kerja kursus sejarah 2011 [ elemen 2 ]

Upload: maxis-jaisi

Post on 08-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    1/26

    1

    Tajuk Kajian :

    Institusi

    PentadbiranTempatan

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    2/26

    2

    Senarai Kandungan

    Bil PerkaraMuka

    surat

    1 Tajuk kajian 1

    2 Senarai kandungan 2

    3 Penghargaan 3

    4 Objektif kajian 4

    5 Kaedah kajian 5

    6 Hasil kajian 6

    7 Rumusan 21

    8 Lampiran 22

    9 Rujukan 26

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    3/26

    3

    PenghargaanSaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah

    membantu saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini . Ribuan terima kasih , kepada

    guru Sejarah saya , Puan xxx yang telah banyak membimbing dan mencurah ilmu kepada

    saya serta rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini . Tanpa budi baik beliau , sudah

    tentu proses menjalankan kajian ini adalah lebih sukar .

    Penghargaan saya juga dipanjangkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, xxx dan xxx dan

    adik-beradik yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan

    material ketika saya amat memerlukan . Ibu bapa saya juga telah memberikan sokongan

    dalam bentuk kewangan dengan membelikan saya bahan-bahan yang diperlukan untukmembuat kajian ini .

    Ucapan terima kasih juga kepada xxx , pengetua kanan SMK Raja Jumaat kerana memberi

    kerjasama dan nasihat kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini . Beliau juga telah

    membenarkan saya dan ahli kumpulan saya , iaitu Soo Leong Yun ,New Chun Kiat , Hoo Wai

    Loon dan Shangkaran Radakrishnan untuk menjalankan kajian ini selepas sekolah . Sekian ,

    terima kasih .

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    4/26

    4

    Objektif KajianTerdapat beberapa objektif kajian yang telah tercapai setelah melakukan kerja kursus ini .

    Pertama sekali , saya telah mengenal pasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang

    dijalankan . Saya juga telah mengetahui tentang sumber sumber sejarah yang pelbagai

    seperti buku , majalah , internet akhbar dan gambar yang dapat membantu saya

    mendapatkan maklumat yang benar dan boleh dipercayai semasa membuat kajian ini .

    Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang institusi pentadbiran tempatan , iaitu Majlis

    Perbandaran Port Dickson ( MPPD ) dengan lebih terperinci . Melalui kajian ini juga saya

    dapat mengetahui aspek latar belakang institusi pentadbiran tempatan ini , sumbangan

    kepada penduduk Port Dickson serta keistimewaan institusi pentadbiran ini . Matlamat ,objektif , misi , visi penubuhan Majlis Perbandaran Port Dickson juga dapat diketahui .

    Pengetahuan saya tentang institusi pentadbiran tempatan juga bertambah luas selepas

    kajian ini dihasilkan .

    Saya juga telah berjaya mempelajari kaedah mengumpul , mengelas , membuat rujukan

    serta merekod segala maklumat yang diperolehi ketika melakukan kajian ini . Pelbagai nilai

    murni dan semangat patriotisme juga telah saya terapkan dalam diri saya dan juga rakan-

    rakan seperti bekerjasama , cinta akan tanah air , bersyukur dan juga bertoleransi setelah

    membuat kajian ini .

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    5/26

    5

    Kaedah Kajian

    Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini , seperti yang tercatat di bawah :

    a)Analisis dokumenAnalisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan

    kerja kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang

    berkaitan dengan Majlis Perbandaran Port Dickson . Laman web Majlis Perbandaran Port

    Dickson juga telah saya lawat dan saya telah mendapat banyak dokumen yang berfaedah

    seperti sejarah penubuhan , carta organisasi , struktur pentadbiran , dan keistimewaan

    Majlis Perbandaran Port Dickson melalui penyelidikan internet .

    b)Lawatan dan pemerhatianKaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson dan

    juga di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk dijadikan

    sumber kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk

    majalah , artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dan

    juga gambar bangunan institusi pentadbiran tersebut .

    c)Penyelidikan perpustakaanSaya telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan Awam Port Dickson dan juga

    Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat untuk mendapatkan maklumat

    dan bukti yang kukuh untuk dijadikan sebagai sumber kajian saya . Pelbagai buku yang

    berguna tentang institusi pentadbiran tempatan telah diperoleh dan dikaji dengan teliti .

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    6/26

    6

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    7/26

    7

    PengenalanMajlis Perbandaran Port Dickson merupakan sebuah institusi pentadbiran tempatan yang

    telah saya pilih untuk Kerja Kursus Sejarah 2011 . Saya telah menjalankan kajian ini bersama

    ahli kumpulan saya , New Chun Kiat , Soo Leong Yun , Hoo Wai Loon dan Shangkaran

    Radakrishnan .

    Dalam hasil kajian ini , terdapat banyak maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan

    dan fakta-fakta penting Majlis Perbandaran Port Dickson .

    Sebagai institusi pentadbiran tempatan di bandar Port Dickson , Majlis Perbandaran Port

    Dickson tidak kurang pentingnya berbanding institusi lain . Institusi pentadbiran tempatan

    merupakan aspek yang penting untuk mengintegrasikan penduduk dengan kerajaan

    Malaysia . Secara tidak langsung juga MPPD mencerminkan kemajuan yang dicapai oleh

    penduduk bandar dan juga kemajuan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan .

    Jata rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    8/26

    8

    Majlis Perbandaran

    Port Dickson

    1 .Nama rasmi / nama ringkas

    Majlis Perbandaran Port Dickson merupakan nama rasmi institusi pentadbiran tersebut .

    MPPD merupakan nama ringkas untuk institusi pentadbiran ini . Penduduk bandar Port

    Dickson sering memanggil institusi ini dengan nama MPPD .

    2. Lokasi Majlis Perbandaran Port Dickson .

    Majlis Perbandaran Port Dickson terletak di bandar Port Dickson , Negeri Sembilan . Nama

    Port Dickson dinamakan sempena pegawai tinggi British , iaitu Sir John Frederick Dickson .

    Terdapat lima mukim di daerah Port Dickson iaitu Mukim Port Dickson , Mukim Si Rusa ,

    Mukim Pasir Panjang, Mukim Jimah dan juga Mukim Linggi .

    Logo Majlis Perbandaran Port Dickson ( MPPD )

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    9/26

    9

    3 . Misi / Visi penubuhan

    Misi

    Visi

    4 . Objektif penubuhan

    Meningkatkan keupayaan kewangan dan kecekapanpengurusan sumber tenaga manusia.

    Mewujud dan melaksanakan perancangan yang dinamik denganmempergiat dan memperkukuhkan kemudahan fizikal, sistem,

    sosial dan ekonomi serta alam sekitar.

    Memberi perkhidmatan dan menyediakan kemudahan yangberkualiti kepada masyarakat dengan mengambil kira Local

    Agenda 21 (LA 21).

    Menyediakan satu persekitaran

    hidup yang sihat, selamat,

    sejahtera dan indah dengan

    pertumbuhan ekonomi dan

    pembentukan masyarakat yang

    cemerlang.

    Mewujudkan persekitaran hidup

    yang lengkap dan berkualiti

    untuk kesejahteraan semua

    lapisan masyarakat pada 2020.

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    10/26

    10

    5 . Matlamat penubuhan

    Setelah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan

    wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran

    membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai

    destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan

    pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan

    awam. Selain itu , memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan

    yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai

    yang moden dan terkenal juga menjadi matlamat yang penting .

    Majlis juga ingin memperkukuh struktur pembangunan bagi pusat bandar-bandar utama

    sejajar dengan aspirasi kerajaan memajukan pelancongan dan juga memenuhi citarasa

    penduduk tempatan. Memperbaiki dan mempertingkatkan sistem pengangkutan dan jalan-

    jalan sedia ada sealiran dengan rancangan pembangunan yang dicadangkan untuk seluruh

    kawasan kajian dengan penekanan kepada kemudahan sampai ke destinasi pelancongan.

    Merangka, merancang dan merealisasikan pembangunan sepanjang persisiran pantai dan

    kawasan sekitarnya tanpa menjejaskan keharmonian alam semulajadi sambil mengambil kira

    langkah-langkah pemuliharaan alam sekeliling bersesuaian dengan konsep mesra alam.

    Majlis akan sentiasa memberi keutamaan kepada kebersihan dan keindahan di kawasan

    perairannya.

    Mengatur, menyelaras dan menyatupadukan aktiviti sediada serta memperkenalkan

    cadangan kreatif yang berpotensi untuk menambah keindahan dan tarikan di bandar Port

    Dickson dan di tempat tarikan pelancong. Seterusnya , Majlis ingin mengintegrasikan

    perkampungan tradisional yang terletak di sekitar persisiran pantai dalam perancanganpembangunan koridor pelancongan Port Dickson.

    Gambar : Keindahan pantai Port Dickson

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    11/26

    11

    6 . Senarai pentadbir

    Senarai Ahli Majlis

    Abdul Wahab bin Shamsuddin (Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Port Dickson) Hajjah Rohani bte Haji Ya'acob (Pegawai Kewangan Negeri) Abu Bakar bin Md. Deli Tun Hairudin Bin Abu Bakar Yit Lee Kok Mohd Faizal bin Haji Ramli Yap Kin Foh Yeong Seng Wong Dato Dr. Lim Chin Fui Dato' M. Veloo DNS., AMN., PMC., PJK P. Karuppeiah ANS., AMN., PJK Dr. P. Tanaletcthumy Kok Chui Ling Haji Sahul Hameed bin Shaik Mohaideen

    Ahli Jawatankuasa Pentadbiran & Kewangan

    Dato' Velo a/l Munusamy DNS., AMN., PMC., PJK., DBNS - Puan Hajah Rohani binti Haji Yaacob Encik Yap Kin Foh Encik Tun Hairudin Bin Abu Bakar Tuan Haji Sahul Hameed bin Shaik Mohaideen Encik Yit Lee Kok

    Jawatankuasa Infrastruktur dan Lalulintas

    Dato' Veloo a/l Munusamy DNS., AMN., PMC., PJK., DBNS Dato Dr Lim Chin Fui Encik Tun Hairudin bin Abu Bakar Encik Yit Lee Kok Encik P. Karuppeiah ANS., AMN., PJK

    Jawatankuasa Pelesenan Dan Pembersihan Bandar

    Dato' Veloo a/l Munusamy DNS., AMN., PMC., PJK., DBNS Dato Dr Lim Chin Fui Dr. P. Thanalectchumy Encik Mohd Faizal bin Haji Ramli Encik Yap Kin Foh Encik Abu Bakar bin Md. Deli

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    12/26

    12

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    13/26

    13

    Latar Belakang1 . Sejarah penubuhan

    Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan

    rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18

    batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi

    manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi.

    Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai

    Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden,

    kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan

    perindustrian.

    2 . Undang undang kecil

    SENARAI UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

    1. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Daerah Port Dickson

    Kerajaan Tempatan 1976

    2. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (Majlis Daerah Port Dickson)

    Jalan, Parit dan Bangunan 1979

    3. Undang-Undang Kecil Kadar Bayaran Bagi Tangki Najis dan Membuang Sampah (Majlis

    Daerah Port Dickson) 1982

    4. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Port Dickson) 1982

    5. Undang-Undang Kecil Bayaran Denda (Lesen) (Majlis Daerah Port Dickson) 1982

    6. Undang-Undang Kecil Melesen Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Lain-Lain Profesyen

    (Majlis Daerah Port Dickson) 1983

    7. Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu Kerbau (Majlis Daerah Port Dickson) 1983

    8. Undang-Undang Kecil Kawalan dan Peruntukan Ruang Letak Kereta Di Luar Jalan (Majlis

    Daerah Port Dickson) 1984

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    14/26

    14

    9. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis

    Daerah Port Dickson) 1984

    10. Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Majlis Daerah Port Dickson) 1986

    11. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan)1986

    12. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Port Dickson) 1990

    13. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (Pihakberkuasa Tempatan

    Negeri Sembilan) 1990

    14. Undang-Undang Kecil Vandalisme (Majlis Daerah Port Dickson) 1991

    15. Undang-Undang Kecil Iklan (Pihakberkuasa Tempatan Negeri Sembilan) 1992

    16. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Port Dickson) 1995

    17. Undang-Undang Kecil Iklan (Pihakberkuasa Tempatan Negeri Sembilan) (Pindaan) 1996

    18. Undang-Undang Kecil Pelesenan Rumah-Rumah Tumpangan (Majlis Daerah Port

    Dickson) 1996

    19. Perintah (Kenderaan Berjalan Lambat) (Sekatan Penggunaan Jalan) Majlis Daerah Port

    Dickson 1999

    20. Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1999

    21. Peraturan-Peraturan Bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Port Dickson

    (Kelakuan dan Tatatertib) 1999

    22. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib (Majlis Daerah Port Dickson) 2001

    23. Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah

    Port Dickson) (Pindaan) 2001

    24. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan)

    (Pindaan) 2001

    25. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan)

    (Pindaan) 2007

    26. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Perbandaran

    Port Dickson) 2008

    27. Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Port Dickson) 2008

    28. Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Port Dickson) 2008

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    15/26

    15

    29. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (Majlis Perbandaran Port Dickson) 2010

    30. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Majlis Perbandaran Port

    Dickson) 2010

    31. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis PerbandaranPort Dickson) 2010

    32. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Perbandaran Port Dickson) 2010

    33. Undang-Undang kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis

    Perbandaran Port Dickson) 2010

    3 . Perincian fungsi / peranan

    Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam kawasan pentadbiran MPPDberdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171).

    Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunanekonomi, sosial dan prasarana di dalam kawasan pentadiran MPPD.

    Melaksanakan perancangan pembangunan mengikut rancangan pembangunan kearah mencapai pembangunan mampan.

    Membangunkan kemudahan pelancongan dengan mengambilkira penglibatanpenduduk setempat.

    Bendera Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    16/26

    16

    Peranan Majlis

    Perbandaran Port

    Dickson

    1 . Ekonomi

    Dalam membangunkan ekonomi bandar Port Dickson , pelbagai usaha telah diambil oleh

    Majlis , dan kesemuanya amat efektif . Pertama , Majlis telah sentiasa berusaha untuk

    memastikan kebersihan pantai Port Dickson . Dengan ini , Majlis dapat memastikan

    kredibiliti pantai Port Dickson sebagai destinasi pelancongan setanding tempat tempat lain

    di Malaysia . Majlis Perbandaran Port Dickson juga telah menyediakan banyak lokasi untuk

    berniaga ( gerai ) di tempat tersebut . Para peniaga kecil tidak akan kehilangan peluang

    untuk memulakan perniagaan mereka dengan adanya peluang perniagaan yang disediakanoleh Majlis Perbandaran Port Dickson .

    Jika dilihat dari segi infrastruktur pula , pihak Majlis telah banyak berusaha untuk

    memastikan bandar Port Dickson sentiasa berada di samping bandar bandar lain di

    Malaysia dengan membina pelbagai infrastruktur seperti bangunan dan wisma syarikat ,

    kedai kedai , pusat beli belah dan juga taman tema air yang baru dibina . Semua ini ,

    secara langsung dan tidak langsung telah menambahkan sumber pendapatan atau ekonomi

    penduduk bandar tersebut .

    2 . Pendidikan

    Selain faktor ekonomi , Majlis Perbandaran Port Dickson tidak pernah lupa akan

    kepentingan sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama

    ada sekolah rendah mahupun menengah . Terdapat sebanyak 15 buah sekolah kebangsaan ,

    18 buah sekolah jenis kebangsaan Cina , 17 buah sekolah kebangsaan jenis Tamil dan juga 12

    buah sekolah menengah kebangsaan . Semua ini telah membuktikan bahawa penduduk

    bandar Port Dickson sentiasa setanding dengan bandar bandar ataupun daerah daerah

    lain dari segi pendidikan .

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    17/26

    17

    3 . Kemasyarakatan

    Majlis sentiasa memastikan bahawa penduduk Port Dickson hidup secara aman , selamat

    dan sejahtera . Balai Bomba dan Penyelamat , Ibu Pejabat Polis , Pejabat Kastam Diraja

    Malaysia , Klinik Kesihatan Port Dickson , dan juga Pejabat Penerangan Port Dickson telah

    ditubuhkan . Ini akan memastikan bahawa bandar Port Dickson sentiasa akan berada dalam

    keadaan yang aman dan sejahtera .

    Penduduk Port Dickson juga berasa terjamin kerana berada di bawah penjagaan Majlis

    Perbandaran Port Dickson . Segalah masalah dari segi keselamatan mahupun keselesaan

    penduduk di bandar ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh Majlis .

    4 . Pelancongan

    Dari segi pelancongan, pantai Port Dickson merupakan destinasi pelancongan yang terkenaldi persada negara mahupun antarabangsa . Majlis sentiasa memastikan bahawa pantai ini

    berada dalam keadaan yang bersih , selamat dan sesuai untuk pelancong pelancong yang

    datang untuk bercuti .

    Pelbagai kemudahan awam disediakan untuk penduduk dan pelancong yang datang untuk

    melawat bandar ini seperti tandas awam, kompleks sukan Teluk Kemang, Padang Merdeka ,

    Taman Komuniti Awam , khemah dan bot untuk pelancong di pantai Port Dickson . Pihak

    MPPD juga memastikan bahawa pelancong yang datang ke tempat ini akan dilayan secara

    sebaik mungkin dan yang paling penting , keselamatan mereka di tempat ini juga akan

    diambil kira .

    Selain pantai , Port Dickson juga menyajikan tarikan pelancong yang lain seperti Rumah Api

    Tanjung Tuan , Taman Burung Unta, Muzium Kota Lukut dan juga Pantai Teluk Kemang .

    Rumah api Tanjung Tuan Taman Burung Unta Muzium Kota Lukut

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    18/26

    18

    Perkembangan1 . Pembangunan prasarana / Fizikal

    Majlis Perbandaran Port Dickson telah berusaha untuk membangunkan dan memajukan

    prasarana di bandar ini . Pelbagai usaha seperti membina Taman Rekreasi , membangunkan

    lebih banyak hotel untuk pelancong , membina kedai kedai untuk penduduk bandar ,

    menaik taraf sekolah , membaik-pulih jalan raya , memajukan kemudahan awam , membina

    kompleks beli-belah dan juga pembinaan taman tema air yang baru . Ini bermakna Majlis

    sangat mengambil berat akan keselesaan dan kesejahteraan penduduk di bandar tersebut .

    2 . Keunikan

    Berbanding majlis perbandaran ataupun institusi pentadbiran tempatan yang lain , MPPD

    sangat bertuah kerana dapat memajukan destinasi pelancongan yang amat penting di

    Malaysia . Ini bermakna Majlis telah bekerja dengan penuh tanggunggjawab untuk memikul

    tugas yang berat ini . Majlis juga sangat efisien semasa menjalankan tugas mentadbir . Ini

    dapat dilihat melalui penduduk Port Dickson yang sentiasa hidup dalam keadaan aman tanpa

    sebarang masalah yang dihadapi .

    MPPD juga mempunyai struktur pentadbiran yang sangat efektif , produktif dan cekap

    untuk menjalankan pentadbiran . Semuda bidang tugas Majlis dijalankan dengan penuh

    tanggunggjawab dan mengikut etika kerja yang betul . Ahli majlis juga mempunyai kredibiliti

    untuk menjalankan tugas .

    3 . Perancangan masa hadapan

    Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah

    pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan

    mempersonakan bagi Port Dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya

    sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai danmempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Majlis juga sentiasa memperkukuhkan

    ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah

    memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan

    terkenal.

    4 . Saranan dan harapan

    Majlis Perbandaran Port Dickson dengan sukacitanya berharap agar bandar Port Dickson

    akan kekal sebagai tempat yang sesuai untuk penduduk dan juga menjadi destinasi

    pelancongan yang terkenal di Malaysia . Majlis juga berharap agar sektor ekonomi ,

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    19/26

    19

    pendidikan , pelancongan dan kemasyarakatan akan terus berkembang . Majlis mengalukan-

    alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari penduduk bandar ini untuk dijadikan inspirasi

    dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan

    Port Dickson sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya.

    Bertepatan dengan moto MPPD Port Dickson Bersih, Indah Dan Permai',MPPD menyeru

    kepada semua pihak supaya penduduk Port Dickson dapat bersama-sama berganding bahu

    merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam

    keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.

    Bunga rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson

    Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    20/26

    20

    PenutupKonklusinya , semua ciri-ciri institusi pentadbiran tempatan di bandar Port Dickson , iaitu

    Majlis Perbandaran Port Dickson ( MPPD ) menjadikannya sebagai institusi pentadbiran yang

    sangat istimewa berbanding struktur pentadbiran yang lain di Malaysia .

    Tanpa Majlis Perbandaran Port Dickson , sudah tentulah penduduk bandar Port Dickson

    akan menghadapi kesusahan . Rakyat memerlukan pemimpin atau pentadbir yang cekap dan

    berwawasan dalam mengendalikan tugasnya , dan Masjlis Perbandaran Port Dickson sudah

    tentu layak untuk memikul tanggungjawab ini .

    Tetapi , kita tidak seharusnya lupa tentang kepentingan rakyat kepada pemimpinnya ,

    kerana tanpa sokongan rakyat , siapalah pemimpinnya .

    Pegawai tinggi British dan pembangunan bandar Port Dickson

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    21/26

    21

    RumusanSetelah menyiapkan folio ini , beberapa nilai patriotisme telah saya terapkan dalam diri

    saya . Antaranya ialah saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai

    institusi pentadbiran tempatan yang sangat cekap dan berwawasan . Segala kesusahan dan

    ketidakselesaan penduduk bandar Port Dickson dapat diselesaikan oleh pihak MPPD dengan

    cepat dan efisien .

    Selain itu , saya juga dapat memupuk sikap bersemangat kekitaan dalam kalangan

    penduduk tempatan . Masyarakat bandar Port Dickson sentiasa saling menolong antara satu

    sama lain tidak kira kaum atau agama . Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan

    dengan sikap penduduk yang berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .

    Akhir sekali , nilai patriotisme berusaha dan produktif ditanam dalam diri saya setelah

    membuat kajian ini . Semasa menghasilkan Kerja Kursus Sejarah 2011 ini , saya telah melihat

    dan mempelajari sikap pihak Majlis Perbandaran Port Dickson yang sentiasa rajin dan gigih

    semasa menjalankan tugas tanpa mengeluh walau sekali pun . Kesemua ahli-ahli majlis

    sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara . Nilai-nilai patriotisme

    ini semestinya akan membantu saya menjadi orang yang taat dan cinta akan tanah air .

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    22/26

    22

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    23/26

    23

    Peta

    Peta : Lokasi Majlis Perbandaran Port Dickson di Port Dickson , Negeri Sembilan , Malaysia

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    24/26

    24

    Gambar

    Gambar menunjukkan bangunan Majlis Perbandaran Port Dickson

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    25/26

    25

    Dokumen

  • 8/7/2019 Kerja Kursus Sejarah 2011 [ Elemen 2 ]

    26/26

    Rujukan1 . Internethttp://www.mppd.gov.my/web/guest/perutusan

    http://www.mppd.gov.my/web/guest/latar

    http://www.mppd.gov.my/web/guest/sejarah

    http://maps.google.com.my/maps

    2 . Majalah

    Buletin MPPD , 15 Oktober , 2010

    3 . BukuMajlis Perbandaran Port Dickson , Red October Malaysia , 2002 . Pengisytiharan Majlis

    Perbandaran Port Dickson . Negeri Sembilan : Majlis Perbandaran Port Dickson .

    4 . Akhbar

    The Star , 16 Februari 2011 , halaman 24 .

    http://www.mppd.gov.my/web/guest/perutusanhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/perutusanhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/latarhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/latarhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/sejarahhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/sejarahhttp://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=port+dickson&sll=2.680625,101.862675&sspn=1.956075,2.469177&ie=UTF8&hq=&hnear=Port+Dickson,+Negeri+Sembilan&z=12&ll=2.536424,101.806814&source=embed&oi=map_misc&ct=api_logohttp://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=port+dickson&sll=2.680625,101.862675&sspn=1.956075,2.469177&ie=UTF8&hq=&hnear=Port+Dickson,+Negeri+Sembilan&z=12&ll=2.536424,101.806814&source=embed&oi=map_misc&ct=api_logohttp://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=port+dickson&sll=2.680625,101.862675&sspn=1.956075,2.469177&ie=UTF8&hq=&hnear=Port+Dickson,+Negeri+Sembilan&z=12&ll=2.536424,101.806814&source=embed&oi=map_misc&ct=api_logohttp://www.mppd.gov.my/web/guest/sejarahhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/latarhttp://www.mppd.gov.my/web/guest/perutusan