elemen-elemen tematik pengajian sosial

42
1 1.0 PENDAHULUAN Elemen tematik merupakan salah satu elemen penting yang terkandung di dalam Pengajian Sosial. Di dalam mata pelajaran Pengajian sosial ianya menggunakan pendekatan tematik dalam kurikulum bagi memastikan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah memperolehi pengetahuan, pengalaman, prespektif dan komitmen yang menyeluruh dalam kehidupan mereka. Terdapat sepuluh pendekatan elemen tematik yang dikemukakan oleh NCSS. Berikut ialah senarai sepuluh elemen tematik : Kesemua elemen ini mempunyai cirri yang tersendiri. Di samping itu, di dalam tugasan ini para pelajar juga dikehendaki untuk mengkaji perkaitan antara elemen tematik ini di dalam mata

Upload: dieda-kamaruzzaman

Post on 25-Dec-2015

160 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Elemen tematik merupakan salah satu elemen penting yang terkandung di dalamPengajian Sosial. i dalam mata pelajaran Pengajian sosial ianya menggunakanpendekatan tematik dalam kurikulum bagi memastikan kanak!kanak di peringkatsekolah rendah memperolehi pengetahuan, pengalaman, prespekti" dan komitmenyang menyeluruh dalam kehidupan mereka. terdapat sepuluh pendekatan elemen tematik yang dikemukakan oleh NCSS

TRANSCRIPT

Page 1: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

Budaya

berasal dari perkataan “bu”

yang bermaksud asli, pertama,

sejati dan perkataan “daya” bermaksud akal,

suatu jalan fikiran, ciptaan dan sebagainya

Budaya merangkumi segala hasil dari akal dan

pemikiran manusia yang asli dan bukan

tiruan.

1

1.0 PENDAHULUAN

Elemen tematik merupakan salah satu elemen penting yang terkandung di dalam

Pengajian Sosial. Di dalam mata pelajaran Pengajian sosial ianya menggunakan

pendekatan tematik dalam kurikulum bagi memastikan kanak-kanak di peringkat

sekolah rendah memperolehi pengetahuan, pengalaman, prespektif dan komitmen

yang menyeluruh dalam kehidupan mereka. Terdapat sepuluh pendekatan elemen

tematik yang dikemukakan oleh NCSS. Berikut ialah senarai sepuluh elemen

tematik :

Kesemua elemen ini mempunyai cirri yang tersendiri. Di samping itu, di dalam

tugasan ini para pelajar juga dikehendaki untuk mengkaji perkaitan antara elemen

tematik ini di dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

2.1 BUDAYA

Budaya

Masa, Kesinambunga

n dan perubahan

Manusia, tempat dan alam sekitar

Perkembangan individu dan

identiti

Amalan baik sivik

Individu, kelompok dan

institusi

Kuasa, autoriti dan tadbir urus

Pengeluaran, pengagihan

dan kepenggunaan

Sains, teknologi dan masyarakat

Rajah 2 Pengertian Kebudayaan Dari perspektif SosiologiRajah 1 Pengertian Budaya

Page 2: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

2

Komponen Budaya

Simbol

BahasaNIlai

NormaObjek Material &

Teknologi

Secara umumnya budaya dapat didefinisikan sebagai satu cara hidup sesuatu

kelompok masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang

akan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya melalui proses

pembelajaran yang berterusan. Budaya mahupun kebudayaan telah ditakrifkan dari

pelbagai aspek terutamanya dari aspek sosiologi. Budaya berasal dari perkataan “bu”

yang bermaksud asli, pertama, sejati dan perkataan “daya” bermaksud akal, suatu jalan

fikiran, ciptaan dan sebagainya. Secara keseluruhannya budaya bermaksud hasil dari

akal dan pemikiran manusia yang asli dan bukan tiruan. Kebudayaan merupakan asas

kepada kehidupan sesuatu kelompok dan amat berkait rapat antara individu dan

kebudayaan itu sendiri.

Rajah 3 Komponen Budaya

Page 3: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

3

Rajah 4 Perincian Komponen-komponen Budaya

Simbol

Simbol merupakan sebuah objek yang berfungsi sebagai sarana yang mempamerkan sesuatu hal yang bersifat abstrak.Didefinisikan sebagai apa sahaja yang membawa makna yang difahami oleh individu yang berkongsi suatu budaya

Bahasa

bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain bahasa merupakan suatu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.satu sistem simbol yang membenarkan ahli komuniti atau masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Nilai dan Kepercayaan

Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.satu prinsip umum yang menyediakan anggota masyarakat dengan satu ukuran/ standard untuk membuat pengadilan dan pemilihan tindakan dan matlamat tertentu.

Norma Sosial

ditakrifkan sebagai kelakuan kebiasaan atau standard yang dikongsi dalam sesuatu kelompok itu dan kelompok itu akan mematuhinya.Suatu peraturan yang telah ditentukan oleh majoriti seseuatu kumpulan masyarakat mengenai sesuatu tingkah laku.

Objek Material Dan Teknologiobjek material adalah barangan yang dihasilkan melalui ciptaan oleh manusia itu sendiri.

Page 4: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

4

Budaya terdiri daripada pelbagai komponen yang berkait rapat dengan kebudayaan,

dan salah satu daripadanya adalah simbol. Secara umunya diketahui bahawa simbol

merupakan sebagai perwakilan atau lambang untuk menggambarkan sesuatu perkara,

benda atau perasaan. Setiap simbol yang ingin disampaikan mempunyai pelabagai

maksud yang berbeza mengikut kepada setiap individu yang menerima. Hal ini kerana

setiap manusia, secara semulajadinya akan memanipulasikan simbol kepada pelbagai .

makna yang lain. Namun ianya bergantung kepada individu dan situasi di kawasan

tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang mengangkat tangan kepada seseorang.

Simbol ini boleh membawa pelabagai makna antaranya sebagai tanda amaran

terhadap sesuatu kesalahan, sebagai tanda menyapa seseorang dan sebagainya.

Bahasa juga merupakan komponen yang terkandung didalam budaya. Bahasa

merupakan suatu simbol yang dijadikan sebagai alat komunikasi ataupun alat

pengantara untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Bahasa terdiri dariapada lisan dan

juga bukan lisan. Sesuatu bahasa mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri.

Budaya perlu atau akan disampaikan menerusi bahasa, Bahasa membolehkan

seseorang manusia menyalurkan atau menyampaikan budaya yang diamalkan kepada

sesuatu generasi yang lain. Seterusnya generasi tersebut akan menyampaikan budaya

kepada generasi akan datang menerusi bahasa yang bersesuaian sebagai alat

pengahantar atau alat komunikasi antara manusia.

Selain daripada itu, komponen budaya juga termasuklah nilai dan kepercayaan. Nilai

dan kepercayaan saling berkaitan dalam hidup manusia dan merupakan pegangan

yang terpenting. Nilai merupakan prinsip umum, manakala kepercayaan pula ialah

kenyataan spesifik oleh masyarakat yang dianggap benar secara spesifik. Nilai

berkaitan dengan anggapan yang baik manakala kepercayaan pula berkaitan dengan

agama. Contohnya seperti, setiap manusia mengamalkan nilai-nilai murni dan percaya

kepada agama masing-masing mengikut agama yang dianuti. Agama rasmi di Malaysia

ialah agama islam tetapi agama lain boleh diikuti mengikut pegangan masing-masing.

Secara umumnya norma sosial adalah sebagai satu garis panduan untuk sesuatu

kelompok masyarakat ketiaka berada pada sesuati keadaan yang tertentu. Norma

social akan membuatkan sesuatu kehidupan lebih terurus dan amatlah penting begi

Page 5: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

5

setiap anggota masyarakat mematuhinya. Bagi kelakuan yang menentangi norma yang

telah ditetapkan, disebut sebagai deviance. Norma sosial juga amat berkait rapat

dengan konsep folkways dan mores. Folkways merupakan kelakuan standard atau

cara-cara bertindak yang dianggap wajar dalam suatu masyarakat tertentu yang

berasaskan kepada adat resam dan tradisi sesuatu budaya yang diwarisi. Manakal

mores pula menentukan standard moral bagi suatu tingkah laku dan anggota suatu

masyarakat. Mores membezakan antara betul dan salah manakal folkways pula

menentukan betul dan biadab. Kebiasaannya mores lebih dikuatkuasakan daripada

folkways.

Disamping itu, objek material dan teknologi juga merupakan salah satu daripada

komponen budaya. Objek material ataupun artifak akan dikaitkan dengan sesuatu

budaya yang dianuti atau dipegang oleh sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya

seperti pakaian sari yang melambangkan budaya pemakaian kaum india. Teknologi

juga bersangkut-paut apabila pemerhatian terhadap penggunan teknologi dalam

sesuatu budaya dilakukan. Iaitu penggunaan teknologi dalam aktiviti seharian,

sememangnya teknologi telah mempengaruhi tahap produktiviti dan kualiti kehidupan

seseorang individu.

Page 6: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

6

2.2 MASA, KESINAMBUNGAN, DAN PERUBAHAN.

Elemen seterusnya ini ialah elemen masa, kesimanbungan dan perubahan,

dimana elemen ini sangat berkat rapat dengan sejarah. Didalam sesuatu sejarah itu,

mempunyai masa yang tersendiri, mempunyai kesinambungan dengan dengan sejarah

yang lain dan berlaku perubahan yakni memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.

Mata pelajaran sejarah memberi penekanan kepada unsur-unsur kesinambungan dan perubahan yang telah berlaku pada sesuatu masa dahulu.

Sejarah digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah.

Perkaitan elemen masa, kesinambungan dan perubahan

Page 7: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

7

Kandungan mata pelajaran sejarah berkisar kepada bermacam-macam aspek

pengetahuan yang penting seperti yang dapat membangkitkan kesedaran, keinsafan,

perasaan menghormati antara satu sama lain, perasaan menghargai sumbangan yang

telah dilakukan oleh orang terdahulu.

Sejajar dengan hasrat Negara ingin melahirkan rakyat yang cintakan tanah air

dan taat setia yang tinggi, elemen masa, kesinambungan dan perubahan berperanan

penting dari segi akademik. Melalui penerapan elemen ini dalam pembelajaran di

sekolah, semua murid khususnya dapat mengahayati lagi sejarah Negara dan dapat

dijadikan tauladan.

Elemen ini juga secara tidak langsung meninggalkan kesan yang positif terhadap

Negara. Secara tidak langsung juga timbul sikap waspada dan berjaga-jaga dalam diri

setiap individu kerana melalui pembelajaran sejarah, ia dapat membentuk sikap

tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku

pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, para guru seharusnya dapat menjadikan Sejarah itu

hidup supaya minat pelajar terhadap Sejarah dapat dipertingkatkan.

Page 8: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

8

2.3 MANUSIA, TEMPAT DAN ALAM SEKITAR

Elemen tentang manusia, tempat dan alam sekitar akan memeperlihatkan perkaitan

antara manusia yang hidup di muka bumi ini dengan tempat tinggal dan alam

sekitarnya. Tempat tinggal sesuatu kelompok manusia dan alam sekitarnya

mempengaruhi kehidupan sosial Sesuatu kelompok itu. Perbezaan tempat tinggal

membolehkan berlakunya perbezaan dari segi kebudayaan, cara hidup, pemikiran,

pekerjaan dan kehidupan sosial sesuatu masyarakat. Secara umumnya tempat tinggal

boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu, tempat tinggal di kawasan bandar dan

luar bandar.

Manusia yang tinggal dikawasan bandar menjurus kepada kelompok manusia yang

mempunyai kualiti hidup yang tinggi, berpendidikan dan menjawat jawatan yang tinggi.

Namun kelompok manusia yang tinggal di bandar merupakan kelompok yang lebih

mengutamakan kerjaya berbanding keluarga sendiri. Hal ini jelas dapat dilihat apabila

remaja-remaja zaman kini hidup terlalu bersosial tanpa perhatian ibu bapa yang

khusus. Sebaliknya berlaku kepada kelompok manusia yang tinggal di kawasan luar

bandar. Walaupun pekerjaan yang terdapat di luar bandar lebih kepada konsep sara

Manusia

Te

mp

at

Ala

m Sekitar

Perincian Maksud Secara Umum Tentang Manusia, Tempat Dan Alam Sekitar

Page 9: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

9

diri, namun kelompok ini mempunyai semangat kekeluargaan dan semangat kejiranan

yang kuat.

Alam sekitar juga boleh diabahagikan kepada dua jenis iaitu alam sekitar semulajadi

dan alam rekaan. Seperti yang telah sedia maklum, alam sekitar semulajadi merupakan

alam yang sedia ada yang telah dicipta oleh Allah s.w.t, manakala alam sekitar rekaan

ialah rekaan oleh manusia itu sendiri. Alam sekitar semulajadi sudah banyak dijadikan

sebagai alam sekitar rekaan. Hal ini adalah untuk memajukan sesuatu kawasan

tersebut. Alam sekitar semulajdi kebanyakannya mudah dilihat dikawasan luar bandar

dimana masih menghijau dan penuh dengan pokok-pokok dan gunung ganang,

manakala alam sekitar rekaan akan dilihat di kawasan bandar yang maju oleh

bangunan-bangunan perindustrian atau dikenali juga sebagai hutan batu.

Alam Sekitar

Alam Sekitar Semulajadi

Alam yang dicipta oleh

maha pencipta

Gunung ganang, hujan, pokok, haiwan,

sungai dan sebagainya

Alam Sekitar Rekaan

Alam yang dicipta oleh

manusia sendiri

Bangunan-bangunan , jalan raya, jambatan

dan sebagainya

Perincian Jenis Alam Sekitar

Page 10: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

10

2.4 PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN IDENTITI

Dalam konsep sosiologi, individu merujuk kepada subjek yang melakukan sesuatu, mempunyai fikiran, mempunyai kehendak, mempunyai kebebasan, memberi erti tentang sesuatu, mampu menilai tindakan dan keputusan tindakannya

Individu

Fizikal

Sosial

Intelek

Bahasa

Emosi

Maksud Individu dan Identiti

Aspek-aspek Perkembangan Individu

Page 11: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

11

Individu didalam sesuatu kelompok masyarakat akan mempunyai identiti yang

tersendiri. Identiti pula akan terbentuk berdasarkan faktor-faktor yang tersendiri.

Perkembangan individu akan melalui beberapa aspek iaitu aspek fizikal, sosial, intelek,

bahasa, dan moral ataupun keagamaan. Dari aspek fizikal seseorang individu itu akan

melalui perkembangan fizikal atau kognitif dari dalam kandungan lagi. Perkembangan

fizikal yang pesat berlaku pada usia kanak-kanak hingga remaja. Bagi aspek

perkembangan intelek pula setiap individu mempunyai kemahiran yang menjurus

kepada pelbagai bidang yang bersifat potensial.

Selain daripada itu, aspek perkembangan bahasa pula meupakan aspek

perkembangan seterusnya. Bahasa merupakan antara aspek yang paling penting

kerana bahasa menjadi alat komunikasi antara seorang individu dengan individu yang

lain. Setiap individu akan menguasai kemahiran memahami bahasa ibunda, isyarat,

bunyi. Menyampaikan sesuatu perkara dan sebagainya. Setiap individu juga akan

berkembangan dari aspek emosi. Dimana setiap individu mempunyai pelabagi emosi,

dan bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengawal emosi tersendiri.

ibu bapa dan ahli keluarga

budaya

jantina

agama

rakan sebaya ( kawan-kawan)

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Identiti Seseorang Individu

Page 12: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

12

Secara umumnya, identiti seseorang individu itu telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor

dan salah satu daripadanya ialah faktor ibu bapa itu sendiri ibu bapa yang sentiasa

menggalakkan remaja melibatkan diri dalam membuat keputusan keluarga akan

memperkukuhkan pembentukan identiti remaja. Dari segi budaya pula, amalan budaya

individu itu sendiri akan membentuk identiti. Contohnya budaya yang sihat diamalkan

individu tersebut maka akan menghasilkan satu identiti yang positif dalam diri individu

tersebut dan begitulah juga sebaliknya. Pegangan agama seseorang individu itu juga

menjadi faktor yang penting. Hal ini kerana agama menyebabkan seseorang individu itu

mempunyai pegangan hidup dan member garis panduan dalam membentuk tingkah

laku individu. Pergaulan rakan sebaya juga banyak mempengaruhi pembentukan

identiti. Individu haruslah pandai membuat pemilihan rakan sebaya. Kerana pergaulan

dengan rakan sebaya akan mempengaruhi identiti individu dari segi tingkah laku,

pandangan, aktiviti dan sebagainya.

Perkembangan individu itu sendiri amat berkait rapat dengan identiti seseorang.

Pembentukan identiti bergantung kepada seseorang individu tersebut. Identiti juga

bukanlah hanya disimbolikkan kepada identiti individu sebaliknya identiti juga

melambangka identiti masyrakat dan Negara. Identiti Negara seperti yang sering

diperkatakan ialah identiti rakyat satu Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk.

Page 13: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

13

2.5 AMALAN BAIK SIVIK

Amalan baik sivik merupakan amalan yang bagus untuk diamalkan oleh semua

golongan terutama golongan remaja. Amalan sivik mahupun kesedaran sivik dalam

kalaangan remaja perlu diberi penekanan. Hal ini kerana kesedaran sivik seharusnya

diberi penekanan kepada seluruh anggota masyarakat sejak dari kecil dengan

menerapkan sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni terhadap keluarga masyarakat,

bangsa dan Negara. Kesedaran sivik disini membawa maksud perasaan

bertanggungjawab bukan sahaja terhadap harta sendiri, tetapi juga terhadap harta

orang ramai.

Kesedaran sivik bermakna

perasaan bertanggungja

wab bukan sahaja

terhadap harta sendiri, tetapi juga terhadap harta orang

ramai

perkataan asing yang

dipinjam, konsep lama yang baru diberi nilai yang tinggi

Maksud Sivik

Definisi Kesedaran Sivik

Page 14: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

14

Amalan baik sivik penting kerana secara tidak langsung akan menyebabkan

masyarakat hidup dalam keadaan aman makmur disamping rekod jenayah dan

kemalangan dapat dikurangkan. Hal ini kerana, jika setiap anggota masyarakat

mengamalka nilai baik sivik, maka semua akan mengamalkan niai-nilai dan sifat-sifat

yang positif. Lantas, nama baik Negara dapat dipelihara dan dapat dijadikan contoh

kepada negara lain.

Sejajar dengan pelaksanaan amalan baik sivik, semua pihak haruslah

memainkan peranan yang penting, dan pendekatan yang paling terdekat bermula dari

rumah sendiri. Iaitu ibu bapa sendiri haruslah mengamalkan amalan baik sivik dan

menjadi contoh kepada anak mereka sendiri. Kedua terpenting ialah melalui

pendekatan dalam kelas iaitu di sekolah semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang berperanan penting dalam menerapkan unsur-unsur positif dalam

pelaksanaan amalan baik sivik ini. Dengan usaha yang berterusan, pelaksanaan sivik

akan Berjaya dan seterusnya dapat menjadi identiti sebagi rakyat Malaysia yang

bersivik.

Page 15: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

15

2.6 Individu, Kelompok dan Institusi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, individu itu dapat ditakrifkan sebagai orang

perseorangan. Perkataan individu itu berasal daripada perkataan Latin iaitu individum

yang membawa maksud tidak terbagi. Manusia sebagai makhluk individu memiliki

unsur jasmani dan rohani dan juga unsur fizikal dan juga psikologi. Umum mengetahui,

bahawa setiap individu yang lahir itu mempunyai kelebihan dan juga keistimewaan

yang tersendiri. Bermula daripada individu, sesebuah masyarakat akan terbentuk kesan

daripada hasil interaksi yang berlaku di dalam kehidupan seharian. Sesebuah

Individu Ditakrifkan sebagai orang perseorangan.

Kelompok Satu kumpulan yang mengandungi dua ataupun lebih

manusia yang wujud interaksi antara mereka.

Institusi Pola aktiviti tetap yang ditubuhkan untuk memenuhi

keperluan manusia.

Page 16: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

16

masyarakat itu tidak akan bererti melainkan setiap individu itu nyata wujud dan

memainkan peranan masing-masing.

Kelompok pula dapat didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai

dua atau pun kebih manusia dan di antara mereka itu saling wujud pola tindakan

( atupun juga tindak balas) yang dapat difahami oleh ahlinya ataupun juga orng lain.

Selain itu, kelompok juga dapat diertikan sebagai satu kumpulan yang mempunyai

persaman sama ada dari segi tujuan, hobi dan sebagainya.

Institusi dapat diertikan sebagai satu pola aktiviti tetap yang ditubuhkan untuk

memenuhi keperluan hidup manusia. Salah seorang ahli sosiologi iaitu Sumner

berpendapat bahawa institusi itu satu ‘konsep bercampur struktur’ . Ini bermaksud

institusi bukan sahaja pola yang dinyatakan seperti di atas tetapi juga turt memainkan

peranannya yang tersendiri. Sebagai contoh ialah institusi pendidikan yang memainkan

peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang berpengatahuan serta mampu

untuk memacu pentadbiran negara kelak.

Page 17: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

17

Kelompok Sosial

Kelompok sosial itu dapat ditafsirkan sebagai satu himpunan manusia yang hidup

bersama di dalam suatu persiktaran social dan juga saling memerlukan antara satu

sama lain. Terdapat dua jenis kelompok sosial iaitu kelompok primer dan juga kelompok

sekunder.

Menurut Charles Horton Cooley pada tahun 1909 (dalam Jalaludin Rakhmat, 1994) ,

kelompok primer merupakan satu kelompok di mana anggotanya saling memerlukan

dan wujud hubungan yang akrab di antara mereka. Kelompok ini mempunyai satu

ikatan yang kuat. Antara yang termasuk di dalam kelompok primer ialah keluarga. Di

Kelompok Primer

Kelompok Sekunder

KELOMPOK SOSIAL

Page 18: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

18

dalam keluarga itu sendiri terdapat struktur dan organisasinya yang tersendiri.

Sesebuah keluarga itu kebiasaannya akan diketuai oleh ayah dan dibantu oleh ibu.

Ayah dan ibu ini akan memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak mereka

dengan memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya agar anak-anak mereka berjaya

kelak. Kelompok primer ini juga terjadi di kawasan persekitaran seperti di sekolah

terdapatnya kumpulan-kumpulan kecil seperti kelab dan persatuan. Di kalangan

masyarakat pula, kelompok primer ini dapat dilihat dari perbezaan tradisi, minat, budaya

dan sebagainya.

Kelompok sekunder pula merujuk kepada satu kelompok di mana anggotanya lebih

besar dan ramai berbanding kelompok primer. Hubungan di antara mereka pula tidak

terlalu rapat jika hendak dibandingkan dengan kelompok primer. Hubungan yang terjalin

dalam kelompok sekunder lazimnya belaku di dalam keadaan yang lebih formal. Selain

itu, di dalam kelompok sekunder juga anggotanya kurang mengamalkan sikap

mengambil berat di antara mereka. Individu- individu ini melihat anggota kelompok lain

sebagai satu instrument untuk mencapai tujuan mereka yang tersendiri.

Page 19: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

19

Institusi Sosial

Institusi sosial itu dapat ditakrifkan sebagai satu pola yang terbentuk untuk memenuhi

keperluan manusia. Menurut E. Chinoy (1962) institusi merujuk kepada pola-pola

tingkah laku kelompok sesuatu masyarakat yang dipersetujui seperti undang-undang

yang membolehkan masyarakat itu berfungsi dengan baik. Ianya juga mempunyai

matlamat tertentu selaras dengan penubuhan institusi sosial tersebut. Terdapat

pelbagai contoh institusi sosial di sekeliling kita antaranya ialah institusi keluarga,

politik, ekonomi, pendidikan, agama dan sebagainya.

INSTITUSI SOSIAL

INSTITUSI

KELUARGA

- Institusi sosial paling

asas dalam

kehidupan manusia

INSTITUSI POLITIK

- Satu susunan sosial

untuk menjawab

persoalan tentang

pentadbiran negara

INSTITUSI

EKONOMI

- Satu sistem yang

menerangakn tentang

kegiatan ekonomi

yang dijalankan

INSTITUSI

PENDIDIKAN

- Melibatkan satu

proses yang

berterusan.

Page 20: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

20

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, institusi keluarga merupakan satu

institusi paling asas sekali yang menghubungkan seseorang individu itu dengan

institusi yang lain. Institusi politik pula merupakan satu set susunan sosial yang

ditubuhkan untuk menjawab segala persoalan tentang pentadbiran negara antaranya

ialah bagaimana sesebuah masyarakat ataupun negara itu perlu diperintah dengan adil

dan saksama. Ia juga turut menekankan tentang peranan kerajaan dalam sektor

pembangunan seperti menstabilkan ekonomi dan meningkatkan tahap produktiviti

negara .Salah satu institusi penting yang memainkan peranannya dalam kehidupan

harian seseorang individu ialah institusi ekonomi. Menurut Gregory (1984), institusi

ekonomi adalah sekumpulan komponen atau unsur yang terdiri daripada unit-unit dan

agen-agen ekonomi. Mereka saling berhubungan dan berinteraksi untuk memenuhi

keperluan masing- masing. Selain itu, institusi pendidikan juga merupakan satu institusi

yang penting untuk setiap individu. Ianya melibatkan satu proses yang berterusan

dalam mempelajari sikap, nilai dan tingkahlaku yang sesuai dengan individu sebagai

anggota masyarakat yang mengamalkan budaya tertentu. Institusi pendidikan

memainkan peranannya yang tersendiri dalam membangunkan kehidupan manusia

seperti meningkatkan kemajuan teknologi melalui penyelidikan dan mengurangkan

kadar kemiskinan dan juga masalah sosial di kalangan anggota masyarakat.

Page 21: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

21

2.7 Kuasa,Autoriti, dan Tadbir Urus.

Kuasa itu dapat didefinisikan sebagai suatu pengaruh, hak mutlak seseorang

berhubung dengan kuasa pemerintah. Ianya menekankan tentang keupayaan

seseorang itu dalam menyelesaikan masalah serta melaksanakan sesuatu dasar di

dalam sistem pentadbiran negara. Kuasa ini juga berupaya untuk mempengaruhi

ketaatsetiaan rakyat. Max Weber pula mentakrifkan kuasa itu sebagai satu peluang

bagi seseorang ataupun golongan manusia untuk mencapai cita-cita mereka di dalam

satu tindakan bersama walaupun tindakan itu ditentang oleh pihak lain.

AUTORITI (Kebolehan menyuruh)

TADBIR URUS (Penentuan keputusan)

KUASA (Hak mutlak/ pengaruh)

Page 22: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

22

Menurut Alan Renswick dan Ian Swinburn autoriti itu bermaksudd kebolehan sesorang

itu untuk menyuruh kita melakukan sesuatu perkara kerana mereka berpendapat

bahawa seseorang individu ataupun sesuatu kumpulan itu seharusnya mempunyai hak

untuk menyuruh seseorang itu melakukan sesuatu perkara. Di samping itu, beberapa

ahli ilmuwan turut memberikan pendapat mereka yang tersendiri mengenai definisi

autoriti. Herbert R. Winter dan Thomas I. Bellows menyatakan autoriti sebagai satu

kuasa yang dianggap sah dan diberikan kepada warganegara. R. Michels pula

beranggapan bahawa autoriti itu sebagai satu kapasiti, semulajadi atupun diperoleh

bagi menentukan siapa yang lebih berkuasa. Justeru itu, di sini dapatlah disimpulkan

bahawa autoriti itu sebagai satu kuasa sah yang diterima umum dan juga satu

kemampuan dan kebolehan untuk menyuruh orang lain melakukan sesuatu perkara.

Tadbir urus (governance) pula merupakan satu tindakan yang dilaksanakan oleh

golongan yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat . Ianya bertujuan untuk

mencapai kecemerlangan , kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh ,

ketulusan dan juga akauntabiliti dalam pengurusan dan juga pentadbiran. Di negara

kita kuasa tadbir urus ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kuasa eksekutif,

kuasa kehakiman dan juga kuasa perundangan. Pengagihan kuasa ini dibuat di kedua-

dua peringkat kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan Negeri untuk menepati syarat

sistem demokrasi berpesukutuan yang kita sedia maklum menjadi dasar pentadbiran

negara kita.

Page 23: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

23

Pembahagian Kuasa

Pembahagian kuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kuasa

politik, kuasa ekonomi dan juga kuasa tentera. Kuasa politik menjadi kuasa utama

dalam sesebuah pentadbiran negara. Kuasa politik ini bersifat tetap di mana ianya tidak

boleh digugat dan merupakan nadi penggerak utama dalam sesebuah masyarakat.

Lazimnya, kuasa politik ini terletak pada wakil dan juga kedudukan seseorang mengikut

pangkat. Kuasa poitik ini kadangkala terkawal dan kadangkala tidak bergantung

kepada penerimaan masyarakat terhadap perintah yang telah dikeluarkan. Namun

begitu, kebiasaannya pemilihan untuk kuasa politik ini telah dipilih serta dipersetujui

oleh majoriti anggota masyarakat. Ianya selaras dengan corak pentadbiran negara kita

KUASA POLITIK

Tidak boleh digugat oleh

masyarakat

Terletak pada wakil dan

kedudukan seseorang

KUASA EKONOMI

Sumber kekayaan dan

dipengaruhi oleh harta

dan kedudukan

Bersifat compensatory

power

KUASA TENTERA

Kekuatan menjadi ukuran

Menggunakan kerahan

tenaga manusia.

Page 24: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

24

yang mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi dengan mengambil kira semua

pandangan masyarakat.

Kuasa ekonomi pula amat penting kerana ianya merupakan sumber kekayaan dan

kebiasaanya juga dipengaruhi oleh harta dan kedudukan seseorang individu terbabit.

Semakin banyak asset yang dimiliki oleh seseorang itu,maka mereka akan memiliki

kuasa dari segi ekonomi yang besar. Di samping itu, kuasa ini juga bersifat

‘compensatory power’ di mana orang akan patuh kepada mereka yang lebih berkuasa

dengan syarat mereka akan diberi ganjaran. Sebagai contoh di dalam sistem ekonomi

kapitalisme wujud golongan minoriti (kaum kapitalis) akan mengeksploitasi kaum

pekerja untuk melakukan kerja-kerja pengeluaran seterusnya ganjaran akan diberikan

berdasarkan pekerjaan yang dilakukan.

Kuasa ketenteraan pula merujuk kepada kekuatan sesebuah negara itu khususnya

untuk menahan negara mereka daripada serangan musuh. Kekuatan menjadi kayu ukur

sesebuah negara sama ada mempunyai kuasa ketenteraan yang kuat mahupun

sebaliknya. Negara yang memiliki kuasa ketenteraan yang tinggi akan menggunakan

kuasa yang dimiliki untuk menakluk negara lain yang lemah.

Page 25: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

25

Ciri-ciri Kuasa

D

i

p

u

n

y

a

i

o

l

e

h

g

o

l

o

n

g

a

n

p

e

m

e

r

i

n

t

a

h

.

D

i

s

a

h

k

a

n

a

p

a

b

i

l

a

t

i

d

a

k

a

d

a

s

e

o

r

a

n

g

y

a

n

g

m

e

m

b

a

n

t

a

h

.

M

e

m

b

o

l

e

h

k

a

n

s

e

s

u

a

t

u

d

a

s

a

r

d

i

l

a

k

s

a

n

a

k

a

n

.

B

e

r

p

u

n

c

a

d

a

r

i

p

a

d

a

h

a

k

d

a

n

k

e

d

u

d

u

k

a

n

u

n

t

u

k

m

e

n

g

a

w

a

l

t

a

b

i

a

t

d

a

n

p

e

r

l

a

k

u

a

n

m

a

n

u

s

i

a

S

e

n

t

i

a

s

a

b

e

r

u

b

a

h

m

e

n

u

r

u

t

n

i

l

a

i

p

e

m

i

k

i

r

a

n

m

a

n

u

s

i

a

.

Page 26: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

26

Jenis-jenis autoriti

Diperoleh oleh pemimpin secara turun temurun

Biasanya terdapat dalam masyarakat tradisional

Dapat dilihat dalam sistem pemerintahan raja mutlak

Autoriti Tradisional

Ditujukan kepada mereka yang mempunyai sifat

personaliti seperti ketabahan peibadi

Individu biasa tetapi dianggap seorang yang luar biasa

kerana kuasa yang dimiliki

Tidak boleh dipindahkan kepada orang lain

Autoriti Karismatik

Wujud daripada jawatan yang dipegang bukan daripada

keistimewaan yang ada pada seseorang

Kuasa dan pengesahan kuasa dikawal oleh

perundangan dan peraturan yang dterima umum

Autoriti Rasional

Undang-undang

Page 27: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

27

2.8 Pengeluaran, Pengagihan dan Kepenggunaan

PENGELURAN

1. Suatu proses pertukaran daripada input kepada ouput. Output merujuk kepada barang dan juga perkhidmatan yng dikeluarkan untuk memenuhi keperluan manusia seperti makanan.

2. Fungsi pengeluaran ialah hubungan antara output dan input

PENGAGIHAN

1. Pergerakan barangan dan perkhidmatan melalui saluran pengedaran hingga ke pelanggan ataupun juga pergerakan daripada pengguna hingga ke pembekal.

2. Proses pemasaran dan juga penyediaan barang terutama untuk para peniaga bagi memenuhi keperluan asas.

3. Lebih tertumpu kepada aktiviti pemasaran serta pemasaran barangan.

KEPENGGUNAAN1. Bermaksud segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan juga kepentingan mereka.

2. Tanggungjawab pengguna :- Mendapatkan keperluan asas- Mendapatkan keselamatan-Mendapatkan maklumat- Mendapatkan hak

3. Tanggungjawab pengeluar : - Maklumat yang tepat- Barang yang selamat digunakan- Produk yang berkualiti

Page 28: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

28

2.9 Sains, Teknologi dan Masyarakat.

DEFINISI SAINS

Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu dan juga maklumat serta

penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang

bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Untuk mendapatkan maklumat yang lain,

sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan

daripadanya.

DEFINISI TEKNOLOGI

Secara umum teknologi boleh ditakrifkan sebagai satu aplikasi pengetahuan sains yang

boleh memberi manfaat dan juga penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam

kehidupan seharian.

Page 29: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

29

Kesan Sains dan Teknologi

Perkembangan

industri

Menggalakkan

migrasi

masyarakat

Maklumat

diperoleh dengan

mudah

Mempengaruhi

sosio budaya

masyarakat

Page 30: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

30

Selaras dengan perubahan sains dan teknologi, ia renyata membawa pelbgai kesan

kepada masyarakat umumnya. Dengan adanya perubahan ini, tanpa kita sedari

sebenarnya ia telah menggalakkan lagi perkembangan industri di negara kita. Sebagai

mana yang kita semua sedia maklum, kegiatan perindustrian merupakan salah satu di

antara kegiatan yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Semakin

banyak kilang-kilang dibuka untuk memenuhi keperluan asas manusia yang semakin

bertambah. Semakin banyak kilang-kilang dibuka, semakin banyak peluang pekerjaan

yang diwujudkan. Ia sekaligus telah menggalakkkan migrasi masyarakat luar bandar ke

kawasan bandar. Kawasan bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta

peluang pekerjaan yang pelbagai telah menjadi salah satu factor utama yang

menyumbang kepada migrasi dari kawasan luar bnadar ke kawasan bandar. Dengan

adanya faktor penolak di kawasan luar bandar seperti peluang pekerjaan yang tidak

mencukupi di samping kemudahan infrastrukutur yang kekurangan menyebabkan kadar

migrasi ini semakin meningkat saban tahun. Teknologi maklumat yang berkembang

pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat

maklumat yang ingin diperoleh dengan begitu mudah dan pantas. Pelbagai penerokaan

maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi, proses menyampaikan sesuatu yang berguna kepada

masyarakat menjadi semakin mudah. Denga adanya kemudahan internet segala

maklumat yang ingin diperoleh semakin mudah dan menyeluruh. Di samping itu,

kemudahan sains dan teknologi juga mempengaruhi kegiatan sosio budaya

masyarakat. Kesan dari penghijrahan ke kawasan bandar kadangkala memungkinkan

seseorang itu mengalami perubahan sama ada dari segi budaya, sosial dan

sebagainya. Mereka mungkin akan mengalami kejutan budaya kesan dari perubahan

suasana masyarakat luar bandar kepada masyarakat bandar.

Page 31: elemen-elemen tematik PENGAJIAN SOSIAL

31