tugasan 1_d20102042813 zuraida bt. othman kbk3063

Upload: zuraida-othman-zuraida

Post on 14-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    1/35

    1

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KBK 3063: SOKONGAN DALAM KOMUNITI

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI-01

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    ZURAIDA BINTI OTHMAN D20102042813 019-5166253

    NAMA TUTOR E-LEARNING:PUAN HAJJAH KAMALIAH BINTI MUHAMMAD

    TARIKH SERAH: 19 NOVEMBER 2012

    BAHAGIAN A : TUGASAN 1

    PDK adalah pusat jagaan untuk pelbagai kategori berkeperluan khas. Andadikehendaki membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat biodata bagidua kategori orang kurang upaya (OKU) atau murid berkeperluan khas yang

    mendapat jagaan di PDK berhampiran tempat tinggal anda. Bincangkan apakahsumbangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PDK kepada kedua OKU

    yang anda pilih.

    PEMARKAHAN

    1 Tugasan 1

    2 Tugasan 2

    3. Forum

    Jumlah

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    2/35

    2

    ISI KANDUNGAN

    Halaman

    1.0 Secalit Tinta Sejuta Penghargaan 3

    2.0 Pengenalan 4

    2.1 Sejarah PDK 4

    3.0 Kajian kes terhadap dua orang OKU

    3.1 Attention Deficit Hyperaktivity Disorder (ADHD) 5

    3.1.1 Definisi 5

    3.1.2 Etiologi dan punca-punca 6

    3.1.3 ADHD bersama masalah lain 9

    3.1.4 Ciri-ciri ADHD 9

    3.1.5 Rawatan dan pengendalian kanak-kanak ADHD 12

    3.1.6 Sample Kajian ADHD 16

    3.2 Terencat Akal 19

    3.2.1 Definisi 19

    3.2.2 Etiologi dan punca-punca 20

    3.2.3 Pengkelasan Terencat Akal 22

    3.2.4 Ciri-ciri Individu Terencat Akal 23

    3.2.5 Penempatan dan pengendalian Kanak-Kanak Terencat Akal 25

    3.2.6 Sample Kajian Terencat Akal 29

    4.0 Sumbangan dan Perkhidmatan PDK terhadap kes 32

    5.0 Penutup / Kesimpulan 33

    6.0 Bibliografi 35

    7.0 Lampiran

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    3/35

    3

    1.0 SECALIT TINTA SEJUTA PENGHARGAAN

    Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah

    Kamaliah Bt. Muhammad (Pensyarah UPSI) atas tunjuk ajar serta bantuan yang

    diberikan, kepada suami serta anak-anak yang senantiasa memberi dorongan serta

    semangat, En. Mohamad Anuar B. Ibrahim (Guru Besar SK.Dato Panglima Bukit

    Gantang, Taiping),Pn. Hjh. Rofizah Jusoh (PK PPKI SK.Dato Panglima Bukit Gantang,

    Taiping ), rakan guru PPKI SK.Dato Panglima Bukit Gantang, Taiping ,juga rakan-

    rakan sejawat yang selalu memahami kekangan waktu yang saya alami kerana

    memikul 2 tugas yang berat yakni belajar serta bekerja dan tidak dilupakan Penyelia

    PDK serta guru-guru PDK Bukit Gantang, Taiping, Perak yang tidak jemu melayani

    kehadiran saya ke PDK beliau dan huluran bantuan yang diberi amat saya hargai.

    Sesungguhnya bantuan ,dorongan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh kalian amat

    saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah jualah yang dapat

    membalas jasa kalian juga saya doakan usaha kalian dalam mendidik anak bangsa

    mendapat keberkatan dariNYA. Amin.

    ~~Zuraida Othman~~

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    4/35

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    5/35

    5

    di Batu Rakit adalah berasaskan kepada hasil kajian ke atas profil orang kurang upaya yang

    terdapat di Mukim Batu Rakit. Penubuhan PDK yang pada ketika itu adalah melibatkan

    seramai 55 orang golongan OKU manakala pada tahun-tahun seterusnya pembukaan PDK

    terus diperluaskan keseluruh negara dan jumlah PDK semakin meningkat.

    3.0 KAJIAN KES TERHADAP DUA ORANG OKU YANG TERDAPAT DI PDK

    3.1 ATTENTION DEFICIT-HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

    3.1.1 Definisi

    Attention Deficit-Hyperaktivity Disorder (ADHD) atau lazimnya disebut sebagai hiperaktif

    adalah merupakan istilah yang digunakan terhadap kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku

    yang terlampau aktif (overactive) dan sering mengganggu ( disruptive). Pada dasarnya kanak-

    kanak hiperaktif ini mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat.

    Pada awal kurun ke-20,kanak-kanak kategori ini dikenali sebagai hyperkinetic dan telah

    dikatakan mengalamai kecacatan otak yang minima. Setelah itu istilah ini telah dikenali dengan

    hyperactive sehinggalah pada tahun 1980, Diagnostic and Satiscal Manual of Mental Disorders-

    III yang telah dikeluarkan Persatuan Psikologi Amerika memperkenalkan istilah Attention Difisit

    Order (ADD) untuk menerangkan tentang golongan kanak-kanak ini malahan telah dimurnikan

    semula kepada Attention Dificit Hyperactivity Disorder (ADHD) untuk mengatasi kecelaruan

    dalam mendefinisikan kedua-dua istilah ini.

    Attention Deficit Hyperaktive Disorder (ADHD) adalah istilah perubatan yang digunakan

    kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah daripada tingkah laku dan kognitif dalam aspek

    kehidupan mereka. Kesukaran ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh desakan yang tidak

    terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.

    Marilyn Friend (2005) mendefinisikan bahawa Attention Deficit Hyperaktive Disorder

    (ADHD) ini dikategorikan kepada tiga (3) iaitu :

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    6/35

    6

    a) ADHD Kurang Tumpuan

    Kanak-kanak dengan ADHD ini tidak member tumpuan dan mereka sering

    meninggalkan bahagian mustahak yang diberikan,kerap mengelamun dalam kelas,tidak

    teratur dan pelupa.

    b) ADHD Hiperaktif impulsive

    Bagi kategori kanak-kanak ini petunjuk utama adalah merupakan gabungan antara

    hiperaktif iaitu jumlah pergerakan yang sangat tinggi, dan impulsive iaitu melakukan

    sesuatu tanpa berfikir,kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyangkan kerusi.

    Kanak-kanak ini juga sering berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

    c) ADHD Gabungan

    Kategori ADHD Gabungan ini menunjukkan sesetengah kanak-kanak dengan ADHD

    mempunyai petunjuk-petunjuk pada kedua-dua ciri di atas yang merupakan sebahagian

    daripada kecelaruan yang dihadapi yakni tiada tumpuan dan hiperaktif impulsive.

    Menurut Azizi Yahaya et al (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD

    adalah merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-

    kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti adalah subkategori kepada ADHD.

    Pada kebiasaannya kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan

    tumpuan mudah terganggu. Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) mendefinisikan ADHD

    adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk memberi tumpuan kerana

    terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan serta mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah

    laku yang tidak sabar.

    3.1.2 Etiologi dan Punca-punca

    Banyak perdebatan atau pendapat dalam memberi tentang punca-punca terjadinya

    ADHD di kalangan kanak-kanak. Ada yang berpendapat tingkah laku kanak-kanak ADHD terjadi

    daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak ada batasan dalam

    menunjukkan tingkah laku mereka. Ada juga pendapat yang mengatakan ADHD adalah

    berpunca daripada amalan pemakanan, alahan makanan tertentu, atau mengambil terlalu

    banyak gula dalam makanan. Namun begitu, Marilyn Friend membahagikan punca terjadinya

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    7/35

    7

    ADHD kepada dua iaitu faktor fisiologikal dan faktor persekitaran. Faktor Fisiologikal adalah

    merangkumi faktor keturunan, Perbezaan Fungsi Otak dan Faktor Biokimia.

    a) Faktor Keturunan telah menunjukkan bahawa individu ini berkemungkinan besar

    mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malahan kanak-kanak di mana ibu atau

    bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.

    Pandangan ini berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Friend(2006). Menurut Baekly

    (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca dari keturunan dan pendapat ini

    turut dipersetujui oleh Lombroso et.al (1998). Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004)

    kejadian ADHD adalah berkait dengan baka di mana ianya bermula dengan hubungan

    seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai

    kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak

    adalah cacat. Ini adalah kerana umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23

    pasangan kromosom dan isteri juga menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang

    kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman

    apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah berkemungkinan

    kitaksempurnaan akan berlaku dimana ketidakseimbangan kromosom yang pertama

    iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Perwarisan

    autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika di dapati salah

    seorang sahaja pembawa maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi hanya sebagai

    pembawa. Namun begitu bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka

    kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi. Rajah di bawah menunjukkan

    pewarisan baka daripada ibu bapa.

    Sumber:Eric J.Mash & David A.Wolfe,2004

    Rajah yang menunjukkanpewarisan baka daripada ibu

    bapa.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    8/35

    8

    b) Faktor perbezaan fungsi otak. Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan

    kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu.

    Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah

    kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami

    ADHD di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini

    akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan dan perhatian seseorang. Ahli sains

    mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap

    berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain.

    Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurangnya aktiviti

    elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian

    tersebut.

    c) Faktor Biokimia adalah merujuk kepada bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagaineurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga

    bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan di serap semula

    dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.

    Faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi ADHD adalah merangkumi faktor

    persekitaran dan kecederaan otak. Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor

    fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat

    sebagai penyumbang utama kepada tahap keterukkan ADHD yang dialami oleh kanak-

    kanak. Perkara ini boleh dilihat apabila seseorang kanak-kanak dengan ADHD yang

    dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang jelas akan

    berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan. Namun begitu

    kecederaan otak juga merupakan penyumbang kepada berlakunya ADHD ini.

    Kecederaan otak mungkin berlaku semasa tempoh prenatal akibat daripada

    penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    9/35

    9

    kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat daripada kekurangan oksigen. Selain itu,

    kecederaan otak juga boleh berlaku disebabkan oleh demam panas yang teruk atau

    kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.

    3.1.3 Kewujudan ADHD bersama masalah yang lain.

    Lazimnya ADHD tidak wujud secara tunggal. Ini bermakna ADHD juga boleh

    wujud bersama-sama dengan ketidakupayaan yang lain seperti kurang upaya dalam

    pembelajaran, masalah emosi, masalah autisma dan lain-lain lagi ketidakupayaan.

    3.1.4 Ciri-ciri dan Perkembangan Kanak-kanak ADHD

    Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah

    urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini

    adalah sebagai petunjuk bahawa bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah

    berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran,

    suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah berjaya mengubah gaya

    hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan

    kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang

    boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka. Kebanyakan

    kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan

    didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8

    tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi

    tidak terkawal. Anak yang degil, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk

    diam hampir dalam semua situasi samada di tadika,di klinik,di kedai atau di taman

    permainan serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Marilyn

    Friend (2005) telah mencirikan kanak-kanak hiperaktif ini dengan lima ciri utama yang

    boleh dilihat secara jelas iaitu melalui ciri kognitif, akademik,sosial dan emosi dan tingkah

    laku.

    Ciri-ciri kognitif kanak-kanak hiperaktif adalah berkaitan dengan kelainan otak

    (intelektual) mereka. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini dikatakan bahawa mereka bukan

    sahaja tidak dapat menumpukan perhatian tetapi sebenarnya mereka tidak dapat

    mengatur di mana tumpuan mereka harus tertumpu dan sekerap mana pula tumpuan itu

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    10/35

    10

    berpindah kepada aktiviti lain. Terdapat empat aktiviti mental yang mempengaruhi

    masalah ini iaitu :

    a. Ingatan Kerja (Working Memory). Ini adalah bermakna bahawa aktiviti mental ini

    memaksa murid mengingat beberapa tugasan yang diarahkan oleh guru pada satu-satu

    masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Oleh kerana tumpuan dan ingatan kerja

    mereka adalah singkat telah menyebabkan kanak-kanak ini berkemungkinan tidak dapat

    mengingat arahan yang diberikan. Fikiran kanak-kanak ini juga senantiasa terganggu

    oleh perkara-perkara semasa melakukan susuatu perkara.

    b. Pelajar ADHD pada kebiasaannya lemah dalam membuat refleksi berkenaan tugasan

    yang diberikan. Kanak-kanak ini gagal untuk menyelesaikan masalah dan mengikut

    arahan.Kanak-kanak ini gemar membuat aktiviti tetapi aktiviti tersebut hanya dilakukan

    atau disempurnakan dengan baik pada peringkat permulaan sahaja.

    c. Oleh kerana kanak-kanak ini terlalu aktif,mereka tidak suka kepada sesuatu perkara

    yang membosankan dan memenatkan. Hal ini telah menyebabkan kerja yang dilakukan

    gagal dilakukan dengan sempurna,hasil kerja yang tidak berkualiti dan

    memberangsangkan.

    d. Kanak-kanak yang mengalamai ADHD ini juga didapati mempunyai perkembangan

    bahasa yang agak lambat. Ini adalah akibat daripada aktiviti kanak-kanak ini yang

    sentiasa suka berkhayal,bermain,mengusik orang disekitarnya dan sebagainya

    menyebabkan kurangnya komunikasi dilakukan lantas menyebabkan pertuturan mereka

    juga turut terjejas.

    Kanak-kanak yang mengalami hiperaktif (ADHD) ini juga menunjukkan permasalahan

    mereka dengan tingkah laku yang boleh dikenalpasti dan perbezaan tingkah laku ini adalah

    amat ketara berbanding kanak-kanak lain. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti agresif, suka

    memberontak,bertindak sebelum berfikir,memerlukan kepuasan dengan segera iaitu tidak boleh

    bersabar,tidak boleh menunggu giliran,suka mengganggu kawan,suka mencuri,sentiasa

    bermasalah,selalu merosakkan harta benda orang,selalu bergaduh dengan kawan,berani

    mencederakan diri sendiri dan rakan,suka membuat bising,perlakuan secara tiba-tiba,degil dan

    sukar dikawal,lemah dalam membuat perancangan,memerlukan perhatian yang lebih,tidak suka

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    11/35

    11

    mendengar nasihat,tidak tahu mempertahankan diri,selalu menukar aktiviti,tidak suka

    dibelai,suka menjerit,sensitive terhadap bau-bauan dan suka bermain tanpa mengira bahaya.

    Menurut William Cruickshank (1986) kanak-kanak hiperaktif ini terbahagi kepada 2 jenis

    berdasarkan ciri-ciri yang telah dikenalpasti iaitu Sensory Hyperactive (pancaindera) dan Motor

    Hiperaktif (motor kasar dan motor halus).

    Ciri-ciri kanak-kanak di bawah kategori Sensory Hyperactive adalah Lemah dan dan

    sering gagal memberi tumpuan di dalam kelas.Kanak-kanak hiperaktif ini juga biasanya lemah

    dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu

    yang menghiburkan walaupun seketika. Seringkali mereka gagal memberikan tumpuan yang

    baik di dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak ini juga mudah hilang tumpuan di mana

    mereka gagal memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran yang sedang berlangsung

    walau pun untuk seketika. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang hanya memberi

    tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan

    tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yakni yang lebih memberikan sesuatu perasaan

    yang dapat menghiburkan hatinya. Adakalanya tumpuan atau perhatian kanak-kanak ini

    hendaklah di lakukan secara melihat dan mendengar berulang kali sepertimana yang belaku di

    rumah. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai Sensory Hyperactive ini juga di lihat tidak

    boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan. Dalam hal

    ini biasanya kanak-kanak tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan

    menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan

    bas.Kanak-kanak ini juga lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang iaitu tidak dapat

    membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz,jarak dan keadaan

    ruang.Kanak-kanak ini juga adalah lemah koordinasinya iaitu mereka tidak dapat

    menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan sempurna.

    Kanak-kanak ADHD di bawah kategori Motor Hiperaktif pula boleh dikenalpasti

    berdasarkan beberapa ciri yang ditunjukkan. Antara ciri-ciri tersebut adalah kanak-kanak

    ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanak-kanak ini boleh

    digambarkan dalam keadaan tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap

    agak agresif sehinggakan menyebabkan pergaduhan serta mencederakan rakan-rakan.

    Selain itu, kanak-kanak di bawah kategori ini mampu memanipulasikan bahan atau apa

    saja yang dipegang oleh mereka. Hal ini boleh dilihat adalah apabila mereka mendapat

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    12/35

    12

    sesuatu benda atau barang mereka akan mencuba membuat pelbagai cara seperti

    menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut dan ada

    ketikanya sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya.

    Selain itu sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak

    menentu (lasak) iaitu sering beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau kebawah dengan

    posisi yang sering berubah-ubah dan terdapat juga kanak-kanak ini yang berjalan-jalan

    sewaktu tidur. Malahan terdapat juga kanak-kanak ini yang sukar untuk tidur pada waktu

    malam.

    Dari segi sosial dan emosi kanak-kanak ADHD ini lebih tertumpu kepada

    penghargaan kendiri dan kefungsian sosial secara menyeluruh. Penghargaan kendiri

    adalah merujuk kepada anggapan seseorang individu terhadap dirinya sebagai seorang

    individu. Sekiranya diberi rangsangan positif atau penghargaan yang positif kanak-kanak

    ini mempunyai kekuatan emosi dan begitulah sebaliknya. Akibat daripada keadaan

    mereka yang suka mengambil tindakan mengikut gerak hati,mereka kerap mengalami

    kesukaran dari segi pemprosesan auditori. Apa yang dimaksudkan adalah bahawa

    mereka boleh mendengar dengan bgaik tetapi mereka tidak berkeupayaan untuk

    memahami arahan dengan baik. Menurut Azizi Yahaya et al.(2006) kanak-kanak ini juga

    selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah dan tidak pandai

    berinteraksi sesama rakannya.

    3.1.5 Rawatan dan Pengendalian Kanak-kanak ADHD

    Implikasi pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami hiperaktif ini adalah

    amat jelas di mana kepelbagaian tingkah laku yang mengganggu pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas. Keadaan ini akan mengganggu pembelajaran murid-murid

    lain dan akhirnya akan juga menimbulkan masalah pembelajaran kepada dirinya sendiri.

    Ini adalah kerana kanak-kanak ini akan mengganggu rutin kelas dan memerlukan

    memerlukan perhatian yang khusus atau lebih daripada guru.

    Bagi membantu kanak-kanak ini dari segi keperluan pendidikan,mereka

    memerlukan intervensi dari awal lagi yang melibatkan ibu bapa,guru dan sokongan

    masyarakat persekitaran.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    13/35

    13

    Ibu bapa seharusnya mempunyai pengetahuan tentang ADHD agar mereka

    dapat membantu anak mereka bagi mengurangkan masalah yang timbul. Antara

    kemahiran yang harus dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti pengurusan tingkah laku,

    bagaimana menetapkan jangkaan dan hadnya, membina peraturan disiplin yang

    berkesan, membina strategi bagi menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu

    bapa juga perlu belajar cara mengurus tekanan emosi kanak-kanak ini. Bureau on

    Learning Disabalities (BOLD) di dalam naskah maklumatnya telah memberikan 10

    perinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. 10

    perinsip yang dimaksudkan adalah :

    i) Beri anak maklum balas dengan serta merta

    ii) Beri maklum balas dengan kerap

    iii) Hasil daripada tingkah laku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat.

    Contohnya adalah seperti dendaan atau hukuman.

    iv) Gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum member hukuman atau dendaan.

    v) Hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan.

    vi) Lebih banyak bertindak daripada bercakap.

    vii) Elakkan krisis atau pertengkaran tetapi sebaliknya merancang kehadapan untuk

    mengatasi masalah atau sesuatu situasi yang timbul.

    viii) Sentiasa ingat bahawa kanak-kanak hiperaktif tidak dapat mengelak daripada

    masalah kerana ADHD adalah merupakan suatu ketidakupayaan.

    ix) Ibu bapa seharusnya ingat dan peka bahawa mereka seharusnya sentiasa

    tenang dalam menangani kanak-kanak ini.

    x) Seharusnya ibu bapa menanamkan dalam diri dengan sifat pemaaf yang tinggi

    dimana ibu bapa harus melenyapkan perasaan marah dan kecewa atas

    kelahiran anak mereka.Dengan kata lain seharusnya ibu bapa berfikiran secara

    terbuka dan positif dan tidak mudah mengalah juga marah.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    14/35

    14

    Guru juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengurangkan implikasi

    kanak-kanak ADHD ini. Seharusnya guru mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD

    agar dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu,

    kemahiran mengurus tingkah laku yang dikuasai oleh guru juga akan dapat membantu guru

    mengwal tingkah laku serta membentuk tingkah laku yang lebih baik. Kerjasama guru dan ibu

    bapa adalah sangat pentng kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-maklumat penting

    tentang anak mereka yang boleh membantu guru menyusun strategi serta aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran kanak-kanak ini.

    Sokongan dari persekitaran iaitu masyarakat persekitaran adalah merupakan suatu elemen

    penting dalam membantu proses pembelajaran kanak-kanak ADHD ini. Antara sokongan

    persekitaran yang dapat diberi adalah seperti susunan kelas yang bebas daripada mengganggu

    tumpuan atau perhatian kanak-kanak terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid,

    menetapkan perturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan,

    menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan murid sekiranya terdapat

    sebarang perubahan dan menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran yang lebih

    aktif dengan memberi peluang murid bergerak.Walaupun sokongan dan cadangan yang

    dinyatakan diatas banyak dilakukan disekolah seharusnya guru dan ibu bapa berbincang agar

    peraturan-peraturan ini dapat dipatuhi sama ada di sekolah,dirumah atau sewaktu berada

    dalam kalangan masyarakat. Masyarakat juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang asas

    dalam membantu menangani atau mendidik kanak-kanak ini.

    Selain yang dinyatakan diatas,beberapa pendekatan intervensi boleh dilakukan dan diharap

    dapat membantu kanak-kanak hiperaktif ini. Teknik pengubahsuaian kelakuan atau intervensi

    tingkah laku (behavioural modification) dikatakan adalah berkesan keatas kanak-kanak

    seandainya dilakukan dengan cara yang betul. Teknik ini perlulah dipelajari dari pakar psikologi

    agar pelaksanaannya benar-benar berkesan,dapat diamalkan serta dapat dilakukan dengan

    cara yang betul. Antara cadangan yang boleh dibuat adalah seperti member ganjaran dan

    pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini atau ditunjukkan,strategi pencegahan iaitu

    menghentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula dan token ekonomi di mana

    kanak-kanak diberi ganjaran dalam bentuk token sticker,syiling plastic atau laian-lain yang

    bersesuaian serta dapat menarik minat murid juga yang mempunyai nilai ekonomi dan boleh

    ditukarkan dengan barangan yang disukai oleh kanak-kanak ini.

    Intervensi pengajaran atau pendekatan pembelajaran (educational approach) adalah

    bertujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak-kanak sebaliknya meningkatkan kemampuan

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    15/35

    15

    mereka untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan

    intelek mereka.Kanak-kanak dengan ADHD ini boleh dibantu dalam pelajaran melalui intervebsi

    pengajaran yang berkesan. Antara intervensi pengajaran yang berkesan adalah arahan yang

    diberikan hendaklah jelas,ringkas dan lengkap. Apabila member arahan, guru seharusnya

    meminta murid mengulang semula arahan yang diberikan. Pecahan tugasan juga seharusnya

    dilakukan agar tugasan yang kompleks dapat diagihkankan kepada bahagian-bahagian yang

    lebih kecil serta mudah difahami dan dilakukan oleh murid. Guru juga seharusnya senantiasa

    member tindak balas yang aktif sepanjang proses pengajaran disamping menggunkan kaedah

    pelbagai sensori (Multi-sensory) serta melibatkan semua murid dalam setiap aktiviti

    pembelajaran.

    Sebagaimana murid-murid berkepeluan khas yang lain, kanak-kanak ADHD akan

    ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran beserta

    kurikulum juga sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Namun begitu pelaksanaan kurikulum

    adalah luwes (flexible) di mana mengikut keupayaan pelajar. Kurikulum yang sebegini adalah

    amat bersesuaian dan pasti member impak yang positif terhadap perkembangan pendidikan

    kanak-kanak ini.

    Ubat-ubatan juga boleh digunakan bagi mengawal keadaan kanak-kanak ini. Terdapat

    beberapa jenis ubatan yang boleh digunakan dan disyorkan oleh doktor. Antara ubatan yang

    dimaksudkan adalah seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Namun begitu, kesannya

    adalah hanya sementara dan tidak bersifat berpanjangan dan kadangkala rawatan ini tidak

    member kesan bahkan mendatangkan impak yang negatif.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    16/35

    16

    3.1.6 Sample Kajian - ADHD

    Biodata

    Nama : Shameera Nurfaiqha Binti Mokhtar

    Umur : 19 tahun

    Keturunan : melayu

    Agama : Islam

    Tarikh lahir : 30 Oktober 1993Tempat lahir : Hospital Taiping

    Bil. adik beradik : Tidak diketahui

    Nama ibu : Jamaliah Binti Sharif

    Umur ibu : 54 tahun

    Pekerjaan ibu : Suri rumah

    Adik Shameera Nurfaiqha Binti Mokhtar~ sentiasa aktif di dalam kelas

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    17/35

    17

    Nama bapa : Bahari Bin Kamaruddin

    Umur bapa : 66 tahun

    Pekerjaan bapa : Berkerja sendiri

    Hubungan kekeluargaan : ibu bapa angkat

    Kategori Masalah.

    Shameera Nurfaiqha Binti Mokhtar mengalami masalah Hiperaktif (ADHD) dan masalah

    pembelajaran. Menurut laporan yang diberikan oleh petugas di PDK, Shameera tidak boleh

    duduk dengan diam dalam masa 15 minit. Namun begitu Shameera dikatakan boleh membuat

    kerja rumah dan adakalanya beliau akan mengingkari arahan yang diberikan. Shameera juga

    sering menjerit,melompat,ketawa secara tiba-tiba dan mengganggu rakan lain.

    Penyakit-penyakit lain

    Disamping masalah Hiperaktif (ADHD),Shameera juga menghidapi penyakit lain iaitu ashma.

    Penyakit ini telah semakin sukar dikawal sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini juga pihak

    perubatan telah mengesahkan bahawa Shameera telah mengalami masalah berat badan yang

    berlebihan dan ini amat mengganggu kesihatannya.

    Penyakit di kalangan keluarga

    Penyakit lain di kalangan keluarga adalah tidak dapat dikenal pasti. Ini adalah kerana berkaitan

    daripada perhubungan kekeluargaan antara Shameera dan ibu bapanya adalah sekadar

    keluarga angkat. Sedari kecil beliau telah diambil untuk dipelihara oleh pasangan ini berikutan

    pasangan ini tidak dikurniakan cahayamata dalam perkahwinan mereka malahan beliau adalah

    merupakan anak tunggal dalam keluarga angkatnya.

    Laporan Perubatan

    Menurut ibu angkat beliau,Shameera dilahirkan secara normal dengan sifat-sifat yang

    normal.Dari segi fizikal beliau kelihatan sama seperti mana kanak-kanak yang lain. Kini

    Shameera berhadapan dengan masalah obesity akibat daripada corak pemakanannya yang

    gemarkan ayam goring setiap hari.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    18/35

    18

    Perkembangan/ Pendidikan

    Shameera yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana terlalu Aktif

    atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Shameera dilahirkan seperti biasa dan kesihatan

    serta perkembangannya sehingga usia satu tahun dikatakan memuaskan . Selepas Shameera

    sudah boleh berjalan dikatakan sangat buas atau aktif, selalu memanjat di atas perabot -

    perabot serta memunggah benda - benda . Pendek kata Shameera jarang duduk diam dan dia

    sangat kurang tidur . Semakin dia membesar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya .

    Shameera masih belum boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia

    tidak boleh mengikuti arahan yang diberi kepadanya walaupun ibu bapanya tidak meragukan

    kebolehan pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju

    atau membuangair kecil dan besar .Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia

    dikatakan terlalu resah , dan tidak mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Shameera juga

    tidak boleh menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perkerjaan . Dia tidak suka duduk

    dengan lama, asyik hendak berlari keluar dari bilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal

    oleh gurunya sehingga ibu bapanya diminta mengeluarkannya dari tadika pada ketika itu kerana

    Shameera sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .Shameera merupakan seorang kanak -

    kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan

    ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .Perkembangan

    dari segi kognitif, fizikal, emosi, tingkah lakunya semakin hari semakin sebati dengan dirinya.

    Adakalanya Shameera gemar menjerit atau ketawa. Pihak perubatan telah membuat

    pengesahan serta menyarankan agar Shameera dihantar ke PDK untuk membantu proses

    pembelajarannya. Kini Shameera sudah boleh mengawal tingkah lakunya namun adakalanya

    masih enggan mematuhi arahan dan suka bergerak aktif disamping ketawa,melompat,menjerit

    dan berlari secara tiba-tiba. Pertuturannya juga sudah senang difahami dan boleh mengurus diri

    seperti mandi,berpakaian dan membuat aktiviti menulis.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    19/35

    19

    3.2 TERENCAT AKAL

    Terencat akal adalah merupakan jenis kecacatan yang paling biasa terjadi di kalangan

    kanak-kanak berkeperluan khas. Kecacatan ini wujud secara tersendiri dalam diri kanak-kanak

    atau wujud bersama ketidakupayaan yang lain lantas menjadikan masalah yang dihadapi lebih

    serius dan sukar untuk dipulihkan.

    3.2.1 Definisi

    Berbagai definisi berkenaan terencat akal. Namun kebanyakannya adalah membawa

    maksud yang sama walaupun dinyatakan dalam frasa dan bentuk yang berbeza. Americam

    Association on Mental Retardation (AAMR) telah mendefinisikan bahawa terencat akal adalah

    sebagai :

    Subsequently subaverage general intellectual functioning,existing concurrently with deficits in

    adaptive behavior and manisfested during the developemental period,that adversely affects a

    childs educational performance.

    Manakala American Association on Mental Retardation Definition (AAMRD) mendefinisikan

    terencat akal adalah sebagai :

    Mental Retardation is a disability characterized by significant limitation both in intellectualfunctioning and in adaptive skills. This disability originates before age eighteen.

    Berdasarkan penerangan mengenai definisi di atas terencat akal adalah menerangkan

    berkenaan individu yang mempunyai kefungsian mental yang terhad serta menghadapi

    masalah dalam kemahiran berkomunikasi, menjaga diri sendiri, kemahiran sosial lantas

    mengakibatkan perkembangan dan pembelajarannya lambat berbanding kanak-kanak biasa.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    20/35

    20

    3.2.2 Etiologi dan Punca-punca

    Kebanyakkan kanak-kanak terencat akal bagi kategori terencat akal ringan, punca

    kecacatannya adalah sukar untuk dikenalpasti. Manakala bagi kanak-kanak terencat akal yang

    lebih teruk, punca-punca kecacatan dapat dinyatakan berdasarkan bila kecacatan itu berlaku

    iaitu sama ada semasa proses prenatal (sebelum lahir),perinatal (semasa atau sejurus selepas

    dilahirkan) atau postnatal (selepas kelahiran).

    Terencat akal yang boleh disebabkan oleh faktor prenatal terjadi adalah akibat daripada

    ketidaksempurnaan iaitu ketidaknormalan kromosom atau jangkitan penyakit yang dialami oleh

    ibu atau janin terutamanya semasa peringkat awal kandungan iaitu dalam tempoh tiga bulan

    pertama dalam kandungan. Dalam hal ini ianya boleh diterangkan seperti di bawah :

    a) Down Syndrome adalah merupakan kecelaruan genetik yang mengakibatkan sebagai

    punca utama terjadinya terencat akal. Menurut National Down Syndrome Society,USA

    (2003), seorang daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan adalah dengan

    Syndrome Down. Punca kepada Down Syndrome adalah jelas di mana terjadinya

    lebihan satu kromosom pada pasangan kromosom ke-21 atau lebih dikenali sebagai

    trisomy 21.

    b) Fragile X Syndrome atau dikenalai juga sebagai Martin-Bell Syndrome yang juga

    merupakan bentuk terencat akal yang paling biasa dan disebabkan oleh faktor

    keturunan. Ini adalah kerana berkemungkinan kedua-dua ibu bapa adalah pembawa

    tetapi ibu yang akan mewariskan kecacatan ini kepda anaknya. Sindrom ini terjadi

    adalah akibat daripada proses mutasi atau perubahan di dalam salah satu gen di

    kromosom X. Walaubagaimanapun kanak-kanak lelaki akan mengalami terencat akal

    yang lebih teruk berbanding kanak-kanak perempuan yang kebanyakannya mengalami

    terencat akal yang lebih ringan.

    c) Prader-Willie Syndrome adalah agak jarang terjadi berbanding Fragile X Syndrome dan

    Down Syndrome. Symdrome ini terjadi adalah disebabkan satu atau beberapa

    perubahan yang berlaku ke atas kromosom ke-15,misalnya ketiadaan kromosom bapa

    pada kanak-kanak menyembabkan ibu menyumbangkan kedua-dua kromosom ke-15

    bagi melengkapkan set kromosom dimana sepatutnya pasangan tersebut adalah dari

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    21/35

    21

    bapa. Pada kebiasaannya kanak-kanak ini mengalami terencat akal ringan atau

    sederhana.

    d) Fetal Alkohol Syndrome (FAS) adalah terjadi akibat daripada pengambilan alkohol yang

    berlebihan oleh ibu ketika mengandung sehingga menyebabkan bayi yang dilahirkanmengalami ketagihan alkohol dan menyebabkan terencat akal.

    e) Phenylketunoria (PKU) juga adalah bersangkutan dengan terjadinya terencat akal. Hal

    ini terjadi adalah akibat daripada kecelaruan metabolik yang juga merupakakn faktor

    keturunan. PKU terjadi apabila tubuh tidak berupaya menghasilkan bahan kimia yang

    diperlukan untuk menukar bahan kimia toksik kepada bahan yang tidak berbahaya.

    f) Toxoplasmosis merupakan jangkitan yang disebabkan oleh parasit. Ibu mengandung

    yang dijangkiti parasit akan menyebabkan kandungannya juga dijangkiti oleh parasit ini

    lantas menyebabkan terjadinya terencat akal.

    Faktor Perinatal pula adalah terjadi semasa proses kelahiran dan sejurus dilahirkan.

    Antaranya adalah akibat daripada kelahiran yang tidak cukup bulan, proses kelahiran yang

    lama, kecederaan semasa kelahiran, kekurangan oksigen, terbelit tali pusat atau kecederaan

    akibat daripada prosedur kelahiran yang menggunakan forsep atau vakum.

    Faktor lain adalah faktor postnatal di mana individu yang dilahirkan normal pada

    permulaannya namun mengalami terencat akal akibat daripada kemalangan atau penyakit yang

    terjadi semasa zaman kanak-kanak. Antaranya adalah seperti Encephalitis, keracunan

    makanan, kecederaan otak dan Tuberous Sclerosis.

    a) Encephalitis adalah merujuk kepada pembengkakkan pada otak yang terjadi akibat

    daripada jangkitan kuman pada otak dan kebanyakan kes encephalitis ini boleh

    menyebabkan terjadinya terencat akal.

    b) Kanak-kanak yang terdedah kepada plumbun boleh mengalami terencat akal dan

    dianggarkan bahawa setengah juta kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun

    menunjukkan peningkatan plumbum dalam darah mereka. Dengan itu jelaslah disini

    menunjukkan bahawa keracunan plumbum dan juga Fetal Alcohol Syndrome adalah

    merupakan punca terencat akal yang boleh dicegah daripada berlaku.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    22/35

    22

    c) Kecederaan otak adalah bermaksud bahawa kanak-kanak yang mengalami sebarang

    kemalangan yang telah mencederakan otaknya dan akhirnya membawa kepada

    terencat akal kanak-kanak. Kemalangan yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah

    seperti terjatuh dari basikal, terjatuh dari buaian, kemalangan jalan raya, penderaan,

    hampir lemas, dan kekurangan zat makanan yang teruk.

    d) Tuberous Sclerosis adalah merupakan penyakit otak yang diperolehi selepas kelahiran

    yang hanya dapat dikesan pada lewat zaman kanak-kanak. Penyakit ini adalah

    melibatkakn ketumbuhan atau tumor pada tisu-tisu sistem saraf tunjang.

    3.2.3 Pengkelasan Terencat Akal

    Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah merupakan kanak-kanakyang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.

    Mereka yang mengalami kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation)tidak boleh

    berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya

    mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.Kecacatan terbahagi

    kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatandan pendengaran. Kecacatan anggota

    tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.30% daripada kanak-kanak yang terencat

    akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik sepert isindrom Down,25% disebabkan palsi

    serebrum,30%disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada

    sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ(intelligence quotient)kurang

    daripada 50

    Pengkelasan terhadap individu yang mengalami terencat akal boleh dibuat berdasarkan

    empat perspektif iaitu, punca, kekurangan intelektual, pendidikan dan tahap sokongan.

    Pengkelasan yang dibuat adalah satu cara yang mudah untuk membuat perbezaan di kalangan

    individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

    Sejak dahulu lagi individu yang mengalami terencat akal telah diklasifikasikan

    berdasarkan punca-punca biologikal dan perubatan. Orientasi etiologi (punca) telah

    mengandaikan bahawa kerencatan akal adalah berpunca daripada penyakit atau kecacatan

    biologikal ( jangkitan rubella,penyakit kelamin, ketidaknormalan kromosom dan kecelaruan

    metabolik). Pengkelasan yang amat popular yang sering digunakan untuk menjelaskan

    kekurangan intelek dan digunakan oleh ahli-ahli psikologi dan pendidik adalah yang ditentukan

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    23/35

    23

    melalui ujian kecerdasan (IQ test). Rajah di bawah menunjukkan carta pengkelasan terencat

    akal berdasarkan ukuran kecerdasan.

    Ukuran IQ

    Aras Pengkelas Stanford Binet

    (SP = 16 )

    Weschler

    ( SD = 15 )

    Sisihan Piawai di

    Bawah Min

    Ringan 52 68 55 70 2 hingga 3

    Sederhana 36 52 40 55 3 hingga 4

    Teruk ( severe ) 20 36 25 40 4 hingga 5

    Sangat Teruk

    ( Profound )

    Bawah 20 Bawah 25 Melebihi 5

    ~~ukuran IQ adalah anggaran~~

    Pengkelasan terencat akal juga boleh diukur atau dibuat berdasarkan jangkaan

    pencapaian dalam pendidikan. Umumnya guru-guru pendidikakn khas mengkelaskan kanak-

    kanak terencat akal kepada dua kategori iaitu kaegori terencat akal boleh dididik dengan IQ 50

    75 dan terencat akal boleh dilatih iaitu dengan skor IQ 35 55.

    Seterusnya pendekatan perspektif terhadap sokongan yang dibuat adalah bertujuan

    untuk menjelaskan batas kefungsian individu dalam bentuk jumlah sokongan yang mereka

    perlukan dalam mencapai perkembangan maksima sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja

    atau di tempat tempat awam. Sokongan semulajadi ini boleh diperolehi daripada ahli

    keluarga,rakan guru dan pembantu. Manakala sokongan formal pula adalah merupakan

    program-program yang dibawah tajaan kerajaan seperti bayaran elaun Orang Kurang Upaya,

    Program penjagaan Kesihatan, perkhidmatan pemulihan dan sebagainya.Walau bagaimanapun

    sokongan yang diterima dibahagikan kepada empat tahap iaitu sokongan jangka pendek

    (Intermittent),mempunyai had masa (limited), sokongan yang diterima setiap hari (extensive)

    dan sokongan yang kuat dan berterusan seperti perubatan yang kronik (pervasive).

    3.2.4 Ciri-ciri Individu Terencat Akal

    Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak yang mengalami

    keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap. Hal ini

    adalah termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial kanak-kanak tersebut.. Kanak-kanak

    terencat akal akan memerlukan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    24/35

    24

    dibandingkan dengan kanak-kanak normal (Deller, R.1990). Mereka juga turut mengalami

    masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang atau pun tiada

    keupayaan dalam menguruskan aktiviti seharian. Kanak-kanak terencat akal ini juga secara

    umumnya mempunyai masalah yang ketara dalam mengurus diri, menghadapi kesukaran

    dalam pertuturan, mengingat dan membeza juga memahami peraturan sosial. Namun begitu,

    Warren & Abbedutto (1992) menyatakan terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum

    mematikan seseorang kanak-kanak itu mengalami kerencatan akal iaitu :

    a) Kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan serta fungsi intelek (IQ).

    b) Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan mereka hidup berdikari atau

    lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai pakaian, mandi serta

    mengurus diri.

    Marilyn (2005), turut membahagikan ciri-ciri individu yang mengalami terencat akal

    kepada kognitif, akademik, sosial,tingkah laku, emosi,fizikal dan kesihatan.

    Individu yang mengalami terencat akal yang telah menunjukkan kekurangan dari segi

    ciri kognitif adalah dimana kanak-kanak ini telah menunjukkan kesan keatas beberapa dimensi

    kefungsian kognitif seperti mempunyai masalah ingatan iaitu kerap terlupa walaupun perkara

    tersebut baru sahaja dipelajari. Kanak-kanak ini juga tidak boleh membuat generalisasi sama

    ada dalam akademik, tingkah laku mahu pun interaksi sosial. Sekiranya kanak-kanak ini

    menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka juga akan menghadapi kesukaran

    menyelesaikannya. Dalam hal ini kanak-kanak ini adalah mengalami kesukaran membuat

    metakognisi yakni berfikir tentang berfikir. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal yang

    menjuruskan kepada kognitif ini juga akan mengalami motivasi diri yang rendah iaitu tidak mahu

    meneruskan sesuatu tugasan malahan mereka mudah berputus asa. Selain itu, perkembangan

    bahasa kanak-kanak terencat akal yang bercirikan kognitif ini juga pada kebanyakannya adalah

    lewat berbanding kanak-kanak yang lain. Ini adalah kerana mereka mengambil masa yang lama

    untuk memahami sesuatu konsep pada satu-satu masa waima konsep asas yang mudah

    seperti atas, bawah, tepi dan sebagainya.

    Ciri-ciri yang menjurus kepada akademik pula adalah dapat dilihat semasa proses

    pembelajaran di mana murid terencat akal selalunya bekerja lebih keras, membuat latihan yang

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    25/35

    25

    banyak dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain. Pada

    kebiasaannya pencapaian akademik kanak-kanak ini adalah rendah.

    Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ini juga lazimnya menghadapi kesukaran

    dalam membentuk hubungan sosial. Mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan

    berkemungkinan mereka akan diketepikan langsung oleh rakan. Hal ini terjadi adalah

    disebabkan kelakuan kanak-kanak ini tidak matang lantas tidak dapat menyesuaikan diri dalam

    situasi sosial. Disamping itu mereka juga mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial yang

    halus sehingga mereka kerapkali salah faham dengan aksi murid-murid lain.

    Di samping itu, terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal mempunyai tingkah laku

    yang khusus. Antaranya adalah seperti mehukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit,

    atau tabiat suka mencederakan diri.

    Emosi kanak-kanak ini juga amat sensitif. Mereka memerlukan perhatian yang lebih

    akibat daripada perasaan kesunyian yang mereka alami. Kanak-kanak ini juga kelihatan muring

    akibat daripada kemahiran sosial yang lemah.

    Dari segi fizikal dan kesihatan, kanak-kanak yang mengalami terencat akal mempunyai

    masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami. Terdapat kanak-kanak ini yang

    juga mengalami Sindrom Down, jantung berlubang, paru-paru dan lain-lain lagi.

    3.2.5 Penempatan dan Pengendalian Kanak-kanak Terencat Akal

    Dalam mendidik kanak-kanak terencat akal, ibu bapa sering berasa hampa

    kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh

    membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka.Anggapan bahawa kanak-

    kanak yang rencat akal tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa

    ini,banyak teknik yang boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak terencat akal

    menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran yang lebih praktikal.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    26/35

    26

    Kanak -kanak terencat akal adalah berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan

    pemikiran. Kanak -kanak yang terencat akal sederhana (mild range of mental handicap)

    mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mukah. Namun begitu

    Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah lantas membolehkan mereka

    berinteraksi dengan orang lain . Hal ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami

    terencat akal teruk (severe mental handicap) di mana mungkin tidak boleh bercakap atau

    memahami bahasa , mereka juga tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatih untuk

    membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif

    latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya .

    Objektif latihan untuk menangani kanak-kanak ini mestilah realistik supaya ibu bapa tidak

    merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa

    kanak -kanak yang mengalami terencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan

    aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan

    sendiri .

    Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja

    dirumah.Mereka tidak digalakkan untuk mencuba atau melakukan sendiri aktiviti -akativiti harian

    berikutan segala-galanya dibuatkan oleh orang lain. Pengalaman-pengalaman yang say abaca

    dari serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme)

    dapat mempercepat dan meningkatkan tahap kemahiran asas kanak -kanak terencat akal ini

    sehingga mereka mampu berdikari. Kanak -kanak ini seharusnya dilatih dan digalak untuk

    membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya mereka

    dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi .

    Di Malaysia penempatan dan pendidikan kanak-kanak terencat akal perlu dilakukan

    mengikut tahap pendidikan kanak-kanak, umur kronologi, pengajaran individu, dan peringkat

    persekolahan mereka. Dalam pendidikan pula, perkara yang perlu diberi perhatian aadalah

    kemudahan pendidkan awam yang bersesuaian dan percuma. Berikutan dari itu Pendidikan

    Khas telah disediakan untuk semua kanak-kanak terencat akal dalam persekitaran yang kurang

    terhad(least restrictive environment). Program-program penempatan dan pendidikan yang

    dicadangkan bagi kanak-kanak terencat akal adalah seperti berikut :

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    27/35

    27

    a) Program untuk bayi dan prasekolah.

    Melalui program ini Model Home-based,Centre-based dan Combination home-centre-

    based telah diperkenalkan. Melalui model home-based kanak-kanak akan menerima

    perkhidmatan dirumah daripada ibu bapa dengan bantuan ahli professional. Selainmembantu ibu bapa untuk menguruskan anak terencat akal ini di rumah, para

    professional ini juga akan memantau serta mengenalpasti keperluan,perkembangan

    pembelajaran juga peningkatan atau kemajuan sepanjang program ini. Program centre-

    based pula adalah merupakan suatu perkhidmatan yang memerlukan ibu bapa

    menghantar anak mereka untuk menerima perkhidmatan pengajaran di pusat-pusat

    penjagaan seperti Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) dan NGO yang telah ditubuhkan.

    Manakala Program Combination home-based adalah merupakan satu program yang

    memerlukan kanak-kanak menerima pembelajaran di rumah dan juga di pusat. Ibu bapa

    juga akan diberi latihan di pusat untuk mengajar anak mereka dirumah. Di sini lawatan

    ke rumah akan dilakukan oleh petugas-petugas sebagai memantau pekembangan

    kanak-kanak ini dirumah lan membincangkan tindakan lanjut yang boleh dilakukan bagi

    terus memperkembangkan potensi anak mereka.

    b) Program untuk kanak-kanak dan remaja.

    Bagi program untuk kanak-kanak dan remaja, beberapa aktiviti telah dirangka seperti

    program kelas biasa,program kelas khas, program sekolah khas dan lain-lain lagi.Matlamat penubuhan program-program ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan

    yang paling bermakna dengan melakukan pengasingan yang paling minima daripada

    rakan sebaya. Pengajaran yang dilakukan dengan bantuan bahan-bahan pendidikan

    khas dan perkhidmatan guru yang berkemahiran sedikit sebanyak akan membantu

    kanak-kanak ini menguasai kemahiran yang sepatutnya. Kanak-kanak yang telah

    dikenalpasti sebagai memerlukan pendidikan khas akan ditempatkan di kelas-kelas

    integrasi atau yang memerlukan program yang lebih khusus akan ditempatkan disekolah

    khas harian atau berasrama. Bagi kanak-kanak yang mengalami terencat akal yangteruk akan disyorkan untuk mendapatkan khidmat pendidikan di sekolah khas harian.

    Selain dari program-program khas yang dinyatakan, terdapat juga program-program lain

    iaitu program pengajaran yang boleh didapati di hospital dan di rumah (homebound).

    Pengajaran dihospital adalah bersifat sementara kerana perkhidmatan ini hanya

    diberikan kepada kanak-kanak yang sedang menerima rawatan dihospital.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    28/35

    28

    Atas rasa peri pentingnya pendidikan keatas kanak-kanak terencat akal ini satu

    jawatankuasa antara kementerian telah ditubuhkan pada tahun 1981. Jawatankuasa ini

    ditubuhkan adalah untuk member perkhidmatan dan pendidikan kepada kanak-kanak

    berkeperluan khas mengikut bidang kuasa masing-masing. Antara kementerian yang terlibat

    adalah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

    Masyarakat, dan Kementerian Kesihatan.

    Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk member pendidikan yang

    sewajarnya keatas kanak-kanak terencat akal melalui program integrasi atau Program Khas

    Masalah pembelajaran. Sekolah yang pertama ditubuhkan dengan member perkhidmatan ini

    adalah Sekolah Kebangsaan Jalan Batu (1) Lelaki, Kuala Lumpur dengan jumlah kanak-kanak

    pada ketika itu adalah seramai 20 orang. Pada tahun 1992, beberapa kelas lagi telah dibuka di

    beberapa buah sekolah terpilih dan peluasan terus dilakukan sehinggalah kini.

    Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat juga turut tidak

    ketinggalan dalam membantu member perkhidmatan yang terbaik terhadap golongan ini.

    Kanak-kanak yang mengalami tahap kecacatan sederhana dan sederhana teruk akan

    dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah naungan kementerian ini. Kanak-

    kanak ini telah dikumpulkan di bawah satu institusi khas yang telah disediakan untuk mereka

    iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Taman Sinar harapan. Taman Sinar

    Harapan adalah ditubuhkan untuk melatih dan menjaga individu yang mengalami terencat akal

    yang teruk.

    Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memainkan peranannya dengan

    bertanggungjawab dalam mengesan serta menapis kanak-kanak yang dilahirkan berisiko

    mengalami terencat akal atau ketidakupayaan lain. Kementerian kesihatan lebih berfungsi

    dalam member perkhidmatan pendidikan kepada bakal-bakal ibu sebagai langkah pencegahan

    dan rawatan serta khidmat nasihat kepada ibu bapa terutamanya pada peringkat awal

    kecacatan dikesan.

    Selain dari gabungan kementerian-kementerian dibawah kerajaan Malaysia, badan-

    badan sukarela atau NGO turut sama mengembleng tenaga memainkan peranan membantu

    kanak-kanak ini. Badan-badan sukarela bukan kerajaan ini memberi pilihan alternatif kepada

    ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke program PKBP di sekolah atau PDK. Di

    antaranya adalah seperti Tasputra Perkim, Malaysian care, Kiwanis, Wisma Harapan, Puasat

    kanak-kanak Istimewa Kajang dan lain-lain lagi.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    29/35

    29

    3.2.6 Sample Kajian Terencat Akal

    Biodata

    Nama : Nurfatehah Binti Sulaiman

    Umur : 15 Tahun

    Keturunan : melayu

    Agama : Islam

    Tarikh lahir : 25 Oktober 1997

    Tempat lahir : Hospital Taiping

    Bil. adik beradik : 6 orang

    Nama ibu : Noryati Bt. Yahya

    Umur ibu : 41 tahun

    Pekerjaan ibu : Suri rumah

    Nama bapa : Sulaiman B. Salleh

    Umur bapa : 53 Tahun

    Pekerjaan bapa : Pembantu Rendah Awam JKR

    Hubungan kekeluargaan : ibu bapa

    Nurfatehah Bt Sulaiman

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    30/35

    30

    Kategori Masalah.

    Nurfatehah Binti Sulaiman mengalami masalah terencat akal dalam kategori sederhana di mana

    beliau masih boleh diajar namun mengambil masa yang agak lama untuk menguasai sesuatu

    kemahiran itu. Nurfatehah juga turut mengalami masalah pembelajaran. Seperti yang

    dilaporkan oleh petugas di PDK, Nurfatehah sudah boleh melakukan beberapa perkara secara

    sendiri seperti berjalan, makan dan minum serta menguruskan diri. Namun begitu pembelajaran

    Nurfatehah kadangkala terganggu kerana Nurfatehah sering mengingkari arahan yang

    diberikan serta tidak mahu menjalankan latihan yang diberikan. Nurfatehah juga masih belum

    dapat menyebut nama sendiri malahan tidak boleh bertindak balas apabila namanya dipanggil.

    Nurfatehah juga kini masih dalam proses untuk belajar bercakap kerana sehingga kini beliau

    masih belum boleh untuk bertutur berkenaan perkara-perkara yang mudah. Namun begitu

    petugas-petugas di PDK menyatakan bahawa adakalanya Nurfatehah memahami apa yang

    dituturkan oleh mereka berikutan dengan senyuman yang diberikan olehnya

    Penyakit-penyakit lain

    Menurut petugas di PDK, Nurfatehah mengalami komplikasi semasa proses

    kelahirannya di mana beliau dilaporkan lemas akibat daripada tali pusat yang keluar lebih

    kurang 40 minit sebelum kelahirannya. Ini menyebabkan Nurfatehah lemas kerana tidak

    mendapat oksigen. Apabila doktor melakukan MRI didapati Nurfatehah terencat akal kerana

    sel-sel otak telah mati akibat daripada kekurangan oksigen. Ketika berumur 3 bulan paru-paru

    Nurfatehah pula telah dijangkiti kuman. Dugaan demi dugaan telah terjadi dan menyebabkan

    perkembangan Nurfatehah semakin lambat dan merosot. Nurfateha juga dikatakan kerap

    demam dan selsema dan sehingga hari saya bertemu dengannya, Nurfatehah kelihatan dalam

    keadaan yang tidak selesa akibat selesema.

    Penyakit di kalangan keluarga

    Nurfatehah adalah merupakan anak kelima daripada enam adik beradik. Tiada sebarang

    penyakit lain di kalangan keluarganya dan ahli keluarganya yang lain adalah normal.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    31/35

    31

    Laporan Perubatan

    Menurut petugas yang telah ditemubual oleh saya, Nurfatehah tidak lagi dibawa untuk rawatan

    ke Klinik Pakar mengenai masalahnya. Keluarganya lebih suka beliau begitu selagi beliau boleh

    belajar untuk menguruskan diri di PDK tersebut. Kemungkinan terjadinya begini adalah kerana

    keadaan Nurfatehah yang selalu mengingkari arahan. Oleh itu ibu bapanya lebih rela beliau

    begitu daripada akan mendatangkan masalah yang lain dan khuatir tidak dapat ditangani oelh

    mereka.

    Perkembangan

    Ketika melahirkan Nurfatehah didapati lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit

    sebelum keluarnya Nurfatehah. Ini menyebabkan Nurfatehah lemas kerana tidak mendapat

    oksigen akibat daripada tali pusat yang sudah terkeluar. Apabila doktor membuat imbasan

    (MRI) ke atas otaknya, doktor dapati bahawa Nurfatehah terencat akal kerana sel-sel otak telah

    mati kerana kekurangan oksigen. Walaupun demikian sokongan keluarga telah menyebabkan

    ibu bapanya redha serta terus mencari alternatif bagi membantu memulihkan Nurfatehah.

    Alhamdulillah kini Nurfatehah semakin boleh mempelajari kemahiran-kemahiran yang harus

    dikuasainya bagi mengurus diri walaupun pada hakikatnya perkembangan dirinya adalah terlalu

    lanbat. Kini Nurfatehah sudah boleh memegang pensel, sudu, malahan semakin faham dengan

    arahan yang diberikan kepadanya. Pertuturannya juga ada sedikit kemajuan walaupun ada

    sesetengahnya masih belum dapat difahami sepenuhnya. Emosi Nurfatehah juga sering

    terganggu kerana adakalanya beliau tidak mahu menurut arahan yang diberikan dan akan

    memberontak. Apabila keadaan ini berlaku, petugas akan mengasingkan Nurfatehah di suatu

    tempat untuk beliau bertenang dengan sendirinya. Setelah emosinya stabil beliau akan kelaur

    dengan sendirinya dari tempat pengasingan tersebut dan mula melakukan aktiviti seperti kanak-

    kanak yang lain.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    32/35

    32

    4.0 Sumbangan Dan Perkhidmatan Yang Diberikan Oleh PDK

    Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation"

    (CBR) ini telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Untuk itu pihak kerajaan

    Malaysia telah menurunkan kuasanya bagi membantu golongan ini kepada Jabatan KebajikanMasyarakat di mana telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya

    diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan

    Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan

    Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk

    melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta

    mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

    Penubuhan PDK adalah dengan objektifnya yang tersendiri iaitu untuk memberi khidmat

    bantu kepada golongan kelainan upaya dan kurang berkemampuan. Antara objektif PDK

    adalah:

    1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat

    tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).

    2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk

    pemulihan OKU.

    3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah,

    efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.

    4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi

    perkhidmatan.

    5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk

    diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

    Program PDK adalah berteraskan Kepada 3 Model iaitu Home Based ,Centre Based

    dan Centre-Home Based. Penubuhan PDK juga adalah berkonsepkan 'One Stop Centre'' atau

    sebagai 'Focal Point''kerana ianya merupakan satu program yang menggunakan pendekatan

    integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan

    kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat

    setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang

    bersesuaian.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    33/35

    33

    Antara peranan PDK sebagai 'One Stop Centre'' adalah sebagai Pusat Intervensi Awal

    OKU,Pusat Sumber maklumat OKU,Pusat Rujukan OKU,Pusat Pendaftaran OKU juga sebagai

    Pusat Advokasi.

    Kini Program PDK semakin diperluaskan dimana terlaksananya PDKNet.PDKNet adalahmerupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya

    seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah

    pembelajaran.Secara umumnya program ini adalah berfungsi sebagai landasan untuk

    memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain dari itu,

    program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang

    upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.Program ini juga secara tidak langsung

    dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk

    berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.

    Kepelbagaian dalam penyususnan aktiviti dalam PDK telah menjadikan pembelajaran di

    PDK semakin menarik, berkesan serta mengikuti arus kemodenan masa kini di samping

    memenuhi keperluan kehidupan seharian dewasa ini. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan

    adalah seperti Kemahiran motor kasar,Kemahiran motor halus,Perkembangan

    sosial,Perkembangan bahasa,Pengurusan diri sendiri,Pra-menulis, membaca, mengira dan

    melukis,Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain,Latihan Vokasional,Terapi muzik,Sukan

    dan rekreasi serta sosialisasi. Aktiviti-aktiviti bukan sahaja dirancang untuk dijalankan di PDK

    bahkan terdapat juga aktiviti yang dirancang selepas waktu operasi PDK adanya kelas agama.

    Selain daripada aktiviti serta program yang telah dirancang oleh pihak PDK di atas, Adik

    Shameera dan Nurfatehah juga telah menerima sebanyak RM150.00 sebulan daripada pihak

    JKMM sebagai elaun untuk menampung perbelanjaan mereka.

    5.0 Kesimpulan

    Adik Shameera dan Nurfatehah amat bertuah walaupun mereka dilahirkan dengan serba

    kelainan berbanding kanak-kanak lain, mereka mempunyai keluarga yang amat mengambil

    berat akan pendidikan serta potensi perkembangan diri mereka. Hasil dari pemerhatian saya,

    Adik Shameera dan Nurfatehah amat disenangi oleh semua rakan dan petugas-petugas di

    PDK, bahkan terdapat ahli masyarakat setempat yang hadir untuk meluangkan masa bagi

    sama-sama membantu Adik Shameera dan Nurfatehah mempelajari kehidupan seharian. Oleh

    itu, pada pandangan saya apabila seseorang kanak-kanak yang telah disahkan oleh pakar

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    34/35

    34

    perubatan bahawa mereka mengalami kelainan upaya, secara automatik layak mendapat

    segala kemudahan yang telah disediakan kepada individu bekerpeluan khas. Ibu bapa

    memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-

    anak mereka dan ibu bapa harus sanggup berdepan dengan masyarakat mengharungi segala

    pahit getir tohmahan agar anak-anak mereka tidak dibiarkan terlantar dirumah tanpa didikan

    yang sewajarnya.

  • 7/27/2019 Tugasan 1_D20102042813 Zuraida Bt. Othman KBK3063

    35/35

    6.0 Bibliografi

    Abd. Rahim B. Talib, 2007. HBSL Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah

    Pembelajaran. Fakulti Pendidikan, Sastera dan sains Sosial. Open University Malaysia.

    Abdul Rahim Razalli, Haniz Ibrahim, Kamaliah Muhammad 2011 . KBK 3073 Murid-Murid

    Berkeperluan Khas. Pusat Pendidikan Luar UPSI

    KBK 3063 Sokongan Komuniti Dalam Pendidikan Khas. Modul PJJ Pusat Pendididkan Luar

    UPSI

    www. Jkm.gov.moe.my/ Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti.