esei edu

8
Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam Menangani Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah Teori Pemusatan Perorangan atau dikenali juga sebagai kaunseling bukan-arahan sebelumnya, adalah suatu teori yang telah dipelopori oleh Carl Rogers seawal tahun 1930. Teori ini tergolong dalam konsep psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan (existentialism). Menurut Corey (2010), teori ini adalah berkaitan dengan klien dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan menyelesaikan masalahnya sendiri dengan panduan daripada kaunselor. Menurut pendapat Carl Rogers, manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Mengambil kira pendapat Carl Rogers ini, pendekatan terbaik dalam menangani masalah tingkah laku negetif murid ialah dengan menggalakkan murid tersebut berfikir melalui rasional yang dimiliki manusia. Seseorang mampu untuk membuat keputusan tanpa bantuan daripada orang lain, dalam erti kata yang lain manusia mampu berdikari. Secara dasarnya, manusia tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk berubah kerana manusia memiliki sifat rasional dan sentiasa memilih untuk melakukan perkara baik dan betul. Manusia juga dikatakan mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realisitik, dan bersosial. Murid yang mendakwa tidak boleh berubah akan didorong untuk berfikir secara rasional seperti kesan yang akan dihadapi sekiranya tidak berusaha untuk berubah atau sebagainya. Sebagai contoh, murid yang suka mengganggu rakan yang lain akan didorong untuk berfikir secara rasioanal adakah

Upload: wan-abdul-rahman

Post on 06-Feb-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: esei edu

Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam Menangani

Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah

Teori Pemusatan Perorangan atau dikenali juga sebagai kaunseling bukan-arahan

sebelumnya, adalah suatu teori yang telah dipelopori oleh Carl Rogers seawal tahun 1930.

Teori ini tergolong dalam konsep psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan

(existentialism). Menurut Corey (2010), teori ini adalah berkaitan dengan klien dapat

mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang

menentukan hala tuju dan menyelesaikan masalahnya sendiri dengan panduan daripada

kaunselor.

Menurut pendapat Carl Rogers, manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab.

Mengambil kira pendapat Carl Rogers ini, pendekatan terbaik dalam menangani masalah

tingkah laku negetif murid ialah dengan menggalakkan murid tersebut berfikir melalui

rasional yang dimiliki manusia. Seseorang mampu untuk membuat keputusan tanpa bantuan

daripada orang lain, dalam erti kata yang lain manusia mampu berdikari. Secara dasarnya,

manusia tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk berubah kerana manusia memiliki sifat

rasional dan sentiasa memilih untuk melakukan perkara baik dan betul. Manusia juga

dikatakan mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realisitik,

dan bersosial. Murid yang mendakwa tidak boleh berubah akan didorong untuk berfikir

secara rasional seperti kesan yang akan dihadapi sekiranya tidak berusaha untuk berubah atau

sebagainya. Sebagai contoh, murid yang suka mengganggu rakan yang lain akan didorong

untuk berfikir secara rasioanal adakah tindakannya itu disenangi rakan yang lain dan apakah

kesan daripada tingkah lakunya tersebut.

Teori ini menekankan tentang konsep kendiri. Konsep kendiri ialah persepsi tentang

diri kita berdasarkan interaksi kita dengan orang lain dan pengalaman samada positif ataupun

negatif. Kesinambungan daripada konsep kendiri ini, murid disaran dan didorong untuk

mencipta persepsi terhadap dirinya sendiri atau anggapan yang ada terhadap dirinya. Sebagai

contoh, murid akan diminta untuk menyatakan persepsi dan tanggapan tentang dirinya selain

mengekspresikan dirinya sendiri dalam bentuk yang mereka selesa. Aktiviti seperti ini akan

membantu murid lebih mengenali diri mereka sendiri sama ada dari segi kelebihan mahupun

kelemahan mereka. Tidak semua persepsi tentang diri mereka luahkan betul kerana persepsi

mereka dibentuk atas beberapa faktor luaran seperti terpengaruh dengan pandangan orang

lain. Anggapan positif atau negatif dalam interaksi dapat diperolehi daripada masyarakat atau

Page 2: esei edu

persekitarannya iaitu bagaimana individu itu diterima oleh orang lain maka ia akan

mempelajari dan mengalami penerimaan terhadap dirinya.

Carl Rogers juga telah menyatakan manusia adalah bersifat baik, boleh dipercayai,

mempunyai keupayaan menentukan hala tuju yang baik dan boleh berkembang secara positif

ke arah mencapai pembenaran kendiri (self actualization). Kenyataan ini membawa maksud

bahawa manusia itu sentiasa berkembang dan maju ke arah lebih baik. Tanggapan bahawa

murid yang bermasalah tidak akan berubah menjadi baik merupakan tanggapan yang

bercanggah dengan pendapat dalam teori ini. Kaunselor akan membantu murid sedar akan

tanggungjawab mereka untuk berubah menjadi baik. Kaunselor akan merefleks diri murid

bahawa setiap orang mempunyai kuasa untuk membuat pilihan samada untuk berubah atau

tidak. . Menurut Amir Awang (1997) dalam bukunya teori dan amalan psikoterapi, Carl

Rogers menyatakan manusia boleh membina kesemua sifat tabii’ jika wujud perasaan saling

percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialaminya. Sifat tabii’

ialah sifat semulajadi manusia. Beliau menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu

tidak boleh dipercayai, pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya.

Selain daripada itu, Rogers juga telah menekankan kepentingan hubungan antara klien

dengan kaunselor. Melalui hubungan yang rapat tersebut, klien akan meluahkan segala

perkara yang telah dipendamkan kepada kaunselor. Ini kerana, kaunselor telah berjaya

membina rasa percaya dalam diri klien. Rasa percaya klien yang menyangka kaunselor turut

dapat membantu menyelesaikan masalah juga akan timbul. Perkara ini akan memudahkan

segala bentuk keputusan yang diambil akan memberikan kesan yang positif terhadap klien.

Sebagai contoh, guru peka akan setiap perubahan yang berlaku terhadap diri murid.

Mengambil berat pasal murid akan menambah lagi nilai kepercayaan murid terhadap guru.

Guru sering bertanya khabar, mengambil tahu segala tindak tanduk murid, memberikan

sokongan serta pujian kepada murid dan peningkatan dalam pembelajaran murid di dalam

kelas. Keprihatinan guru akan menjadi satu modal yang memainkan peranan penting bagi

mewujudkan hubungan yang baik dengan murid. Berlawanan dengan sifat keprihatinan guru

akan menyebabkan murid merasakan bahawa guru merupakan ancaman kepadanya. Murid

akan melihat guru sebagai orang luar dan tidak boleh dipercayai. Tanggapan seperti ini akan

menyebabkan segala usaha guru untuk membantu murid menemui jalan buntu dan seterusnya

murid akan lebih menunjukkan sikap yang negetif. Guru juga akan gagal memahami masalah

yang dihadapi oleh murid.

Page 3: esei edu

Selain itu, teori ini mengemukakan kepentingan kepada klien untuk membuat

penerimaan diri secara sedar. Kaunselor berperanan untuk mendorong klien membuat refleksi

diri dan meneroka diri mereka sendiri untuk lebih mengenali diri mereka. Melalui,

penerokaan yang dilakukan, klien akan menyedari keperluan untuk menjadi diri mereka

sendiri. Ini kerana, ciri utama dalam pemusatan perorangan menekankan tentang

tanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri individu dan bergerak ke arah satu

keadaan yang boleh memberi kelegaan dan menguntungkan dirinya dalam keadaan yang

sebenar.

Pendekatan yang digunakan dalam Teori Pemusatan Perorangan adalah guru atau

kaunselor membimbing murid atau klien membuat penerokaan diri. Penerokaan diri yang

dilaksanakan ke atas klien adalah bertujuan untuk memupuk klien menghargai diri sendiri.

Untuk membuat penerokaan diri terhadap klien, kaunselor perlu merujuk kepada konsep

kendiri untuk mengenal pasti reaksi yang ditunjukkan klien daripada penerokaan yang

dilakukan. Konsep kendiri terdiri daripada Ideal Self dan Real Self. Ideal Self merujuk

kepada sesuatu personaliti yang unggul yang dimanefestasikan melalui nilai-nilai masyarakat

dan pengalaman. Real Self pula merujuk kepada keseluruhan diri sebenar individu. Ini

bermaksud, individu tersebut selesa menjadi diri sendiri tanpa rasa takut dengan pandangan

atau nilai yang diberikan oleh masyarakat dan menganggap tidak akan memberi kesan pada

dirinya walaupun sedikit. Sebagai contoh, murid yang mempunyai masalah tingkah laku

adalah murid yang bijak maka guru atau kaunselor akan cuba untuk mendorong murid sedar

bahawa dia adalah murid yang bijak dan belajar untuk menghargai diri. Murid akan cuba

berusaha untuk memaksimakan potensi yang ada dalam diri dan mengelakkan pengaruh luar

untuk mempengaruhi pontensi yang ada dalam diri murid.

Kaedah teori ini telah menetapkan beberapa keadaan untuk membolehkan seseorang itu

berkembang secara positif iaitu amalan penerimaan tanpa syarat, kongruen dan empati.

Penerimaan tanpa syarat merujuk kepada kaunselor menerima diri klien yang sebenarnya.

Guru perlu menerima murid tanpa mengira latar belakang dan taraf sosial murid. Tidak

dinafikan bahawa setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza. Perbezaan latar

belakang ini juga memainkan peranan penting dalam membentuk perwatakan murid. Sebagai

seorang guru, perbezaan latar belakang ini tidak menjadi satu masalah dalam usaha

membantu murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Persepsi negetif yang dimiliki guru

akan menjadi batu penghalang dalam menjayakan sesi kaunseling kelak. Ini bermaksud, guru

Page 4: esei edu

tidak boleh memandang serong atau berfikiran negatif terhadap muridnya. Guru seharusnya

tanpa ragu-ragu menerima apa sahaja yang ada pada diri murid.

Kongruen pula bermaksud guru perlu menunjukkan diri yang sebenar atau jujur di

hadapan murid. Kongruen juga membawa maksud guru atau kaunselor tidak berpura-pura

dalam sesi yang dijalankan. Ada sesetengah kaunselor atau guru berlakon menjadi orang lain

semasa sesi kaunseling. Mereka lebih selesa berlakon daripada menunjukkan diri mereka

yang sebenar. Hasil daripada tindakan ini akan menimbulkan rasa kurang percaya murid

terhadap guru. Ketidakpercayaan antara guru dan murid merupakan benda yang tidak diingini

dalam sesi kaunseling. Guru dan murid akan tidak mempunyai matlamat yang sama. Objektif

sesi kaunseling tidak selari antara murid dengan guru. Sifat guru yang kongruen akan

membuatkan murid meletakkan sangkaan bahawa guru benar-benar ikhlas ingin

membantunya sekaligus membina rasa percaya dalam diri murid terhadap gurunya.

Empati pula adalah sifat yang ditunjukkan guru yang berkebolehan untuk memasuki

ruang atau dunia murid dan merasai serta menghayati perasaan yang dialami oleh murid.

Kemahiran empati ini bukanlah sesuatu yang boleh diajar secara teori tetapi memerlukan

keikhlasan dan kejujuran guru. Tanpa keikhlasan dan kejujuran guru, sukar bagi guru untuk

empati terhadap masalah yang diluahkan oleh murid. . Guru akan menjiwai keseluruhan

perasaan dan pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh murid. Empati juga adalah satu proses

yang penting dalam mewujudkan hubungan terapeutik pada klien.

Perkara yang paling penting dalam pendekatan teori ini ialah guru atau kaunselor

sekali-kali tidak akan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah malah sebaliknya,

murid atau klien yang akan diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan tindakan,

pemikiran dan keputusan. Klien atau murid diberi kebebasan sepenuhnya untuk berfikir,

berasa dan membuat keputusan. Perkara ini bertujuan supaya murid atau klien menjelajah

perasaannya sendiri secara mendalam. Ini bermaksud, setelah guru membimbing murid dalam

membuat penerokaan diri, penghargaan kendiri dan sebagainya, akhirnya sesuatu keputusan

yang akan diambil hanya akan ditentukan oleh murid itu sendiri. Guru atau kaunselor tidak

menetapkan sebarang syarat ataupun had terhadap keputusan yang diambil oleh murid atau

klien setelah membuat refleksi yang menyeluruh mengenai semua aspek penting dalam diri

murid. Kesannya, satu cetusan fikiran tentang diri mereka, kesan dan akibat daripada

tindakan mereka, serta penambahbaikan untuk diri murid akan berlaku. Perkara ini akan

Page 5: esei edu

membantu murid sendiri bagaimana hendak mangatasi masalah tingkah laku yang mereka

hadapi.

Secara keseluruhannya, guru atau kaunselor perlu memberi bimbingan kepada klien

dan membantu klien untuk meneroka dirinya untuk mencari kekuatan yang ada pada diri

klien supaya klien sedar dan menghayati sifat dan ciri yang ada padanya. Pendekatan seperti

ini akan membantu murid dalam jangka masa yang panjang kerana mereka tidak terlalu

mengharapkan bantuan daripada guru untuk menyelesaikan masalah. Mereka juga akan lebih

berhati-hati pada masa kelak untuk membuat keputusan mengenai masalah mereka. Murid

juga akan mempunyai kesedaran tentang diri mereka sendiri. Matlamat bimbingan dan

kaunseling berdasarkan teori pemusatan perorangan ini bukanlah sekadar menyelesaikan

masalah yang dihadapi atau dialami pada ketika itu sahaja akan tetapi apa yang lebih

diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan sepadu bagi diri seseorang individu itu.

( 1544 patah perkataan )