure the EQ of lecturers while the student's academic performance was obtained from the previous semester result. Results of the study show that there is a significant relationship between the student's perception of lecturers' EQ and the student's academic performance. The study also shows that interpersonal relationship is the dominant factor among the fifteen sub-categories of EQ competency that contribute to the student's academic performance.

2

COPYRIGHT @ UiTM

Page 3: Kajian Eq a. Hamid

PENDAHULUAN

Emosi itu penting. Menurut pelbagaian buktL perasaan adalah sumber

daya terkuat yang kita miliki (Ames, 1978; Ekman 1973; Lang,1979; Wechler,

1983). Emosi adalah garis-garis kehidupan untuk kesedaran diri dan keselamatan

diri yang menghubungkan kita dan orang lain dengan kuat di alam persekitaran

dan kosmos (Gardner, 1983; Mohd Nazar 1992). Emosi memberitahu kita tentang

hal-hal penting untuk manusia seperti masyarakat, nilai-nilaL kegiatan dan

keperluan yang memberi kita motivasi, kemahuan, penggendalian diri dan

kesungguhan dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kesedaran dan pengetahuan

tentang emosi berlaku memungkinkan kita berjaya dalam bidang pendidikan,

pekerjaan, memulihkan kehidupan dan kesihatan diri, menyelamatkan keluarga

yang dibina, dan membangunkan hubungan kasih sayang yang berkekalan.

Sejak 1990 masyarakat telah mula memperkatakan tentang kecerdasan

emosi (EQ) walaupun emosi ini telah dibicarakan oleh pakar psikologi sebelum

ini dengan pelbagai istilah seperti kesedaran sosial (Thorndike, 1920); intelegensi

umum(Wechsler, 1940); dan kecerdasan pe/bagai (Gardner, 1983). Definasi

kecerdasan emosi ialah kemampuan seseorang merasaL memahami, dan

secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga

dan pengaruh dalam diri seseorang. (Sawaf, 1998) Kecerdasan emosi

memerlukan pemilihan perasaan, belajar mengakuL menghargai perasaan diri

dan orang lain serta menilainya dengan tepat (Salovey, 1990; Goleman, 1995;

Cooper & Sawaf, 1998). Dengan maksud lain kepintaran seseorang

menggunakan emosi apabila ianya timbul (Hughes & Sullivan, 1987).

Individu yang mempunyai tahap EQ yang tinggi akan memahami

individu lain, berempatL berhubung dengan baik, asertif, mampu memberi

kebahagian, dorongan dan kesejahteraan kepada mereka disamping bersama

mencapai kejayaan dalam pendidikan, kerjaya dan kemasyarakatan ( Levy,

1987; Salovey & Mayer, 1995; Goleman, 1996 dan 8ar-On, 1997).

3

COPYRIGHT @ UiTM

Page 4: Kajian Eq a. Hamid

Oi dalam bidang pendidikan, EQ pensyarah juga memainkan peranan

penting dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar. Kajian O'Rozario, (2000)

mendapati pensyarah yang mempunyai EQ rendah seperti sering marah, kasar,

sukar mengawal impuls mereka bila berhubung dengan pelajar boleh

menyebabkan gangguan pembelajaran dan menjejaskan pencapaian

akademik pelajar. Pendapat O'Rozario (2000) sependapat dengan kajian Lusch

& Serpkenci (1990) dan Rosnah (2003).

Pencapaian akademik rendah di kalangan pelajar sering diselidik dan

dibincangkan oleh pihak universiti dan sekolah. Beberapa faktor utama

,umpamanya jam kuliah tinggi yang melebihi 21 jam seminggu, kelemahan

dalam interaksi dengan pensyarah serta sikap negatif pelajar menjadi punca

pencapaian prestasi pelajar rendah (Kajian Kebajikan Pelajar ITM, 1991).

Walaupun jadual kuliah diluar kawalan pelajar, masalah pencapaian

akademik rendah boleh diatasi oleh kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah.

Pelajar bersikap positif dan berketrampilan EQ tinggi boleh menguruskan masa

dan stres yang di hadapi (Goleman, 1995), dan pelajar yang juga

berketrampilan dalam tingkahlaku boleh menjalinkan hubungan interpersonal

yang memuaskan ( Martinez, 1996). Kajian Gottman (2001) berpendapat

bahawa pensyarah yang berketrampilan EQ tinggi juga boleh memotivasikan

pelajar memperbaiki dan mengendalikan usaha diri dalam kesemua aspek

untuk mencapai prestasi akademik pelajar yang cemerlang.

Walau bagimanapun, belum ada kajian tempatan mengenai

perhubungan persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah dengan pencapaian

akademik pelajar . Setakat ini kebanyakan penilaian pelajar terhadap

pensyarah hanya berfokus kepada nilai ekstrinsik seperti datang ke kelas

mengikut waktu, memeriksa jawapan pelajar mengikut tempuh yang ditetapkan

serta membimbing pelajar; dan kurang menumpukan kepada nilai-nilai intrinsik,

iaitu EQ pensyarah seperti kebolehannya mengawal emosi dan empatinya

terhadap masalah pelajar.

4

COPYRIGHT @ UiTM

Page 5: Kajian Eq a. Hamid

Oleh itu dan berdasarkan keperluan UiTM untuk menilai prestasi

pensyarah dari perspektif pelajar sebagaimana yang mesyuarat eksekutif UiTM

(Petikan keputusan Mesyuarat Dekan dan Ketua Program dengan Naib

Canselor UiTM, 2004) , kajian ini adalah kajian perintis tempatan untuk mengkaji

hubungan antara pesepsi pelajar terhadap EQ pensyarah dengan pencapaian

akademik pelajar, dengan menggunakan alat ukur Bar-On EQ 360.

METODOLOGI

Kajian ini dilakukan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti

Teknologi MARA Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor. Seramai 280

responden dari keseluruhan jumlah 665 orang pelajar FPSK yang sedang

mengikuti pengajian semester 2.4.6 dan 8 sesi Disember 2003 - April 2004 terlibat

dalam kajian ini . Ini kerana ramai pelajar semester 6 dan 8 yang sedang

menjalani latihan klinikal tidak terlibat dalam kajian ini.

Setiap responden menilai lima orang pensyarah yang mengajar mereka.

Setiap pensyarah yang dinilai diklasifikasikan sebagai A. B, C, D dan E. Ini

bermakna terdapat beberapa orang pensyarah di dalam program tidak dinilai

terutama mereka yang baru berkhidmat di Fakulti. Manakala terdapat

pensyarah yang mengajar berbagai program pengajian, dipilih beberapa kali

oleh pelajar kajian ini. Keseluruhan sampel penilaian pensyarah oleh pelajar

adalah sebanyak 1052.

Alat ukur Bar-On EQ 360 ( Bar-On, 1997) digunakan untuk menilai EQ

pensyarah dari persepsi pelajar. Alat ukur Bar-On EQ 360 mengukur lima

kompetensi EQ pensyarah iaitu kemahiran intra-personal. inter-personal,

penyesuaian diri. pengurusan stres dan 'mood' pensyarah. Setiap kompetensi

mempunyai beberapa sUb-kompetensi lagi dan keseluruhannya sUb-kompetensi

5

COPYRIGHT @ UiTM

Page 6: Kajian Eq a. Hamid

adalah sebanyak lima belas yang perlu dinilai oleh responden. Soalan selidik

Bar-On EQ 360 dibuat mengikut susunan kompetensi secara rawak.

Semasa mengisi borang Bar-On EQ 360 (Lampiran 1) pelajar dikehendaki

mengisi butiran diri sebagaimana dikehendaki dan memasukkan nombor kod

pensyarah seperti dalam Lampiran 2.

Nilai korelasi Pearson keesahan item keseluruhan alat kajian adalah 0.51

ke atas bagi keeasahan alat kajian (Kaplan & Saccuzzo, 1997). Sementara

kebolehpercayaan alat kajian yang menggunakan nilai Alpha Cronbach

adalah 0.90 ke atas (Kaplan, Saccuzzu, Mc Leod, 1994).

Keputusan pencapaian akademik pelajar semester sesi Disember 2003 -

April 2004 diperolehi dari Pejabat fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UiTM.

Kesemua kaedah telah dianalisis menggunakan program 'Statistical

Packages for the Social Sciences for Window (SPSS for Window).

KEPUTUSAN

Laporan keputusan dibahagikan kepada keputusan deskriptif dan

keputusan inferensi. Keputusan deskriptif dalam bentuk peratus digunakan untuk

melaporkan profillatar belakang responden. Keputusan analisis berdasarkan :-

(i) Korelasi Pearson digunakan bagi menguji hubungan antara

persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah dengan pencapaian

akademik pelajar ;

(ii) Multi Regression digunakan bagi mengetahui kompetensi EQ

yang menyumbang kepada prestasi akademik pelajar.

6

COPYRIGHT @ UiTM

Page 7: Kajian Eq a. Hamid

Keputusan deskriptif

1. Lafor belakang Responden.

Seramai 60 orang (21.5 %) responden lelaki dan 220 orang (78.5%)

responden perempun telah menjadi subjek kajian ini. Responden

perempuan lebih ramai berbanding dengan responden lelaki. Nisbah ini

menggamborkan fenomena terkini di institut pengajian tinggi di negora

ini. Oleh itu, keputusan deskriptif jantina hanya untuk direkodkan dan

tidak diambil kira dalam inferensi selanjutnya.

Maklumat yang didapati mengenai lator belakang responden yang

seperti dalam Jadual 1 di bawah, hanya untuk tujuan rekod sahaja.

Jadual 1 : Lator Belakang Responden

Lator belakang Bilangan Peratus

Semester i. Dua 130 46.6 ii. Empat 132 47.3 iii. Enam 14 4.8 iv. Lapan 4 1.2

Jumlah 280 100

Program diikuti i. HSll0 55 19.6 ii. HS 111 42 14.8 iii. HS 112 38 13.7 iv. HSl13 46 16.4 v. HS 114 48 17.0 vi. HS 115 46 16.5 vii. MD200 5 1.9

Jumlah 280 100 Sekolah 196 70.1

i. Horian 82 29.3 ii. Asrama 2 0.7

Tidak dinyatakan Jumlah 280 100

Pengantar sekolah i. Kebangsaan 242 86.3 ii. Jenis keb. 9 3.1 iii. Agama 29 10.1

Jumlah 280 100

Aliran sekolah

i. Sains 245 87.6

7

COPYRIGHT @ UiTM

Page 8: Kajian Eq a. Hamid

ii. Sastera 18 6.4

iii. Teknik 17 6.0

Jumlah 280 100

Tempat asal

i. Bandar 134 48.0

ii. L/Bandar 94 33.4

iii. Pekan 52 18.6

Jumlah 280 100

2. Pencapaian Akademik Pelajar.

Keputusan pencapaian akademik pelajar Fakulti Perubatan & Sains

Kesihatan dalam sesi Disember 2003 - April 2004 secara keseluruhannya

adalah dalam Jadual 2a - 2c.

Kelulusan GP A semua pelajar dalam semester Sesi Disember 2003 - April

2004 mengikut program pengajian adalah seperti dalam Jadual 2a

berikut, di mana 2.6% pelajar gagal dan 97.4% pelajar lulus.

Jadual 2a: Pencapaian GPA Semua Pelajar

Sesi Disember 2003 - April 2004

Program Gagal Lulus (GPA 0.00- 1.99} (GP A 2.00 - 4.00)

Bil % Bil. % HS 110 0 0 139 100 HS 111 3 2.38 123 97.62 HS 112 3 3.3 88 96.7 HS 113 0 0 90 100 HS 114 6 6.98 80 93.02 HS 115 5 4.85 98 95.15 MD220 0 0 20 100 Jumlah 17 2.6 638 97.4

8

COPYRIGHT @ UiTM

Page 9: Kajian Eq a. Hamid

Pencapaian akademik pelajar secara keseluruhannya adalah lulus

dengan min 90.45 peratus dan sisihan Piawai (S.P) 12.31; serta min Nilai

Gred Purata (GPA) 2.66 dan S.P 0.47. (JaduaI2b)

Jadual 2b : Pencapaian Akademik Pelajar

Sesi Oisember 2003 - April 2004

Perkara Min lulus Sisihan Piawai

(S.P)

Peratus 90.45 12.31

GPA 2.66 0.47

Pencapaian GP A 280 responden kajian ,iaitu satu pertiga jumlah pelajar

dalam semester berkenaan adalah seperti dalam Jadual 2c berikut, di

mana 2.1% pelajar gagal dan 97,9% lulus:

Jadual 2c: Pencapaian GPA Responden Pelajar

Sesi Oisember 2003 - April 2004

Gagal Lulus Program (GPA 0.00- 1.99) (GPA 2.00 - 4.00

Bil % Bil. % HS 110 0 0 55 100 HS 111 1 2.3 41 97.7 HS 112 1 2.6 37 97.4 HS 113 0 0 46 100 HS 114 2 4.2 46 95.8 HS 115 2 4.6 44 95.4 M0220 0 0 20 100 Jumlah 6 2.1 274 97.9

3. Tahap Persepsi Pelajar Terhadap EQ Pensyarah Mengikut Program.

Tahap persepsi pelajar tehadap EQ pensyarah mengikut program

pengajian adalah seperti dalam Jadual 3 dan Jadual 4 berikut :

9

COPYRIGHT @ UiTM

Page 10: Kajian Eq a. Hamid

Program

HS 110

HS 111

HS 112

HS 113

HS 114

HS 115

MD220

Jumlah

Jadual 3: Persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah mengikut program

Sampel Persepsi Pelajar EQ pensyarah

Rendah Sederhana Tinggi Jumlah sampel (Nilai 2-3J INiiai 4-51 (Nilai 1)

Bii. % Bii. % Bii. % Bii. % 1 0.5 104 50.5 101 49.9 206 100

0 0 47 30.1 109 69.9 156 100

0 0 19 13.2 125 86.8 144 100

1 0.6 67 38.7 105 60.7 173 100

0 0 67 37.4 112 62.6 179 100

4 2.3 46 26.4 124 73.1 174 100

0 0 4 20.0 16 80.0 20 100

6 0.6 354 33.7 692 65.8 1052 100

Jadual 3 menunJukkan persepsi pelaJar terhadap EQ pensyarah pada

keseluruhannya berada di tahap tinggi (Nilai 4-5) di semua program

pengajian (69.9% - 86.8%) kecuali HS 110 (50.5%) berada di tahap

sederhana (Nilai 2-3). Walau bagaimanapun kajian mendapati 6 sampel

penilaian berada di tahap EQ rendah (Nilai 1) iaitu 4 dari program HS 115

dan satu sampel penilaian dari program HS 110 dan HS 113.

Jadual 4: T ahap EQ pensyarah dari persepsi pel ajar

Bil. Sampel Tahap EQ

penilaian Peratus

Rendah 6 0.6

Sederhana 354 33.7

Tinggi 692 65.8

Jumlah 1052 100

Pada keseluruhannya Jadual 4 menunjukkan 692 (65.8%) bilangan sam pel

penilaian EQ pensyarah oleh pelajar berada di tahap EQ tinggi; 354

(33.7%) bilangan sampel penilaian EQ pensyarah berada di tahap EQ

sederhana sementara 6 (0.6%) sampel penilaian berada di tahap EQ

10

COPYRIGHT @ UiTM

Page 11: Kajian Eq a. Hamid

rendah. Maka dengan ini disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap

EQ pensyarah UiTM Jalan Othman pada keseluruhannya berada di

tahap EQ sederhana dan tinggi.

4. Tahap Pencapaian Akademik Pelajar.

Tahap pencapaian akademik pelajar secara keseluruhannya adalah

seperti yang tertera dalam Jadual 5.

Jadual 5: T ahap Pencapaian Akademik Responden Mengikut Program

Tahap Pencapaian Akademik Responden Jumlah

Rendah Sederhana Tinggi responden Program (GPA 1.38 -1.99 ) (GPA 2.0 - 2.99) (GPA 3.00 - 4.00) Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

HS 110 13 23.6 16 29.1 26 47.3 55 100 HS 111 0 0 34 81.0 8 19.0 42 100 HS 112 7 18.4 30 79.0 1 2.6 38 100 HS 113 5 10.9 24 52.1 17 6.3 46 100 HS 114 3 6.3 34 52.1 11 52.1 48 100 HS 115 0 0 38 82.6 8 17.4 46 100 MD220 1 20.0 3 60.0 1 20.0 5 100

Jumlah 29 10.5 178 63.7 72 25.8 280 100

Hasil kajian mendapati pencapaian akademik responden pad a

keseluruhannya berada ditahap sederhana dan mengikut bentuk

taburan normal atau bel/-shaped ! Rajah 1) dimana pencapaian rendah

sebanyak 30 orang (10.9%) diikuti pencapaian akademik sederhana

seramai 178 orang (63.4%) dan pencapaian akademik tinggi seramai 72

orang (25.7%).

11

COPYRIGHT @ UiTM

Page 12: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 1 : Pencapaian Akademik Responden

VI :::I ... E CI)

Q.

C co C) c ~ in

200

180

160

140

120

100

80

60

40

20

0

Pencapaian Akademik Responden

Tahap

Pencapaian

I Ell Bilangan • Peratus I

12

COPYRIGHT @ UiTM

Page 13: Kajian Eq a. Hamid

Keputusan inferensi

1. Hubungan antara persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah dan

pencapaian akademik pelajar.

Keputusan kajian mengenai hubungan persepsi pelajar terhadap EQ

pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar mengikut program

pengajian adalah seperti Rajah 2a, 2b, 2c, 2d, 2e, 2f dan 2g berikut:

Rajah 2a: Perhubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah dan

Pencapaian Akademik Responden HS 110

C ns 0 ::l -ns ... Q)

a..

Perhubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah Dan Pencapaian

Responden HS110

60

50

40

30 • % Persepsi

20 • % Pencapaian

10

0

Rahah 2a menunjukkan hubungan secara lansung di antara tahap persepsi

terhadap EQ pensyarah dan pencapaian akademik pelajar HS 110. Apabila

peratus persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah meningkat peratus

pencapaian akademik pelajar juga turut meningkat.

13

COPYRIGHT @ UiTM

Page 14: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 2b: Perhubungan antara Tahap Persepsi EO Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden HS 111

Perhubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden HS111

90

80

70

• % Persepsi 60

50

40

30

• % Pencapaian

20

10

o

1Zil% Persepsi

an

o o

Tahap

30.1 ----- -----

81

69.9

19

Rajah 2b menunjukkan bahawa tiada sampel responden HS 111 menilai

EO pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel responden (69.9%)

menilai EO pensyarah di tahap tinggi sementara sampel responden yang

lain (30.1 %) menilai di tahap sederhana. Pada keseluruhan peratus

pencapaian akademik pelajar meningkat bersama dengan peratus

tahap persepsi EO pensyarah sehingga ke tahap sederhana sahaja.

Peratus pencapaian akademik tinggi pelajar turun sedikit dari 81 %

kepada 19%, apabila peratus tahap persepsi terhadap EO pensyarah

meningkat melebihi sederhana.

14

COPYRIGHT @ UiTM

Page 15: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 2c: Perhubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah dan

Pencapaian Akademik Responden HS 112

c: ctI U) ::::I ... ctI I-(I)

c..

Pehubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden HS112

100

90

80

70

60

50 .% Persepsi

40 • % Pencapaian

30

20

10

0

Rajah 2c menunjukkan bahawa tiada sampel responden HS 112 menilai

EQ pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel responden (86.8%)

menilai EQ pensyarah di tahap tinggi sementara sampel responden

yang lain (13.2%) menilai di tahap sederhana. Pada keseluruhan

peratus pencapaian akademik pelajar meningkat bersama dengan

peratus tahap persepsi EQ pensyarah sehingga ke tahap sederhana

sahaja. Manakala peratus pencapaian akademik pelajar turun dari

79% kepada 2.6% apabila peratus tahap persepsi terhadap EQ

pensyarah meningkat dari sederhana ke tinggi.

15

COPYRIGHT @ UiTM

Page 16: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 2d: Perhubungan antara T ahap Persepsi EO Pensyarah dan

Pencapaian Akademik Responden HS 113

Perhubungan antara EQ Pensyarah dan Pencapaian Akedemik

Responden HS113

70

60

50

40 II 010 Persepsi

30 • % Pencapaian

20

10

o

Tahap

1i1lI% Persepsi 0.6 38.7 60.7 ... -

-

paian 10.9 52.1 37

Rajah 2d menunjukkan bahawa beberapa sampel (0.6%) responden HS

113 menilai EO pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel

responden (60.7%) menilai EO pensyarah di tahap tinggi sementara

sampel responden yang lain (38.7%) menilai di tahap sederhana. Pada

keseluruhan peratus pencapaian akademik pelajar meningkat bersama

dengan peratus tahap persepsi EO pensyarah sehingga ke tahap

sederhana sahaja. Peratus pencapaian akademik pelajar turun sedikit,

dari 52.1 % kepada 37%, apabila peratus tahap persepsi terhadap EO

pensyarah meningkat ke tahap tinggi.

16

COPYRIGHT @ UiTM

Page 17: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 2e: Perhubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah dan

Pencapaian Akademik Responden HS 114

s::: cu UJ ::s -~ CI)

0..

Perhubungan antara EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden

HS114

80

70

60

50

40

30

20

10

o

iii % Persepsi o 6.3

Tahap

37.4

70.8

III % Persepsi • % Pencapaian

62.6

Rajah 2e menunjukkan bahawa tiada sampel responden HS 114 menilai

EQ pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel responden (62.6%)

menilai EQ pensyarah di tahap tinggi sementara sampel responden yang

lain (37.4%) menilai di tahap sederhana. Pada keseluruhan peratus

pencapaian akademik pelajar meningkat bersama dengan peratus

tohap persepsi EQ pensyarah sehingga ke tahap sederhana sahaja.

Peratus pencapaian akademik pelajar turun dari 70.8% kepada 22.9%,

opabila peratus tahap persepsi terhadap EQ pensyarah meningkat ke

tohap tinggi.

17

COPYRIGHT @ UiTM

Page 18: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 2f: Perhubungan antara T ahap Persepsi EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden HS 115

c: co til ::l -co ... Q) 0..

Perhubungan antara EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik

Responden HS115

90

80

70

60

50 III % Persepsi 40 • % Pencapaian

30

20

10

0

2.3 73.1 ------_ .. _-- .~~+.~~~~~ ---.. -.~-t- -~~.~. ~~ --~.-

0 17.4

Rajah 2f menunjukkan bahawa tiada sampel responden HS 114 menilai

EQ pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel responden (62.6%)

menilai EQ pensyarah di tahap tinggi sementara sampel responden yang

lain (37.4%) menilai di tahap sederhana. Pada keseluruhan peratus

pencapaian akademik pelajar meningkat bersama dengan peratus

tahap persepsi EQ pensyarah sehingga ke tahap sederhana sahaja.

Peratus pencapaian akademik pelajar turun dari 70.8% kepada 22.9%,

apabila peratus tahap persepsi terhadap EQ pensyarah meningkat ke

tahap tinggi.

18

COPYRIGHT @ UiTM

Page 19: Kajian Eq a. Hamid

Rajah 2g: Perhubungan antara Tahap Persepsi EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden MD 220

C ns U) :::s .....

Perhubungan antara EQ Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden

MD220

90

80

70

60

50 III % Persepsi ns 40 a.. (1)

• % Pencapaian 0.. 30

20

10

0

Tahap

(I % Persepsi 0 20 80

• % Pencapaian 20 60 20

Rajah 2g menunjukkan bahawa tiada sampel responden MD 220

menilai EQ pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel responden

(80%) menilai EQ pensyarah di tahap tinggi sementara sampel

responden yang lain (20%) menilai di tahap sederhana. Pada

keseluruhan peratus pencapaian akademik pelajar meningkat bersama

dengan peratus tahap persepsi EQ pensyarah sehingga ke tahap

sederhana sahaja. Peratu5 pencapaian akademik pelajar turun dari

60% kepada 20%, apabila peratus tahap persepsi terhadap EQ

pensyarah meningkat ke tahap tinggi.

19

COPYRIGHT @ UiTM

Page 20: Kajian Eq a. Hamid

Keputusan keseluruhan mengenai hubungan persepsi pelajar terhadap

EQ pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar adalah seperti

dalam Rajah 2h.

Rajah 2h: Perhubungan Keseluruhan antara T ahap Persepsi EQ

Pensyarah dan Pencapaian Akademik Responden.

Perhubungan Keseluruhan antara EQ Pensyarah dan Persepsi Responden

70

60

50

40 III % Persepsi

30 • % Pencapaian

20

10

o

Tahap

0.6 65.7 ~-t- .. --~----- ----------+- ------

10.5 25.8

Rajah 2h menunjukkan beberapa sampel {O.6%} responden keseluruhan

menilai EQ pensyarah di tahap rendah. Kebanyakan sampel responden

(65.7%) menilai EQ pensyarah di tahap tinggi sementara sampel

responden yang lain {33.7%} menilai di tahap sederhana. Pada

keseluruhan peratus pencapaian akademik pelajar meningkat bersama

dengan peratus tahap persepsi EQ pensyarah sehingga ke tahap

sederhana sahaja. Peratus tahap pencapaian akademik pelajar turun

20

COPYRIGHT @ UiTM

Page 21: Kajian Eq a. Hamid

dari 63.7% kepada 25.8%, apabHa peratus tahap persepsi terhadap EQ

pensyarah meningkat ke tahap tinggi.

Keputusan kajian mengenai hubungan persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah

dengan pencapaian akademik pelajar secara keseluruhan mengikut klasifikasi

pensyarah adalah seperti :

Jadual 6 : Hubungan persepsi pelajar terhadapEQ pensyarah

dan pencapaian akademik pelajar

Klasifikasi Korelasi

Pensyarah Pearson (r) Aras keyakinan Keputusan

A 0.311** 0.01 Signifikan tinggi

B 0.119* 0.05 Signifikan tinggi

C 0.054 0.05 Signifikan sederhana

D 0.099 0.05 Signifikan sederhana

E 0.183** 0.01 Signifikan tinggi

Dari paparan Jadual 6 di atas kajian ini mendapati :

i.

ii.

iii.

Hubungan yang signifkan diantara persepsi pelajar

terhadap EQ pensyarah dengan pencapaian akademik

pelajar.

Hubungan signifikan tinggi terdapat dalam klasifikasi

pensyarah A, B dan E

Hubungan signifikan sederhana terdapat dalam klasifikasi

pensyarah kumpulan C dan D.

2. Kompetensi yang menyumbang kepada pencapaian akademik

Setelah menguji dengan kaedah hasH analisis regresi di dapati bahawa

kompetensi hubungan interpersonal antara pensyarah dengan pelajar

telah menyumbang kepada pencapaian akademik yang tinggi di

kalangan pelajar (B 0.187, t 2.69 dan sig. 0.007). Sila lihat Jadual7.

21

COPYRIGHT @ UiTM

Page 22: Kajian Eq a. Hamid

Jadual 7: Hasil Analisis Regresi sumbangan kompetensi EQ Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar.

Model Summary

Model Regrasi (R)

.290a .084

Coefficients

Model Unstandardized Coefficient

(Constant) B Std Error 2.129 .123

SC -.005 .010 KE -.015 .008 AS -.007 .007 BO -.007 .008 PK -.004 .010 EM .014 .009 TS .005 .010 HI .025 .009 RT .005 .010 FS -.014 0.10 PM .008 .010 TS .016 .010 KI .013 .012 OT -.030 .009 HP .019 .009

SC Self regard RT

KE Emotion Self awareness FS

AS Assertiveness PM

BO Independence TS

PK Self actualization KI

EM Empathy OT

TS Social responsibility HP

HI Interpersonal relationship

Std. Error of the estimate

.0067 .44157

Standardized Coefficient

Beta t Sig 0 16.140 .000

-.035 -.527 .598 -.106 -1.757 .079 -.050 -.951 .342 -.053 -.945 .345 -.025 -.367 .713 .105 1.503 .133 .036 .500 .617 .187 2.692 .007 .040 .562 .574 -.088 -1.339 .181 .067 .861 .389 .121 1.619 .106 .081 1.052 .293 -.216 -3.180 .002 .121 2.097 .036

Reality testing

Flexibility

Problem solving

Stress tolerance

Impulse control

Optimism

Happiness

Kajian ini juga menunjukkan bahawa antara lima belas sUb-kategori kompetensi EQ, hubungan interpersonal yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.

22

COPYRIGHT @ UiTM

Page 23: Kajian Eq a. Hamid

PERBINCANGAN

Pada keseluruhannya, kebanyakan responden menilai persepsi EQ

pensyarah pada tahap EQ tinggi kecuali responden dari program HS 110 yang

menilai persepsi pensyarah di tahap sederhana. (Jadual 3).

Tahap pencapaian akademik pelajar dari semua program didapati pada

keseluruhannya berada mengikut taburan normal dimana tahap pencapaian

pelajar condong ke kanan di tahap tinggi. ( Rajah 2a hinga 2g).

Apabila dibuat perbandingan di antara persepsi pelajar terhadap EQ

pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar kajian mendapati secara

umumnya terdapat hubungan positif yang signifikan di antara persepsi pelajar

terhadap EQ pensyarah dengan pencapaian pelajar. Dengan maksud lain

sekiranya rendah persepsi terhadap EQ pensyarah maka diikuti dengan rendah

pencapaian akademik pelajar. Apabila tahap persepsi pelajar terhadap EQ

pensyarah meningkat maka pencapaian akademik pelajar jaga turut

meningkat ( Jadul 2a hingga 2g)

Walau bagaimanapun pada keseluruhannya, terdapat hubungan

signifikan di antara tahap persepsi pelajar terhadap EQ pensyarah dengan

tahap pencapaian akademik pelajar. (Jadual 6 )

23

COPYRIGHT @ UiTM

Page 24: Kajian Eq a. Hamid

CADANGAN DAN SARAN AN

Berdasarkan hasil kajian dicadangkan perkara berikut untuk dilaksanakan oleh

pihak UiTM:

1. Menggunakan alat ukur kajian EQ 360 sebagai satu kaedah penilaian

terhadap pensyarah untuk menilai aspek ektrinsik dan instriksik mereka.

2. Mempertengahkan pengetahuan EQ di kalangan pensyarah dan pelajar

dengan mengikuti kursus. ceramah dan bengkel yang sesuai. Ini

disebabkan pengetahuan EQ mengikut Goleman {1995} boleh dipelajari

oleh semua pihak.

Saraan kepada para pengkaji di atas tajuk yang sama untuk menambah

pembolehubah yang lain seperti kurikulum pembelajaran. sikap pelajar

terhadap pembelajaran. konsep kendiri pelajar yang di kaitkan dengan

pencapaian akademik pelajar. Bilangan responden juga wajar diperbanyakkan.

Penambahan beberapa lagi pembolehubah lagi akan lebih mantap kajian

yang dilakukan pada masa akan datang.

PENUTUP

Kajian persepsi EQ pensyarah dan pencapaian akademik pelajar ini

merupakan kajian yang awal di Malaysia dan diharap menjadi pen cetus

kepada para pengkaji akan datang untuk memperkemaskan lagi dalam kajian

mereka.

Semoga kajian ini menjadi satu sumbangan kepada world of knowledge

dan pengetahuan kini.

24

COPYRIGHT @ UiTM