ustaz ku othman ku ali-kaedah rawatan alternatif dalam islam

32

Upload: madihah-rehana

Post on 30-Jul-2015

1.433 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Penemuan Terkini Rawatan Alternatif dalam Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam
Page 2: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam
Page 3: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

i

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

membantu bagi menghasilkan Buku Rawatan Alternatif ini.

Mudah-mudahan Allah sahaja yang dapat membalasnya. Firman

Allah mafhumnya : “Jika kamu menturuti perintah Allah, maka

Allah membantu kamu..”. Firman Allah lagi mafhumnya : “Bantu-

membantulah atas kebaikan..”

Page 4: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

ii

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Penghargaan i

2. Kandungan ii

3. Muqaddimah iii

4. Peringatan 1

5. Rawatan penyakit ketumbuhan, 2

barah dan batu karang mengguna-

kan herba & membaca Al-Quran

6. Hati ayam dibuat sup 4

7. Air kelapa muda (mumbang atau 6

tiada isi) : Penawar & khasiatnya

8. Asmaul Husna 7

9. Bacaan rawatan ke-1 9

10. Gambar herba 12

11. Bacaan rawatan ke-2 17

12. Bacaan rawatan ke-3 21

13. Bahan maklumat/rujukan 23

Page 5: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

iii

Rawatan Penyakit Ketumbuhan, Barah dan

Batu Karang Menggunakan Herba dan

Membaca Al-Quran

Muqaddimah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya saya

dapat meneruskan semula siri ke-3 yang mengkhususkan penyakit

ketumbuhan, batu karang dan barah dengan menggunakan herba,

bacaan Al-Quran dan doa. Siri ketiga ini diharapkan kita semua

mendapat faedah daripadanya dan merawatnya mengikut ajaran Islam

tanpa mencampuradukkan amalan dan rawatan yang bercanggah dan

bertentangan dengan Islam.

Rawatan yang berdasarkan kaedah ini telah menerima dan mendapat

maklum balas dan reaksi yang positif daripada orang ramai serta

menarik minat yang begitu mendalam terhadap perubatan ini.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak beranggapan bahawa kaedah

ini tidak sesuai, ketinggalan zaman, mereka lebih bergantung kepada

hospital bagi mengubati penyakit mereka, tetapi cara tersebut kadang-

kadang mencapai kegagalan, walaupun mereka terpaksa

membelanjakan wang yang banyak tapi akhirnya kecewa. Penyakit

bertambah merebak, pesakit menderita malah ada yang telah menemui

ajal. Na’udzubillah.

Sesungguhnya ketumbuhan atau barah jika dibedah ia akan tumbuh

semula, akarnya menjalar panjang, menyebabkan kemungkinan besar ia

tumbuh kembali dengan cepat jika pesakit tidak mengawal dan menjaga

makan dan minum. Akhirnya penggunaan kemoterapi (chemotherapy)

dilakukan kepada pesakit berulang kali. Sebenarnya cara ini tidak juga

berapa berkesan, hanya pesakit mengalami penderitaan yang amat sangat.

Tuhan sahaja yang mengetahui seterusnya ajal menggamit mereka.

Page 6: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

iv

Perlu disebut sesungguhnya rawatan menggunakan herba dan bacaan Al-

Quran ini adalah perubatan alternatif yang telah melalui kajian,

pemantauan dan ujian herba kepada pesakit dalam masa yang agak

panjang dan pemakanan yang layak dan sesuai kepada pesakit.

Hasil kajian yang mendalam ini dan ditokok tambah dengan petua orang

tua maka ia didapati suatu penemuan yang tidak ternilai harganya dan

amat berguna untuk dijadikan bahan ubat-ubatan alternatif yang mana

mendapati ramai yang memilih cara ini sembuh dari penyakit tersebut.

Alhamdulillah. Firman Allah SWT :

Mafhumnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram

hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang

tenteramlah hati manusia.” –Surah Ar-Ra’d :28

Alhamdulillah sehingga kini terdapat ramai dalam kalangan masyarakat

memilih kaedah ini sebagai pengubatan mereka, walaupun dihasut oleh

sesetengah pihak. Kesudahannya, mereka akur dan setuju, bahawa inilah

kaedah rawatan yang terbaik dan sesuai untuk penyakit seperti ini.

Penyakit ketumbuhan, barah dan batu karang ini jika penyakit berada

pada peringkat awal, insyaallah mudah untuk sembuh andainya mendapat

rawatan alternatif ini, tetapi kalaulah pesakit sudah melakukan

pembedahan dan kemoterapi adalah sukar ia hendak sembuh kerana

sudah merebak.

Penyakit ketumbuhan, barah dan batu karang adalah antara penyakit yang

dibimbangi dan ditakuti oleh insan, kerana penyakit ini seseorang

mengalami penderitaan sakit yang agak lama atau berpanjangan, malah

boleh membawa kepada kehilangan nyawa seseorang itu.

Page 7: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

v

Oleh yang demikian bagi segala penyakit ada ubatnya. Tuhan jadikan

penyakit, Tuhan juga ciptakan ubatnya. Sabda Nabi Muhammad SAW

mafhumnya: “Setiap penyakit ada ubat”. Bagaimana ubat itu dapat

menyembuhkan penyakit, maka bagi pesakit mestilah mengikut adab dan

peraturan rawatan yang ditentukan. Dinasihatkan jangan makan benda yang

ditegah. Ia melambatkan proses penyembuhan, mungkin juga tidak akan

sembuh malah memudaratkan pesakit.

Harus diingat jika kita berpantang benda yang dilarang, sesungguhnya

penyakit akan sembuh tetapi jika kita tidak makan langsung, bukan saja

penyakit yang hilang tapi nyawa pun akan turut hilang.

Bagi penyakit sebegini, Insya Allah memang boleh dicegah dan dirawati

untuk mengelak dari penyakit merebak dan berlarutan. Dengan

menggunakan kaedah rawatan herba-herba, bacaan Al-Quran serta doa-doa

munajat yang bersungguh-sungguh akan dapat menyembuhkan penyakit-

penyakit tersebut, kerana ayat-ayat Al-Quran yang dibaca itu menjadi

penawar atau ubat dan mendapat rahmat dari Allah yang mencipta kita.

Yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan berputus asa selagi

maut belum tiba. Firman Allah SWT mafhumnya: “ Jangan putus asa

dengan rahmat Tuhan..”

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi sedikit harapan, sumbangan

dan bantuan kepada masyarakat baik yang beragama Islam mahupun bukan

Islam.

Sekian, wassalam.

Ustaz ku Othman

Ustaz Ku Othman Ku Ali

Page 8: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

1

Peringatan

1. Sesungguhnya pesakit diingatkan berpantang makan, yang dibolehkan

makan hanya nasi dengan sayur (sawi/peria), air putih (tanpa susu), buah

limau dan belimbing sahaja selama 3 bulan.

2. Jika pesakit melanggar pantang, adalah sukar untuk sembuh dan penyakit

akan tumbuh membesar serta akarnya menjalar panjang. Jika akarnya

merebak sampai ke hati, perut pesakit akan kembung membengkak keras

dan ketika itu penyakit sukar dikawal apatah lagi untuk merawatnya.

3. Oleh itu, sakit adalah ujian Tuhan kepada hamba-Nya. Tuhan uji dengan

makanan kerana penyakit berpunca daripada makanan yang kita ambil.

4. Makan penting untuk kita meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi ia

menyihatkan tubuh badan. Pada masa yang sama ia juga menjadi penyakit

dan makanan juga boleh membawa kepada kematian seseorang.

5. Makanan dan minuman menghasilkan zat, kalsium, vitamin dan

menambahkan tenaga kepada kita supaya menjadi lebih membesar sihat

dan cergas. Tetapi ia juga boleh menyebabkan badan menjadi lemah, sakit

menderita sepanjang hidup serta boleh menghilangkan nyawa seseorang

secara perlahan-lahan. Oleh itu, pengambilan makanan secara seimbang

adalah penting di samping beriadah. Bersenam perlu bagi mengekalkan

kesihatan kita di samping melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat

mencegah dan mengelak daripada penyakit yang tidak diingini itu.

6. Perlu kita ingat bahawa sihat, senang, kemewahan hidup dan berilmu

disukai ramai. Tetapi bila kita sakit yang berpanjangan, susah, jahil ilmu

amat tidak disukai ramai, melainkan insan yang beriman, bertaqwa,

mempunyai sifat kasih dan simpati kepada pesakit. Mereka sedia membantu

dan memberi nasihat serta merawatnya. Oleh itu berhati-hatilah jika

mengambil makanan dan minuman, ambillah yang tidak memudaratkan

kita semua.

Page 9: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

2 Rawatan Penyakit Ketumbuhan, Barah dan Batu Karang Menggunakan Herba dan Membaca Al-Quran

Cara menggunakannya :

1. Limau nipis – Satu biji limau nipis diperah dalam segelas air panas

dan diminum selepas makan tengahari dan makan malam.

2. Jintan putih – Satu sudu makan dicampur dalam segelas air panas dan diminum pada setiap hari.

3. Kunyit – Kunyit 3 ulas sebesar ibu jari yang telah dibersihkan,

ditumbuk dan dicampur dengan segelas air panas dan diminum pada waktu malam (jam 7pm).

4. Daun pokok dukung anak –Ambil 10 batang bersama akarnya,

dicuci bersih dan dicampur dalam segelas air panas dan diminum pada waktu malam jam 8 pm.

5. Bawang putih – 3 ulas bawang putih dibakar dan bila rasa panas

dihiris kecil-kecil dan ditelan dengan air pada waktu pagi, petang dan malam.

6. Daun sirih – Ambil 3 helai daun sirih dan dihiris-hiris kecil,

dicampur dengan segelas air panas dan diminum pada waktu selepas

solat subuh.

7. Manjakani – Direbus 2 biji kecil (atau 1 biji jika saiz besar) dengan

1 gelas air dan biar sehingga mendidih dan diminum airnya pada

waktu malam jam 8pm.

8. Bunga kantan – Direbus 1 bunga kantan bersamaan dengan segelas

air dan biar sehingga mendidih dan diminum airnya pada waktu

malam jam 9pm.

9. Pucuk kesum – 5 pucuk kesum dicampur dengan segelas air panas

dan diminum pada waktu petang jam 6pm.

10. Pucuk mengkudu – 1 pucuk dihiris-hiris daunnya dan dicampur

dengan segelas air panas dan diminum airnya.

11. Buah mengkudu – 3 biji buah mengkudu dibuat jus dengan segelas

air dan diminum pada waktu petang jam 5pm.

12. Pegaga – 14 daun pegaga bersama akarnya dicampur dengan segelas

air untuk dikisar dan diminum jusnya pada waktu petang jam 4pm.

13. Pucuk jambu batu- 3 pucuk daun jambu batu dicampur segelas air

untuk dikisar dan diminum pada waktu pagi jam 6am.

Page 10: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

3

14. Jintan manis – 1 sudu makan jintan dicampur dengan segelas air

panas dan diminum pada waktu pagi jam 7am.

15. Jintan hitam – 1 sudu jintan hitam dicampur dengan segelas air

panas diminum pada waktu pagi jam 8am.

16. Halia ubat (merah) – 1 inci halia merah ditumbuk dan dicampur

dengan segelas air panas, diminum airnya pada waktu subuh jam

5am.

17. Batang semalu – Setelah dipotong halus, akar dan batang semalu

diambil 1 sudu makan dicampur dengan air panas dan diminum

pada waktu pagi jam 9am.

18. Tapai ubi kayu – 3 potong tapai ubi kayu dimakan, sepotong setiap

waktu (pagi, petang,malam). Jangan ambil lebih.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar

dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”. (Hadis

Riwayat Abu Dawud)

Menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai, Nabi

Muhammad telah bersabda, maksudnya: “Tidak ada bekas yang

diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi

anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang

belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu

pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu

pertiga untuk nafasnya”.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Orang mukmin

itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan

orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh

buah perut.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Page 11: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

4

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “jangan kamu matikan

hati dengan banyak makan dan minum , kerana sesunguhnya hati itu

adalah seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak

air”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tiap-tiap penyakit ada

ubatnya kecuali mati..”

Makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit barah, kencing manis dan

batu karang untuk menambah darah bagi pesakit yang berpantang makan

dan minum

Hati ayam dibuat sup

6 ketul hati ayam kampung direbus dengan 3 gelas air yang dicampur

bersama 1 biji limau nipis, 1 inci halia merah (ditumbuk), 2 batang serai

(ditumbuk), 14 biji lada hitam (ditumbuk), 1 biji cili api, 7 ulas bawang

putih, 1 batang kunyit, 1 helai daun limau purut, 3 biji buah pelaga, 3

biji bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, ½ sudu jintan putih, ½ sudu

jintan manis, ½ inci kulit kayu manis dan 3 batang daun sup (bubuh

ketika api dipadamkan).

Direbus hingga mendidih segala bahan-bahan tersebut (herba) kemudian

dimasukkan hati ayam, masukkan sedikit gula dan sedikit garam.

Hati ayam dan bawang putih dimakan selama 1 minggu serta supnya.

Masakan itu tanpa menggunakan minyak.

Ayam itu hendaklah masih hidup, tidak berpenyakit, sihat (tidak cacat),

bebas (tidak dikurung), disembelih, ambil hatinya, niat untuk berubat.

Insya Allah hati tersebut boleh dijadikan penawar dan ubat.

Page 12: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

5

Berdoa, zikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran adalah suatu

rawatan yang penting dalam kaedah rawatan. Ia dilakukan berulang kali

pada setiap malam sebagai amalan rutin supaya pesakit mendapat

ketenangan jiwa, senang hati. Maka memudahkan pesakit cepat sembuh.

Perlu diingat ayat-ayat Al-Quran itu adalah ubat dan rahmat bagi orang

yang beriman.

Firman AllahSWT maksudnya : “Dan Kami turunkan Al-Quran

menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..”

Dibaca pada air yang bersih, bukan yang sudah dimasak (rebus), sebaik-

baiknya air semula jadi kerana badan kita memerlukan air yang

mencukupi di samping menjadi ubat kepada mereka yang membacanya.

Air itu sesuatu yang hidup lebih-lebih lagi ditambah doa serta bacaan

ayat-ayat Al-Quran padanya. Bertambah penawar, ubat serta menjadi

rahmat dari Allah kepada hamba-Nya yang membaca. Firman Allah

yang bermaksud : “Air itu hidup…”

Page 13: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

6

Air kelapa muda (mumbang atau tiada isi) : Penawar dan

khasiatnya

Sesungguhnya, air kelapa muda mempunyai banyak khasiatnya,

walaupun air kelapa itu sejuk. Ia tidak sesuai bagi orang yang

mempunyai penyakit angin, dugal dan bengkak urat. Air kelapa juga

merupakan minuman yang sedap, segar dan enak bagi mereka yang tidak

berpenyakit. Selain itu, air kelapa menjadi ubat dan penawar bagi

penyakit seperti sakit kepala, darah tinggi, kolestrol tinggi, melawaskan

pembuangan air kecil dan besar, mencuci dan membuang minyak serta

lemak yang terdapat di bahagian usus, melancarkan peredaran darah dan

mengeluarkan racun yang terdapat di dalam badan.

Caranya ialah dengan mengambil satu biji kelapa muda lalu dimasukkan

7 biji lada hitam dan 1 inci halia merah bersama kulitnya (kedua-duanya

sudah ditumbuk). Kemudian kelapa tadi direbus sehingga mendidih.

Seterusnya perah limau nipis ke dalam air kelapa yang sedang mendidih

tersebut. Apabila air kelapa tadi telah sejuk (suam), minumlah airnya

pada waktu petang. Insya Allah, mereka yang berpenyakit sepertimana

yang tertera di atas, dapat disembuhkan. Amalkanlah meminumnya

selalu. Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya : “Sebaik-baik amalan

itu adalah kekal berterusan”, asalkan orang yang mengidap penyakit

tersebut dapat mengawal dan menjaga pemakanan. Ikutlah pantang

larangnya. Nabi berpesan mafhumnya, “Tiada penyakit yang tiada

ubatnya melainkan mati”. Ingatlah penyakit itu berpunca daripada

pengambilan makanan yang tidak seimbang. Beriadah dan bersukanlah,

nescaya badan kita cergas lagi sihat.

Ada kalanya penyakit itu berpunca daripada syaitan, sepertimana yang

berlaku kepada Nabi Ayyub AS. Firman Allah mafhumnya,

“Sesungguhnya aku (ayyub) diganggu syaitan dengan penderitaan dan

bencana”, surah Saad : 41. Oleh itu, perbanyakkanlah membaca Al-

Quran kerana membaca Al-Quran itu adalah penawar bagi penyakit yang

diganggu syaitan yang dilaknat oleh Allah ‘Azza Wajalla.

Page 14: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

7

Asmaul Husna

Firman Allah yang bermaksud, “Berdoalah kamu dengan nama-nama

Allah..”

Sesungguhnya berzikir dengan nama-nama Allah mempunyai banyak

kelebihan, bukan sahaja boleh menenangkan jiwa malah mendapat ganjaran

yang banyak dari Allah. Nama-nama Allah juga boleh menjadi penawar dan

ubat kepada pesakit. Selepas kita berzikir dengan nama Allah kita disuruh

berdoa dengan-Nya. Insya Allah bila kita berzikir dengan meletakkan tangan

pada tempat sakit, sebutlah nama-nama Allah berulang kali pada tiap-tiap

malam, kemudian berdoalah, kerana sakit itu datangnya daripada Allah, Dia

sahaja yang dapat menyembuhkan. Firman Allah yang bermaksud, “Wahai

orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya

Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan

pendirian kamu” Surah Muhammad:7.

Pesakit diingatkan jangan sengaja meninggalkan ibadah solat dan banyakkan

bersabar, firman Allah mafhumnya, “Solat dan sabar dapat menolong kita”.

Solat juga boleh membantu kita daripada kesakitan. Bukan sahaja dapat

mencegah kita daripada kemungkaran malah dapat menyembuhkan penyakit

yang kita alami. Syaratnya, lakukan dengan khusyuk dan kita perlu bersabar

kerana ia penting bagi menghadapi ujian dari Allah sepertimana yang

berlaku pada Nabi Ayyub AS yang derita sakit berpanjangan, sakit yang

tidak dapat dirasai oleh manusia biasa. Firman Allah mafhumnya, “

Sesungguhnya aku ditimpa derita sakit yang dahsyat”. Dengan mengerjakan

ibadah solat dan disertai dengan sifap sabar, sebarang musibah yang melanda

kita dapat dihadapi dengan penuh keredhaan kepada-Nya. Seterusnya, setiap

ujian itu ada seribu hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Sebagai contoh,

lihat sahaja kesabaran yang Rasulullah saw amalkan, kita akan dapat merasa

nikmat iman yang sebenar di sisi Allah SWT, Insya Allah.

Page 15: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

8

Fardhu puasa juga diwajibkan, dan begitu juga amalan-amalan sunat turut

digalakkan kerana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Puasa itu

adalah perisai”. Tidak dapat dinafikan ramai pakar perubatan berpendapat

dan menyatakan bahawa puasa adalah sangat baik bagi menjaga dan

mengekalkan kesihatan kita. Ini disebabkan penyakit itu berpunca daripada

faktor pemakanan, maka puasa itu boleh menyekat dan mencegahnya berlaku

kepada kita. Malahan boleh menghilangkannya dan menyekat penyakit

tersebut daripada membesar dan merebak ke organ dalaman dan bahagian-

bahagian yang lain.

Oleh itu, solat dan puasa merupakan ibadah yang banyak memberi manfaat

kepada kita. Firman Allah mafhumnya, “Sesungguhnya berjayalah orang

yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya

(dengan taat dan amal yang soleh),dan menyebut-nyebut dengan lidah dan

hatinya akan nama Tuhannya,serta mengerjakan sembahyang (dengan

khusyuk) –Surah al-A’la:14-15. Sabda Nabi Muhammad SAW yang

bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

Page 16: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

9

Bacaan Rawatan ke-1

a) Baca Surah An-Namlu (Ayat 18):

b) Baca Surah An-Namlu (Ayat 30):

Page 17: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

10

Page 18: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

11

p) Bacaan Surah Shaad (Ayat 42):

ذ ابرجلك ٱركض ل ه اب ب ارد مغت س ر ش و

q) Bacaan Surah Al- Anbiya’ (Ayat 30):

لن ا ع ج اءمن و ي ش يء كل الم ح

r) Bacaan Surah Hud (Ayat 48):

نا وبركات قيل يا نوح اهبط بسالم م

عك وأمم سنمتعهم من م عليك وعلى أمم م

نا عذاب أليم هم م ثم يمس

s) Bacaan Surah Al-Anbiya’ (Ayat 83):

ر ني الض وأيوب إذ نادى ربه أني مس

احمين وأنت أرحم الر

Page 19: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

12

Page 20: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

13

Page 21: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

14

Page 22: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

15

Page 23: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

16

Page 24: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

17

Bacaan Rawatan ke-2-Asmaul Husna

Page 25: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

18

Page 26: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

19

Page 27: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

20

Page 28: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

21

Bacaan Rawatan ke-3-Surah Al-Hasyr

حيم نالر حم الر بسمللا

كيم الح زيز الع هو و األرض في ا م و ات او الس م في ا م لل ب ح س

(١ ل(هو ف روامنأ هلالكت ابمندي ارهمألو ك ال ذين ج ال ذيأ خر

للا تهمحصونهممن انع ظ نواأ ن همم اظ ن نتمأ ني خرجواو شرم الح

فيقلوبه ق ذ ف يثل مي حت سبواو منح ف أ ت اهمللا يخربون عب مالر

ار األبص أولي ي ا ف اعت بروا المؤمنين أ يدي و بأ يديهم بيوت هم

في٢) ل هم و ني ا الد في ب هم ذ ل ع الء الج ل يهم ع للا ت ب ك أ ن ل وال (و

( الن ار اب ذ ع ة ٣اآلخر بأ ن هم لك (ذ اق يش ن م و سول ه ر و للا اقوا ش

العق اب) ديد للا ش ف إن ة٤للا كتموه اق ائم أ وت ر منلين ة اق ط عتم (م

( الف اسقين ليخزي و للا ف بإذن أصوله ا ل ى ل ى٥ع ع للا أ ف اء ا م (و

من سوله لطر يس للا ل كن و اب الرك و يل منخ ل يه ع فتم أ وج ا ف م هم

( ق دير يء ش ل ىكل ع للا اءو ني ش ل ىم ل ى٦رسل هع ع للا اأ ف اء (م

و القرب ى لذي و سول للر و ف لل ه ى القر أ هل من سوله ىر الي ت ام

ا م و منكم األغني اء ب ين دول ة يالي كون ك بيل الس ابن و اكين س الم و

ديد للا ش ات قواللا إن نهف انت هواو ان ه اكمع م سولف خذوهو آت اكمالر

اءالمه اجرين ٧العق اب) الهم(للفق ر أ مو أخرجوامنديارهمو ال ذين

هم سول هأول ئك ر و للا ي نصرون اناو رضو و للا ف ضالمن ي بت غون

( ادقون ن٨الص م يحبون ق بلهم من ان اإليم و الد ار ءوا ت ب و ال ذين (و

إل ي ر ه اج يؤثرون و أوتوا ا مم ة اج ح صدورهم في الي جدون و هم

هم ن فسهف أول ئك شح نيوق م ة و اص ص بهمخ ان ل وك ل ىأ نفسهمو ع

( ل ن ا٩المفلحون اغفر ب ن ا ر ي قولون ب عدهم من اءوا ج ال ذين (و

و لل ذين غال قلوبن ا في ل ت جع ال و ان باإليم ب قون ا س ال ذين انن ا إلخو

( حيم ر ءوف ر ب ن اإن ك نوار ن اف قواي قولون ١١آم إل ىال ذين (أ ل مت ر

Page 29: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

22

ف روامنأ هلالكت ابل ئنأ ك انهمال ذين كمإلخو ع م ن خرجتمل ن خرج

إن هم ي شه د للا و ن كم ل ن نصر قوتلتم إن و أ ب دا دا أ ح فيكم نطيع ال و

( اذبون ال١١ل ك قوتلوا ل ئن و هم ع م ي خرجون ال أخرجوا (ل ئن

ل روهم ن ص ل ئن و ي نصرون هم رون ينص ال ثم األدب ار لن يو

ال١٢) ق وم بأ ن هم لك ذ للا من صدورهم في هب ة ر د أ ش (ألنتم

( اء١٣ي فق هون ر أ ومنو ن ة ص ميعاإالفيقرىمح (اليق اتلون كمج

دي ب أسهمب ين همش جدر بأ ن همق وم لك ت ىذ قلوبهمش ميعاو بهمج ت حس د

( ل هم١٤الي عقلون أ مرهمو ب ال اقواو منق بلهمق ريباذ ث لال ذين م (ك

( أ ليم اب ذ ف ١٥ع اك اناكفرف ل م لإلنس يط انإذق ال ث لالش م (ك ق ال ر

( ال مين الع ب ر افللا إنيأ خ منك ا١٦إنيب ريء اقب ت هم ع ان (ف ك

( اءالظ المين ز ج لك ذ ينفيه او الد افيالن ارخ ١٧أ ن هم (ي اأ يه اال ذين ق د ا م ن فس لت نظر و للا ات قوا نوا آم بير خ للا إن للا ات قوا و د لغ ت م

لون ات عم (١٨)بم همأول ئك اهمأ نفس ف أ نس ن سواللا ال ذين الت كونواك و

( الف اسقون ن ة١٩هم الج اب أ صح و الن ار اب أ صح ي ست وي (ال

ه ن ة الج اب )أ صح الف ائزون ٢١م ب ل ل ىج ع القرآن ا ه ذ لن ا أ نز (ل و

األمث الن ضربه اللن اس تلك و شي ةللا عامنخ د اشعامت ص أ يت هخ ل ر

( ي ت ف ك رون ل هم يب٢١ل ع الغ الم ع هو إال إل ه ال ال ذي للا (هو

حيم نالر حم الر ةهو الش ه اد لك(٢٢)و الم إالهو ال ذيالإل ه للا هو

للا ان برسبح ب ارالمت ك زيزالج المؤمنالمه يمنالع وسالس الم القد

( يشركون ا م الب ا٢٣ع الق الخ للا اء(هو األسم ل ه ر و المص رئ

كيم الح زيز الع هو األرضو و ات او الس م في ا م ل ه بح الحسن ىيس

(٢٤ )

Page 30: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

23

BAHAN MAKLUMAT/RUJUKAN

1. Al-Quran

2. Hadis Nabawi

3. Petua Orang Tua-tua

4. Kitab Tib An-Nabawi

5. Laman Sesawang Internet

6. Pengamal-pengamal Perubatan

Tradisional

7. Para Doktor

8. Para Pesakit

Page 31: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku

nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Page 32: Ustaz Ku Othman Ku Ali-Kaedah Rawatan Alternatif dalam Islam

Dilahirkan di negeri Kedah. Berkelulusan BA Syariah

Wal Qanun pada tahun 1982 di Pusat Pengajian Tinggi

Islam Kelantan. Pada tahun 1986, beliau sekali lagi

mendapat BA Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,

Mesir dan diikuti pula dengan Diploma Pendidikan

Agama di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.

Beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama Inanam, Kota Kinabalu, Sabah (kini SMKA Tun

Ahmadshah) dan bertugas sebagai guru mata pelajaran

Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Pendidikan Islam.

Sebagai seorang guru agama, beliau dikenali dalam

kalangan masyarakat sebagai seorang pendakwah dan

pada masa yang sama beliau telah memperkenalkan

kaedah rawatan alternatif menurut Al-Quran.