emosi murid menangani

3
3.0 Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid 3.0 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah- langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut: 3.1 Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. 3.2 Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka. 3.3 Menggunakan Percakapan Yang Sesuai Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian. 3.4 Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid- murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka

Upload: sarah-mohd-yusof

Post on 16-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

3.0 Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid3.0 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan MuridSebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:3.1Amalkan Sikap Kepimpinan DemokratikSebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.3.2Mengelolakan Banyak Aktiviti KumpulanAktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.3.3Menggunakan Percakapan Yang SesuaiSebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.3.4Guru membantu murid yang bermasalahSekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.3.5 Peranan Unit Bimbingan dan KaunselingPihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid. 3.6Murid bersifat self-efficacy Mengikut Albert Bandura,murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.Murid-murid yang mengalami gangguan emosiperlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.3.7 Membeli buku-bukuSelain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi.3.8Memberikan beberapa tunjuk ajarIbubapa jugamemberikan beberapa tunjuk ajartentang cara menguruskan emosi masing-masing. Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.3.9Bimbingan kerjayaMurid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberibimbingan kerjaya. Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Sekian http://boheydulang5521.blogspot.com/2015/03/30-langkah-menangani-masalah-gangguan.html