nur hazimah othman & nur jannah ahmad

19

Upload: sha-hani

Post on 29-Jun-2015

949 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad
Page 2: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

NOR HAZIMAH OTHMANL20112007717

Page 3: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

PROSES- PROSES PEMIKIRANProses pemikiran boleh dihuraikan melalui tiga

komponen :• Input (rangsangan)

• Operasi (proses)• Output (hasil)

• Ianya terbahagi kepada dua komponen yang berkaitan iaitu proses ingat kembali dan metakognisi

• Proses pemikiran mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang

• Data yang diproses dan disimpan di dalam ingatan jangka pendek. • Manakala data yang digunakan secara berulang-ulang

menggunakan ingatan jangka panjang

Page 4: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

• Data diingatkan kembali supaya komponen operasi mental digunakan bagi menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperolehi daripada rangsangan luar.

• Semasa proses pemikiran berlaku, proses metakognisi pula merancang dan mengarah, menyemak, mengawal dan menilai segala operasi pemikirannya.

• Kognitif merupakan satu proses pemikiran yang lebih menjurus kepada pemahaman, pengertian dan penghayatan terhadap sesuatu pengetahuan ataupun permasalahan.

Page 5: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad
Page 6: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

SOALAN 1 : NYATAKAN TIGA BAHAGIAN UTAMA OTAK DAN JELASKAN FUNGSINYA

Dalam Kamus Dewan, otak ditakrifkan sebagai organ di bahagian atas kepala yang mengawal pemikiran / perasaan; suatu alat berfikir

Otak manusia dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama iaitu:A)Serebrum

B)medula oblongataC)serebelum

Page 7: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

BAHAGIAN OTAK STRUKTUR FUNGSI

i) Otak Pertama(Sereberum)

- Bahagian paling besar mempunyai dua hemisfera- Lapisan luar (korteks) jirim kelabu, lapisan dalam jirim putih.- Permukaan berlipat untuk tambah luas permukaan.

Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya.Bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera:- Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan.- Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.Kopus Kasolum menghubungi kedua-dua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.

i) Otak Kedua (Medula Oblongata)

- Terletak di bawah serebrum- Merupakan pangkal saraf tunjang yang

bengkak- Bahagian luar jirim putih dan bahagian

dalam jirim kelabu

- Mengawal tindakan luar kawal / tindakan automatik

- Pusat berkait dengan tindakan pantulan.

i) Otak Ketiga(Serebelum)

- Terletak di bawah serebrum- Mempunyai banyak lipatan- Ada dua bahagian iaitu luar dan dalam

Terletak di bahagian bawah atau belakang.Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan dan mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).

Page 8: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

SOALAN 2 : TERANGKAN TABIAT-TABIAT YANG BOLEH MENYEBABKAN KEMEROSOTAN PERKEMBANGAN OTAK MANUSIA

i) Mengabaikan pengambilan sarapan pagIii) Terlalu banyak makan

iii) Merokokiv) Pengambilan gula terlalu tinggi

v) Pencemaran udaravi) Kurang tidur

vii)Menutup kepala ketika sedang tidurviii)Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat

ix) Berfikiran sempitx) Kurang membaca

xi) Jarang berkomunikasixii)Mengabaikan meditasi

Page 9: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

SOALAN 3 : BERIKAN PERBEZAAN DIANTARA OTAK DAN MINDA

OTAK- Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, otak bermaksud isi kepala iaitu organ di bahagian dalam kepala (tengkorak kepala).

MINDA – Akal fikiran, daya berfikir. (Kamus Dewan Edisi Empat). Merupakan suatu bentuk tenaga dan bukan organ. Minda yang disuburkan dengan ilmu pengetahuan yang banyak akan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru.

FUNGSI & KELEBIHAN OTAK• Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. • Ia menerima maklumat melalui deria daridalam dan luar tubuh. • Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. • Otak berfungsi sebagai suatu alat yang boleh berfikir untuk pengawal pemikiran dan perasaan. Otak manusia mampu menyimpan segala maklumat dan merekodkan maklumat-maklumat baru pada setiap saat semenjak daripada manusia itu dilahirkan sehingga ke akhir hayatnya. • Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan.

Page 10: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

FUNGSI & KELEBIHAN MINDA• Minda mempunyai keupayaan kognitif seperti kebolehan berfikir dan menaakul.• Menaakul ialah kebolehan seseorang membuat pertimbangan atau pun keputusan dalam keadaan tertentu. • Minda juga adalah pusat kawalan bagi emosi seperti risau, marah, takut dan sedia. Menurut Bechtel (1988), minda melibatkan keseluruhan daripada fikiran, tanggapan, persepsi, memori, mimpi dan sebagainya

Minda Terancang - menguasai hanya 1/10 daripada aktiviti otak. Ia menerima maklumat luaran dan memahami alam melalui pancaindera, pengalaman, pengamatan dan juga melalui pendidikan.

Minda Terpendam - merupakan kuasa sebenar minda manusia. Ia memahami alam dan persekitaran melalui gerak perasaan dan intuisi. Ia menjalankan lebih 90% fungsi otak dan amat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Justeru itu, seseorang yang ingin berjaya di dalam hidupnya perlu mengawal minda terpendam yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya agar menjadi lebih positif. Antara contoh-conto pengawalan minda terpendam secara positif ialah jangan fikir sakit tetapi fikirkan sihat, jangan fikirkan gagal tapi fikirkan kejayaan, jangan fikirkan keburukan tapi fikirkan kebaikan.

Page 11: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

NUR JANNAH AHMADL20112007729

Page 12: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

APA ITU PEMIKIRAN ?

• Pemikiran (thinking) telah mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle.

• Pada abad ke sembilan belas, pemikiran didefinisikan sebagai satu rangkaian idea yang berasosiasi.

• Definisi ini dapat menerangkan beberapa jenis pemikiran, tapi tidak semua

Page 13: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

• Dewey, 1921, mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja.

• Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey, 1933, di mana beliau melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah.

• Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar.

• Menurut Mayer (1996) pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah.

Page 14: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

PELBAGAI KECERDASAN & KEMAHIRAN BERFIKIR

Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuhkecerdasan yang perlu dikembangkan.

Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.

Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Page 15: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

BAGAIMANA TUJUH KECERDASAN DIKEMBANGKAN ?

Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:

a. Bahasab. Logik-Matematikc. Ruang (spatial)d. Muzike. Kinestatikf. Interpersonalg. Intapersonal.

Page 16: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

AKTIVITI-AKTIVITI PENGEMBANGAN KECERDASAN

i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik

Page 17: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

V. Memperkembangkan kecerdasan logik matematik melalui kemahiran berikut:-

a. Menaakul secara logik.b. Membuat kiraan.c. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau

mentafsir.d. Membuat sintesis seperti membuat inferens,

kesimpulan, hipotesis, rumusan.e. Membuat keputusanf. Menyelesaikan masalah.

Page 18: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

KEMAHIRAN BERFIKIRKemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.a) Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan

pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat

kembali fakta dan maklumat.

b) Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.

Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.

Page 19: Nur hazimah othman & nur jannah ahmad

EKIAN, TERIMA KASIH