drama minah dan mamat - ppat.dbp.gov.myppat.dbp.gov.my/himpunan karya/minah dan mamat.pdf1 minah dan...

32
1 MINAH DAN MAMAT Wan Ahmad Wan Ismail MALAYSIA Drama PARA PELAKON: Tengku Ahmad Arfi Budiman (Mamat) Aminah (Minah) Dato’ Tengku Rahim Pak Kob Tan Sri Syed Shahbudin Syarifah Shima Haji Ismail Fauziah Mubin Tan Ah Meng Lelaki I Lelaki II Lelaki III Lelaki IV Beberapa pelakon tambahan Masa: Dulu, kini dan selepas ini. (Ikut pengarah dan pengarahan) TEMPAT: Di sebuah rumah mewah. Di sebuah kawasan sulit. Di sebuah lapangan terhad.

Upload: duongmien

Post on 06-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

MINAH DAN MAMAT

Wan Ahmad Wan Ismail MALAYSIA

Drama

PARA PELAKON:

Tengku Ahmad Arfi Budiman (Mamat)

Aminah (Minah)

Dato’ Tengku Rahim

Pak Kob

Tan Sri Syed Shahbudin

Syarifah Shima

Haji Ismail

Fauziah

Mubin

Tan Ah Meng

Lelaki I

Lelaki II

Lelaki III

Lelaki IV

Beberapa pelakon tambahan

Masa: Dulu, kini dan selepas ini.

(Ikut pengarah dan pengarahan)

TEMPAT: Di sebuah rumah mewah.

Di sebuah kawasan sulit.

Di sebuah lapangan terhad.

2

Cara berpakaian: Mengikut tanggapan pengarah setelah meneliti, menghayati dan memahami

skrip dan cerita ini.

Cara bertutur: Mengikut tanggapan pengarah.

BAB I

(Sewaktu pentas dibuka, Dato’ Tengku Rahim sedang membaca surat khabar berbahasa

Inggeris di sebuah kerusi malas sambil menghisap paip. Masuk seorang gaji sambil meletak

minuman di atas meja kecil di sisinya. Dato’ Tengku Rahim meneruskan pembacaannya, sambil

terus menghisap paipnya tanpa menghiraukan kehadiran orang gajinya itu. Tidak sempat orang

gajinya keluar Dato’ Tengku Rahim memanggilnya).

RAHIM (melaung): Pak Kob! Tolong ambilkan kayu golf dan bolanya sekali.

PAK KOB (memaling muka ke arah Dato’ Tengku Rahim): Baik Dato’ Ku! Yang nombor berapa

Dato’ Ku?

RAHIM: Untuk memukul bolanya. Sebatang saja.

PAK KOB: Baik Dato’ Ku! (sambil keluar pentas).

(Dato' Tengku Rahim masih dengan akhbar dan paipnya. Masuk semula Pak Kob, orang

gajinya dnegan membawa kayu golf dan sebiji bola golf).

PAK KOB: Kayu golf dan bolanya, Dato’ Ku.

(Dato' Tengku Rahim memberikan akhbar kepada Pak Kob dan mengambil kayu golf dan

bola daripada Pak Kob. Pak Kob membetulkan kedudukan akhbar, lalu meninggalkan

ruang pentas untuk masuk ke dalam. Dato' Tengku Rahim bermain dengan kayu golf dan

bolanya golf itu seperti bermain golf di padang golf. Masuk anaknya Tengku Ahmad Arif

Budiman (Mamat) dengan berkopiah puitih, baju putih dan berkain pelikat putih sambil

memberi salam.)

RAHIM: Ah! Ke mana saja kamu, Mamat, dari mana, sejak sebelum subuh lagi sudah

meninggalkan rumah?

MAMAT: Maaf! Ayahanda! Biasalah! Hari Jumaat, setiap Jumaat, anakanda akan ke surau Haji

Ismail, sembahyang subuh berjemaah, selepas itu dengar kuliah subuh Haji Ismail.

3

RAHIM: Telah beberapa kali ayahanda pesan, jangan pergi ke sana lagi, surau itu untuk orang

kampung sahaja, tidak manis orang seperti Mamat ke sana, Mamat anak orang besar,

anak orang ternama, ada darjat, tidak usah bercampur dengan mereka.

MAMAT: Maaf! Ayahanda, anakanda mahu mengutip ilmu agama, anakanda masih jahil lagi,

tempat itu, surau itu, ceramah Haji Ismail banyak membantu anakanda.

RAHIM: Anakanda! Anakanda belajar tinggi-tinggi, belajar luar negara, ada master, tiba-tiba

anakanda kembali meletak diri ke tahap bawah. Ayahanda tidak faham, ayahanda tidak

suka Mamat ke sana, jangan pergi lagi.

MAMAT: Tapi! Ayahanda!

RAHIM: Sudah! Belajar tinggi-tinggi, tiba-tiba mahu jadi guru agama pula?

MAMAT: Tapi!

RAHIM: Sudah! Tidak perlu dibincangkan lagi perkara ini, jangan dok asyik ke tempat Haji Ismail

lagi, dengar cerita Haji Ismail mengajar ilmu salah, belajarlah dengan Haji Tahir. Lupakan

belajar agama tu, Mamat perlu uruskan perniagaan kita. Mamat perlu bangunkan lagi

perniagaan kita yang sudah besar itu. Ah! Tadi Shima, Syarifah Shima ada datang. Dia

mencari Mamat. Mamat berjanji dengan Shima untuk keluar bersama ke?

MAMAT: Saya masuk ke dalam dulu, terlupa, Haji Ismail kirim salam kepada ayahanda.

RAHIM: Walaikumussalam! Ayahanda peringatkan, jangan diperdayakan oleh Haji Ismail itu dan

ayahanda tahu, Mamat mahu membuat perhubungan semula dengan Aminah, anak

gadis Haji Ismail itu. Jangan lupa, call Shima balik, nanti merajuk dia.

MAMAT: Anakanda masuk dulu.

(Mamat masuk. Keluar pentas. Dato' Tengku Rahim memerhati pemergian Tengku

Ahmad Arif Budiman seperti membebel sesuatu sambil meneruskan permainan golfnya.

Masuk Pak Kob orang gajinya membawa telefon bimbit).

PAK KOB: Telefon untuk Dato’ Ku. (Pak Kob memberikan telefon lalu keluar pentas. Dato'

Tengku Rahim mengambilnya lalu bercakap).

RAHIM: Walaikumusaalam, Rahim di sini, ooo Tan Sri Syed Shahbudin ya, maaf! Tan Sri, maaf,

maaf, kerana tidak hadir majlis kelmarin. Maaf! Jumpa sekarang? Boleh! Boleh! Tan Sri

4

tunggu, Tan Sri tunggu ya, nanti saya datang. Terima kasih Tan Sri. Semoga rancangan

kita berjaya. Assalamualaikum.

(Rahim keluar pentas. Masuk Tengku Ahmad Arif Budiman berpakaian biasa dengan

seluar dan baju petak berlengan pendek. Dia duduk di salah sebuah kerusi di ruang tamu

yang agak mewah itu. Masuk Pak Kob dengan membawa secawan kopi.)

PAK KOB: Airnya Tuan Muda.

MAMAT: Terima kasih! Pak Kob, tidak usah bertuan-tuanlah, panggil saya Mamat sudahlah, Pak

Kob macam tidak biasa dengan saya. Dari bayi lagi, Pak Kob membela saya. Tidak usah

bertuan-tuan, Tuan Mudalah. Bonda mana di mana, ke mana?

PAK KOB: Keluar dengan Puan Sri Jamilah, kata bonda Tuan Muda, ada mesyuarat dengan

kalangan isteri-isteri Tan Sri, isteri-isteri Dato’ dan orang-orang kenamaan dan kaya-

raya.

MAMAT: Kata ayahanda, Shima ada datang, betul ke?

SITI: Betul! Tuan Muda! Cantik lagaknya Tuan Muda, berpakaian macam orang putih Tuan

Muda.

MAMAT: Terima kasih, Pak Kob. Eemm, adinda saya, Tengku Fauziah di mana?

PAK KOB: Ada di biliknya, agaknya Tuan Muda. Mungkin berkurung.

MAMAT: Kenapa Pak Kob?

PAK KOB: Sebelum bonda Tuan Muda keluar, bonda Tuan Muda adalah menegur sambil

membebel panjang. Bonga Tuan Muda mahu Tengku Fauziah putuskan hubungannya

dengan Abdul Mubin.

(Tak sempat Pak Kob meneruskan bicaranya, Dato' Tengku Rahim keluar (masuk

pentas) dengan berpakaian kemas berbatik lengan panjang.)

RAHIM: Betul cakap bonda, Mamat itu. Selayaknya adinda Mamat itu tidak layak dipadankan

dengan Abdul Mubin itu. Tidak setaraf, sedarjat dan setanding. Beritahu Fauziah,

ayahanda juga tidak bersetuju. Ayahanda mahu keluar, Pak Kob beritahu pemandu, saya

hendak keluar.

PAK KOB: Baik Dato’ Ku! (Pak Kob keluar).

5

RAHIM: Mamat! Mamat ingat tu, pesan kepada Fauziah apa yang ayahanda katakan itu. Mamat

juga kena juga ingat, Mamat pulang setelah lama berada di England bukan untuk

mencari Aminah semula tetapi mencari untuk membangunkan perniagaan ayahanda,

perniagaan keluarga. Mencari Shima tahu! (Rahim melangkah keluar).

MAMAT: Ayahanda berjumaat di mana hari ini?

RAHIM (tak sempat keluar): Kalau sempat di masjid biasa, kalau tidak sempat ayahanda tidak

berjumaatlah hari ini.

MAMAT: Mana penting berjumaat dengan pertemuan dan perbincangan ayahanda itu?

RAHIM: Mamat jangan cuba membawa masuk pengajaran Haji Ismail itu, ayahanda faham.

Ayahanda pergi dulu. (Dato' Tengku Rahim terus keluar.)

(Mamat merenung pemergian Dato' Tengku Rahim itu. Dia membetul-betulkan bajunya.

Pak Kob masuk semula.)

PAK KOB: Ayahanda Tengku, Tuan Muda sudah pergi?

MAMAT: Sudah pergi, orang kaya itu, orang bertaraf itu, orang bergelar itu, orang berdarjat itu,

Pak Kob!

PAK KOB: Tidak baik Tuan Muda menghina ayahanda Tuan Muda dengan kata-kata yang tidak

manis itu.

MAMAT: Pak Kob tentu faham, zaman moden ini sudah tidak ada lagi antara dua darjat.

Semuanya untuk sementara sahaja, sementara kita hidup, kalau kita sudah mati tidak

ada itu semua.

PAK KOB: Patik faham Tuan Muda.

MAMAT: Sudah saya pesan, jangan berpatik, jangan bertuan-tuan, Tuan Muda, panggil saya

Mamat sebagaimana Pak Kob memanggil saya biasanya. Terlalu janggal dengan panggil

itu. Sewaktu di luar negeri, tidak ada semua itu, kita bergaul dengan banyak bangsa,

banyak agama, dari banyak negara. Kita dianggap sama seperti satu keluarga walaupun

berlainan rupa, warna kulit, agama mahupun kedudukan.

PAK KOB: Pak Kob faham, itu kehendak dan peraturan dalam rumah besar ini. Tuan Muda patut

faham kehendak Dato' Tengku Rahim dan To’ Puan Mariam itu. Mereka mahu menjaga

6

maruah keluarga sebagai orang kaya, bergelar, berdarjat, berpangkat demi maruah dan

kepentingan perniagaan dan hubungan. Tuan Muda kena faham.

MAMAT: Tapi! Pak Kob! Fauziah menderita dan kecewa. Saya juga kecewa, saya lari ke

England. Di sini, di tanah air saya boleh buat master, tetapi saya sengaja pilih luar negeri

untuk menjauhi Aminah buat sementara kerana terlalu banyak tekanan.

PAK KOB: Pak Kob faham, Pak Kob tahu segalanya. Pak Kob tahu, Aminah tetap setia

menunggu Tuan Muda. Pak Kob tahu, ramai yang datang merisik dan meminta restu Haji

Ismail untuk mengambil Aminah menjadi isteri mereka. Dari semua kalangan, anak Tan

Sri, anak Dato, anak berdarjat, bergelar, berharta tetapi Aminah tetap menolaknya dia

seperti rela mati kerana Tuan Muda, walaupun Islam larang berbuat begitu demikian

terjadi kepada Tengku Fauziah. Dia tetap menolaknya demi Abdul Mubin.

MAMAT: Saya ingat, bila saya pulang, semuanya selesai. Tetapi semakin merumitkan. Tentunya

tidak manis kalau saya melamar Aminah dan terus kahwin dengan Aminah tanpa

mendapat restu keluarga.

PAK KOB: Adalah tidak manis berbuat demikian. Maruah keluarga Tuan Muda, Tuan Muda kena

jaga. Dato' Tengku Rahim, ayahanda Tuan Muda hanya ada Tuan Muda dan Tengku

Fauziah.

(Tiba-tiba Tengku Fauziah masuk dengan wajah sayu dan sugul. Dia mengambil tempat

duduk di sebelah Tengku Ahmad Arif Budiman.)

PAK KOB: Puan Muda mahu minum?

FAUZIAH: Tidak payah, eemm boleh juga. Bawa air sejuk dan pil pilnado.

PAK KOB: Baik Puan Muda. (Pak Kob keluar).

MAMAT: Ada apa cerita yang tidak menarik sehingga buat adindaku Gee jadi risau, sayu dan

moyok saja.

FAUZIAH: Biasalah bang, macam abang juga. Cinta antara dua darjat yang sepatutnya sudah

tidak dimainkan lagi oleh keluarga zaman moden ini.

MAMAT: Memang kejam, ayahanda dan bonda.

7

FAUZIAH: Entahlah bang, aahh abang hendak ke mana tu, lawa, segak dan bergaya tu. Hendak

jumpa Aminah ke?

MAMAT: Tidak, tidak, abang hendak jumpa Mubin.

FAUZIAH: Jumpa Mubin?

MAMAT: Ya, tapi bukan pasal Gee, tapi pasal perniagaan, apsal agama dan pasal politik sikit-

sikit.

FAUZIAH: Bila jumpa Mubin tu, jangan cakap apa-apa pasal diri kita, ingat tu. Kita tidak mahu

Mubin rungsing, Mubin risau. Kita tidak mahu hubungan kita putus. Kita mahu lawan

keadaan ini.

MAMAT: Jangan risaulah, abang tetap akan memberikan sokongan penuh. Mubin pasti akan

menjadi milik adinda abang ni. Pasti.

(Pak Kob masuk membawa segelas air dan pil dan diberikan kepada Tengku Fauziah.)

MAMAT: Saya keluar dulu, Pak Kob tolong tengok anak manja ini supaya jangan melarat

sakitnya. Kalau melarat berpanjangan, jatuh sakit, terus mati akan jadi gilalah si Mubin itu

nantinya. (Ketawa).

FAUZIAH: Abang ini selalu suka mengusik kita, kita tak apa-apa. Pak Kob jadi penawar kita.

MAMAT: Saya keluar dulu. (Tengku Ahmad Arif Budiman keluar.)

PAK KOB: Berehatlah, berehatlah Puan Muda, jangan terlalu fikir yang bukan-bukan nanti

semakin teruk jadinya.

FAUZIAH: Kita bukan apa-apa Pak Kob, yang kita marah sangat, sedih sangat, pasal ayahanda,

bonda kita tidak dapat terima hakikat Qadak dan Qadar dan ketentuan Allah SWT. Itulah

yang merungsingkan kita. Mereka mahu menentukan hidup kita, kita sudah dewasa. Kita

sudah boleh berfikir sendiri.

PAK KOB: Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh keluarga Puan Muda adalah untuk masa depan

Puan Muda juga. Mereka tidak mahu Puan Muda hidup susah hati dan dipandang hina

oleh masyarakat yang kebanyakan melihat kebendaan, kedarjatan dan kedudukan.

Mereka mahu jodohkan dengan keluarga yang ada nama juga.

8

FAUZIAH: Tetapi Pak Kob tentu faham, kalau kita sudah tidak suka tentunya akan terluka, bila

terluka, terhiris, berdarah, bernanah, akan menjadi busuk. Bila busuk siapa yang akan

tertahan menanggungnya, merasainya dan menghidunya.

PAK KOB: Maaf! Pak Kob tidak faham, tetapi Pak Kob tetap bersetuju dengan pegangan dan

pendirian Puan Muda dan Tuan Muda. Biar Pak Kob keluar dulu, banyak lagi kerja yang

belum diselesaikan.

FAUZIAH: Tunggu! Sudah lama kita tidak dengar Pak Kob menyanyi! Nyanyilah satu lagu, lagu

aslilah, kita suka dengar lagu asli.

PAK KOB: Hari ini tidak boleh, suara tidak menyengat, lain kalilah, tentunya banyak masanya

lagi, bila bersanding nantinya, Pak Kob akan menyanyi banyak lagi, berpantun dan

bersyair. Pak Kob ada kerja lain. Pak Kob pergi dulu.

FAUZIAH: Tak apa! Tak apa! Kalau lain kali, lain kalilah. Kita pun naik ikut Pak Kob ke taman,

membersihkan kawasan.

(Mereka berdua keluar. Bunyi telefon berdering berpanjangan. Pentas digelapkan.)

BAB II

(Pentas dibuka. Waktu malam. Cahaya malam sebuah cafe yang ada tempat menari pasangan

yang boleh diambil bahagian. Sewaktu pentas dibuka, terdapat dua meja kecil dikelilingi tiga

kerusi duduk setiap meja seperti gambaran dalam sebuah kedai cafe yang ekslusif. Di sebuah

meja tengah duduk seorang perempuan yang berseluar panjang bersuit kemas seperti seorang

wanita barat. Wanita itu sedang menghadapi minuman sambil menunggu seseorang. Cahaya

pentas waktu itu amat menarik. Masuk seorang wanita lain berbaju kurung dan bertudung dan

menghampiri meja wanita yang sedang asyik menghadapi minuman itu. Wanita itu memberi

salam dan menghulur tangan untuk bersalaman).

AMINAH: Cik Syarifah, Syarifah Shima ya!

SHIMA: Ya, saya Yang Mulia Syarifah Shima, awak Minah ya!

9

AMINAH: Bukan Minah tetapi Aminah yang Cik Syarifah ingin berjumpa itu!

SHIMA: Oooiii! Aminah, baguslah begitu, bagus juga awak datang, saya ingatkan tidak datang.

AMINAH: Jangan mesti ditunaikan jika tidak berhalangan. Apa perkara penting yang Cik Syarifah

hendak bertemu saya? Boleh saya duduk.

SHIMA: Terlupa, duduklah. Penting! Antara hidup dan mati, antara perjuangan dan peperangan

dan antara maruah dan kedudukan.

AMINAH (masih berdiri): Saya tidak faham akan maksud Cik Syarifah, terlalu dalam maksudnya,

saya tidak sekolah tinggi.

SHIMA: Tahu pun, kalau tidak sekolah tinggi, tidak ada kedudukan, tidak ada pangkat, tidak ada

harta dan tidak ada darjat janganlah cuba hendak menjadi enggang jadi pipit saja

sudahlah.

AMINAH: Maaf! Saya dijemput datang untuk memberitahu tentang burung, tentang kehidupan.

Saya tidak ada waktu untuk berbicara dengan tidak ada pengkhususannya. Saya boleh

balik sekarang, saya tidak kenal rapat Cik Syarifah. Maafkan saya.

SHIMA: Silakan duduk, tidak usah tergesa-gesa pulang. Bicara kita baru hendak bermula.

Sabar! Saya sanggup bersabar walaupun dalam diri saya mendidih kerana perbuatan

awak yang hina itu.

AMINAH: Cik Syarifah! Apa yang Cik Syarifah cakapkan ni, apa tujuan sebenarnya Cik Syarifah

mahu berjumpa saya. Jangan membuang masa saya, anak-anak murid saya ramai yang

sedang menunggu di pondok madrasah. Kami semuanya pipit.

SHIMA: Begitulah, kolotnya manusia moden, masih menggaji di pondok, madrasah, orang lain

sudah mendaki menara gading, naik lif, elevator. Kalau jadi guu kolot macam mana

mahu menjadi isteri kepada anak moden.

AMINAH: Jangan menghina sekolah pondok. Jangan menghina agama Islam, jangan menghina

ulama, tok guru, mufti, imam.

SHIMA: Saya tidak menghina mereka, zaman sekarang bukan masa menari joget, dondang

sayang, tarian asli, mak yong, ulit mayang lagi. Zaman sekarang hip-hop, rap, rock,

zaman internet, IT.

10

AMINAH: Tak apalah, saya terima kenyataan Cik Syarifah itu. Kemahuan sebenar Cik Syarifah

mahu berjumpa saya dan saya memaksa diri datang berhadapan dengan Cik Syarifah.

Ceritanya.

SHIMA: Ceritanya mudah saja. Tengku Ahmad Arif Budiman itu tidak layak duduk seranjang

dengan awak Minah. Kedudukan, taraf, darjatnya hanya layak sekatil dengan saya, oleh

itu saya dengan ini meminta Minah jangan mengharapkan Tengku Ahmad itu menjadi

milik Minah. Faham!

AMINAH: Saya faham. Tetapi setahu saya, darah awak tidak putih, tidak kuning demikian darah

Tengku Ahmad. Darah awak, darah Tengku Ahmad sama dengan darah saya, warnanya

merah. Kalau Cik Syarifah tidak percaya, ah, pisau di atas meja tu, ambil, hiris, toreh

lengan Cik Syarifah. Lihat sendiri. Merah ke putih ke atau kuning ke?

SHIMA: Saya ajak Minah datang untuk berjual beli. Beberapa yang Minah mahu, jika Minah, Cik

Aminah sanggup untuk tidak menganggu Tengku Ahmad, kekasih dan bakal tunang saya

itu.

AMINAH: Belum pernah lagi diri ini memakan makanan yang tidak hala. Tetapi saya sanggup

bertaruh, walaupun dilarang oleh agama Islam, siapa yang akan membunuh diri jika

Tengku Ahmad itu tidak menjadi milik awak, saya atau awak.

SHIMA: Saya sanggup. Bukan saja, yang akan menjadi gila dan tidak siuman tetapi awak juga

akan hilang akal kerana pertaruhan ini.

AMINAH: Seorang yang mengelar diri berpangkat, berada, bertaraf, berdarjat tetapi tidak

beradat, tidak bersopan. Nama saja anak orang besar-besar tetapi perangai lebih

daripada seorang....

SHIMA: Tutup multu kamu Minah, jangan menghina aku dan keturunan aku. Aku peringatkan

kamu sekali lagi, jangan mengganggu urusan keluarga dan hubungan kami, jauhkan diri

kamu daripada Tengku Ahmad, kalau tidak padah.

(Bangun dari kerusi, lalu pergi meninggalkan tempat itu, keluar pentas, Aminah

memerhati gelagat Tengku Shima yang sudah mulai hilang akal itu).

11

AMINAH: Dia yang panggil kita, dia pula yang marah-marahkan kita, dia pula yang

meninggalkan kita, tinggalkan tempat ini. (Aminah duduk di kerusi).

(Masuk seorang pelayan membawa makanan yang dipesan Tengku Shima).

PELAYAN: Mana Yang Mulia Tengku Shima, Cik?

AMINAH: Mungkin ke hospital. Dia tidak selera. Bawalah makanan itu masuk ke dalam, dia tidak

akan datang lagi. Yang Mulia itu Allah. Ingat tu! Hantar bil ke rumahnya. Tentunya cik

sudah biasa dengan Shima itu.

PELAYAN: Baik Cik! Maaf! Tengku Shima itu sakit? Sebentar tadi, saya lihat dia sihat.

AMINAH: Sakit, demam ini tidak tentu masa, yang segar bugar pun boleh mati tiba-tiba, tidak

payah tunggu masa sakit. Yang tidak gila tiba-tiba jadi gila. Ini kejadian Allah.

PELAYAN: Maaf cik! Saya kurang arif.

(Sewaktu Aminah dan pelayan itu berbual, masuk seorang lelaki segak bergaya dan

duduk di kerusi bermeja yang berhampiran meja kerusi yang diduduki Aminah. Pelayan

keluar pentas. Lelaki itu memerhatikan tingkah laku Aminah yang sedikit gelisah itu.

Aminah tidak perasan. Masuk semula pelayan tadi dan dia menuju ke arah lelaki itu dan

bercakap sesuatu dan lepas itu berlalu. Lelaki itu terus memerhatikan Aminah. Dia

seperti mengenali Aminah, lalu bangun untuk menghampiri Aminah. Aminah terkejut).

MUBIN: Aaahhh, aa, aaa Aminah?

AMINAH (terkejut): Ya! Saya Aminah! Saudara siapa?

MUBIN: Betul ke awak ini Aminah anak Haji Ismail?

AMINAH: Ya! Ya! Ya! Saya Aminah, awak siapa?

MUBIN: Betullah awak Aminah, sudah hampir sepuluh tahun saya tidak jumpa awak, eemm

semakin cantik dan bertambah ayu. Gadis Melayu. Cantiknya.

AMINAH: Jangan bergurau, jangan jadi misteri, siapa awak. Awak kenal saya, awak kenal ayah

saya.

MUBIN: Saya Abdul Mubin, Abdul Mubin yang pernah mendapat pengajian agama dengan Haji

Ismail, ayah awak itu. Kita belajar mengaji Qur’an bersama. Belajar agama bersama,

bersama-sama dengan Tengku Ahmad.

12

AMINAH: Belajar agama bersama, Abdul Mubin!!! Belajar bersama Tengku Ahmad. Tengku

Ahmad mana?

MUBIN: Tengku Ahmad Arif Budiman anak orang kaya, berdarjat, berpangkat besar, ternama

dan ada gelar, Tengku Abdul Rahim.

AMINAH: Mubin! Mubin! Teringat, teringat saya, Mubin yang selalu mengusik-usik Tengku

Fauziah adik Tengku Ahmad Arif itu.

MUBIN: Betullah tu, betullah. Saya pun lama tidak berada di tanah air, saya berada di luar

negara, sambung belajar. Aaahh! Apa Aminah buat di sini, tempat eksklusif ini, selalu ke

Aminah datang ke sini, seorang pula tu, ke ada tunggu sesiapa?

Aminah: Tak! Tak! Tak tunggu sesiapa, memang seorang, tak! Tak! Tak pernah datang ke

tempat seperti ini. Inilah pertama kali.

MUBIN: Pertama kali? Seorang pula tu, hai peliknya. Tidak mengganggu, boleh saya duduk?

AMINAH: Saya sudah mahu pulang, maaf! Tidak manis berdua-duaan. Sebetulnya saya sudah

mahu pergi. Mubin datang. Mubin buat apa di sini? Mubin tunggu orang ya?

MUBIN: Memang pun, saya janji dengan seseorang.

AMINAH: Lelaki ke perempuan?

MUBIN: Awak ni Minah, tak sporting langsung, tentulah dengan perempuan.

AMINAH: Perempuan? Baguslah, kalau kita berdua, cemburulah perempuan itu. Rosaklah janji

awak ni kalau dia lihat awak bersama saya!

MUBIN: Alah! Tidak cemburu punya, awak kenal sangat dengan perempuan itu.

AMINAH: Manalah saya tahu, sudah sepuluh tahun kini baru jumpa. Cerita tentang awak, latar

belakangnya, manalah saya tahu.

MUBIN: Awak kenal, pasti kenal.

AMINAH: Siapa perempuan itu.

MUBIN: Alah! Tengku Fauziahlah, siapa lagi.

AMINAH: Tengku Fauziah!? Inilah Mubin orangnyalah, patutlah, cerita usik-usik dulu

berpanjangan rupanya. Maaflah, terkasar cakap, berbahasa tadi.

13

MUBIN: Kenal Tengku Fauziah, ingat Tengku Fauziah tu! Cinta, kasih, sayang tetap terjalin

walaupun terlalu banyak liku, onak, duri dan galangnya. Ah! Kamu dengan Tengku

Ahmad Arif lagi ke?

AMINAH: Maaf! Saya pulang dulu, jangan beritahu Tengku Fauziah kita berjumpa, jangan cerita

apa-apa kepadanya. Maaf! Saya pergi dulu. Kita jumpa lagi.

MUBIN: Ingatkan juga, jangan beritahu Tengku Fauziah tentang pertemuan secara tiba-tiba ini,

bimbang tersalah faham. Kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

(Selepas menjawab salam, Aminah segera meninggalkan cafe itu. Mubin memerhati

pergerakan Aminah keluar dan kembali duduk di kerusinya. Pelayan datang membawa

makanan dan hidangan. Lagu sentimental dimainkan. Masuk Dato' Tengku Rahim dan

Tan Sri Syed Shahbudin dalam gelak ketawa. Mereka segera disambaut oleh Tan Ah

Meng tuan punya cafe itu).

TAN AH MENG: Bukan itu Dato’, tapi yang lagi special lagi ada, kalau Tan Sri dan Dato’ mahu,

saya sediakan.

(Tan Ah Meng memanggil pelayan. Pelayan datang. Dia berbisik sesuatu dengan

pelayan. Pelayan itu beredar).

SHAHBUDIN: Kamu ni Meng, pasal bodek, pasal hayun, pasal angkat nombor satu. Patutlah

perniagaan kau maju, patutlah ramai kalangan orang-orang seperti kami selalu datang ke

sini. Ah! Meng! Ada penari baru malam ini?

TAN AH MENG: Wau! Best punya! Tan Sri dan Dato’ jangan bimbang, ada tiga empat penari-

penari baru, muda-muda belaka, cantik-cantik. Tan Sri dan Dato’ pasti berhibur punya.

SHAHBUDIN: Bagus! Bagus! Awak memang pandai pikat pelanggan, inilah tokoh perniagaan

yang sebenar. Tahu kehendak pelanggan, tahu kehendak kami.

(Pelayan datang membawa minuman untuk Tan Sri Syed Shahbudin dan Dato' Tengku

Rahim dan beredar.)

TAN AH MENG: Tan Sri dan Dato’ nak mula menari sekarang?

RAHIM: Sabarlah Meng, takkan lari gunung dikejar. Kalau dah awak Meng, sediakan penari-

penari muda itu untuk kami berdua, tentunya orang lain tidak boleh kacau punya.

14

SHAHBUDIN: Betul tu Meng! Yang baru itu, yang belum diapa-apakan itu biarlah yang kami rasa

dulu, ah! selepas itu bagi kepada orang lain tak apalah.

TAN AH MENG: Maaflah, saya hanya tawar saja, kalau Tan Sri dan Dato’ mahu menari

sekarang.

RAHIM: Tap apalah Meng! Ah projek ternakan babi kau yang luas itu bagaimana?

TAN AH MENG: Ada masalah sikit.

SHAHBUDIN: Masalah apa lagi, kan dah lulus, aku dah minta pihak atasan luluskan, tak ada

masalah lagi, apa masalahnya lagi. Tak lulus lagi ke, tak ada jawapan lagi ke?

TAN AH MENG: Bukan perkara itu, tetapi Haji Ismail dan kebanyakan pengikutnya menghalang.

Mereka menentangnya.

SHAHBUDIN: Haji Ismail menentangnya, berani Haji Ismail itu menentang projek yang

membawa hasil cukai, keuntungan yang besar itu? Nahas Haji Ismail itu, sah Haji Ismail

mahu cari nahas.

RAHIM: Mungkin tanah belaan itu berhampiran kawasan agama Haji Ismail?

TAN AH MENG: Tak dekat mana, setengah batu jauh dari tempat Haji Ismail itu. Kalau macam

itu, rugilah perniagaan saya yang berjuta ringgit yang sudah saya laburkan itu.

SHAHBUDIN: Kita jangan bagi muka kepada Haji Ismail itu, dia cuba merosakkan rancangan

perniagaan kita semua. Projek ini projek yang terlalu besar. Kita tidak boleh

menghentikannya. Bahaya.

TAN AH MENG: Memang bahaya, saya sudah buat perjanjian dengan pembeli di luar negara,

mereka bersetuju menerima bekalan kita dalam jumlah yang banyak.

RAHIM: Tan Sri nak bertindak sekarang?

SHAHBUDIN: Bagaimana Meng?

TAN AH MENG: Saya mengikut aja, kita pergi sekarang.

(Abdul Mubin yang duduk di meja bersebelahan yang mendengar perbualan itu bangun

dan mendekati meja Tan Sri Shahbudin, Dato' Tengku Rahim dan Ah Meng itu).

15

MUBIN: Kita tidak usah bergaduh pasal pembelaan babi ini, bahaya. Ada baiknya dibawa

berunding. Kalau berperang, ramai yang akal luka, tercedera. Tidak ada siapa yang

untung.

TAN AH MENG (terkejut): Ah! kamu siapa, mahu masuk campur.

MUBIN: Saya Abdul Mubin, yang pernah membawa lari anak tuan, yang masuk Islam, mahu

memeluk agama Islam itu.

RAHIM: Mubin?

SHAHBUDIN: Mubin?

TAN AH MENG: Saya kenal sekarang, kamu masih hidup lagi ya, anak aku amti kerana kamu.

Kamu sudah balik ke mari.

MUBIN: Ya! Saya sudah kembali, sebagai anak murid Haji Ismail saya juga menentang

rancangan yang buruk lagi menjijikkan ini.

RAHIM: Sudah! Sudah! Keluar kau Mubin dari sini, sudahlah kau membunuh anak Tan Ah Meng

kerana cinta bodoh kau itu, kini kamu pulang mahu merosak anak aku pula, mahu

merosak rancangan Tan Ah Meng. Keluar!

SHAHBUDIN: Ya! Sebaiknya awak keluar Mubin sebelum polis datang, sebelum kamu masuk

penjara.

MUBIN: Saya akan keluar dari cafe ini, tetapi rancangan buruk itu akan tetap gagal, percayalah,

maaf kerana kematian anak Tan Ah Meng yang tidak berdosa itu.

(Mubin segera meninggalkan cafe itu. Pentas digelapkan. Muzik dengan irama muram

dimainkan.)

BAB III

(Sewaktu pentas dibuka, enam orang lelaki pelbagai pakaian hipis, yanke, grovy, masuk ke

pentas sambil melaung-laung perkataan yang boleh menghuru-harakan keadaan dan suasana.

16

Mereka melaung-laung supaya meminta Tengku Ahmad Arif Budiman turun, keluar dari rumah

Haji Ismail itu. Mereka menuduh-nuduh Tengku Ahmad Arif Budiman telah mencemar nama baik

Syarifah Shima dan keluarganya. Tengku Ahmad Arif Budiman keluar dari rumahnya dan berdiri

di tepi beranda).

LELAKI I: Dengar sini Tengku Ahmad Arif Budiman! Dengar sini! Awak telah mencemar nama

baik keluarga kami, keluarga Syarifah Shima, maruah dan air muka, prestij Tan Sri Syed

Shahbudin. Awak telah merosakkan kehidupannya, kehidupan mereka.

LELAKI IV: Betul! Kami sudah menduga bahawa Tengku Ahmad berada di sini.

LELAKI II: Awak telah melakukannya di luar batas seorang yang beragama Islam. Awak telah

mencemar kewanitaan seorang perempuan yang sedarjat dengan awak Tengku Ahmad

Arif.

LELAKI IV: Betul! Telah kami duga bahawa Tengku Ahmad menyusup dan bersembunyi di sini,

setelah kejadian itu.

LELAKI III: Adalah tidak manis merosakkan kehidupan seorang wanita yang masih dara dan

awak telah menodainya secara kasar dan tidak bertamadun.

LELAKI IV: Telah menjadi kenyataan, setelah melakukan dosa, kini telah membuat maksiat di

rumah Haji Ismail ini. Bersembunyi di sini, berlindung di sini. Awak patut dihukum dan

menerima hukuman.

MAMAT: Saudara semua, cerita fitnah apa yang dibawa, apa cerita fitnah yang dibawa ke sini,

siapa yang mengada-adakan cerita buruk ini.

LELAKI I: Tidak ada berita buruk yang cuba kami lakukan dan sememangnya semua sudah

menjadi buruk dan busuk.

LELAKI II: Awak telah merosakkan segala kenikmatan hidup seorang gadis.

MAMAT: Saya tidak faham akan maksud awak semua. Awak semua telah menceroboh kawasan

larangan kediaman Tuan Guru Haji Ismail ini. Saya, Haji Ismail boleh menyaman awak

semua.

17

LELAKI III: Jangan cuba mengalih pandangan, awak seharusnya bertanggungjawab dan kami

datang untuk menyaman awak Tengku Ahmad Arif Budiman. Bukan awak, Tengku

Ahmad yang boleh menyaman kami semua.

LELAKI IV: Dia cuba mengugut kita, anehkan ceritanya. Dia yang melakukan kejahatan, dia pula

mahu menyaman kita. Dia yang lakukan jenayahnya, pelikkan.

MAMAT: Siapa yang telah merosakkan Syarifah Shima itu, apa terjadi kepadanya?

LELAKI I: Itu bukan lagi sandiwara. Awak Tengku Ahmad, awak telah menodai kegadisan

Syarifah Shima.

MAMAT: Siapa yang boleh membukti itu semua? Dari mana kamu semua memperolehi cerita

sandiwara, cerita pentas lakonan itu? Shima? Syarifah Shima? Aaahhh. Aneh! Pelik!

LELAKI II: Syarifah Shima dan doktor yang merawatnya.

MAMAT: Doktor? Siapa doktor? Doktor mana? Berapa juta ringgit yang diupah Shima itu untuk

doktor yang dipanggil doktor itu bagi menipu kamu semua dan berapa kamu terima

daripada Shima untuk menyerang saya ini?

LELAKI III: Ini bukan soal upah, soal wang, ringgit, tetapi ini soal maruah dan martabat. Awal

telah mencemar nama baik keluarga Tan Sri Syed Shahbudin.

LELAKI IV: Awak telah menghancurkan masa depan Syarifah Shima, awak bertanggungjawab.

LELAKI I: Kita datang untuk membawa awak, awak patut nikahi Syarifah Shima, Syarifah Shima

tetap menjadi isteri Tengku Ahmad Arif Budiman kerana perbuatan terkutuk itu.

MAMAT: Kenapa kau semua, kamu saja tidak mengambil Shima itu menjadi isteri kamu

berempat. (Ketawa).

(Sewaktu mereka sedang rancak berbicang, keluar Haji Ismail dan Aminah beada

bersama Tengku Ahmad Arif Budiman.)

LELAKI II: Itu dia Haji Ismail. Ahh Aminah, Minah pun ada bersama.

HAJI ISMAIL: Pulanglah, tidak usah mengertak kami dengan cerita palsu dan yang diada-

adakan itu, pulanglah sebelum kamu semua dihalau pulang.

18

LELAKI III: Kami tidak akan pergi, selagi Tengku Ahmad tidak dapat ditangkap untuk dihadapkan

ke muka pengadilan kerana perbuatan terkutuknya merosak kegadisan seorang wanita

yang maha suci.

HAJI ISMAIL: Kalaulah Tengku Ahmad berbuat perbuatan terkutuk itu, siapa saksinya, berikan

empat saksinya yang membuktikan Tengku Ahmad ini melakukan dosa yang tidak boleh

diampunkan itu. Tunjukkan waran tangkapnya sekali.

LELAKI IV: Saksi? Kamilah saksinya, kamu semua tahu Tengku Ahmad melakukan jenayah itu.

HAJI ISMAIL: Kamu lihat kejadian itu.

LELAKI I: Kami diberitahu Syarifah Shima dan doktor yang merawatnya, itulah saksinya dan

kami mendapat cerita itu. Kamilah saksinya, Syarifah Shima dan doktor itu.

MAMAT: Sudahlah! Pulanglah, kamu semua tidak akan berjaya, wang ringgit telah mengabui

mata kamu semua. Kamu sebenarnya bukan Islam sejati. Orang Islam tidak akan

melakukan kerja yang terkutuk ini. Tidak menuduh tanpa melihat, tidak menuduh tanpa

saksi. Cerita yang bohong ini dibiarkan saja orang yang suka menipu bercakap.

Pulanglah.

LELAKI II: Jangan cuba bersandiwara lagi, awak! Tengku Ahmad sendiri berada bersama

perempuan yang buakn muhrim kamu, di sini sekarang ini.

AMINAH: Satu tuduhan yang amat menghina kerana ringgit, kerana gelar, kerana kuasa dan

kerana dusta. Bukan saya dengan Tengku Ahmad saja, ayahanda saya berada di sini,

ramai lagi berada dalam rumah saya ini.

LELAKI III: Begitulah orang tidak tahu malu, mahukan orang berdarjat, berharta, bergelar dan

berkuasa.

MAMAT (melaung dengan amat marah): Tutup mulut kamu sebelum aku tutupkannya. Nyah

segera dari sini sebelum perkara buruk akan berlaku. Kita tidak perlu bertempur,

bertengkar, bergaduh kerana kenyataan palsu, fitnah seorang perempuan yang tidak

saya cintai. Tidak sopan, tidak tahu nilai harga diri sebagai seorang wanita.

HAJI ISMAIL: Sebaiknya kamu pergi, sebelum orang-orang aku datang menghalau kamu

semua.

19

LELAKI IV: Baik! Kami pergi sekarang, tetapi kami akan datang lagi.

LELAKI I: Sebaiknya Tengku Ahmad pulang segera sebelum tindakan lain yang lebih kasar dan

memalukan berlaku.

MAMAT: Tidak usah mengugut, saya tidak akan pulang, saya akan terus berada di rumah Haji

Ismail ini sampai bila-bila. Aminah ini akan tetap menjadi isteri saya. Beritahu Syarifah

Shima, beritahu Tan Sri Shabudin jangan cuba mereka-reka cerita yang bohong, palsu

dan fitnah. Beritahu semua orang, ini satu pengisytiharan, Aminah akan tetap menjadi

isteri saya dengan izin Allah.

AMINAH: Beritahu mereka, kami mungkin miskin harta benda tetapi kami tetap kaya dengan hati

budi, sopan-santun, tatasusila. Walaupun kami tiak berketurunan, tidak berdarjat tetapi

sebagai seorang Islam yang patuh kepada agama dan ajaran Islam.

HAJI ISMAIL: Di sini tidak ada orang-orang seperti kamu, seperti Syarifah Shima, seperti Tan Sri

Shahbudin.

MAMAT: Juga tidak ada seperti ayahanda saya Tengku Rahim itu. Darah kamu semua dengan

darah saya, merah juga. Seperti juga darah keluarga saya dan keluarga Shahbudin itu.

Pulanglah, kirim salam kepada mereka semua. Beritahu mereka ugutan, seperti ini tidak

akan mematahkan semangat cinta saya terhadap Aminah ini. Percayalah selagi ada

langit dan bumi, selagi ada malam dan siang dan selagi ada bulan dan bintang dan atas

kehendak Allah, Aminah tetap akan menjadi isteri saya dan bukan Shima itu.

LELAKI III: Baik! Baik! Kami akan pulang dulu, tapi akan datang lagi.

LELAKI IV: Ya! Kami akan datang lagi dengan suatu yang akan memeranjat Haji Ismail, Tan Sri

tentunya akan ada sesuatu yang boleh memberikan pengajaran kepada Haji Ismail.

LELAKI I: Kami memberikan ingatan, jangan salahkan kami jika sesuatu kejadian buruk akan

berlaku. Cinta awak Tengku Ahmad dengan Aminah tidak akan menjadi kenyataan.

Pastilah. Aminah akan menderita dengan cinta yang memaksa ini.

LELAKI II: Bukan saja Aminah tetapi yang pastinya Tengku Ahmad sendiri akan merasai

penderitaannya. Terimalah akibatnya kerana mengecewakan Syarifah Shima itu, ayuh

kita pulang dulu. Jangan cuba menghina keluarga Tan Sri Shahbudin itu.

20

LELAKI I: Sebelum kami beredar, sebelum terlupa, kamu semua harus ingat yang kamu telah

melakukan kerja buruk, jijik dan terbesar kotornya dengan menghalang Tan Ah Meng

mendirikan ladang belaan babi terbesar di sekitar kawasan ini. Kamu semua termasuk

Mubin telah bersubahat dan melakukan jenayah besar. Kami semua akan menentang

kamu semua yang terkutuk itu dengan tidak menjaga perasaan dan agama kaum lain,

ingat.

HAJI ISMAIL: Kirimkan salam kami buat ketua-ketua kamu semua yang merancangkan

sandiwara yang tidak masuk akal ini. Mintalah bantuan jutaan ringgit daripada Tan Sri itu

Tan Ah Meng itu, Tan Sri, Tan Ah Meng pasti bagi kerana menyenangkan hatinya.

(Tanpa menghiraukan kata-kata Haji Ismail itu, enam lelaki yang masuk ke kawasan Haji

Ismail itu keluar).

MAMAT: Salam saya juga untuk Syarifah Shima, keluarga kerabatnya, doktor yang merawatnya,

saksi-saksinya dan Tan Sri Shahbudin sendiri.

(Enam orang lelaki itu meninggalkan ruang pentas. Keluar).

MAMAT: Tuan Guru fikirlah apa yang sedang terjadi, sedang tercabar sekarang. Mereka

sanggup mengugut, memfitnah dan membuat dosa kerana mahu memaksa saya

bernikah dengan Syarifah Shima yang terlalu sosial itu. Selalu pulang lewat malam,

selalu ke kelab-kelab hiburan. Terlalu sosial. Tidak kenal batas lelaki mahupun

perempuan. Mubin yang tersingkir itu juga dilibatkan.

HAJI ISMAIL: Allah akan bersama kita.

MAMAT: Kini saya berada di sini, berada di tanah air sendiri. Saya telah pulang, saya telah lama

meninggalkan tanah air, meninggalkan Aminah dan kini saya mohon izin Tuan Guru

untuk menjadikan Aminah isteri saya. Saya akan menghadapi dugaannya dari ancaman

manusia sebesar mana pun.

HAJI ISMAIL: Kita bincang secara tertib, Tengku ada keluarga, ada ayahanda, tak manis

berbincang di sini, ayuh kita masuk ke dalam, kita teruskan dengan kuliah agama kita.

Yang lain sedang menunggu.

MAMAT: Silakan.

21

(Mereka beredar dan meninggalkan ruang pentas. Muzik dimainkan. Pentas digelapkan).

BAB IV

(Sewaktu pentas dibuka, Tengku Ahmad Arif Budiman sedang mundar-mandir di ruang tamu

rumahnya yang besar dan indah itu. Dia kelihatan gelisah, marah-marah sendirian. Sesekali

duduk di kerusi dan sesekali bangun dan bergerak sekitar ruang bilik tamu itu. Sedang dia

bermundar-mandir, masuk Tengku Rahim dengan berpakaian segak berkot, bertali leher dan

membimbing beg briefcase di tangan).

MAMAT (marah): Ayahanda! Apa yang telah ayahanda lakukan sehingga merosak seluruh

kehidupan orang lain.

RAHIM: Mamat, anakanda Mamat! Apa yang Mamat cakap ni, tiba-tiba saja Mamat berkasar

dengan ayahanda.

MAMAT: Maaf! Terpaksa Mamat terkasar, berkasar dengan ayahanda kerana ayahanda terlibat

meruntuhkan seluruh warga yang tidak berdosa.

RAHIM: Mamat! Ayahanda letih ni, cakap dengan tenang jangan mengangkatkan suara Mamat,

keluarga kita tidak pernah berkasar, tidak pernah bertutur seperti apa yang Mamat

tuturkan hari ini. Apa yang hendak Mamat beritahu?

MAMAT: Ayahanda telah bersubahat membakar seluruh rumah, pondok, madrasah dan

kawasan Haji Ismail. Ayahanda juga bersubahat menyokong Tan Ah Meng membeli

kawasan di sekitar itu untuk Tan Ah Meng membuat ladang belaan babi. Apa dosa Haji

Ismail dan keluarganya terhadap kita, terhadap Tan Sri Syed Shahbudin yang mulia lagi

terkaya, terhormat itu?

RAHIM (terkejut): Apa yang Mamat cakapkan ini? Jangan main-main, betul ke seluruh kawasan

Haji Ismail terbakar?

22

MAMAT: Ayahanda jangan berpura-pura dan bersandiwara. Kehidupan Haji Ismail, keluarga dan

warganya tinggal sehelai sepinggang. Mereka semua sudah tidak ada tempat hendak

bergantung.

RAHIM: Siapa yang membakarnya?

MAMAT: Sepatut ayahanda yang menjawabnya kerana ayahanda lebih arif, ayahanda terlibat

dalam perkara ini. Ayahanda benci Haji Ismail itu, Mamat tahu, sebab Haji Ismail itu

orang miskin, orang tidak punya kedudukan, tidak punya nama dan tidak ada darjat.

RAHIM: Jangan menuduh ayahanda, Mamat! Mamat tidak pernah melafazkan ucapan yang

menghina terhadap ayahanda sebelum ini. Betul! Ayahanda tidak tahu, kalau Mamat

tidak memberitahu, ayahanda tidak terlibat membakarnya. Kenapa ayahanda melakukan

perkara yang seburuk itu. Ayahanda juga ada pegangan agama.

MAMAT: Sebabnya, sebabnya ayahanda telalu benci akan Aminah itu. Ayahanda tidak tahu

Aminah itu menjadi menantu ayahanda kerana ayahandanya orang miskin dan tidak

searaf dan sedarjat ayahanda dan tidak sama seperti Tan Sri Syed Shahbudin dan

Syarifah Shima itu.

RAHIM: Betul! Sememangnya ayahanda tidak mahu Aminah menjadi menantu ayahanda,

seperti juga Tan Sri Syed tidak sukakan Mubin tetapi tidaklah seburuk dan sebodoh itu,

ayahanda mahu membakar seluruh kepentingan Haji Ismail. Itu kerja orang gila.

Ayahanda tidak gila. Masih waras dan masih boleh berfikir. Bukan keturunan kita

memusnahkan orang lain dengan secara seburuk itu.

MAMAT: Jelas ayahanda berdendam kerana anakanda masih mahukan Aminah itu dan

ayahanda telah memisahkan kami berdua dengan menghantar anakanda belajar keluar

negeri. Tetapi Aminah tetap menunggu anakanda. Ayahanda benci melihat itu semua.

RAHIM: Ayahanda akur. Memang ayahanda benci, muak terhadap keluarga Haji Ismail itu tetapi

perbuatan terkutuk itu bukan kerja kita sekeluarga. Tidak ada untungnya membuat kerja

yang dilarang agama itu. Kalau terbukti kita yang melakukannya kita masuk penjara,

seluruh keluarga kita akan dapat malu.

23

MAMAT: Ayahanda tahu dilarang agama tetapi ayahanda menahan ak daripada

memperisterikan Aminah, tidak dilarang agama. Sudahlah ayahanda, anakanda terlalu

kecewa dengan perbuatan hodoh ayahanda itu. Ayahanda telah meruntuh semuanya

yang ada. (Melangkah untuk keluar tetapi terhenti.)

RAHIM: Ke mana anakanda hendak pergi lagi.

MAMAT: Menyelamatkan Haji Ismail, Aminah dan keluarga mereka. Memberikan perlindungan

untuk mereka. Mereka tidak bersalah. Ayahanda telah melukakan hati banyak pihak,

ayahanda telah melakukan banyak dosa kerana pangkat, harta dan darjat. Darah kita

dan darah mereka, sama, merah juga.

RAHIM: Anakanda! Percayalah! Bukan ayahanda yang melakukan kerja yang terkutuk itu

mungkin Tan Sri Syed Shahbudin. Tempatkan keluarga Haji Ismail di rumah-rumah

kosong kita yang tidak disewakan itu. Berikan perlindungan kepada mereka semua.

MAMAT: Jangan ayahanda cuba menaruh simpati lagi. Tan Sri Syed Shahbudin yang ayahanda

sebutkan itu sama saja dengan ayahanda. Dia mahu menjual anaknya kepada anakanda

biarpun nilainya tinggi tetapi anaknya itu bukan permata tetapi kaca.

RAHIM: Ayahanda tidak faham.

MAMAT: Ayahanda akan faham, jika ayahanda tahu bahawa perbuatan membohongi dirinya

telah ditebuk tupai yang tupai itu anakanda seperti yang difitnahkan mereka akan

menjejas maruah dan martabat ayahanda sendiri. Anak seorang berkedudukan, berdarjat

telah membuat dosa dan memusnahkan kehidupan seorang gadis.

RAHIM: Apa yang anakanda Mamat cakapkan ini, berbelit-belit. Sebentar tadi tentang

kebakaran, sekarang ditebuk tupai, maruah dan martabat. Apa ini semua?

MAMAT: Anakanda pergi dulu, anakanda mahu menyelesaikan soal kehidupan Haji Ismail dan

keluarganya. Ayahanda tanyalah Tan Sri Syed Shahbudin ceritanya yang sebenar.

Jangan terikut-ikut dengan kesombongan pangkat dan darjat itu, kita semuanya akan

kembali ke tanah juga. Tanyalah dalang Tan Ah Meng itu, kalaulah dia dalangnya.

(Tengku Ahmad Arif Budiman keluar pentas).

RAHIM: Mamat! (Melaung kuat.)

24

(Tiba-tiba masuk Pak Kob membawa minuman untuk Tengku Rahim.)

PAK KOB: Airnya Dato’ Ku.

RAHIM: Pak Kob! Apa sudah jadi pada Mamat itu, semacam dirasuk hantu.

PAK KOB: Tengku Ahmad marah-marah Dato’ Ku, dimarah kerana seluruh kawasan dan

kediaman Haji Ismail terbakar, dibakar. Dia kecewa.

RAHIM: Siapa yang membakarnya?

PAK KOB: Tengku Ahmad ada menyebut yang Dato’ Ku yang menjadi dalang utamanya kerana

tersangat benci akan hubungannya dengan Aminah. Dato’ Ku tidak suka Tengku Ahmad

kahwin dengan orang kebanyakan, katanya.

RAHIM: Memang kita tidak suka, tetapi membakar, memusnah dan menghancur orang lain cara

begitu bukan cara kita, Pak Kob.

PAK KOB: Kita tidak agak kerja siapa, tapi dia ada juga menyebut Tan Sri Syed Shahbudin yang

terlibat sama dan Tengku Ahmad akan menentang Tan Sri itu.

RAHIM: Pak Kob ke mana Mamat itu mahu pergi.

PAK KOB: Mungkin ke istana Tan Sri Syed, caranya, cara Tengku Ahmad bercakap seperti

mahu membalas dendam saja.

RAHIM: Ini tidak boleh jadi Pak Kob, merbahaya, sejak Mamat pulang dari luar negara ni,

perangainya banyak berubah. Cakapnya, sikapnya, caranya agak keras dan suka

menentang, tidak mahu lagi ikut cara dan istiadat dalam rumah ini.

PAK KOB: Tentunya Dato’ Ku fahamkan, dia menderita cinta, memendam rasa, terlalu lama.

Tengku Ahmad menghindar diri daripada berkawan dengan perempuan-perempuan lain

walaupun puluh wanita menyukainya. Tengku Ahmad tetap mahukan Aminah. Cintanya

sejati Dato’ Ku. Dato’ Ku kena faham dan hindarlah daripada berpangkat, berdarjat,

berketurunan dan bergelar itu.

RAHIM: Pak Kob tidak faham. Saya kena jaga itu semua, jika tidak orang lain tidak akan

menghormati kita.

25

PAK KOB: Tetapi orang lebih menghormati hati budi, kelembutan, kesederhanaan dan rendah

diri. Orang tidak pandang lagi tentang darjat, kedudukan, kegelaran Dato’ Ku. Orang

sudah tidak peduli itu semua. Tidak akan bawa ke dalam kubur Dato’ Ku.

RAHIM: Pak Kob seperti menyindir, menghina dan memperli saya, nampaknya.

PAK KOB: Maaf! Dato’ Ku, bukan tujuan itu, saya, patik, hanya mahu menyelamatkan Tengku

Ahmad, Tengku Ahmad seperti anak saya sendiri. Cintanya terhadap Aminah cukup

mendalam. Saya, patik tidak mahu Tengku Ahmad mati, bunuh diri kerana Aminah itu.

RAHIM: Ada Mamat beritahu Pak Kob tentang perkara bunuh diri kerana Minah itu? Ada Mamat

mahu minum racun kerana Minah itu?

PAK KOB: Sebagai orang Islam, tidak sampai Tengku Ahmad berbuat begitu, tetapi cara dia

bercakap, cara dia bertindak amat merungsingkan patik, Dato’ Ku.

RAHIM: Jadi Mamat itu mahu berlawan, bertarung dengan Tan Sri Syed kerana Minah itu kerana

dia mengesyaki kebakaran itu perbuatan Tan Sri Syed kerana anakanya Syarifah Shima

itu?

PAK KOB: Begitulah! Tapi patik tidak pasti, mungkin juga, tak pasti, ya mungkin.

RAHIM: Jangan membuang masa lagi, kita ke rumah Tan Sri Syed segera.

(Mereka berdua cepat-cepat keluar. Pentas digelapkan. Muzik keras dimainkan).

BAB V

(Sewaktu pentas dibuka dalam suasana cahaya pentas yang warna merah, terdapat Tengku

Ahmad Arif Budiman dan Aminah diikat di batang tiang yang berasingan. Empat orang lelaki

keluar masuk pentas dengan sikap yang bengis sambil mengusik-usik Tengku Ahmad dan

Aminah. Tengku Ahmad dan Aminah gelisah, resah untuk melepaskan diri mereka).

LELAKI I: Sekarang rasakan wahai Laila dan Majnun.

LELAKI II: Rasakanlah Romeo dan Juliet.

LELAKI III: Bagaimana rasanya wahai Uda dan Dara.

26

LELAKI IV: Bukan! Mereka bukan Laila dan Majnun, bukan Romeo dan Juliet, bukan juga Uda

dan Dara, tetapi mereka ini pentas baru, sandiwara baru, cerita baru yang bernama

Mamat dan Minah.

(Semuanya ketawa).

LELAKI I: Bersandinglah kamu berdua di persada tiang itu. Jadilah pasangan suami isteri yang

bahagia. Jadilah seperti kisah Mamat dan Minah yang baru.

LELAKI II: Kalau kamu berdua mahu kami nyanyikan lagu “Selamat Pengantin Baru’ boleh kami

nyanyikan.

LELAKI III: Kita nyanyikan lagu itu. (Lagu “Selamat Pengantin Baru” dinyanyikan mereka

berempat sambail bergembira dan berhibur sehingga selesai).

LELAKI IV: Wahai Mamat, kamu telah ingkar, telah memalukan keluarga Tan Sri Syed dengan

membawa lari Minah ini. Bukan Minah tetapi Syarifah Shima yang sepatutnya menjadi

pasangan kamu wahai Mamat.

LELAKI I: Wahai Minah, awak telah memalukan seluruh keluarga Tengku Rahim. Orang yang

tidak berdarjat, tidak berketurunan, dan tidak bergelar, miskin bukan milik Tengku Ahmad

Arif Budiman dan tidak layak menjadi menantu Dato' Tengku Rahim.

MAMAT (laung): Tutup mulut kamu, jangan biadap, jangan memandai-mandai, jangan kamu

semua memberi tarafan, yang menentukannya, aku, dan bukan kamu semua. Semuanya

bukan kepentingan aku, yang penting, Aminah ini tetap milik aku dan bukan Syarifah

Shima.

LELAKI II (ketawa): Minah ini? Minah anak Haji Ismail ini, anak orang miskin ini mahu menjadi

hak Tengku? (Yang lain juga ketawa).

MAMAT: Jangan menghina Aminah, jangan menghina Haji Ismail dan keluarganya. Kesenangan

dan kekayaan dan kepangkatan bukan pilihan kita, yang penting budi bahasa.

LELAKI III: Budi bahasa? Tengku Ahmad! Kalau tidak ada harta, tidak ada pangkat, tidak ada

gelar dan tidak ada nama orang tidak hormat, zaman sekarang ini zaman orang melihat

itu semua. (Ketawa).

27

LELAKI IV: Betul! Betul itu Tengku Ahmad! Kalau kita sudah tidak ada kuasa lagi, orang tidak

pandang lagi pada kita. Kalau kita miskin, tidak ada siapa yang hendak tolong, hendak

dekati kita. Hidup hari ini memerlukan harta, pangkat dan takhta, percayalah, jangan

bohongi diri sendiri Tengku Ahmad.

MAMAT: Kerana itu jugalah kamu semua mengikat kita di sini, kerana upah, kerana wang. Upah

dan wang yang tidak halal itu, apabila kamu semua makan akan mendarah daging dan

apabila kamu mati, mayat kamu akan buruk seburuknya sepanjang masa dengan ulat-

ulat yang berkeliaran.

LELAKI I: Wahai Tengku Ahmad, jangan cakap soal upah dan wang yang kami perolehi tetapi

orang-orang yang bergelar, berpangkat besar, ada nama lebih dahsyat lagi daripada

kami menerima habuan wang yang tidak halal.

AMINAH: Lepaskan kami, tidak guna kami diikat sebgini rupa. Atau bunuh saja kami, moga-

moga kami mati bersama dan ditanam dalam satu kubur yang sama.

LELAKI II: Belum sampai masanya untuk kamu berdua mati, tunggulah perintahnya.

AMINAH: Siapakah yang merancang kejahatan ini semua?

LELAKI III: Kamu berdua akan mengetahuinya sebentar lagi, setelah wang upahan tambahan

akan sampai ke tangan kami.

AMINAH: Inilah kerja terkutuk yang dilakukan oleh orang-orang yang jahat seperti kamu yang

akan dilaknati oleh Allah. Kamu semua juga telah membakar seluruh kediaman kita,

sehingga kita tigngal sehelai sepinggang.

LELAKI IV: Katakanlah apa yang kamu mahu katakan, kita bersetuju kalau kamu berdua mati

dan ditanam dalam kubur yang sama.

(Tiba-tiba masuk dua orang berkelubung dan menutup seluruh tubuh mereka dan hanya

menampak dua biji mata, lubang hidung dan mulut masing-masing dengan membawa

sebiji beg dan sebilah senapang).

SHAHBUDIN: Bagus! Bagus! Kamu telah menjalankan kerja dengan baik dan sempurna.

LELAKI I: Terima kasih! Terima kasih! Kami tetap patuh akan suruhannya, jika upahannya

lumayan.

28

LELAKI II: Tentunya wang ganjaran tambahannya telah dibawa bersama.

SHAHBUDIN: Tidak usah bimbang, ini dia wangnya, tetapi sebelum itu, Tengku Ahmad dan

Aminah itu perlu dihapuskan terlebih dahulu. Riwayat mereka perlu ditamatkan, aku tidak

mahu lagi melihat kehadiran mereka di muka bumi ini, amat menyemak dan

menyakitkan.

LELAKI III: Tidak perlu gusar, semua pasti berjalan dengan baik asalkan wangnya sudah

tersedia, kita tidak kira siapa yang penting upahannya lumayan.

SHAHBUDIN: Terima kasih kerana kamu semua telah menjalankan kerja dengan baik, kamu

semua telah membakar seluruh kawasan dan kediaman Haji Ismail guru agama yang

mengajar ajaran yang sesat itu sehingga Tengku Ahmad itu sudah banyak terpesong.

LELAKI IV: Betul! Betul! Haji Ismail telah memberi makan dan minuman yang dijampi kepada

Tengku Ahmad sehingga Tengku Ahmad sanggup melupai Syarifah Shima dan tergila-

gila akan Aminah yang miskin ini.

SHAHBUDIN: Tepatlah tekaan kita, Haji Ismail mengajar ilmu yang salah, dia menggunakan

kepintarannya untuk menganut keuntungan daripada golongan yang berada, golongan

berdarjat, bergelar dan berpangkat.

(Tiba-tiba muncul Haji Ismail dengan berang dan mengatur langkah silat dengan parang

di tangannya. Semuanya terkejut tetapi telah bersiap sedia untuk menentang Haji Ismail

itu).

HAJI ISMAIL: Kamu semua telah membuat fitnah, membuat dosa dan meruntuh kedamaian

orang lain, kamu telah membakar seluruh tempat kami, kini kamu cuba membunuh anak

kami dan anak Tengku Rahim pula.

SHAHBUDIN: Bagus! Bagus! Haji Ismail telah menyerah diri, tangkap Haji Ismail itu.

HAJI ISMAIL: Pantang anak Melayu menyerah kalah.

(Perlawanan berlaku antara Haji Ismail dengan empat lelaki dan diperhatikan oleh Tan

Sri Syed Shahbudin dan Syarifah Shima yang masih berselimut dan hanya

menampakkan dua biji mata, lubang hidung dan mulut mereka. Akhirnya Haji Ismail

ditangkap dan diikat sama di sebatang tiang).

29

SHAHBUDIN: Rasakan, manusia yang tidak kenang diuntung, tidak tahu nilai diri. Jangan cuba

menjadi enggang kalau sudah tahu pipit.

(Tiba-tiba masuk Dato' Tengku Rahim dan Pak Kob. Tan Sri Syed Shahbudin, Syarifah

Shima dan empat lelaki dan Tengku Ahmad, Aminah dan Haji Ismail terkejut).

MAMAT: Ayahanda!

RAHIM: Anakanda Mamat! Minah! Haji Ismail pun ada!

SHAHBUDIN: Selamat datang! Bagus juga Dato' Tengku Rahim datang. Saksikan sendiri

bagaimana orang yang menderhaka.

RAHIM: Siapa kamu? Tunjukkan muka kamu, apa sudah jadi kepada anakandaku Mamat, Minah

dan Haji Ismail itu?

SHAHBUDIN: Orang-orang degil keras kepala, keras hati, ingkar, mungkir janji dan pengkhianat

menerima hukuman mereka, selayaknya mereka semua dipancung.

RAHIM: Undang-undang bukan di tangan kamu, di tangan kita semua. Kita ada undang-undang

dunia, kita ada undang-undang akhirat. Jangan lakukan perkara yang bodoh itu. Apa

yang kamu semua mahu. Siapa kamu?

SHAHBUDIN: Orang seprti kamu, dan kamu telah tidak menunaikan janji, kamu membiarkan

nama seluruh kerabat hancur dan malu serta mengaibkan. Mereka patut menerima

akibat perbuatan mereka itu.

PAK KOB: Tidak baik melakukan perkara itu. Undang-undang bukan di tangan kita. Biar pihak

berkuasa mengadili mereka jika mereka lakukan jenayah. Lepaskan mereka. Mereka

hanya melakukan jenayah cinta, mereka, cinta mereka suci, cinta sejati! Tidak usah

menghalang cinta murni mereka.

SHAHBUDIN: Pak Kob tidak usah masuk campur, ini urusan kerabat!

PAK KOB: Tuan yang berselimut kenal saya, tahu nama saya?

SHAHBUDIN: Sudah! Tidak usah banyak bicara, lakukan pembunuhan, tembak mereka semua.

(Sewaktu Tan Sri Syed mengacu senapangnya ke arah Dato' Tengku Rahim segera

menerkam ke arah Tan Sri Syed. Pergelutan sedikit berlaku dengan Dato' Tengku Rahim

segera membuka penutup Tan Sri Syed).

30

RAHIM: Tan Sri Syed Shahbudin?

PAK KOB: Tan Sri?

(Syarifah Shima yang melihat keadaan kelam-kabut itu segera mengambil senapang

ayahandanya itu dan mengacu ke arah Dato' Tengku Rahim. Senapang itu diambil

kembali oleh Tan Sri Syed daripada Syarifah Shima. Dalam keadaan kelam-kabut itu

masuk Tan Ah Meng dengan senapangnya dan mengacu kesemua orang yang berada di

situ dengan dibantu Lelaki !, Lelaki II, Lelaki III dan Lelaki VI yang bersubahat).

TAN AH MENG: Letakkan semua senjata kamu semua! Bagus kalau semua berada di sini!

Baguslah tidak ada lagi darjat dan keturunan menjadi penghalang untuk semua

berkumpul dalam menentukan kekuatan masing-masing yang pentingkan harta dunia.

SHAHBUDIN: Bagus juga kamu datang Ah Meng, semua orang in iharus dihapuskan, rancangan

kita akan lebih memudahkan untuk kita menguasai seluruh kekayaan di kawasan ini.

TAN AH MENG: Saya datang bukan untuk membantu Tan Sri, tetapi datang untuk memberitahu

kamu semua yang kamu semua telah mementingkan pangkat, darjat, keturunan, harta

dan kedudukan dan terus melupakan persahabatan dan ikatan kekeluargaan. Kamu

semuanya mementingkan keduniaan.

RAHIM: Kamu lihat sendiri betapa anak aku telah menjadi mangsa kelupaan diri ini Meng, kamu

membunuh aku dan keluarga aku dan bukan Tan Sri.

TAN AH MENG: Aku mahu membunuh semuanya terutama Tan Sri dan kamu Dato’ kerana

belot dan cuba merampas segala kekayaan yang aku ada, anak aku mati pun kerana

hasutan kamu semua, anak aku mahu memeluk agama Islam tetapi yang menentang

dan menghasut aku. Aku jadi bingung, aku jadi sasau, anak aku mati. Mubin kecewa.

SHAHBUDIN: Jangan bunuh aku, ambil segala kekayaan, ambil gelaran yang ada pada aku,

yang penting aku mahu terus hidup.

PAK KOB: Sudahlah Meng, perbuatan awak itu mengundang bahaya, kita ada undang-undang,

kita tidak boleh membuat undang-undang sendiri. Membunuh orang bermakna tali

gantunglah keputusannya biar pun kamu semua mati.

31

TAN AH MENG: Betul kata Pak Kob itu, kita ada undang-undang tetapi kita tidak pakai undang-

undang yang sedia ada itu. Kita perlekehkan undang-undang. Tan Sri mencampak

undang-undang itu, Dato’ tolak ke tepi undang-undang itu. Mereka mencipta undang-

undang sendiri kerana kuasa yang ada pada mereka.

HAJI ISMAIL: Baguslah kalau Ah Meng sedar semua perkara itu.

TAN AH MENG: Maaf Tuan Haji Ismail, jangan menuduh saya yang mahukan saya membuka

ladang babi di sebelah kawasan Haji Ismail itu. Ini semua perancangan Tan Sri dan Dato’

yang tamak haloba itu.

HAJI ISMAIL: Sememangnya orang yang tamak dikutuk Allah.

PAK KOB: Demikian kejadiannya hari ini, cinta sejati Mamat dan Minah dihalang, mereka

semualah menghalang yang maha besar. Mereka menanggung dosa yang tidak

terampun.

TAN AH MENG: Jadi mereka semua harus mati, tapi bukan Pak Kob, Haji Ismail, Tengku Ahmad

dan Aminah, mereka semua mesti mati, begitu.

HAJI ISMAIL: Jangan! Kita serahkan mereka semua kepada pihak berkuasa. Kita ada undang-

undang.

(Tiba-tiba masuk Mubin).

MUBIN: Letakkan senapang itu Ah Meng! Jangan buat sesuatu yang boleh memburukkan

keadaan.

MAMAT: Mubin!

(Mubin yang masuk bersama dua orang polis bersenjata senapang meminta semua yang

berada di situ jangan bergerak dan meminta setiap orang yang mempunyai senjata

meletakkan senjata mereka. Keadaan menjadi kelam-kabut. Syarifah Shima dengan

sepantas kilat menyambar kembali senapang dari tangan Tan Sri Syed dan segera

menembak ke arah Tengku Ahmad dan Aminah. Keadaan menjadi gamat dan kelam-

kabut. Pentas menjadi gelap seketika. Kemudian cerah dengan keadaan Tengku Ahmad

dan Aminah digambar terkulai kerana kena tembakan Syarifah Shima. Keadaan menjadi

32

gelap kembali dan bunyi satu lagi tembakan. Terdengar satu suara laungan yang kuat

daripada Syarifah Shima memanggil “Ayahanda”).

© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2004