mohd aidil b othman
TRANSCRIPT
Nama : Mohd Aidil Bin Othman
Pensyrah : En Vespanathan A/L Suppramaniyam
Pendaftaran Perniagaan Baru
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut:
a) Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki
sepenuhnya oleh seorang pemilik.
b) Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki
oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20
rakan kongsi.
1) Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadang daripada SSM. Isikan Borang PNA 42 jika menggunakan nama tred. Nama diri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.
2) Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan mengisikan butir – butir maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan
b) Jenis perniagaan
c) Tarikh permulaan perniagaan
d) Alamat dan tempat perniagaan
e) Cawangan perniagaan
f) Maklumat pemilik
g) Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada).
1) Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.
2) Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
3) Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.
4) Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.
5) Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.
6) Sertakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)
- Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain (jika ada)
1) Perniagaan milik tunggal menggunakan
nama peribadi mengikut kad pengenalan –
RM30.00
2) Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian
menggunakan nama tred - RM60.00
3) Pendaftaran Cawangan – RM5.00 setiap
cawangan
4) Salinan Maklumat Perniagaan – RM10.00
Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran
di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia
yang terdekat atau hantar menerusi pos.
Keputusan pendaftaran perniagaan boleh
diperolehi dalam tempoh 1 jam.
Idea memulakan perniagaan saya adalah seperti berikut:
Perniagaan baru yang belum ada dalam pasaran
Teknologi baru, iaitu proses baru dalam pasaran
Kaedah baru untuk menggantikan kaedah lama yang sedang digunakan
Jenis da nbentuk perniagaan, iaitu sama ada perniagaan milikan tunggal, perkongsian atau syarikat
Mengenal pasti pembiayaan atau sumber kewangan
Pemilian lokasi terbaik
Bebas untuk membuat keputusan tanpa
campur tangan pihak luar
Peluang untuk membangunkan imej
perniagaan
Bebas memilih lokasi yang diingini
Bebas memilih kemudahan fizikal yang
diperlukan
Tiada rekod perniagaan terdahulu yang dapat
dijadikan panduan
Perlu mencari pelanggan baru
Usaha memakan masa yang panjang
Kesukaran untuk memperoleh pinjaman atau
kemudahan pembiayaan
Seseorang pemilik perniagaan mungkin
membenarkan pihak lain mengambil alih
perniagaannya atas sebab yang berikut:
Usia tua
Berpindah ke tempat lain
Menerima tawaran jawatan lain
Perniagaan yang dijalankan tidak
menguntungkan
Perniagaan telah mencapai tahap
kematangan
Persaingan
Tahap persaingan perlu dikaji dan diamati
sebelum membeli sesebuah perniagaan.
Lokasi perniagaan yang akan dibeli dengan
lokasi pesaing perlu dipertimbangkan. Hanya
perniagaan yang mempu berhadapan dengan
pesaing akan terus berada di pasaran.
Keadaan pasaran
Melakukan bancian, kajian, pemerhatian dan
soal selidik ke atas perniagaan pesaing.
Memastikan potensi perniagaan untuk terus
berkembang atau sebaliknya.
Pembanggunan masyarakat pada masa akanhadapan
Pembangunan mesyarakat akan memberikankesan secara tidak lansung kepadaperniagaan. Pembangunan keadaan setempatseperti pembinaan taman perumahan dankawasan perindustrian akan member kesanyang positif. Sebaliknya jika perubahanseperti laluan jalan raya daripada dua halakepada sehala mungkin akan member kesanyang negative kepada perniagaan.
Komitmen undang-undang
Bakal pembeli perniagaan hendaklah
menyelidik terlebih dahulu liabiliti yang
masih ditanggung oleh perniagaan. Liabiliti
seperti cukai belum dibayar, sewa
tertunggak, gaji pekerja yang belum
dijelaskan, hutang kepada pembekal dan
sebagainya.
Bangunan dan kemudahan fizikal perniagaan
Keadaan dan kualiti bangunan serta
kemudahan fizikal hendaklah dinilai sebelum
membeli perniagaan. Penyelenggaraan dan
keselamatan bangunan serta kemudahan
fizikal perlulah dalam keadaan yang baik.
Harga keluaran
Harga barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh perniagaan hendaklah
dibandingkan dengan harga pesaing. Harga
daripada pembekal dan pemborong perlu
dikaji terlebih dahulu supaya perletakkan
harga yang sesuai boleh dibuat.
Rekod perniagaan sudah terbukti
Mempunyai pelanggan sedia ada
Lokasi yang strategik
Mempunyai pekerja yang terlatih
Dapat menikmati harga pembelian yang
rendah
Mempunyai perhubungan yang baik dengan
pembekal
Rekod perniagaan terdahulu yang kurang baik
mungkin akan menjejaskan imej perniagaan
Nama buruk perniagaan terdahulu sukar
dipulihkan
Lokasi mungkin kurang strategik
Kemudahan fizikal yang tidak mencukupi
a) Pada peringkat awal saya perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM untuk mengiktiraf perniagaan saya.
b) SSM ditubuhkan bertujuan untuk mengawal penubuhan perniagaan di Malaysia.
c) Dalam borang SSM maklumat pemilik perniagaan haruslah diisi dengan lengkap kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan permohonan gagal.
d) Antara maklumat yang harus diberi perhatian ialah maklumat diri, jenis perniagaan dan lokasi perniagaan.
a) Batu Pahat Mall merupakan pusat membeli
belah yang baru ditubuhkan di Batu Pahat.
b) Oleh itu, terdapat banyak kedai-kedai yang
masih kosong di sana.
c) Untuk membuka kedai di dalam Batu Pahat
Mall saya perlu mendapatkan kelulusan
daripada pejabat daerah Batu Pahat.
d) Jika tidak saya akan di saman kerana
membuka perniagaan tanpa kelulusan
daripada pejabat daerah.
a) Semasa mahu memulakan perniagaan saya
haruslah mempunyai sumber kewangan
yang kukuh bagi memastikan perniagaan
saya tidak mengalami sebarang masalah.
b) Oleh itu, institusi kewangan menjadi
pilihan saya untuk mendapatkan sumber
kewangan.
c) Selain itu, saya telah mencari khidmat
nasihat daripada peguam untuk memberi
sedikit tunjuk ajar bagi saya memulakan
perniagaan sendirian berhad.
a) Perniagaan yang saya akan jalankan ialah perniagaan menjual komputer dan alat-alat ganti.
b) Saya sebagai ketua dan terdapat 50 orang pekerja di bawah saya.
c) Saya memilih perniagaan ini untuk di buka di Batu Pahat Mall kerana di sana kurang perniagaan menjual komputer dan alat-alat ganti.
d) Hal ini akan menyebabkan persaingan kurang berlaku dan perniagaan saya akan mudah untuk berkembang maju.