en chin refleksi

Upload: razali-othman

Post on 02-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 En Chin Refleksi

    1/2

    RAZALI BIN OTHMAN

    821019-07-5001

    Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam Sains

    sekolah rendah iaitu penyiasatan, eksprimen, demontrasi dan peristiwa bercanggah.

    Di antara ke empat-empat kaedah ini saya sering gunakan kaedah eksperimen. Ini

    kerana dengan kaedah ini ia dapat menarik minat murid. Sebagai contoh dalam

    pengajaran sains, apabila saya memeberitahu kepada murid-murid bahawa akan

    dijalankan eksperimen, murid-murid menunjukkan minat yang tinggi dengan

    persoalan-persoalan yang berkaitan dengan bahan atau radas yan g terlibat. Inimenunjukkan bahawa eksperimen dapat menarik minat murid untuk mencubanya.

    Kesan yang kedua adalah ia dapat menimbulkan persoalan dari murid di dalam diri

    mereka. Sebagai contoh sebelum saya menjalankan eksperimen, saya mengajukan

    soalan-soalan yang akan menyebabkan minda mereka sentiasa berfikir apa yang

    akan berlaku. Contohnya saya menjalankan eksperimen pengaratan dengan

    menyediakan empat jenis paku yang pelbagai. Ia akan menimbulkan persoalan

    kepada murid ketika menunggu keputusan eksperimen diperolehi.

    Saya sering menggunakan kaedah ini juga kerana ia menyebabkan sifat ingin

    tahu murid bertambah. Semua orang mengetahui bahawa murid-murid sekolah

    rendah memang suka akan eksperimen kerana ia aktiviti yang amat menyeronokkan.

    Murid-murid akan berasa lebih teruja kerana diberi peluang memegang benda yang

    maujud seperti radas-radas makmal. Mereka akan cuba melakukan sesuatu dengan

    baik kerana sifat ingin tahu mereka yang tinggi. Sebagai contoh mereka melakukan

    eksperimen dengan mencampurkan soda bikarbonat dengan cuka. Apabila mereka

    mendapat keputusan eksperimen maka pengetahuan mereka telah diperkukuhkan

    lagi di dalam ingatan mereka. Kaedah eksperimen juga akan membantu murid-murid

    mengingat fakta dengan lebih berkesan. Ini kerana ia di sokong dengan bahan

    maujud yang digunakan dalam eksperimen. Contohnya adalah seperti eksperimen

    yang melibatkan asid dan alkali. Murid akan di bekalkan dengan bahan seperti kertas

    litmus dan bahan berasid dan beralkali. Ketika mereka menjalankan eksperimen,

    mereka akan temui jawapan hasil daripada eksperimen yang diajalan. Ini secara

  • 7/27/2019 En Chin Refleksi

    2/2

    RAZALI BIN OTHMAN (821019-07-5001)

    tidak langsung akan membolehkan mereka memperolehi jawapan ketika melakukan

    eksperimen.

    Selain daripada itu,saya juga sering menggunakan kaedah eksperimen ini

    kerana saya dapat melatih mereka dengan menanam nilai-nilai murni di dalam diri

    mereka. Ia berlaku apabila mereka selesai melakukan eksperimen, mereka akan

    diminta membersih radas dan juga alatan makmal serta menyimpan radas di tempat

    yang betul. Dengan cara ini saya dapat melatih mereka menjadi seorang murid yang

    berdisplin. Seperti yang sedia maklum, eksperimen selalunya akan melibatkan aktiviti

    secara berkumpulan. Apabila ini berlaku, ia harus melibatkan kerjasama yang baik di

    antara ahli kumpulan. Oleh sebab itu saya sering menggunakan kaedah ini kerana

    saya dapat melihat semangat kerjasama yang terhasil di antara murid-murid saya. Ini

    secara tidak langsung dapat membantu murid-murid saya yang lemah.

    Kaedah eksprimen juga membantu menambah pemahaman murid saya

    tentang sesuatu kejadian. Melalui pengalaman yang mereka ada dan di tambah

    dengan hasil eksperimen yang mereka baru perolehi, maka mereka akan dapat

    mengukuhkan pemahaman mereka. Sebagai contoh mereka mengetahui bahawabuah oren adalah asid. Namun selepas menjalankan eksperimen dengan

    menggunakan buah nenas dan epal hijau,pengetahuan mereka bertambah apabila

    hasil eksperimen mendapati kedua-dua buah tersebut juga adalah asid. Ini secara

    langsung membantu menambah pengetahuan mereka.

    Walaubagaimanapun, kebanyakan sekolah rendah hanya mempunyai bilik

    sains yang terhad iaitu satu atau dua sahaja jumlahnya. Ini akan menyebabkan

    berlakunya pertindihan penggunaan watu. Walaupun begitu, pengajaran dengan

    kaedah eksperimen adalah yang paling efektif untuk saya menyampaikan

    pengajaran saya.